senarai pemberitahuan produk rujukan kami … tujuan yang berkaitan dengan perdagangan, ......

2
SENARAI PEMBERITAHUAN PRODUK INSURANS “ALL RISK” PEMBINAAN (Sila baca Senarai Pemberitahuan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk mendapatkan Insurans Semua Risiko Pembinaan. Pastikan juga anda membaca terma dan syarat-syarat am yang terdapat di dalam polisi). Rujukan Kami : 01/04/2015 Nama Penawar Khidmat Insurans : Uni.Asia General Insurance Bhd. Nama Produk : Insurans Semua Risiko Pembinaan Tarikh : Kontrak Insurans Komersial Menurut Perenggan 4(1) Jadual 9 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, jika anda memohon insurans ini untuk tujuan yang berkaitan dengan perdagangan, perniagaan atau profesion anda, anda berkewajipan untuk mendedahkan apa-apa perkara yang anda tahu akan mempengaruhi keputusan kami dalam menerima risiko dan menentukan kadar dan terma yang dikenakan dan apa-apa perkara yang munasabah yang boleh dijangka, jika tidak ia boleh menyebabkan pembatalan kontrak insurans, keengganan atau pengurangan ganti rugi, perubahan terma atau penamatan kontrak insurans anda. Kewajipan pendedahan diatas hendaklah diteruskan sehingga kontrak insurans anda dimeterai, diubah atau diperbaharui dengan kami. Anda juga mempunyai kewajipan untuk memberitahu kami dengan serta-merta jika pada bila-bila masa selepas kontrak insurans anda ditandatangani, diubah atau diperbaharui dengan kami (atau semasa permohonan insurans ini), apa-apa maklumat yang dinyatakan dalam Borang Cadangan tidak tepat atau sudah berubah. 1. Apakah produk ini? Insurans Semua Risiko Pembinaan diperkenalkan untuk memberi perlindungan ke atas projek- projek kejuruteraan yang melibatkan pembinaan, pemasangan, ujian dan pentauliahan kelengkapan elektrik atau peralatan mekanikal. 2. Apakah perlindungan / manfaat yang ditawarkan? Insurans Semua Risiko Pmbinaan menawarkan perlindungan terhadap: - Mesin, loji dan kelengkapan yang diperlukan untuk pembinaan. - Harta benda yang berada di tempat kerja, kepunyaan pihak yang diinsuranskan atau diamanahkan kepada pihak yang diinsuranskan, jagaan atau di bawah kawalan orang yang diinsuranskan. - Perbelanjaan yang ditanggung untuk kerja pembersihan sisa pembinaan yang wujud akibat daripada kerugian. - Perbelanjaan tambahan, yang ditanggung lebih masa, dan juga untuk penghantaran ekspres. - Liabiliti undang-undang yang wujud akibat kerosakan pada hartabenda atau kecederaan badan yang dialami oleh pihak ketiga dan terjadi berkaitan dengan kerja-kerja pembinaan atau berdekatan dengan kawasan pembinaan. Polisi ini memberi perlindungan untuk tempoh kerja pembinaan termasuk ujian / pentauliahan dan boleh dilanjutkan untuk perlindungan ketika tempoh penyelenggaraan. Lanjutan ke atas tempoh projek boleh diberikan jika perlu. 3. Berapakah jumlah premium yang perlu dibayar? Jumlah premium yang dikenakan bergantung kepada pelbagai faktor, termasuk jumlah yang ingin diinsuranskan, skop perlindungan serta lain-lain. 4. Apakah yuran dan caj-caj yang perlu dibayar? Yuran dan caj-caj yang perlu dibayar ialah: Jenis Jumlah Komisen berbayar kepada perantara 15 peratus daripada premium Duti Setem RM10.00 Cukai Barangan dan Perkhidmatan 6 peratus daripada premium

Upload: vothuan

Post on 07-May-2018

242 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

SENARAI PEMBERITAHUAN PRODUK –

INSURANS “ALL RISK” PEMBINAAN

(Sila baca Senarai Pemberitahuan Produk ini

sebelum anda membuat keputusan untuk

mendapatkan Insurans Semua Risiko

Pembinaan. Pastikan juga anda membaca

terma dan syarat-syarat am yang terdapat di

dalam polisi).

Rujukan Kami : 01/04/2015

Nama Penawar Khidmat Insurans : Uni.Asia General Insurance Bhd.

Nama Produk : Insurans Semua Risiko Pembinaan

Tarikh :

Kontrak Insurans Komersial

Menurut Perenggan 4(1) Jadual 9 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, jika anda memohon insurans ini

untuk tujuan yang berkaitan dengan perdagangan, perniagaan atau profesion anda, anda berkewajipan

untuk mendedahkan apa-apa perkara yang anda tahu akan mempengaruhi keputusan kami dalam menerima

risiko dan menentukan kadar dan terma yang dikenakan dan apa-apa perkara yang munasabah yang boleh

dijangka, jika tidak ia boleh menyebabkan pembatalan kontrak insurans, keengganan atau pengurangan ganti

rugi, perubahan terma atau penamatan kontrak insurans anda.

Kewajipan pendedahan diatas hendaklah diteruskan sehingga kontrak insurans anda dimeterai, diubah atau

diperbaharui dengan kami.

Anda juga mempunyai kewajipan untuk memberitahu kami dengan serta-merta jika pada bila-bila masa

selepas kontrak insurans anda ditandatangani, diubah atau diperbaharui dengan kami (atau semasa

permohonan insurans ini), apa-apa maklumat yang dinyatakan dalam Borang Cadangan tidak tepat atau

sudah berubah.

