pengurusan seni: kajian kes di muzium tekstil … binti brahim(24pgs).pdf · tolak perjuangan ke...

Download PENGURUSAN SENI: KAJIAN KES DI MUZIUM TEKSTIL … Binti Brahim(24pgs).pdf · tolak perjuangan ke hari muka. ... Jamalullail pada 31 Ogos 1963. Sejarah Perkembangan Muzium di Malaysia

If you can't read please download the document

Upload: trannguyet

Post on 06-Feb-2018

238 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

  • PENGURUSAN SENI: KAJIAN KES DI MUZIUM TEKSTIL SARA WAK (MTS)

    RABUY AH BINTI BRAHIM

    Tesis ini disediakan dan diserahkan untuk memenuhi syarat memperoleh

    Ijazah Satjana Seni (Pengurusan Seni)

    Fakulti Seni Gunan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARA WAK

    2011

  • Penghargaan Dan Ucapan Terima Kasih

    Dengan segala rendah had saya rakarnkan penghargaan dan terirna kasih yang tidak

    terhingga kepada sernua pihak sarna ada seeara individu, berkurnpulan Btall

    institusional kerana telah sarna-sarna rnenjadikan irnpian ini rnenjadi kenyataan.

    Sernua bantuan yang diberikan sarna ada seeara langsung atau tidak Iangsung. c!aLull

    bentuk data, rnaklurnat atau sebarang bentuk iIrnu, sarna ada iIrnu ta8it atau ek"'pli::;it.

    telah sarna-sarna rnernbantu kejayaan penyudahan tesis sarjana ini. Saya perca:vH

    tanpa surnbangan kalian yang signifikan itu kerja penyiapan tesis ini rnungkin akan

    tergendala. Kakitangan Jabatan Muziurn Negeri Sarawak dan Muziurn Tekstil

    Sarawak, segala kernudahan anda, sarna ada besar atau keci!, rnenjadi sebahagian

    daripada kejayaan ini. Dekan, Tirnbalan-Tirnhalan Dekan Fakulti Seni Gunaan dan

    Kreatif UNIlVlAS, para pensyarah dan pernbirnbing sarna, yang sudah rnembcrikan

    surnbangan sarna ada sarna-sarna rnernbina atau rnengkritik hasil usaha sa~'a ini tC'Llh

    turut sarna-sarna menjayakannya. Kehadiran dan sumbangan tuan/pnan. biallHll1

    keeil, saya rakarnkan rasa terhutang budi saya. Saya percaya ihsan ialah manifestasi

    kemurnian pernberian Allah S.\V.T. yang ke:3ernuanya terpandai rnelalui kt'jujul'

  • Daftar Kandungan

    Perkara

    1.0 Pendahuluan 1.1 Pengenalan 1.2 Latar Belakang Kajian

    1.2.1 Muzium Tekstil 1.3 Pernyataan Masalah 1.4 Matlamat Kajian 1.5 Objektif Kajian 1.6 Kepentingan Kajian 1. 7 Persoalan Kajian 1.8 Skop Kajian 1. 9 So alan Kajian 1.10 Definisi Konsep

    2.0 Kajian Kepustakaan 2.1 Pengurusan Muzium Sarawak

    2.1.1 Pentadbiran 2.1.2 Peranan Muzium Sarawak 2.1.3 Bidang Tugas Muzium Sarawak 2.1.4 Ordinan Berkenaan Muzium Sarawak

    2.2 Tekstil Dalam Tamadun Manusia 2.2.1 Tekstil Di Malaysia 2.2.2 Tekstil Di Sarawak

    2.2.2.1 Tekstil Orang Melayu Sarawak 2.2.2.2 Tekstil Orang Melanau Sarawak 2.2.2.3 Tekstil Orang Iban Sarawak 2.2.2.4 Tekstil Orang Bidayuh Sarawak 2.2.2.5 Tekstil Orang DIu

    2.3 Pengurusan Muzium Dari Sudut Pentadbiran 2.3.1 Objektif Pengurusan Muzium 2.3.2 Struktur Pengurusan Muzium 2.3.3 Kaedah Pengurusan Muzium 2.3.4 Mengurus Koleksi

