senarai tugas hem sksu

12
SENARAI TUGAS PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID Mukadimah Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid bertanggungjawab kepada Guru Besar untuk mencapai Dasar Pendidikan Kebangsaan. Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid bertanggungjawab mempertingkatkan disiplin kebajikan murid, dan penerapan nilai-nilai murni. 1. Bidang Tugas 1.1 Menjalankan tugas-tugas Guru Besar semasa ketiadaan Guru Besar dan Guru Penolong Kanan I 1.2 Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar 1.3 Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam pengurusan dan pentadbiran Hal- Ehwal Murid. 1.4 Membantu Guru Besar dalam pentadbiran sesi petang bagi sekolah-sekolah yang mempunyai sesi petang. 1.5 Membantu Guru Besar menyelia dan menilai aktiviti hal-ehwal murid. 1.6 Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah. 2. Senarai Tugas 2.1 Disiplin a. Menentukan penerapan amalan-amalan dan nilai-nilai yang murni. b. Memastikan undang-undang dan peraturan-peraturan sekolah dikuatkuasakan. c. Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes murid yang melanggar peraturan- peraturan tatatertib dan salahlaku. d. Menyelaras dan menyediakan rekod disiplin dan laporan murid. e. Guru Penasihat Lembaga Pengawas Sekolah.

Upload: mattkie20038583

Post on 19-Nov-2015

227 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

school

TRANSCRIPT

SENARAI TUGASPENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID

Mukadimah

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid bertanggungjawab kepada Guru Besar untuk mencapai Dasar Pendidikan Kebangsaan. Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid bertanggungjawab mempertingkatkan disiplin kebajikan murid, dan penerapan nilai-nilai murni.

1. Bidang Tugas1.1 Menjalankan tugas-tugas Guru Besar semasa ketiadaan Guru Besar dan Guru Penolong Kanan I1.2 Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar1.3 Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam pengurusan dan pentadbiran Hal- Ehwal Murid.1.4 Membantu Guru Besar dalam pentadbiran sesi petang bagi sekolah-sekolah yang mempunyai sesi petang.1.5 Membantu Guru Besar menyelia dan menilai aktiviti hal-ehwal murid.1.6 Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.

2. Senarai Tugas

2.1Disiplina. Menentukan penerapan amalan-amalan dan nilai-nilai yang murni.b. Memastikan undang-undang dan peraturan-peraturan sekolah dikuatkuasakan.c. Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes murid yang melanggar peraturan- peraturan tatatertib dan salahlaku.d. Menyelaras dan menyediakan rekod disiplin dan laporan murid.e. Guru Penasihat Lembaga Pengawas Sekolah.

2.2Bimbingan dan Kaunselinga. Merancang dan menyelaras pelaksanaan program bimbingan dan kaunseling.b. Menyelaras dan menyediakan rekod bimbingan dan keunseling murid dan menyediakan laporan yang diperlukan.c. Merancang dan melaksanakan program kebajikan dan orientasi bagi murid-murid baru.

2.3 Kesihatan dan Kebajikan Murida. Menguruskan kemudahan rawatan murid.b. Memastikan program-program kesihatan murid dijalankan dengan sempurna seperti menguruskan Kad 001/002, PKS 1/PKS 2 dan Kad Tenaga Asas.c. Menyelaras penyeliaan yang berkaitan dengan kantin sekolah.d. Menyelaras segala aktiviti kesihatan dan kebersihan murid.e. Melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan Rancangan Amalan Makanan dan Pemakanan, Projek Susu dan lain-lain rancangan bantuan dan kebajikan murid.f. Memastikan langkah-langkah keselamatan semasa berada di sekolah sentiasa dilaksanakan.

2.4Skim Pinjaman Buku Teksa. Menyelaras hal-hal pengeluaran, pengambilan, pengagihan dan hapuskira.b. Menguruskan kutipan-kutipan data, mengawal buku-buku stok dan mengawal bilik Buku SPBT.c. Menyediakan anggaran belanjawan mengurus skim pinjaman buku teks.

