senjata nuklear

13
Senjata nuklear adalah senjata yang mendapat tenaga dari tindak balas nuklear dan mempunyai kuasa pemusnah yang besar. Sebiji bom nuklear mampu memusnahkan sebuah bandar. Senjata nuklear hanya dua kali digunakan dalam sejarah dunia iaitu dalam Perang Dunia II oleh Amerika Syarikat terhadap Bandar- bandar Jepun iaitu Hiroshima and Nagasaki. Negara kuasa nuklear adalah Amerika Syarikat, Rusia, United Kingdom, Perancis, Republik Rakyat China,India dan Pakistan. Selain itu, negara Israel dipercayai mempunyai senjata nuklear, walaupun tidak diuji danIsrael enggan mengisytiharkan sama ada ia memiliki senjata nuklear ataupun tidak. Lihat senarai negara dengan senjata nuklear untuk lebih terperinci. Senjata nuklear kini dapat dilancarkan melalui pelbagai cara seperti melalui kapal terbang pengebom, peluru berpandu, peluru berpandu balistik, dan peluru berpandu balistik antara benua. Negara-negara yg ada senjata nuklear: India, Pakistan, Korea Utara Sebab-sebab: -perang dingin antara 2 kuasa besar spt US n kesatuan soviet - konflik dalaman Kesan - Hiroshima dan Nagasaki (perang dunia kedua) - Perbalahan / persengketaan melibatkan Negara /dunia - Kerosakan harta benda - Banyak mengorbankan nyawa - Keadaan tidak aman / tegang. Langkah penyelesaian: - Perjanjian Pengharaman Ujian Nuklear Sedunia - Perjanjian Pembatasan Nuklear - Perjanjian Pengharaman Ujian Nuklear Menyeluruh - Rundingan damai Nilai-nilai - saling menghormati antara Negara - hidup bersama secara aman

Upload: mohd-sabri

Post on 16-Dec-2015

22 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

nuklear

TRANSCRIPT

Senjata nuklearadalahsenjatayang mendapat tenaga daritindak balas nukleardan mempunyai kuasa pemusnah yang besar. Sebiji bom nuklear mampu memusnahkan sebuah bandar. Senjata nuklear hanya dua kali digunakan dalam sejarah dunia iaitu dalamPerang Dunia IIolehAmerika Syarikatterhadap Bandar-bandarJepuniaituHiroshimaandNagasaki.

Negara kuasa nuklear adalahAmerika Syarikat,Rusia,United Kingdom,Perancis,Republik Rakyat China,IndiadanPakistan. Selain itu, negaraIsraeldipercayai mempunyai senjata nuklear, walaupun tidak diuji danIsraelenggan mengisytiharkan sama ada ia memiliki senjata nuklear ataupun tidak. Lihatsenarai negara dengan senjata nuklearuntuk lebih terperinci.

Senjata nuklear kini dapat dilancarkan melalui pelbagai cara seperti melaluikapal terbang pengebom,peluru berpandu,peluru berpandu balistik, danpeluru berpandu balistik antara benua.

Negara-negara yg ada senjata nuklear:

India, Pakistan, Korea Utara

Sebab-sebab:

-perang dingin antara 2 kuasa besar spt US n kesatuan soviet

- konflik dalaman

Kesan

Hiroshima dan Nagasaki (perang dunia kedua)

Perbalahan / persengketaan melibatkan Negara /dunia

Kerosakan harta benda

Banyak mengorbankan nyawa

Keadaan tidak aman / tegang.

Langkah penyelesaian:

Perjanjian Pengharaman Ujian Nuklear Sedunia

Perjanjian Pembatasan Nuklear

Perjanjian Pengharaman Ujian Nuklear Menyeluruh

Rundingan damai

Nilai-nilai

- saling menghormati antara Negara

- hidup bersama secara aman

- Saling membantu dan bekerjasamaisu nuklear India dan pakistan

Sejauh Manakah Keengganan India dan Pakistan Untuk Menganggotai Nuclear Non-Proliferation Treaty (NPT) Memberi Cabaran Kepada Rejim Penyahcambahan Nuklear.