    2.3.4.1 Masalah Penjagaan Koleksi Muzium 2.3.4.2 Pengurusan Muzium Tekstil

    Halaman

    1 6 8 10 11 12 12 14 16 16 17

    23 27 28 30 37

    38 44 48 48 50 54 63 68

    73 75 79 81 91 98 102

    11

  • 2.4 Pengurusan Maklumat 105

    2.4.1 Sumber Maklumat 108

    2.4.2 Nilai Ekonomik Maklumat 111

    2.4.3 Alat Untuk Mengurus Maklumat 115

    2.4.3.1 Pengauditan Maklumat 115

    2.4.3.2 Pemetaan Maklumat 117

    2.4.3.3 Penyebaran maklumat, Rangkaian dan Intranet 117

    2.4.3.4 Penyebaran, Kerahsiaan dan Keselamatan

    Maklumat 118

    2.4.3.5 Dasar dan Strategi Maklumat 119

    2.4.3.6 Sistem Maklumat Strategik 120

    2.4.3.7 Pendidikan Untuk Pengurusan Maklumat 120

    2.4.4 Perngurusan Ilmu Pengetahuan 121

    2.4.4.1 Kepentingan Ilmu Pengetahuan dan 2.4.4.2 Pengurusan Ilmu Pengetahuan 124

    2.4.4.3 Mencipta Sistem Pengurusan

    Pengetahuan 125

    2.4.5 Kseimpulan 134

    3 Metodologi 135

    3.1 Metodologi Kajian 140

    3.2 Kaedah Kajian 140

    3.2.1 Pemerhatian Langsung 140

    3.2.2 Analisis Maklumat dan Dokumen 144

    3.2.3 Soal Selidik Soalan Separuh Berstruktur 144

    3.2.4 Kaedah Kajian Kes 146

    3.3 Sumber Maklumat 146

    3.4 Instrumen Kajian 147

    3.5 Penganalisisan Data 147

    3.6 Kesimpulan 148

    4 Penemuan dan Analisis Data 149

    4.1 Pengenalan 149

    4.2 Data Yang Diperoleh 149

    4.2.1 Koleksi 151

    4.2.2 Koleksi Gambar 160

    4.2.3 Sistem Pengurusan Maklumat dan Ilmu di MTS 173

    4.2.3.1 Maklumat Bahan Koleksi MTS 174

    4.2.3.2 Sistem Pengurusan Maklumat dan Ilmu

    diMTS 176

    4.2.3.3 Kaedah Sistem Pengurusan Muzium (muzium

    management system) di MTS 177

    4.2.3.4 Permasalahan Pengurusan Maklumat

    di MTS 180

    4.2.3.5 Cadangan Teoritikal Pengurusan MTS 183

    III

  • 4.2.3.6 Cadangan Kegiatan Kesenian MTS 184

    4.3 kesimpulan 185

    5 Kesimpulan, Cadangan dan Penutup 186

    5.1 Kesimpulan 186

    5.2 Cadangan 191

    5.2.1 Cadangan Kegiatan Kesenian di MTS 197

    5.2.2 Model Kegiatan Kesenian 199

    5.3 Penutup 202

    Bibliografi 205

    Lampiran 1. Koleksi Tekstil di MTS 212

    2. Soal Selidik Di MTS 216

    3. Soal Selidik Untuk Kakitangan MTS 217

    4. Soal Selidik Untuk Kakitangan MTS2 222

    5. Soal Selidik Untuk Kakitangan MTS Berjawapan 223

    6. Soalan Berdasarkan Objektif Kajian 226

    7. Soalan Berdasarkan ObjektifKajian Berjawapan 232

    8. Questionaires on Textile Museum 239

    9. Senarai Pengarah Muzium Sarawak 240

    10. Jenis Pakaian Orang Sarawak 24] 11. Bahan Koleksi MTS 242

    12. Struktur Organisasi Muzium Sarawak 245

    IV

  • Senarai Rajah

    Rajah Perkara Halaman

    Rajah 2.1 Penaung Muzium Sarawak 27

    Rajah 2.2 Skruktur Pentadbiran Muzium 79

    Rajah 5.1 Tekstil Dalam Tamadun Manusia 162

    Senarai Peta

    Peta Kandungan Halaman

    Peta 1.1 Lokasi Muzium Tekstil Sarawak di Bandaraya 9 Kuching

    v

  • Senarai Jadual

    Jadual Judul Halaman

    Jaduall.l Sejarah Penubuhan Muzium negara 2

    Jadua13.1 Jadual Tinjauan Premis 142

    Jadua13.2 Catatan Daripada Lawatan Tinjauan 143