3.Pentadbiran3.1 Mengurus dan mengemaskini Rekod Pendaftaran Murid3.2 Menyemak Buku Kedatangan Harian Murid3.3 Mengurus kemasukan dan penempatan murid.3.4 Mengurus pertukaran murid.3.5 Mengurus surat akaun, sijil-sijil murid, surat-surat pengesahan dan pengedaran sijil-sijil berhenti sekolah.3.6 Menyemak buku/kad kemajuan murid dan jadual markah.3.7 Membantu menyediakan anggaran belanjawan sekolah.

4.Pengawasan Asrama (Jika ada)4.1 Menentukan sistem kemasukan dan penempatan pelajar ke asrama.4.2 Membantu di dalam pemilihan dan penyeliaan warden-warden asrama.4.3 Menyelaras hal-hal pembelajaran dan menentukan langkah-langkah keselamatan asrama.4.4 menyelaras penyeliaan kebersihan dan mewujudkan keceriaan asrama.4.5 Menyelaras penyeliaan hal makanan dan dapur.4.6 Menyelaras pengawasan hal-hal kesihatan penghuni asrama.4.7 Membantu dalam urusan sebutharga/tender makanan asrama sekolah.4.8 Memastikan bahawa kemudahan dan penyertaan penghuni asrama dalam aktiviti riadahdan kokurikulum diadakan.4.9 Menyelaras segala jenis pungutan wang dan pembayaran yang berkaitan dengan asrama.4.10 Penasihat Lembaga Pengawas Asrama.

5. Tugas-tugas Lain5.1 Menganggotai jawatankuasa-jawatankuasa yang diluluskan oleh Guru Besar dari masa ke semasa.5.2 Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan lain yang diberikan oleh Guru Besar dari masa ke semasa.

SENARAI TUGAS JAWATANKUASA UNIT HAL EHWAL MURIDSK SELAYANG UTAMA

JAWATANKUASA INDUK PENGURUSAN HAL EHWAL MURID

1.Mengenalpasti potensi murid dan memupuknya hingga ke tahap cemerlang.2.Memberikan khidmat bantuan kepada murid yang bermasalah.3.Mengurus hal-hal berkaitan kebajikan murid.4.Mengelolakan program latihan kepemimpinan dan organisasi pelajar.5.Mengendalikan program orientasi murid.6.Mengatur dan mengelola aktiviti untuk mencapai kecemerlangan murid dan sekolah. Menyediakan Pelan Strategik dan Pelan Taktikal ke arah pelaksanaan yang berkesan.7.Mengurus perkembangan disiplin dan sahsiah murid yang cemerlang.8.Mengurus segala mesyuarat, mengemaskini sistem fail dan menyedia laporan dari semasa ke semasa dengan cekap dan sistematik.9.Menyertai sebarang pertandingan luar yang boleh meningkatkan prestasi dan pencapaian sekolah selaras dengan konsep kemenjadian murid dan kecemerlangan sekolah.

JAWATANKUASA BIMBINGAN KAUNSELING & MOTIVASI

1.Menasihati / membimbing murid yang bermasalah.2.Merekod murid yang bermasalah.3.Mempamerkan carta unit bimbingan dan kaunseling4.Membuat laporan murid bermasalah untuk tindakan susulan.5.Merancang dan melaksana program motivasi dan ceramah khas dari luar dan peringkat sekolah.6. Merancang, mengurus dan melaksana Program Guru Penyayang7. Mengurus dan melaksana Program Pencegahan Dadah dan Jenayah.8. Menyedia dan mengemaskini fail dan bilik kaunseling yang lengkap dan sesuai. memaksimumkan penggunaannya.9. Mengambil tindakan segera dan proaktif bagi mengatasi semua masalah yang dapat dikesan.10. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali setahun dan menyediakan minit mesyuarat berkenaan.11.Melaksanakan arahan Guru Besar/ PK HEM dari semasa ke semasa