PENGENALANNon-Proliferation of Nuclear Weapons, atau Nuclear Non-Proliferation Treaty (NPT or NNPT) adalah satu perjanjian antarabangsa, yang telah dimeterai pada 1 Julai 1968, matlamat utama perjanjian ini adalah untuk menghadkan pengembangan penggunaan senjata nuklear. Sebanyak 188 negara yang berdaulat telah menandatangani untuk mematuhi perjanjian tersebut. Walau bagaimanapun, dua buah negara iaitu India dan Pakistan selain dari tujuh negara yang telah memiliki kuasa nuklear (iaitu mereka yang telah secara terbuka menguji senjata nuklear), dan sebuah negara yang berkemungkinan besara mempunyai senjata nuklear ialah Israel, tidak meratifikasikan perjanjian tersebut. Selain itu, sebuah lagi negara yang mendakwa mempunyai senjata nuklear iaitu Korea Utara telah menarik diri daripada perjanjian tersebut. Cetusan awal di sebalik perangkaan draf perjanjian NPT adalah disebabkan oleh kebimbangan masyarakat dunia tentang kerancakan pembinaan teknologi senjata nuklear, yang berupaya menyediakan ruang yang paling maksimum kearah kehancuran dunia. Dalam sejarah perang dingin, hubungan dua kuasa besar, Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet adalah terlalu rapuh dan memungkinkan segala-galanya akan berlaku. Kebanyakan negara yang mengamalkan penggunaan senjata nuklear telah merendahkan tahap keselamatan penggunaan senjata, dan dengan itu menyumbang kepada risiko salahtanggapan dan salahjangka yang mungkin tercetus melalui kemalangan atau penggunaan haram, atau melalui tercetusnya konflik-konflik kecil yang berlaku.Perjanjian ini pada awalnya dicadangkan oleh Ireland, dan dibuka untuk ditandantangani pada 1968. Finland adalah negara pertama yang menandatangani Perjanjian tersebut. Pada tahun 1992, kesemua lima negara yang memiliki senjata nuklear pada waktu itu telah menandatangani Perjanjian tersebut, dan perjanjian tersebut telah diperbaharui pada 1995, yang kemudiannya diikuti dengan Perjanjian Pengharaman Ujian Nuklear (CTBT Comprehensive Test Ban Treaty) pada 1996. Sejak perjanjian itu ditandatangani, terdapat beberapa negara yang cuba berjinak-jinak dengan senjata nuklear telah menamatkan program senjata nuklear mereka. Sebagai contoh, Afrika Selatan yang sedang membangunkan program senjata nuklear pada tahun 1970-an dengan bantuan Israel, dan berkemungkinan akan mengadakan ujian senjata nuklear yang pertama pada 1979 telah menamatkan pembangunan senjata tersebut. Keseluruhan kemudahan persenjataan nuklear dimusnahkan. Manakala Ukraine dan beberapa negara bekas Soviet telah memusnahkan program persenjataan nuklear dan menyerahkan senjata nuklear yang mereka miliki kepada Russia, yang mewarisi hak senjata nuklear daripada Soviet Union. Perjanjian ini selalunya dibahagi kepada tiga prinsip utama: sekatan pengeluaran (non-proliferation), perlucutan (disarmament), dan hak untuk menggunakan teknologi nuklear.