    Jadua14.1 Rekod Pengunjung MTS Dalam tempoh Kajian 150-151

    vi

  • Senarai Model

    Model Judul Halaman

    Model 2.1 Overlapping Human, Organizational and Technological 122 Factors of KM

    Model 5.1 Model Pengurusan TQM Muzium Tekstil Sarawak 196

    Model 5.2 Model Koleksi Tekstil MTS 197

    Model 5.3 Model Pemanfaatan Kesenian Kain di MTS 200

    Model 5.4 Model Kegiatan Kesenian MTS 201

    Model 5.5 Model Kemantapan MTS 203

    vii

  • Senarai Gambar

    Gambar Judul Halaman

    Gambar l.1 Bangunan Pavilion Yang Menempatkan Muzium 9 Tekstil Sarawak

    Gambar 2.1: Alfred Wallace 24

    Bangunan Muzium Sarawak Lama

    Gambar 2.2: 24

    Bangunan Terkini Muzium Sarawak

    Gambar 2.3: 25

    Muzium Arkeologi Gua Niah, MiriGambar 2.4: 31

    Gambar 4.1 Galeri Muzium Tekstil Sarawak 154

    Gambar 4.2 Songket Melayu 155

    Gambar 4.3 Pakaian Daripada Kain Pua 155

    Gambar 4.4 Pun Kumbu 155

    Gambar 4.5 Pakaian Daripada Kulit Kayu 156

    Gambar 4.6 Pakaian Dihiasi Manik 156

    Gambar 4.7 Koleksi Kebaya Nyonya 157

    Gambar 4.8 Pakaian Baba dan Nyonya 157

    Gambar 4.9 Kebaya Melayu 157

    Kepalbagaian Tekstil Menampakkan Kepelbagaian

    Gambar 5.1: 188

    Cita Rasa Pengguna

    Tekstil Mampu Menampakkan Identiti Bangsa PemilikGambar 5.2 189 Aslinya

    viii

  • Abstrak

    Pengurusan Seni:

    Kajian Kes di Muzium Tekstil Sarawak (MTS)

    Kajian ini dilakukan untuk memartabatkan dan mengetengahkan pengurusan MTS

    sebagai sebuah institusi muzium dalam pentadbiran negeri Sarawak dan sebagai

    sebuah khazanah tamadun bangsa di Sarawak khususnya dan di Malaysia amnya.

    Kajian dilakukan dari perspektif mengenal pasti permasalahan pengurusan maklumat

    di MTS, menghuraikan koleksi bahan di MTS sebagai sebuah institusi warisan melalui

    maklumat bahan koleksi, menganalisis sistem pengurusan muzium yang diamalkan di

    MTS dan mencadangkan kegiatan kesenian di MTS. Analisis pengurusan MTS akan

    memberi tumpuan kepada koleksi bahan tekstil, pengkategorian dan pemaklumatan

    bahan koleksi, penyimpanan maklumat berkenaan bahan dan pendokumentasian

    dalam bentuk multimedia, penggunaan dan pengoperasian premis, penyimpanan semua

    jenis rekod yang berkaitan seperti rekod kedatangan pelawat, rekod penggunaan

    mUZlUm, jenis-jenis penggunaan, sistem pengarkiban bahan dan pengurusan pejabat

    premis. Kempat-empat perkara yang terkandung dalam objektif kajian ini

    membolehkan pengkaji mengemukakan cadangan pengurusan maklumat di premis

    kajian serta menampilkan model-model cadangan aktiviti kesenian berkaitan tekstil

    dalam pengurusannya. Hal ini penting kerana perkembangan tamadun manusia

    berkaitan dengan tekstil berkorelasi positif dengan seni dan budaya masyarakat dalam

    tamadun itu sendiri.

    ix

  • Abstrak

    Arts Managemenr:

    A Case Study in Sarawak Textile Museum (MTS)

    . This study focuses on the intention of introducing and uplifting Textile Museum

    Sarawak as a museum institution, that is as a storage of local civilization artefacts in