JAWATANKUASA DISIPLIN & PENGAWAS SEKOLAH

1.Mengadakan mesyuarat dan minit mesyuarat berkenaan2.Meningkatkanmutu disiplin di kalangan murid dengan menguatkuasakan peraturan sekolah.3.Merancang dan melaksanakan program / aktiviti yang bertujuan meningkatkan tahap disiplin murid.4.Merancang dan melaksanakan program dalam meningkatkan kesedaran dan penghayatan disiplin murid.5.Menyelesaikan masalah ketidakakuran disiplin yang tidak dapat diselesaikan oleh pengawas.6.Mengurus kawalan disiplin dalam semua majlis sekolah.7.Mewujudkan sistem rekod disiplin dan sistem pemantauan yang berkesan.8.Menerima laporan pengawas dan seterusnya mengambil tindakan yang sewajarnya.9.Menentukan bahawa tindakan diambil terhadap murid-murid yang melanggar peraturan sekolah. Jika perlu kes-kes tertentu mestilah dibawa kepada tindakan kaunselor, PK HEM atau terus kepada Guru Besar.10.Mengurus surat mesyuarat yang bersangkutan dengan tugas-tugas di atas termasuk memaklumkan kepada penjaga tentang tindakan disiplin yang dikenakan terhadap anak mereka.11.Menjalankan rondaan (dengan bantuan guru bertugas harian) untuk mengesan murid yang ponteng dan melanggar disiplin sekolah.12.Mencatat semua kes disiplin yang telah diambil tindakan dalam borang disiplin / buku kaporan disiplin.13.Menyediakan dan membekalkan data serta maklumat disiplin kepada kementerian pelajaran/jabatan pelajaran/ PPD. (SSDM)14.Merancang program dan kerja-kerja pengawas dan ketua kelas sepanjang tahun.15.Mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan pengawas dan ketua kelas dari semasa ke semasa.16.Mengawasi kewibawaan pengawas-pengawas pada pandangan murid-murid termasuk prestasi akademik mereka.17.Merancang dan menguruskan temuduga pemilihan pengawas akhir tahun dan majlis perlantikan pengawas & ketua kelas pada awal tahun.18.Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali setahun dan menyediakan minit mesyuarat berkenaan. Menyediakan laporan Tahunan19.Melaksanakan arahan Guru Besar/ PK HEM dari semasa ke semasa

JAWATANKUASAKEBERSIHAN & KECERIAAN

1.Bertanggungjawab merancang pelan tindakan pengurusan kebersihan sekolah.2.Mewujudkan polisi kebersihan dan kepimpinan yang berkaitan dengan kebersihan murid.3.Melaksanakan pemeriksaan, pemantauan serta penilaian kebersihan murid dan sekolah secara berkala.4.Meningkatkan kerjasama dengan agensi-agensi yang berkaitan/komuniti program kebersihan dan keceriaan.5.Merancang, melaksana dan memantau program/ aktiviti untuk mengekal dan meningkatkan tahap persekitaran sekolah yang bersih dan ceria.6.Membina satu persekitaran sosial sekolah yang menggalakkan amalan cara hidup bersih dan sihat.7.Menyedia dan membuat laporan berkala.8.Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali setahun dan menyediakan minit mesyuarat berkenaan.9.Melaksanakan arahan Guru Besar/ PK HEM dari semasa ke semasa

JAWATANKUASA KESELAMATAN & KECEMASAN

1.Bertanggungjawab merancang pelan tindakan pengurusan keselamatan sekolah.2.Melaksanakan pemantauan, penilaian dan pemeriksaan keselamatan murid dan sekolah.3.Mewujudkan pasukan bertindak menghadapi sebarang krisis/ bencana.4.Memastikan syarat-syarat perjanjian dan bidang tugas berkaitan keselamatan sekolah dipatuhi oleh syarikat kawalan keselamatan sekolah.5.Menentukan semua polisi, manual dan tatacara keselamatan mengikut piawaian yang ditentukan oleh badan-badan profesional yang berkaitan dengan keselamatan.6.Menyediakan pelan kebakaran sekolah di sudut tertentu dan kelas.7.Membuat latihan kebakaran sekurang-kurangnya 2 kali setahun.8.Mengadakan ceramah/taklimat/pameran/demotrasi dengan kerjasama agensi yang berkaitan.9.Menyediakan laporan secara berkala.10.Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali setahun dan menyediakan minit mesyuarat berkenaan.11.Melaksanakan arahan Guru Besar/ PK HEM dari semasa ke semasa

