seni tekstil

117
NAMA PENSYARAH: PUAN ROZITA BT AHMAD NAMA PELAJAR: MUHAMMAD IHSAN BIN HUSSAIN (JEA100037) MUHAMMAD RAMDZAN BIN MOHD AYOB (BEE100019) NURU AIN MASITAH BT ZAIDI (AEA100238) NURUL ASIKIN BT ELIAES (JEA 100091) NURUL IZZAH BT AFFANDI (JEA 100095) NURUL SHAZWANI MARUDING (AEA100250)

Upload: ain-ailyn

Post on 15-Jun-2015

11.940 views

Category:

Education


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Seni tekstil

NAMA PENSYARAH: PUAN ROZITA BT AHMAD

NAMA PELAJAR: MUHAMMAD IHSAN BIN HUSSAIN (JEA100037)

MUHAMMAD RAMDZAN BIN MOHD AYOB (BEE100019)

NURU AIN MASITAH BT ZAIDI (AEA100238)

NURUL ASIKIN BT ELIAES (JEA 100091)

NURUL IZZAH BT AFFANDI (JEA 100095)

NURUL SHAZWANI MARUDING (AEA100250)

NOR HAFIZAH BT ABDUL FATAH@FADLI (JEA100067)

NOR LAILI BT MAT GEMI (JEA 100062)

SITI NURSHUHADA BT MUSTOPHA (JEA100116)

SITI SARAH BT HAMIDON (CEA 090158)

WAN NURUL AIN BT WAN SALLEH (JEA100128)

Page 2: Seni tekstil

Timun betik mari kupetik

Petik mari canggal kuku

Hilang songket berganti batik

Batik bernama cindai baldu

Page 3: Seni tekstil

1.0: ASAL USUL

Asal usul batik sebenarnya tidak dapat dipastikan, namun kebanyakan cendekiawan mendakwa bahawa teknik pembuatan batik bermula di Negara India. Pendapat lain pula menyatakan bahawa seni ini diasaskan daripada kehidupan istana Parsi. Selain itu, ahli-ahli kaji purba telah menjumpai artifak yang berupakan kain-kain yang mempunyai corak batik di Fostat dan Mesir Kuno.

Perkataan batik dikatakan berkait rapat dengan perkataan ‘titik’ dan juga perkataan Jepun iaitu ‘ambo’ yang membawa maksud melukis. Gabungan maksud melukis titik ini telah menghasilkan nama batik. Sesetengah pendapat pula mengatakan bahawa batik sebenarnya berasal daripada jawa yang merupakan gabungan ‘ba’ dan ‘tik’ yang bermaksud setitik lilin. Terdapat juga pendapat daripada masyarakat dahulu yang mengatakan bahawa perkataan batik berasal daripada perkataan  jawa ‘ambatik’ yang membawa maksud titik-titik lilin sebagai resis untuk menimbulkan kesan corak bila disapukan warna.

Sejarah perkembangan batik di Malaysia dikatakan bermula pada abad ke-15. Pada awal kurun ke-20, masyarakat di negeri Pantai Timur semenanjung Malaysia telah mengeluarkan produk batiknya yang tersendiri. Batik ini telah banyak menerima pengaruh dari daerah-daerah lain di Kepulauan Melayu terutamanya dari Pulau Jawa. Sehingga kini,kepulauan Indonesia terus diiktiraf sebagai pengeluar batik yang unggul jika dilihat daripada teknik dan motif yang dihasilkan. Indonesia terlebih dahulu membuat batik iaitu sejak abad ke-12 lagi. Walaupun Malaysia dan Indonesia merupakan negara serumpun , namun corak yang terdapat pada kedua-dua batik di negara ini amat berlainan.

Page 4: Seni tekstil

2.0: TEKNIK DAN BAHAN

2.1: TEKNIK

2.1.1: TEKNIK IKAT CELUP

Teknik ini digunakan untuk menghasilkan batik pelangi yang mana kain akan diikat dan dicelup dengan pewarna yang telah dipilih. Terdapat juga bahagian yang diletakkan lilin untuk memastikan ianya tidak terkena warna dan apabila ikatan kain dibuka, corak-corak akan terhasil mengikut warna tersebut dan bahagian yang diletakkan lilin akan tetap berwarna putih.

2.1.2: TEKNIK CAP

Teknik ini dilakukan dengan menggunakan sejenis alatan yang dikenali sebagai blok ataupun cap yang diperbuat daripada kayu dan juga logam. Pada blok ini terdapat motif-motif yang diukir untuk ditekap pada bahagian kain dasar. Blok ini akan dicelup dalam lilin yang panas dan akan dicap pada bahagian kain dasar untuk membentuk motif. Teknik ini dilakukan untuk menghasilkan kain batik cap ataupun kain batik sarung.

2.1.3: TEKNIK CANTING

Teknik canting adalah teknik yang menggunakan canting yang diperbuat daripada tembaga nipis untuk menghasilkan sesuatu corak pada kain dasar. Teknik ini dilakukan untuk menghasilkan batik canting seperti Batik Sri Endon.

Page 5: Seni tekstil

PROSES-PROSES (BATIK LUKIS)

1) MEMBENTANGKAN KAIN DASAR

Sebelum kain dasar tersebut dicanting, ianya akan dibentangkan di atas pemidang untuk menegangkan kain tersebut. Ini akan memudahkan proses mencanting dan melukis corak pada kain dasar dilakukan.

2) MENCANTING

Kain yang telah direntangkan akan dicanting dengan menggunakan canting. Proses ini merupakan proses menutup kain dengan lilin dengan menggunakan canting untuk mendapatkan corak atau motif .Sebenarnya, proses mencanting ini hanyalah sebagai melakar semula dengan cairan lilin pada motif yang telah dilakarkan terlebih dahulu diatas kain dasar dengan pensel. Namun begitu, bagi pembatik yang telah mahir, mereka tidak perlu melakarkan motif ataupun corak yang ingin dihasilkan terlebih dahulu sebaliknya akan terus mencanting menggunakan cairan lilin tersebut. Proses mencanting batik ini bukan hanya menggunakan canting malahan terdapat juga pembatik yang ingin mencipta kelainan pada rekaan produk batik mereka dengan melakarkan corak pada kain dasar dengan menggunakan berus. Berus ini akan dicelup ke dalam lilin yang telah dimasak dan kemudian lilin yang terdapat pada berus tersebut akan di ratakan ke atas permukaan kain. Melalui kaedah ini, corak yang terhasil membentuk garisan sama ada garisan kasar ataupun garisan halus.

Page 6: Seni tekstil

Proses mencanting dilakukan di atas kain putih dan kain yang telah diwarnakan. Proses mencanting diatas kain yang telah diwarnakan adalah bertujuan untuk mendapatkan hasil yang lebih menarik kerana ianya akan menghasilkan lilin sebagai mana warna yang terdapat pada kain tersebut. Sebagai contoh, pada gambar kedua ini, warna lilin yang akan terhasil selepas kain ini direbus ialah warna biru.

Gambar ini merupakan antara contoh kain batik lukis yang menggunakan canting dan berus untuk menghasilkan corak. Corak sebegini lebih digemari oleh penggemar batik kerana ianya memperlihatkan kemewahan dan kelainan berbanding batik lukis yang hanya menggunakan canting. Malahan dalam batik di atas, pembatik juga turut menggunakan teknik tekapan kerana jika diperhatikan terdapat bahagian seakan –akan bahagian daun yang ditekapkan diatas kain yang kemudiannya direnjiskan lilin dengan menggunakan berus yang dicelup ke dalam lilin yang telah dimasak. Teknik mencanting dan mencorakkan motif ini ini akan menghasilkan gabungan motif dan teknik yang semestinya akan menyebabkan produk batik ini kelihatan lebih menarik.Selepas mencanting, kain tersebut akan biarkan seketika untuk mengeringkan lilin yang telah dicanting pada kain tersebut.

Page 7: Seni tekstil

3) MEWARNA

Selepas mencanting dan lilin pada kain dasar tersebut telah kering, kain dasar tersebut sekali lagi akan direntang di atas bingkai bagi memudahkan proses mewarna dilakukan. Corak-corak yang telah dilakarkan akan diwarnakan dengan menggunakan pewarna yang telah siap dibancuh. Pewarna yang telah siap dibancuh dan akan digunakan untuk proses mewarna ini akan dimasukkan ke dalam bekas-bekas kecil untuk memudahkan para pembatik semasa proses mewarna batik dilakukan. Jika terdapat corak-corak yang kecil pada kain batik tersebut, pembatik akan menggunakan berus kecil supaya warna tersebut tidak terkeluar pada kawasan lain. Manakala, bagi kawasan-kawasan yang tidak digunakan dan dibiarkan kosong, berus yang lebih besar akan digunakan bagi meratakan warna di kawasan tersebut. Terdapat beberapa teknik mewarna batik, antaranya ialah teknik tarik. Teknik ini dilakukan dengan meletakkan warna yang telah dicalit pada berus di bahagian motif. Kemudian warna yang lebih muda ataupun air akan diletakkan di atas warna tersebut. Keadaan ini akan menyebabkan warna tersebut akan terus merebak ke kawasan dalam motif. Teknik ini akan menyebabkan motif pada kain batik kelihatan lebih menarik.

Teknik seterusnya ialah teknik pelangi. Teknik ini dilakukan selepas kain batik siap diwarnakan dengan warna yang lembut. Sebelum kain batik kering, pembatik akan menyapukan warna yang lebih terang pada kain batik membentuk pelangi. Kebiasaanya warna untuk menghasilkan pelangi ini menggunakan dua atau tiga jenis warna yang lebih terang daripada warna dasar kain batik yang telah diwarnakan sebelum itu. Warna yang dipilih untuk mencorakkan pelangi terdiri daripada warna-warna sekeluarga untuk menghasilkan produk batik yang harmoni. Teknik ini akan lebih memperlihatkan kepelbagaian yang terdapat pada produk batik tempatan.

Kain yang telah siap diwarna akan dikeringkan di bawah terik mentari sehinggakan warna tersebut kering. Walau bagaimanapun, walaupun dijemur di bawah cahaya matahari lilin pada kain dasar tersebut tidak boleh dibiarkan cair kerana jika lilin tersebut kembali cair ia akan merosakkan kain tersebut.

Page 8: Seni tekstil

4) MEMATIKAN WARNA

Selepas kain tersebut dikeringkan, kain-kain tersebut akan dimatikan warnanya dengan sejenis cecair yang dinamakan sodium silicate. Kain akan direndam dan dibiarkan berada didalam cairan tersebut kira-kira enam hingga dua belas jam. Kebiasaanya, pembatik akan menyediakan sebuah tong untuk merendam kain-kain tersebut.

5) MEREBUS KAIN / MEMBUANG LILIN

Selepas kain direndam di dalam sodium silicate, kain-kain tersebut terlebuh dahulu dimasukkan ke dalam sebuah kolah ataupun tong yang mengandungi air bersih bertujuan untuk menghilangkan sisa-sisa warna yang masih ada pada kain tersebut. Selepas itu barulah proses merebus kain dilakukan. Kain – kain tersebut akan direbus di dalam air rebusan yang telah dicampurkan dengan serbuk soda ataupun sodium karbonat dan minyak platena. Serbuk soda ini dicampurkan bertujuan untuk memudahkan lilin-lilin yang terdapat pada kain tersebut ditanggalkan. Manakala, minyak platena pula digunakan untuk melicinkan kain dan mencerahkan warna.

Page 9: Seni tekstil

6) MEMBILAS KAIN

Selepas selesai merebus kain, kain tersebut akan dikincah atau dibilas di dalam kolah yang mengandungi air bersih . Proses ini bertujuan untuk menghilangkan sisa-sisa lilin dan sodium silicate yang masih terdapat pada kain tersebut. Selepas itu, kain akan dijemur dan dikeringkan di atas galah jemur yang telah disediakan.

Kolah yang mengandungi air ini digunakan untuk membersihkan kain batik

7) MENJEMUR KAIN

Selepas itu, kain akan dijemur dan dikeringkan di atas galah jemur yang telah disediakan.

Page 10: Seni tekstil

2.2: BAHAN

2.2.1: KAIN DASAR

Kain dasar yang berwarna putih merupakan bahan asas yang diperlukan dalam menghasilkan produk batik. Kain- kain yang dipilih ialah dari jenis kain kapas atau kain campuran serta kain-kain yang diimport. Antara kain yang sering digunakan ialah kain Sutera, Cambrik, Poplin, Momie, Shirting, Polynosic dan Swiss Voille. Walau bagaimanapun, kain jenis sutera yang mendapat permintaan yang tinggi walaupun kain ini lebih mahal kerana kain jenis ini lebih bermutu dan lembut. Panjang kain yang digunakan bergantung kepada jenis pakaian yang akan dihasilkan. Sebagai contoh, jika panjang kain yang digunakan kira-kira 2 meter, ianya sesuai untuk menghasilkan kemeja lelaki. Seandainya pembatik ingin menghasilkan pakaian wanita, mereka akan menggunakan lebih kurang 4 meter kain dasar. Kain yang digunakan untuk mencanting dan menghasilkan kain batik lukis ini bukan hanya menggunakan kain dasar berwarna putih tetapi terdapat juga kain-kain yang telah diwarnakan terebih dahulu dengan warna-warna lembut dan selepas itulah kain ini akan dicanting. Penggunaan kain dasar yang telah diwarnakan terlebih dahulu akan menghasilkan batik lukis yang lebih menarik kerana warna lilin yang akan terhasil selepas kain tersebut direbus ialah mengikut warna pada kain dasar tersebut.

