semboyan pru-15...tan rakyat sebagai ‘pemegamg taruh’ terakhir sebuah negara berdaulat. di...

46
PENA PENERANGAN UMNO MALAYSIA | EDISI KE-3 | OGOS 2020 BERSEDIAKAH UMNO? SEMBOYAN PRU-15 UTAMA Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi EKSKLUSIF PERSPEKTIF Syria Care bersama Datuk Dr. Asyraf Wajdi & Datuk Zahida Zarik Khan METROPOLITAN Kota Kinabalu Ir. Abdul Aziz

Upload: others

Post on 25-Oct-2020

12 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SEMBOYAN PRU-15...tan rakyat sebagai ‘pemegamg taruh’ terakhir sebuah negara berdaulat. Di sesetengah negara, hal-hal terhasil berakibat pandemik ini menghasilkan suasana huru-hara,

PENAPENERANGAN UMNO MALAYSIA | EDISI KE-3 | OGOS 2020

BERSEDIAKAH UMNO?

SEMBOYANPRU-15

UTAMADatuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi

EKSKLUSIF PERSPEKTIF

Syria CarebersamaDatuk Dr. Asyraf Wajdi &Datuk Zahida Zarik Khan

METROPOLITANKota KinabaluIr. Abdul Aziz

Page 2: SEMBOYAN PRU-15...tan rakyat sebagai ‘pemegamg taruh’ terakhir sebuah negara berdaulat. Di sesetengah negara, hal-hal terhasil berakibat pandemik ini menghasilkan suasana huru-hara,

ISI KANDUNGAN

UTAMA 1-5

6-13

14-16

Semboyan PRU Ke-15Datuk Seri Dr. Zahid Ahmad Hamidi

EKSKLUSIFEkslusif bersamaDatuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan Datuk Zahida Zarik Khan, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia

PENA PUMASKumpulan kata-kata pucuk pimpinan UMNO Malaysia

BUAL BICARASesi Bual Bicara bersama YB Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad,ADUN Kerdau merangkap EXCO Kerajaan Negeri Pahang

PERSPEKTIFSyria Care

METROPOLITANKota Kinabalu, Dulu Kini Selamanya Tiada Perubahanoleh Ir. Abdul Aziz JulkarnainKetua Pemuda UMNO Bhg. Kota Kinabalu

1946Kejayaan UMNO Terbayang

SANA SINIBersama Mohd Zaidi Aziz, Pemangku Ketua UMNOBahagian Tanjung Malim

SIDANG REDAKSIPenasihat

Ketua Penerangan UMNO Malaysia

Muhamad Iqbal Jamal Hj Jamaludin

Jefrizal Mohd Jaafar

Ali Amir Razali

Dr. Novandri Hasan BasriMohamad Fakhzan Md NoorMohd Fared Mohd KhalidIrfan ZamriKhaidir BaharuddinAemirulrizaki Rambli

Ketua Eksekutif Kumpulan

Ketua Pengarang

Kolumnis & Wartawan

Ketua Grafik & Pemasaran

Jabatan Penerangan UMNO MalaysiaTingkat 38Menara Dato’ OnnJalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur

t: 03 4042 9511

e: [email protected]

f: 03 4045 6433

17-18

19-25

26-28

29-30

KOLUMNISZON UTARA- Dinamo Pandemik & Ekonomi Digital

- Kelompok Dalam UMNO, Persepsi dan Retorik

Zon Tengah- UNDI: Pilihan Logik Atau Emosi?

Zon Pantai Timur- Semboyan Telah Berbunyi?

36-40

ANALISIS &PANDANGAN

Hayunan Langkah Pejuang Ke Medan Perang; PRU-15 olehManndzri Hj. Nasib

Penyu Menangis Siapa Yang Tahu? oleh Nizam WS

31-35

41-44

Penamaan Calon Barisan Nasional bagiPilihanraya Kecil DUN N.58 Slim River

Page 3: SEMBOYAN PRU-15...tan rakyat sebagai ‘pemegamg taruh’ terakhir sebuah negara berdaulat. Di sesetengah negara, hal-hal terhasil berakibat pandemik ini menghasilkan suasana huru-hara,

00

Oleh: Editor | [email protected]

Lebaran kanvas politik tanah air tidak seputih disangka walau hamparan baharu terbentang sudah seusai peristiwa angkat sumpah Perdana Menteri ke-8, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin di Istana Melawati, Kuala Lumpur tanggal 1Mac 2020. Vakum ditinggal kosong segera diisi bagi Kerajaan Persekutuan kembali berfungsi secara baik dan sempurna.

Pastinya detik peristiwa ini tertinta sebagai satu sejarah moden penting negara dimana langkah hemah penuh bijak DYMM Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ria’yatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah membuat keputusan yang tidak pernah berlaku dalam mana-mana krisis politik Malaysia semenjak merdeka.

Pantas, peristiwa demi peristiwa hadir mengisi ruang kanvas yang asli putih - dimulakan dengan kemelut perang atas pandemik Covid-19 seolah mengulangi krisis MERS-CoV tahun 2015 yang menyerang negara Timur Tengah dan sebahagian besar Korea. Bezanya, Covid-19 berwatak jauh lebih ganas dengan jumlah pesakit dikesan dan dicatat melebihi angka 1 juta seluruh dunia dengan kadar kematian yang cukup tinggi dan pantas.

Kembali kepada kemelut politik atas peristiwa peletakkan jawatan Perdana Menteri ke-7, Tun Dr Maha-thir Mohamad - Tan Sri Muhyiddin Yassin dan barisan kabinet menterinya menangani pandemik Covid-19 penuh cemerlang hingga beroleh pengiktirafan dunia.

Tidak semata langkah pencegahan dan pemulihan yang digerakkan oleh barisan hadapan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) diterajui Muhyiddin Yassin bahkan langkah keselamatan yang membuka ruang besar sempadan negara dari sebarang pencerobohan turut dapat dikawal hinggalah soal ekonomi jangka pendek dan sederhana yang memberi kesan langsung tidak hanya kepada kerajaan yang baharu ini tetapi lebih teruk kesannya atas sistem ekonomi makro dan mikro termasuk sektor swasta yang akhirnya menjejaskan pendapa-tan rakyat sebagai ‘pemegamg taruh’ terakhir sebuah negara berdaulat.

Di sesetengah negara, hal-hal terhasil berakibat pandemik ini menghasilkan suasana huru-hara, tidak tenteram serta menjejaskan kestabilan sosio ekonomi dan politik rantau negara itu.

Mungkinkah perasaan selesa dengan langkah-langkah yang telah diambil kerajaan hari ini atas pande-mik Covid-19, lantas politik di Malaysia dilihat kembali rancak menjadi tumpuan ramai setelah detik peristiwa demi peristiwa muncul mewarnai kanvas kerajaan PN hari ini.

Seawal detik pelucutan kerusi Speaker dan Timbalan Speaker Dewan Rakyat yang menyaksikan jurang perbezaan undi teramat kecil iaitu 2 undi sahaja bagi penyingkiran Tan Sri Mohamad Ariff Yusof dan Nga Kor Ming hinggalah Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN N23 Chini akibat kematian Adunnya, Allahyarham Datuk Seri Hj Abu Bakar Harun yang dimenangi calon Barisan Nasional (BN), Mohd Sharim Md Zain. Disusuli peristiwa kematian Adun N58 Slim, Allahyarham Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib yang membuka ruang satu lagi PRK bakal berlangsung pada 29 Ogos ini.

Tidak cukup dengan 2 PRK diatas, kemelut politik negeri dibawah bayu, Sabah adalah lebih kritikal apa-bila desakan bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman yang mendakwa terima sokongan mencukupi Adun-adun negeri tersebut bagi peralihan tampuk kerajaan dikuasai parti Warisan namun dinafikan oleh Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan kemudian, atas nasihat beliau kepada TYT Sabah, Tun Juhar Mahiruddin membubarkan DUN dan memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 26 Septem-ber hadapan.

Di satu sudut lebih runcing, persoalan demi persoalan muncul terkait kelangsungan kerjasama BN dan Muafakat Nasional (MN) serta persoalan kewajaran menerima Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam koal-isi MN dipelopori 2 parti gergasi Melayu tanah air ini, UMNO dan Pas.

Atas ketegangan dan kecelaruan kanvas politik tanah air inilah menjadi tumpuan khas Pena PUMAS lantas usaha mendapatkan pandangan eksklusif Presiden UMNO merangkap Pengerusi BN Pusat, YB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilakukan.

Berikut adalah temu bual eksklusif Pena PUMAS bersama Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memenuhi segmen “Utama”.

SEMBOYANPRU Ke-15?

UTAMA

Page 4: SEMBOYAN PRU-15...tan rakyat sebagai ‘pemegamg taruh’ terakhir sebuah negara berdaulat. Di sesetengah negara, hal-hal terhasil berakibat pandemik ini menghasilkan suasana huru-hara,

00

Gambar: UMNO Online

PRN SABAH

KEPUTUSAN KETUA MENTERI SABAH MENDAPATKAN RESTU TYT UNTUK MEMBUBARKAN DUN SEDIKIT MENGEJUTKAN TETAPI IA DILIHAT SESUATU YANG TIDAK MUSTAHIL DALAM LANSKAP POLITIK TANAH AIR MASA KINI. APA PANDANGAN DATUK SERI?

AZH : Itu keputusannya (Ketua Menteri), dan ia adalah hak dan pendekatan (YAB) Datuk Seri Shafie Apdal selepas Datuk Seri Musa Aman mendakwa layak menjadi Ketua Menteri selepas memperolehi sokongan majoriti Ahli DUN (Adun). Kita terima kepu-tusan itu dan melihatnya sebagai satu cara untuk memilih kerajaan negeri yang mutlak dan tanpa prejudis mana-mana pihak. Apapun, keputusan pembubaran itu sedang dicabar di mahkamah.

Walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia sudah menetapkan 12 September sebagai hari penamaan calon dan 26 September sebagai hari pembuangan undi SPR Sabah, kita tunggu keputu-san mahkamah pada 21 Ogos ini sama ada pem-bubaran itu sah atau tidak. Jika didapati tidak sah, PRN (Pilihan Raya Negeri) tidak perlu diadakan.

Jika diadakan juga, saya melihat ini sebagai penyelesaian kepada kemelut politik negeri Sabah, dan saya harap tidak berlaku lagi pertikaian mere-but kuasa selepas ini.

PADA PERHIMPUNAN AGUNG UMNO (PAU) 2019, UMNO MEMBERI TARAF AUTONOMI KEPADA SABAH, SESUATU PERKARA BERANI YANG DATUK SERI LAKU-KAN. IA MEMBERI NAFAS BAHARU KEPADA UMNO SABAH DAN DISAMBUT BAIK DI SANA. NAMUN WUJUD 'ISU DALAMAN' DI NEGERI ITU, TERUTAMA DALAM PEMILIHAN PEMIMPIN. TIDAKKAH IA AKAN MENYULIT-KAN UMNO IA AKAN MENYULITKAN UMNO JIKA IA MENANG DALAM PRN NANTI?

AZH : Autonomi ini bermaksud UMNO negeri diberi-kan hak lebih luas menentukan hala tuju, strategi dan pemilihan pucuk pimpinan. Bagaimanapun, ia tidak bermakna UMNO Pusat tidak berhak menasi-hati mereka dalam hal tertentu, khasnya dalam perkara yang sukar dan buntu.

Pada sidang media 18 Ogos lalu, saya menyatakan menjelang PRN Sabah, seluruh jentera Barisan Nasi-onal (BN) dan UMNO Sabah, telah diarahkan untuk bersiap-siaga bagi menghadapi PRN berkenaan. BN Sabah telah diberikan kuasa autonomi oleh Dewan Tertinggi BN dalam sidang yang diadakan baru-baru ini manakala kuasa otonomi UMNO Sabah telah disahkan dalam PAU 2019. Justeru untuk mereal-isasikannya, saya selaku Pengerusi BN dan Presiden UMNO Sabah menyerahkan kepada seluruh jajaran kepimpinan BN Sabah dan UMNO Sabah menggu-nakan seluruh kebijaksanaan dan strategi untuk menterjemahkan kuasa autonomi yang diberikan.

Bagi pelaksanaannya, keputusan-keputusan berikut telah diambil:

Pertama, (YB) Datuk Seri Bung Moktar Radin selaku Pengerusi BN Sabah dan Pengerusi UMNO Sabah bagi menghadapi PRN Sabah.

Kedua, mengadakan rundingan untuk pembaha-gian kerusi bersama-sama dengan parti-parti politik di Sabah.

Ketiga, penentuan calon-calon bagi semua kerusi di 73 Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, setelah rundingan dimuktamadkan.

Keempat, memilih seorang Ketua Menteri dalam kalangan Adun apabila mendapat kemenangan dengan majoriti mencukupi bagi pembentukan Kerajaan Negeri Sabah yang baharu.

Demi menghormati kuasa autonomi yang diberikan, saya memberi kepercayaan bagi pelaksanaan keempat-empat keputusan berkenaan kepada BN Sabah dan UMNO Sabah agar menggunakan sepenuh kebijaksanaan, rundingan dan kompromi bagi merealisasikannya.

22

Page 5: SEMBOYAN PRU-15...tan rakyat sebagai ‘pemegamg taruh’ terakhir sebuah negara berdaulat. Di sesetengah negara, hal-hal terhasil berakibat pandemik ini menghasilkan suasana huru-hara,

00

Lebaran kanvas politik tanah air tidak seputih disangka walau hamparan baharu terbentang sudah seusai peristiwa angkat sumpah Perdana Menteri ke-8, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin di Istana Melawati, Kuala Lumpur tanggal 1Mac 2020. Vakum ditinggal kosong segera diisi bagi Kerajaan Persekutuan kembali berfungsi secara baik dan sempurna.

Pastinya detik peristiwa ini tertinta sebagai satu sejarah moden penting negara dimana langkah hemah penuh bijak DYMM Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ria’yatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah membuat keputusan yang tidak pernah berlaku dalam mana-mana krisis politik Malaysia semenjak merdeka.

Pantas, peristiwa demi peristiwa hadir mengisi ruang kanvas yang asli putih - dimulakan dengan kemelut perang atas pandemik Covid-19 seolah mengulangi krisis MERS-CoV tahun 2015 yang menyerang negara Timur Tengah dan sebahagian besar Korea. Bezanya, Covid-19 berwatak jauh lebih ganas dengan jumlah pesakit dikesan dan dicatat melebihi angka 1 juta seluruh dunia dengan kadar kematian yang cukup tinggi dan pantas.

Kembali kepada kemelut politik atas peristiwa peletakkan jawatan Perdana Menteri ke-7, Tun Dr Maha-thir Mohamad - Tan Sri Muhyiddin Yassin dan barisan kabinet menterinya menangani pandemik Covid-19 penuh cemerlang hingga beroleh pengiktirafan dunia.

Tidak semata langkah pencegahan dan pemulihan yang digerakkan oleh barisan hadapan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) diterajui Muhyiddin Yassin bahkan langkah keselamatan yang membuka ruang besar sempadan negara dari sebarang pencerobohan turut dapat dikawal hinggalah soal ekonomi jangka pendek dan sederhana yang memberi kesan langsung tidak hanya kepada kerajaan yang baharu ini tetapi lebih teruk kesannya atas sistem ekonomi makro dan mikro termasuk sektor swasta yang akhirnya menjejaskan pendapa-tan rakyat sebagai ‘pemegamg taruh’ terakhir sebuah negara berdaulat.

Di sesetengah negara, hal-hal terhasil berakibat pandemik ini menghasilkan suasana huru-hara, tidak tenteram serta menjejaskan kestabilan sosio ekonomi dan politik rantau negara itu.

Mungkinkah perasaan selesa dengan langkah-langkah yang telah diambil kerajaan hari ini atas pande-mik Covid-19, lantas politik di Malaysia dilihat kembali rancak menjadi tumpuan ramai setelah detik peristiwa demi peristiwa muncul mewarnai kanvas kerajaan PN hari ini.

Seawal detik pelucutan kerusi Speaker dan Timbalan Speaker Dewan Rakyat yang menyaksikan jurang perbezaan undi teramat kecil iaitu 2 undi sahaja bagi penyingkiran Tan Sri Mohamad Ariff Yusof dan Nga Kor Ming hinggalah Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN N23 Chini akibat kematian Adunnya, Allahyarham Datuk Seri Hj Abu Bakar Harun yang dimenangi calon Barisan Nasional (BN), Mohd Sharim Md Zain. Disusuli peristiwa kematian Adun N58 Slim, Allahyarham Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib yang membuka ruang satu lagi PRK bakal berlangsung pada 29 Ogos ini.

Tidak cukup dengan 2 PRK diatas, kemelut politik negeri dibawah bayu, Sabah adalah lebih kritikal apa-bila desakan bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman yang mendakwa terima sokongan mencukupi Adun-adun negeri tersebut bagi peralihan tampuk kerajaan dikuasai parti Warisan namun dinafikan oleh Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan kemudian, atas nasihat beliau kepada TYT Sabah, Tun Juhar Mahiruddin membubarkan DUN dan memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 26 Septem-ber hadapan.

Di satu sudut lebih runcing, persoalan demi persoalan muncul terkait kelangsungan kerjasama BN dan Muafakat Nasional (MN) serta persoalan kewajaran menerima Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam koal-isi MN dipelopori 2 parti gergasi Melayu tanah air ini, UMNO dan Pas.

Atas ketegangan dan kecelaruan kanvas politik tanah air inilah menjadi tumpuan khas Pena PUMAS lantas usaha mendapatkan pandangan eksklusif Presiden UMNO merangkap Pengerusi BN Pusat, YB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilakukan.

Berikut adalah temu bual eksklusif Pena PUMAS bersama Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memenuhi segmen “Utama”.

DATUK SERI BUNG MOKTAR RADIN SELAKU KETUA BAHARU YANG DILANTIK MENGETUAI SABAH ADA MENYEBUT 85 PERATUS CALON YANG BAKAL DIKETEN-GAHKAN ADALAH WAJAH BAHARU. APA PANDAN-GAN PRESIDEN?

