senarai berguna
DESCRIPTION
shareTRANSCRIPT
PANDUAN TUGAS
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
1. KURIKULUM1.1 Menyedia dan menyusun jadual waktu kelas, jadual waktu guru serta
jadual waktu ganti1.2 Memastikan perjalanan panitia mata pelajaran1.3 Bimbingan dan latihan kepada guru-guru baru1.4 Kajian laporan kurikulum1.5 Perancangan dan penyelarasan berkaitan dengan ujian / pentaksiran1.6 Menyelaras program kurikulum anjuran sekolah / PPD / JPN
2. PENGURUSAN2.1 Membantu dalam penentuan tugas guru2.2 Membantu menyelenggara dan penyelaras kutipan data / maklumat dan
perangkaan2.3 Membantu merancang takwim sekolah2.4 Menjalankan tugas juruaudit dalaman Akaun KWK2.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengurusan sekolah
dari semasa ke semasa
PENOLONG KANAN HAL EHWAH MURID
1. Menguruskan pertukaran pelajar ke sekolah-sekolah lain dengan mengisi dokumen dan borang-borang yang tertentu
2. Menentukan bahawa penerapan amalan-amalan dan nilai murni di peringkat sekolah dilaksanakan dengan sempurna
3. Memastikan segala peraturan dan undang-undang sekolah dikuat kuasakan oleh guru, kakitangan dan para pelajar
4. Bertindak sebagai guru penasihat Lembaga Pengawas Sekolah dan bertanggungjawab terhadap perlantikan pengawas.
5. Menyelaraskan segala perancangan berkaitan dengan kesihatan dan kebersihan di kalangan pelajar
6. Menguruskan segala bantuan kewangan pelajar yang layak menerimanya7. Menyelaraskan hal-hal yang bersabit dengan pengeluaran, pengambilan,
pengagihan dan hapuskira buku-buku teks di sekolahnya8. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengurusan sekolah
dari semasa ke semasa
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
1. Menyelaras proses penubuhan kelab dan persatuan/Sukan dan permainan serta unit pakaian seragam.
24
2. Menyusun, menyelaras dan memantau takwim kegiatan kokurikulum.3. Menyediakan anggaran perbelanjaan pengurusan kokurikulum.4. Menentukan langkah-langkah keselamatan dalam kokurikulum yang
diambil.5. Membantu sekolah dalam segala jenis pengelolaan atau penganjuran
dalam program yang melibatkan kokurikulum.6. Menyelaras Hari-Hari Perayaan dan Upacara Sekolah.7. Menyelaras pengagihan murid mengikut aktiviti dalam kegiatan
kokurikulum untuk meningkatkan tahap pencapaian.8. Mengurus alatan dan kemudahan untuk kegiatan kokurikulum.9. Memastikan rekod dan data kokurikulum dilengkapi.10. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari
semasa kesemasa.
GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA
1. Merancang dan mengurus belanjawan tahunan pusat sumber sekolah.2. Merancang pemerolehan dan pembinaan koleksi yang komprehensif,
Seimbang dan kemaskini.3. Merancang dan mengurus program pembacaan (Program NILAM) dan pembudayaan ilmu4. Menyelia dan mengurus bahan-bahan Pusat Sumber Sekolah.5. Membuat penarafan Pusat Sumber Sekolah melalui aplikasi IQPSS.6. Membuat penilaian pembudayaan ICT melalui aplikasi SSQS.7. Menghantar data dan laporan pelaksanaan Program NILAM melalui aplikasi i-NILAM.8. Menentukan segala hal yang berkaitan dengan kemudahan fizikal dan aktiviti tertentu seperti pameran dan sebagainya.9. Menentukan peraturan-peraturan Pusat Sumber Sekolah.10. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengurusan sekolah dari semasa ke semasa
GURU DATA DAN MAKLUMAT
1. Bertanggungjawab bagi pengurusan data EMIS2. Membantu guru dan staf sokongan dalam penyelarasan data dan
maklumat pendidikan seperti HRMIS, Sistem Maklumat Murid (SMM), Sistem Salah Laku Disiplin Murid (SSDM).