Kain dasar yang telah diwarnakan sebelum decanting

2.2.2: CANTING

Page 11: Seni tekstil

Canting merupakan sejenis alat yang diperbuat daripada tembaga yang nipis, ringan, teguh dan mudah dilenturkan. Alatan ini digunakan untuk melakarkan corak dan motif pada kain dasar. Rupa bentuk canting terdiri daripada tiga bahagian iaitu :

a) BAHAGIAN PEMEGANG- Terletak di bahagian belakang canting yang kebiasaaanya diperbuat daripada

kayu.

b) BAHAGIAN BADAN

- Bahagian ini mempunyai sebuah lubang kecil yang digunakan untuk mencedok lilin yang telah dimasak daripada bekas lilin.

c) BAHAGIAN CORONG

-Bahagian ini juga dikenali sebagai cucuk corong yang terletak di bahagian hujung yang berbentuk saluran kecil yang melengkung. Bahagian ini berfungsi untuk mengeluarkan lilin daripada badan canting.

Canting ini mempunyai pelbagai jenis bergantung kepada corak yang ingin dihasilkan. Antaranya ialah corong yang bermata halus digunakan untuk melukis corak yang halus dan kecil seperti rintik, canting bermata sederhana digunakan untuk melukis corak bunga dan corak yang bersaiz sederhana dan canting bermata besar digunakan untuk melukis corak yang kasar dan besar malahan terdapat juga canting yang mempunyai lebih daripada satu corong. Antara bentuk canting yang biasanya digunakan oleh pembatik ialah canting berbentuk periuk, canting berbentuk burung dan canting berbentuk kasut.

Page 12: Seni tekstil

Antara canting yang digunakan untuk mencorakkan motif pada kain dasar. Terdapat canting yang mempunyai lebih daripada satu corong.

Page 13: Seni tekstil

2.2.3: LILIN

Lilin yang digunakan untuk membatik merupakan campuran lilin paraffin yang berwarna putih dan lilin beawax yang berwarna kuning . Parafin merupakan lilin yang rapuh manakala beawax merupakan lilin yang lebih liat. Lilin-lilin ini akan dicampur dengan beberapa bahan lain seperti damar ataupun rosin, lilin lebah, minyak kelapa atau minyak binatang. Lilin ini berfungsi sebagai panahan warna.

Parafin wax Beawax wax

Lilin yang dimasak

Page 14: Seni tekstil

2.2.4: PEWARNA

Pewarna yang digunakan biasanya boleh didapati dalam bentuk hablur dan tepung. Pewarna yang berkualiti kebiasaanya diimport dari Jerman, Jepun, China dan Switzerland. Antara pewarna yang biasanya menjadi pilihan ialah Hoechit, Sumitomo, ICI dan Remazol. Pewarna yang berkualiti seperti remazol boleh mencecah ratusan ringgit untuk satu kilogram. Kualiti pewarna inilah yang akan membezakan warna-warna yang terdapat pada kain batik lukis dan membezakan nilai sesuatu jenis kain batik lukis itu sendiri.

Pewarna yang telah siap dibancuh

Page 15: Seni tekstil

2.2.5: KANJI / SODA ASH (SODIUM KARBONAT)

Serbuk soda ini merupakan sejenis bahan bewarna putih yang akan dicampurkan ke dalam air yang telah dididihkan untuk proses merebus kain. Serbuk soda ini berfungsi untuk memudahkan proses penanggalan lilin yang terdapat pada kain batik.

2.2.6: BERUS

Berus merupakan alat yang digunakan untuk mencolek warna pada motif yang telah ditutup oleh lilin. Terdapat dua jenis berus iaitu berus besar dan berus kecil. Berus besar digunakan untuk meratakan warna pada ruangan-ruangan kosong yang terdapat di sekeliling motif yang telah dilakarkan dengan lilin. Manakala berus kecil pula kebiasaanya digunakan untuk meletakkan warna didalam motif. Kini, berus bukan sahaja digunakan untuk mewarna batik tetapi alatan ini juga digunakan untuk melakarkan corak pada kain dasar. Kebiasaanya, penggunaan berus ini hanyalah untuk mendapatkan corak- corak tertentu seperti garisan.

Berus besar untuk warnakan latar Berus kecil untuk warna motif

Page 16: Seni tekstil

2.2.7: PEMIDANG

Pemidang merupakan alatan yang diperbuat daripada kayu yang digunakan untuk merentangkan kain dasar untuk memudahkan proses melakarkan motif pada kain dilakukan.

2.2.8: SODIUM SILICATE

Sodium silicate merupakan salah satu bahan yang sangat penting dalam penghasilan produk batik ini. Sodium silicate ini berbentuk cecair pekat yang berwarna putih. Bahan ini digunakan untuk mematikan warna yang terdapat pada kain dasar yang telah diwarnakan sebelum kain tersebut direbus

.

2.2.9: MINYAK

Minyak ini akan dicampurkan ke dalam air rebusan bersama dengan debu soda ( soda ash) bertujuan untuk mencerahkan warna dan melicinkan kain batik.

Page 17: Seni tekstil

2.2.10: BINGKAI

Bingkai merupakan kerangka kayu yang berfungsi sebagai meja untuk merentangkan kain untuk diwarnakan. Jika kain yang akan diwarnakan tidak tegang, perenggang akan digunakan.

2.2.11: BLOK PENERAP

Bolok penerap merupakan sejenis alatan yang digunakan untuk menghasilkan batik cap. Blok ini diperbuat daripada tembaga dan juga kayu yang mempunyai motif-motif tertentu.

2.2.12: MEJA

Meja digunakan dalam penghasilan batik cap dan diperbuat daripada kayu manakala pada bahagian tengah meja diletakkan susunan batang pisang yang bertujuan untuk menyerap sisa-sisa lilin yang telah digunakan.

Page 18: Seni tekstil

3.0: MOTIF-MOTIF

3.1: BATIK CAP

Batik cap biasanya menggunakan motif-motif daripada sumber alam seperti motif-motif tumbuhan dan haiwan. Antara motif yang sering digunakan ialah motif Pucuk Rebung, motif Bunga Kerak Nasi, motif bunga Raya, motif Daun Sireh dan motif Bunga Buluh. Motif-motif sebegini bukanlah sengaja diambil oleh orang Melayu tanpa adanya nilai falsafah disebalik pemilihannya. Motif-motif ini sebenarnya sarat dengan nilai falsafah yang menggambarkan pemikiran orang Melayu itu sendiri.

a) Motif Pucuk Rebung- Pucuk Rebung digambarkan sebagai permulaan kehidupan seseorang

manusia yang mana dalam peribahasa Melayu sendiri ada menyebut bahawa “Melentur buluh biarlah daripada rebungnya”. Peribahasa ini bermaksud didiklah anak-anak sejak dari kecil lagi kerana waktu muda itulah senangnya untuk membentuk diri mereka ke arah yang lebih baik. Biasanya motif ini diletakkan pada bahagian kepala kain.

b) Motif Bunga Raya- Bunga Raya dipilih memandangkan bunga Raya sendiri melambangkan

bunga rasmi Malaysia dan mempunyai maksud nilai-nilai perpaduan dalam hidup masyarakat berbilang kaum di negara ini.

c) Motif Daun sireh- Daun sireh melambangkan  kemuliaan hati seseorang, berani, tidak mudah

berputus asa dan rendah diri. Disebabkan tingginya nilai falsafah yang terdapat pada daun sireh ini, maka ianya dipilih dan dijadikan motif dalam penghasilan batik ini.

Page 19: Seni tekstil

3.2: BATIK LUKIS

Selain menggunakan motif flora dan fauna, batik canting juga kebanyakannya menggunakan motif abstrak seperti motif garisan, contengan serta garisan melingkar. Hal ini kerana penggunaan motif-motif sebegini dapat mempelbagaikan lagi corak-corak batik di Malaysia dan memberikan pilihan kepada pengguna untuk memiliki batik. Penggunaan motif ini selain menampilkan kepelbagaian kepada batik itu sebenarnya mempunyai maksudnya yang tersendiri.

a) Motif garisan melingkar- Garisan melingkar ini sebenarnya menunjukkan kemewahan dan kekayaan

yang dimiliki oleh bangsa Melayu. Kekayaan ini bukanlah diukur dari aspek kekayaan harta semata-mata sebaliknya juga dikira sebagai kekayaan budi dan sifat peribadi yang dimiliki oleh bangsa Melayu.

b) Motif geometri- Motif geometri banyak digunakan dalam penghasilan batik lukis. Penggunaan

motif ini menampilan kelainan dan keistimewaannya yang tersendiri. Antara bentuk geometri yang sering digunakan ialah bentuk bulat, segi tiga dan segi empat.

Page 20: Seni tekstil

4.0: FUNGSI

Batik mempunyai fungsinya yang tersendiri dari segi fungsi ritual,sosial,gunaan serta ekonomi.

1) Fungsi gunaan- Kain batik mempunyai banyak fungsi dari segi gunaannya. Antaranya ialah ia

digunakan sebagai pakaian harian terutamanya bagi wanita-wanita Melayu. Selain itu, ia turut dijadikan buaian dan gendongan bayi serta semutar ataupun penutup kepala bagi lelaki.

2) Fungsi ritual- Kain batik ini digunakan sebagai salah satu alat ataupun bahan dalam adat

melenggang perut bagi wanita yang hamil 7 bulan. Selain itu, ia turut digunakan sebagai penutup mayat.

3) Fungsi ekonomi- Kini, kain batik bukan hanya berfungsi untuk aktiviti sosial, ritual ataupun

sosial semata-mata bahkan ia turut mempunyai nilai ekonomi yang tersendiri. Kain batik diberi suntikan nilai ekonomi dengan menghasilkannya menggunakan kain yang lebih baik, pewarna yang lebih menarik serta motif yang lebih kontemporari. Penghasilan batik ini mampu memberikan pulangan yang lumayan kepada pengusahanya kerana harga bagi kain batik kini mencecah ratusan ringgit.

Page 21: Seni tekstil
Page 22: Seni tekstil

1.0: ASAL USUL

Pua kumbu merupakan kain kapas berpola pelbagai warna yang digunakan dan

dihasilkan oleh kaum Iban di Sarawak. Kebiasaan warna yang digunakan ialah warna

hutan atau warna semulajadi iaitu warna merah, coklat, hitam, biru nila da juga putih.

Pua kumbu ditenun oleh wanita Dayak dan dianggap kain suci. Ianya juga turut digelar

selimut rohani. Panjang kain ini kira-kira 2x1.5 meter. Kain pua juga dianggap anugerah

petara (tuhan) kepada orang Iban, dan kerana itu, ia dianggap sesuatu yang teramat

istimewa dan sakral dan dianggap sebagai lambang identiti budaya masyarakat Iban di

negeri Sarawak. Kain pua merupakan peralatan simbol yang amat simbolik yang

menjelaskan identiti budaya Iban menerusi keunikan motif-motif dan warnanya, bahawa

kain pua merujuk kepada bangsa dan etnik Iban di Sarawak sebagai pencipta, penenun

dan pemilik kepada kain pua itu.

Kain pua kumbu juga tidak boleh ditenun oleh sembarangan orang berdasarkan

motif yang dikarang. Perempuan muda yang dihormati perlu menghasilkan sehelai pua

kumbu untuk melayakkannya berkahwin. Wanita Iban harus tahu menghasilkan pua

kumbu terlebih dahulu untuk menunjukkan kematangan dan layak untuk berkahwin

dengan lelaki yang berkelayakan iaitu lelaki yang berjaya mendapatkan ‘kepala’ yang

pertama. Pua kumbu yang dihasilkan oleh anak dara atau perempuan muda

menggunakan motif yang biasa sehinggalah mereka mencapai umur dewasa untuk

membolehkan mereka mengarang motif yang lebih misteri dan ritual.

Wanita yang lebih tua akan mengajar golongan yang lebih muda cara untuk

memilih motif kemudiannya beralih kepada motif yang lebih berbahaya. Ujian pertama

anak gadis untuk menghasilkan pua kumbu yang hanya bermotifkan daun dan motif

yang menjalar. Bagi motif yang suci, penenun perlulah meminta izin terlebih dahulu dan

keizinan tersebut akan diberitahu didalam mimpi penenun tersebut. jikalau mereka

masih melakukan motif tersebut tanpa izin, sesuatu yang buruk akan menimpa dan

mereka tidak akan dapat menghabiskan corak motif tersebut.