1. Apakah produk ini?

Insurans Semua Risiko Pembinaan diperkenalkan untuk memberi perlindungan ke atas projek-

projek kejuruteraan yang melibatkan pembinaan, pemasangan, ujian dan pentauliahan

kelengkapan elektrik atau peralatan mekanikal.

2. Apakah perlindungan / manfaat yang ditawarkan?

Insurans Semua Risiko Pmbinaan menawarkan perlindungan terhadap:

- Mesin, loji dan kelengkapan yang diperlukan untuk pembinaan.

- Harta benda yang berada di tempat kerja, kepunyaan pihak yang diinsuranskan atau

diamanahkan kepada pihak yang diinsuranskan, jagaan atau di bawah kawalan orang yang

diinsuranskan. - Perbelanjaan yang ditanggung untuk kerja pembersihan sisa pembinaan yang wujud akibat

daripada kerugian.

- Perbelanjaan tambahan, yang ditanggung lebih masa, dan juga untuk penghantaran ekspres.

- Liabiliti undang-undang yang wujud akibat kerosakan pada hartabenda atau kecederaan

badan yang dialami oleh pihak ketiga dan terjadi berkaitan dengan kerja-kerja pembinaan

atau berdekatan dengan kawasan pembinaan.

Polisi ini memberi perlindungan untuk tempoh kerja pembinaan termasuk ujian / pentauliahan dan

boleh dilanjutkan untuk perlindungan ketika tempoh penyelenggaraan.

Lanjutan ke atas tempoh projek boleh diberikan jika perlu.

3. Berapakah jumlah premium yang perlu dibayar?

Jumlah premium yang dikenakan bergantung kepada pelbagai faktor, termasuk jumlah yang ingin

diinsuranskan, skop perlindungan serta lain-lain.

4. Apakah yuran dan caj-caj yang perlu dibayar?

Yuran dan caj-caj yang perlu dibayar ialah:

Jenis Jumlah

Komisen berbayar kepada perantara 15 peratus daripada premium

Duti Setem RM10.00

Cukai Barangan dan Perkhidmatan 6 peratus daripada premium

5. Apakah sebahagian terma dan syarat-syarat utama yang perlu diberi perhatian?

Sebahagian terma dan syarat-syarat utama yang perlu diberi perhatian ialah:

Jika berlaku tuntutan, anda perlu,

a) memberi notis dengan telefon atau faks dan juga secara bertulis dengan segera, dan

menyatakan sebab dan tahap kerugian atau kerosakan.

b) mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan tahap kerugian atau kerosakan.

c) mengekalkan bahagian yang terjejas untuk di periksa oleh pihak kami atau juruukur.

d) memberikan semua maklumat dan dokumen yang diperlukan sebagai bukti.

e) Memaklumkan kepada pihak polis jika berlaku kerugian atau kerosakan akibat daripada

kecurian atau rompakan.

6. Apakah pengecualian utama bagi polisi ini?

a) Kerugian atau kerosakan disebabkan oleh rekaan yang tidak betul, acuan atau bahan-bahan

yang rosak, dan/atau hasil kerja yang teruk.

b) Kerugian atau kerosakan pada mesin dan kelengkapan pembinaan disebabkan oleh

kerosakan atau kegagalan mekanikal dan/atau elektrik.

c) Kerugian atau kerosakan disebabkan oleh kecuaian yang disengajakan.

d) Kerugian turutan yang berulang atau apa-apa tuntutan berkaitan dengan denda, kerugian

disebabkan kelewatan, kualiti kerja yang kurang memuaskan, kehilangan kontrak.

e) Kerugian atau kerosakan disebabkan oleh peperangan dan operasi berbentuk peperangan.

(Nota : Senarai ini adalah tidak lengkap. Sila rujuk pada polisi untuk senarai penuh pengecualian

bagi polisi ini.)

7. Bolehkah saya membatalkan polisi saya dan bagaimanakah caranya?

Anda boleh membatalkan polisi anda pada bila-bila masa dengan memberi notis 14 hari secara

bertulis kepada syarikat kami. Setelah pembatalan dilakukan, anda layak menerima bayaran balik

premium berdasarkan kepada tempoh insurans yang belum luput. Walau bagaimanapun,

sebarang bayaran premium minimum yang dibayar bagi polisi tersebut tidak akan dibayar balik.

8. Apakah yang perlu dilakukan jika terdapat perubahan pada maklumat surat-menyurat

saya?

Adalah penting anda memberitahu syarikat kami sekiranya terdapat perubahan pada maklumat

peribadi anda. Ini untuk memastikan semua surat-menyurat dapat dihantar pada masa yang

ditetapkan.

9. Dimanakah saya boleh dapatkan maklumat lanjut?

Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut, sila layari laman web kami di

www.uniasiageneral.com.my atau rujuk kepada pejabat cawangan kami atau

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di:

Uni.Asia General Insurance Berhad

Tingkat 9, Menara Uni.Asia,

1008, Jalan Sultan Ismail,

50250 Kuala Lumpur.

Talian Bebas-Tol : 1-800-888-990

Tel : 03-2619 9000

Faks : 03-2693 0111

www.uniasiageneral.com.my

NOTA PENTING:

ANDA PERLU MEMASTIKAN BAHAWA HARTANAH ANDA TELAH DIINSURANSKAN DENGAN

JUMLAH YANG BERPATUTAN. ANDA DINASIHATKAN MEMBACA DAN MEMAHAMI POLISI

INSURANS SERTA BERBINCANG DENGAN AGEN ATAU HUBUNGI SYARIKAT INSURANS

SECARA TERUS UNTUK MAKLUMAT LANJUT.

Maklumat yang terdapat dalam senarai pemberitahuan ini adalah sah bermula pada April, 2015.