    Sarawak state administration specifically and in Malaysia generally. The study was

    done in the perspectives of management problems identification in the prenllse,

    elaborating the collections available as cultural heritage, analyzing the museum

    management practices in MTS as well as suggesting museum arts activities in relation

    to which will focus on the collections information, categorization and information

    gathering of the collections, the collection storage, and infiormation management of the

    collection as well as the information documentation in the form of multimedia, the

    operation and usage of the premise, records keeping of all forms and types of records,

    '.. types of usage, and the museum archiving system.)The four study objectives are

    important because they enable the researcher to suggest management information

    system, management models, as well as models of textiles arts activities. This is

    important because of the positive correlation between textile arts and the culture of

    society in the civilization.

    x

  • Singkatan

    CD

    CMM

    DUN

    DUNS

    ICT

    INTAN

    IPTA

    IPTS

    ISO

    KMK

    MTS

    QCC

    Compact Disc (Cakera Liut)

    Center For Modern Management

    Dewan Undangan Negeri

    Dewan Undangan Negeri Sarawak

    Information Communication Technology

    Institut Tadbiran Awam Negara

    Institute Pendidikan Tinggi Awam

    Institute Pendidikan Tinggi Swasta

    International Standard Organization

    Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja

    Muzium Tekstil Sarawak

    Quality Control Circle

    xi

  • Bah 1

    Pendahuluan

    1.1 Pengenalan

    Menurut periwayatan Sejarah Jabatan Muzium Negara (2010) Sejarah

    permuziuman di Malaysia bermula pada tahun 1883 apabila pemerintah British

    menubuhkan Muzium Perak di Taiping. Ini diikuti oleh penubuhan Muzium Sarawak

    di Ruching pada tahun 1888 dan kemudiannya Muzium Selangor pada tahun 1899.

    Pada tahun 1910, pengurusan Muzium Perak dan Muzium Selangor disatukan

    di bawah Jabatan Muzium Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Pada tahun 1930,

    pengurusan tersebut dipisahkan semula sebagai satu langkah di bawah sistem

    disentralisasi oleh pemerintah British.

    Sebahagian daripada bangunan Muzium Selangor telah roboh disebabkan

    pengeboman yang dilakukan oleh Tentera Udara Pihak Perikatan pada 10 Mac 1945.

    Akibatnya, sebahagian besar artifak telah musnah.

    , j

    " ,

  • Pada tahun 1959, seJurus selepas kemerdekaan, kerajaan melantik seorang

    arkitek iaitu Encik Ho Kok Hoe untuk mereka bentuk Muzium Negara yang akan

    dibina di atas bekas tapak Muzium Selangor. Bangunan ini telah dirasmikan 01eh Yang

    di-Pertuan Agong ke-III Tuanku Syed Putra Al-Haj Ibni Almarhum Syed Hassan

    Jamalullail pada 31 Ogos 1963.

    Sejarah Perkembangan Muzium di Malaysia dapat dilihat dalam Jadual 1.1

    berikut ini:

    Jadual1.1: Sejarah Penubuhan Muzium negara

    ,

    I

    Muzium Peristiwa I Penerangan

    I Muzium Perak, Taiping (1883)

    Penubuhan muzium pertama oleh British selepas Perjanjian Pangkor 1874.

    Muzium Sarawak (1888) Penubuhan oleh Raja Sarawak II Sir Charles Brooke di Kuching.

    Muzium Selangor (1902) Pentadbiran Negeri-Negeri Bersekutu lnggeris menubuhkan Muzium Selangor di tapak Muzium Negara.

    Muzium Selangor dan Muzium Taiping (1910)

    Pengurusan pentadbiran kedua-dua muzium ini digabungkan menjadi Muzium Negeri-Negeri Bersekutu di bawah pentadbiran Jabatan Muzium Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.

    Muzium Selangor dan Muzium Taiping (1930)

    Pengurusan pentadbiran kedua-dua muzium ini dipisahkan di bawah program desentralisasi kerajaan British.

    Muzium Negara (1962) (1963)

    Penubuhan Muzium Negara Perasmian oleh SPB Yang di-Pertuan Agong III - Tuanku Syed Putra AI-Haj.

