seorang guru adalah pendidik

15
Seorang guru adalah pendidik, pembimbing dan pengajar di dalam kelas. Sekali gus, guru juga bertugas membabitkan murid dan pelajar di sesebuah sekolah. Guru juga bertanggungjawab terhadap masalah disiplin, kedatangan, kelakuan dan budi pekerti pelajar. Jelasnya, guru adalah orang terpenting di setiap sekolah Guru adalah pendidik yang mendidik akal budi murid dan pelajarnya adalah pendidik yang memahami tugasnya sebagai guru. Mendidik akal budi menjurus kepada kecemerlangan ilmu pengetahuan dan kecemerlangan akhlak serta budi pekerti pelajar itu sendiri. Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan Etika Profesion Keguruan. Profesion perguruan adalah satu profesion yang sangat mulia dan amat penting dalam proses pembangunan manusia, masyarakat dan negara. Di zaman teknologi yang serba maju dan canggih ini, peranan dan tanggungjawab guru semakin mencabar. Guru memainkan peranan penting untuk memberi kesedaran pada diri sendiri malah juga masyarakat serta hubungannya dengan Tuhan. Perpaduan kaum dapat dicapai sekiranya guru menerapkan nilai- nilai murni seperti saling hormat menghormati antara satu sama lain tidak mengira bangsa dan agama kerana guru yang baik adalah seorang guru yang mempunyai sahsiah yang baik juga ialah guru yang mengamalkan etika keguruan yang standard.

Upload: shahril-nazri-aj

Post on 12-Jan-2016

47 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

MSNAJ

TRANSCRIPT

Page 1: Seorang Guru Adalah Pendidik

Seorang guru adalah pendidik, pembimbing dan pengajar di dalam kelas. Sekali gus,

guru juga bertugas membabitkan murid dan pelajar di sesebuah sekolah. Guru juga

bertanggungjawab terhadap masalah disiplin, kedatangan, kelakuan dan budi pekerti

pelajar. Jelasnya, guru adalah orang terpenting di setiap sekolah

Guru adalah pendidik yang mendidik akal budi murid dan pelajarnya adalah

pendidik yang memahami tugasnya sebagai guru. Mendidik akal budi menjurus

kepada kecemerlangan ilmu pengetahuan dan kecemerlangan akhlak serta budi

pekerti pelajar itu sendiri.

Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa

berlandaskan Etika Profesion Keguruan. Profesion perguruan adalah satu profesion

yang sangat mulia dan amat penting dalam proses pembangunan manusia,

masyarakat dan negara. Di zaman teknologi yang serba maju dan canggih ini,

peranan dan tanggungjawab guru semakin mencabar. Guru memainkan peranan

penting untuk memberi kesedaran pada diri sendiri malah juga masyarakat serta

hubungannya dengan Tuhan. Perpaduan kaum dapat dicapai sekiranya guru

menerapkan nilai-nilai murni seperti saling hormat menghormati antara satu sama

lain tidak mengira bangsa dan agama kerana guru yang baik adalah seorang guru

yang mempunyai sahsiah yang baik juga ialah guru yang mengamalkan etika

keguruan yang standard.

Tanggungjawab utama yang digalas oleh guru tertumpu kepada tiga perkara

yang menumpukan kepada kekuatan dalaman yang utama iaitu dari aspek agama,

nilai dan etika. Pembinaan kekuatan dalaman ini mudah dilaksanakan jika guru

menjalankan tugasnya sebagai ibadah dengan matlamat membangunkan INSAN.

Guru berperanan dan bertanggungjawab dalam membina Negara berlandaskan

etika. Dimana etika menurut dewan Bahasa dan Pustaka etika membawa maksud

Satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan.Manakala etika

dalam kamus Oxford bermaksud prinsip moral atau set prinsip moral. Secara

umumnya tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion

terhadap masyarakat. 

Page 2: Seorang Guru Adalah Pendidik

Dari perspektif Islam, etika merujuk kepada tingkah laku betul berasaskan Al-Quran

dan As-Sunnah dan juga ketakwaan pada Allah. Guru bertanggungjawab mematuhi

etika profesional dan mempraktikan semua garis panduan yang bertujuan

meningkatkan tahap kualiti,produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan

memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan

peradaban, peranan nilai serta tingkah laku profesion dalam masyarakat. Etika

profesional mencakupi sebahagian besar ahli professional kecuali hal-yang benar-

benar peribadi seperti mencuci kereta dan menanam bunga.

