seni tekstil dan contoh tekstil di malaysia

20
1 ISI KANDUNGAN Penghargaan..........................................................................................................2 Pendahuluan..........................................................................................................3 Makna tekstil.........................................................................................................4 Jenis-jenis tekstil di Malaysia.................................................................................5 1.Tenunan........................................................................................5 2.Tekat..............................................................................................10 3.Batik...............................................................................................12 Penutup..................................................................................................................19 Rujukan...................................................................................................................20

Upload: fauzan-sarif

Post on 12-Jun-2015

12.167 views

Category:

Documents


28 download

DESCRIPTION

seni tekstil di malaysia. contoh-contoh tekstil

TRANSCRIPT

Page 1: Seni Tekstil Dan Contoh Tekstil Di Malaysia

1

ISI KANDUNGAN

Penghargaan..........................................................................................................2

Pendahuluan..........................................................................................................3

Makna tekstil.........................................................................................................4

Jenis-jenis tekstil di Malaysia.................................................................................5

1.Tenunan........................................................................................5

2.Tekat..............................................................................................10

3.Batik...............................................................................................12

Penutup..................................................................................................................19

Rujukan...................................................................................................................20

Page 2: Seni Tekstil Dan Contoh Tekstil Di Malaysia

2

PENGHARGAAN

Bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapatlah saya

menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Berkat doa dan tawakal kepadaNya, tugasan yang

cukup mencabar ini dapat diselesaikan dengan mudah.

Terima kasih juga kepada kedua ibubapa yang menjadi pendorong serta pembakar

semangat kepada diri saya. Sesungguhnya kesungguhan mereka membesarkan saya demi

menjadikan saya seorang yang berguna amatlah saya banggakan.

Tidak lupa juga kepada pensyarah yang tidak putus-putus memberi tunjuk ajar kepada

saya dan sahabat-sahabat. Tanpa usaha beliau memartabatkan dan juga menyerapkan seni

dalam jiwa anak didiknya, maka suramlah dunia seni dalam minda kami. Tanggungjawab

beliau amatlah berat namun kegagahan beliau menyebabkan kami lebih cekal mengharungi

cabaran dimasa yang mendatang.

Kepada rakan-rakan seperjuangan, segala bantuan dan sokongan amatlah dihargai.

Mereka adalah insan yang sama-sama menyemarakkan dunia seni pada masa ini. idea kreatif

mereka adalah sangat berguna.

Sekian sahaja untuk kali ini. semoga apa yang dihidangkan dapat memberi manfaat

kepada orang lain.Diharap juga agar tugasan ini menepati setiap aspek yang telah ditetapkan.

Sekian terima kasih.

Page 3: Seni Tekstil Dan Contoh Tekstil Di Malaysia

3

PENDAHULUAN

Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai seni tekstil yang

beridentitikan Malaysia sendiri. Kesenian tekstil ini membawa makna yang mendalam

sehinggakan seni ini diterapkan dalam Pendidikan Seni di sekolah menengah.

Antara seni tekstil yang malaysia miliki ialah tenunan, tekat dan batik. Seni tekstil ini

sudah lama berkembang sejak dahulu. Yang amat menyedihkan lagi ialah anak muda pada

masa kini kurang pendedahan mengenai tekstil. Sungguhpun begitu, inisiatif kerajaan bagi

meningkatkan lagi seni tekstil ini di Malaysia mahupun luar negara tidak boleh dipandang

enteng.

Sebagai contoh, bermula tahun 2003, arwah mantan perdana menteri Malaysia, Datin

Paduka Seri Endon Mahmood memperjuangkan industri batik hingga kemata dunia.

Hasratnya yang murni itu disokong oleh semua pihak. Buktinya sehingga sekarang guru-guru

atau kakitangan awam diwajibkan memakai pakaian batik mengikut hari yang ditetapkan.

Oleh itu kajian atau penyelidikan tentang tekstil Malaysia ini sangatlah diperlukan

agar remaja pada masa ini lebih menilai dan lebih menghargai seni tekstil negara agar tidak

diperlekehkan.