    Sejak penubuhannya, Muzium Negara telah mengadakan beratus-ratus

    pameran yang merangkumi bidang etno10gi, sejarah, alam semula jadi, sains, arkeologi

    2

  • +

    dan rnonurnen hingga rnenjangkau koleksi konternporari yang dikunjungi lebih 30 juta

    pengunjung sehingga kini. Muziurn Negara terus berkembang merentasi masa dan

    mengalami perubahan lanskap sejajar perkembangan pesat di negara ini. Muzium

    Negara terus rnenjadi pusat turnpuan pelancong dalam dan Iuar negara di sebalik

    kedudukannya yang dikelilingi kepesatan pembangunan negara.

    Kunjungan ke Muzium Negara akan memberikan garnbaran dan kefahaman

    terhadap sejarah dan ketarnadunan negara yang melengkapkan pengertian terhadap

    rakyatnya yang berbilang bangsa, agama dan kebudayaannya yang unik. Justeru

    menjadikan muziurn sebagai sebuah khazanah tarnadun yang sangat berrnanfaat

    dalam konteks penyirnpanan dan pengurusan maklumat dan ilmu pengtetahuan. Hal

    ini dernikian kerana Muziurn Negara sentiasa melaksanakan pelbagai program

    pendidikan dan khidmat seranta bagi melebarkan jangkauan penerangan sejarah dan

    kebudayaan negara.

    Selain berpeluang rnempelajari sejarah dan kebudayaan negara di galeri tetap

    dan pameran sernentara, Muziurn Negara turut rnenawarkan:

    1. Khidrnat nasihat aktiviti pendidikan dan pengembangan

    11. Lawatan berpandu ke galeri-galeri Muzium Negara

    111. dan bersedia bekerjasama rnelaksanakan aktiviti pendidikan dan

    pengembangan dengan pihak sekolah, IPTA, IPTS, agensi kerajaan, agensi

    swasta dan badan bukan kerajaan

    Kajian tentang pengurusan sebuah organisasi keilmuan dalarn konteks

    pengurusan seni Inl dilakukan ke atas MTS. Kajian akan dilakukan terhadap

    3

    , , '

  • pengoperasiannya sebagai sebuah institusi dalam perspektif pengurusan, pengurusan

    maklumat di samping bertujuan untuk mencadangkan kaedah pengurusan yang sesuai

    agar MTS menjadi institusi sosial yang mantap di Sarawak.

    Tekstil mempunyai sejarah yang panjang dalam tamadun manusia. Tekstil di

    Malaysia mempunyai rakaman budaya, sejarah perkembangan yang panjang serta

    unik dan dimensi kewujudannya sangat berbagai-bagai. Kepelbagaiannya pula menarik

    perhatian kerana terdapat banyak maklumat dan ilmu yang terkandung dalam budaya

    serta tamadun manusia itu. Seperti yang didefinisikan oleh John M.A. dan Thompson

    (1984) bahawa tekstil ialah:

    Bahan tenunan yang terhasil dengan menganyam dua set benang yang berselang tetapi ditenun sedemikian rupa untuk menghasilkan corak yang pelbagai dalam konteks muzium, istilah tekstil mencakup tiga kategori objek iaitu:

    1. barang 'nipis' yang dapat disidai, dihampar atau digulung seperti karpet, langsir atau alat hias rumah dan tempat kediaman yang diperbuat daripada fabrik; '2. barang yang 'dibentuk' khususnya kostum dan peralatan kostum yang memerlukan sokongan tiga dimensi; dan 3. pelbagai barang, yang termasuklah langsir, skrin, lapik kipas. tempat duduk perabot dan katil, patung, dan alat mainan yang lembut dan seumpamanya.

    Secara amnya manusia menggunakan tekstil sebagai pakaian tetapi konsep dan

    penggunaan tekstil dalam budaya manusia semakin pelbagai. Begitu juga dengan

    proses pembuatannya yang mencakup penyulaman, merenda, mengait, meruji benang

    (menekat) dan menenun. Tekstil mendapat tempat dalam budaya masyarakat Malaysia

    dan perkembangan tamadun dan budaya ini seiring dengan perkembangan budaya dan

    tamadun penduduk dunia keseluruhannya.

    4

  • Lazimnya tekstil dikaitkan dengan konsep sosial sebagai satu proses yang

    panjang sehingga wujudnya peribahasa seperti sehari selembar benang, lama-lama

    menjadi 'win (Asiah Abdul Rahman, 2003). Benang berasal daripada sejenis tumbuhan

    atau bulu-bulu binatang. Bahan mentah itu diproses menjadi jalur-jalur halus seperti

    sutera, kapas dan linen atau jalur-jalur kasar seperti jerami yang lebih dikenali untuk

    membuat tali.