AZH : Kami menerimanya dengan dada terbuka. Rata-rata ramai yang ada hari ini adalah muka lama. Dalam melahirkan generasi pemimpin muda, pemilihan mesti dibuat dari A sampai Z, tidak dibuat secara tangkap muat dan tergesa-gesa.

Ia adalah pemilihan UMNO negeri. Saya belum meli-hat senarainya tetapi penuh yakin Bung Moktar ada perkiraan sendiri dengan dibantu barisan kepimpinan lain peringkat negeri. Usaha meremaja-kan UMNO bukan sahaja setakat di Sabah malah sudah dan sedang dilaksanakan di Semenanjung juga.

Kita mahukan barisan pemimpin yang mewakili semua peringkat usia. Ini penting kerana ahli kita pelbagai latar belakang, peringkat usia dan lain-lain 'pintak-pinta'. Saya menyambut baik apa saja kepu-tusan yang dibuat asalkan negeri Sabah terus maju dan makmur di bawah teraju beliau dan sesiapa sahaja yang bakal mewakili DUN masing-masing kelak.

BAGAIMANA DATUK SERI MELIHAT FUNGSI PERIKATAN NASIONAL (PN), BN DAN MUAFAKAT NASIONAL (MN) PADA PRN KALI INI.

AZH : (Itu) soalan yang baik. Inilah kali pertama PN, BN dan MN akan menggabung kerjasama pada pilihan raya negeri. Ia sama sekali berbeza dengan (PRK) Chini, Pahang dan Slim di Perak. Sabah amat luas dan memiliki 73 kerusi DUN. Ia bukan mudah dan banyak cabaran perlu dilalui bersama.

Di sinilah kita memerlukan satu bentuk kerjasama yang membolehkan kita mencapai hasil memuas-kan. Meyakinkan rakyat Sabah terhadap PN dan BN serta memperkenalkan MN kepada mereka perlu dibuat secara teratur dan rasional. Apa lagi dengan kerajaan sebelum ini diteraju oleh sebuah parti yang menyokong Pakatan Harapan (PH). Jadi, kita mesti bijak mengatur strategi, langkah jangan sumbang dan penelitian usah terpesong.

Sentimen di Sabah tidak sama dengan Semenan-jung. Ini kita kena akui dan iktiraf. Kerana itulah parti komponen dalam PN, BN dan MN memerlukan satu pendekatan baru dan berkesan dalam mengubah persepsi pengundi. Mendekati mereka amat mudah tetapi menarik mereka untuk menyokong calon kita adalah satu perkara lain. Ia lebih berat kerana suasana politik di Semenanjung sudah mula mem-pengaruhi lanskap di Sabah. Ini memerlukan naratif yang kuat dan betul dari kita semua.

MENGENAI PRK SLIM, PKR TIDAK MELETAKKAN CALONNYA KALI INI TETAPI PARTI TUN DR MAHATHIR, PEJUANG, MELETAKKAN AMIR KHUSYAIRI MOHD TAHIR SEBAGAI CALON 'BEBAS'. DIA PULA DISOKONG DENGAN KEHADIRAN RAMAI PEMIMPIN PH MISALNYA MOHAMAD SABU (AMANAH), ANTHONY LIKE (DAP) DAN LAIN-LAIN.

AZH : Apabila (Datuk Seri) Saifuddin Nasution mengi-sytiharkan PKR tidak bertanding walaupun kerusi Parlimen Tanjung Malim serta DUN Sungkai dan Behrang milik mereka, saya syak ada sesuatu yang luar biasa akan berlaku. Dan inilah yang kita jangka-kan, seorang calon 'Bebas' mewakili Pejuang dan komponen PH yang lalu.

Mereka tidak akan memberi laluan mudah. Mereka meletakkan calon bebas kerana Pejuang belum didaftarkan secara rasmi. Walau bagaimanapun, mereka ditipu pada PRU ke-14 lalu dengan pelbagai janji yang tidak dikota.

DUN Slim ini rata-rata adalah peneroka Felda. Mereka masih ingat pada janji PH untuk melupuskan hutang Felda dan hutang peneroka, satu-satunya 'gula-gula' yang mendorong mereka mengundi PH pada PRU lalu. Ianya tidak tertunai. Sepanjang 22 mereka memerintah, harga komoditi sawit, getah dan sebagainya merudum sehingga menjerumus-kan peneroka dan petani kepada krisis sara hidup.

Namun, kita tidak mengambil jalan mudah. Biarpun keadaan Slim lebih kurang sama dengan (PRK) Chini, kita mesti sentiasa siap siaga dan bekerja keras untuk memastikan kemenangan calon kita, Mohd Zaidi Aziz, seorang anak watan berbanding calon Bebas (Pejuang) yang berasal dari Teluk Intan.

PRK SLIM

3

Page 6: SEMBOYAN PRU-15...tan rakyat sebagai ‘pemegamg taruh’ terakhir sebuah negara berdaulat. Di sesetengah negara, hal-hal terhasil berakibat pandemik ini menghasilkan suasana huru-hara,

00

PRU KE-15

KHABAR ANGIN SEDANG BERTIUP KENCANG MENGE-NAI PRU KE-15 BAKAL DIADAKAN DALAM MASA TERDEKAT. ADA YANG MERAMALKAN SEKITAR OKTO-BER, DAN ADA YANG SEBUT SUKU PERTAMA 2021. APA REAKSI DATUK SERI TERHADAP RAMALAN SEBEGINI?

AZH : Politik Malaysia hari ini memang dipenuhi ramalan tetapi kebanyakkannya tepat atau berlaku lebih awal daripada jangkaan. Misalnya kita pernah berkata bahawa kerajaan PH adalah kerajaan sepenggal tetapi ia tumbang tidak sampai pun setengah penggal, hanya 22 bulan.

Saya melihat ramalan seperti ini sebagai biasa tetapi sesetengahnya mempunyai asas yang kukuh. Penganalisis politik biasanya merujuk kepada perkembangan semasa dan unjuran politik terkede-pan. Dalam senario tempatan, ia agak mudah diramal, apa lagi dengan laporan media sosial yang menjurus kepada kemungkinan berlakunya sesuatu perubahan.

Apapun, kita mesti bersedia lebih awal. Sekiranya PRU diadakan dalam masa terdekat, kita tidak akan terperangkap dalam suasana kealpaan dan selesa. PRU ke-14 sudah banyak mengajar kita, khasnya UMNO dan BN. Sekarang adalah waktu sesuai mem-perlengkapkan diri dengan segala kemungkinan yang berlaku. Sediakan payung sebelum hujan!

BAGAIMANA PULA ISU PEMBAHAGIAN KERUSI DI DALAM MN JIKA PRU DIADAKAN TIDAK LAMA LAGI? ADAKAH MN SUDAH BERSEDIA DENGANNYA? BAGAIMANA DENGAN UMNO SENDIRI?

AZH : UMNO dan Pas tidak akan menghadapi mas-alah agihan kerusi. Kami sama-sama maklum kawasan tradisi yang menjadi idaman parti, terma-suk ahli akar umbi. Pembahagian kerusi sudah dibin-cangkan secara asas tetapi kita kini mempunyai 'Bersatu'. Jika Bersatu diterima masuk oleh MN, maka akan ada perbincangan baharu soal pembahagian kerusi.

Tetapi saya dapat rasakan bahawa kami akan capai persefahaman atau persetujuan soal pemba-hagian kerusi ini. Memanglah ia bukan sesuatu yang "perfect" dan memenuhi citarasa semua, namun setidak-tidaknya kami sepakat dalam banyak hal sebagai contoh; titik persamaan untuk mengenyah-kan atau melenyapkan PH yang ditunjangi DAP daripada Putrajaya semula.

UMNO pula sedang memperkukuhkan jenteranya, terutama di peringkat semua Bahagian, dan nam-paknya ia sudah mula memberi kesan yang baik kepada rakyat, khususnya pengundi. inshaAllah, segalanya akan berjalan lancar dan berada dalam keadaan siap siaga pada bila-bila masa sahaja PRU diadakan.

JIKA DIBERI PILIHAN, ADAKAH DATUK SERI INGIN MELI-HAT PRU DIADAKAN SEKARANG, DAN APAKAH KESAN LANGSUNG IA KEPADA RAKYAT KETIKA MEREKA BERGELUT DENGAN PELBAGAI USAHA MEMBENDUNG WABAK COVID-19 DAN KESAN LAINNYA?

AZH : Kita mendengar suara dan permintaan rakyat. Jika mereka mahukan PRU, ia mesti dilakukan segera. Jika mereka mahu ia dilewatkan dan memenuhi penggal yang ada, ia juga wajib diper-timbangkan. Tetapi dalam keadaan sekarang, mereka mahukan pilihan raya diadakan lebih awal bagi menentukan kesahihan kerajaan yang ada.

Ketidakstabilan politik mengheret rakyat lebih jauh je kancah ekonomi. Pada masa yang sama mengha-dapi Covid-19, mereka turut terjebak ke dalam arena politik tidak menentu, perebutan kuasa dan sebagainya. Biaupun saya rasa mereka sudah muak dengan semua ini, PRU adalah cara melenyapkan semua keraguan mengenai kuasa ini.

Jika PRU diadakan dalam masa terdekat, mereka akan bebas daripada satu dilema besar dalam hidup. Selepas itu, mereka boleh memberi tumpuan penuh kepada langkah pasca Covid-19 pula, iaitu pendekatan untuk memulihkan ekonomi sendiri manakala kerajaan mutlak dapat membina semula ekonomi negara secara lebih teratur dan berkesan.

APAKAH YANG DATUK SERI BOLEH PERINCIKAN MEN-GENAI BN, MN DAN PN INI, TERUTAMA PERANAN UMNO DI DALAM KERAJAAN PN PIMPINAN PERDANA MENTERI, TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN?

AZH : Saya sudah jelaskan berkali-kali bahawa penyertaan UMNO di dalam PN adalah melalui persefahaman di kalangan Ahli Parlimen (AP) saja, dan kita hanya akan menyokong PN sehingga PRU ke-15. Kita berbuat demikian bagi menyingkirkan kerajaan PH dan DAP, dan agar kuasa dikembalikan kepada Melayu yang bersifat “ke-Malaysia-an”, bukannya yang bersifat cauvinis perkauman. Ini cukup jelas. Biarpun pada dasarnya UMNO menyer-tai kerajaan (PN), ia hanya berlaku secara teknikal.

Bagaimanapun keadaan sudah berubah. Dengan hasrat Bersatu mahu menyertai MN, kita akan menja-di satu pakatan lebih besar dan kuat untuk survival Melayu dan Islam serta mewakili rakyat semua kaum secara lebih komited. Berkhidmat untuk rakyat men-jadi pegangan kuat kami, begitu juga parti mewakili bukan Melayu dalam BN.

Saya percaya Bersatu pimpinan Perdana Menteri berkongsi pendekatan yang sama dengan UMNO dan Pas. Kami untuk Malaysia, untuk semua bangsa. Keadilan dan pengiktirafan hak bersama akan diutamakan sampai bila-bila.

4

Page 7: SEMBOYAN PRU-15...tan rakyat sebagai ‘pemegamg taruh’ terakhir sebuah negara berdaulat. Di sesetengah negara, hal-hal terhasil berakibat pandemik ini menghasilkan suasana huru-hara,

APA PESANAN IKHLAS DATUK SERI KEPADA PENGUNDI SABAH, JUGA KEPADA PENGUNDI SLIM PADA PRK INI, SERTA AHLI UMNO SELURUH NEGARA?

AZH : Jika ingin melihat kembalinya hak yang dirampas, undilah BN untuk menjadi kerajaan. Jika inginkan masa depan yang lebih gemilang, peluang yang lebih gem-ilang, undilah calon BN. Peluang untuk anak cucu gener-asi akan datang. Berpandangan jauhlah, buang ke tepi segala sentimen yang merosakkan.

Page 8: SEMBOYAN PRU-15...tan rakyat sebagai ‘pemegamg taruh’ terakhir sebuah negara berdaulat. Di sesetengah negara, hal-hal terhasil berakibat pandemik ini menghasilkan suasana huru-hara,

00

DATUK DR. ASYRAF WAJDI DUSUKI

KETUA PERGERAKANPEMUDA UMNO

MALAYSIA

DATUK ZAHIDA ZARIK KHANKETUA PERGERAKANPUTERI UMNOMALAYSIA

oleh: Editor | [email protected]

EKSKLUS I F

M/S 7

M/S 11

Page 9: SEMBOYAN PRU-15...tan rakyat sebagai ‘pemegamg taruh’ terakhir sebuah negara berdaulat. Di sesetengah negara, hal-hal terhasil berakibat pandemik ini menghasilkan suasana huru-hara,

00

EKSKLUSIF BERSAMA

09

DATUK MENGETUAI BARISAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA PASCA PRU KE-14 SEWAKTU UMNO DAN BN BERGELAR PEMBANGKANG. INI CABARAN YANG TIDAK PERNAH DIHADAPI OLEH MANA-MANA KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA SEBELUM INI. BAGAIMANA DATUK GAMBARKAN SITUASI TERSEBUT?

AWD : Mengetuai barisan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia tatkala UMNO hilang kuasa di peringkat Persekutuan dan menjadi pembangkang hakikatnya bukan mudah. Pasca PRU-14 adalah keadaan yang baru bagi UMNO dan sayap Pemuda. Namun, Alhamdulillah, saya sentiasa yakin bahawa UMNO ini adalah parti keramat dan wadah perjuangan yang unggul. Dari pengalaman ini kita dapat belajar dan UMNO dapat berevolusi menjadi wadah yang lebih matang dan seiring dengan keadaan semasa.Kita insaf dengan ujian Allah ini dan segera memulakan proses penyucian serta mengambil peluang untuk memperbaiki segala keterlanjuran dan kekhilafan lampau, sekaligus membawa UMNO ke landasan asal perjuangannya. Saya berbangga dengan anak-anak muda UMNO yang menjiwai slogan yang kami jadikan mantra peniup semangat iaitu ‘PEMUDA TERAS KEBANGKITAN’ dan ‘BAN-GKIT KEMBALI’.

BERDASARKAN KRONOLOGI, MUAFAKAT NASIONAL (MN) TEMETERAI TANGGAL 14 SEPTEMBER 2019. MANAKALA KONGRES MARUAH MELAYU (KMM) YANG MENGHIMPUNKAN PARTI-PARTI BANGSA MELAYU TERMASUK MN DAN PPBM TELAH BERLANSUNG PADA 6 OKTOBER 2019. KERAJAAN PAKATAN HARAPAN (PH) TERKUBUR PADA TANGGAL 24 FEBRUARI 2020 BERAKI-BAT PERLETAKAN JAWATAN TUN MAHATHIR MOHAMAD SELAKU PERDANA MENTERI DAN PENGERUSI PPBM PADA HARI YANG SAMA. KERAJAAN BAHARU PERIKATAN NASIONAL (PN) TERTUBUH PADA 10 MAC 2020 SETELAH YANG DI-PERTUAN AGONG (YDPA) BERKENAAN PERLANTIKAN JEMAAH MENTERI YANG DICADANGKAN OLEH YAB PERDANA MENTERI, TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN. SECARA HALUS, KELIHATAN USAHA MEMBEN-TUK “SEBUAH KERAJAAN MELAYU” TELAH DISUSUN SEDEMIKIAN RUPA WALAUPUN ADA PIHAK YANG MENAFIKANNYA. BOLEH DATUK BERI PANDANGAN.

AWD : Apa yang berlaku hakikatnya di luar perenca-naan UMNO. Siapa sangka Tun Dr. Mahathir letak jawatan pada 24 Februari lalu sekaligus merobohkan kabinet dan kerajaan PH yang hanya sempat berkua-sa selama 22 bulan. Semua ini berlaku kerana perbal-ahan dalaman antara parti-parti komponen PH yang berterusan berantakan sejak mula menubuhkan kera-jaan, berebut kuasa dan jawatan Perdana Menteri. Kononnya berjuang untuk rakyat, tetapi apabila mendapat kuasa mula memungkiri janji manifesto pilihanraya yang ditawarkan sehinggalah mula angkuh mencabar dan merobek asas-asas kekuatan negara sebagaimana yang disemangati melalui Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara dengan memainkan sentimen agama dan perkau-man.

7

KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA

Page 10: SEMBOYAN PRU-15...tan rakyat sebagai ‘pemegamg taruh’ terakhir sebuah negara berdaulat. Di sesetengah negara, hal-hal terhasil berakibat pandemik ini menghasilkan suasana huru-hara,

00

Natijahnya, rakyat terutamanya orang Islam dan Melayu-Bumiputera mula merasa tercabar bahkan sedikit demi sedikit gelisah dan resah apabila pelbagai insiden penghinaan kepada agama, raja-raja dan bangsa Melayu termasuklah kesediaan menggadai maruah Negara dengan meratifikasi pelbagai konvensyen antarabangsa termasuk ICERD, Statut Rom atas nama ‘hak asasi manusia’ yang jelasnya merobek kerukunan negara yang selama ini harmoni walaupun berbilang agama dan kaum.Sebab itulah apabila peluang terhi-dang untuk kita menubuhkan kerajaan yang telah runtuh UMNO bersama rakan komponen BN dan sahabat Muafakat Nasional PAS, bersedia untuk melakukan pengorbanan dan berjiwa besar untuk menyelamatkan negara dengan mencalonkan Tan Sri Muhyid-din Yassin sebagai Perdana Menteri. Walaupun hakikatnya BN adalah blok terbesar dalam gabungan parti-parti yang bekerjasama untuk membina kembali kerajaan yang runtuh akibat perletakan jawatan Tun Mahathir.Saya ingat lagi antara hujah ketika kami barisan kepimpinan tertinggi parti berbincang untuk membuat keputu-san, adalah untuk berkompromi dari segi jawatan perdana menteri dengan meletakkan kepentingan rakyat terlebih dahulu demi menyelamatkan negara daripada berterusan berkrisis dan berpolemik hingga memudarat-kan ekonomi dan kestabilan sosial negara.