 

Dalam islam, etika ialah akhlak yang diamalkan oleh manusia yang bertakwa

dalam keseluruhan hidupnya. Selain etika professional guru juga perlu memahami

etika perguruan dimana

1. Etika perguruan membawa maksud satu set tingkah laku atau

tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan Negara,pelajar,rakan sejawat dan ibu

bapa pelajar. Guru juga perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan

profesion perguruan. Kod etika dianggap penting kerana Kod etika menyediakan

garis panduan bagaimana tingkah laku dalam profesion perguruan.Kod etika

perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap

pemegang amanah dalam bidang pendidikan.

Perkara-perkara yang terkandung di dalam Etika Profesion Keguruan ialah :- 

Tanggungjawab terhadap pelajar 

Bagi memenuhi tanggungjawab terhadap pelajar guru mesti bersikap adil terhadap

pelajar tanpa mengira faktor keturunan,agama, politik, dan lain-lain. Guru perlu lebih

mengutamakan kebajikan pelajar daripada hal-hal lain dan membimbing pelajar di

bilik darjah tanpa mengambil bayaran. Di samping itu, guru mesti menunjukkan

contoh berpakaian , pertuturan dan tingkah laku yang dapat dijadikan contoh oleh

pelajar. Selain daripada itu guru hendaklah memelihara dan meningkatkan

Page 3: Seorang Guru Adalah Pendidik

kecekapan ikhtisas melalui pengajian, penyelidikan, lawatan dan menghadiri kursus

ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya proses pengajaran

mencapaimutu yang setinggi-tingginya. 

Tanggungjawab terhadap ibubapa 

Guru perlu memenuhi tanggungjawab terhadap ibubapa dengan

menghormatitanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.

Sentiasalah berusaha untuk mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat

di antara institusi pendidikan dengan rumah tangga. Di samping itu, guru mestilah

sentiasa menganggap maklumat yang diberi oleh ibubapa berkaitan rumahtangga

mereka sebagai sulit dan tidak membocorkan rahsia kecuali kepada orang yang

berkenaan. Sekiranya diminta,guru akan memberikan maklumat berkenaan pelajar

kepada ibubapa mereka. Akhir sekali, sepatutnya mencuba sedaya upaya untuk

mengelak daripada dipengaruhi olehkedudukan ekonomi dan sosial ibubapa pelajar

dalam membuat sebarang keputusan. 

Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara 

Guru perlu sentiasa berusaha untuk memenuhi tanggungjawab terhadap masyarakat

dan negara dengan tidak menyebarkan ajaran yang boleh merosakkan kepentingan

pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan dengan Rukun

Negara. Guru juga hendaklah sering memupuk sikap dan nilai dalam diri setiap

pelajar yang dapat membimbing mereka menjadi warganegara yang

setia,bertanggungjawab, menghormati orang lebih tua dan perbezaan

kebudayaan,keturunan dan agama. Di samping itu, hormatilah masyarakat tempat

kita berkhidmat dan memenuhi tanggungjawab sebagai ahli masyarakat.

Seterusnya, kita juga perlu menggalakkan kerjasama di antara guru dengan ibubapa

dan masyarakat, serta mengamalkan tingkah laku sopan yang diterima oleh

masyarakat.

.

Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion perguruan 

Sebagai seorang yang bertanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion

perguruan, kita perlu mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan yang

Page 4: Seorang Guru Adalah Pendidik

boleh mencemarkan nama seorang guru lain di hadapan pelajar atau ibubapa, atau

berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan martabat seorang guru. Guru juga tidak

melibatkan diri dalam kegiatan yang menjejaskan kecekapannya sebagai

guru ,contohnya berniaga di waktu perskolahan. Di samping itu kita juga berusaha

untuk menunaikan tanggungjawab dengan rajin dan bersungguh-sungguh sejajar

dengan kemajuan ikhtisas dan sosial. Seterusnya kita perlu sentiasa bersedia untuk

membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang baru menjadi seorang guru.