    Penemuan kajian ini nanti akan memberi upaya kepada pengkaji untuk

    mengemukakan beberapa cadangan untuk membantu pemantapan MTS sebagai

    sebuah organisasi pentadbiran dan pengurusan khususnya dari segi pengurusan

    maklumat.

    Sebagai sebuah institusi kerajaan, di bawah pentadbiran Jabatan Muzium

    Sarawak, pengurusan MTS mempunyai ruang untuk ditambah baik dari segi:

    1. koleksi bahan tekstil

    11. pengkategorian dan pemaklumatan bahan koleksi

    iii. penyimpanan maklumat berkenaan bahan dan pendokumentasian dalam

    bentuk multimedia

    lV. penggunaan dan pengoperasian premis

    v. penylmpanan semua JelllS rekod yang berkaitan seperti rekod

    kedatangan pelawat, rekod penggunaan muzium, jenis-jenis penggunaan

    (umpamanya sebagai bahan kajian, lawatan semata-mata)

    VI. sistem pengarkiban bahan

    Vll. pengurusan pejabat premis

    5

  • f

    Muzium pula ialah sebuah institusi yang mengumpul, mendokumenkan,

    mengawet, mempamerkan dan mentafsir bahan bukti dan maklumat yang berkaitan

    satu-satu koleksi bahan untuk kegunaan umum (Anne Fahy, 1995). Ini menjadikan

    muzium sangat signifikan sebagai tempat pengurusan tekstil tekstil khususnya untuk

    penyimpanan, pengarkiban dan keilmuan.

    1.2 Latar Belakang Kajian

    Kajian ini ialah kajian tentang MTS. MTS ialah sebahagian daripada cabang

    pentadbiran Jabatan Muzium Sarawak. Pejabat utama Jabatan Muzium Sarawak

    terletak di Bahagian Kuching. Pengurusan Jabatan Muzium Sarawak mempunyai

    beberapa unit pentadbiran yang lain dan masing-masing terletak di premis yang

    berlainan. Muzium-muzium lain yang dimaksudkan itu ialah (Sarawak Museum, 2006):

    i. Muzium Sarawak (bangunan lama)

    n. Muzium Islam

    Ill. Dewan Tun Abdul Razak (Muzium Sarawak)

    IV. Muzium Seni

    v. Muzium Tekstil

    VI. Muzium Sejarah Cina

    Vll. Muzium Petroleum, Miri

    Vll1. Muzium Arkiologi Niah, Miri

    IX. Muzium Wilayah Baram

    x. Muzium Wilayah Limbang, Sarawak

    6

  • Muzium Sarawak (1888) ialah mUZlUm yang tertua di Borneo dan mUZlUm

    kedua di Malaysia selepas Muzium Perak (1883) di Taiping. Penubuhan Muzium

    Sarawak digazetkan dan diluluskan oleh pemerintahan Brooke pada 26 Mac 1878 dan

    didirikan pada tahun 1886 di Kuching (Lucas Chin, dkk, 1983). Kenyataan dalam

    Sarawak Gazette pada 26 Mac 1878 itu memperakukan:

    Yang Mulia Rajah berhasrat pada masa yang akan datang, untuk membina sebuah muzium. Untuk tujuan itu, sebuah bangunan yang sesuai akan didirikan oleh kerajaan di Kuching.

    (Lucas Chin, dkk, 1983).

    Pada tahun 1888 baharulah bangunan muzium yang sebenarnya didirikan di

    tapaknya yang ada sekarang. Pada tahun 1911 bangunan itu diperbesar sehingga ke

    saiz dan bentuk yang kelihatan pada hari ini. Asalnya muzium ini ditubuhkan kerana

    kepercayaan pemerintah pada masa itu terhadap teori evolusi, khususnya melalui

    Alfred Russel Wallace yang berkhidmat dan tinggal di Sarawak pada tahun 1854-1856

    yang menulis sebuah kertas seminar berkenaan keperluan penubuhan muzium.

    Jabatan Muzium Sarawak sendiri mempunyai bangunan lamanya yang sedia

    ada dan menjadi mercu tanda utama Bandar Raya Kuching ketika bangunan itu

    didirikan (Sarawak Museum, 2006) dan berfungsi sebagai Muzium Sarawak.