25
3. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengurusan sekolah dari semasa ke semasa
PENYELARAS ICT
1. Memastikan alat-alat ICT termasuk perisian sentiasa dalam keadaan baik2. Membuat aduan kerosakan alat-alat ICT melalui aplikasi STS.3. merancang dan menjalankan program-program yang bersesuaian untuk
meningkatkan penggunaan secara berkesan4. mengadakan peratuaran dan cara-cara penggunaan peralatan ICT5. menguruskan penggunaan pealatan ICT6. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengurusan sekolah
dari semasa ke semasa
GURU DISIPLIN
1. Mengawasi disiplin dan akhlak para pelajar di sekolah sepanjang hari persekolahan.
2. Menerima laporan daripada para pengawas dan mengambil segala langkah dan tindakan yang sesuai
3. Menentukan segala peraturan dan undang-undang sekolah sentiasa dipatuhi oleh para pelajar sekolah
4. Mempamerkan peraturan dan undang-undang sekolah di papan-papan kenyataan dan di dalam bilik darjah
5. Merekodkan segala kesalahan, hukuman dan denda yang dijatuhkan kepada pelajar di sekolahnya.
6. Menguruskan pertandingan kebersihan bilik darjah.7. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengurusan sekolah dari semasa ke semasa.
GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING
1. Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti Perkhidmatan di sekolah
2. Mengenalpasti keperluan Perkhidmatan Bimbingan sekolah melalui kajian keperluan, soal selidik, temubual dan perbincangan dengan pentadbir, guru, pelajar, kakitangan sekolah, ibu bapa dan bekas pelajar.
3. Mengelola dan melaksanakan aktiviti Bimbingan Kelompok dan tunjukajar yang merangsang perkembangan pelajar secara optimum
4. Merancang, melaksana, mengawalselia aktiviti kemahiran belajar untuk semua pelajar.
5. Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah, inhalan, rokok, alkohol dan AIDS
26
6. Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti mata pelajaran teras untuk peperiksaan UPSR.
7. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengurusan sekolah dari semasa ke semasa
SETIAUSAHA LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (SULDP)
1. Memastikan semua maklumat guru dan anggota kumpulan pelaksana dalam SPL KPM telah dikemas kini.
2. Memberi taklimat/ bengkel aplikasi SPL KPM kepada semua guru dan anggota kumpulan pelaksana.
3. Mendaftar dan mengesahkan semua maklumat LDP yang dilaksanakan di peringkat sekolah melalui Modul SULDP.
4. Mencalonkan peserta bagi latihan yang ditawarkan di peringkat Bahagian/ JPN/ PPD dan PPW setelah berbincang dengan Ketua Jabatan.
5. Menyemak dan menyokong BR dan KKL yang didaftarkan oleh guru dan anggota kumpulan pelaksana menerusi Modul IndividU secara dalam talian setelah dipersetujui dan disahkan oleh Ketua Jabatan.
6. Memastikan semua guru dan anggota kumpulan pelaksana mengisi instrumen TNA melalui Modul Individu.
7. Menganalisis keperluan latihan di sekolah.
PENYELARAS RMT1. Penyeliaan dan pelaksanaan program RMT.2. Pastikan kebersihan dan keselamatan semasa makan.3. Mengemaskinikan rekod dan penyediaan laporan.
PENYELARAS PROGRAM 3K
1. Merancangkan dan mengadakan latihan Kawad Kebakaran.2. Menyediakan pelan laluan kebakaran dan kawasan zon selamat.3. Merancang dan mengadakan Program dengan kerjasama agensi luar
seperti pihak Bomba, Polis dan LPPKN.
4. Membuat pemantauan tentang persekitaran sekolah yang bersih, ceria dan selamat.
5. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengurusan sekolah dari semasa ke semasa.
PEMERIKSA ASET
1. Menjalankan Pemeriksaan Aset sekurang-kurangnya 1 kali setahun.
27
2. Mengesyorkan Pegawai Penyelaras Aset Jabatan/Unit memohon pelupusan bagi aset yang dijangka rosak atau tidak ekonomik dibaiki.
3. Memastikan pelabelan Aset mudah dilihat4. Memastikan Semua aset berdaftar.
GURU BERTUGAS HARIAN
1. Membuat rondaan apa awal pagi sebelum PdP bermula dan waktu rehat. 2. Mengawasi disiplin dan sopan santun murid di luar waktu belajar.3. Memastikan keselamatan murid di sekitar kawasan sekolah.4. Memastikan bilik-bilik darjah dalam keadaan bersih, lantai disapu dan sampah
sarap dibuang.5. Memastikan kipas dan lampu dipadamkan apabila tidak diperlukan.6. Memastikan kebersihan di kantin sekolah.7. Memantau kebersihan tandas dan memastikan tiada tempat pembiakan
nyamuk.