Page 23: Seni tekstil

Masyarakat Iban juga percaya, semakin mistik/sacral sesuatu motif ini, semakin

dekat diri penenun tersebut dengan alam/kuasa ghaib. Penenun perlu tahu melindungi

dirinya atau mereka akan jatuh sakit atau hilang kebolehan untuk menenun. Motif pada

pua kumbu juga akan dianugerahkan kepada penenun melalui mimpi dan mereka harus

membuat motif tersebut. motif-motif yang ditenun pada kain pua dipercayai memiliki

semangat, nyawa atau roh yang dikhuatiri akan mengancam atau membunuh nyawa

penenun pua itu sendiri dan ritual pembuatan perlulah dilakukan dengan tertib dan

beradab. Antara motif yang dihasilkan dalam pua kumbu ialah motif haiwan, tumbuhan,

serangga, cakerawala dan unsur-unsur alam spiritual.

Setiap kain pua yang mengandungi motif yang berlainan, memberi semangat

yang berlainan kepada si pemakainya. Sebagai contoh motif harimau yang memberikan

semangat keberanian kepada si pemakainya. Pua kumbu digunakan dalam upacara

dan peristiwa penting termasuk kelahiran anak, sampai usia, menerima barangan

penting kepada rumah panjang,dan bagi tabir mayat yang diletakkan di rumah panjang

sebelum pengkebumian, perkahwinan dan sebagainya.

Pua kumbu dianggap sebagai simbol prestij, iaitu lambang dan alat kekayaan,

kebesaran dan kepentingannya dalam keagamaan dan kepercayaan orang Iban. Oleh

itu, kebanyakan motif dan rekacorak pua kumbu mengandungi nilai dalaman yang

mengandungi makna simbolik yang menyampaikan suatu mesej sangat penting kepada

pencipta dan pemiliknya. Ini kerana nilai dalaman pada motif-motif pua orang Iban amat

kompleks dan ia merupakan satu lambang atau simbol identiti atau pengenalan diri

bangsa Iban yang merujuk bahawa pua ialah cerminan identiti budaya orang Iban di

Sarawak dan di seluruh dunia

Page 24: Seni tekstil

2.0: TEKNIK

2.1: Memproses benang

Benang putih yang dipilih akan direndam didalam air bersih semalaman

kemudian direndamkan kedalam cairan kanji. Tujuan proses menganji

dibuat adalah supaya benang tidak mudah putus dan berbulu.

Benang yang siap dikanji akan dibilas menggunakan kayu dan dijemur

sehingga kering. Pengeringan biasanya mengambil masa selama satu

hingga dua hari.

2.2: Menggulung benang

Setelah dikeringkan, benang akan dimasukkan kedalam alat yang

dipanggil ‘pelayang benang’ untuk digulung dalam bentuk bebola.

2.3: Proses mengirit

Bang yang telah digulung dalam bentuk bulat tadi akan dimasukkan ke

dalam mangkuk benang untuk proses mengirit. Alat tenunan (Loom) akan

digunakan dalam proses ini. Mangkuk yang berisi benang akan dibawa

dari bahagian kiri loom tenunan dan dibawa dari bawah keatas dan

diselitkan anak-anak kayu sepanjang 30 inci diantaranya untuk

memudahkan proses yang seterusnya.

2.4: Proses mengarap

Dalam proses ini, ‘kayu lambongan’ digunakan utnuk memasukkan

benang yang terselit antara kayu-kayu kecil dan dikait menggunakan jari.

Benang ini kemudiannya diikat pada kayu kecil yang disusun antara ‘kayu

lambongan’ dan ‘beliak besar’.

Benang akan diangkat dan dimasukkan pada kayu kecil atau lidi yang

diselitkan untuk memudahkan kerja seterusnya.

Page 25: Seni tekstil

2.5: Proses menegi

Dilakukan bertujuan untuk memendekkan benang dan menjimatkan masa

proses mengikat.

Benang yang siap digarap akan dilipat kepada dua bahagian secara

berselang-seli dan dijahit pada bahagian atas dan bawah.

Proses menegi/memilih benang atas dan bawah dilakukan seperti

menganyam. Benang ditegang dengan diselitkan pada ‘tangga benang’.

Lidi diselitkan berselang-seli, kemudian bahagian benang yang dipilih

(atas dan bawah) dilipat dan kedua-dua hujuang kayu akan diikat.

Tali ‘rafia’ digunak untuk memisahkan benang yang diselitkan untuk

memudahkan kerja mengikat motif.

2.6: Proses mengikat motif

Benang yang telah siap diikat tidak akan ditanggalkan dari ‘tangga

benang’. Jaluran benang diiikat dengan tali raffia dengan teknik yang

tersendiri supaya tidak diserap oleh warna apabila dilakukan proses

pencelupan.

2.7: Proses mencelup warna (pertama)

Benang yang diikat tadi akan ditanggalkan dari ‘tangga benang’ dan

direndam serta dibilas sebelum direbus.

Air dimasak bersama sedikit garam (bertujuan untuk mempercapatkan

penyerapan warna) sehingga mendidih

Benang dimasukkan kedalam air mendidih tersebut yang sudah

dicampurkan warna. Seterusnya dibiarkan selama 3 atau 5 minit dan

dialih-alihkan supaya warna yang dicelup menjadi sekata.

Benang yang telah diwarna, diangkat dan dibasuh menggunakan air biasa

sebelum dibilas dan dikanji sekali lagi. Kemudian, benang akan diletakkan

pada ‘tangga benang’ semula untuk dikeringkan.

Page 26: Seni tekstil

2.8: Proses mengikat kedua

Setelah dikeringkan, proses ikatan kedua dilakukan. Benang ikatan

pertama tidak dibuka. Setelah diikat, benang akan dipotong dari ‘tangga

benang’ untuk tujuan pewarnaan kedua.

Proses pencelupan kedua sama dengan proses yang pertama, namun

kebiasaannya warna hitam yang akan digunakan. Sewaktu pencelupan

ini, bahagian atas benang akan dibungkus dengan plastik untuk mengelak

terkena warna hitam.

Setelah selesai mencelup, benang akan dibasuh dan dibilas sebelum

dikanji semula. Kemudian akan dikeringkan sebelum dibuka semua

ikatannya. Ikatan proses menegi dan jahitan atas dan bawah juga akan

dibuka.

2.9: Proses menenun pua

Benang yang telah dibuka ikatan akan dimasukkan pada loom tenunan.

Bahagian atas benang dimasukkan pada kayu rakup dan bahagian bawah

disusupkan pada kayu panjang sebelum diikat pada bahagian bawah

loom tenunan dan ditarik sehingga tegang.

Kerja mengirit bahagian tepi adalah sama dengan proses mengirit

pertama tetapi benang yang digunakan adalah bewarna coklat dan putih.

Proses mengarap turut dilakukan dimana kayu lambongan digunakan

untuk memasukkan benang yang terselit antara kayu-kayu kecil dan dikait

menggunakan jari. Benang ini kemudian diikat pada kayu kecil yang

disusupkan antara kayu lombongan dan beliak besar.

Kerja menenun dilakukan setelah benang yang akan ditenun dipasang

pada loom. Bahagian atas dipasang pada rakup lebih tinggi daripada

bahagian bawah yang diikat pada kaki loom tenunan.

Bahagian bawah juga disambungkan dengan ‘sengkabit’ (alas belakang

semasa menenun). Ia juga berfungsi sebagai penegang ketika mengepoh

benang.

3.0: ALATAN DAN BAHAN

Page 27: Seni tekstil

1. Loom tenunan pua

2. Tangga benang

3. Beliak besar

4. Rakup

5. Sengkabit

6. Lidi-lidi panjang (30 inci)

7. Kayu karap

8. Jengkuan

9. Kayu lambongan (bulat)

10.Kayu panjang

11.Pelayang benang

12.Mangkuk benang

13.Palung merebus

14.Periuk

15.Baldi

16.Besen

17.Gunting kecil

18.Kertas pasir

19.Kuel

20.Pewarna

21.Extension wire

22.Cerek elektrik

23.Minyak tanah

Dari segi teknik tidak banyak bezanya dengan cara dahulu. Penciptaan alatan baru

memudahkan lagi proses menenun pua. Dahulu, para penenun menggunakan warna

yang dihasilkan dari bahan alam semulajadi seperti halia, pokok mengkudu, kunyit dan

sebagainya.

4.0: CIRI-CIRI KHAS

Page 28: Seni tekstil

Antara ciri-ciri khas yang terdapat pada pua kumbu ialah motifnya. Motif-motif

yang ditenun tidak boleh ditenun sembarangan orang. Sebagai contoh motif

engkeramba merupakan motif yang mempunyai spiritual yang tinggi dan hanya boleh

ditenun oleh anak dan isteri ketua rumah panjang sahaja. Motif juga hanya boleh

ditenun jika mendapat kebenaran melalui mimpi. Jika diingkari boleh mendatangkan

musibah kepada diri penenun. Semakin tinggi tahap spiritual yang ada pada kain,

semakin tinggi darjat atau kehebatan si penenun tersebut.

Selain itu, kebanyakan kain pua juga bewarna kemerah-merahan dan coklat tua

iaitu warna alam dan semulajadi. Walaupun banyak kewujudan pewarna kimia yang

baru, namun warna merah dan coklat ini masih dikekalkan kerana ianya melambangkan

identiti kain pua. Setiap corak pada pua kumbu mempunyai maksud dan tenaga.

5.0: MOTIF

Page 29: Seni tekstil

5.1: Engkeramba

Motif ini ditenun dengan teknik ikat. Ia merupakan motif figura roh dan dipercayai

berkuasa menghalang bencana/kuasa jahat daripada menyerang tanaman dan

penghuni rumah panjang. Motif ini juga hanya boleh ditenun oleh anak dan isteri ketua

rumah panjang sahaja. Motif ini mempunyai semangat yang tinggi dan penenun yang

tidak mampu mengawal semangat tersebut boleh jatuh sakit.

5.2: Buaya

Motif dipercayai berkuasa menjaga tempat berhuma dan kaum iban percaya buaya

ialah jelmaan saudara mara mereka.

5.3: Ular

Motif ular tidak boleh ditenun sewenang-wenangnya kerana dipercayai membawa

petanda buruk.

5.4: Katak

Motif ini pula ditenun dengan gaya seperti gaya manusia. Menurut kepercayaan

kaum Iban,’selampai’ iaitu roh perempuan sering menjelma sebagai katak dan

disebabkan itulah ia ditenun dengan bentuk seperti manusia.

5.5: Harimau & tikus

Motif ini dikarang dalam bentuk abstrak dan dipercayai si pemakai akan mendapat

keberanian. Para pahlawan yang ingin berperang akan memakai kain pua kumbu

menggunakan motif ini mereka mendakwa mendapat keberanian dalam menentang

musuh dan memenggal kepalanya.

5.6: Burung

Page 30: Seni tekstil

Motif burung membawa petanda baik dan dipercayai membawa kekayaan dalam

pekerjaan.

5.7: Rusa

Motif rusa mendatangkan kejayaan atau tuah semasa berburu. Pemburu gemar

memakai kain menggunakan motif ini untuk mendapat tuah atau hasil buruan yang

lebih semasa pergi berburu.

5.8: Serangga

Labah-labah, kunang-kunang, lipan dan kala jengking.

5.9:Bahan hutan

Rotan, pucuk paku, pucuk rebung, buah-buahan, biji benih dan bunga-bungaan

6.0: FUNGSI

Page 31: Seni tekstil

6.1: Kelahiran

Bayi yang baru dilahirkan akan dibaringkan diatas kain pua kumbu. Ianya

bertujuan untuk melindungi bayi daripada kuasa jahat. Pada upacara

pertama iaitu semasa hendak memandikan bayi itu di sungai, bayi

tersebut diselubungkan dengan kain tersebut dan diiring ke tempat

permandian.

6.2: Perkahwinan

Pua kumbu digunakan untuk menghias ruang persandingan. Pasangan

pengantin akan duduk di atas gong di bawah kanopi pua kumbu dan

bersedia untuk menerima restu daripada orang-orang tua.

6.3: Kematian

Pua kumbu akan digantung sebagai langsir untuk melindungi si mati.

6.4: Upacara bercucuk tanam

Pua kumbu digunakan sebagai pandong untuk menyimpan pemberian

dalam upacara penanaman.

6.5: Upacara pemenggalan kepala

Digunakan dalam majlis untuk mengalas kepala yang diperolehi daripada

perang yang dimenangi.

Page 32: Seni tekstil

 

Kolek ke hulu hingga ke Terengganu  Singgah di Pahang menjeruk maman 

Alangkah indah songket Terengganu Tenunan asli zaman berzaman

1.0: ASAL USUL SONGKET

Page 33: Seni tekstil

Kain songket yang tergolong dalam kategori tekstil telah dijadikan sebagai

perlambangan kepada keindahan, disusun menjadi sampiran pantun atau gurindam

bagi menjelaskan hubungan perasaan antara manusia dan kebudayaan Melayu.