Akhir sekali, kita perlu menjadi ahli bagi sebuah perubahan guru. Misi utama

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) adalah untuk membangunkan sistem

pendidikan yang bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu

sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia.

Sebenarnya,peranan guru dalam membina Negara Bangsa Malaysia bermula

semenjak sebelum Merdeka lagi sehinggalah negara ini mencapai kemerdekaan

pada tahun 1957. Peranan guru dalam membina Negara Bangsa Malaysia tidak

terhenti semasa negara mencapai Kemerdekaan malahan ia berterusan menjadi

sangat penting sehingga kehari ini. 

 Kualiti yang kita harapkan daripada guru-guru ini pastinya tidak terhad kepada

kualiti akademik semata-mata. Guru yang berkualiti harus bijak mengadunkan ilmu

dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang berkesan dan jelas

kepada pelajarnya. Penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) seperti internet,

gambar berkesan dan penyampaian menarik akan menjadikan seseorang guru itu

diminati dan disanjung tinggi.

Pengajaran adalah apa yang disampaikan oleh guru, manakala pembelajaran apa

yang diterima oleh murid dan pelajarnya. Jika pengajaran tidak berkesan, murid atau

pelajar tidak akan menerima pembelajaran yang baik dan berkesan. Kini, segulung

ijazah, atau diploma yang dimiliki oleh guru mesti dilengkapkan dengan ilmu

pendidikan dan pengalaman mengajar yang meluas.

Ilmu yang diperoleh itu perlu diberikan tambah nilai dari semasa ke semasa. Kaedah

P&P yang dipelajarinya hari ini mungkin sudah tidak relevan lagi dua atau tiga tahun

akan datang. Oleh itu, melalui pembacaan, kursus dan juga perbincangan antara

Page 5: Seorang Guru Adalah Pendidik

guru akan dapat meningkatkan P&P di sesebuah sekolah.

Bagaimanapun tugas dan  peranan utama guru untuk mendidik anak bangsa yang

berilmu pengetahuan, berbudi pekerti, bersemangat waja serta mampu bersaing

harus dikekalkan sampai bila-bila. Perubahan masa hanya menukarkan kaedah

pelaksanaannya, tetapi tidak kepada peranan hakiki guru.

Guru berkualiti juga harus bijak menangani konflik dan tekanan sepanjang

kerjayanya serta dalam  masa sama memenuhi sedaya mungkin harapan

masyarakat yang mahukan mereka menghasilkan generasi boleh diharap

meneruskan kecemerlangan negara. Guru juga mesti mampu membimbing murid

dan pelajar ke arah kecemerlangan akal dan budi.

Sebagai guru berkualiti, mereka juga seharusnya tidak tunduk dengan desakan dan

tekanan serta keghairahan masyarakat kini yang begitu tergoda dengan pencapaian

akademik, sedangkan nilai-nilai murni anak-anak ini semakin hari semakin nipis.

Keseimbangan antara kecemerlangan akademik dan akhlak mestilah ditumpukan

dalam P&P di dalam kelas dan sekolah.

Konflik keyakinan masyarakat terhadap mutu guru dan sistem persekolahan juga

memerlukan guru berkualiti untuk menanganinya secara bijak. Bagaimanapun, guru

tidak seharusnya dibiarkan bersendirian dalam memikul tanggungjawab berat ini.

Pembentukan sesebuah generasi dalam sesebuah negara adalah tanggungjawab

individu itu sendiri dan juga masyarakat secara keseluruhan. Pada masa kini, ahli

masyarakat seakan membiarkan guru sahaja atasi permasalahan ini.

Sebagai ahli masyarakat, iaitu ibu bapa kepada murid dan pelajar, kita harus

memberi sokongan padu kepada guru dari segi kebendaan, ganjaran terhadap guru

perlu dinilai dari semasa ke semasa supaya setimpal dengan peranan dan tugas

mereka. Dari segi bukan kebendaan pula, menghargai jasa dan pengorbanan guru

adalah sumbangan yang perlu diberikan oleh semua orang.

Page 6: Seorang Guru Adalah Pendidik

Kita mempunyai ramai guru yang bukan sahaja berkualiti intelek dan ilmunya, tetapi

juga berkualiti daripada segi rohaninya. Guru yang sudah lama mengajar mestilah

mempunyai pengalaman luas yang seharusnya dipelajari dan diteladani oleh guru-

guru baru. Sebab itu, guru akan berusaha memastikan anak muridnya berjaya

dengan cemerlang di dalam pelajaran. Contoh dan teladan daripada guru berkaitan

akhlak dan rohani akan menjadi ikutan murid dan pelajarnya.