PENYELARAS LINUS SEKOLAH
1. Membantu pelaksanaan LINUS dari segi:a) Sistem Failb) Pentadbiran Saringan c) Media Pengajaran Dan Pembelajaran
2. Mengumpul dan menganalisis data keputusan saringan LINUS.
SETIAUSAHA PEPERIKSAAN
1. Mendapatkan analisis peperiksaan dan melaporkan kepada Guru Besar.2. Memberi penerangan tentang hal-hal berkaitan peperiksaan awam kepada
guru kelas.3. Memasukkan data pelajar ke dalam secara atas talian.4. Mengurus borang-borang yang berkaitan dengan peperiksaan UPSR.5. Menyediakan pelan dan label meja calon.6. Menyediakan papan tunjuk arah.
PENYELARAS PERPUSTAKAAN
1. Menentukan bahawa peruntukan perpustakaan digunakan untuk tujuan-tujuanyang dirancang.
2. Merekod buku-buku yang diterima.3. Mengurus pembelian buku-buku, majalah dan lain-lain keperluan perpustakaan
dengan mengisi borang pesanan yang diperuntukkan.4. Menjalankan kerja-kerja memproses buku seperti membuat poket, kad
pinjaman dansebagainya.
28
5. Memperbaiki buku-buku yang rosak.6. Melantik pengawas perpustakaan dan memberikan tugas-tugas berdasarkan
peraturan yang disediakan.7. Mengadakan suasana yang sesuai sebagai Bilik Perpustakaan.8. Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Guru Besar.
GURU SIARAYA
1. Bertanggungjawab memastikan alat siaraya sekolah berfungsi.2. Bertanggungjawab menyimpan stok alat-alat siaraya.
GURU PENGIRING PERTANDINGAN
1. Memastikan keselamatan murid sebelum, semasa dan selepas pertandingan.2. Memastikan keperluan seperti pakaian, makanan dan ubatan mencukupi.3. Menguruskan pengangkutan untuk pasukan sekolah.4. Melaporkan keputusan pertandingan kepada Guru Besar dan Penolong Kanan
Kokurikulum.
PEMBANTU TADBIR
1. Menyediakan dan menyimpan: Resit-resit bayaran Baucar tuntutan cek-cek sekolah
2. Menutup akaun sekolah setiap bulan.3. Menyediakan tuntutan elaun lebih masa dan perjalanan.4. Mengemas kini dan menyimpan fail sekolah.5. Menyediakan penyata audit pada tiap-tiap tahun.6. Menyediakan borang-borang cukai pendapatan.7. Menyelesaikan surat-menyurat.8. Urusan pendaftaran dan keluar / masuk murid-murid.9. Menyimpan stok sekolah selain daripada stok perpustakaan dan SPBT.10. Menyediakan borang pesanan alatan sekolah.11. Menjadi setiausaha kepada Guru Besar, mengingatkan Guru Besar tentang
suatu tindakan yang penting dan segera dilaksanakan.12. Menentukan pejabat sekolah sentiasa kemas kini, kemas dan teratur.13. Menyimpan rahsia sekolah .14. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarah oleh Guru Besar.
GURU DARJAH
29
1. Bertanggungjawab di atas kebersihan murid dan bilik darjah.
2. Menyusun bilik darjah sentiasa berkeadaan kemas, bersih dan ceria.
3. Mengadakan sudut kenyataan, sudut bacaan dan sudut-sudut mata pelajaran.
4. Mengawal, menjaga, mengemaskini, merekod dan mengawal kesempurnaan buku-buku
di sudut bacaan kelas.
5. Mengawal perabot-perabot di bilik darjah.
6. Mengemaskinikan buku rekod PKBS dan fail-fail murid.
7. Menyempurna dan menyimpan rekod kesihatan yang dikehendaki oleh Pejabat Kesihatan.
8. Memastikan murid di darjahnya telah didaftarkan di dalam buku pendaftaran dan
dalam aplikasi atas talian.
9. Mengemaskinikan Buku Jadual Kedatangan Murid.
10. Memastikan murid-murid mematuhi peraturan sekolah.
11. Menyediakan Jadual Waktu Darjah.
12. Menyediakan jadual tugas mingguan murid.
13. Mengisi borang-borang RMT / Projek Susu Sekolah.
14. Mengambil tindakan kepada murid-murid yang tidak hadir ke sekolah tanpa sebab
selama 3 hari berturut-turut atau lebih.
15. Seberapa boleh memberi kerjasama kepada ibu bapa, murid yang menghadapi
masalah kesihatan, kelakuan dan sebagainya.
16. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarah oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.
GURU MATA PELAJARAN
1. Melahirkan rasa bertanggungjawab terhadap semua murid.
2. Menyediakan target pencapaian setiap mata pelajaran melalui Sasaran Kerja
Tahunan (SKT) masing-masing.
30
3. Sentiasa menyediakan Rancangan Mengajar Harian dengan lengkap.
4. Menanda Rekod Prestasi Murid secara berterusan.
5. Menyediakan carta-carta, bahan bantu mengajar dan lembaran kerja bagi
meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran.