Page 4: Seni Tekstil Dan Contoh Tekstil Di Malaysia

4

MAKNA TEKSTIL

Tekstil pada asalnya merupakan satu benda yang dicipta bertujuan untuk melindungi

tubuh badan. Zaman kian beranjak sedikit demi sedikit, menjadikan tekstil sebagai pelengkap

kepada sesebuah upacara, rumahtangga, sebagai simbol kebesaran pemakai media ekspresi

seni dan sebagainya.Tekstil dapat merangkumi pelbagai segi antaranya ialah antropologi

(sosial dan budaya) kerana dapat menunjukkan adat istiadat sesuatu masyarakat dan juga

arkeologi kerana dapat melahirkan sejumlah informasi pada evolusi budaya. Sebagai media

ekspresi seni, seni tekstil dapat dikompolkan dalam koleksi seni rupa (fine art), seni

rakyat(folk arts) atau seni pendatang(tourist arts)

Page 5: Seni Tekstil Dan Contoh Tekstil Di Malaysia

5

JENIS-JENIS TEKSTIL DI MALAYSIA

1.TENUNAN

1.1 SEJARAH TENUNAN

Perkembangan tenunan di Malaysia dipercayai berkaitan dengan pendatang yang

kebanyakannya terdiri dari pedagang-pedagang. Pedagang-pedagang dari Jawa, Kepulauan

Maluku, Borneo dan Bugis telah memperkenalkan beberapa jenis kain tenunan. Beberapa

corak tenunan yang dihasilkan di Terengganu dan di Kelantan misalnya telah diberi nama

seperti tempat asal pedagang-pedagang tersebut. Dengan ini terdapat tenunan corak

Samarenda (Borneo Timur), corak Bugis dan corak Palembang. Tenunan ini termasuk juga

kain corak Muar dari Johor.

Tenun biasa ialah tenunan yang menghasilkan kain yang sering digunakan oleh

golongan masyarakat biasa, terutama tenunan yang dibuat dari bahan benang kapas. Benang

sutera juga digunakan tetapi harganya lebih mahal dari tenunan benang kapas. Tenunan kapas

juga dipercayai merupakan tenunan pertama yang wujud di Kelantan dan ia lebih dikenali

sebagai kain tenun balas dan setuli benang. Corak-coraknya juga sederhana disebabkan

benang-benang masih terbatas warnanya. Pada masa yang sama iaitu kira-kira pada awal

abad ke -18, masyarakat telah mengenali kain cindai, kain Bugis dan kain Acheh. Akan tetapi

penenun tempatan mencipta corak-corak dengan menyusun benang-benang pada anian tanpa

meniru kain-kain yang didatangkan dari luar.

1.2 MOTIF DAN CORAK

Jenis-jenis tenunan ini juga disebut sebagai tenunan bercorak kerana tidak terdapat

bentuk motif yang digunakan kecuali ruang, petak dan jaluran. Dari segi penciptaan

ragamhias, tenunan ini termasuk dalam bentuk yang paling sederhana. Ragamhiasnya hanya

terdiri dari corak dan sedikit bentuk motif berselitkan benang emas.

Kain bercorak yang terkenal ialah corak Muar dengan menggunakan warna-warna dari

cahaya muda dalam bentuk susunan petak dam. Warna yang sering digunakan ialah kelabu,

merah samar, jingga muda, putih, biru laut, hijau lumut dan kuning susu. Terdapat juga

penggunaan caban benang emas yang menghasilkan bentuk motif garis halus atau kesan titik

berbunga kecil, bertabur menghiasi ruang dan bidang-bidang bewarna. Bentuk motif yang

Page 6: Seni Tekstil Dan Contoh Tekstil Di Malaysia

6

terdapat pada kain tenun bercorak dikenali sebagai kain corak hujan panas iaitu kesan berkilat

disebabkan oleh benang emas. Sedangkan garis lurus yang halus dari benang emas disebut

sebagai tenun/songket selit. Kalau selitan ini terdapat pada bahagian kepala kain ia disebut

corak beragi.