Nama pun “cikgu”, mereka tidak akan puas jika anak muridnya tidak memahami apa

yang diajar. Panggilan keramat ini amat sesuai dipadankan dengan tugasnya yang

mencabar. Guru adalah arkitek bangsa yang berjasa. Panggilan ini akan kekal

sepanjang hayat, mati pun masih dipanggil “cikgu”.

Jika ditinjau, apabila ada waktu terluang, seorang guru, tanpa mengira duit akan

mengadakan kelas tambahan. Kegiatan kokurikulum sebenarnya banyak mengambil

masa dan wang ringgit, sebab sudah menjadi tanggungjawab, hal ini jarang

dirungutkan oleh guru. Bagai lilin yang menyala, dan kemudian membakar dirinya,

guru tetap bertanggungjawab memberikan pendidikan yang terbaik bagi

mewujudkan masyarakat berilmu.

ISU PROFESIONALLISME KEGURUAN

su pertama adalah berkenaan penyalahgunaan masa. Di Malaysia, waktu bagi satu

sesi persekolahan yang umum adalah dari pukul 7.30 pagi hingga 1.15, iaitu lebih

kurang enam jam tidak termasuk aktiviti kokurikulum pada sebelah petang.

Sepanjang tempoh ini, murid – murid dan guru terlibat secara langsung dalam

proses pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun, sejak kebelakangan ini

timbul isu penyalahgunaan masa di kalangan guru di sekolah. Memang benar isu

penyalahgunaan ini jarang tersiar di media massa kerana ianya lebih menjurus

kepada hal ehwal dalaman sekolah, tetapi adalah penting bagi kita untuk

membendung isu ini daripada terus menular. Antara contoh penyalahgunaan masa

di sekolah adalah guru tidak menepati masa memasuki kelas, guru tidak

menyampaikan isi pengajaran dengan bersungguh-sungguh, guru mengajar tidak

mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh kementerian, guru tidak

menepati masa keluar daripada kelas, guru menggunakan masa di sekolah dengan

Page 7: Seorang Guru Adalah Pendidik

melakukan kerja yang tidak berkaitan dengan pendidikan misalnya melayari

facebook, ber’chatting’, bergosip, melepak di kantin, guru melakukan kerja sambilan

di malam hari (misalnya mengajar tuisyen, berniaga di pasar malam) hingga

menjejaskan produktivitinya dalam menyampaikan P&P di siang hari dan banyak

lagi.

Sehingga hari ini, isu membabitkan guru dan profesionalisme keguruan terus

mendapat perhatian dan sering dibahaskan secara meluas sama ada di media

massa, dalam kalangan masyarakat umum malah dibincangkan sehingga peringkat

nasional dan universal. Saban hari dan waktu, pihak media massa secara

berterusan menyediakan laporan yang sesetengahnya berbaur sentimen

mempersendakan guru dan profesionalisme keguruan. Walaupun laporan dan

gambaran yang diberikan tidak menyeluruh, namun tindakan ini berjaya memetakan

suatu prejudis masyarakat umum terhadap guru dan profesionalisme keguruan.

Lantas, fenomena ini turut melakarkan rasa kekecewaan, gangguan mental dan

emosi guru, sementelahan bila berhadapan dengan bebanan tugas yang semakin

bertambah.

Senario ini semakin serius apabila terdapat guru novis yang berkhidmat kurang

daripada 10 tahun mulai berasa bosan dan tidak mahu lagi bertugas sebagai guru

(Chester, 1997; Keller, 2000; Sandham, 2001). Mutakhir ini, wujud kegemaran guru

menjalankan tugas berkepentingan peribadi semasa waktu persekolahan sehingga

boleh menjejaskan profesionalisme keguruan (Mohd Yusof, 2002; BPG, 1998;

BPPDP, 1998). Dalam masa yang sama, terdapat sejumlah 98% responden guru

sekitar Lembah Kelang berhasrat memilih untuk bersara awal, manakala seramai

1,045 orang guru telah menceburi sektor swasta kerana menjangkakan prospek

yang menarik bakal diperoleh daripada terus kekal dalam skim perguruan yang

dikatakan jumud di negara ini (Nor Azlina, 2005).