Parlimen masih berterusan. Saya tidak sedikit pun rungsing dengan 43 orang Ahli Parlimen BN (termasuk bebas) dan 18 Ahli Parlimen PAS. Ini kerana yang tinggal dalam UMNO ketika ini adalah mereka yang tidak sesekali mengkhi-anati parti setelah melalui proses penya-ringan selama 22 bulan pembangkang. Tetapi apa jaminan Ahli-Ahli Parlimen yang punya sejarah melompat yang kini ramai Bersama PPBM, gabungan parti-parti di Sabah dan Sarawak? Negara tidak selamanya boleh dibiar-kan kelihatan tidak stabil atas faktor kecelaruan politik sebegini terutamanya dalam usaha kerajaan untuk kembali meyakinkan pelabur dalam dan luar negara untuk melabur di negara kita sekaligus menjana semula ekonomi yang kian merosot pasca PKP akibat Covid-19.Sebab itulah jentera Pemuda UMNO sudah mula diarahkan untuk digerakkan di seluruh negara. Dalam tempoh dua bulan ini, Pusat akan mula melakukan siri-siri latihan pilihan raya berasaskan manual pilihan raya yang kita bangunk-an berpandu kepada pengalaman melalui siri-siri pilihan raya kecil lalu.

DIMANAKAH SEBENARNYA PENDIRIAN PEMUDA UMNO; MN ATAU PN, MENGA-PA?

AWD : Pemuda UMNO mendokong keputusan tertinggi parti yang telah menyatakan dengan tegas untuk terus mempertahankan kerajaan PN yang kita bangunkan bersama hasil keruntuhan kerajan PH lalu sehingga PRU ke-15. Namun untuk berhadapan dengan pilihan raya, asas yang kita letakkan ialah keindukan ‘Melayu-Bumiputera-Is-lam’ harus diutamakan. Sebab itulah apa jua keputusan untuk menghadapi PRU, kita harus bersama dengan PAS sebagaimana Piagam Muafakat Nasion-al yang dimeterai sebagai asas kekua-tan untuk mempertahankan prinsip ini. Ini tidak pula bermakna kita meninggal-kan rakan-rakan sejati dan setia kita dalam BN yang hakikatnya sudah pun bersetuju untuk mendokong kerjasama MN dengan PAS. Cuma kita juga tidak sesekali mahu menyisihkan rakan baru kita daripada PPBM mahupun bekas-bekas parti komponen BN di Sarawak.Ketika inipun perbincangan sedang dan masih berlangsung berkenaan bentuk dan model kerjasama termasuklah soal yang paling sensitif berkenaan dengan pengagihan kerusi. Apa pun, Pemuda berpendirian tegas dalam kita

SUDAH JADI RAHSIA UMUM BAHAWA KERAJAAN PN TERBENTUK HANYA DENGAN PERBEZAAN TIPIS ANTARA 1 KE 4 KERUSI SAHAJA DAN INI MEMBERI TEKANAN KEPADA PN TERUTAMA UNTUK MENJALANKAN SIDANG DEWAN RAKYAT SEPERTI YANG TELAH DIJADUALKAN. DALAM KEADAAN INI UMNO DILIHAT SECARA SEMULAJADI MEMPERSIAGAKAN DIRI ATAU BERADA DALAM “MODE” MENGHADAPI PILIHAN RAYA UMUM (PRU) PADA BILA-BILA MASA. APA PERSEDIAAN PEMUDA DI BAWAH KEPIMPINAN DATUK, DAN YANG LEBIH UTAMA ADAKAH PEMUDA UMNO SUDAH BERSEDIA UNTUK HADAPI PRU?

AWD : Kami Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia berpendirian PRU sebagai pilihan terakhir jika tiada lagi jalan untuk memastikan kestabilan kerajaan yang ketika ini berterusan diasak dan digasak Pembangkang. Apatah lagi jika proses ‘tawar-menawar’ dan ‘jual-beli’ Ahli-Ahli

8

Page 11: SEMBOYAN PRU-15...tan rakyat sebagai ‘pemegamg taruh’ terakhir sebuah negara berdaulat. Di sesetengah negara, hal-hal terhasil berakibat pandemik ini menghasilkan suasana huru-hara,

00

bersepakat untuk menghadapi PRU, membentuk kerajaan yang kuat demi kestabilan negara, prinsip dan maruah UMNO serta BN tidak boleh sesekali dikompromikan.

KRISIS COVID-19 BELUM PULIH SEPENUHNYA DAN DIJANGKA BERLARUTAN ANTARA 2 KE 5 TAHUN MENDATANG BERGANTUNG KEPADA USAHA MENEMUKAN VAKSIN KE ATASNYA. SEPANJANG TEMPOH TERSE-BUT DIJANGKA LEBIH SATU JUTA PEKER-JA DAN SEBAHAGIAN BESAR DARINYA ADALAH “ORANG MUDA” BAWAH UMUR 40 TAHUN AKAN TERKESAN. BAGAIMANA DATUK LIHAT PERKARA INI DAN GESAAN TERHADAP PIHAK-PIHAK BERKAITAN TERUTAMA KERAJAAN?

AWD : Ya, sememangnya dalam tempoh 3 hingga 6 bulan akan datang adalah saat paling getir buat rakyat untuk kembali menyesuaikan diri dalam kehidupan yang kian men-cabar lantaran kegawatan ekonomi semasa pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat Covid-19. Ramai rakyat yang kehilangan peker-jaan, apatah lagi graduan-graduan dari kalangan anak muda yang baru ingin mengorak langkah ke alam kerjaya terpaksa mengharungi waktu yang sukar tatkala negara dilanda krisis ekonomi akibat pandemik ini.Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang menyumbang lebih separuh pekerjaan dalam ekonomi negara juga dalam keadaan yang kritikal. Saya pernah sebutkan “winter is coming”. Alhamdulillah, terima kasih dengan usaha kerajaan melalui inisiat-if PRIHATIN dan PENJANA yang mem-beri fokus kepada kebajikan rakyat dan mengembalikan kedudukan kukuh ekonomi negara seperti pembe-rian tunai melalui ‘Bantuan Prihatin Nasional’ (BPN) dan ‘Geran Khas’ untuk peniaga kecil. Pemuda UMNO amat berterima kasih. Saya percaya bahawa ekonomi bergerak dengan tunai sebagai “darah dan oksigen’ yang menggerakkan ia. Tanpa tunai, ekonomi akan terhenti dan rakyat tidak dapat berbelanja. Pelan yang baik seperti ini harus diteruskan dan diperhalusi lagi oleh pihak kerajaan agar tidak satu golongan pun yang tercicir dalam pakej stimulus ekonomi ini seterusnya dapat menstabilkan kembali ekonomi negara dalam norma baharu pasca COVID-19 ini.

Namun semua inisiatif yang diren-canakan hanya mampu direalisasikan secara berkesan sekiranya iklim politik negara tenang dan tiada usaha-usa-ha yang boleh mencetuskan kembali krisis politik yang mengharu-birukan negara.

ADAKAH FAKTOR COVID-19 AKAN BERI KESAN PEMBOLEHUBAH KEPUTUSAN PRU TERUTAMA PETI UNDI SALURAN MUDA JIKA DILANGSUNGKAN DALAM WAKTU TERDEKAT?

AWD : Sedikit sebanyak faktor pande-mik ini memberi kesan kepada keputu-san PRU terutama peti undi saluran muda jika dilangsungkan dalam waktu terdekat. Anak muda kini lebih celik dalam mendepani ‘Revolusi Industri 4.0’ dan segala maklumat serta infor-masi di hujung jari mereka dengan kemudahan teknologi gajet yang sedia ada. Mereka sentiasa memerha-ti tindakan dan inisiatif kerajaan dalam membantu mereka ketika mengha-rungi krisis ekonomi era pandemik ini.Kerajaan akan dilihat popular jika dapat merangka ‘sustainable eco-nomic plan’ yang memberi kesan posi-tif dalam membantu mereka mende-pani krisis ini. Mereka sudah muak dengan permainan politik yang dilihat negatif, perebutan takhta dan kuasa seperti yang berlaku dalam kerajaan sebelum ini. Anak muda kini mahukan kerajaan yang sentiasa telus dan men-dengar denyut nadi mereka, mement-ingkan kebajikan anak muda serta sentiasa membantu mereka untuk mendepani era globalisasi pandemik ini. Jika kerajaan dapat memenangi hati mereka dengan cara yang berke-san, tidak mustahil undi saluran muda akan memihak kepada kerajaan sedia ada pada PRU-15 yang akan datang.

ANTARA YANG DIJANGKA DIBAHAS-KAN DALAM SIDANG DEWAN RAKYAT AKAN DATANG ADALAH #UNDI18 DAN PELAKSANAANNYA. BAGAIMANA DATUK LIHAT IA BERI KELEBIHAN ATAU KEKURANGAN KEPADA UMNO KHUSUS-NYA, DAN ANAK MUDA NON-PARTISAN AMNYA.

AWD : #Undi18 ini harus diteliti pelaksa-naanya. Kita menyedari komponen rakyat mula didominasi oleh segmen pengundi muda. Realitinya lebih 14

9

Page 12: SEMBOYAN PRU-15...tan rakyat sebagai ‘pemegamg taruh’ terakhir sebuah negara berdaulat. Di sesetengah negara, hal-hal terhasil berakibat pandemik ini menghasilkan suasana huru-hara,

juta daripada 32.6 juta rakyat Malaysia adalah anak muda. Pada PRU-14 yang lepas, masih ramai rakyat yang terting-gal dari menjalankan hak demokrasi mereka. Laporan SPR menyebut sera-mai 3.6 juta individu dikenalpasti masih belum mendaftar sebagai pemilih dan ini satu perkara yang sangat membim-bangkan.Demokrasi anak muda perlu diberikan secara menyeluruh di samping mem-berikan ruang dan peluang yang seluasnya kepada pengundi baharu hak untuk memilih kerajaan. Dijangka tambahan lebih 1.5 juta pengundi muda yang layak untuk mendaftar sebagai pemilih pada PRU yang akan datang. Namun, pelaksanaan perlu diteliti dan diperhalusi agar ia tidak menjadi rumit untuk dilaksanakan dengan berpandukan kemampuan sistem pendaftaran undi yang dijalank-an oleh SPR.Sama ada ia beri kelebihan atau tidak kepada UMNO, kami serahkan kembali mandat dan hak untuk memilih kepada rakyat khususnya anak muda. Pemuda UMNO Malaysia akan terus kekal fokus mendekati anak muda yang punya kerencaman pemikiran dan kepelbagaian perawakan seiring dengan pindaan umur pengundi muda bawah 18 tahun. Kami sentiasa komited dalam menyantuni, menden-gar denyut nadi mereka, sentiasa memberi perhatian dan tidak mencicir-kan mereka dalam arus pemodenan abad yang ke-21 ini.

noktah. Yang penting Pemuda mesti terus berpegang kepada idealisme perjuangan yang luhur dan tidak mudah hanyut dan alpa dengan kemewahan dan mengejar kedudukan. Cukuplah 22 bulan menjadikan kita insaf betapa besarnya pengajaran Allah SWT agar kita sentiasa beringat tatkala berada di puncak, jangan sesekali lupa melihat ke bawah kerana hakikatnya kita akhirnya berasal daripada tanah yang hanya punya makna bila kita bermaruah dan punya roh perjuangan.

NASIHAT DAN HARAPAN DATUK KEPADA AHLI PEMUDA KHUSUSNYA DAN “ORANG MUDA” NON-PARTISAN SECARA AMNYA.

AWD : Harapan saya buat kepada semua ahli-ahli Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia agar sentiasa istiqamah dalam perjuangan parti keramat kita ini. Kita perlu terus menjadi penyambung lidah rakyat, mendengar denyut nadi rakyat dan membawa suara hati rakyat secara tegas tanpa rasa gundah dan ragu-ragu. Kita harus dekat dengan anak-anak muda dan sentiasa bersama mereka terutamanya memperjuangkan nasib dan masa depan mereka dengan ikhlas dan dilihat ikhlas tanpa mengenal agama atau bangsa, umur mahupun pegangan politik.Slogan ‘Pemuda Bangkit Kembali’ dan ‘Pemuda Teras Kebangkitan’ hakikatnya masih relevan walaupun kini kita sudah menjadi kerajaan kerana perjuangan untuk rakyat ini hakikatnya tidak ada titik

10

Page 13: SEMBOYAN PRU-15...tan rakyat sebagai ‘pemegamg taruh’ terakhir sebuah negara berdaulat. Di sesetengah negara, hal-hal terhasil berakibat pandemik ini menghasilkan suasana huru-hara,

EKSKLUSIF BERSAMA

09

APA KHABAR DATUK? SEMOGA TERUS DIBERIKAN KEKUATAN DALAM MENGENDALI SAYAP TERMUDA UMNO, PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA DAN RASANYA TIDAK TERLALU LEWAT UNTUK MENGUCAPKAN SELAMAT HARI ULANG TAHUN KELA-HIRAN PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA YANG KE-19.

ZZK : Alhamdulillah, terima kasih dan sekali lagi saya berterima kasih atas ucapan ulang tahun kami.

PP : KITA BARU MELEPASI GARIS KRITIKAL KRISIS COVID-19, DARI PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) YANG KETAT HINGGA KE “BERSYARAT” DAN KINI “PEMULIHAN”. NAMPAK ADA SEDIKIT KELEGAAN DARI RAKYAT SECARA AMNYA. TAPI KITA SEDANG MENANTI KESAN YANG LEBIH TERUK SAMA ADA SOSIAL MAHU PUN EKONOMI. KESAN SOSIO-EKONOMI INI DIJANGKA SAMA ATAU LEBIH TERUK DARI “THE GREAT DEPRESSION” TAHUN 1930-AN. APA PANDANGAN DATUK DENGAN KESAN SOSIO-EKONOMI YANG BAKAL MELANDA NEGARA KITA KHUSUS-NYA PASCA COVID-19?

ZZK : Kita mesti akui kejayaan kerajaan kita memerangi wabak Covid-19. Kita lebih berjaya berbanding banyak negara lain.termasuk negara majuseperti Amerika Syarikat dan Eropah. Dalam menangani masalahekonomi pasca Covid-19 ini ia lebih mencabar, itu sudah pasti. Kita sudah pun mendengar angka pengangguran semakin meningkat.kini melebihi 5 peratus dan tak mus-tahil mencecah angka 1 juta orang. Terus terang, ia amat menakutkan.. Sedikit analogi - harga barang keperluan meningkat tetapi barang yang kita nak jual jatuh harganya. Ini termasuk minyak dan sawit (komodi-ti utama) kita. Begitu juga pasaran saham, hartanah dan kejatuhan nilai ringgit.semua ini menyebabkan kesukaran besar kepada rakyat.Kita tidak dapat jangka berapa lama ekonomi dunia akan pulih.seperti di zaman “great economic depres-sion” dulu. Ibarat kebimbangan seorang ibu bukan hanya tentang kelaparan dirinya sahaja tetapi juga memikirkan kelaparan anak-anaknya. Sesungguhnya ini amat menakutkan. Namun, kita juga amat yakin dan berterima kasih kepada kerajaan “of the day” yang prihatin terutama soal kelangsungan hidup rakyatnya dalam pelan stimulus ekonomi yang tidak meninggal-kan mana-mana pihak sekali pun dalam negara ini. Dari yang bekerja harian dan makan gaji hinggalah peniaga kecil-kecilan hingga kepada syarikat-syarikat yang sudah pasti terkesan berakibat wabak ini.

11

KETUA PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA

Page 14: SEMBOYAN PRU-15...tan rakyat sebagai ‘pemegamg taruh’ terakhir sebuah negara berdaulat. Di sesetengah negara, hal-hal terhasil berakibat pandemik ini menghasilkan suasana huru-hara,

lama lagi moratorium bayaran ansuran bank akan berakhir. Mungkin setiap hari akan ada isu baru yang menyebabkan orang lupa kebaikan sebelum ini. Kera-jaan tidak boleh leka dan lari dari permasalahan utama ini. Isu politik bukan segalanya.

PUTERI UMNO SERING DILIHAT SEBAGAI “ANAK” ATAU “ADIK BONGSU” DALAM PARTI TERTUA DI NEGARA INI. TIDAK KURANG YANG MELIHAT PERANAN PUTERI TIDAK LEBIH DARI PELENGKAP KEPADA UMNO YANG DISUSUN SEDEMIKIAN RUPA DENGAN KEUTAMAAN DIBERI KEPADA YANG LEBIH ‘SENIOR’ BERBANDING ‘JUNIOR’. FAKTOR ‘HIERARKI’ MENDOMI-NASI BERBANDING ‘MERITOKRASI’. ADAKAH INI MENJADI FAKTOR MEN-GHALANG PUTERI DILIHAT LEBIH BERKE-SAN SAMA ADA DARI GERAKERJA PARTI ATAU LAIN-LAIN TERMASUK PEMILIHAN JAWATAN DALAM PARTI, KERAJAAN ATAU SYARIKAT-SYARIKAT TERKAIT KERA-JAAN (GLC), APATAH LAGI SEBAGAI CALON MEWAKILI PARTI SEWAKTU PILIHAN RAYA UMUM ATAU KECIL?

ZZK : Kami adalah sayap parti. Seperti Pergerakan Pemuda UMNO, ia adalah landasan untuk gerak kerja kita menye-lami dan merekrut rakan sebaya dalam perjuangan kita. Platform ini juga sebagai asas melatih kita berorganisasi. Rasanya kita tidak boleh campur adu-kannya dengan kedudukan dalam kera-jaan. Ini termasuk dalam GLC. Lagi pun secara kritikal kami tak mahu dilihat kami pun nak bersaing dalam memenuhi kerusi-kerusi GLC seperti ahli politik lain. Begitu juga sebaliknya dalam banyak hal melibatkan banyak perkara termasuk soal calon.

SUDAH ADA BUNYI-BUNYI MENGATAKAN ‘SNAP ELECTION’ (PILIHAN RAYA MENGE-JUT) AKAN BERLAKU JIKA MASIH WUJUD GERAKAN MAHU MENGUBAH KERAJAAN DARI PN DI BAWAH PIMPINAN YAB TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN KEPADA KERA-JAAN BAHARU. DITAMBAH PULA DENGAN PILIHAN RAYA NEGERI (PRN) SABAH YANG AKAN DIADAKAN SEBELUM HUJUNG TAHUN INI MENGIKUT LUNAS UNDANG-UNDANG DAN PERUNTUKAN PERLEMBAGAAN NEGARA. APA KOMEN DATUK?