Songket juga dikatakan sebagai lembaran kain yang disulam dengan benang-benang

emas, perak, dan benang pelbagai warna lain. Perkataan songket berasal daripada

perkataan “sungkit” iaitu menggunakan teknik dalam menenun songket“menyungkit”

dengan lidi buluh atau nibung melalui benang kosong di permukaan alat tenunan yang

dipanggil kek. Kain songket juga digelar sebagai raja kain kerana kerumitan pembuatan

kainnya yang menggunakan benang emas. Songket tergolong dalam keluarga tekstil

yang mempunyai bentuk dan teknik pembuatan yang unik. Beberapa istilah Melayu

tradisi telah digunakan bagi menamai jenis kain yang dihasilkan dengan teknik tenun

sama ada yang menggunakan benang kapas atau sutera. Perkataan bersungkit atau

sulam benang emas dan perak jugak dikenali sebagai kain jong sarat, teluk berantai

atau berpakan emas. Istilah kain jong sarat, teluk berantai biasanya dirujuk kepada

hiasan yang memenuhi permukaan kain hingga dikenali sebagai songket bunga penuh

atau songket cuban.

Antara negeri- negeri utama yang terkenal dalam menghasilkan tenunan

songket di Malaysia adalah di Terengganu, Pahang dan Kelantan. Contohnya, di

Kelantan pada pemerintahan Long Pandak dimana beliau menjadikan Kampung

Kubang Labu ebagai pusat tenunan. Dari aspek sejarah, Kelantan dan Terengganu

merupakan sebahagian dari jajahan kerajaan Sriwijaya yang bertapak di Palembang.

Bermula pada abad kesembilan kerajaan ini telah merebak ke Langkasuka, Kelantan,

Terengganu dan Pahang. Menurut Windstet, bentuk- bentuk tenunan yang dihasilkan di

Page 34: Seni tekstil

Palembang mempunyai kesan pengaruh dari China iaitu dengan menggunakan bahan

asas dari sutera dan labuci. Selain itu, di Malaysia ianya bermula dengan kedatangan

pedagang dari jawa, Kepulauan Maluku, Borneo dan Bugis namun tenunannya tidak

mempunyai cirri khas seperti yang dibawa masuk dari India dimana tenunannya

menggunakan benang emas dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang kebanyakan

kerana dijadikan pakaian khas untuk orang istana.

2.0TEKNIK

Page 35: Seni tekstil

2.1: Mewarna Benang

Benang untuk tenunan yang terdiri daripada benang kapas, benang sutera,

benang emas dan benang perak. Namun begitu, benang emas dan benang perak tidak

perlu diwarnakan keran ianya mengandungi warna asal iaitu warna kuning dari benang

emas dan warna putih kilat dari benang perak. Hanya benang mentah yang perlu

diwarnakan mengikut warna-warna yang dikehendaki menggunakan pewarna daripada

bahan-bahan semulajadi seperti warna merah yang diambil daripada biji kesumba, biru

daripada daun taring. Setelah diwarnakan benang tersebut dimasukkan ke dalam

kawah berisi air mendidih. Kemudian benang tersebut dibilas dengan air lalu dijemur

hingga kering.

2.2: Menerai benang

Menerai benang bereti menceraikan benang-benang dari tungkulan besar

dengan menggunakan alat rahat dan guwing. Benang-benang dibahagikan ke dalam

peiting-peiting buluh, kayu ataupun besi untuk benang pakan manakala unutk benang

loeng ia terus dilerai dan dimasukkan ke dalam anian untuk membuat benang loseng.

Kedua- dua alat ini lebih dahulu digunakan sebelum benang dipindahkan kedalam

bahagian kei. Benang- benang yang telah dilerai dimasukkan ke dalam pelting dan

torak sebagai benang pakan atau benang yang telah melalui proses mengani digulung

ke papan gulung untuk menjadi benang loseng.

2.3: Menganing

Page 36: Seni tekstil

Benang yang sudah dilerai atau dipintal ke pelting diaur satu-satu di atas anian,

kemudian ditarik seberapa panjang yan dikehendaki berselang seli mengikut pacak-

pacak kayu di batang di batang anian. Untuk proses mengani dijalankan. Mengani

dibuat keatas benang- benang loseng.

2.4: Menggulung benang loseng ke papan gulung

Benang yang telah dianian digulung mengikut lebar gigi jentera dan panjang

losengnya atau mengikut lebar kain yang dikehendaki pada papan gulung yang

dilekatkan pada pasung.

2.5: Menyapuk

Benang-benang yang telah digulung pada papan gulung ditarik dan dimasukkan

ke gigi jentera kemudian dilekatkan ke pesa yang terletak dibahagian di depan depan

tempat duduk penenun.

2.6: Mengarat

Mengarat ialah proes yang dibuat setelah benang loseng dipasang pada kei.

Gerakan loseng turun naik dimulakan dengan cara menggerakkan loseng turun

naikbersilih ganti apabila jijak karat ditekan, serta torak dilancarkan dari kiri ke kanan

atau sebaliknya.

2.7: Menyongket

Page 37: Seni tekstil

Alat-alat yang digunakan semasa proses menyongket ialah kek tenun, coban,

torak pakan, dan torak benang emas. Dalam proses menyongket, lidi songketan

dimasukkan ke celah-celah benang loseng untuk membentuk motif atau bunga kain

songket. Benang loseng akan dianyam dengan benang pekan untuk dijadikan kain

songket. Bentuk motif pada kain songket kemudiannya dibuat dengan menggunakan

benang emas yang diisi kedalam Cuban. Kain songket yang mempunyai corak yang

penuh dengan benang emas dan perak dapat disulamkan dengan lebih banyak untuk

menghasilkan reka corak yang penuh pada kain songket. Sulaman menggunakan “torak

benang” yang diperbuat daripada buluh. Setelah songketan lidi dibuat, maka benang-

benang songketan akan diikat dan lidi songketan ini kemudiannya dikeluarkan dari

celah-celah benang.

2.8: Menenun

Proses menenun dilakukan dengan menggerakkan benang loseng secara turun

naik dengan menekan jijak karat. Selepas itu, torak yang membawa benang benang

pakan akan dilancarkan dari kiri ke kanan dan sebaliknya untuk membentuk lebar kain

manakala benang emas dari Cuban akan membentuk songketan bunga. Benang pakan

yang dimasukkan ke celah-celah benang loseng akan dihimpitkan dengan jentera

supaya ia menjadi rapat. Proses ini akan dilakukan secara berterusan sehingga motif

songket dibentuk.

3.0: BAHAN TENUNAN

Page 38: Seni tekstil

Sebelum proses tenunan dijalankan beberapa persediaan perlu dilakukan. Ini bagi

memastikan kelancaran ketika proses menenun dijalankan. Beberapa peralatan perlu

disediakan dalam proses menenun ini.

3.1: Lidi songketan

Selain itu, peralatan yang digunakan bagi proses menenun juga ialah lidi songketan.

Lidi songketan ini digunakan ketika proses “menyungkit” bagi menyediakan motif kain

songket.

3.2: Cuban

Cuban pula berfungsi untuk mengisi benang emas yang digunakan dalam proses

tenunan songket. Teknik penggunaannya adalah sama seperti penggunaan torak tetapi

benang dari Cuban adalah untuk membuat ragamhias songket, berbeza dengan

benang yang diisi pleting dan torak digunakan untuk membuat tenunan biasa.

3.3: Belira

Terdapat dua jenis belira yang digunakan iaitu belira besar dan belira kecil. Belira besar

digunakan untuk tujuan membuat ragam hias dengan cara memasukkannya ke celah-

celah benang loseng yang telah diikat. Belira kecil pula berfungsi untuk menyolek

benang untuk dijadikan ragamhias, corak, dan motif pada kain songket.

3.4: Peleting

Page 39: Seni tekstil

Manakala peleting pula merupakan bekas buluh atau besi yang dililit dengan benang

yang dilerai daripada tongkol benang.

3.5: Torak

Torak juga salah satu peralatan yang digunakan dalam proses menenun. Torak

merupakan buluh yang berbentuk seperti tabung yang digunakan untuk mengisi

peleting yang telah dililit benang. Fungsi torak adalah untuk melancarkan benang pecan

(weft).

3.6: Jentera atau sikat

Jentera merupakan peralatan yang digunakan untuk memasukkan benang loseng

(warp) melalui celah-celah giginya yang berjumlah antara 1,000-18,000. Panjang

jentera ialah mengikut kelebaran kain yang hendak di tenun. Contohnya, seperti 1.22m-

1.25m. jentera ini akan diletakkan di bahagian depan penenenun. Jentera atau sikat ini

dihentakkan dengan kuat untuk menjadikan benang tersebut kepada sehelai kain.

Tetapi kini, jentera atau sikat ini telah diperbuat daripada besi yang tahan karat.

3.7: Karat

Selain itu, peralatan yang terlibat dalam proses menenun juga ialah karat. Karat pula

berfungsi untuk mengikat benang karat supaya tegang. Karat kemudiannya

dihubungkan ke camang yang kemudiannya diikat kepada gantung karat.

3.8:Kei atau kek tenun

Page 40: Seni tekstil

Alat tenunan amat penting dalam proses tenunan kain songket antaranya ialah “kei”.

Kek tenun atau kei ini biasanya diperbuat daripada kayu cengal. Bentuk badannya

diperbuat berdasarkan kepada fungsi kegunaannya. Alatan kei ini berukuran 1.2 meter

tinggi dan 1.5 meter atau 1.8 meter panjang.

3.9: Alat menerai

rahak adalah merupakan tempat untuk meletakkan gulungan benang.

Darwin pakan pula ialah untuk melerai benang pakan kepada pleting.

Darwin benang emas pula ialah sejenis alat untuk meleraikan benang

emas kepada pleting.

3.10: Alat menggani

Pada masa dahulu, alat ini diperbuat daripada kayu cengal. Alat ini berfungsi untuk

menyukat berapa meter benang yang dikehendaki untuk menenun.

3.11: Papan gulung

Papan gulung merupakan papan yang diperbuat daripada kayu cengal. Panjang papan

adalah mengikut kelebaran pada kain yang hendak ditenun. Papan gulung ini

digunakan untuk mengulung benang yang telah dianing.

3.12: Kayu sumbi

Page 41: Seni tekstil

Kayu sumbi merupakan sebatang anak kayu yang mengandungi jarum atau paku pada

kedua-dua belah hujungnya. Ia digunakan untuk menjaga tepi kain tenun supaya sama

jarak untuk tidak berkedut.

3.13: Jarum culik

Jarum culik pula digunakan untuk melekatkan kayu sumbi pada kain yang sedang

ditenun.

4.0 CIRI-CIRI KHAS

Page 42: Seni tekstil

Antara ciri khas yang terdapat pada songket ialah ianya menggunakan benang emas

dan benang perak dalam tenunannya. Pada zaman dahulu, songket yang ditenun

menggunakan benang emas tidak boleh dipakai oleh golongan biasa sebaliknya hanya

layak dipakai oleh golongan atasan iaitu golongan diraja atau bangsawan. Penggunaan

benang emas yang berlebihan yang asalnya merupakan bahan mewah pada zaman

dahulu disamping pemakaian ragamhias teluk berantai yang terdapat pada songket

turut dilarang untuk orang kebanyakan. Selain itu, ciri khas yang turut terdapat dalam

kain songket ini ialah terdapat songket yang digerus menggunakan kanji dan digerus

menggunakan siput gerus untuk menghasilkan tekstur kain yang lebih licin namun tidak

boleh dibasuh.

5.0: MOTIF

5.1Motif Sulur Bayung

5.2Motif Pucuk Rebung

5.3Motif Bunga Cengkih

5.4Motif Lawi Ayam

5.5Motif Bunga Lawang

5.6Motif Awan Larat

5.7Motif Bunga Raya

5.8Motif Bunga Cempaka

5.9Motif Bunga Cina

5.10 Motif Bunga Bintang / Pecah Lapan

6.0: FUNGSI

Page 43: Seni tekstil

6.1: Menjelaskan identiti dan kelas social dalam masyarakat Melayu

- Melalui jenis songket yang dipakai, orang kebanyakan hanya memakai

songket biasa manakala keturunan raja atau sultan memakai songket

yang menggunakan tenunan daripada benang emas, benang perak.

6.2: Dipakai dalam Majlis Perkahwinan atau Majlis Rasmi

- Songket biasanya dijadikan persalinan pengantin tatkala bersanding.

6.3: Dijadikan Kraftangan

- Dijadikan barang perhiasan, digantung pada dinding, dijadikan alas meja,

dijadikan beg tangan dan sebagainya.

Page 44: Seni tekstil

Cik Siti Wan Kembang berkembang jantan

Kain limar melekat di kulit

Songket bertabur merah pulasan

Ikat seribu pancung dibawah

Page 45: Seni tekstil

1.0ASAL - USUL

Kain Limar dikenali sebagai 'tenun ikat pakan'. Kain limar merupakan kain

tenunan klasik Melayu yang banyak dihasilkan di Kelantan, Terengganu dan Pattani. Di

Sumatera Selatan, limar juga diertikan sebagai proses memberi warna benang. Disebut

juga melimar atau mencolet, iaitu memberi warna yang lain pada benang yang telah

diberi warna dasar. Diselidik sejarah limar, ia wujud kerana pengaruh fabrik patola dari

India yang sampai ke alam Melayu, justeru masyarakat Melayu pada zaman itu

menamakannya sebagai limar. Penduduk Melayu di Palembang, Sumatera juga

memanggilnya sebagai limar. 

