seni-3123

Upload: henrietta-ingrid

Post on 10-Mar-2016

245 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

penyuburan diri

TRANSCRIPT

PSV3123 LUKISAN DAN PENYUBURAN DIRI

INTERAKSI 3Proses Kreativiti, Artistik dan Lukisan Berbantukan Komputer

SINOPSISKursus ini merangkumi proses kreativiti dan artistik serta lukisan berbantukan komputer. Aktiviti amali meliputi aktiviti menghasilkan karya lukisan digital dan bukan digital.

HASIL PEMBELAJARAN1. Menghurai serta menerangkan lukisan yang dihasilkan berdasarkan elemen dan prinsip asas lukisan yang digunakan

2. Membuat interpretasi fungsi dan makna dalam bentuk lukisan serta mengamalkan nilai murni yang berkaitan setelah apresiasi karya lukisan3. Menghasilkan karya lukisan dengan berbantukan komputer mengikut proses kreativiti dan artistik.

1.0 KERANGKA TAJUK-TAJUK

1.4 KANDUNGAN

Proses kreativiti dan artistik

Pengumpulan maklumat - berdasarkan permasalahan / tema/ tajuk yang hendak dikaji. - berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. - membuat rujukan utama (primary). ~rujukan perpustakaan ~Iayari internet ~penerbitan buku dan bahan bercetak ~fotografi, rakaman video/audio visual - membuat rujukan tambahan (secondory). ~pemerhatian-merakam, menulis, melihat, menguji. ~temubual ~kajiselidik mengumpul semua data/dapatan maklumat berupa imej-imej visual, bahan bercetak, penulisan-penulisan berkaitan sejarah, budaya, hasil-hasil karya yang berkaitan dari pelbagai sumber. contoh : media elektronik, kajian perpustakaan, kajian lapangan,risalah, iklan, media massa,rakaman video/audio visual, layari internet dan sebagainya. Merupakan proses awal yang penting bagi medapatkan maklumat untuk menghasilkan karya yang tepat, benar, jitu, intelek, boleh dipercayai dan bermaklumat. Menyimpan dalam portfolio. Memproses maklumat Tanggapan - Membuat tanggapan adalah hasil daripada persepsi, imaginasi dan aksi spontan yang berterusan pada sesuatu subjek yang dijadikan sumber idea. menyaring maklumat, melihat,membaca, meneliti. memilih,menyusun mengikut urutan (sequence) peradaban, sejarah, tarikh, masa, tempat, suasana, kategori, kumpulan, jenis, tema,tajuk dan sebagainya. Menganalisa, merekod maklumat kajian. Menterjemah sumber maklumat.Memproses maklumatPengwujudan idea Penjanaan idea Proses pengamatan dilaksanakan selepas adanya petunjuk hasil daripada tanggapan yang dibuat. rancang gerak kerja untuk merealisasikan konsep dan idea. melalui proses perbincangan/brainstoming. menggarap idea-idea baru yang berhubungkait dengan isu-isu semasa/ sejarah/dimensi baru/ warisan budaya dan dalam konteks tertentu/ pilihan. Perkembangan idea proses mencanai idea melalui peta minda/ origram. mengolah sumber idea dari cetusan idea-idea baru untuk meneruskan langkah/proses penghasilan karya. percernaan idea iaitu satu proses kajian dibuat secara analitis. menekankan pelbagai aspek. Proses ini dibuat secara objektif dengan membuat beberapa lakaran secara terus. Lakaran idea menterjemah idea dalam bentuk lakaran visual melakar olahan idea melalui beberapa proses peluakan, penambahan, keratan rentas, pembesaran, mengecutan secara kreatif untuk mendapatkan motif/hasil karya. mengolah lakaran berdasarkan elemen-elemen asas senireka. Mengaplikasikan teknik-teknik pelukisan tertentu Lakaran ialah penghasilan garisan-garisan saranan atau garisan eksperimental bagi mencari satu imej yang dikehendaki.

Lukisan bermula dengan lakaran dan daripada lakaranlah terhasilnya lukisan dan lukisan akan berlanjutan kepada catan.

Adalah menjadi tanggungjawab guru melatih murid melakukan lakaran terlebih dahulu sebelum melukis imej yang sebenar.

Galakkan murid melakukan thumbnail (lakaran-lakaran kecil) ketika mencari idea.

Elakkan penggunaan pemadam ketika membuat lakaran. Sudah menjadi sifat kanak-kanak gemar menggunakannya ketika melakar. Guru Pendidikan Seni harus peka dengan situasi ini.