ZZ : Suka atau tidak, kita kena bersedia berhadapan dengan kebarangkalian ‘snap election’. Mandat kerajaan (PN) melalui ‘hung parliament’ adalah tidak stabil. Kini ada pulak isu legitimasi sama

GLOBAL DIGITAL INDEX REPORT 2018 OLEH GLOBAL WEBINDEX MENUNJUKKAN LEBIH 4 BILION PENGGUNA SOSIAL MEDIA SELURUH DUNIA DAN LEBIH 3 BILION ADALAH PENGGUNA AKTIF. DARI JUMLAH TERSEBUT LEBIH 50 PERATUS PENGGUNA ADALAH BERUMUR 40 TAHUN KE BAWAH. DI MALAYSIA, SOSIAL MEDIA MENJADI PENTAS UTAMA TERUTAMA ANAK MUDA MELEPASKAN PERASAAN. DENGAN SITU-ASI NEGARA HADAPI COVID-19 DAN KEHANGATAN POLITIK TANAH AIR TENTANG KERAJAAN BAHARU PERIKATAN NASIONAL (PN), APA DAPATAN PERIBADI DATUK TENTANG ‘MOOD’ ANAK MUDA MALAYSIA?

ZZK : Tidak dinafikan. Malaysia adalah negara penggunaan media digital antara yang tertinggi di dunia.termasuk media sosial. Ada baik dan buruknya. Baik kerana ia memudahkan kita menyebarkan maklumat. Buruk kerana sekiranya maklumat itu palsu. Ia juga mudah tersebar dan mendatangkan gejala baru. Maklumat membentuk ‘opinion’ (pendapat). Opinion memben-tuk persepsi. Persepsi negatif boleh meruntuhkan masyarakat.Zaman susah seperti pasca Covid-19 ini segalanya boleh menjadi sensitif. Rakyat boleh hilang rasional dan menjadi emosi atas banyak perkara. Semua ini boleh menggugat keselamatan dan kestabi-lan politik, ekonomi dan sosial. Perkara ini perlukan perhatian pihak berkaitan teru-tama kerajaan. Secara peribadi saya amat berharap agar perkembangan emosi anak muda mendapat perhatian khusus oleh kerajaan terutama perkara berkaitan ruang dan peluang pekerjaan bagi kelangsungan hidup mereka. Kita tidak mahu media sosial menjadi alat atau platform digunakan oleh anak muda negara ini untuk melampiaskan emosi seterusnya membangkitkan satu revolusi yang tidak sihat. Sebaliknya media sosial boleh dijadikan platform yang baik untuk kelangsungan hidup seperti ‘digital economy;. Saya yakin kerajaan akan fikirkan yang terbaik untuk rakyatnya. Setakat ini saya mera-sakan bahawa pandangan orang muda terhadap kerajaan PN agak baik,Pertama, kerana cara ia menguruskan wabak Covid-19 dengan cemerlang. Kedua, kerana pakej stimulus eknomi yang tidak meminggirkan golongan ini. Namun demikian saya kurang pasti berapa lama persepsi ini boleh bertah-an. Ia boleh menjadi seperti ais, yang mudah cair dan bertukar menjadi wap. Masa dan persepsi boleh mengubah segalanya. Rakyat mudah lupa. Tidak

12

Page 15: SEMBOYAN PRU-15...tan rakyat sebagai ‘pemegamg taruh’ terakhir sebuah negara berdaulat. Di sesetengah negara, hal-hal terhasil berakibat pandemik ini menghasilkan suasana huru-hara,

ada kerajaan (PN) sekarang memiliki majoriti yang sah atau tidak? Ada yang mengingatkan rakyat dulu keluar mengundi untuk PH memerintah, bukan kerajaan sekarang ini (PN). Ini semua mewujudkan persepsi yang tidak baik kepada pelabur dan dunia perniagaan. Tiada polisi yang boleh bertahan lama. Jangka hayat kera-jaan, menteri dan mereka yang pegang GLC tadi turut dikhuatiri. Pilihan terbaik ialah ‘sanp election’ - iaitu mendapatkan semula mandat baru dari rakyat.

BAGAIMANA PERSEDIAAN PUTERI JIKA ‘SNAP ELECTION’ BERLAKU DALAM WAKTU TERDEKAT?

ZZ : Jujur, buat generasi kami, tiada siapa yang ada pengalaman men-gendalikan ‘snap election’ lebih-lebih lagi sewaktu Covid-19 masih belum betul-betul lega. Namun kalau perlu diadakan kita terpaksa menghadap-inya. Sama ada bersedia atau tidak. Baru-baru ini Korea Selatan telah men-gadakan piilihan raya. Kita boleh bela-jar dari pengalaman mereka. Secara peribadi, jujur bahawa UMNO “have nothing to lose” dan “we have nothing to fear”.Kita kena hadapinya. Dalam situasi sekarang tindakan dan kebijaksanaan pemimpin amat kritikal.bukan sekadar pada kekuatan parti semata-mata.

NASIHAT DATUK KEPADA AHLI PUTERI DALAM KEADAAN POLITIK YANG TIDAK STABIL HARI INI.

ZZK : Nasihat saya, kita semua mesti bersedia menghadapi apa jua kemu-ngkinan.waktu bergelora - kapal dilau-tan tetap kena belayar. Setiap kesusa-han pasti ada hikmah yang tersem-bunyi.

NASIHAT DATUK KEPADA AHLI PUTERI DALAM KEADAAN POLITIK YANG TIDAK STABIL HARI INI.

ZZK : Nasihat saya, kita semua mesti bersedia menghadapi apa jua kemu-ngkinan.waktu bergelora - kapal dilau-tan tetap kena belayar. Setiap kesusa-han pasti ada hikmah yang tersem-bunyi.

13

Page 16: SEMBOYAN PRU-15...tan rakyat sebagai ‘pemegamg taruh’ terakhir sebuah negara berdaulat. Di sesetengah negara, hal-hal terhasil berakibat pandemik ini menghasilkan suasana huru-hara,

00

MINDA

Page 17: SEMBOYAN PRU-15...tan rakyat sebagai ‘pemegamg taruh’ terakhir sebuah negara berdaulat. Di sesetengah negara, hal-hal terhasil berakibat pandemik ini menghasilkan suasana huru-hara,

0010

PRK SLIM MEDAN

RAKYAT AKAN NILAI

CARI TITIK PERSAMAANBN, PAS & BERSATU

BEBAS TUBUH PARTI BAHARU

“...ada hikmahnya PRK ini. Titik persamaan akan

menjadi keutamaan atau kebersamaan untuk

menentukan kerjasama selama ini...”

“ Sekiranya ia dilihat agenda nepotisme, kronisme

dan peribadi, ia pasti ditolak. Lebih parah lagi

kiranya ia bersekongkol dengan DAP...

pasti ditalkinkan awal ”

DATUK SERI DR. AHMAD ZAHID HAMIDIPENGERUSI BN

TAN SRI ANNUAR MUSASETIAUSAHA AGUNG BN

BN SEDIA BERDEPANCALON PH ATAU MESRA PH

TIDAK KIRA SIAPA...

“...kita alu-alukan sebarang pertandingandaripada pihak lawan baik dari PH atau

mereka yang mungkin nak berkawandengan PH. Yang penting kita nak

menangkan calon kita dan ituakan menjadi fokus kita...”

SHAHRIL HAMDANKETUA PENERANGAN UMNO MALAYSIA

Page 18: SEMBOYAN PRU-15...tan rakyat sebagai ‘pemegamg taruh’ terakhir sebuah negara berdaulat. Di sesetengah negara, hal-hal terhasil berakibat pandemik ini menghasilkan suasana huru-hara,

0011

MUAFAKAT NASIONALTERBUKA UNTUK SEMUA

ASALKAN BERSEDIA TERIMAPRINSIP YANG DIGARISKAN

“ Sesiapa sahaja dialu-alukan menyertai Muafakat Nasional jika bersedia menerima segala prinsip dan nilai teras yang digaris serta

dikongsi bersama”

“ Golongan wanita antara yang terkesan teruk apabila dilaporkan 72.2% wanita kehilangan pekerjaan sehingga hari ini, ditambah pula dengan impak penularan wabak Covid 19 yang melanda negara. ”

DATUK DR. ASYRAF WAJDI DUSUKIKETUA PERGERAKAN PEMUDAUMNO MALAYSIA

BERI PERHATIAN KEPADAWANITA DAN IBU TUNGGALYANG HILANG PEKERJAAN

ZAHIDA ZARIK KHANKETUA PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA

Page 19: SEMBOYAN PRU-15...tan rakyat sebagai ‘pemegamg taruh’ terakhir sebuah negara berdaulat. Di sesetengah negara, hal-hal terhasil berakibat pandemik ini menghasilkan suasana huru-hara,

BUALBICARA

YB DATUK SERISYED IBRAHIMSYED AHMAD

bersama

EXCO Kerajaan Negeri PahangADUN Kedrau

Jika ada yang bertanya negeri manakah melahirkan ramai nama-nama pahlawan Melayu terbilang terutama di zaman penjajahan Inggeris sekitar abad ke-18, jawapannya adalah Pahang.

Sejarah melakar nama besar pahlawan Melayu Pahang seperti Datuk Bahaman, Tok Gajah, Tok Raja, Mat Kilau dan Mat Lela yang gagah berani menentang penjajah Inggeris di Semenanjung Tanah Melayu. Antara nama-nama pahlawan besar ini, Tok Gajah adalah terpopular hingga Pahang sering disebut sebagai ‘Negeri Tok Gajah’ - bukan kerana banyak-nya haiwan besar ini di negeri terluas dalam Semenanjung Tanah Melayu, sebaliknya kerana ketokohan pahlawan Tok Gajah atau nama sebenarnya Imam Rasu bin Shahrum memper-tahankan bumi Pahang serta taat-setia tidak berbelah bahagi beliau curahkan terhadap raja terutama Sultan Ahmad Al-Mu’adzam Shah iaitu Sultan Pahang 1 yang memerintah dari tahun 1882 ke 1914. Atas ketokohan inilah Imam Rasu turut dikurniakan gelaran “Imam Perang Indera Gajah Perang”.

oleh: Editor | [email protected]

17

Page 20: SEMBOYAN PRU-15...tan rakyat sebagai ‘pemegamg taruh’ terakhir sebuah negara berdaulat. Di sesetengah negara, hal-hal terhasil berakibat pandemik ini menghasilkan suasana huru-hara,

Kisah ini diungkap oleh tokoh politik negeri ‘Tok Gajah’ iaitu YB Datuk Seri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad, Adun Kawasan Kedrau merangkap Exco Kerajaan Negeri Pahang bagi menggambarkan betapa eratnya hubungan langsung rakyat negeri ini dengan pemimpin kerajaan dan institusi kesultanan negeri. Tidak mustahil atas semangat dan perjuangan inilah antara lain formula kejayaan Barisan Nasional (BN) Negeri Pahang terus memerintah tatkala satu negara menghadapi ‘gelombang tsunami’ yang men-yaksikan perubahan tampuk Kerajaan Persekutuan serta beberapa negeri lain pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu.

“Benar, PRU ke-14, (BN) Pahang telah berjaya memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dengan majoriti yang banyak dan mampu untuk tubuhkan sebuah kerajaan. Semua ini adalah berkat taufiq dan inayah daripada Allah SWT.“Walaupun demikian, dengan izin Allah (SWT) ada beberapa perkara yang telah menyebabkan BN khususnya UMNO memenangi kerusi Dun,” ujar Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad yang mesra dipanggil Syed Ibra sewaktu ditemui ketika kempen pilihan raya kecil (PRK) Dun N23 Chini rancak berjalan. Menguatkan hujahnya, Syed Ibra seterusnya mengg-ariskan lima elemen pendorong kejayaan besar BN Pahang pada PRU ke-14, iaitu:-Pertama, meminimumkan jurang perselisihan antara kepimpinan parti dari akar umbi hingga peringkat tertinggi dan mewujudkan kesefahaman tinggi antara kepimpinan parti dan ahli.

Kedua, kesungguhan kepimpinan parti bersa-ma wakil rakyat yang sedia ada melaksanakan segala dasar-dasar kerajaan yang bersifat mendahu-lukan kepentingan rakyat, kebajikan, pendidikan, ekonomi dan sosial terutamanya soal keagamaan. Ketiga, kesefahaman yang ditunjukkan oleh rakyat walaupun mereka mempunyai keperluan dan kesesakan semasa namun tidak sesekali akan meng-gadai kepentingan agama, tanah air, institusi diraja, soal anak bangsa, serta kebajikan semata-mata hanya untuk kepentingan individu. Keempat, mewujudkan kemesraan di antara kepimpinan dan rakyat serta mengurangkan jurang perbezaan selain sentiasa bersama merentasi faha-man kepartian telah mendorong UMNO terus relevan di Pahang. Kelima, slogan “Lihat Bukti Tiada Janji” yang dilancar-kan oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Pahang, YAB Datuk Seri Hj. Wan Rosdy Wan Ismail sebenarnya telah menjadi senjata hikmat dan tongkat sakti bagi kemenangan dalam PRU ke-14 itu. Membawa semangat ‘Tok Gajah’ dan lima garis pan-duan di atas, Syed Ibra yang juga merupakan Ketua Penerangan UMNO Negeri Pahang mengakui bahawa sebenarnya sikap tidak pernah leka walau-pun berada dalam kawasan dianggap kubu kuat ditambah gaya kepimpinan mantap digalas oleh YAB Datuk Seri Hj Wan Rosdy Wan Ismail adalah formula ampuh kejayaan besar mengharungi PRU ke-14 lalu.

“Ambil contoh PRK Dun Chini ini, walaupun Chini adalah tugu kuat UMNO/BN semenjak allahyar-ham Datuk Seri Abu Bakar Harun memenangi kerusi berkenaan namun kita tidak pernah ambil mudah (PRK ini).

“Setiap jentera disusun sedemikian rupa untuk memastikan kemenangan dapat dicapai dan bukan sekadar menang namun menang dengan penuh bergaya bagi meniupkan api semangat perjuangan parti. Kalau boleh, kita mahu menang dengan angka yang besar dari sebelumnya,” tegas Syed Ibra.

Sebelum Pena PUMAS mengakhiri bual bicara ini, Syed Ibrahim Syed Ahmad sempat mengajak seluruh rakyat negeri Pahang agar dapat membuat pertimbangan yang waras jika ditakdirkan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 berlaku pada bila-bila masa.“Dalam keadaan politik tanah air yang bergolak dan pantas ini, suka untuk saya berpesan kepada rakyat negeri Pahang yang juga merupakan bakal pengundi (PRU ke-15), janganlah mudah terpengaruh dengan janji dusta pembangkang, serta taburan fitnah yang menjadi lumrah mereka sedari dahulu. Marilah sama-sama kita bangkit menentang kerosakan yang telah mereka semai dalam benak pemikiran rakyat selama ini, mari kita katakan ‘tak nak fitnah’ dan ‘hancur kerakusan’.

“Mari kita pesan-pesankan juga kepada semua anak pinak kita, jiran tertangga kita, rakan taulan kita, belia-belia kita agar sama-sama kita ban-gkit membela agama kita, membela kedaulatan raja kita, mempertahankan keluhuran undang-undang kita, memperkukuhkan benteng negara kita serta memelihara kemuliaan anak bangsa kita. Inilah masanya untuk kita buktikan”.

18

Page 21: SEMBOYAN PRU-15...tan rakyat sebagai ‘pemegamg taruh’ terakhir sebuah negara berdaulat. Di sesetengah negara, hal-hal terhasil berakibat pandemik ini menghasilkan suasana huru-hara,

00

PERSPEKTIFOleh: Ariff Farhan Shah & Faiq Asyraf

PERSPEKTIF khas membawa dua anak muda badan bukan kerajaan (NGO), Syria Care yang pernah diterbangkan ke bumi bergolak Syria dalam satu misi bantuan kemanusiaan beberapa tahun dahulu.Ariff Farhan Shah (25) dan Faiq Asyraf (27) masing-masing berkongsi pengalaman cukup berharga dari bumi ambiya, Syria, dimana tanah air tersebut menjadi medan peperangan beberapa negara berlindung disebalik kekejaman peninggalan rejim Bashar Al Assad.

Kemanusian menjadi asas pandangan peribadi dua anak muda ini namun intipati penting tidak diting-galkan adalah persoalan bagaimana peranan kerajaan Malaysia yang tidak pernah jemu memberi segala bantuan apabila melibatkan dua organisasi utama dunia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Organi-zation of Islamic Countries (OIC).

Sejak dunia menghadapi pandemik Covid-19 dan penutupan sempadan negara-negara beberapa bulan lalu, kerajaan Malaysia turut menilai semula beberapa fungsi keterlibatan negara ini dengan misi kema-nusiaan termasuk di bawah program “United Nations High Commissioner for Refugees” atau singkatnya UNHCR.

Dua anak muda ini merumuskan pandangan yang amat bernas serta perlukan perhatian khusus dari kerajaan dan negara.

Page 22: SEMBOYAN PRU-15...tan rakyat sebagai ‘pemegamg taruh’ terakhir sebuah negara berdaulat. Di sesetengah negara, hal-hal terhasil berakibat pandemik ini menghasilkan suasana huru-hara,

00

Pergolakan yang berlaku di Syria telah bertahun lama berlaku, menjadi titik pertikaian antara kedaulatan negara ataupun kemanusiaan yang perlu diutamakan? Namun kita perlu melihat kembali soroton sejarah bermula pada zaman pemerintahan rejim Bashar Al Assad, dimana penindasan dan kezaliman menjadi keutamaan berbanding suara masyarakat sunni Islam.

Rentetan dari layanan kekejaman oleh pemimpin telah menyebabkan berlakunya kebangkitan rakyat Syria serta dipengaruhi oleh penunjuk perasaan “Arab Spring” seperti yang berlaku di Libya, Mesir dan Tunisia.