 

Anggapan tugas mengajar mudah dan remeh, tidak bersemangat, sentiasa murung

dan bersikap acuh tidak acuh semakin meningkat di kalangan guru sejak akhir-akhir

ini (Mohd Yusof, 2002). Guru bermasalah dapat diklasifikasikan kepada tiga jenis

iaitu bersikap negatif, sakit mental dan sakit fizikal. Sikap seperti malas, degil,

berpakaian tidak kemas, melawan pentadbir, ponteng sekolah dan kelas, tidak

Page 8: Seorang Guru Adalah Pendidik

berminat untuk mengajar, tidak menyediakan rancangan pengajaran, keluar waktu

persekolahan atas urusan peribadi, sering mengambil cuti sakit sudah tentu

memberikan kesan yang serius terhadap minat dan prestasi pembelajaran pelajar

mereka. Dapatan kajian Jamil (2002), menerusi sesi temu bual terhadap guru terlatih

di Terengganu menjelaskan guru mulai bosan, tidak lagi berminat menjadi guru,

tidak berpuas hati dengan sistem yang diamalkan, mendapati ketidakadilan dalam

pengurusan sekolah, berasa tidak mendapat apa-apa dengan jawatan yang di

sandang setelah berkhidmat selama 20 tahun dan lebih.

 

Masyarakat umum mulai mempersoalkan kewibawaan guru dan profesionalisme

keguruan, walaupun mereka sebenarnya terlatih dan mempunyai kepakaran dalam

bidang pengkhususan masing-masing, mampu menjadi pemimpin dan pengurus

pendidikan (JNSP, 2000). Laporan JNSP (2000) menjelaskan seolah-olah guru

terkeliru untuk memahami situasi sebenar budaya dan iklim sesebuah sekolah,

bersifat fanatik terhadap fahaman politik, gagal memahami kehendak pihak

pengurusan sekolah dan pelbagai fenomena lain yang menyebabkan masalah ini

wujud. Dapatan kajian JNSP (2000), melabelkan guru bersikap presentism dalam

tugas seharian, bersikap defensif terhadap pembaharuan, gemar situasi

kerjafamiliar dan menolak corak kerja penuh persaingan seperti dunia korporat yang

sentiasa inginkan pembaharuan. Mekanisme Early Warning System (EWS) yang

digunakan bagi mengesan guru yang tidak efisien menjadi disfungsi sehinggakan

guru yang mencemari profesion dan tidak efisien terlepas tanpa sebarang tindakan.

Guru perlu mempunyai tatasusila yang tinggi dan berkomitmen menjalankan tugas

sebagai pendidik dengan baik. Menurut Setiausaha Parlimen Kementerian

Pendidikan, Datuk Mahadzir Mohd. Khir memberitahu bahawa daripada tahun 1995

hingga tahun 2008, sebanyak 41 kes keruntuhan moral membabitkan guru

dilaporkan (Utusan Malaysia, 18 September 2008). Antara kes keruntuhan moral

disebutkan beliau adalah perbuatan sumbang mahram dan bersekedudukan. Media

juga turut melaporkan kes-kes lain seperti guru memukul murid, guru besar

menyembunyikan kes-kes disiplin, guru menyebarkan ajaran anti kerajaan dan

sebagainya yang telah menarik perhatian umum serta menguji kredibiliti profesion

perguruan.

Page 9: Seorang Guru Adalah Pendidik

Pendedahan-pendedahan salah laku guru-guru boleh mengakibatkan kewibawaan

profesion

keguruan tergugat pada mata umum. Hal ini bertentangan dengan peranan dan

tatasusila perguruan di Malaysia yang menyatakan guru perlu mematuhi kod etika

perguruan iaitu menjalankan tanggungjawabnya guru kepada pelajar, ibu bapa

pelajar, rakan sejawat dan masyarakat dan Negara, bukannya mengambil

kesempatan di atas apa yang berlaku terhadap pelajar tetapi sebaliknya membantu

mereka menyelesaikan masalah yang dihadapi. Begitu juga dengan guru yang

menyebarkan ajaran anti kerajaan di mana bertentangan dengan tanggungjawab

guru terhadap masyarakat dan Negara yang sepatutnya tidak menyebarkan sesuatu

ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau Negara

(Utusan Malaysia, 18 September 2008)