PrinsipNPTPrinsip Pertama: Sekatan PengeluaranLima negara yang dibenarkan oleh NPT untuk memiliki senjata nuklear iaitu Perancis yang menandatangani perjanjian pada 1992, People's Republic of China pada tahun 1992, Kesatuan Soviet pada tahun 1968. Selepas keruntuhan Soviet, hak penggunaan senjata nuklear ini diwariskan kepada negara Rusia, United Kingdom, Amerika Syarikat (1968). Ini adalah merupakan negara-negara yang memiliki senjata nuklear sewaktu perjanjian tersebut ditandatangani, yang mana negara-negara ini adalah merupakan anggota tetap Majlis Keselamatan PBB. Kelima-lima negara ini telah bersetuju untuk tidak memindahkan senjata nuklear atau teknologi persenjataan nuklear kepada lain-lain negara, manakala negara-negara yang masih belum mempunyai senjata nuklear telah bersetuju untuk tidak membangunkan dan memiliki senjata nuklear.Lima negara bersenjata nuklear tersebut telah membuat akujanji untuk tidak menggunakan senjata nuklear yang dimiliki terhadap negara-negara yang tidak mempunyai senjata nuklear, melainkan sebagai tindak balas terhadap apa-apa serangan nuklear, atau satu serangan konvensional yang bersekutu dengan negara-negara yang memiliki senjata nuklear. Walaubagaimanapun, akujanji-akujanji ini tidak dimasukkan secara rasmi ke dalam perjanjian tersebut, dan butirannya sentiasa berubah dari masa ke semasa. Amerika Syarikat contohnya, pernah membayangkan akan menggunakan senjata nuklear sebagai tindak balas terhadap apa-apa serangan bukan konvensional dari negara pengganas. Bekas Setiausaha Pertahanan United Kingdom juga pernah membayangkan kemungkinan menggunakan senjata itu terhadap ancaman yang sama. Pada Januari 2006, Jacques Chirac, Presiden Perancis menyatakan bahawa mana-mana insiden yang diakibatkan oleh negara-negara yang membiayai keganasan ke atas Perancis akan mengundang tindak balas nuklear dalam skala yang kecil yang bertujuan untuk memusnahkan pusat pemerintahan rogue states tersebut.

Prinsip Kedua: PerlucutanArtikle VI dan preamble membayangkan bahawa Negara-Negara Senjata Nuklear (NWS- Nuclear Weapon State) hendaklah meneruskan rancangan untuk mengurangkan dan mencairkan senjata yang telah siap; Artikle VI juga mendesak satu Perjanjian Am dan Menyeluruh Gencatan di bawah kawalan antarabangsa yang tegas dan ketat. Melalui Artikel 1, NWS mengisytiharkan bahawa mereka hendaklah tidak menghasut mana-mana bukan NWS, untuk memiliki senjata nuklear. Artikel X bagaimana pun memperuntukkan bahawa mana-mana negara boleh menarik diri daripada perjanjian ini sekiranya mereka merasakan bahawa perkara-perkara luar biasa yang boleh mempengaruhi, mendesak atau memaksa mereka.

Prinsip Ketiga: Hak untuk menggunakan teknologi nuklear secara amanOleh kerana terlalu sedikit NWS dan negara-negara lain yang memiliki reaktor tenaga nuklear untuk tujuan perbekalan tenaga nasional, berhajat untuk secara sepenuhnya mengabaikan pemilikan tenaga nuklear, Prinsip Ketiga NPT memperuntukkan bahawa NPT menyediakan ruang kepada mana-mana negara untuk berbuat demikian, tetapi berdasarkan syarat-syarat yang akan menghalang mereka dari menjana dan membina senjata nuklear. Bagi sesetengah negara, Prinsip Ketiga NPT ini, yang membenarkan proses pengayaan uranium untuk kegunaan tenaga, kelihatan menyediakan ruang kelemahan yang paling utama kepada NPT. Walau bagaimanapun, perjanjian ini memberikan hak kepada setiap negara untuk menggunakan tenaga nuklear bagi tujuan keamanan, seperti stesen tenaga nuklear dan reaktor air yang dibina khusus untuk tujuan pengayaan uranium. Produk-produk pengayaan uranium ini juga boleh diurusniagakan dalam perdagangan antarabangsa, walau pun hakikat pengayaan uranium yang aman boleh dilihat sebagai merintis jalan ke arah pembinaan secara sulit, kepala senjata nuklear nuklear warhead.