Tanggal 15 Mac 2011 menjadi detik hitam yang tidak dilupakan, sekumpulan pelajar di wilayah Dar’a telah menulis sesuatu di dinding dengan kata-kata yang menggesa rakyat untuk menjatuhkan kerajaan. Kemudian, pelajar tersebut telah ditangkap oleh pihak polis dan kemudiannya telah dilepas-kan namun dalam keadaan telah diseksa. Perkara ini telah menyebabkan masyarakat Dar’a turun kejalanan dan mengadakan demon-strasi. Ia bertambah buruk apabila pihak keselamatan telah menggunakan kekerasan seperti melepas-kan tembakan dan membunuh beberapa orang tanpa mengeluarkan sebarang amaran. Penyokong pembangkang mengambil senjata dan mengusir pihak keselamatan dari kawasan tersebut. Protes demosntrasi aman telah menjadi perang saudara apabila tentera Bashar Al Assad melakukan pem-bunuhan beramai-beramai.

Laporan yang diterima pada tahun 2015, seramai 210,000 yang telah menjadi mangsa korban peperangan, 1.5 juta mengalami cedera parah, 2,400 dikatakan telah hilang, 10.9 juta orang kehilan-gan tempat tinggal, 7.1 juta terpaksa berpindah dari kawasan peperangan untuk ketempat yang lebih selamat dan seramai 7.1 juta telah menjadi pelarian. Rentetan itu, ia telah menarik perhatian Pertubu-han Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) dalam membantu rakyat Syria yang telah menjadi mangsa keadaan konflik negara tersebut. NGO menganggap bahawa ban-tuan perlu diberikan adalah atas dasar hak asasi manusia dimana rakyat Syria yang terkesan telah kehilangan ahli keluarga, tempat tinggal, tiada sumber makanan dan sebagainya yang telah memaparkan mereka adalah mangsa keadaan.

Pada tahun 2016, Malaysia telah menyambut ketibaan kumpulan imigran Syria yang akan dibawa secara berfasa yang bermula pada tahun 2016 sehingga pada tahun 2018 dimana ia merupa-kan Program Penempatan Migran Syria di Malaysia. Keputusan yang dilakukan pada 1 Oktober 2015 apabila Perdana Menteri Malaysia semasa sesi ke-70 Perhimpunan Agung PBB telah menyatakan komitmen Malaysia untuk menerima seramai 3,000 orang imigran warganegara Syria dalam tempoh tiga tahun secara suka rela atas dasar ihsan dan peri kemanusiaan kepada rakyat Syria yang berde-pan konflik dan peperangan. Sepanjang pelaksanaan itu, beberapa NGO telah bergabung mewujud-kan “Tabung Kemanusiaan Program Penempatan Migran Syria” bagi mengumpul dan untuk penye-diaan keperluan asas sepanjang keberadaan migran Syria di Malaysia.

Oleh: Ariff Farhan Shah

20

Page 23: SEMBOYAN PRU-15...tan rakyat sebagai ‘pemegamg taruh’ terakhir sebuah negara berdaulat. Di sesetengah negara, hal-hal terhasil berakibat pandemik ini menghasilkan suasana huru-hara,

00

NGO yang terlibat dalam menghulurkan bantuan kemanusiaan antaranya adalah Malaysia Life Line for Syria, Rescue Syria, Syria Care dan sebagainya telah menyediakan ‘tapak’ dalam meng-hulurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Syria. ‘Tapak’ ini sudah pastinya dapat memastikan keberlangsungan bantuan dapat diberikan kepada rakyat Syria dan pada masa yang sama ia telah menunjukkan bahawa rakyat Malaysia mengambil berat akan pergolakan yang berlaku di Syria. Kebanyakan NGO melakukan aktiviti dari aspek bantuan perubatan, pendidikan, makanan, bekalan air bersih, bantuan susu bayi, baju sejuk dan sebagainya. Bantuan yang dihulurkan sudah pastinya dapat meringankan beban rakyat Syria dimana mereka perlu memenuhi keperluan hidup dengan sumber yang sangat sedikit.

Tidak disangkal bahawa langkah pihak kerajaan Malaysia akan bantuan kemanusiaan untuk diberikan kepada Syria patut diberi pujian. Namun menjadi tanda tanya, adakah kedaulatan negara Malaysia akan terjamin terutamanya apabila kerajaan Malaysia telah bersetuju dalam menerima 3,000 orang imigran warganegara Syria untuk berimigran di Malaysia. Bukankah tindakan itu secara tidak langsung memberi menganggu-gugat kedaulatan Malaysia?

Seperti yang diketahui, Malaysia dikenali sebagai sebuah negara berdaulat dan telah diktiraf oleh negara-negara luar dan telah mendapat sokongan di mana telah berjaya menyertai PBB. Kedaulatan Malaysia yang berupaya dalam mengurus hal ehwal dalam negeri dan kebebasan dalam mengadakan hubungan luar dan dasar luar. Dasar luar dilakukan bagi menjamin kedaulatan dan keselamatan negara. Sebagai sebuah negara yang berrdaulat, Malaysia mengutamakan semangat kerjasama dan berbaik-baik dengan semua negara tanpa mengira ideologi politik.

Namun penting untuk kita mengetengahkan bahawa Malaysia mempunyai masyarakat yang berbilang kaum dan bagi mengekalkan kewujudan negara bangsa merupakan kepentingan kedau-latan. Jati diri dalam sesebuah bangsa amat penting dalam mengukuhkan kedudukan dan bertahan daripada pengaruh luar yang boleh meruntuhkan. Sebagai contoh, negara Israel dimana asalnya hak milik bangsa Palestin, ianya bukan hak Yahudi atau Zionis. Negara ini menjadi negara Israel kerana campurtangan asing dan bangsa Palestin menjadi pengemis di negara sendiri. Seterusnya, sejarah bangsa Champa dimana mereka didesak oleh golongan Vietnam dan akhirnya ia berpecah menjadi sebuah identiti yang baru.

Kumpulan militan yang dikaitkan dengan “Ekstremis Negara Islam” atau dikenali sebagai IS yang mempunyai kubu kuat di Syria merupakan kegusaran oleh kerajaan Malaysia. Walaupun imigran yang dibawa masuk seramai 3,000 orang mematuhi segala pendokumentasian oleh pihak Malaysia, namun ia juga akan membuka peluang dalam membawa masuk pengikut IS untuk menetap di Malay-sia. Rentetan itu, beberapa warganegara Malaysia yang menetap di negara ini telah di ‘brainwash’ untuk berjuang di negara Syria dengan ‘tiket’ untuk memperjuangkan Islam di negara tersebut. Permasalahan Syiah juga menjadi kegusaran dimana ia bertentangan dengan fahaman agama Islam. Tindakan tersebut sudah pastinya akan menganggu gugat kesejahteraan negara Malaysia kerana agama Islam merupakan agama rasmi di negara ini dan jumlah penganut agama majoriti menjadikan rakyat Malaysia adalah ‘sasaran mudah’ untuk terlibat dengan aktiviti ekstremis Sun-nah-Syiah tersebut.

Bagaimanakah dengan negara Islam yang lain dalam membantu warga Syria dalam memberi bantuan kemanusiaan ataupun penerimaan migran? Walhal, Organizational of Islamic (OIC) atau dikenali sebagai Pertubuhan Kerjasama Islam yang dianggotai oleh 57 buah negara Islam di seluruh dunia. OIC bermatlamat dalam mengumpulkan sumber bagi bersatu tenaga untuk melindungi kepentingan dan memastikan kemajuan dan kebajikan umat Islam di seluruh dunia. Namun apa yang berlaku, hanya beberapa buah negara Islam sahaja, yang terlibat secara langsung dalam membantu isu Syria ini. Seharusnya, setiap anggota negara Islam perlulah berganding bahu dalam membantu dan menyelesaikan konflik yang berlaku di Syria. OIC juga perlu lebih lantang dalam PBB agar nega-ra-negara yang lain dapat membantu dalam menangani konflik kepimpinan Syria.

21

Page 24: SEMBOYAN PRU-15...tan rakyat sebagai ‘pemegamg taruh’ terakhir sebuah negara berdaulat. Di sesetengah negara, hal-hal terhasil berakibat pandemik ini menghasilkan suasana huru-hara,

00

Kesimpulannya, hak asasi manusia perlu kita perjuangkan tidak kira agama, bangsa atau pun negara, akan tetapi kedaulatan negara harus kita utamakan agar tidak wujud peribahasa “kera di hutan di susukan, anak di rumah mati kelaparan” tindakan prihatin Malaysia dalam menerima migran Syria lambat-laun akan menggoyahkan kedaulatan negara. Kedaulatan negara perlulah dijaga dalam memastikan keharmonian dan kesejahteraan negara ini dapat dikekalkan. Pada masa yang sama, bantuan kemanusiaan dalam memberikan barang keperluan bagi keberlangsungan kehidupan di kem Syria perlulah dilakukan dimana ia dibantu oleh NGO-NGO yang berdaftar dalam mengumpul-kan dana-dana untuk diberikan kepada warga Syria. Ia bukan sahaja dapat mengekalkan kedaulatan negara malah dapat melaksanakan hak asasi manusia untuk diberikan kepada rakayat Syria yang menjadi mangsa kekejaman konflik negara. Ungkapan “bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat” di mana negara-negara Islam perlu berganding bahu dalam membantu isu Syria ini dengan memberikan bantuan kemanusiaan kepada warga Syria agar matlamat OIC dapat dicapai.

Pergolakan yang berlaku di Syria telah bertahun lama berlaku, menjadi titik pertikaian antara kedaulatan negara ataupun kemanusiaan yang perlu diutamakan? Namun kita perlu melihat kembali soroton sejarah bermula pada zaman pemerintahan rejim Bashar Al Assad, dimana penindasan dan kezaliman menjadi keutamaan berbanding suara masyarakat sunni Islam.

Rentetan dari layanan kekejaman oleh pemimpin telah menyebabkan berlakunya kebangkitan rakyat Syria serta dipengaruhi oleh penunjuk perasaan “Arab Spring” seperti yang berlaku di Libya, Mesir dan Tunisia.

Tanggal 15 Mac 2011 menjadi detik hitam yang tidak dilupakan, sekumpulan pelajar di wilayah Dar’a telah menulis sesuatu di dinding dengan kata-kata yang menggesa rakyat untuk menjatuhkan kerajaan. Kemudian, pelajar tersebut telah ditangkap oleh pihak polis dan kemudiannya telah dilepas-kan namun dalam keadaan telah diseksa. Perkara ini telah menyebabkan masyarakat Dar’a turun kejalanan dan mengadakan demon-strasi. Ia bertambah buruk apabila pihak keselamatan telah menggunakan kekerasan seperti melepas-kan tembakan dan membunuh beberapa orang tanpa mengeluarkan sebarang amaran. Penyokong pembangkang mengambil senjata dan mengusir pihak keselamatan dari kawasan tersebut. Protes demosntrasi aman telah menjadi perang saudara apabila tentera Bashar Al Assad melakukan pem-bunuhan beramai-beramai.

Laporan yang diterima pada tahun 2015, seramai 210,000 yang telah menjadi mangsa korban peperangan, 1.5 juta mengalami cedera parah, 2,400 dikatakan telah hilang, 10.9 juta orang kehilan-gan tempat tinggal, 7.1 juta terpaksa berpindah dari kawasan peperangan untuk ketempat yang lebih selamat dan seramai 7.1 juta telah menjadi pelarian. Rentetan itu, ia telah menarik perhatian Pertubu-han Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) dalam membantu rakyat Syria yang telah menjadi mangsa keadaan konflik negara tersebut. NGO menganggap bahawa ban-tuan perlu diberikan adalah atas dasar hak asasi manusia dimana rakyat Syria yang terkesan telah kehilangan ahli keluarga, tempat tinggal, tiada sumber makanan dan sebagainya yang telah memaparkan mereka adalah mangsa keadaan.

Pada tahun 2016, Malaysia telah menyambut ketibaan kumpulan imigran Syria yang akan dibawa secara berfasa yang bermula pada tahun 2016 sehingga pada tahun 2018 dimana ia merupa-kan Program Penempatan Migran Syria di Malaysia. Keputusan yang dilakukan pada 1 Oktober 2015 apabila Perdana Menteri Malaysia semasa sesi ke-70 Perhimpunan Agung PBB telah menyatakan komitmen Malaysia untuk menerima seramai 3,000 orang imigran warganegara Syria dalam tempoh tiga tahun secara suka rela atas dasar ihsan dan peri kemanusiaan kepada rakyat Syria yang berde-pan konflik dan peperangan. Sepanjang pelaksanaan itu, beberapa NGO telah bergabung mewujud-kan “Tabung Kemanusiaan Program Penempatan Migran Syria” bagi mengumpul dan untuk penye-diaan keperluan asas sepanjang keberadaan migran Syria di Malaysia.

Page 25: SEMBOYAN PRU-15...tan rakyat sebagai ‘pemegamg taruh’ terakhir sebuah negara berdaulat. Di sesetengah negara, hal-hal terhasil berakibat pandemik ini menghasilkan suasana huru-hara,

00

Tiada orang yang rela hidup dalam keadaan serba kedaifan dan sepanjang masa dihimpit dengan rasa takut. Namun inilah realiti yang dilalui oleh mereka di Syria. Kekejaman Rejim Bashar Al Assad yang turut disokong oleh Rusia dan Iran telah menyebabkan rakyat Syria 9 tahun menanggung derita kesengsaraan. Setiap hari ada sahaja anak-anak menjadi yatim, isteri kehilangan suami, ibu bapa kehilangan anak serta terpisahnya adik beradik tanpa sebarang berita. Apakah kuat sekiranya kita di Malaysia melaluinya?

Pada Ramadan 2018 saya diberi kesempatan bersama-sama NGO Syria Care untuk menyertai “Misi Kemanusiaan” bagi menyampaikan sumbangan sempena bulan Ramadan. Peluang berada di dalam Syria dan melihat kehidupan mangsa-mangsa krisis semasa di dalam bulan Ramadan cukup memberikan pengalaman dan pengajaran kepada saya tentang harga sebuah kemanusiaan.

Pasukan misi bantuan telah memasuki Syria melalui pintu sempadan daripada arah Killis Turki. Mungkin ramai yang bercita-cita untuk masuk ke dalam Syria namun untuk pengetahuan semua ia bukanlah satu pekara yang mudah. Terlalu banyak prosedur birokrasi yang perlu dilalui. Malah ada sebahagian daripada rakan NGO kami yang lain pernah menceritakan kadang kala amanah sumban-gan yang mereka bawa tidak dapat sampai sepenuhnya kepada pelarian kerana disekat oleh negara yang menjaga pintu masuk. Walaupun datang untuk melakukan kebaikan ia bukanlah satu pekara yang mudah.

Selepas melintasi tembok sempadan yang besar dengan kawalan yang begitu ketat antara Turki dan Syria seumpama saya berada satu dunia yang baru. Kurang daripada 1 kilometer tadi ada bangunan-bangunan kedai, rumah, sekolah, masjid dan lain-lain. Namun apabila menjejakkan kaki di bumi Syria hanya pemandangan khemah-khemah yang uzur dan buruk yang tertangkap dilihat pada mata. Kiri dan kanan jalan hanya khemah-khemah dan hamparan tikar buruk di bawah pohon-pohon zaiton yang kelihatan. Melihat kepada suasana realiti itu terdetik satu persoalan tentang bagaimana mereka mampu bertahan di dalam keadaan sedemikian rupa dalam tempoh yang bertahun-tahun. Kehadiran kami diperhatikan oleh kanak-kanak di sana. Melihat kepada riak wajah mereka jelas benar-benar meng-harapkan ada bantuan untuk mereka. Mereka tidak berdosa dan tidak tahu apa-apa namun rejim kerajaan Bashar benar-benar telah mengabaikan malah bertindak zalim ke atas anak-anak ini. Sewa-jarnya sebagai sebuah kerajaan ia wajib melindungi dan menjaga kebajikan rakyatnya. Tetapi sebali-knya yang berlaku di Syria.

Setelah meninjau dan melihat sendiri keadaan di sana saya merasakan selain daripada bantu-an makanan dan tempat tinggal bantuan perihal pendidikan mereka juga adalah sangat penting. Golongan yang paling terjejas akibat pergolakan ini adalah golongan kanak-kanak. Mereka sepatutn-ya pada usia muda adalah masa untuk menuntut ilmu serta waktu untuk menerima belaian kasih sayang keluarga. Tetapi akibat terlibat di dalam kancah keganasan ini ramai di antara mereka telah tercicir daripada pendidikan.

Oleh: Saiq Asyraf

Page 26: SEMBOYAN PRU-15...tan rakyat sebagai ‘pemegamg taruh’ terakhir sebuah negara berdaulat. Di sesetengah negara, hal-hal terhasil berakibat pandemik ini menghasilkan suasana huru-hara,

00

Agak merisaukan apabila saya melihat sendiri rata-rata mereka mempunyai ilmu pengetahuan yang agak terbatas malah terdapat daripada mereka masih belum dapat membaca dan menulis. Merekalah pewaris negera yang akan membangunkan Syria satu hari nanti. Atas sebab itu sewajarnya mereka diberikan bantuan persekolahan dan alatan bantu belajar bagi memastikan mereka terus mendapat ilmu dari masa ke masa untuk dimanfaatkan pada masa hadapan. Kegagalan mereka mendapatkan ilmu yang benar akan menyebabkan mereka berpotensi besar untuk terlibat dengan militan pengganas yang sentiasa berusaha merekrut generasi ini. Jika masyarakat dunia tidak bertin-dak pantas membantu mereka daripada terjerumus dalam aktiviti yang mampu memberi ancaman kepada dunia maka dikhuatiri masalah keganasan akan lebih parah pada masa-masa akan datang.

Lantaran itu penyediaan sekolah dan bahan bantu belajar yang betul perlu disediakan sece-pat yang mungkin. Ini adalah sebagai langkah pencegahan agar Syria dan dunia tidak terpalit dengan isu keganasan global yang lebih parah. Masalah ini perlu dilihat dan diambil peduli oleh seluruh pihak. Isu keganasan perlu ditangani dari awal. Ini kerana mencegah adalah lebih baik mer-awat Pandangan yang menyatakan masalah keganasan sesebuah negara perlu diselesaikan oleh negara itu sendiri adalah tidak releven. Isu keganasan global boleh merebak dan membarah secara senyap yang akhirnya akan merugikan semua pihak.