Limar atau kain limar sering digelar sarung atau kain yang diikat pada bahagian

dada ke paras pinggang. Kain limar merupakan pakaian perempuan-perempuan di

istana ataupun penari mak Yong. Kebanyakan kain limar, dianggap sebagai warisan

budaya yang telah berusia lebih daripada 100 tahun dan tradisi penciptaan serta

penggunaannya sering kali dikaitkan dengan pemerintahan Cik Siti Wan kembang

pada sekitar tahun 1610-1677. Umumnya kain limar diklasifikasikan sebagai jenis tenun

benang ikat dan celup. Tradisi pengolahan dan penciptaan. Kain ini adalah bertitik-tolak

daripada pengetahuan mencelup benang loseng dan pakan sebelum ia ditenun. Reka

corak dan motif hias kain, terlebih dahulu ditentukan melalui proses ikatan benang

tersebut.

Page 46: Seni tekstil

Di Kelantan, dalam pemerintahan Cik Siti Wan Kembang (1610-1677) juga

dikaitkan dengan pemakaian kain tenun ikat. Kain ini lebih dikenali dengan makna kain

limar atau limas sebagai pakaian khas wanita istana. Pakaian Cik Siti wan Kembang

diperikan sebagai :

Cik Siti wan Kembang berkembang jantan….

Kain limar melekat di kulit

Songket bertabur merasa pulasan

Ikat seribu pancung ke bawah

Tiga helai kain limar telah dipakai oleh Cik Siti Wan Kembang. Satunya dipakai sebagai

kain kemban, biasanya kain ini tiada bersongket, ia ditenun kosong dan dihiaskan

dengan motif-motif bunga limar. Satu lagi kain sarung limar bersongket dipakai secara

melilitkan kain ini di keliling pinggang dan dikemaskan dengan tali pinggang serta

pending di bahagian tengah. Pakaian ini disertakan pula dengan kain selendang yang

menutup bahu yang terdedah. Pakaian Cik Siti Wan Kembang ini kelihatan sangat

kemas dan anggun kerana memakai kain limar yang halus buatannya. Limar

bersongket yang khusus dipakai sebagai selendang Cik Siti wan kembang atau Puteri

perak lebih menampilkan ciri-ciri estetika.

Kain limar dibawa masuk ke Pantai Timur oleh pedagang-pedagang Champa.

Limar Melayu lebih menonjolkan kesan warna perahan air limau menjadi istimewa

dengan motif kaligrafi Islam dan dapat diterima sebagai limar atau cindai Melayu. limar

ini digunakan sebagai bahan penting dalam upacara adat. Pada zaman dahulu kain ini

digunakan oleh kaum wanita untuk berkemban dengan punca kain dibiarkan jatuh untuk

menghiaskan dada. Kain ini digunakan sebagai sebai yang disangkut pada bahu oleh

para penghantar utusan. Fabrik Limar menjadi lambang kemewahan kerana ia

bukanlah fabrik biasa yang boleh dibeli daripada pedagang. Pada zaman dulu penenun

dinaungi raja-raja. Sebab itu mereka digelar tukang tenun istana. Fabrik limar yang

menjadi khazanah muzium pada hari ini semua milik Raja-Raja Melayu. Rakyat malah

pembesar istana tidak mampu memiliki kerana kerumitan menghasilkannya. 

Page 47: Seni tekstil

Kain limar terbahagi pada dua jenis bentuk iaitu bentuk kain sarung dan kain

lepas. Kain limar biasa kebanyakannya berpunca cuai atau disebut kain limar lepas.

Punca kain terletak di kedua-dua hujung kain dengan motif bunga renek-renek

berwarna merah manakala badannya berwarna hijau, merah, hitam kuning, ungu dan

oren. Kebanyakan warna pada kain limar adalah warna merah tua, yang biasa terdapat

daripada akar pokok mengkudu. Warna hijau dan kuning sangat sukar didapati mungkin

kerana warna-warna tersebut sukar untuk dihasilkan. Selepas tercetusnya Perang

Dunia Kedua, kain limar telah lenyap daripada diusahakan oleh penenun Pantai Timur.

Kebanyakan kain limar dianggap sebagai warisan budaya yang telah berusia

melebihi satu abad. Berdasarkan beberapa contoh daripada himpunan muzium Wilayah

Budaya Tekstil Melayu didapati beberapa ciri khusus wilayah asalnya. Limar dari

Kelantan dan Terengganu misalnya memilih warna cerah seperti hijau, kesumba dan

ungu. Ada juga limar telepuk, iaitu limar berhias perada. Limar juga dikenali sebagai

kain tajoong di lampung dan limar bersongket di Kelantan dan Terengganu (iaitu

gabungan tenun ikat dan songket kain Terengganu).

Page 48: Seni tekstil

2.0BAHAN

2.1 BENANG EMAS, PERAK DAN SUTERA

2.2 PEWARNA

2.3 MESIN TENUN

Page 49: Seni tekstil

3.0TEKNIK

Proses untuk menghasilkan kain melalui teknik ikat dan celup ialah dengan

menggunakan tiga atau empat warna. Ini akan menghasilkan corak-corak pecahan air

limau. Corak inilah yang menjadi nama kain limau tersebut.

3.1 TEKNIK IKAT DAN CELUP

Hanya benang pakan sahaja yang diikat menggunakan teknik ikat tunggal. Kain

yang ditenun dengan benang sutera halus yang telah diikat-ikat dan dicelup dengan

pelbagai warna untuk mendapatkan corak yang halus dan indah. Bagi menghasilkan

motif, benang pakan akan diikat-celup mengikut corak yang tertentu. Proses

pencelupan dibuat pada benang-benang yang telah diikat pada bahagian tertentu untuk

mengelakkan dari terkena warna. Ikatan-ikatan pula dibuat sedemikian rupa hingga

dapat meninggalkan bentuk corak apabila ia terlebih dahulu sebelum benang-benang

Page 50: Seni tekstil

itu diikat. Caranya ialah dengan mengikat bahagian-bahagian tertentu pada benang

loseng atau pakan. Dengan cara ini, apabila helaian benang dicelup ikat ini dibuka dan

dijadikan benang loseng dan pakan untuk ditenun, terbitlah corak dan bentuk motif

sebagai ragam hias.

Ada juga pendapat mengatakan untuk menghasilkan kain limar, benang terlebih

dahulu diikat dengan tali yang diperbuat daripada batang pisang Gala, kemudian

dicelup dengan tiga atau empat warna berperingkat-peringkat sebelum ditenun dengan

benang emas atau perak. Apabila siap ia memberikan corak seperti pecahan air limau

3.2TENUNAN

Benang-benang pakan ditenun satu persatu sehingga terhasilnya motif-motif

seperti bunga-bunga limar yang mengikut corak seperti teluk berantai, jejari kelam, siku

keluang, corak tapak catur dan corak berayat. Benang emas atau perak ditenun di

atasnya dengan corak tertabur atau berjalur. Di bahagian kepala dibiarkan kosong.

Ditenun dengan reka corak ikat dengan motif kuntuman bunga yang berbaris. Limar

ditenun dengan dua cara iaitu limar sarung dan limar lepas. Limar sarung dijahit untuk

dijadikan kain sarung dan kepala kain seperti biasa terletak pada bahagian tengah

badan. Manakala limar lepas tidak dijahit dan kepalanya terdapat pada kedua-dua

hujung.

Kain limar yang telah siap, didapati seolah-olah ditenun dengan pelbagai warna.

Walau bagaimanapun, warna-warna ini sebenarnya bukan ditenun tetapi disapu atau

disebut sebagai ‘top dye’. Kain yang telah siap ditenun akan direntangkan seperti

Page 51: Seni tekstil

‘melukis batik’ dan barulah warna-warna tambahan disapukan pada corak-corak

tersebut

4.0: CIRI-CIRI KHUSUS

Warna yang ada pada kain limar menyerlahkan warna-warna alam yang ada di

sekeliling tanah air. Benang emas ditenun menghiasi  bahagian kepala dan di kedua-

dua punca dan sempadan kain. Kain limar berayat atau bersurat ditenun dengan

kalimah-kalimah Allah, surah Al-Ikhlas dan nama-nama sahabat Nabi. Teknik ikat dan

celup yang digunakan telah menghasilkan corak-corak pecahan air limau.

Page 52: Seni tekstil

5.0: MOTIF

Bagi kain lepas, motif-motif biasanya diadakan pada badan kain dan punca kain.

Bentuk kain sarung pula terbahagi kepada motif-motif yang kurang jelas pada badan

kain, kepala kain dan kaki kain. Motif-motif ini berbentuk kurang jelas oleh sebab hasil

daripada tenunan ikat pakan. Apabila motif yang dihasilkan tidak jelas bentuknya maka

penenun memanggilnya 'bunga cuai'. Cuai di sini bermaksud tidak disengajakan.

Benang-benang pakan ditenun satu persatu sehingga terhasilnya bunga-bunga limar

yang mengikut corak seperti corak bunga penuh atau teluk berantai, corak bertabur,

corak jalur, corak siku keluang dan corak tapak catur. Motif seperti tampuk kesemak,

bunga bintang, tampuk manggis, bunga melur dan berayat adalah motif-motif yang

popular dalam kain limar.

Pada badan kain limar berayat ini terdapat kalimah La Ilaha Illa Allah. Manakala

pada kepala kain pula terdapat corak-corak atau motif-motif yang bersumberkan alam

semulajadi. Antara motif yang terdapat seperti awan larat, bunga pecah lima, lapan,

terdapat juga motif bukit, pucuk rebung. Ada juga keseluruhan badan di tenun songket

bertabur. Limar biasa bahagian badannya bercorak limar penuh. Kain limar seperti ini

hadir dalam warna merah, hijau, kuning, hitam dan ungu tetapi puncanya merah. Limar

Tenggarun' paling jarang diperoleh. Badannya corak limar halus berjalur seperti kulit

ular sawa dan diselangi dengan tenunan benang emas. Ada kalanya punca kain

ditenun songket.

Page 53: Seni tekstil

Motif-motif pada kain limar mempunyai persamaan motif dengan kain songket

seperti tampuk kesemak, bunga bintang, tampuk manggis, bunga melur dan bunga

renek. Umumnya, corak-corak pada bahagian kepala kain limar, disebut sebagai bunga

renek-renek atau bunga-bunga halus. Manakala corak-corak di seluruh bahagian badan

kain pula, disebut oleh penenun-penenun dahulu sebagai corak jejari ketam. Ini kerana

gambaran yang terdapat pada kain tenunan tersebut memang menampakkan ketam-

ketam yang tersusun rapat. Sementara kaki-kakinya bercantum di antara satu dengan

lain.

Corak kain limar biasanya ditenun dengan dua warna sahaja. Warna asal ialah

putih, manakala warna yang dicelup adalah seperti merah, hitam, ungu dan kuning.

Bagi pakaian harian warna dasar kain yang sering menjadi pilihan ialah ungu, biru, hijau

dan merah muda. Corak kain yang digunakan oleh orang lelaki ialah melintang dan

berdiri. Coraknya agak kasar.

Motif Bunga Renek Motif Bunga Pecah Lapan

Page 54: Seni tekstil

6.0 FUNGSI

6.1SOSIAL

Khas ciptaan untuk golongan kerabat diraja dan orang berada. Menjadi lambang

kemewahan dan kuasa di istana Raja-Raja Melayu di Alam Melayu.

6.2GUNAAN

Penggunaan kain ini biasa dibuat untuk pakaian. Kain selendang limar sangat

sesuai dipakai dengan pakaian tradisional seperti baju kurung dan baju kebaya. Kain

limar sarung dijadikan sebagai sarung atau kain samping manakala kain limar panjang

dipakai sebagai selendang yang lebih dikenali dengan nama selendang limar

bersongket. Manakala kain limar berayat ini digunakan oleh orang-orang terdahulu

sebagai pembakar semangat, dililitkan di bahu atau kepala semasa berperang

menentang musuh.

Dahulunya, golongan wanita bangsawan menggunakannya sebagai kain kemban,

kain sarung dan kelubung. Manakala kaum lelaki menjadikannya sebagai kain samping,

kain ikat kepala atau ikat pinggan.

6.3RITUAL

Kain limar berayat lazimnya digunakan untuk menutup jenazah dan keranda

jenazah. Sebagai tekstil penting dalam upacara adat seperti hadiah, hantaran, mandi

Page 55: Seni tekstil

suci, bengkung dan ikat pinggan. Turut digunakan oleh anak raja untuk tujuan

berkhatan dan sebagai kain kelambu yang digantungkan sepanjang tempoh proses

pemulihan. Limar juga merupakan simbol ritual akan digunakan sebagai selendang,

bengkung atau kain dukung.

7.0 JENIS-JENIS KAIN LIMAR

A) KAIN LIMAR BIASA

Kain limar biasa dapat dipecahkan kepada 2 kategori, iaitu limar sarung dan

limar lepas. Kain limar sarung ditenun khas untuk dibuat kain sarung dan dipakai

oleh kaum wanita yang dipadankan dengan baju kebaya atau baju kurung.