Peruntukan-peruntukanpentingdalamNPTArtike I: Setiap NWS mengakujanji undertake untuk tidak memindahkan, kepada mana-mana negara penerima, senjata nuklear atau apa-apa letupan berasaskan nulear, dan tidak akan membantu mana-mana negara lain untuk membina serta menghasil senjata nuklear atau memiliki senjata tersebut. Artikle II: Setiap negara tanpa nuklear mengakujanji tidak akan menerima dari mana-mana sumber, apa-apa senjata nuklear atau mana-mana letupa berasaskan nuklear, dan tidak akan membina atau memiliki senjata tersebut, dan tidak akan meminta serta menerima apa-apa bantuan bagi pembinaan senjata tersebut. Artikle III: Setiap negara tanpa nuklear mengakujanji untuk memeterai perjanjian dengan IAEA bagi penggunaan dan pengawalan bahan-bahan nuklear secara aman dan seperti yang dibenarkan serta tidak akan mengubahsuai bahan-bahan tersebut untuk dijadikan sentaja nuklear. Artikle VI. Negara bangsa mengakujanji untuk berunding terhadap gencatan khusus dan umum terhadap penggunaan senjata nuklea dibawah kawalan antarabangsa yang ketat dan berkesan. Artikle X. Memberikan hak untuk menarikdiri daripada Perjanjian tersebut dengan memberi notis 3 bulan sahaja kepada badan berkenaan.Walaubagaimanapun, disebalik perjanjian yang ditandatangani, keberkesanannya dipersoalkan. Beberapa negara maju dan negara-negara sekutu dengan mereka tidak menerima pakai NPT. Sehingga kini sebanyak 188 negara sahaja yang telah menandatangani untuk mematuhi NPT. Iran telah pun mengancam akan berundur daripada mematuhi NPT jika dunia terus mengenakan sekatan dan tekanan. Korea Utara sudah pun berbuat demikian pada awal 2003 selepas menamatkan pemeriksaan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) pada Disember 2002. Jika sedemikian keadaan - tidak semua negara menerima pakai NPT dan masih ada negara anggota PBB yang memandang rendah keberkesanan perjanjian antarabangsa mengenai nuklear sedia ada - apakah dunia masih memerlukan satu lagi perjanjian, bagi menggantikan perjanjian yang tidak memperlihatkan keberkesanan untuk mengatasi masalah semasa. Ataupun dunia memerlukan perjanjian-perjanjian baru yang hanya memanfaatkan sesetengah negara manakala negara lain terus ditekan atas nama perlunya mematuhi perjanjian sedemikian. Berdasarkan kandungan rangka perjanjian yang dikemukakan pada persidangan kawalan senjata di Geneva minggu lalu, beberapa negara melahirkan kebimbangan bahawa ia tetap akan menguntungkan negara-negara maju ataupun negara yang telah pun memiliki senjata nuklear. Ia sama sekali tidak akan menghapuskan senjata nuklear dari bumi, sebaliknya mengekalkan status negara senjata nuklear, dan pada masa yang sama mengehadkan peluang negara lain menyertai kumpulan negara nuklear. Perjanjian baru seharusnya mengawal senjata nuklear secara komprehensif, bukannya memberi peluang kepada sesetengah pihak terus mengekalkan senjata nuklear sedia ada, tetapi bertindak mengawal negara lain daripada memilikinya atas alasan menyokong keganasan dan sebagainya.

