senam kenyalang kreatif

7
UNDANG-UNDAND DAN PERATURAN PERTANDINGAN SENAM KENYALANG PESTA PSKPP SARAWAK(BINTULU) PESTA PSKPP PERINGKAT NEGERI SARAWAK SYARAT- SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN SENAM KENYALANG (KREATIF) PSKPP CAWANGAN BINTULU 1

Upload: stanley-stewart-peter

Post on 23-Oct-2015

109 views

Category:

Documents


16 download

DESCRIPTION

ff

TRANSCRIPT

Page 1: SENAM KENYALANG KREATIF

UNDANG-UNDAND DAN PERATURAN PERTANDINGAN SENAM KENYALANG PESTA PSKPP SARAWAK(BINTULU)

PESTA PSKPP PERINGKAT NEGERI SARAWAK

SYARAT- SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN

SENAM KENYALANG(KREATIF)

SYARAT- SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN SENAM KENYALANG

PESTA PSKPP PERINGKAT NEGERI SARAWAK

1. PENGUASAAN

PSKPP CAWANGAN BINTULU 1

Page 2: SENAM KENYALANG KREATIF

UNDANG-UNDAND DAN PERATURAN PERTANDINGAN SENAM KENYALANG PESTA PSKPP SARAWAK(BINTULU)

Syarat- syarat dan peraturan pertandingan Senam Kenyalang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pertandingan Senam Kenyalang Pesta PSKPP Sarawak dan Kementerian Pembangunan Sosial Sarawak berpandu kepada Syarat- syarat dan peraturan Am PSKPP (Perbincangan bersama En. Tuah Jili, Pegawai Kebudayaan, Pejabat Pembangunan Sosial, Bahagian Bintulu, pada tarikh 7 Ogos 2012, bertempat di Pejabat Pembangunan Sosial, Bahagian Bintulu)

2. PENGELOLA

2.1 Kejohanan ini dikelolakan oleh PSKPP Cawangan Bahagian Bintulu.2.2 Sebarang keputusan yang dibuat oleh AJK ini adalah muktamad dan mengatasi keputusan-

keputusan yang terdahulu mengikut keadaan.2.3 Sebarang bantahan tidak akan dilayan.2.4 Adalah menjadi tanggungjawab AJK ini untuk menerangkan secara lengkap dan jelas

peraturan pertandingan Senam Kenyalang kepada peserta/pasukan yang menyertai.

3. KELAYAKAN3.1 Setiap PSKPP Bahagian layak menghantar satu (1) pasukan sahaja.3.2 Seseorang peserta tidak dibenarkan mendaftar lebih daripada satu pasukan.3.3 Sebuah pasukan hendaklah mengandungi 10 hingga 12 orang peserta campuran yang terdiri

daripada peserta lelaki dan wanita. Setiap pasukan mesti sekurang-kurangnya dianggotai oleh 4 orang peserta lelaki.

4. PENDAFTARAN DAN BORANG PENYERTAAN4.1 Semua pasukan diwajibkan menggunakan borang penyertaan pasukan yang disediakan

oleh pihak pengelola.4.2 Semua peserta yang menyertai DIWAJIBKAN untuk mendaftar kepada pihak urusetia satu (1)

jam sebelum pertandingan dimulakan.

5. PANEL PENILAI 5.1 Tiga ( 3 ) orang termasuk Ketua Hakim yang bertauliah akan dilantik.5.2 Kriteria pemarkahan

BIL PERKARA PEMARKAHAN1 Koreografi 35%2 Olahan 20%3 Kreativiti 15%4 Keaslian Gerak (Etnik) 10%5 Pakaian 10%6 Props 10%JUMLAH 100%

5.3 Masa untuk persembahan ialah 6 hingga 8 minit. Penalti potong 5 markah dari setiap minit kurang dari 6 minit atau lebih 8 minit persembahan.

5.4 Setiap persembahan peserta diminta membuat persembahan dari awal hingga akhir persembahan.

5.5 Tema pertandingan ialah “Senam Kenyalang Kreatif”

6. Pakaian6.1 Pakaian untuk peserta mestilah kemas dan sesuai dengan pertandingan dan adab ketimuran

(tidak mencolok mata). Seluar pendek dan baju tidak berlengan atau G-string tidak dibenarkan.

6.2 Peserta tidak dibenarkan untuk menggunakan barang- barang kemas semasa pertandingan dijalankan.

PSKPP CAWANGAN BINTULU 2

Page 3: SENAM KENYALANG KREATIF

UNDANG-UNDAND DAN PERATURAN PERTANDINGAN SENAM KENYALANG PESTA PSKPP SARAWAK(BINTULU)

6.3 Bagi peserta yang berambut panjang hendaklah diikat dengan kemas.6.4 Penggunaan barangan hiasan diri (aksesori) pakaian adalah dibenarkan.

7. MUZIK LATAR7.1 Pemain CD (CD Player) disediakan oleh pengelola tetapi untuk digunakan semasa raptai dan

pertandingan sahaja. Perakam persendirian tidak dibenarkan semasa pertandingan.7.2 Setiap pasukan diwajibkan membawa CD yang berkualiti bagi menghasilkan bunyi muzik

yang baik.7.3 Dua (2) buah pita atau CD rakaman yang telah dirakam hendaklah disediakan untuk

digunakan semasa raptai dan pertandingan.7.4 Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap mutu dan kualiti rakaman pada setiap

CD yang diberi. Oleh itu, setiap pasukan hendaklah memastikan mutu rakaman CD tersebut hendaklah berkeadaan baik.