Isu hak asasi kanak-kanak di Syria benar-benar telah dicabuli sesuka hati tanpa pembelaan yang serius daripada dunia luar. Kanak-kanak adalah genarasi yang naif. Mereka tidak tahu mencari jalan keluar kepada masalah serius yang sedang mereka hadapi. Maka sebagai masyarakat dunia yang mendukung nilai-nilai kemanusiaan harus berada di barisan hadapan membantu memperjuang-kan hak mereka. Mereka kini umpama telah hilang tempat bergantung. Pada siapa harus mereka menagih simpati dan mengadu nasib sekiranya penindasan yang sedang mereka terima adalah dari-pada kerajaan mereka sendiri. Perbuatan melibatkan golongan kanak-kanak secara terus di dalam pergolakan politik adalah perbuatan biadap. Saya berpengalaman menziarahi seorang kanak-kanak perempuan yang terpaksa melalui hari-harinya dengan perasaan takut dan trauma. Kanak-kanak tersebut tidak lumpuh namun tidak lagi mampu bergerak. Bukan itu sahaja ia juga tidak mampu men-jalani kehidupan di luar seperti kanak-kanak biasa. Sewaktu kami mengunjunginya hanya tangisan ketakutan yang menyambut kami. Ibunya memaklumkan bahawa sewaktu kecil kanak-kanak perem-puan ini telah melihat sendiri rumah mereka diserang oleh tentera rejim dan melihat sendiri kezaliman yang berlaku ke atas ayahnya. Bukan itu sahaja serangan yang membuta tuli itu juga telah mengaki-batkan dirinya cacat seumur hidup. Wajarkah pekara ini berterusan tanpa sebarang pembelaan?

Pelbagai lagi kisah gangguan psikologi yang dilalui oleh kanak-kanak di sana. Perasaan rindu terhadap ahli keluarga yang terpisah adalah sangat berat untuk mereka tanggung. Namun ekoran tiada lagi kemanusiaan daripada rejim Bashar ia telah membiarkan masalah ini terus berlaku tanpa sebarang tindakan untuk membantu. Kekejaman rejim bukan terhenti setakat itu sahaja. Berlaku di beberapa kawasan yang diserang secara rambang oleh pihak rejim telah mengakibatkan ramai kanak-kanak menjadi mangsa korban pergolakan politik di Syria. Perkongsian cerita derita terus sendiri daripada mangsa yang terselamat amat menguji rasa kesabaran bagi sesiapa yang mendengarnya. Kerap kali serangan udara menggugurkan bom menyasarkan orang awam yang tidak berdosa. Seran-gan biadap tersebut telah mengakibatkan mereka terpaksa lari sebagai pelarian ekoran rumah dan kawasan sekitar telah musnah ranap dan tidak selamat untuk diduduki. Saya melihat sendiri kesan-kes-an bangunan rumah yang tersisa tidak ada satu pun yang masih elok sempurna. Kesan bedilan peluru dan runtuhan masih terlihat pada bangunan-bangunan yang tinggal. Pastinya ia memberikan rasa sedih kepada pemilik rumah itu terutamanya kanak-kanak. Pernah salah seorang pasukan misi bantu-an kami bertanya terus kepada mangsa krisis apakah impian mereka? Jawapan yang diterima sangat menyentuh perasaan, iaitu kanak-kanak ini mahu tinggal di rumah yang di dalamnya ada ahli keluar-ganya yang dahulu sangat gembira hidup bersama. Kini dia rindukan suasana itu kerana ayah dan beberapa orang adik beradiknya telah ditangkap oleh pihak rejim dan tiada sebarang khabar berita.

Page 27: SEMBOYAN PRU-15...tan rakyat sebagai ‘pemegamg taruh’ terakhir sebuah negara berdaulat. Di sesetengah negara, hal-hal terhasil berakibat pandemik ini menghasilkan suasana huru-hara,

00

Lantaran itu sokongan moral dan bantuan-bantuan bagi membantu membagkitkan semula semangat juang mereka perlu diberikan secara serius. Pendidikan adalah faktor penting dan penekanan seperti bantuan persekolahan dan penyediaan kemudahan-kemudahan asas pembela-jaran wajar dihulurkan secara berterusan. Sewaktu menziarahi kanak-kanak Syria yang mendapat bantuan persekolahan di bawah tajaan rakyat Malaysia saya melihat mereka mempunyai keperiba-dian yang lebih bersopan dan mesra terhadap orang luar. Keadaan ini sangat berbeza apabila berh-adapan dengan anak-anak yang terbiar kerana mereka mempunyai watak yang agak sedikit kasar. Dari situ saya melihat bahawa bantuan pendidikan adalah sangat penting untuk mencorak generasi masa hadapan Syria. Saya berharap melalui perkongsian ini akan dapat membuka mata pelbagai pihak bahawa mereka bukan sahaja memerlukan bantuan jangka masa pendek seperti makanan dan pakaian malah bantuan untuk membentuk masa hadapan mereka juga perlu diberikan perha-tian kerana pihak pemerintah mereka benar-benar telah mengabaikannya.

Page 28: SEMBOYAN PRU-15...tan rakyat sebagai ‘pemegamg taruh’ terakhir sebuah negara berdaulat. Di sesetengah negara, hal-hal terhasil berakibat pandemik ini menghasilkan suasana huru-hara,

00

oleh: Khaidir Baharuddin | [email protected]

METROPOLITAN

KOTA KINABALUDULU KINI SELAMANYA TIADA PERUBAHAN

Kejutan di “negeri di bawah bayu” dengan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah telah menarik segmen Metropolitan untuk mendarat di Sabah. Perkara asas yang membawa kepada pembubaran tidak bermula dari peristiwa penghijrah-an Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (Adun-adun). Melalui pandangan yang lebih komprehensif, ini adalah susulan dari peristiwa cubaan untuk menga-dakan “undi tidak percaya” kepada YAB Perdana Menteri dalam permulaan penggal baru sidang parli-men bulan Julai lalu.

Ir Abdul Aziz Julkarnain, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kota Kinabalu merangkap Ketua Pemuda UMNO Sabah memberi gambaran sejarah neo politik di Sabah di mana kerajaan negeri ini sentiasa mem-punyai hubungan yang baik dengan kerajaan Perse-kutuan untuk kesinambungan pembangunan yang progresif.

Namun kekecewaan terbit apabila pem-bubaran DUN Negeri Sabah dilakukan tanpa memikir-kan risiko penyakit berjangkit oleh wabak membunuh Covid-19. Sabah masih dalam keadaan paranoia berdepan dengan Covid-19 apatah lagi dengan keadaan ekonomi negeri dan rakyat yang terjejas teruk akibat pandemik tersebut.

Abdul Aziz memaklumkan bahawa ekonomi Sabah amat bergantung kepada industri eko-pelan-congan dan sector perkhidmatan yang berkaitan dengannya. Mengadakan pilihanraya dengan kos perbelanjaan jutaan ringgit di kala rakyat memerlu-kan dana tersebut untuk merangsang dan memulih-kan ekonomi negara, Sabah pula telah memilih untuk membazir dan membelakangkan kepentingan rakyat Sabah dari segi nyawa dan ekonomi.

Namun begitu, memandangkan mandat sudah diserahkan kembali pada rakyat, maka pemi-mpin parti politik perlu memikirkan satu kaedah “beyond politics” untuk menerajui negeri Sabah mengharungi ancaman dan natijah Covid-19.Politik di Sabah haruslah matang dan menghormati mandat baru yang diberikan oleh rakyat. ‘Gentleman understanding’ harus ada agar apa jua keputusan kerajaan negeri untuk kebaikan rakyat Sabah harus disokong.

Siapa yang menang perlu ada “Lion Heart” dalam diri untuk berkhidmat pada rakyat. Cabaran yang amat besar menanti untuk mengemudi Sabah menghadapi suasana luar biasa dari segi impak kesihatan, impak ekonomi dan impak sosial. Sabah perlu dibangunkan secara progresif dan menguta-makan rakyat.UMNO Sabah telah bersedia untuk ke Medan Perang! PRN atau PRU15.

Khas buat pengundi Kota Kinabalu, Abdul Aziz menngingatkan bahawa cukuplah dengan tiga penggal DAP menguasai “Kota Metropolitan Borneo” ini. Mengembalikan kawasan ini kepada Barisan Nasi-onal (BN) atau apa jua koalisi yang bakal dipersetujui akan membawa Kota Kinabalu bergerak lebih maju ke hadapan.

Radu Tatap Radu!

Page 29: SEMBOYAN PRU-15...tan rakyat sebagai ‘pemegamg taruh’ terakhir sebuah negara berdaulat. Di sesetengah negara, hal-hal terhasil berakibat pandemik ini menghasilkan suasana huru-hara,

00

Gelombang Birudengan puisi ku kirim rindu salam kedamaianBagai laut dan pantai yang mengalun buihnyaBersatu membelai badai durjana.

Biru petanda cinta perpaduanBagai debunga dan angin yang melayang benih kesatuan per-juangan.

Mari kita layarkan bakti dibumi pertiwiBagai embun dan awan yang menitiskan hujan hujan titik perjuan-gan.

Mari kita simpul pautan tanganAgar bahtera barisan menyusur desa dan kota.

Gelombang BIRUKau lambang dalamnya semangat citra bangsa MalaysiaKau indah pesona seluas mata memandangKau lambang demokrasi di sebuah Parti pewaris zaman.

Gelombang biruKau hadir dimana saja tempatSenyummu di antara bunga-bunga lukisan alam.

Allah telah menciptakan warnamuSatu di antara sejuta warna.

Yang turut menghiasi duniaTanpamu dunia nampak suramDenganmu dunia nampak indahTerima kasih biruTerima kasih gelombang birumuAku tak kesah.

Apa pun mereka kataAku tetap dengan birumuKerana disitu lambang kedamaian dunia.Lambang kesejahteraan saf saf perpaduanUmmah dalam kedamaian barisan barisan warna birumu.

Nukilan

Astani Hj PatolaKetua Penerangan UMNO Bahagian Tawau

Page 30: SEMBOYAN PRU-15...tan rakyat sebagai ‘pemegamg taruh’ terakhir sebuah negara berdaulat. Di sesetengah negara, hal-hal terhasil berakibat pandemik ini menghasilkan suasana huru-hara,

Oleh: Editor | [email protected]

Pada 30 Jun lalu, Dewan Undangan Negeri Sabah (DUN) telah diwartakan bubar mengikut Perkara 21 fasal (2) Perlembagaan Negeri Sabah seterusnya mem-beri laluan kepada pilihan raya umum (negeri) dilaksanakan dalam tempoh 60 hari mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan 1957.

Tarikh bagi pilihan raya negeri untuk membentuk kerajaan negeri ke-16 yang baharu telah ditetapkan pada 26 September 2020 oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pembubaran kerajaan negeri ke-15 Sabah terjadi rentetan pergolakan antara dua tunjang parti terbesar mendominasi lanskap politik bumi Sabah iaitu Wari-san (PH) dan UMNO (BN) apabila bekas ketua menteri BN, Tan Sri Musa Aman telah mengumumkan terima sokongan majoriti mudah Adun-adun negeri tersebut dalam satu sidang media tergempar dua minggu lalu.

Sekurang-kurangnya 13 Adun PH Sabah dikatakan memberi sokongan terha-dap Musa Aman hingga memaksa Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mendapatkan perkenan TYT Negeri Sabah, Tun Juhar Marihuddin untuk pem-bubaran tersebut.

PRN Sabah ini amat menarik perhatian kerana ia adalah langkah yang tidak pernah berlaku dalam sejarah politik ‘negeri dibawah bayu’ tersebut semenjak tahun 1969.

Untuk rekod, Sabah tidak pernah mengadakan ‘snap election’ (pilihanraya mengejut) setelah membentuk kerajaan negeri kurang dari tiga tahun meskipun tampuk kepimpinan negeri pernah beberapa kali berubah berakibat kemelut politik.

PRN Sabah juga bakal mencipta beberapa sejarah baharu antaranya bakal dilaksanakan sewaktu dunia menghadapi pandemik COVID-19 dan apabila resolusi khas Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2019 telah meluluskan kuasa otonomi kepada UMNO Negeri Sabah termasuk soal pemilihan calon-calon bagi PRN kali ini.

Sebagai catatan, Pengerusi UMNO Negeri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dalam satu petikan sebagai berkata bahawa sekurang-kurang 85 peratus calon kali ini adalah tenaga muda dan wajah baru.

ADA APADENGANSABAH?

Page 31: SEMBOYAN PRU-15...tan rakyat sebagai ‘pemegamg taruh’ terakhir sebuah negara berdaulat. Di sesetengah negara, hal-hal terhasil berakibat pandemik ini menghasilkan suasana huru-hara,

oleh: Khaidir Baharuddin| [email protected]

TANJUNG MALIM DIHATIKU,DUN SLIM KAMI PERTAHANKAN

Daerah Tanjung Malim, Perak mempunyai kedudukan geografi yang amat unik dan istimewa kerana bersempadanan dengan dua buah negeri iaitu Pahang dan Selangor.

Kawasan ini adalah kubu kuat Barisan Nasional (BN) yang tidak pernah tumbang walau badai menimpa politik tanah air. Namun, tanggal 15 Julai lalu telah menyaksikan daerah ini kehilangan seorang pemimpin berji-wa rakyat, Datuk Kushairi Talib yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) N58 Slim.

Menjelang pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim ini, segmen “Sana Sini” menyelu-suri jiwa Pemangku Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim, Mohd Zaidi Aziz.

‘Cuaca’ Tanjung Malim diselubungi ‘kempen politik’ menjelang PRK Dun Slim. Tidak keterlaluan jika dika-takan bahawa Slim akan menjadi medan ujian kesiagaan parti bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-15 yang dijangka boleh berlaku pada bila-bila masa mengambil mood pembubaran DUN Sabah diwar-takan kerajaan negeri tersebut pada 30 Julai lalu.

Apapun, 29 Ogos ini tetap menjadi keutamaan jentera yang kini diketuai oleh Mohd Zaidi Aziz. Melihat pada keadaan politik semasa, Mohd Zaidi memaklumkan bahawa kekuatan UMNO datangnya daripada kekuatan akar umbi yang utuh dengan perjuangan demi memastikan kelangsungan parti terus diperkasa teru-tama bagi menambat hati para belia untuk bersama-sama dalam perjuangan UMNO.

Sejak dari perjuangan menuntut kemerdekaan, “suara belia” amatlah besar pengaruhnya,terutama dalam cabaran mengharungi era modenisasi ini. Mohd Zaidi merasakan belia hari ini perlu mengisi erti kemerdekaan tersebut dengan mempertahankan agama, bangsa dan tanah air – satu perjuangan yang tidak boleh ditinggalkan dalam kamus kehidupan.

UMNO Tanjung Malim juga serius dalam menyediakan ‘pendidikan’ politik kepada para belia yang akan menjadi pemimpin masa hadapan dengan tahap kematangan politik yang tinggi serta tidak terhimpit dengan agenda peribadi. Sekaligus jentera akan berusaha keras untuk menambah majoriti undi terutamanya pada saluran anak muda yang kini dilihat lebih cenderung untuk menyokong UMNO.

Mohd Zaidi Aziz

Pemangku Ketua UMNOBahagian Tanjung Malim

Page 32: SEMBOYAN PRU-15...tan rakyat sebagai ‘pemegamg taruh’ terakhir sebuah negara berdaulat. Di sesetengah negara, hal-hal terhasil berakibat pandemik ini menghasilkan suasana huru-hara,

Hari ini semua orang mempuyai akses mak-lumat. Wujudnya teknologi ini memberikan satu pelu-ang kepada masyarakat untuk turut serta dalam proses demokrasi dan perkongsian maklumat. Maka fokus utama jentera adalah memastikan segala fitnah dan propaganda jahat dapat ditangkis dengan fakta sebe-nar bagi membendung sebarang kecelaruan mak-lumat terutamanya hal ehwal politik.

Kini persediaan penuh telah dibuat dan jentera BN bagi menghadapi PRK DUN Slim pada semua pering-kat telah disusun kemas. Mohd Zaidi juga meyakinkan bahawa siapa pun calon yang bakal dinobatkan mewakili BN dalam PRK Slim ini tidak akan menghalang dari seluruh jentera BN Tanjung Malim bekerja keras demi memastikan ‘kerusi tradisi’ ini dapat dipertahank-an.

Dengan ayunan langkah menuju PRK DUN Slim ini adalah tanda para pejuang dibawah kepimpinann-ya turut bersedia untuk melangkah jauh ke medan perang PRU ke-15 kelak.

Page 33: SEMBOYAN PRU-15...tan rakyat sebagai ‘pemegamg taruh’ terakhir sebuah negara berdaulat. Di sesetengah negara, hal-hal terhasil berakibat pandemik ini menghasilkan suasana huru-hara,
Page 34: SEMBOYAN PRU-15...tan rakyat sebagai ‘pemegamg taruh’ terakhir sebuah negara berdaulat. Di sesetengah negara, hal-hal terhasil berakibat pandemik ini menghasilkan suasana huru-hara,

ANALISISDAN

PANDANGAN

MUKADIMAH

Subuh Jumaat tadi dikejutkan oleh riuhnya murai dan kelicap yang menzikiri nikmat dan rezeki Tuhan yang telah ditentukan. Barangkali kita juga perlu menja-di seiklas unggas menerima ketentuan Tuhan dan terus berusaha biar apa pun hasil yang bakal dianugerah-kan. Sesaat pada masa yang mendatang, hanya men-jadi rahsia Tuhan.