Kain corak Bugis selalunya dihiaskan dengan corak susunan catur yang sederhana tetapi

terdapat banyak variasi/ragaman. Ruang kotak lebih kecil jika dibandingkan dengan kain

corak Muar. Manakala warna yang digunakan sebagai latar ialah hijau atau merah.

Kain corak Samarenda umumnya dipenuhi dengan ruang lebar yang melintang serta

berlatarkan warna gelap seperti ungu tua dan hitam sebagai tanah kain. Penggunaan benang

loseng yang dicelup ikat akan menghasilkan corak 'tartan' atau bintik ular sawa, juga dikenali

sebagai ragi bunga cuai. Beberapa corak lain yang sering dicipta ialah corak berdiri,

melintang, mata bilis, siku keluang dan kisi-kisi. Jika dibandingkan corak ini dengan corak

yang terdapat pada anyaman memang tidak banyak bezanya. Perbezaan jelas hanya terletak

pada bahan asas yang digunakan serta proses penciptaan.

1.3 JENIS-JENIS TENUNAN

Seni tenunan terbahagi kepada 3 jenis. Antaranya ialah:

• Tenunan biasa

• Tenunan benang ikat celup

• Songket

Seni tenunan masing-masing menpunyai nilai seni yang tersendiri.

1.3.1 tenunan biasa

Tenunan biasa adalah tenunan daripada benang kapas dan terawal dihasilkan

1.3.2 tenunan benang ikat celup

Tenunan benang ikat celup mula berkembang di istana raja-raja dimana

penciptaannya lebih rumit terutamanya dalam proses menyongket solek dan jenis kain yang

digunakan adalah dari kain benang emas.

Page 7: Seni Tekstil Dan Contoh Tekstil Di Malaysia

7

1.3.3 songket

Songket diikatakan bermula sejak dahulu kala lagi. Ianya hanya dipakai oleh gol.

Bangsawan pada waktu dahulu iaitu gol. Kerabat diraja dan orang besar negeri.Kehalusan

tenunan dan kerumitan motif corak songket ketika itu menggambarkan pangkat dan

kedudukan tinggi seseorang pembesar.

Ia telah terkenal di malaysia dan Indonesia sejak abad ke- 13 yang

lampau.Perkembangannya dipercayai berkaitan dengan para pedagang dari seluruh pelusuk

dunia yang kebanyakannya berasal dari Indonesia seperti Jawa, Kepulauan maluku, Borneo

dan Bugis.

Pada awal abad ke- 18, masyarakat telah diperkenalkan dengan kain Cindai, kain

Bugis dan kain Acheh, namun begitu penenun telah mengubah mengikut aliran teradisi dan

kesesuaian mereka sendiri.

Tenunan songket merupakan tenunan yang paling lengkap dan cantik dan ia terhasil

daripada perkembangan tenunan biasa. Songket adalah berasaskan kain tenunan biasa yang

diperbuat daripada kapas. Kemudian barulah corak-corak dibuat dengan menggunakan

benang emas.

Antara negeri-negeri yang popular dengan hasil tenunan di Malaysia adalah Pahang,

Terengganu dan Kelantan. Beberapa corak tenunan yang di hasilkan di Terengganu dan

Kelantan contohnya telah diberi nama mengikut tempat asal para pedagang berikut. Contoh

corak Samarenda ( borneo Timur )corak bugis dan juga palembang.

Antara unsur songket ialah motif alam sekeliling seperti tumbuhan, binatang, bunga

dan motif geometrik.

Manakala motif yang digunakan didalam songket pula ialah:

• Susunan bunga penuh-jalinan benang emas atau perak yang memenuhi seluruh

bahagian kain.

Page 8: Seni Tekstil Dan Contoh Tekstil Di Malaysia

8

• Susunan bunga tabur-motif yang disulam berjauhan antara satu sama lain

secara seimbang.