Pengeluaran kain limar sarung ini sangat sedikit. Keadaan ini berkemungkinan

disebabkan oleh permintaan terhadapnya yang kurang. Kain limar sarung ini ditenun

khas kerana bahagian kepalanya terletak di bahagian belakang sahaja dan tidak di

kedua-dua puncanya. Dengan kata lain, ia hanya ditenun di bahagian tengah. Walau

bagaimanapun, warna pada bahagian kepala kain limar sarung ini tetap berwarna

merah, iaitu warna yang merupakan identiti bagi kain limar.

Page 56: Seni tekstil

Kain limar lepas, umumnya digunakan oleh orang-orang lelaki dan ditenun

sepanjang lebih kurang 3 meter. Kain ini biasanya digunakan sebagai kain samping

dan bengkong oleh orang-orang lelaki dari negeri-negeri pantai timur seperti

Kelantan dan Terengganu. Untuk berpakaian lengkap, penggunaan dua helai kain

limar lepas diperlukan. Kepala kain limar lepas terletak di kedua-dua hujungnya dan

disebut juga sebagai ‘punca cuai’. Di bahagian badan terdapat corak yang penuh,

manakala warna pada setiap kain limar lepas juga adalah berwarna merah.

Bagi wanita Pantai Timur, kain limar lepas sering digunakan sebagai kain

kemban di mana punca kain dibiarkan jatuh menghiasi dada. Sekiranya kain limar

ini dijalin dengan benang emas, sama ada di bahagian badan atau di kedua-dua

puncanya, ia akan dijadikan sebagai selendang oleh orang-orang ‘berada’. Kerana

itu, pengeluarannya lebih meluas memandangkan kain ini lebih banyak digunakan

sebagai pakaian bagi penduduk di Pantai Timur pada suatu masa dahulu.

B) KAIN LIMAR BERSONGKET

Kain limar songket dapat dipecahkan kepada 2 kategori, iaitu sarung dan lepas.

Kain limar songket biasanya berwarna merah sahaja dan ditenun dengan reka corak

ikat yang bermotifkan kuntuman bunga-bungaan yang berbaris. Terdapat juga kain

Page 57: Seni tekstil

limar songket yang ditenun dengan corak berbelah-belah atau disebut corak ular

sawa.

Benang emas biasanya tidak ditenun serata badan kain tetapi hanya ditenun

penuh di bahagian kepala atau di kedua-dua punca dan di sempadankan tepi kain.

Bagaimanapun, terdapat juga benang emas yang diselitkan di antara bunga-bunga

limar ataupun tenunan benang-benang emas itu sendiri yang berbunga-bunga. Kain

limar songket ini boleh dikatakan luar biasa dan sukar didapati. Dari keadaannya

yang cantik dan unik, kain seperti ini hanya dipakai oleh keluarga Diraja sahaja. Bagi

kain sarung, ia dipakai sebagai selendang atau lebih dikenali dengan sebutan

‘selendang Limar Songket’. Kain limar songket dipenuhi benang songket di kepala

sahaja, corak bertabur atau bunga penuh yang disebut sebagai kain jong sarat atau

jong berlabuh, ia digunakan sebagai kain sarung atau kain istiadat.

C) KAIN LIMAR BERTULIS / BERAYAT

Kain ini dipanggil kain Limar Berayat kerana Limar bermaksud pecahan air

limau atau percikan air limau yang terdapat pada kain tersebut dan berayat kerana

corak yang terdapat pada kain ini mengandungi tulisan khat kalimah La Ilaha Illa

Allah.

Page 58: Seni tekstil

kehebatan penenun pada zaman dahulu tiada tandingannya. Kemahiran

menemukan kedua-dua benang loseng dan benang pakan yang diikat celup telah

menghasilkan barisan ayat-ayat al-Quran dan kalimah-kalimah Allah yang berulang-

ulang. Warna yang digunakan pada kain limar bertulis ini sama seperti warna pada

kain limar biasa. Kain limar bertulis ditenun punca cuai dan kedua-dua puncanya

adalah berwarna merah dan ditenun dengan corak bunga-bunga halus atau bunga

renek-renek.

Antara surah-surah yang sering ditenun di atas kain limar bertulis ini ialah

surah Al-Ikhlas dan surah As-Saff yang memuji-muji kebesaran Allah. Terdapat juga

pada kain-kain tersebut nama-nama para malaikat seperti Jibrail, Mikail, Israfil dan

Israil serta nama-nama para sahabat nabi seperti Abu Bakar, Umar, Othman dan Ali.

Pada kebiasaannya kain limar bertulis ini sering digunakan sebagai kain penutup

mayat ataupun penutup keranda.

D) KAIN TAPAK CATUR

Kain limar tapak catur diperbuat daripada sutera dan kapas. Kain limar tapak

catur bermaksud kain yang berkotak-kotak atau berpetak-petak dan yang berwarna-

warni. Warna yang digunakan pada kain ini selalunya garang dan menarik. Keadaan

ini menggambarkan kemahiran yang dimiliki oleh para penenun dalam

Page 59: Seni tekstil

menghasilkan kombinasi warna-warna yang menarik seperti merah, kuning, hijau,

ungu dan sebagainya. Tenunan benang sutera kemas menjadikan kain limar tapak

catur kelihatan bercahaya.

Kain Perai baju Perai

Pakaian anak raja Tam Tuan

Hancur badan tulang bercerai

Baru lupa budimu tuan

Page 60: Seni tekstil

1.0: ASAL USUL

Teknik ikat celup dalam bahasa Afrika adalah adire, manakala dalam bahasa

India pula ialah bandhana, dan dalam bahasa Jepun, shibiro. Istilah tersebut sudah

digunakan selama berabad-abad untuk menggambarkan cara membuat rekaan pada

kain, yang disebut seni ubar ikat/ikat celup/jumputan/tie dye. Pada proses pembuatan

motif ini, kain dilipat pada beberapa bahagian tertentu, kemudian diikat dengan karet

atau tali lalu di celup. Kain akan menyerap warna kecuali bahagian-bahagian yang

diikat. Dengan demikian terbentuklah pola-pola pada kain.

Seni ikat celup merupakan salah satu cara untuk mencegah terserapnya zat

warna oleh bahagian-bahagian yang diikat. Benua Asia merupakan sumber sejarah dari

kebudayaan kain dan tenun di dunia. Salah satunya ialah kain ikat-celup. Manakala,

dibeberapa negara Asia Timur, seperti India, Cina, dan Jepun, kain tradisional dengan

motif ikat celup telah dikenali beberapa abad yang lampau, sebagai kain yang

mempunyai makna dan symbol tradisi. Kain dengan teknik ikat-celup dikatakan

berkembang di Cina dan Parsi yang dibuktikan oleh adanya jalur sutera dan penggalian

kubur Kerajaan. Pada zaman dinasti Tang, tahun 618-906 masihi, teknik ikat-celup

dikenali sebagai sebahagian dari cara-cara mencipta ragam hias dan motif di atas

permukaan kain. Dari daratan Cina, budaya ikat-celup menyebar ke Jepun sebagai

bahan busana.

Busana kaftan dan sari yang menjadi pakaian adat di India pula memerlukan

kain-kain berukuran panjang serta warna-warna untuk menimbulkan keindahannya.

Dari beberapa sumber yang diyakini, proses teknik ini ternyata merupakan tradisi tertua

yang berasal dari Peru yang kemudian tersebar ke Mexico hingga bahagian barat daya

Amerika Serikat. Hasil penernuan dari beberapa ilmuwan, dikatakan bahawa teknik ikat

Page 61: Seni tekstil

celup yang berasal dari Peru lebih banyak ragamnya berbanding Asia Timur terutama

dari segi bahan-bahan, simbol, serta kualiti kain dan teknik pewarnaannya.

Namun begitu, Perkembangan dari segi sejarah Batik Ikat Celup tidak dapat

diketahui bila mula wujud, namun dari kesan awal perjumpaan motif ikat celup bentuk

bulatan kecil dan garisan dengan warna-warna terang seperti merah, kuning, biru dan

hijau telah mula diperkenalkan dizaman Pra-Colombia sekitar 500 - 800 Masihi.

Sebenarnya ada yang menyatakan sejak zaman purba lagi tenik ini digunakan untuk

mewarnakan pakaian. Di Jepun teknik ini dikenali sebagai 'Shibori' telahpun digunakan

untuk menghiasi tekstil yang menggunakan kaedah ikat celup untuk dihiasi pada

pakaian kimono.

Shibori

Kain ini juga dipercayai pernah dipakai oleh kaum wanita Melayu pada zaman

dahulu namun kini ianya kian lenyap setelah tercetusnya perang dunia kedua. Teknik

asal membuat kain pelangi adalah berkemungkinan dari Gujerat, India. Hal Ini demikian

kerana, di India masih terdapat kain ikat celup seperti kain pelangi yang dibuat secara

komersial dan dikenali dengan nama Bandhi iaitu membawa maksud “mengikat” dalam

bahasa India. Namun begitu, dari segi bahasa pula, kain ikat celup merupakan batik

yang dibuat tanpa menggunakan malam (lilin) sebagai bahan perintang, tetapi ianya

menggunakan tali yang diikatkan pada kain yang berfungsi merintangi warna masuk

keserat kain. Tali dibuka setelah proses mencemup selesai kerana ikatan pada kain

Page 62: Seni tekstil

akan menimbulkan motif tertentu. Bentuk motif itu pula adalah terbatas pada

kemungkinan bentuk ikatan tali tersebut.

2.0: TEKNIK DAN BAHAN

2.1: TEKNIK

Teknik membuat kain pelangi ialah menggunakan teknik ikat celup. Antara langkah-

langkah bagi menghasilkan kain ini ialah:

I. Kain sutera satin dibentang di atas lantai, seterusnya bucu kain

dilipat dan diikat dengan getah ikat.

II. Kemudian, kain tersebut diikat dengan mengikut citarasa pembuat

kerana teknik ini tiada motif seperti motif bunga atau haiwan,

sebaliknya motif yang muncul adalah motif secara spontan seperti

motif abstrak ataupun geometrik.

Page 63: Seni tekstil

III. Bahan pewarna yang digunakan adalah warna alam semulajadi.

Terang atau gelap warna bergantung kepada lama masa merebus.

Warna yang telah siap dibancuh dengan menggunakan air.

IV. Kain yang telah diikat bersedia untuk dicelup ke dalam pewarna.

Kain yang diikat menggunakan getah sebelum dicelup.

V. Kain direndam ke dalam pewarna supaya lebih rata dan mesra.

Page 64: Seni tekstil

Teknik PewarnaanDalam proses pewarnaan batik ikat celup perlu diperhatikan susunan warna yang ingin dicapai dari warna paling muda / terang sampai warna yang paling tua / gelap.

VI. Kain akan dimatikan warnanya dengan menggunakan air kapur

supaya dapat mengekalkan warna asal dan dibilas dengan air

biasa.

VII. Kain boleh dicelup dengan warna lain dengan cara mencelup

warna muda dan diakhiri dengan warna tua tetapi warna diletak

secara bertompok dan diakhiri dengan mematikan warna.

VIII. Kain yang telah siap dimatikan akan direndam buat seketika

dengan air biasa.

IX. Setelah kain dibilas, getah ikat boleh ditanggalkan dengan pisau

secara berhati-hati agar kain tidak koyak.

X. Hasil corak abstrak yang diperolehi pada kain dibuka dari ikatan

dan corak yang dibuat biasanya sukar ditiru semula kerana ianya

adalah corak spontan.

Hasil ikat celup pada sehelai kemeja T.

Page 65: Seni tekstil

Contoh beg yang telah diikat celup.

Cara lipatan dapat menentukan corak yang menarik, ada yang menggunakan jarum

dan ada mengikat dengan menggunakan getah. Cara melipat dan meletakakan warna

dapat menentukan hasil yang menarik. Lihat gambar dibawah:

Page 66: Seni tekstil
Page 67: Seni tekstil

2.2: BAHAN-BAHAN

I. Kain sebaiknya kain kapas yang telah dibersih dan dikeringkan

II. Tali (tali rafia), benang, gelang getah

III. Batu, guli, duit syiling, kayu, biji saga dan sebagainya

IV. Warna, dye (jenis remazol, dylon, primazine)

V. Bekas untuk pewarnaan (baldi)

VI. Sodium silikat (pemati warna)

VII. Sarung tangan

Pewarna fabric (Dye)

Page 68: Seni tekstil

3.0: CIRI-CIRI KHAS TEKSTIL

- Kain pelangi ini mempunyai motif-motif yang berwarna cerah atau warna muda

seperti warna pelangi.

- Tiada persamaan motif dengan kain pelangi yang lain kerana sukar ditiru.