    Bangunan ini dibina pada tahun 1891 dan diubah suai dan diperbesar kepada

    bentuknya yang sedia ada pada tahun 1911 (Sarawak Museum, 2006). Muzium

    Sarawak lebih dikenali sebagai muzium campuran tetapi lebih kepada Muzium

    Etnologi, iaitu muzium pengkhazanahan pelbagai tinggalan dan artifak pelbagai etnik

    yang terdapat di Sarawak yang merentasi sejarah.

    7

  • ;"f

    Muzium ini menylmpan dan mempamerkan Slmpanan dan tinggalan SOSlO

    budaya - kepercayaan, agama, budaya, cara hidup pelbagai kumpulan etnik

    pemastautin Sarawak (Sarawak Museum, 2006). Dinding-dindingnya dipenuhi pelbagai

    mural kumpulan etnik yang menonjol di Sarawak.

    Kajian dijalankan dari perspektif lSU-lSU semasa yang dihadapinya dan

    kemungkinan cabaran masa depan yang mungkin dihadapinya dalam perspektif

    pengurusan sem.

    Muzium Sarawak terkenal sebagai mUZlUm yang terbaik di rantau ini dan

    menjadi mercu tanda yang tidak sepatutnya ditinggalkan oleh seswpa sahaja yang

    melawati Sarawak kerana maklumat dan ilmu yang tersimpan di dalamnya. Muzium

    Sarawak mempunyai koleksi artifaks dan bahan yang begitu banyak dan sangat

    membantu kerajaan Negeri Sarawak mempamerkan khazanah miliknya yang tidak

    ternilai tinggi harganya (Sarawak Museum, 2006).

    1.2.1 Muzium Tekstil Sarawak (MTS)

    MTS terletak di Bangunan Pavilion, salah satu daripada khazanah bangunan

    yang sangat tinggi nilai sejarahnya. Reka bentuknya merupakan campuran budaya

    seni reka English Ranaissance dan English Colonial (Sarawak Museum, 2006).

    Bangunan Pavilion ini dibina pada tahun 1907 sebagai pusat perubatan tetapi

    kemudian menjadi ibu pejabat Jabatan Pelajaran.

    8

  • .I""1 DlI g re ng

    Ka E

    F. /r

    ~.' 11111 rlt.

    Peta 1.1: Lokasi Muzium Tekstil Sarawak di Bandaraya Kuching

    Sumber: http://www.google.com.my/search?q=muzium+tekstil+sarawak

    Gambar 1.1: Bangunan Pavilion Yang Menempatkan Muzium Tekstil Sarawak

    Di mUZlUm Illl para pengunJung dapat melihat pelbagai koleksi tekstil dan

    pakaian yang dihasilkan oleh pelbagai kumpulan etnik di Sarawak. Bahan pamerannya

    9

    http://www.google.com.my/search?q=muzium+tekstil+sarawak

  • Pi +

    merangkumi proses penenunan kain dan penghasilan benang pelbagai cara daripada

    pelbagai kumpulan etnik. Di samping itu, pengunjung juga akan berpeluang untuk

    pengalaman langsung melalui aktiviti 'buat sendiri' seperti menenun kain atau

    mengurat benang. Muzium 1m mempunyai empat galeri utama iaitu galeri bahan

    mentah, galeri penenunan, galeri motif pakaian, dan galeri pakaian dan aseson

    perkahwinan.

    1.3 Pernyataan Masalah

    Penubuhan MTS pada tahun 2000 merupakan satu cabang pentadbiran yang

    baharu bagi Jabatan Muzium Sarawak sebagai sebuah jabatan kerajaan dalam

    Kementerian Pembangunan Sosial Negeri Sarawak. Sebagai sesebuah institusi

    kerajaan yang baharu, MTS berdepan dengan pelbagai isu pengurusan dan cabaran

    semasa dalam hal pengurusan dan pengoperasiannya khususnya dalam pengurusan

    maklumat. Dalam masa yang sarna, jangkaan khalayak ramai, khususnya pengunjung

    yang menghendaki maklumat tentang tekstil, terhadap kemantapan pengurusannya

    sebagai sebuah institusi kerajaan dan badan penyimpan khazanah sosial sangatlah

    tinggi. Harapan terhadap pengurusan yang baik ini menjadi lebih tinggi apabila

    industri pelancongan negeri dan negara keseluruhannya dilihat sebagai pihak yang

    berkepentingan dan berkaitan. Kesempurnaan pengurusan ini sangat diperlukan

    untuk menjadikan MTS sebagai salah satu destinasi pelancongan.