 

Di Samping itu, bebanan tugas yang berat yang terpaksa dipikul oleh guru-guru juga

telah menyebabkan mereka tidak menyempurnakan tugas mereka dengan baik dan

seterusnya ditegur atau dimarahi oleh majikan boleh menyebabkan seseorang itu

mengalami “stress”.Ketegangan yang berpanjangan boleh mempengaruhi psikologi

seseorang seperti hilang keyakinan, cepat meradang, agresif dan hilang

dayakonsentrasi.Ini menyebabkan seseorang guru itu kurang bersemangat dan tidak

bermotivasi di dalam menjalankan tugasnya (Abdul Malik, 2000).Ini turut diakui oleh

Zubaidah Aman (1999) yang mendapati bebanan waktu mengajar, jumlah mata

pelajaran dan bebanan tugas di sekolah mempengaruhi keletihan emosi guru.

Isu Penilaian dalam Pendidikan yang tidak adil dan sambil lewa juga merupakan

salah satu isu yang boleh meruntuh kredibiliti guru yang dianggap oleh masyarakat

umum sebagai pekerjaan yang profesional. Selain itu sikap profesionalisme yang

diterapkan dalam diri guru selama ini tercalar dek sikap guru itu sendiri yang tidak

serius dalam menilai pendidikan generasi muda yang boleh menggelapkan masa

depan mereka. Walaupun isu ini agak terpencil tetapi ia memberi kesan yang besar

kepada imej seorang guru sebagai pekerjaan yang mulia.

Namun, berlaku juga gejala yang tidak sihatapabila penempatan guru tidak mengikut

opsyen dan keperluan sekolah. Siva Subramaniam (1995) dalam kertas kerjanya

bertajuk “Mempertingkatkan Martabat Profesion Keguruan” menyatakan, dalam sesi

Page 10: Seorang Guru Adalah Pendidik

penempatan dan pertukaran guru, terdapat kes-kes opsyen guru tidak diambil kira.

Ini mengakibatkan guru mengajar mata pelajaran yang di luar bidang

pengkhususannya. Amalan ini juga adalah pembaziran tenaga yang akan merugikan

guru dan pelajar dan menimbulkan tekanan kepada guru. Persepsi status amat

penting dalam menentukan tahap keprofesionalan. Sungguhpun demikian, status ini

seringkali menimbulkan rasa ketidakpuasan hati di kalangan guru. Sebagai contoh,

apabila timbul situasi kekurangan guru dalam sesebuah sekolah, guru yang tiada

pengkhususan sesuatu mata pelajaran diminta mengajar mata pelajaran tersebut

(Rahmad & Norani, 1995). Fenomena ini dibuktikan melalui kajian Norani, Wan

Hasmah, Chang Lee Jon dalam “Profesionalisme Guru Baru di Semenanjung

Malaysia, Sabah dan Sarawak 1991 – 1995. Guru diarah untuk mengajar mata

pelajaran bukan opsyen mereka dengan alasan tiada guru. Ini menyebabkan status

seseorang guru menjadi tercemar kerana mengajar tanpa pengetahuan dan

kemahiran yang tinggi.

Selain itu, terdapat satu lagi isu yang menggugat kredibiliti guru iaitu keadilan dalam

penyampaian ilmiah kepada anak didik mereka. Adalah tidak wajar seseorang guru

melakukan tindakan yang sedemikian terhadap pelajar-pelajar. Ini seperti

menidakkan hak asasi golongan muda untuk menuntut ilmu. Apabila ketidakadilan

ini berlaku adakah wajar seseorang itu digelar sebagai pendidik yang selama ini

dianggap sebagai lilin yang membakar diri sendiri untuk menerangi daripada

kegelapan. Isu ini agak berat kerana tugasan utama seorang guru adalah

menyampaikan ilmu pengetahuan kepada setiap pelajar tanpa mengira bangsa,

pangkat, sosioekonomi dan sebagainya. Jadi adalah tidak wajar seorang guru itu

melakukan perkara tersebut terhadap para pelajar