• Susunan bercorak-motif yang disusun mengikut bentukan tertentu

Antara contoh-contoh songket ialah:

Page 9: Seni Tekstil Dan Contoh Tekstil Di Malaysia

9

1.4.PROSES MENENUN

• Menerai benang

• Menganing

• Menggulung benang losing ke papan gulung

• Menyapuk

• Mengarat

• Menyolek menenun

Tekniknya pula terbahagi kepada 2:

• Angkat 3

Page 10: Seni Tekstil Dan Contoh Tekstil Di Malaysia

10

• Angkat 5

2.TEKAT

2.1 DEFINISI

Tekat adalah sejenis tekstil yang dihasilkan dengan cara menyulam benang emas keatas kain

dasar dari jenis baldu. Proses menekat ini juga disebut sebagai ‘sulaman timbul’ atau ‘suji

timbul’.

Tekatan biasanya digunakan untuk membuat kasut, kipas, muka bantal dan sarung tepak

sireh. Hasil tekat biasanya dijadikan perhiasan didalam upacara tertentu seperti upacara

perkahwinan, pertabalan diraja dan upacara yang lain.

2.2 ASAS PEMBUATAN

Asas bagi seni tekat ini iala benang emas dan kain baldu manakala hiasannya pula

menggambarkan reka bentuk bunga dan pohon.

2.3 RAGAM HIAS TEKAT

Ragam hias tekat terbahagi kepada 2. Antaranya ialah:

2.3.1 2 demensi

Page 11: Seni Tekstil Dan Contoh Tekstil Di Malaysia

11

• Tetampan(lapik dulang)

• Tikar

• Kipas

• Penyangkut kelambu

• Selempang

2.3.2 3 demensi

• Tepak sirih

• Bekas Pensil

• Kasut

• Tudung saji

Page 12: Seni Tekstil Dan Contoh Tekstil Di Malaysia

12

2.4 CARA MEMBUAT

3.BATIK

3.1 SEJARAH BATIK

Batik merupakan satu bidang kraftangan yang unggul di Malaysia. Sejak abad ke 15

Masihi lagi manusia telah menemui kaedah pembuatan batik secara tradisional. Pada masa

dahulu, masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang sebagai alat pengecap tetapi kini kain

batik telah diusahakan dengan menggunakan alat-alat moden. Batik mula diperkenalkan di

negara kita khususnya di negeri Kelantan sejak tahun 1910 lagi. Batik berasal dari Indonesia

dan terbit dari perkataan Jawa 'tik' yang bermaksud menitik atau menulis titik-titik. Ambatik

pula bermaksud melukis, menulis, mewarna atau menitik. Di alam Melayu, sejenis batik yang

dipanggil Batik Pelangi telah diperkenalkan sejak tahun 1770-an lagi. Di Malaysia

kebanyakan kilang perusahaan batik banyak terdapat di Kelantan dan Terengganu.

3.2 PROSES PENGHASILAN

Alatan yang biasanya digunakan untuk membuat batik.

• Blok penerap

• Campuran lilin

• Kain

• Pencelup

• Sebuah meja

Kain benang kapas berwarna putih merupakan yang sesuai untuk membuat batik.

Selepas diterap dengan lilin pertama, ia akan dicelup dengan warna yang gelap sedikit.

Setelah itu, ia akan diterap untuk kali kedua dan kemudian dicelup dengan warna yang lebih

gelap. Proses ini akan diteruskan hingga habis. Kain ini akan direbus dalam air yang

Page 13: Seni Tekstil Dan Contoh Tekstil Di Malaysia

13

mengandungi soda. Apabila direbus, warna-warna yang berlainan akan kelihatan. Kain batik

ini kemudiannya akan dijemur hingga kering. Kain-kain batik yang sudah kering, akan

digosok, dilipat dan dibungkus untuk dipasarkan.

3.3 PENJENISAN KAIN

Batik terbahagi kepada tiga jenis:

3.3.1 Batik Blok

Kain putih akan diterapkan dengan corak batik yang menggunakan blok corak. Blok corak

diperbuat daripada kayu atau logam. Proses ini dilakukan berulang-ulang dengan mengikut

susunan yang tertentu sehinggalah selesai. Di mana blok itu telah dicelupkan terlebih dahulu

ke dalam pewarna sebelum ditekapkan di atas kain tersebut.