PENGLIBATANINDIADALAMPENGUNAANTENAGANUKLEAR

Latar Belakang Negara IndiaKashmir adalah sebuah bumi yang indah. Bukit bukaunya memukau, tasiknya tenang menawan dan udaranya yang nyaman. Kashmir bukanlan mempunyai rupa bumi yang cantik tetapi pelancong yang mengunjunginya sanggup menamakan wilayah itu sebagai syurga dunia. Terdapat banyak tempat-tempatnya yang menjadi tarikan pelancong. Akan tetapi sejak beberapa tahun ini semuanya itu sudah tidak aman lagi. Pertempuran berlaku antara pejuang Kashmir dan tentera India. Banyak pembunuhan berlaku, malah ada pelancong yang dijadikan tebusan. Pertempuran di benua kecil India telah mendapat pemerhatian seluruh dunia. Kemuncak ketegangan adalah apabila Pakistan melakukan ujian nuklear sebagai membalas ujian bom nuklear di India. India mempunyai kekuatan tentera yang besar.India dan Pakistan pernah berperang sebanyak tiga kali selepas mencapai kemerdekaan dari Britain pada 1947. Keadaan ini berterusan sehingga kini, jika India berperang dengan Pakistan kedua-duanya akan hancur. Bom nuklear India boleh memusnahkan keseluruh Pakistan. Bom nuklear Pakistan juga boleh memusnahkan keseluruh bandar India. Program nuklear India telah berlangsung selama lebih dari lima puluh tahun dan teknologi nuklearnya telah dikembangkan sendiri bukan karana bantuan yang disediakan oleh pihak-pihak luar. Berbeza dengan negara kuasa nuklear lain, India bukan negara yang menandatangani perjanjian menghadkan pengembangan senjata nuklear (Nuclear Non-Proliferation Treaty atau NPT). India sepenuhnya menerima kewajipannya sebagai negara pemilik nuklear yang maju dengan kemampuan strategi, seperti keadaan negara pemilik nuklear yang lain. Program nuklear sivil dan nuklear strategi India seluruhnya dilaksanakan sesuai dengan kewajipan dan tanggungjawab antarabangsa. Program tenaga nuklear sivil India telah berlangsung selama empat dekad, dan merupakan elemen penting bagi menjana tenaga untuk kegunaan aman. India sangat percaya bahawa semua negara harus melaksanakan kewajipan antarabangsa yang telah mereka terima dengan sukarela, dan harus dilakukan secara tidak bersembunyi. Dunia telah mengakui bahawa India adalah sebagai negara pemilik nuklear yang bertanggungjawab, dengan reputasi yang layak dicontohi didalam Nuclear Non-Proliferation Treaty atau NPT.

ISUUJIANNUKLEARINDIAIsu ujian nuklear India ini paling hangat dibicarakan oleh seluruh masyarakat dunia. India boleh dikatakan antara negara termaju dalam teknologi nuklear di Asia. Dari segi kepakaran, India bukan sahaja mempunyai saintis dalam negara, tetapi sesetenganhya juga berkerja di luar negara. Negara India pernah menjalankan ujian nuklear pada 1973. Pada masa itu India mendapatkan sumber nuklearnya daripada Perancis dengan alasan untuk menjana reaktor kuasa eletrik. India menggunakannya untuk membangunkan bom atom. Tindakan itu menyebabkan India pernah dikenakan sekatan dari negara blok Barat yang anti-nuklear. Dari tarikh 11- 13 May 1998 India telah melakukan lima ujian nuklear bawah tanah di Pokhran dalam daerah Rajasthan. Tindakan India telah memberi kejutan besar kepada lima kuasa nuklear dunia iaitu Amerika Syarikat, Russia, Britain, Perancis, dan China yang terlebih dahulu mendahului ujian nuklear masing-masing.

Pendirian India Terhadap Isu Ujian Nuklearnya.India bersedia menandatangai perjanjian pengharaman ujian nuklear sedunia, jika ia diberi status negara senjata nuklear dan kerusi tetap dalam majlis keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Seterusnya India bersedia menandatangani Perjanjian Pengharaman Ujian Nuklear Menyeluruh (CTBT) dan Perjanjian Pembatasan Nuklear (NTP) jika layak menjadi ahli kelab nuklear dunia.