Pesona itu terhenti pada silaan sejadah dan terkenang untung nasib nusa pada masa mendatang. Apakah suratan Tuhan buat kita? Menyoroti tirai zaman begitu banyak catatan berdarah yang ditinta atas jiwa dan nurani kecewa. Ketertewasan UMNO, Barisan Nasi-onal dan tumbangnya sebuah Kerajaan yang penuh berjasa hanya menjadi sesalan dan persoalan ulang-alik di minda, apakah hikmah di sebalik segalan-ya. Sebagai orang muda yang lahir dan membesar dalam keluarga yang digelangi syukur pada parti kera-mat UMNO di FELDA Pengeli Timur, Kota Tinggi, Johor, subuh ini benar-benar menghalakan fikir kepada maud-huk; Bagaimana Kita Perlu Bangkit dan Menghayun Langkah Pejuang Ke Medan Perang; PRU15?

Teringat perkongsian Ustaz Saad Jabar suatu ketika bahawa tentera Islam pernah tewas dalam Perang Uhud. Tanggal 7 Syawal tahun ketiga hijrah (26 Mac 625), kita bertembung dengan tentera kafir Qurai-sy. 1000 bala tentera kita dipimpini sendiri oleh Nabi Muhammad SAW; 300 orang lari kerana dihasut Abdul-lah Ubai (Bapa Segala Munafik), manakala 700 mara ke medan tempur. Kita hadap 3000 orang tentera kafir. Ringkasnya, kita menang 1st half, tetapi sebab tamak dan ingkar arahan ketua, kita diserang balas ketika orang kita berebut harta rampasan perang. Apa hadiah Perang Uhud kepada kita selain kekalahan? Ia memberi kesedihan zaman dan rasulullah kehilangan bapa saudara kesayangan baginda iaitu Saidina Hamzah bin Abdul Mutallib.

Soal kalah juga, mengingat saya pada hujung tahun 2018 ketika berkunjung ke Istanbul, Turki. Sebuah kerajaan agam megah perkasa yang berdiri dengan menumbangkan Rom (Byzantine), namun pada hujung tintanya merupakan Kerajaan Islam (khalifah) terakhir yang rebah bukan kerana perang tampak tetapi hambatan zaman melalui ideologi dan orde baru dunia, runtuh dibaham seku-larisme. Empayar Turki Uthmaniah yang didiri dengan ribuan jiwa ghazi bermula pada abad-13 lagi apabila Bangsa Turk melangkaui barat laut Anatolia. Dari situ ke Dardanelles, ke Gallipoli kemu-dian menawan Hungary, Sepanyol, Algeria, Tunisia dan wilayah Arab. Kita menawan Austria, Poland, Venice, Paus pada 1683 dan banyak lagi termasuk Caucasus, Bosnia, Albania, Romania dan Perancis. Kemegahan ini akhirnya ranap pada tahun 1922 apabila Mustafa Kamal Pasha @ Kemal Ataturk memandu gerakan Perhimpunan Baru Turki yang akhirnya membentuk Republik Turki pada 29 Okto-ber 1923 selepas penggulingan Sultan Mehmed VI (Tragedi Kaukasus).

Akhirnya, muhasabah subuh ini saya genan-gi dengan epik penjajahan tanah air kita silih berganti oleh Portugis (1511-1641), Belanda (1641-1824), Inggeris (1824-1941), Jepun (1941-1945) dan British (1945-30 Ogos 1957). Bangsa kita tewas dan dijajahi 446 tahun. Bangsa kita diinjak, terhina 446 tahun.

Takdir Tuhan melahirkan UMNO dan memerdekakan nusa ini.

HAYUNAN LANGKAH PEJUANGKE MEDAN PERANG; PRU-15

oleh: Manndzri Hj. Nasib Rakyat Malaysia

32

Page 35: SEMBOYAN PRU-15...tan rakyat sebagai ‘pemegamg taruh’ terakhir sebuah negara berdaulat. Di sesetengah negara, hal-hal terhasil berakibat pandemik ini menghasilkan suasana huru-hara,

MELANKOLIK

Berhentilah dari sedih dan kegalauan (la tahzan). Bukan hanya kita merasai kekalahan dan keterhinaan. Tentera Islam di bawah pimpinan Junjun-gan Besar Rasullullah SAW juga pernah tewas, Tuhan berikan hikmah. Bangsa Turk yang menumbangkan Empayar Rom dari leluhur awal khalifahnya sehingga kemenangan total ke atas Rom oleh pimpinan Muham-mad Al Fateh juga tumbang, namun Tuhan kirimkan hikmah. Penjajahan berulang kali nusa kita, juga Tuhan titipkan hikmah. Hikmah itulah yang penting dan utama untuk kita cari dan cerakinkan.

Era kesedihan dan ketertewasan sebuah parti keramat yang penuh berjasa pada nusa ini biarlah menjadi pengajaran dan sempadan buat kita semua. Orang UMNO dari mana sisi dan posisi tidak perlu terus durja. Kita telah melakukan segala sesuatu semampun-ya untuk bangkit. Segala kekangan, tohmah, nista telah kita dan pimpinan kita hadap. Lantaran itu, mungkin permuafakatan baru yang terbentuk dengan pemben-tukan Perikatan Nasional adalah asbab kepada keban-gkitan untuk PRU15 kelak.

Manifestasi ‘Akhirat Di Depan’, ‘Perpaduan Ummah UMNO-PAS’ dan ‘Muafakat Nasional BN-PAS-Borneo adalah Kuasa Tuhan. Inilah, saya kira hikmah terbesar yang Tuhan titipkan buat kita semua. Ia nikmat yang tidak pernah kita rasai berdekad lalu. Takdir Tuhan menyatukan. Memelihara nikmat perpad-uan inilah tugas No.1 kita semua.

Saya, selalu mengungkapkan sebelum PRU14 lagi bahawa;

“Kuasa Tuhan mengatasi Kuasa Rakyat”.

MARI MARA

Oleh yang demikian, bagi mendepani jihad PRU 15 kelak, segala hikmah yang mampu kita ambil, kita perlu terbitkan dalam tindakan. Segala muhasabah yang dibuat perlu diterjemah atas jalan-jalan kerangka yang strategik dan spesifik. Impian membina semula negara selepas kerosakan 22 bulan tadbiran Pakatan Harapan Parti Tindakan Demokratik (PHDAP) perlu kita jayakan dengan segala kudrat dan kesungguhan.

Kekalkan momentum sokongan dan pola keper-cayaan rakyat sebagaimana kita meraih trofi-trofi kemenangan dalam liga-liga pilihan raya kecil. Hikmah itu kita pelihara.

Justeru, dalam hayunan pasukan dan pejuang kita ke medan jihad PRU15, kita perlu Teorem Enam ‘Ks’ atau Teorem Enam ‘Kunci’ (KEYs):

i. KEINSAFAN | Kita tidak boleh main-main dengan hasrat bangsa dan rakyat yang mahu mengembalikan semula kegemilangan Malaysia selepas kesilapan yang dilakukan oleh sebahagian besar rakyat pada PRU14 atas nama perubahan. Namun, hasrat itu kita perlu garap sebaiknya dengan segala perubahan nilai dalamanan dan memperbetul persepsi kabur masyarakat tentang UMNO. UMNO sesekali tidak pernah salah, namun kita sebagai pemimpin dan orang UMNO kadang-kala bersikap yang membentuk andaian jelek di mata masyarakat. Insafi kelemahan kita dalam menangani tohmah dan fitnah. Insafi kega-galan kita dalam medan perang persepsi. Tiada lagi keampuhan politik pembangunan kerana segenap usaha kita lebih 50 tahun lalu telah diranapkan PHDAP. Kita hanya perlu tonjolkan khidmat dan letakkan dalam bahasa verbal dan non-verbal bahawa kita senantiasa mengutamakan rakyat, rakyat dan rakyat. #RakyatRakyatRakyat

ii. KETENANGAN | Melalui tekanan-tekanan melibatkan ahli pasukan kita, figura-figura dengan hal ehwal personel, perangai dan tabiaat ahli pasu-kan yang tidak menepati norma-norma positif, kita perlu tentukan dengan tenang. Menggelabah, cepat melompat dan kerap menghukum hanya akan merugikan pasukan. Manfaatkan ruang diskusi strategik yang wujud samada di peringkat UMNO sahaja atau Muafakat Nasional sebagai medan mencari kata keputusan. Membiarkan minat mas-yarakat dan keghairahan media mensensasikan kisah rumah tangga kita, hanya akan merugikan. Ingat, kita perlu menang kerana kekuatan bukan kerana kelemahan musuh kita. Tenanglah dalam membuat keputuan. Tenang dalam mendepani isu dan provokasi. Bertenanglah dalam menegur dan menasihati. Tenang juga dalam menghukumi. Tenang dalam melakukan islah. #Permuafakatan

iii. KEYAKINAN | Tidak ada apa yang kita mampu capai tanpa keyakinan bahawa Tuhan bersama kita. Keyakinan bahawa kita mesti menang dan pasti menang. Keyakinan pasukan secara mikro dan makro akan membolehkan jentera kita dipersiagakan secara mental dan fizikal dalam mendepani dan menyiagakan mereka untuk hadap PRU15. Andai PRU14 disebut sebagai ‘The Mother of General Election’, saya kira PRU15 nanti

33

Page 36: SEMBOYAN PRU-15...tan rakyat sebagai ‘pemegamg taruh’ terakhir sebuah negara berdaulat. Di sesetengah negara, hal-hal terhasil berakibat pandemik ini menghasilkan suasana huru-hara,

adalah ‘The Father of All Election’. PRU15 bukan lagi sekadar menguji penerimaan dua (2) parti atau gabun-gan oleh rakyat, PRU15 sebenarnya menguji ketulenan demokrasi itu sendiri. Mestilah yakin dengan permua-fakatan. Perlu yakin dengan strategi dan pasukan. Cuma disebalik keyakinan itu juga akan terbit bimbang kerana demokrasi pasca edan ini terkanal dengan acara ‘lompat pisang’. Yakinkan para pejuang setiap level dari prebet sampai jeneral : No Lompat Pasukan!#SayNoToLompatPasukan

iv. KESATUAN | Pasukan yang terbentuk dari dala-man UMNO di setiap peringkat dan pengukuhan rakan-rakan strategik UMNO terutama dalam Muafakat Nasional mestilah dipastikan keutuhan dan kejelekitan perpaduannya. Ia tidaklah boleh tidur sebantal tapi mimpi lain-lain. Kesatuan hati (wahdatul qalb), kesatu-an fikiran (wahdatul fiqr) dan kesatuan tindakan (wah-datul ammal) mestilah dijelmakan dan dizahirkan dengan sesungguhnya. Jika masih longgar, melaburlah untuk pembinaan pasukan ini. Hanya dengan kesatuan jitu mampu menggerak gerombolan batalion kita ke medan jihad bagi meraih semula kemenangan bagi kesejahteraan rakyat dan negara. Berhentilah berkhay-al dan hanya bersikap opolegtik pada hubungan. Kesatuan ini mesti tersimpul rapi, bukan acah-acah dan pada ketika kemuncak kesatuan ini, in shaa Allah, kejayaan mampu diraih. #BarisanMuafakat

v. KEPADUAN | Kesatuan yang telah Tuhan had-iahkan kepada Muafakat Nasional mestilah disuburkan. Saya kira telah sampai masanya bagi mencapai hasrat KESATUAN pelaburan melalui siri-siri latihan langsung dan tidak langsung mesti diperbanyak. Uniti alam pemikiran dan tujuan amat mustahak. Proses training dan re-trainning jentera mesti kita lakukan. Bagi UMNO, Biro Latihan UMNO mestilah menjalankan fungsinya. Kita pernah bersama dalam kursus-kursus spesifik seperti Kursus Bina Nusa, Kursus Pemantapan & Transformasi UMNO (KPTO), Kursus Sayap Parti dan sebagainya. Revisited semula modul yang pernah dilaksana dan lakukan analisa bagi penambahbaikan kandungan. Modul-modul tidak langsung mesti juga dijalankan teru-tama di peringkat akar umbi seperti aksesais majlis bersama, kenduri-kendara, gotong-royong, keag-amaan dan sebagainya. Ia pasti menyeronokkan dan menggerunkan musuh apabila UMNOPAS dalam Perpaduan Ummah sama-sama dalam setiap program di peringkat cawangan dan bahagian. Menyentuh soal kursus, bagi menghadapi PRU15, diskusi-diskusi strategi-kal juga perlu digerak; unjuran dan jangkaan berdasar-kan data dan angka mesti dibuat, culaan kawasan hitam-kelabu-putih mesti dilakukan, sasaran retain dan regain mesti dipastikan supaya strategi yang bakal dilaksana berdasarkan elemen-elemen mikro-manag-ing dan mikro-targeting boleh disusun. Kita tiada masa yang panjang. Kita perlu segera latih jentera yang terpi-lih untuk laksana setiap portfolio PRU yang telah diga-riskan termasuk Jalinan Rakyat dan PACA, atau paling mudah laksana semula KPTO. #TrainingRetrainning

vi. KEIKHLASAN | Akhirnya, lakukanlah pengisla-han dan perarakan juang ke medan perang dan jihad PRU15 ini dengan hati yang tulus ikhlas. Laku-kanlah kerana Tuhan demi agama, bangsa dan tanah air (ABATA). Pertempuran PRU15 kelak pastin-ya menagih pengorbanan dari segi pengagihan kawasan kerana ini adalah norma baru (new normal) lanskap politik dan demokrasi negara. Ia juga dahagakan pengorbanan ‘orang-orang lama parti’, meratib jiwa besar pimpin otai agar memberi ruang luas dan wajar kepada panglima-panglima muda UMNO. Janji peremajaan telah sedekad dilaungkan, rasanya rakyat dan masyarakat menagih untuk ditunaikan. Barangkali ia akan men-jadi ‘wow factor’ dan galang kekuatan kepada UMNO dalam islah ke arah memperkukuh jati diri dan bahaduri UMNO itu sendiri dalam mendepani PRU15. Keputusan yang bakal dibuat, mestilah dide-bat, bincang, putus dan patuhi, kerana kita tidak mampu lagi hadapi perang-perang dingin selepas PRU15. Kita mesti solid dari segenap segi; realistik dengan janji, manisfesto mutakhir terbaik (new deals), calon ‘winnable’ bukan ‘win-cable’ dan jujur dengan strategi yang diputus. Rancang dan perang kerana Tuhan demi rakyat. Kita kena menang dan kita mesti menang. #DemiABATA

Moga Tuhan restu dan rahmati perjuangan kita, ameen…

“Dengan nama yang Maha EsaMaafkan aku aku terlenaMata buka tapi aku lekaSekarang kita sedia pasang deria kita lebih peka

Siap gerak gempurSiap rentak tempurRedah onak lumpurMaju tiada undurTak kenal uzur hingga jasad kita terkuburKalau kurang kaki tangan lutut dan siku dihulur

Ini malam kita pakai tanjak songsangAskar jati gerak senyap yang lain berkompangBerani segorombolan tak takut bila seorangKuatkan benteng jangan ada yang berlobang

Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semulaBangkit bila diluka nanti pulihlah semulaBangkit biar bersusah dulu nanti senang semuaSakit pada luka kan pulih semula..”

AYUH BANGKIT!MARI BERJUANG!DARAH & NYAWA!

34

Page 37: SEMBOYAN PRU-15...tan rakyat sebagai ‘pemegamg taruh’ terakhir sebuah negara berdaulat. Di sesetengah negara, hal-hal terhasil berakibat pandemik ini menghasilkan suasana huru-hara,

Selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang ambil masa hampir suku tahun 2020 ini, dapat berjalan ke negeri Pantai Timur sekitar bulan Jun lalu adalah satu kelegaan besar mengurang-kan ‘level stress’ yang dirasai rata-rata rakyat Malaysia.

Peluang bertemu rakan seperjuangan politik era Pemuda dahulu digunakan untuk merapatkan ukhuwah persahabatan terbina atas nama “setiakawan”. Petang Sabtu kami bertemu janji di sebuah warung keropok losong popular, Kuala Terengganu.

Tak ramai, hanya kami berlima. Namun lima sekawan bila berkumpul dapat himpunkan berb-agai kisah di negeri "penyu bertelur" ini.

Antara banyak negeri yang terima Muafakat Nasi-onal (MN) sebagai wadah perjuangan baru, nam-paknya MN agak kelam di sini. Tidak menjadi hiruk pikuk politik kerana rasa hormat kepada kepimpinan tertinggi UMNO yang sudah serasi dengan MN hingga pejabat sekretariatnya turut wujud di aras 36 Menara Dato’ Onn, PWTC.

Seorang sahabat kini bertaraf setiausaha bahagian berkata, untuk jadi kerajaan disini hanya perlukan 17 kerusi menguasai DUN (Dewan Undangan Negeri). Kita ada 10, hanya kurang 7. Dari 7 yang kita hilang, 3 kerusi kalah kurang dari 100 undi. 2 kerusi kalah bawah 1000 undi. 2 lagi kalahnya kita kerana kerusi tradisi itu hanyut akibat strategi 3 pen-juru inisiatif pusat yang akhirnya merugikan kita. Itu katanya.

Seorang sahabat yang berstatus timbalan ketua bahagian menambah, kerajaan Pas negeri hari ini tidak fokus pada pembangunan dan kebajikan masyarakat seperti amalan lazim UMNO/ Barisan Nasional (BN). Jangan kata orang UMNO, akar umbi Pas sendiri marah kerana ‘incompetency’ pucuk pimpinan kerajaan negeri hari ini, katanya.

ANALISISDAN

PANDANGANPENYU MENANGIS SIAPA YANG TAHU?

oleh: Nizam WS Rakyat Malaysia

30

Tapi itu perkara kedua. Mereka kerajaan. Namun setidak-tidaknya bila MN termeterai, ikatan kerjasama terbentuk, Pas harus memikirkan kerjasama lebih kukuh dan utuh di negeri ini. Ini yang perlu difikirkan. Kerjasama boleh diberi jika pemimpin UMNO/BN diberi peluang dalam menerajui kerajaan negeri secara bersama. Pemi-mpin UMNO/BN adalah mereka yang sangat berpen-galaman luas dan itu adalah fakta. Malangnya, jangank-an exco kerajaan negeri, pengerusi kampung pun tiada penglibatan dari pemimpin UMNO/BN.