Proses menerap kain menggunakan blok corak

3.3.2Batik Conteng

Alat canting digunakan bagi melakar corak batik dengan lilin panas di atas kain putih. Setelah

kerja-kerja melakar selesai, proses mewarna mengikut kesesuaian corak dilakukan dengan

menggunakan berus cat, dimana bahagian-bahagian yang terkena lilin itu tidak akan

meninggalkan kesan warna apabila proses mematikan warna di lakukan. Lilin akan cair dan

tanggal menjadikan bahagian-bahagian ini berwarna putih sebagai benteng.

Page 14: Seni Tekstil Dan Contoh Tekstil Di Malaysia

14

Proses mencanting kain

3.3.3Batik Skrin

Batik skrin ini tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan batik blok dan conteng.

Hanya kaedah melakar corak dan cara menerapkan warna sahaja yang berbeza. Corak batik

dibentuk di atas skrin yang diperbuat daripada kain polyster yang berpengidang. Skrin

dilekapkan di atas kain putih, proses pewarnaan dengan melalukan warna di atas corak tadi

dengan menggunakan sekuji. Cara begini akan diulang beberapa kali dengan corak yang

berlainan untuk mendapatkan corak batik yang lengkap. Ini disebabkan satu skrin untuk satu

warna sahaja.

3.4 MOTIF DAN CORAK

Rupabentuk Kain Batik Sarung

Page 15: Seni Tekstil Dan Contoh Tekstil Di Malaysia

15

3.4.1 Contoh Motif Organik

• Motif Ayam

• Motif Bunga Buluh

• Motif Bunga Kerak Nasi

• Motif Bunga Kotak Bercampur

• Motif Bunga Buluh

• Motif Bunga Raya

• Motif Daun Sireh

• Motif Geometrik

• Motif Pucuk Rebung

• Motif Rama-rama

• Motif Siput

3.4.2 Contoh Motif Geometrik

• Motif Pucuk Rebung

Page 16: Seni Tekstil Dan Contoh Tekstil Di Malaysia

16

• Motif Bunga Kotak Bercampur

Corak kain batik bermaksud bagaimana motif-motif yang dipilih dicorakkan di atas kain

batik tersebut.

Antara corak-corak yang sering digunakan.

• Corak Berdiri

• Corak Jalur

• Corak Melintang

• Corak Menyeluruh

• Corak Menyerong

• Corak Tompok-tompok

• Corak Ulangan Batu-bata

• Corak Ulangan/Selang seli

3.5CONTOH-CONTOH BATIK

Batik Sarung

Page 17: Seni Tekstil Dan Contoh Tekstil Di Malaysia

17

Motif parang

Selendang atau tudung

Page 18: Seni Tekstil Dan Contoh Tekstil Di Malaysia

18

Pakaian khusus atau seragam

Batik conteng

Page 19: Seni Tekstil Dan Contoh Tekstil Di Malaysia

19

PENUTUP

Rekaan dan corak sesungguh suatu bentuk kreativiti artistik yang dapat memenuhi

keperluan domain kognitif,psikomotor dan efektif. Dalam penghasilan tekstil, rekaan corak

terancang dan tidak terancang menghasilkan kesan tampak yang berbeza dan menarik.

Walaubagaimana pun,kemahiran, kesedaran dan pengetahuan amat diperlukan untuk

menghasilkan sesuatu yang kreatif dan menarik kerana ianya melibatkan proses latihan

berfikir yang berhubungan dengan asas rekaan dan prinsip rekaan.

Untuk menjadi seseorang individu yang mahir, latihan berterusan adalah amat diperlu

untuk menguasai kemahiran.Kemahiran yang tinggi akan menjadi seseorang itu kreatif dalam

menghasilkan sesuatu karya seni.

Page 20: Seni Tekstil Dan Contoh Tekstil Di Malaysia

20

RUJUKAN

• Internet:

www.batiksarong.blogspot.com

www.malaysure.com

Wikipedia encyclopedia 23-07-08 mobile Songket

• Buku rujukan

DR.Dharsono,M.Sn (2006), Pembuatan batik, Semi Bakti, m/s.45-48

Puji Yosep Subagiyo (2008), Tekstil tradisional (pengenalan bahan dan teknik),

m/s.3-12