PENGLIBATANPAKISTANDALAMPENGGUNAANTENAGANUKLEARLatar Belakang Negara PakistanRepublik Islam Pakistan atau Pakistan, adalah sebuah negara yang terletak Asia Selatan. Ia mempunyai garis pantai 1,046 kilometer (650 batu) sepanjang Laut Arab di selatan, dan disemapadani oleh Afghanistan dan Iran di barat, India di timur dan China di timur laut jauh. Majoriti penduduk Pakistan adalah Muslim Sunni. Pakistan adalah negara ke-6 yang mempunyai penduduk teramai di dunia dan negara ke-2 yang mempunyai penduduk beragama Islam teramai di dunia selepas Indonesia. Pakistan sebenarnya sebahagian daripada India dan berpecah kepada Pakistan Barat dan Pakistan Timur. Pakistan Timur dikenali sebagai Bangladesh, kini. Pakistan pernah dijajah oleh British dan menjadi sebahagian dari India British yang berpusat di Delhi. Tapak tamadun purba Mahenjo Daro terletak di Lembangan Indus, Pakistan. Lembangan ini pernah dijajah oleh kuasa Parsi dan Greek. Kemudian dikuasai oleh kuasa Arab, Afghan, Turki, Baloch dan Mongol.Secara jelasnya sumber tenaga nuklear yang dibangunkan oleh negara Pakistan adalah untuk menampung penggunaan tenaga elektrinya. Namun sebalikya, penguraian tenaga nuklear negara Pakistan dibangunkan adalah untuk menghasilkan senjata nuklear bagi memperkasakan system pertahanan negara itu. Pembangunan sistem keselamatan berteraskan penggunaan tenaga nuklear Pakistan juga adalah bagi mengimbangi kekuasaan negara jiranya iaitu India yang telah menggunakan penguraian nuklear dalam bidang pertahanan atau persenjataan. Pakistan merupakan satu-satunya Negara Islam yang mempunyai senjata nuklear yang diiktiraf kuasa besar dunia. Negara yang sekian lama bergolak itu sememangnya melahirkan banyak cendekiawan dalam pelbagai bidang terutamanya dalam bidan sains dan agama.Abdul Qadeer Khan merupakan orang yang bertanggungjawab menjadikan Pakistan sebagai sebahagian daripada kuasa nuklear dunia. Bukankah ini menandakan umat Islam sebenarnya mampu berdiri sejajar dengan kuasa besar dunia yang lain?. Malangnya teknologi sehebat itu belum pasti menjanjikan keselamatan dan kamanan kepada rakyat Pakistan. Kita boleh merujuk kepada sejarah tanah air mereka yang penuh pergolakan antara etnik dan ideologi. Dalam dunia ini terdapat beberapa negara yang mempunyai nuklear, antaranya adalah, Amerika, Syarikat, Rusia, Israel, Perancis, Britain, China, India, dan Korea Utara. Jikalau antara kita merujuk kepada hubungan antara kuasa nuklear dunia mempunyai senjata nuklear, kita tidak akan berperang. Logiknya adalah jikalau salah satu negara cotohnya Amerika telah melancarkan senjata nuklearnya kepada negara nuklear yang lain kita pilih Pakistan untuk ini, maka sudah pasti Pakistan akan bertindak serupa dengan melancarkan serangan yang sama. Kesan bagi persenketaan ini amatlah dasyat untuk dilihat jika ianya berlaku.