4.0: MOTIF

Motif yang biasa digunakan pada kain batik pelangi ini ialah:

Page 69: Seni tekstil

5.0:FUNGSI

Antara fungsi kain pelangi ialah ianya digunakan sebagai selendang bagi kaum

perempuan. Kain ini dipercayai jarang dibuat baju atau kain. Selain itu, kain ini juga

digunakan sebgai penutup dada bagi kaum wanita. Awalnya, kain ini dipakai oleh

golongan bangsawan pada kerajaan Sriwijaya dalam acara-acara tertentu seperti

upacara pernikahan,kelahiran dan upacara siraman. Namun begitu, pada masa kini,

kain ini dijadikan pakaian seperti baju kemeja lelaki.

Page 70: Seni tekstil

….tiada boleh memakai sebarang kain sarung benang emas sutera yang berbunga seperti batik dan pelangi istimewa yang tiada berkepala dan memakai kain hendaklah labuh hingga ke bawah lutut, dan boleh memakai tengkolok batik Jawa atau Bugis hitam tetapi tiada bertelepuk atau berbenang emas.

A.Samad Ahmad (1966: 66)

Page 71: Seni tekstil

1.0: ASAL-USUL

Perkembangan pakaian dan tekstil berlaku sejajar dengan keperluan dan

kemahuan manusia. Perkembangan ini juga dipercayai bermula hasil daripada

pertembungan budaya luar yang masuk ke negara ini pada zaman prasejarah melalui

aktiviti perniagaan serta penghijrahan.oleh para pedagang. Tekstils asalnya dikatakan

bermula dengan penggunaan bahan-bahan yang ada di persekitaran seperti daun-

daun, kulit kayu dan kulit binatang untuk menutup tubuh manusia. Seiring dengan arus

pemodenan dari zaman ke zaman, manusia mula mencari alternatif lain yang lebih

mudah dan sesuai seperti kapas dan bulu binatang yang dipintal menjadi benang.

Seterusnya, benang tersebut akan ditenun menjadi kain dan kemudiannya akan

dicantum menjadi pakaian yang selesa untuk dipakai.

Seni tenunan merupakan satu warisan yang terus mendapat tempat istimewa

dalam kebudayaan Nusantara sehingga ke hari ini. Tenunan adalah proses hasil jalinan

atau sulaman benang-benang yang digunakan secara berselang-seli antara benang

loseng dengan benang pakan untuk dijadikan sehelai kain. Perkembangan seni

tenunan dipercayai didorong oleh faktor kedudukan geografi rantau ini. Hal ini demikian

kerana Nusantara menjadi tempat tumpuan utama para pedagang dari Jawa,

Kepulauan Maluku, Borneo dan Bugis dan menjadi tempat persinggahan kapal yang

strategik menyebabkan para pedagang membawa masuk beberapa jenis kain yang

berkonsepkan tenunan. Antara tenunan yang paling terkenal ialah Songket Melayu dan

Tenunan Pua peribumi Borneo dan tenunan corak Bugis. Perusahaan tenunan ini

banyak dijalankan di negeri Pantai Timur, khususnya di negeri Kelantan, Terengganu

dan Pahang.

Kini, Kain Tenunan Pahang dan Tenunan Kapas agak popular digunakan dalam

kalangan masyarakat. Kain Tenunan Pahang dipercayai berasal dari Sulawesi dan

seterusnya dibawa ke Pahang pada abad ke-16. Tuk Tuan atau Keraing Aji yang

berketurunan Bugis dan bermastautin di Kampung Mengkasar, Pekan, Pahang

dipercayai merupakan tokoh yang bertanggungjawab telah memperkenalkan kain tenun

Page 72: Seni tekstil

ini kepada masyarakat. Justeru itu, kain tenunan bererti kain atau tekstil yang dihasilkan

dengan teknik tenunan yang dibuat daripada benang. Seni tenunan dari Pahang ini

kemudiannya turut berkembang ke Kelantan dan Terengganu yang menggunakan

kedua-dua benang sutera dan benang kapas.

Tenunan benang kapas pula merupakan tenunan biasa yang termasuk dalam

kelompok tekstil sederhana iaitu jenis awal yang ditemui dalam penghasilan tekstil.

Tekstil ini menggunakan kapas yang dipakai oleh rakyat biasa. Antara kawasan yang

terkenal dalam penghasilan tekstil terutamanya Kelantan, Terengganu, Pahang, Riau-

Siak, Sulawesi, Minangkabau dan Palembang menghasilkan tenunan biasa ini yang

menggabungkan tenun benang pakan dan loseng berwarna. Tenunan dihasilkan oleh

orang-orang biasa kerana menurut kepercayaan, orang-orang tua akan menilai

kematangan seseorang gadis melalui kepandaiannya menghasilkan kain tenunan.

Tenunan bercorak mula timbul apabila penghasil tekstil mula mencipta motif jalur atau

garis kecil seperti pada kain hujan emas yang menggunakan benang sutera atau

benang emas untuk dijadikan pakaian raja. Di Kelantan, tenunan bercorak ini mula

berkembang di istana kerana rakyat biasa dilarang sama sekali memakai pakaian yang

menyerupai pakaian raja kerana menggunakan benang emas yang banyak. Sehingga

kini, Penambang masih lagi menjadi pusat tenunan yang utama di Kelantan.

Page 73: Seni tekstil

2.0: TEKNIK DAN BAHAN

Tujuh proses yang utama perlu diberi perhatian dalam penghasilan kerja

menenun. Antaranya ialah mencelup benang, menerai, menganing, menyapuk,

mengerat, menyongket dan menenun. Pada masa kini penenun-penenun mewarnakan

benang secara moden. Mereka menggunakan pewarna kimia yang diimport dari

Amerika, Jerman dan England. Benang yang diwarnakan secara tradisional

menggunakan pewarna tumbuh-tumbuhan seperti kesumba (carthanus tinctorius),

kunyit (turmeric) dan sebagainya. Pewarna ini dicampur dengan jus asid buah gelugur

atau buah belimbing. Sebelum benang sutera diwarnakan, ia perlu dibersihkan dengan

memasukkannnya ke dalam air yang bercampur abu kerana sutera yang dibawa masuk

dari China adalah sutera mentah, kasar dan berwarna kekuningan. Abu yang digunakan

untuk mencuci sutera itu adalah dari kulit durian atau tangkai buah kelapa. Selepas itu

ia dibilas dengan air yang bersih dan dikeringkan. Hasilnya sutera menjadi putih, lembut

dan halus dan sedia untuk diwarnakan.

Untuk proses menerai, setelah tongkol benang diwarnakan dan dikeringkan,

benang tersebut akan dililit kepada batang buluh kecil untuk dijadikan benang peleting

dengan bantuan alat rahat dan Darwin atau daun ruing. Darwin biasanya terdiri

daripada bingkai yang dibina daripada palang-palang buluh yang dihubungkan dengan

tali penjuru yang bertentangan. Pada bingkai ini dimasukkan setongkol benang yang

kemudian benang ini dililitkan ke batang buluh yang dipanggil peleting dengan

memusingkan pemutar rahat ynag merupakan satu lat untuk proses putaran. Rahat

pada zaman moden ini terdiri daripada roda kayu sebesar jejari 12 inci yang

dihubungkan ke tempat pemutar yang dipanggil tangan rahat.

Menganing benang merupakan proses untuk penyediaan benang loseng

dengan menggunakan alat anian yang terdiri daripada pemidang peleting dan bingkai

pembuat loseng. Proses membuat benang loseng bertujuan menentukan berapa

panjang benang yang perlu ditenun untuk mendapatkan saiz dan jumlah kain

dikehendaki.

Page 74: Seni tekstil

Proses menyapuk benang  dilakukan dengan menyusutkan dua urat benang

loseng. Setelah zaman berlalu, cara menenun yang rumit telah mengalami sedikit

perubahan. Sekarang untuk membuat latar belakang songket adalah lebih mudah dan

cepat. Cara menenun latar belakang songket yang menggunakan teknik ikat memakan

masa yang panjang dan tidak hairanlah kalau harganya terlalu mahal. Teknik menenun

dan bahan yang digunakan dalam menghasilkan songket masih terpelihara sejak

zaman berzaman.

Proses mengarat  dimulakan dengan gelung bahagian bawah dahulu dan

kemudian benang loseng diterbalikkan untuk dibuat gelung-gelung bahagian atas pula.

Gelung-gelung ini dibuat dengan bantuan papan karat. Benang asing yang lebih tebal

daripada benang loseng digunakan dalam membuat karat. Benang ini dimasukkan di

bahagian bawah sebarisan benang loseng yang terangkat meninggalkn ruang yang

disebut ruang belira iaitu ruang yang terjadi apabila kayu belira ditegakkan. Mengarat

dimulakan dari bahagian hujung benang loseng.

Menyongket dilakukan semasa proses menenun kain, apabila penenun

memasukkan kayu sumbi pada bahagian bawah kain yang ditenun. Kayu sumbi

digunakan untuk mengawal supaya tepi kain yang ditenun itu sentiasa lurus mengikut

lebar kain yang ditentukan.

Proses yang paling terakhir dan paling penting dalam penghasilan kain tenunan

ialah kerja menenun. Penenun akan menggerakkan pijak karat dengan kakinya dan

torak yang mengandungi dua lembar benang emas di dalamnya, disilang merentasi

ruang belira. Selepas itu belira dikeluarkan dan benang emas disikat dan ditekan

dengan gigi jentera supaya kedudukan benang pakan kelihatan kemas.

Page 75: Seni tekstil

Gambarajah 2.1: Proses Tenunan

Page 76: Seni tekstil

3.0: CIRI-CIRI KHAS

Kain tenunan menggunakan bahan asas daripada benang, iaitu benang kapas,

sutera, benang emas dan benang perak. Selain daripada benang, seni tenunan juga

menggunakan pencelup atau pewarna yang memainkan peranan mewarnakan benang-

benang mentah.

Benang emas dan perak tidak perlu dicelup kerana telah menghasilkan warna

semulajadi iaitu warna kuning. Warna asal tersebut terhasil daripada benang emas dan

warna putih dari benang perak. Benang kapas dan sutera mentah pula menghasilkan

warna putih kekuningan. Benang-benang tersebut dibeli dengan cara ukuran ‘bantal’

dengan beratnya kira-kira 3.6 kilogram. Sebantal benang mempunyai 36 tongkol dan

setiap satu daripadanya mempunyai 10 tongkol kecil benang yang beratnya kira-kira

30gm.

Benang mentah perlu diwarnakan untuk mendapatkan hasil yang menarik.

Biasanya penenun akan mencelup sendiri benang-benang tersebut dengan

menggunakan buah kesumba, biji celagi, merah tua cerah dari grtah pohon mala yang

dicampur kapur, biru dari daun terung, warna kuning akan terhasil daripada kunyit

sawa, hijau hasil campuran daripada daun tarung dengan kunyit atau air daun selasih

yang ditumbuk dengan kayu cendana. Para penenun juga menggunakan sabut kelapa

muda yang direndam dengan campuran tanah liat untuk menghasilkan warna hitam

secara semulajadi untuk diwarnakan pada benang. Bahan pencelup semulajadi ini

digunakan sebelum kedatangan pencelup dari China dan Jepun dibawa masuk ke

Tanah Melayu lagi.

Kini, terdapat bahan pencelup yang disediakan dalam bentuk serbuk dan hablur

mengandungi tiga warna asas iaitu kuning, biru dan merah. Serbuk ini perlu

dihancurkan dengan air panas dan satu campuran boleh digunakan untuk mencelup

benang yang menghasilkan 80 helai kain. benang-benang ini perlu dijemur sehingga

benar-benar kering untuk mengelakkan benang menjadi luntur.

Page 77: Seni tekstil

4.0: MOTIF

Bentuk motif seni tekstil tenunan terdiri daripada unsur dan bahagian alam.

Kebanyakan semua bentuk motif dalam seni reka tenunan dilahirkan dalam gaya

geometri. Semua unsur dan bahagian alam yang dicipta akan disusun mengikut

susunan bunga penuh, susun bunga tabor dan susun bercorak oleh pengusaha

tenunan.

Antara unsur alam yang penting ialah tumbuhan dan binatang. Selain itu, ada

juga penenun yang mengaplikasikan bentuk-bentuk yang digunakan dalam kehidupan

seharian yang disebut sebagai alam benda. Manakala motif tumbuhan yang digunakan

pula ialah bentuk-bentuk bunga, daun atau pucuk dan bahagian buah yang dikenali

sebagai tampuk.

Selain daripada motif tersebut, banyak lagi motif yang digunakan dalam

penciptaan tenunan. Antaranya ialah motif pucuk rebung yang diisi dengan motif daun,

bunga dan susun anak tangga di mana kesemuanya bersatu dan membentuk sebuah

kun. Tenunan ini menggunakan benang emas yang disongket pada celah-celah benang

loseng dan menghasilkan kesan sulaman penuh atas tanah kain.

Page 78: Seni tekstil

5.0: FUNGSI

Pada zaman pemerintahan raja-raja Melayu iaitu sebelum kedatangan

penjajahan kuasa Barat, kain tenunan termasuk songket merupakan pakaian larangan

kepada rakyat biasa. Hanya golongan istana dan bangsawan saja yang dibenarkan

memakainya. Namun kini, pemakaian tenunan dipakai oleh kebanyakan rakyat biasa

yang dijadikan pakaian Melayu untuk golongan lelaki dan baju kurung untuk golongan

wanita. Tenunan juga telah dijadikan sebagai pakaian untuk majlis-majlis formal dan

adat-istiadat di mana-mana sahaja.