Transformasi Idea peringkat / proses berlakunya suatu lakaran hasil daripada sintisis diperingkatpengwujudan idea, penjanaan idea, perkembangan idea dan lakaran idea. lakaran-lakaran kenit (thumnail)yang diolah dijadikan motif/imej visual yang diinginkan. Kaedah konstruktif yang melihatkan proses kreatif menekankan kepada pembaikan dan membina sesuatu idea yang telah ada dan diperbaharui. mengubah darpada sifat asal kepada imej-imej/bentuk-bentuk baru. Lakaran yang menekankan aspek simbol, fungsi dan makna. peringkat implementasi dan aplikasi. peringkat ini menyaksikan hasilan sesuatu produk atau karya. Pengenalan Asas Seni Reka

Unsur seni dan Prinsip rekaan adalah elemen paling asas bagi menciptakan gubahan bagi karya seni visual.

Setiap karya mengaplikasikan unsur-unsur seni dalam proses ciptaan.

Prinsip rekaan adalah pengolahan unsur seni bagi menghasilkan karya yang dikehendaki.

Struktur rekaan sebagai panduan dan kemasan pada hasil karya.

Unsur-unsur Seni

GarisanCantuman satu siri titik-titik yang bersambung atau yang mempunyai jarak tertentu Tebal- pagar kayu papan Nipis ira kain berputus-putus beralun keratan kobis berlingkar jeriji pintu Berbulu paku-pakis berpancar daun palma

Garisan Berbulu

Garisan Berbulu

Garisan Berbulu

RupaKawasan rata yang dilingkari oleh garisan luar dan tidak mempunyai jisim Rupa geometri Rupa organik Pengolahan rupa positif dan rupa negatif

Rupa Geometri

Rupa Organik

BentukMempunyai keluasan, ketinggian, dan jisim serta lebih daripada satu permukaan Bentuk konkrit Bentuk ilusi

Bentuk Konkrit

Bentuk Ilusi

JalinanKesan yang terdapat pada permukaan sesuatu benda Jalinan sentuh Jalinan tampak

Jalinan Sentuh

Jalinan Tampak

RuangKawasan kosong di sekeliling sesuatu objek, jarak di antara dua objek, atau pun rongga yang terdapat dalam sesuatu objek Ruang nyata Ruang tampak

Ruang Nyata

Ruang Tampak

WarnaUnsur penting yang menjadikan dunia kita menarik dan berwarna-warni Warna asas warna sekunder warna tertier Nilai warna Ton warna warna kroma warna neutral

Warna Asas

Warna Skunder

Nilai Warna

Warna Harmoni

Prinsip Rekaan

HarmoniSusunan atau ulangan unsur- unsur seni mengikut cara yang tertentu

Harmoni di Alam Sekeliling

Harmoni pada Corak

KontraUnsur-unsur seni mempunyai ciri-ciri yang bertentangan antara satu sama lain

Kontra pada Benda Alam

Kontra pada Benda Buatan Manusia

PenegasanKeadaan yang memberi tumpuan dan memfokus kepada sesuatu

ImbanganKeadaan berpadanan dari segi berat, tarik, dan tumpuan perhatian

Imbangan Simetri

Imbangan Tidak Simetri

Pergerakan / IramaKeadaan yang bergetar, bergoyang, berayun, memancar, bersinar-sinar, dan sebagainya

Pergerakan pada Alam

Pergerakan pada Gambar

KepelbagaianMempunyai penggabungan pelbagai gaya, nilai, dan idea yang berbeza dalam sesuatu gubahan

Kepelbagaian Unsur Seni

Kepelbagaian Benda Alam

KesatuanMempunyai satu tema atau idea yang sama dan menyeluruh

Kesatauan pada Tumbuhan

Kesatauan Unsur Seni

Struktur Rekaan

Garisan Grid Garisan Perspektif

Garisan Grid pada Corak

Perspektif pada Lukisan Lanskap

Aplikasi Asas Seni Reka Susun Atur - Berdasarkan daripada tanggapan dan pengamatan yang mendalam berlakulah pengurusan susun atur dengan kombinasi beberapa elemen yang berhubungan untuk mencipta satu komposisi. menyusun motif/subjek (subject matter) kepada reka letak tertentu mengambilkira unsur seni ruang, prinsip rekaan imbangan, kontra, penegasan dan lain-lain. aspek komposisi dan uniti (unity). aplikasi unsur-unsur seni. ~garisan, rupa, bentuk, jalinan, warna dan ruang. aplikasi prinsip-prnsip rekaan. ~harmoni, imbangan, penegasan, kontra, kepelbagaian, kesatuan, pergerakan. Hubungan antara asas-asas seni yang diaplikasikan dalam hasil karya. Mengambilkira aspek-aspek formalistik. Memperlihatkan aplikasi asas senireka melalui aplikasi bahan, proses dan teknik penghasilan karyaBentuk Dan Makna Imejan / bentuk yang terhimpun dalam sesebuah karya. Kadang-kadang ia juga disebut subjek atau motif. Ikonografi ialah satu istilah yang terbit dan digunakan secara meluas oleh pengkritik seni untuk menjelaskan kesenian pada zaman Renaissance (abad ke-14 hingga ke-17) di Itali melalui lukisan atau arca bagi menggambarkan aktivitikeagamaan dalam kebaktian gereja Kristian Ortodoks. Juga disebut ikonologi yang membawa maksud menganalisa imej. Dasar katanya ialah mengenalpasti motif dan imej di dalam sesuatu karya, membuat interpretasi dan penyiasatan yang mendalam untuk mendapatkan makna daripada paparan motif dan simbol yang boleh dikaitkan dengan latar budaya dan sosial sesuatu masyarakat.Iconography is the study of the theme and symbols in the visual arts the figures and images that lend works their underlying meanings