MengapaIndiadanPakistanEngganMenandatanganiNPTSeperti yang diketahui, negara India dan Pakistan adalah merupakan antara dua buah negara yang tidak menandatangani atau menjadi ahli kepada Perjanjian Non proliferasi atau NPT. Namun begitu, India dan Pakistan mempunyai alasan dan pendirian tersendiri dalam mempertahankan penggunaan atau sumber nuklearnya. India dan Pakistan sering berkonflik tentang pembangunan program senjata nuklear mereka. Salah satu sebab mereka tidak menandatangani NPT dalah kerana kedua-dua negara ini perlu membangunkan penguraian tenaga nuklear dalam bidang persenjataan bagi mengimbangi kekuasaan antara kedua negara. Penghasilan senjata nuklear oleh kedua negara ini tidaklah disenangi oleh negara-negara lain, namun mereka tetap dengan pendirian mereka untuk meneruskan program senjata nuklear mereka untuk mempertahankan kedaulatan dan menjamin kekuasaan negara.India dan pakistan juga menuntut supaya negara mereka diiktiraf sebagai berstatuskan negara bersenjata nuklear dan mereka menjadi anggota tetap PBB barulah kedua negara ini akan menandatangani NPT. Dengan tuntutan ini, ia menjadi alasan mengapa India dan Pakistan tidak menandatangani NPT. Persaingan pembangunan program nuklear dan penghasilan senjata nuklear negara India dan Pakistan nyata jelas kelihatan apabila kedua-dua negara ini saling menjalan nujian senjata nuklearnya. Keadaan ini menunjukkan pendirian kedua-dua negara ini untuk meneruskan program senjata nuklear mereka adalah utuh dan tidah mudah untuk disekat atau diancam oleh mana-mana pihak atau negara. Tahap keselamatan negara juga menjadi alasan mengapa India dan pakistan tidak menandatangani NPT, dengan mempunyai progaram senjata nuklear, India dan Pakistan yakin dan kukuh terhadap tahap keselamatan negara walaupun terdapat ancaman daripada kuasa-kuasa besar dunia.India dan Pakistan juga telah memberi keyakianan bahawa dapat mengawal penggunaan sumber nuklearnya daripada disalah guna untuk tujuan keganasan oleh pihak persendirian atau pengganas. Selaian itu juga, keengganan India untuk tidak menandatangani perjanjian NPT adalah disebabkan oleh dakwaan negara tersebut bahawa terdapat ketidak seimbangan antara hak-hak dan kewajipan NWS dan NNWS. Ujian nuklear negara China juga mendorong India mengambil keputusan untuk tidak menandatangani perjanjian NPT. Pakistan menyokong hak yang sah kepada semua kerajaan untuk mendapat faedah daripada kerjasama nuklear yang aman. Disamping itu, keputusan India untuk tidak menandatangani perjanjian NPT adalah bagi mengimbangi kuasa dengan China yang juga mempunyai program senjata nuklear, China merupakan anggota tetap majlis keselamatan PBB yang mana dihalalkan mempunyai program senjata nuklear.Negara India juga disokong oleh Amerika Syarikat untuk meneruskan program nuklear India kerana India dan Amerika Syarikat adalah bekerjasama tentang pertahanan kedaerahan melalui peluru berpandu. Kengganan dan pendirian negara Pakistan dan India terhadap pembangunan program nuklear atau senjata nuklear mereka telah mendapat perhatian kuasa-kuasa besar dunia dan mengundang kepada campurtangan badan-badan berkuasa seperti PBB untuk mengambil tindakan keatas kedua-dua negara ini. Walaubagaimanapun, India dan Pakistan tidak menampakkan bahawa mereka akan berhenti membangunkan program nuklear mereka. Malah sehingga sekarang program nuklear mereka masih diteruskan dari masa kesemasa.

KesandanCabaranKepadaKedua-DuaNegara.Pendirian Negara India dan Pakistan untuk meneruskan agenda program nuklear mereka telah mendapat riaksi dan tindak balas daripada kuasa-kuasa dunia dan badan yang bertanggungjawab mengenai isu nuklear ini. Keadaan ini telah seakan membawa cabaran yang besar terhadap kedua-dua negara. Antara cabaran yang dihadapi oleh kedua negara ini ialah tentangan daripada negara kuasa dunia seperti Amerika Syarikat, China, Jepun, Perancis dan sebagainya. Amerika Syarikat amat memandang berat terhadap isu ini dan memberi riaksi untuk campurtangan dalam menyelesaikan atau menyekat pembangunan program nuklear India dan Pakistan. Kerisauan Amerika Syarikat terhadap keganasan atau pengganas yang mungkin akan mengambil kesempatan terhadap pembangunan program nuklear ini mengundang Amerika supaya terus menekan atau mendesak supaya program ini diberhentikan secara segera.Pelbagai tekanan terus diberikan kepada kedua negara, antaranya ialah, mendesak PBB mengenakan sekatan ekonomi bagi kedua negara ini jika program nuklear mereka diteruskan. Amerika dan sekutunya juga telah memprovokasikan isu nuklear ini kepada dunia supaya menghalalkan campurtangan ketenteraan dilakukan keatas negara India dan Pakistan supaya program nuklear dapat diberhentikan. Ugutan-ugutan yang dilemparkan adalah sebagai cabaran terhadap negara India dan Pakistan. Selaian daripada itu, tekanan dan sekatan juga terus dikenakan terhadap kedua-dua negara ini. Ugutan demi ugutan dan tindakan terus diberikan terhadap India dan Pakistan kerana kedegilan mereka dalam meneruskan program nuklear mereka. Sebagai contoh, Sebaik sahaja India menjalankan ujian nuklearnya, pelbagai tekanan dan sekatan telah dikenakan ke atasnya. Di antara tekanan dan sekatan yang telah dikenakan ke atas India ialah, Jepun menggantung bantuan AS$1.1 billion (RM 4.18 billion), Australia memanggil pulang dutanya dan meminta bantuan global dilakukan, Kanada, New Zealand dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) meminta langkah berjaga-jaga dilakukan secara maksimum di rantau ini, Russia memberi amaran perlumbaan senjata nuklear akan meningkat, Jerman dan China menyatakan kekesalan kerana mencemarkan keamanan dunia, Negara-negara Kumpulan Lapan (G8) bersetuju membekukan bantuan bukan kemanusiaan kepada negara India iaitu sebanyak AS$1.1 billion, Amerika Syarikat mengenakan sekatan ekonomi berjumlah AS$20.7 billion, Semua jualan dan lesen tentera bagi mengeksport peluru dibatalkan selain bantuan ketenteraan yang layak diterima yang membabitkan kira-kira AS$775,000, semua pinjaman kredit, jaminan kredit dan bantuan kewangan lain kerajaan Amerika kepada kerajaan India dihentikan yang membabitkan lebih AS$2 billion, dan sekatan juga dikenakan keatas India melalui semua bank Amerika dilarang memberi pinjaman atau kredit kepada kerajaan India, kecuali untuk membeli komoditi makanan dan pertanian yang membabitkan hampir AS$2 billion. Keadaan yang sama juga telah berlaku terhadap negara Pakistan. Keadaan ini telah membawa kepada keadaan yang teruk terhadap kedua-dua negara dan menjadi cabaran yang besar untuk dihadapi. Walau bagaimanapun, segala cabaran dan tekanan yang diberikan tetap dihadapi demi untuk meneruskan matlamat dan pendirian mereka dalam meneruskan program penguraian nuklear bagi kedua negara ini.