    Aspek koleksi bahan, penulisan maklumat yang berkaitan agar bahan pameran

    itu menyerlahkan aspek maklumatnya, penyimpanan maklumat, penggunaan semula

    maklumat, penyebaran maklumat tentang semua koleksi yang terdapat di muzium

    menjadi satu perspektif pengurusan yang sangat penting dan mencabar dalam

    10

  • pengurusannya. Bukan sahaja maklumat tentang aspek kesenian tekstil itu yang perlu

    dicari dan diperoleh untuk dip roses dan kemudian dipamerkan tetapi aspek sejarah,

    seni penenunan dan aspek maklumat yang lain yang berkaitan juga perlu diurus

    dengan mantap. Ini membentuk isu dan cabaran yang sangat besar dalam usaha untuk

    memantapkan pentadbiran MTS.

    Seni tampak dan motif-motif yang terkandung dalam setiap lembar tekstil yang

    dipamerkan dan yang bakal diperoleh pula menyimpan maklumat sejarah yang sangat

    banyak dan kini berkembang sealiran dengan tamadun bangsa yang menciptanya

    sementara perspektif masa depannya pula hendaklah dilihat dari segl

    perkembangannya dalam arus semasa dunia tekstil. Ini merupakan satu cabaran masa

    depan yang perlu dilihat secara profesional oleh pihak pengurusan muzium ini.

    Pelbagai disiplin kehidupan yang lain terpancar dan dapat ditelusur melalui aspek

    kesenian yang terkandung dalam pelbagai bentuk dan motif koleksi tekstil di muzium

    ini. Namun demikian, belum ada kajian yang rinci dan menyeluruh tentang perkara

    yang dinyatakan ini agar MTS dapat diangkat dan diyakini sebagai badan pengurus

    kesenian yang membanggakan di negeri Sarawak sekali gus memainkan peranannya

    yang signifikan dalam industri pelancongan negara. Dalam hal yang demikian, tentu

    sekali perkara ini akan membantu negara dalam penjanaan ekonomi negara dari

    perspektif pemberian perkhidmatan - hospitaliti dan pelancongan.

    1.4 Matlamat Kajian

    Kajian ini dilakukan untuk memnJau amalan pengurusan bahan koleksi

    maklumat yang diamalkan di MTS dan mengemukakan cadangan pengurusan MTS

    agar penubuhan dan pengoperasiannya menjadi signifikan dalam arus pembangunan

    II

    \

  • negeri Sarawak khususnya dan negara Malaysia amnya dan dapat dimanfaatkan oleh

    para pengunjung muzium.

    1.5 Objektif Kajian

    Kajian ini dijalankan untuk

    1. mengenal pasti permasalahan pengurusan maklumat di MTS

    11. menghuraikan maklumat tentang koleksi bahan di MTS melalui

    maklumat bahan koleksi

    111. menganalisis sistem pengurusan muzium yang diamalkan di MTS

    IV. mencadangkan kegiatan kesenian di MTS

    1.6 Kepentingan Kajian

    Kajian ini penting kerana sebagai sebuah mUZlUm, MTS merupakan sebuah

    institusi yang sangat penting bukan sahaja sebagai khazanah tekstil tempatan tetapi

    juga aktiviti-aktiviti muzium itu sendiri yang berpontensi untuk diperluas dan

    diperbanyak, iaitu dengan berpandukan latar belakang pengurusan muzium lain

    seperti Muzium Tekstil London yang dianggap sebagai muzium yang paling ternama

    dari semua sudut pengurusannya (Ann Brooke Craddock, 1992). Muzium ini diasaskan

    oleh Zandra Rhodes dan dibina oleh jurubina Mexico yang termahsyur dan yang

    terkenal di seluruh dunia, Ricardo Legorreta.

    Lazimnya kebanyakan pakar penyelidikan berpendapat bahawa bidang

    penyelidikan dapat dikelaskan kepada dua kategori utama, iaitu penyelidikan asas dan

    penyelidikan gunaan (Mohd. Majid Konting, 1990). Beliau menyatakan bahawa

    12