(Rathus, 1992:70).

Semiotik juga boleh dikaitkan dengan ikonografi. Semiotik ialah theory of sign iaitu tanda yang mewakili makna yang lain. Peirce (1931:58) menjelaskan, A sign.is something which stands to somebody for something in some respect or capacity. It addresses somebody, that is, creates in the mind of that person an equivalent sign, or perhaps a more developed sign. That sign which it creates I call the interpretant of the first sign (dlm. DAlleva, 2005:33).

Simbol dalam sesebuah karya boleh disamakan dengan imejan atau form yang memberi petunjuk kepada pemerhati untuk menjelaskan ikon. Ia juga membawa makna yang sama dengan form and content. Ocvirk, et al , (1998:12) menjelaskan,The term form is used in various ways when referring to art objects, and content is the emotional, intellectual message and a statement of an artwork. Untuk mendapatkan makna sesebuah karya, haruslah melalui pemerhatian dan sensitiviti yang tinggi, ianya melalui sensasi dan persepsi visual iaitu dua perkara yang harus dilalui sebelum membuat sesuatu tanggapan pada sesebuah karya.

Penilaian Proses Pemantapan - proses pengukuhan di mana pelukis harus melihat kembali setiap aspek pada peringkat tanggapan, pengamatan, susun atur secara menyeluruh untuk menghasilkan satu konsep yang signifikan. satu proses pemerhatian yang terancang disebut The Critical Performance. Proses pemerhatian ini mengelaskan pemerhatian imej kepada empat tahap iaitu tahap deskripsi, tahap analisis formal, tahap interpretasi dan tahap penilaian. Hipotesis yang berjaya pada sesebuah karya ialah apabila adanya satu interpretasi yang berkesan hasil daripada indeks yang didapati daripada paparan imejan, simbol dan bentuk dalam karya tersebut. satu rumusan yang secara langsung melibatkan pengetahuan tata bahasa visual dilakukan. Tugas pemerhatian karya seni pada peringkat ini harus pada yang mempunyai authority bagi mengelakkan pemesongan fakta.Semasa membuat lukisan terdapat beberapa amalan biasa yang perlu dilakukan oleh setiap pelajar untuk menentukan setiap lukisannya diterima mengikut peraturan lukisan. Diantaranya ialah:-a) KetepatanSetiap lukisan hendaklah dibuat dengan mengikut ukuran yang tepat. Ini termasuklah ketepatan ukuran saiz dan penggunaan jenis-jenis garisan mengikut jenis pensel ataupun sepertimana yang telah ditentukan. Lukisan yang tidak mengikut ciri-ciri yang disebutkan tadi akan menghasilkan lukisan yang tidak bermutu dan berkemungkinan tidak dapat diterima.b) Teknik melukisLukisan hendaklah dilukis mengikut teknik-teknik yang telah ditetapkan termasuk teknik membina garisan, cara membentuk objek supaya lukisan kelihatan lebih jelas dan mudah difahami. Ini memandangkan kepada pelbagai jenis garisan dan simbol-simbol tertentu yang boleh digunakan bagi membantu pembikinan lukisan yang lebih baik. Suatu lukisan yang dilukis dengan tidak mengikut teknik-teknik yang betul akan menampakkan lukisan tersebut tidak bermutu, susah difahami dan mengelirukan kerana garisan-garisan nampak kabur.c) kebersihan lukisanSetiap pelukis mestilah menanamkan perasaan untuk menghargai lukisan yang dibuatnya. Dengan itu pelukis akan lebih berhati-hati semasa membuat lukisan dengan mengambil kira langkah-langkah tertentu termasuk cara pengendalian alatan lukisan untuk memastikan kekemasan pada kebersihan lukisannya. Amalan begini dapat menjadikan pelukis sebagai seorang yang berkebolehan menghasilkan kerja yang baik. Pelukis yang tidak menghargai lukisannya akan menghasilkan yang kotor dan tidak kemas. Kebersihan dan penjagaan lukisan adalah satu amalan yang baik bagi setiap pelajar.d) Masa menyiapkan lukisanMasa yang diambil untuk menyiapkan sesuatu lukisan teknik itu sebaik-baiknya dengan secepat mungkin yang boleh. Apabila pelukis memulakan lukisannya, bermakna dia memulakan latihan dalam ciri-ciri lukisan teknik yang memerlukan kemahiran-kemahiran yang tertentu.