JAWATANKUASA KESIHATAN & RAWATAN

1.Bertanggungjawab merancang pelan tindakan program pembangunan kesihatan murid.2.Melaksanakan dasar kesihatan yang berkaitan dengan pengurusan kesihatan murid di sekolah.3.Membuat pemantauan pelaksanaan pendidikan kesihatan murid dan program kesihatan sekolah.4.Menyediakan pelan kontingensi kebersihan untuk menengani kes-kes seperti jerebu, keracunan makanan, jangkitan kudis buta dan lain-lain.5.Mewujudkan pasukan petugas khas menghadapi krisis jika perlu.6.Meningkatkan kerjasama dengan agensi-agensi yang berkaitan program kesihatan.7.Menyedia dan membuat laporan berkala.8.Mengurus dan memastikan peti ubat disediakan dan lengkap.9.Mengumpul dan mengurus kad kesihatan dengan kerjasama guru kelas.10.Bertanggungjawab mengurus pemeriksaan kesihatan / gigi oleh Jabatan Kesihatan.11.Merancang dan melaksanakan program kesihatan seperti ceramah, pameran, derma darah dan lain-lain yang sesuai.12.Mengurus murid-murid yang memerlukan rawatan di hospital.13.Menyediakan laporan bulanan dan tahunan analisis kesihatan murid..14.Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali setahun dan menyediakan minit mesyuarat berkenaan.15.Melaksanakan arahan Guru Besar/ PK HEM dari semasa ke semasa

JAWATANKUASA KANTIN

1.Memastikan kebersihan kantin sentiasa terjaga dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.2.Memastikan pihak kantin sentiasa mematuhi garis panduan pengendalian kantin.3.Memantau kebersihan, kepelbagaian menu dan mutu masakan.4.Memastikan perkhidmatan kantin mesra, cekap dan memuaskan pelanggan.5.Mengambil tindakan segera dan proaktif bagi mengatasi semua kelemahan yang dapat dikesan.6.Menyediakan laporan harian dan bulanan ke pihak terbabit/PK HEM.7.Menceriakan kantin dengan lebih konduksif.8.Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali setahun dan menyediakan minit mesyuarat berkenaan.9.Melaksanakan arahan Guru Besar/ PK HEM dari semasa ke semasa

JAWATANKUASA RMT/ PROGRAM SUSU SEKOLAH

1. Pemilihan murid yang layak menerima RMT dan Program Susu Sekolah2. Pemilihan pembekal makanan.3. Penyeliaan dan pelaksanaan program RMT dan Susu Sekolah4. Pastikan kebersihan dan keselamatan semasa makan.5. Mengemaskinikan rekod dan penyediaan laporan.6. Membanci murid yang patut menerima susu percuma.7. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali setahun dan menyediakan minit mesyuarat berkenaan.8. Melaksanakan arahan Guru Besar/ PK HEM dari semasa ke semasa

JAWATANKUASA SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)

1.Mengurus fail dan bilik SBPTsentiasa dikemaskini dan teratur.2.Mengedar dan memungut semula borang-borang SPBT3.Memesan buku buku teks4.Menerima buku-buku daripada pembekal, menyemak dan merekod ke dalam buku stok.5.Memproses buku-buku yang diterima.6.Memberi pinjaman buku-buku teks kepada murid.7.Memungut kembali buku-buku teks daripada murid.8.Melakukan aktiviti pemeriksaan buku-buku teks dari semasa ke semasa.9.Memilih dan melantik Pengawas SPBT/Bilik BOSS.10.Melapor sebarang keperluan buku teks.11.Mengurus pelupusan buku teks.12.Mengemaskini maklumat dan menyedia laporan ke pihak berkenaan.13.Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali setahun dan menyediakan minit mesyuarat berkenaan.14.Melaksanakan arahan Guru Besar/ PK HEM dari semasa ke semasa