Kain sarung yang ditenun dikenali sebagai kain bujung ditenun sekeping atau

sejalur dan bahagian kedua hujungnya dijahit apabila dipakai. Fungsi utamanya

dijadikan sebagai samping yang dipadankan dengan pakaian sut tiga iaitu baju, seluar

dan samping. Untuk wanita kain tenun biasa dipadankan dengan baju kurung.

Kain kampuh pula merupakan dua lapis kain yang dijahit menjadi satu yang

dihasilkan daripada kain tenun. Ia ditenun dua lerang sebelum disatukan menjadi kain

sarung. Selain itu, kain kampuh turut berfungsi sebagai kain kelubung iaitu menutup

kepala apabila wanita keluar dari rumah, manakala dijadikan sebagai selepang bahu

untuk golongan lelaki. Kain kampuh ini turut digunakan sebagai ‘buai’ bagi bayi.

Kain lepas juga merupakan hasil seni tenunan biasa dengan ukuran 60 cm lebar.

Kain ini dipakai sebagai samping dengan cara melipat serong tiga segi kerana sifatnya

yang tidak berjahit. Cara ikat ini dipakai oleh biduanda, budak suruhan raja dan turut

dipakai oleh panglima atau ahli pancak.

Para penenun turut menghasilkan kain destar, selendang dan sapu tangan

dengan perkembangan seni tenunan. Destar atau tanjak ialah penutup kepala bagi

lelaki terutamanya golongan yang dihormati seperti raja, orang-orang besar istana atau

pengantin. Tengkolok atau penutup kepala ini diperbuat daripada kain tenun biasa atau

bercorak. Kain destar hitam berkotak merupakan destar untuk penghulu adat. Pada

asalnya tengkolok merupakan pakaian anak-anak raja pada zaman pemerintahan

Page 79: Seni tekstil

Sultan Muhammad Syah iaitu Raja Melaka yang ketiga, dan merupakan pakaian

larangan bagi rakyat biasa. Ukuran tenunan untuk destar, tengkolok atau lilit kepala

ialah 45, 60 dan 85 cm persegi. Bentuk destar ini telah memperlihatkan keunikan

penciptaannya yang tersendiri dan pernah disebut sebagai tengkolok hitam ‘belah

mumbang’, ;helang patah sayap’ di Perak dan ‘cogan daun kopi’ di Pahang yang dicipta

pada zaman pemerintahan Sultan Pahang 1.

Selain itu, tenunan ini juga digunakan sebagai selendang atau tutup kepala bagi

wanita. Selendang ini dipadankan dengan baju kurung untuk menghadiri majlis atau

bertandang ke rumah saudara-mara. Tenun ikat sering dijadikan sebagai selendang

besar dan digunakan untuk upacara adat bercukur dan berkhatan.

Page 80: Seni tekstil
Page 81: Seni tekstil

1.0: ASAL USUL

Kain gerus merupakan kain Bugis yang dikilatkan melalui cara menggosokkannya dengan

menggunakan siput gerus. Kain Bugis ini biasanya akan dibasuh, dikanji, diregang, dan dijemur

sehingga kering. Ia kemudiannya akan digosok dengan siput gerus sehingga berkilat. Kain gerus

ini mempunyai fungsi utiliti dan sosial iaitu digunakan sebagai kain yang dipakai dalam majlis-

majlis keramaian seperti majlis ‘perkahwinan’.

2.0 : CARA-CARA MENGHASILKAN KAIN GERUS

1. Kanji akan dimasak terlebih dahulu dengan mencampurkan tepung ubi kayu dan air yang

secukupnya.

2. Kanji dan air dimasukkan ke dalam baldi sebelum kain tenun dicelupkan sehingga basah

dan rata sambil dilurutkan beberapa kali.

3. Kain ini kemudiannya dijemur ditempat yang lapang dengan ditegangkan dan disokong

oleh kayu panjang serta pemberat seperti batu-batu agar kain tidak berkedut atau

berlipat antara satu sama lain.

4. Apabila kain diangkat, kain akan dibentangkan dan digerus menggunakan kulit siput

gerus untuk menjadikannya licin dan berkilat.

Page 82: Seni tekstil

3.0: PERALATAN MENGHASILKAN KAIN GERUS

3.1: BAHAN

1. Kain tenun

2. Siput gerus

3. Kanji

4. Tepung ubi kayu

5. Air

6. Kayu panjang

7. Batu pemberat

Page 83: Seni tekstil
Page 84: Seni tekstil

1.0: ASAL USUL

Kain cindai berasal dari Gujerat, India dan ia juga dikenali sebagai kain Patola

iaitu sempena nama sebuah tempat di India. Sejak kurun ke-12 dan ke-13 kain cindai

telah menjadi barang pertukaran perdagangan yang sangat digemari kerana keunikan

dan kesukaran untuk diperolehi. Pedagang-pedagang Bugis yang dating berdagang di

India menukarkan kain cindai dengan rempah ratus, buah pala dan sebagainya. Tiga

tangkai buah pala ditukar dengan sehelai kain cindai. Oleh itu, kain cindai dikatakan

telah dibawa masuk ke Negara ini oleh pedagang India yang beragama Islam yang

berurusniaga disini.

Pedagang-pedagang Portugis, dan Belanda yang telah mula berdagang di

rantau ini iaitu di Riau, Melaka juga meminati kain cindai dan juga menjadikan kain

cindai sebagai barang dagangan. Pada abad ke-17, orang Belanda yang menguasai

perdagangan di Indonesia telah mengenal pasti bahawa kain cindai turut dihasilkan

oleh penenun tempatan disana. Di Indonesia, ia juga telah dikenali sebagai kain cindai,

cinde, gerinsing dan limar. Di Selatan Sumatera, ‘limar’ membawa maksud member

warna pada benang. Namun, apabila disebut kain limar, masyarakat sudah mengenal

pasti bahawa apa yang dimaksudkan ialah kain cindai.

Page 85: Seni tekstil

2.0: TEKNIK DAN BAHAN

Kain cindai bukanlah boleh disiapkan dalam waktu yang singkat kerana teknik

pembuatan kain cindai sangat rumit dan memakan masa berbulan-bulan. Proses

mewarna sahaja mengambil masa selama enam hingga 12 bulan. Kain cindai dibuat

menggunakan sutera halus dan ditenun dengan teknik yang sangat rumit iaitu ‘double

ikat’. Ikatan double ialah proses mengikat dan mewarna kedua-dua benang yang

diperlukan iaitu benang loseng dan benang pakan. Itulah sebabnya proses mewarna

mengambil masa yang lama.

Rekacorak kain cindai dihasilkan dengan pertemuan kedua-dua benang

loseng dan benang pakan yang sudah diikat dan diwarnakan tadi. Kain cindai kemudian

akan ditenun. Kain cindai yang sudah siap ditenun biasanya mempunyai ukuran

panjang yang luar biasa iaitu di antara lima meter hingga tujuh meter dan lebarnya ialah

75 sentimeter hingga 90 sentimeter.

Page 86: Seni tekstil

3.0: CIRI-CIRI KHAS

Kain cindai dibuat menggunakan benang loseng dan benang pakan. Benang

pakan juga dikenali sebagai benang emas. Oleh kerana itulah ia dikenali sebagai kain

bermutu tinggi dan harganya mahal. Benang-benang ini akan diikat sebelum dicelup

dengan pelbagai warna secara berasingan. Warna yang digunakan antaranya ialah

warna jingga dan warna merah kesumba. Benang yang ditenun menghasilkan

ragamhias seperti corak ‘giling kacang’, corak ‘hujan lebat’ dan corak ‘merpati

sekawan’.

Masyarakat Melayu percaya bahawa pembuatan kain cindai tidak mudah dan

penuh syarat serta pantang larang. Pembuatan kain cindai memerlukan enam tukang

mahir. Mereka adalah terdiri daripada tukang tenun diraja, pawing raja, hulubalang raja,

ahli falak, ahli agama dan tukang seni. Ada juga yang mengatakan bahawa pembuatan

kain cindai bersama-sama dengan tukang yang ketujuh iaitu yang berasal daripada

kaum jin. Oleh itu, kain cindai juga dianggap keramat dan mistik.

Walaupun kain cindai hanyalah kain tenunan, cindai digelar seekor cindai

kerana masyarakat Melayu percaya bahawa kain cindai ‘hidup’. Buktinya, biarpun

beratus-ratus tahun umurnya, kain cindai tetap utuh, warnanya tidak pudar dan baunya

tetap wangi. Jesteru kain cindai mempunyai nilai yang tinggi dalam adat dan budaya

Melayu serta menjadi lambing contoh perilaku orang Melayu yang baik. Apabila ia

dibakar, kain cindai juga dikatakan tidak hangus.

Page 87: Seni tekstil

4.0: MOTIF

Kain cindai bertekat benang berwarna merah ditepinya dan berwarna hitam

seakan-akan kelabu serta bercorak daun dan bunga. Kain cindai yang ada di Negara ini

banyak bermotifkan geometri atau bunga-bunga. Ini berkemungkinan kerana pada

masa itu pengaruh Islam sudah kuat menapak dan motif-motif binatang atau pahlawan

menunggang gajah tidak digalakkan.

Dalam budaya tradisi, telah diperikan tentang cindai betina dan cindai jantan.

Cindai betina atau dikenali sebagai cindai sari mempunyai ukuran yang agak panjang

dan tenunannya juga lebih kasar. Motif hiasannya pula adalah lebih kecil. Kain cindai

betina ini dipakai oleh kaum lelaki. Manakala kain cindai jantan pula lebih halus, pendek

serta mempunyai hiasan bunga lebih besar. Ianya digunakan oleh kaum wanita sebagai

kain pengikat pinggang.

5.0: FUNGSI

Penggunaan kain cindai amat terhad sekali. Kain cindai bukan seperti kain tenunan lain

yang boleh dijadikan pakaian harian. Ia biasanya digunakan sebagai hadiah pertukaran

antara raja-raja pemerintah di antara negeri-negeri. Kerana itulah kain cindai ditenun

sepasang dan disebut jantan dan betina. Menurut sejarah juga, kain cindai juga

merupakan tekstil pertama yang digunakan oleh anak-anak raja. Disamping itu, ia juga

digunakan oleh gologan istana sebagai persalinan lengkap pakaian adat seperti

bengkung, selendangm dan untuk berkemban.

Dalam kalangan masyarakat Melayu dahulu juga, kain cindai hanya dipakai

oleh pahlawan-pahlawan Melayu seperti Hang Tuah dan sahabatnya. Kain cindai

diperasap bersama keris dengan mantera-mantera yang dipercayai kebal dari tikaman

dan senjata. Hang Jebat dikatakan mati selepas tujuh hari ditikam oleh Hang Tuah dan

kain cindai digunakan sebagai pembalut luka.

Page 88: Seni tekstil

Kain cindai juga digunakan sebagai senjata kerana kekukuhannya dan

digunakan dengan cara menyebat, mencekik, menyambar anggota badan lawan dan

mengunci atau mengikat pergerakan lawan. Kebiasaanya untuk pertarungan, satu

hujung kain ini akan diikat simpul dan berfungsi sebagai pemberat bagi memudahkan ia

disebat. Pakar cindai boleh menyebat simpulan ini dengan tepat dan dikatakan mereka

dapat memecahkan busut dengan ketepatan dan kekuatan sebatan itu. Kebiasaanya

pesilat wanita menggunakan kain cindai sebagai senjata pertahanan diri kerana pada

kebiasaannya kain cindai digunakan sebagai penutup badan seolah selendang atau

tudung atau ikat pinggang dalam pakaian tradisional wanita Melayu.

Dalam adat perkahwinan Johor-Riau, kain cindai adalah tekstil pilihan utama.

Kain ini digunakan dalam hamper kesemua upacara adat seperti adat meminang,

perkahwinan, kelahiran, dan kematian. Dalam budaya Melayu juga, ia penting dalam

majlis perayaan, menjadi kain penari tarian Jawa, seluar adat di keratin Jogjakarta,

wayang wong, wayang topeng, upacara keagamaan di Bali, hadiah hantaran utama di

Riau dan banyak lagi. Anak dara yang bakal mendirikan rumah tangga juga perlu

bertangas wangi tiga hari sebelum menjelang hari bahagia. Ramuan tangas wangi akan

dibalut dengan kain cindai yang dikatakan mampu membuang bau badan termasuk

ketiak.

Penganut Hindu di Indonesia pula menjadikan kain cindai sebagai selimut untuk

pesakit kerana ia boleh menyembuhkan penyakit. Ada juga yang menggunakan kain

cindai sebagai pembalut mayat kerana dipercayai mayat tidak akan reput. Bukti diatas

menunjukkan kain cindai sangat dianggap mistik oleh masyarakat dahulu. Sekarang

fungsi dan cara buatannya telah sedikit berubah dengan adanya teknologi. Kain cindai

juga telah dijadikan pelaris dan digantung kain cindai dalam ukuran kecil di dalam

kedai.