6. Menyediakan soalan-soalan ujian / penilaian, bahan bantu mengajar dan sebagainya.
7. Memastikan semua buku kerja dan buku latihan diperiksa dan diberi komen
JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH
Pentadbiran
1. Guru Besar akan mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah,
dengan memberi perhatian yang lebih berat terhadap tugas dan aktivitinya.
Setiausaha dengan sendirinya disandang oleh Guru Penolong Kanan I dan ahli-ahli
hendaklah terdiri daripada guru-guru kanan mata pelajaran.
2. Jawatankuasa Kurikulum Sekolah hendaklah bersidang sekurang-kurangnya empat
kali setahun, iaitu pada awal dan pertengahan tiap-tiap penggal persekolahan.
3. Jawatankuasa kurikulum Sekolah akan melaksanakan segala kegiatan yang berhubung
dengan perkembangan kurikulum di sekolah. Antara kegiatan-kegiatan ialah:
a. Menganjurkan kursus-kursus dan latihan-latihan bagi guru-guru sekolah.
b. Mengelolakan bengkel-bengkel untuk membina bahan-bahan bantuan mengajar,
menyusun rancangan mengajar, menyelaras pengajaran/pembelajaran, membina
ujian, menjalankan penilaian dan sebagainya.
c. Menganjurkan ceramah-ceramah khas kepada murid-murid seperti cara menjawab
31
soalan lisan, penulisan dan Kefahaman dalam UPSR yang membantu murid dalam
pembelajaran dan peperiksaannya.
d. Menganjurkan pertandingan-pertandingan seperti kuiz, syarahan, perbahasan,
forum dan sebagainya.
e. Menjalankan kajian-kajian mengenai aspek-aspek pengajaran/pembelajaran yang
tertentu dengan tujuan mencari punca-punca kelemahan murid-murid dan berusaha
memperbaiki kelemahan tersebut.
f. Merancang kerja-kerja pemulihan bagi murid-murid yang sangat lemah pencapaian
dalam akademik.
Tugas
1. Bertanggungjawab untuk meninggikan mutu pencapaian akademik murid ke tahap
yang paling maksimum.
2. Memastikan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas berjalan mengikut sukatan
dan perancangan yang telah ditetapkan.
3. Memastikan semua buku-buku teks dan buku tambahan yang digunakan adalah wajar
dan sesuai serta memenuhi sebagaimana yang dikehendaki oleh Dasar Pendidikan
Kebangsaan.
4. Mengadakan program-program tambahan yang boleh meningkatkan prestasi
akademik murid-murid.
5. Melengkapkan alat bantu mengajar yang bersesuaian, berkesan dan mencukupi.
6. Menyelesaikan semua masalah yang timbul berkait dengan pengajaran dan
pembelajaran.
32
7. Meningkatkan kesedaran di kalangan murid akan kepentingan pelajaran dalam
penghidupan.
PANITIA MATA PELAJARAN
1. Memperoleh sukatan pelajaran yang terbaru atau kemaskini untuk kegunaan ahli-ahli
panitia.
2. Memilih dan mencadangkan buku-buku rujukan atau bahan-bahan bacaan tambahan
yang sesuai dengan keperluan pembelajaran murid-murid dan kegunaan guru-guru.
3. Menyelaras soalan-soalan ujian dan peperiksaan (berasaskan sekolah) yang
disediakan bagi tiap-tiap darjah dan menubuhkan bank soalan.
4. Mengkaji dan menganalisis keputusan peperiksaan murid-murid dalam tiap-tiap
peperiksaan berasaskan sekolah dan mengambil langkah-langkah untuk mengatasi
kelemahan-kelemahan pengajaran dan pembelajaran.
5. Mengatur perjumpaan atau mesyuarat dengan ahli-ahli panitia (secara formal atau
tidak formal) untuk memikirkan dan membincangkan masalah-masalah yang
berhubung dengan kaedah mengajar serta penyelesaian kepada masalah atau isu-isu
tersebut.
6. Bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan baru yang diperoleh setelah mengikuti
kursus atau seminar dengan ahli-ahli lain.
7. Bekerjasama dengan lain-lain panitia dan membantunya dalam usaha ke arah
memajukan murid-murid yang lemah dalam mata pelajaran tertentu.
8. Bekerjasama dan bertukar-tukar fikiran, pengalaman dan kepakaran dengan
33
panitia-panitia di sekolah-sekolah berhampiran atau sekolah-sekolah di dalam kelompok
yang sama.
9. Menjalankan tugas-tugas lain yang ditentukan dan diarahkan oleh Guru Besar.
34