JAWATANKUASA PERABOT/INVENTORI

1.Menerima dan merekod senarai peralatan dan perabot dalam buku stok/inventori.2.Melabel nombor siri semua peralatan dan perabot.3.Menyediakan borang dan mengedar kepada guru kelas senarai inventori di dalam kelas.4.Memantau dan melapor sebarang kerosakan peralatan atau perabot kepada pihak pentadbir.5.Membantu menguruskan pelupusan perabot.6.Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali setahun dan menyediakan minit mesyuarat berkenaan.7.Melaksanakan arahan Guru Besar/ PK HEM dari semasa ke semasa

JAWATANKUASA DATA MURID

1.Mengurus kemasukan murid baharu. 2.Mendaftarkan murid baharu ke dalam buku daftar masuk dan buku rekod keluar sekolah. 3.Menentukan penerimaan kad kemajuan dan kad 001 dari sekolah terdahulu. 4. Menentukan kad kemajuan dan kad 001 murid yang bertukar dari sekolah ini dihantar ke pejabat sekolah 5.Memastikan penerimaan kelulusan bagi pelajar yang memohon bertukar dari sekolah ini. 6. Mengemaskini dan menyediakan maklumat /data terkini setiap hujung bulan (sebelum 5hb). 7.Memaklumkan kepada PK HEM sebarang perubahan data/maklumat murid. 8.Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali setahun dan menyediakan minit mesyuarat berkenaan. 9.Melaksanakan arahan Guru Besar/ PK HEM dari semasa ke semasa.

JAWATANKUASA KEBAJIKAN & BANTUAN

1. Memantau perancangan, pelaksanaan dan pelaporan semua unit bantuan dan kebajikan murid.2. Membentuk tabung kebajikan murid dan Tabung kilat/kecemasan.3. Menguruskan hal ehwal derma dari luar.4. Mengenalpasti murid yang memerlukan bantuan dan menguruskan kebajikan mereka.5. Mengenalpasti dan mengurus murid-murid yang layak mendapat bantuan biasiswa, KWAMP, derma dan bantuan peralatan / pakaian.Menyimpan rekod dan menganalisis prestasi akademik / sahsiah mereka untuk tujuan rujukan dan penyambungan bantuan.6. Memastikan semua murid mempunyai pelan perlindungan insuran takaful.7. Mengenalpasti murid yatim dan susah (miskin).8. Mengadakan mesyuarat dan menyediakan minit yang berkenaan.9.Melaksanakan arahan Guru Besar/ PK HEM dari semasa ke semasa.

JAWATANKUASA LAWATAN & PENANDA ARAS

1.Merancang, menyedia dan mengurus dokumen dan tatacara lawatan mengikut prosedur KPM/JPN/PPD2.Mengurus surat dan kebenaran dengan pihak yang terlibat (pengangkutan, penginapandan tempat)3.Mengurus dan menyiapkan semua dokumen peserta yang terlibat termasuk surat kebenaran ibu bapa .4.Menyediakan tentatif lawatan dan memberikan taklimat kepada semua peserta.5.Memastikan keselamatan peserta sepanjang program/aktiviti/lawatan.6.Menyediakan laporan.7.Mengadakan mesyuarat dan menyediakan minit yang berkenaan8. Melaksanakan arahan Guru Besar/ PK HEM dari semasa ke semasa

JAWATANKUASA SAMBUTAN & PERAYAAN

1.Merancang dan berbincang bersama Pentadbir program dan aktiviti.2.Menyelaras pelaksanaan program/aktiviti yang dirancang.3.Mengadakan mesyuarat dan taklimat untuk semua guru/jawatankuasa4.Menyediakan laporan program/aktiviti.5.Mengadakan mesyuarat dan menyediakan minit yang berkenaan6. Melaksanakan arahan Guru Besar/ Penolong Kanan dari semasa ke semasa.

Unit Hal Ehwal MuridSK Selayang Utama