KESIMPULANPerjanjian Non-Proliferation of Nuclear yang bermatlamatkan untuk menyekat dan mengawal sebarang pembangunan program senjata nuklear yang telah dimeterai pada 1 Julai 1968 yang telah ditandatangani 188 negara yang berdaulat untuk mematuhi perjanjian ini. Namun, sehingga sekarang himpir keseluruhan negara di dunia yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi telah menendatangani dan menjadi anggota NPT. Walau bagaimanapun, sesetengah pihak menganggap NPT adalah dijadikan alat oleh kuasa-kuasa besar seperti Amerika Syarikat untuk menindas atau menekan negara yang dilihat sebagai mengamcam kekuasaan negaranya. NPT juga telah diskriminasi oleh pihak Amerika Syarikat dan sekutunya untuk menentang dan menghapuskan negara-negara Islam yang menjadi musuh atau ancaman terhadapnya. Segala tuduhan terus dilemparkan kepada negera-negara Islam sebagai negara yang mengamcam keamanan dunia jika negara ini mempunyai program penguraian tenaga nuklear. Negara India dan Pakistan adalah dua negara yang tidak menandatangani perjanjian NPT. Walaupun menerima tekanan serta cabaran yang besar daripada kuasa-kuasa besar dunia dan desakan oleh badan dunia iaitu PBB, India dan Pakistan tetap dengan pendirian mereka untuk meneruskan program pembangunan senjata nuklear dengan alasan-alasan yang tersendiri. Akibat dari kedegilan ini, India dan Pakistan telah menerima pelbagai tekanan termasuk sekatan ekonomi, penarikan dana bantuan, pengharam pinjaman dana daripada IMS dan juga ugutan-ugutan kuasa besar dunia terutamanya Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun, sehingga 2005 India dan Pakistan tidak menandatangani perjanjian NPT. Mulai 1998 mereka saling melancarkan ujian senjata nuklear mereka sehingga ke hari ini. Organisasi program penguraiaan nuklear terus dikukuhkan oleh kedua-dua negara ini walaupun dikecam oleh kuasa-kuasa besar dunia termasuk majlis keselamatan PBB dan juga aensi-agensi lain. Keadaan ini telah membuatkan rejim penyahcambahan nuklear tidak begitu tenang dan memberi cabaran terhadap rejim itu.