7.5 Setiap pasukan akan dibenarkan untuk mencuba / menggunakan CD tersebut semasa raptai.7.6 Setiap pasukan akan diberi peluang untuk membuat latihan semasa raptai sebelum

pertandingan mengikut undian giliran.7.7 Kepelbagaian irama muzik iaitu bukan hanya satu rentak muzik yang serasi (sesuai) boleh

digunakan tetapi mesti berunsurkan muzik daripada pelbagai etnik dan kaum di Sarawak.

8. SISTEM PERTANDINGAN8.1 Sekiranya berlaku kecederaan, pengsan atau pitam dalam kalangan peserta semasa

persembahan diadakan, sesebuah pasukan hendaklah meneruskan persembahan dengan mengekalkan jumlah peserta yang sedia ada di gelanggang. Peserta simpanan tidak dibenarkan masuk untuk menggantikan yang cedera. Persembahan akan diteruskan dengan tidak mengulangi muzik latar yang dipersembahkan. (mengikut budi bicara Panel Penilai).

8.2 Setiap persembahan kesemua peserta diminta membuat persembahan dari awal hingga akhir persembahan.

8.3 Setiap pasukan hanya dibenarkan untuk membuat persembahan sekali sahaja. Pasukan yang mendapat markah tertinggi akan menjadi Johan, kedua tertinggi sebagai Naib Johan dan Ketiga tertinggi tempat ke-3.

9. UNDIAN GILIRAN9.1 Undian / cabutan untuk menentukan giliran akan dibuat oleh wakil pengurus dari setiap

bahagian semasa Mesyuarat Ketua Pasukan dan Pengurus Pasukan yang akan ditetapkan tarikh, masa dan tempat oleh pihak pengelola.

10. JADUAL PERTANDINGAN 10.1 Susunan jadual pertandingan akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Teknikal Pertandingan berdasarkan cabutan undi giliran yang telah dibuat.

11. KELEWATAN11.1 Jika sekiranya kelewatan berlaku disebabkan oleh bencana alam atau perkara-perkara luar

jangkaan seperti kerosakan kenderaan pengangkutan dan sebagainya, pasukan yang terlibat hendaklah menghubungi Urus Setia Kejohanan dengan seberapa segera dan keputusan mengenai giliran persembahan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Teknikal Kejohanan.

11.2 Undi giliran setiap pasukan tidak boleh ditukar.11.3 Semua persembahan akan dijalankan mengikut giliran dan masa yang telah ditetapkan.

PSKPP CAWANGAN BINTULU 3

Page 4: SENAM KENYALANG KREATIF

UNDANG-UNDAND DAN PERATURAN PERTANDINGAN SENAM KENYALANG PESTA PSKPP SARAWAK(BINTULU)

11.4 Peserta hendaklah berada di dewan 30 minit sebelum pertandingan bermula.

12. MENARIK DIRI12.1 Sekiranya Pengurus Pasukan atau wakil tidak menghadiri mesyuarat pengurus-pengurus

pasukan, pihak Jawatankuasa Pengelola menganggap yang mereka telah faham dan mematuhi semua peraturan dan syarat serta perubahan (jika ada) dan keputusan yang dicapai dan dipersetujui semasa taklimat / mesyuarat.

12.2 Sekiranya sesebuah pasukan gagal berada di atas pentas pertandingan selepas 1 minit diumumkan, pasukan tersebut adalah dikira menarik diri dan penyertaan dibatalkan untuk kejohanan tersebut.

13. BANTAHAN13.1 Sebarang bantahan dan rayuan mengenai keputusan dan pengelolaan pertandingan TIDAK

akan dilayan.

14. PERKARA PENTING YANG PERLU DIPATUHI14.1 Peserta dikehendaki mempersembahkan pergerakan yang sesuai dan mengikut konsep

asas “Senam Kenyalang (Kreatif)” tetapi mempunyai koreografi mengikut kreativiti masing-masing.

14.2 Muzik / lagu iringan hendaklah disediakan oleh pasukan masing-masing dan masa persembahan / tempoh persembahan ditetapkan selama 6 hingga 8 minit.

14.3 Masa hanya akan dikira apabila muzik dimainkan dan bukannya pada permulaan pergerakan melainkan kedua-duanya bermula serentak.

15. PERKARA-PERKARA AM15.1 Pihak Jawatankuasa Pengelola tidak akan bertanggungjawab dan tidak boleh didakwa atas

sebarang kecederaan atau kemalangan sebelum, semasa dan selepas pertandingan. 15.2 Jawatankuasa Pengelola adalah bertanggungjawab dan berkuasa untuk menambah dan

memutuskan atas sebarang perkara yang tidak disebut di dalam peraturan ini dan keputusan adalah muktamad.

PSKPP CAWANGAN BINTULU 4

Page 5: SENAM KENYALANG KREATIF

UNDANG-UNDAND DAN PERATURAN PERTANDINGAN SENAM KENYALANG PESTA PSKPP SARAWAK(BINTULU)

BORANG PENYERTAAN

NAMA PASUKAN : _________________________________

NAMA PERMAINAN : SENAM KENYALANG KREATIF______

NAMA PENGURUS : _________________________________

NAMA JURULATIH : _________________________________

BIL NAMA PEMAIN NO. K/PTARIKH LAHIR

ALAMAT BERTUGAS

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

Disahkan oleh : _____________________ Nama Penuh : __________________

Setiausaha PSKPP Bahagian Cop Rasmi :

PSKPP CAWANGAN BINTULU 5