Lukisan Berbantukan Komputer Jenis-jenis menggambar di atas selain lukisan, ilustrasi dan catan merupakan jenis yang memerlukan kemahiran teknikal untuk mengendalikannya, khususnya bidang animasi yang banyak memerlukan pengetahuan tentang perisian komputer seperti adobe photoshop, publisher, painter dan lain-lain lagi. Bidang fotografi lebih kepada penguasaan pengetahuan mengendalikan kamera untuk mengambil gambar dari sudut-sudut yang menarik yang merangkumi elemen-elemen Asas Seni Reka serta mempunyai nilai-nilai artistik.Kita kurang didedahkan tentang jenis Gambar 3D. Gambar ini seolah-olah mempunyai lapisan-lapisan atau layer yang menimbulkan effect apabila dilihat dari sudut-sudut yang berbeza. Menggambar jenis ilusi visual adalah paling mencabar. Satu gambar yang merangkumi beberapa imej atau kesan pada pandangan mata. Penghasilannya memerlukan daya kreativiti yang tinggi serta kajian yang mendalam.

Contoh karya digital

Contoh karya ilusi visual duck and rabbit

Contoh karya ilusi visual

Fokus titik hitam dan gerakkan kepala ke depan dan ke belakang.

Perhatikan lingkaran di tepinya

Lukisan seni digital merupakan sejenis bentuk seni baru yang mempergunakan teknik lukisan tradisional, seperti cat air, cat minyak, impasto, dan sebagainya untuk pelukisan digital melalui komputer, perisian, serta tablet pendigitan, dan stilus. Lukisan digital berbeza daripada seni digital yang lain serta seni komputer terjana, khususnya kerana ia tidak memerlukan paparan komputer untuk mendapat lukisan realistik daripada suatu model. Seorang artis digital hanya perlu menggunakan teknik lukisan untuk mencipta lukisan digital secara langsung dalam komputer.Perbezaan utama antara lukisan digital dan lukisan tradisional adalah prosesnya yang tidak linear. Seorang artis sering boleh menyusun lukisannya dalam bentuk lapisan yang dapat disunting secara berasingan. Keupayaan untuk menghapuskan coretan dan memberus semula juga membebaskan artis daripada proses linear. Bagaimanapun, seorang pelukis digital harus menggunakan banyak atau kesemua teknik dan kajian pelukis tradisional.

Fall Sundance (1879 II) by Averys ArtArtis digital mempunyai banyak alat yang tidak boleh didapati oleh pelukis tradisional. Sesetengah daripada ini termasuk: palet maya yang mengandungi berjuta-juta warna;

kanvas atau media hampir semua saiz;

keupayaan mengembalikan kesilapan yang telah dibuat;

pemadaman; dan

pelbagai alat kesan 2D dan 3D.Tablet grafik membenarkan artis membuat gerakan tangan yang amat tepat seolah-olah pen yang benar pada permukaan lukisan.Lukisan digital berkembang maju khususnya dalam seni pengeluaran, dan banyaknya telah digunakan dalam reka bentuk konsepsi untuk filem, televisyen, dan permainan video. Terdapat juga pelbagai jenis lukisan digital, termasuk impresionisme, realisme, dan cat air.Perisian pelukisan digital seperti Corel Painter, Studio Artist, Adobe Photoshop, Jasc Paint Shop Pro, ArtRage, dan Open Canvas memberikan artis-artis digital suatu persekitaran yang sama dengan pelukis fizikal: kanvas, alat-alat lukisan, palet untuk mencampurkan warna, dan pilihan warna yang banyak

Karya Digital Upin dan IpinLatihan 1

Pelajar Melaksanakan beberapa proses kreativiti dan artistik dengan menggunakan pelbagai pendekatan dan kaedah menghasilkan lukisan.

Latihan 2

Pelajar Menghasilkan Karya Visual Digital melalui perisian komputer yang sesuai.Latihan 3

Pelajar Membuat tafsiran dan apresiasi lakaran dan transformasi idea.

Lukisan

Lukisan Berbantukan Komputer

Proses kreativiti dan artistik

26