Kita bukan seperti Kelantan yang isytihar tiada barisan pembangkang dalam DUN. Tapi jujur tiada peranan pembangkang berlangsung dalam DUN. Semak imbang sidang tidak berlaku. Ini kerana pemimpin UMNO/BN negeri masih menghormati kepimpinan tertinggi yang tidak mahu MN diusik.

Politik Terengganu berbeza, tidak boleh disamakan dengan negeri lain, terutama 3 negeri di Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang, kata sahabat mantan YB sebelum kalah PRU-14 tempohari. Politik sini sekitar UMNO dan Pas. Yang lain-lain hanya nasi tambah. Dan politik di sini semacam yoyo...

Pas-BN-BN-BNPas-BN-BN-BNPas....

Kalau nak disamakan dengan Kelantan jauh sekali. Kelan-tan “is a gone case”. Sini tidak. Jadi amatlah kami berharap apa juga perbincangan pucuk pimpinan dalam hasilkan formula bagi hadapi PRU-15, Terengganu jangan digadaikan. Kami tidak rela. Jangan sampai Terengganu jadi “a gone case too”.

Sungguh. Keropok losong Kuala Terengganu memang sedap sekali. Sesedap cerita-cerita bagi halwa telinga kami mendengar lewat petang itu.

Terima kasih sahabat semua yang sudi terima kunjungan kami. InshaAllah bertemu lagi.

35

Page 38: SEMBOYAN PRU-15...tan rakyat sebagai ‘pemegamg taruh’ terakhir sebuah negara berdaulat. Di sesetengah negara, hal-hal terhasil berakibat pandemik ini menghasilkan suasana huru-hara,
Page 39: SEMBOYAN PRU-15...tan rakyat sebagai ‘pemegamg taruh’ terakhir sebuah negara berdaulat. Di sesetengah negara, hal-hal terhasil berakibat pandemik ini menghasilkan suasana huru-hara,

Kolumnis merupakan mantan Pengerusi Biro Media Sosial Negeri Pulau Pinang dan seorang pengamal perubatan dan penulis bebas prominen

Oleh: Dr Novandri Hasan Basri [email protected]

ZON UTARA

Sebenarnya, ada satu peristiwa penting yang telah kita ketengahkan iaitu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sepanjang wabak Covid-19 telah membuktikan bahwa ekonomi digital menyediakan peluang luas kepada golon-gan ini tanpa modal besar tetapi mampu menjana pulan-gan tinggi. Ramai usahawan muda muncul dan mengguna pakai kaedah perniagaan atas talian dan mereka terbukti berjaya.

Golongan muda adalah generasi celik teknologi yang sangat mahir dengan penggunaan teknologi digital. Dengan era globalisasi Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) sebenarn-ya telah mewujudkan pelbagai ruang dan peluang bagi penambahbaikkan ekonomi golongan muda dengan syarat - mereka perlu kreatif, rajin, tidak putus atas dan diberi peluang seluas-luasnya.

Semua agensi yang bertanggungjawab pula perlu benar-benar serius memberi sokongan dan memudahkan bantuan tanpa banyak protokol yang menyulitkan. Pendedahan tentang pelan dan peluang menambahbaik ekonomi perlu dihebahkan tanpa rasa jemu.

Malah, pihak agensi juga wajar ‘turun padang’ mencari dan mengenalpasti mereka yang berpotensi memandangkan golongan muda mungkin agak liat untuk turun naik pejabat bagi berurusan dengan agensi. Ini adalah pendekatan norma baharu pasca Covid-19 untuk kerajaan dan agensi yang bertanggungjawab.

Kita berharap agar pemerkasaan ekonomi digital dan pengumuman kerajaan membuka semula sektor ekonomi secara berperingkat ini akan meransang kembali ekonomi rakyat.

Seperti kata Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin bahawa lebih cepat ekonomi negara bergerak maka akan ada pergerakan transaksi kewangan, sekaligus membolehkan ekonomi kita pulih dengan cepatnya. Maka, pekerjaan akan dapat diwujud-kan dan kadar pengangguran dapat dikawal.

DOMINO PANDEMIK& EKONOMI DIGITAL

Menurut International Labor Organization (ILO), 1.6 bilion pekerja di seluruh dunia sedang menghadapi risiko pemotongan gaji atau kehilangan pekerjaan akibat wabak COVID-19. Ini adalah 38 peratus dari tenaga kerja di seluruh dunia.

Di Malaysia, pada 31 Disember 2019 sebanyak 3.2 peratus kadar pengangguran atau 510,000 orang telah dicatatkan. Bagaimana pun, kadar itu meningkat semasa wabak Covid-19 ini.

Pada 13 Mei 2020, Bank Negara Malaysia (BNM) menjangkakan kadar pengangguran akan meningkat ketara pada suku kedua ini lebih tinggi berbanding unjuran asalnya iaitu 4 peratus bagi keseluruhan tahun ini. Pada 14 Mei 2020, Jabatan Perangkaan Malaysia menjangkakan kadar pengangguran di negara ini diunjurkan dalam lingkun-gan 3.5 hingga 5.5 peratus atau lebih 860,000 orang. Dan untuk senario terburuk, Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) mengunjurkan kadar pengangguran meningkat sebanyak 9.2 peratus dan atau seramai 1.46 juta orang. Terbaru, kadar pengangguran telah menurun sebanyak 0.4 kepada 4.9 peratus pada Jun lalu berbanding 5.3 peratus pada Mei lalu.

Unjuran-unjuran di atas adalah sebahagian daripa-da indikator pihak kerajaan untuk memutuskan sesuatu perancangan serta mengimbangi aspek kesihatan dan ekonomi. Golongan paling terkesan ialah belia yang merupakan 68 peratus daripada keseluruhan tenaga kerja di negara ini. Sudah banyak laporan, ‘case studies’ dan kenyataan tentang isu pengangguran belia ini. Malah, banyak juga hipotesis kajian, keputusan mesyuarat pelbagai peringkat, pelan negara dan laporan agensi-agensi yang mencadangkan pelbagai kaedah untuk menangani isu pengangguran ini. Tetapi isu pengangguran tidak dapat juga ditangani secara holistik.

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah memperke-nalkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA). Di antaranya ialah pemberian elaun latihan, insentif bagi menggaji pekerja, program perantis, program latihan dan peningkatan kemahiran, memperkukuh portal pekerjaan dan padanan kerja, kerjasama antara sektor awam dan swasta bagi meningkatkan kemahiran.menggalakkan penganggur melanjutkan pelajaran terutamanya dalam kursus jangka pendek dan memperkasa latihan keusahawa-nan.

Walaubagaimana pun, PENJANA tidak akan dapat menyelesaikan permasalahan ekonomi rakyat terutamanya golongan muda. Ia hanya inisiatif untuk mengurangkan kesan domino wabak Covid-19. Dengan lebih daripada 200,000 orang siswazah menamatkan pengajian setiap tahun, peluang kerjaya yang konvensional seperti dalam sektor kerajaan mahupun swasta yang sedia ada tidak mungkin akan dapat menampung tenaga kerja baharu.

Page 40: SEMBOYAN PRU-15...tan rakyat sebagai ‘pemegamg taruh’ terakhir sebuah negara berdaulat. Di sesetengah negara, hal-hal terhasil berakibat pandemik ini menghasilkan suasana huru-hara,

Oleh: Rosesarwandi Saad @ Yaacob Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang

ZON UTARA

Misalnya, dalam mesyuarat bulanan atau tahunan cawan-gan dan bahagian, wujudkan segmen khas bagi Pemuda akar umbi – beri ruang untuk mereka lontarkan idea. Beri mereka ruang untuk mengkritik dan komen – raikan pendapat mereka dan elakkan kecaman terhadap usaha, suara, idea dan cadangan mereka. Ini penting kerana sebagai anak muda yang bersifat idealis berbanding ‘realist’, sudah tentu tumpuan mereka adalah kelompongan atau kekurangan dalam UMNO seterusnya mahukan perubahan dan penambahbaikan demi parti yang mereka sayangi itu.

Sejujurnya, kita mahu keterlibatan anak muda dalam kelas yang lebih tingi sebagai pengiktirafan kepimpinan tertinggi terhadap anak muda. Ya, kita berteri-ma kasih kerana nampaknya ada pembaharuan dengan memberikan ruang untuk anak muda baik Pemuda,Puteri mahupun Mahasiswa berbahas di Perhimpunan Agung UMNO setiap tahun. Cuma, apa yg dilontarkan oleh mereka janganlah sekadar dilontarkan tetapi tiada tindakan yang benar-benar dibuat hingga dilihat dan dinilai oleh anak muda tidak lebih sekadar kosmetik dan retorik. Saya kira, UMNO perlu hidupkan program yang boleh mencungkil bakat seterusnya pemimpin masa hadapan parti.

Masa dan zaman beredar pantas. Walaupun sudah ada pentas debat dan ceramah untuk menghidup-kan aura pejuang kalam UMNO, kita tidak boleh lupa mereka yang menggunakan jari sebagai ‘pedang’ untuk pertahankan UMNO terutama di media sosial. Kita perlu buka mata bahawa medan perang politik hari ini – dan boleh dikatakan berlaku hari-hari – berlegar diruang maya. Bahkan, anak muda ini menjadi saksi perang politik dan persepsi yang berlaku di media maya saban hari.

Kita berpendapat bahawa UMNO perlu melahirkan ramai lagi pengaruh besar atau ikon di media sosial - lebih ramai lagi ‘influencer’. Ramai yang menjadi ‘netizen’ hari ini lebih berani perjuangkan parti dengan menaip kalam yang tepat dan padat untuk pertahankan UMNO, bukan dengan sekadar mengguna-pakai kaedah ‘copy and paste’ sahaja. Wujudkan kelas ‘content writing’ untuk perspektif politik - agar penulisan yang dikeluarkan oleh pahlawan maya anak muda UMNO akan tampak berilmiah – disamping dapat memujuk mereka yang membaca konten-konten tersebut terus berpaut kepercayaan terhadap UMNO.

Sebagai rumusan, kepercayaan haruslah diletak terhadap anak muda ini. Saya yakin, dengan ‘platform’ penting dan utama yang disediakan kepada anak muda, UMNO akan tampil lebih segar dan lebih meyakinkan dikaca mata anak muda. Elakkan persepsi negatif dan retorik – mula untuk “walk the talk” kerana anak muda hari ini menilai setiap gerak geri kepimpinan parti, dan penilaian mereka amat penting sama ada peremajaan UMNO benar-benar berlaku atau hanya sekadar retorik. Inilah penentu undi mereka waktu PRU ke-15 nanti.

KELOMPOK DALAM UMNO,PERSEPSI DAN RETORIK

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pada 30 Jun 2017 sahaja terdapat 14,622,640 pengundi berdaftar telah berdaftar dengan SPR. Dari jumlah tersebut 7,883,017 adalah pengundi Melayu termasuk pengundi muda (Melayu) bawah umur 39 tahun iaitu seramai 3,637,312 orang dan 1,566,562 pula adalah angka pengundi di bawah umur 29 tahun.

Inilah angka-angka yang memberi tamparan hebat pada parti UMNO dan komponen di bawah payung Barisan Nasional (BN) setelah lebih 60 tahun memerintah. Parti ini ‘ditampar kuat oleh amarah anak muda’ yang majoriti tidak memilih BN sebaliknya Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu.

Walaupun hanya 22 bulan PH memerintah dan muncul Perikatan Nasional (PN) namun, ia bukanlah alasan untuk UMNO tidak perlu belajar dari kekalahan lalu. UMNO perlu sedar, peremajaan parti yang diuar-uarkan masih tersangat lemah dan perlaksanaan dasar selain hanya laungan ‘meremajakan UMNO’ masih belum capai tahap yang memuaskan.

Justeru, adalah menjadi tanggungjawab sayap-sayap parti terutama Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO sebagai pemegang taruh adalah sangat besar dan berat dalam mewujudkan mekanisma untuk bagaimana menambahkan lagi sokongan golongan muda terhadap UMNO; lebih-lebih lagi apabila penguatkuasaan #UNDI18 iaitu daftar secara otomatis dijangka akan berkuatkuasa selewat-lewatnya pertengahan tahun 2021.

Dari sudut pandang anak muda, salah satu sayap keluli UMNO yang telah sekian lama menjadi benteng pertahanan parti keramat UMNO ini adalah Pergerakan Pemuda UMNO - perlu bangkit dari posisi bertahan ke posisi “all-out defence and attack”. Pemuda UMNO tidak boleh lagi hanya menunggu anak muda datang kepada ‘panji’ ini, sebalikn-ya bawalah ‘panji perjuangan’ ini kepada mereka dan akhirnya memayungi mereka.

Ibarat memandu kenderaan - pandulah ‘kender-aan Pemuda UMNO’ ini dan bawalah sesiapa pun yang ingin menumpang untuk dibawa ke destinasi yang baik berkompaskan perjuangan demi Agama, Bangsa dan Tanah air.

Pemuda UMNO perlu menjadi ‘vehicle’ yang didambakan anak muda kerana hanya parti UMNO inilah wadah terbaik perjuangan politik tanah air dan hanya dengan ‘vehicle’ inilah orang muda harus gunakan sebaik mungkin untuk sampai ke destinasi iaitu peremajaan UMNO.

Jadikan UMNO sebagai parti yang memenuhi kemahuan anak muda. Sebagai contoh, libatkan secara aktif Pemuda dan bukan hanya jadikan Pemuda sebagai alat untuk mencukupkan korum mesyuarat atau program.

Page 41: SEMBOYAN PRU-15...tan rakyat sebagai ‘pemegamg taruh’ terakhir sebuah negara berdaulat. Di sesetengah negara, hal-hal terhasil berakibat pandemik ini menghasilkan suasana huru-hara,

Kolumnis adalah Naib Ketua UMNO Bahagian Damansara dan seorang pengamal undang-undang dalam firma

Fakhzan Azlina & Associates

Oleh: Mohamad Fakhzan Bin Md Noor [email protected]

ZON TENGAH

Kajian akademik oleh Bridget Welsh mengesahkan bahawa gabungan kempen yang moden dengan elemen emosi oleh PH adalah antara faktor kekalahan UMNO/BN semasa PRU 14.

Ini bukan penemuan baru. YB Khairy Jamaludin dalam ucapan dasar persidangan Pemuda UMNO 2017 menyatakan “Seperti yang ditulis pakar ekonomi, Bryan Caplan dalam bukunya 'The Myth of the Rational Voter', manusia sering bias terutamanya bias sebagai pesimis. Manusia secara lumrahnya sentiasa pesimis terhadap keadaan hari ini dan terus kagum dengan keadaan lampau.”, mesej beliau adalah bahawa: tidak semua pengundi membuat pilihan secara rasional.

Daniel Kahneman adalah pemenang Anugerah Nobel tahun 2002. Beliau seorang ahli psikologi dari Universiti Prince-ton. Thinking Fast And Slow diterbitkan pada 2011, Kahneman terangkan ada dua sistem berfikir manusia – LAJU dan PERLAHAN. Laluan PERLAHAN otak di mana individu diajak gunakan kapasiti logikal, rasional dan proses berfikir kompleks. Itu laluan sukar bagi kebanyakan individu. Mereka mengelak. Manusia tidak mahu berlebih dalam berfikir. Laluan LAJU pentingkan, intuisi, emosi dan lebih cepat. Tiada proses kompleks. Kebanyakan individu/pengundi menggu-nakan laluan laju.

Kajian psikologi politik telah meneliti peranan emosi dalam kempen pilihan raya selama lebih dari satu dekad (kajian Rico, Guinjoan, dan Anduiza 2017; Brader 2006). Penyelidikan dimulakan dengan kajian daya tarikan emosi dalam iklan televisyen.Ia dilihat dapat menimbulkan dua reaksi berbeza: semangat/keterujaan dan ketakutan. Penyelidikan tradisional berpendapat bahawa kesan dari iklan terutama adalah bertujuan untuk membangkitkan minat / perhatian dan mencetuskan tindak balas positif atau negatif kepada satu calon atau yang lain. Para sarjana sejak itu mencabar penemuan awal ini untuk menunjukkan bahawa emosi, sebenarnya, merupakan elemen tingkah laku pengundi, dan sering kritikal dalam proses membuat keputusan - terutama bagi pengundi yang kurang berpendi-dikan.

Bergerak ke hadapan, ahli UMNO/BN dan rakyat perlu berilmu dan tak termakan lagi dengan dengan strategi PH yang hanya bermain naratif emosi, namun gagal dalam arena sebenar tatkala berada di Putrajaya.

UMNO/BN juga perlu mengambil pengajaran bahawa selain fakta dan angka, ia perlu merangka naratif yang menjentik emosi dan mempengaruhi keputusan!

UNDI: PILIHANLOGIK ATAU EMOSI?

Imbas kembali senario kempen PRU 14 2018. Adakah ia kebetulan atau sesuatu yang dirancang dengan rapi? Adakah kebetulan, pengundi seolah-olah dihasut dan dipukau oleh kempen populis, politik kebencian dan putar-belit fakta?

UMNO/BN bercakap soal TN50 dan tawaran baru untuk Malaysia sedangkan PH hanya melabel Dato Seri Najib Razak dengan 3P- “penyangak, penipu dan penyamun” ungkapan yang diulang-ulang setiap ceramah oleh pemimpin PH semasa itu.

Manifesto BN membentangkan fakta dan angka, pelunjuran, dan perancangan. Sedangkan Buku Harapan hanya memberi janji-janji populis yang sedap didengar namun sukar direalisasikan kemudiannya.

Video kempen PH, perihal seorang atuk bercerita pengorbanan usia emas kepada dua orang cucu dengan linangan air mata menarik ramai penonton di media sosial. Apa yang tak kena dengan video lakonan seorang Menteri dan artis perihal kerisauan dalam membuat pilihan PRU yang dihidangkan UMNO/BN?

Dalam tiga contoh mudah di atas, UMNO/BN tewas di tangan mesin propaganda PH. Tewas kerana mesej UMNO/BN terlalu bijak, mengajak rakyat berfikir. Sedangkan PH menguasai gelanggang lantaran bijak memukau emosi dan “membeli” jiwa rakyat yang “malas” berfikir. Adakah ini hanya hipotesis atau ada penjelasan saintifik?

Pengundi memilih berdasarkan analisa logik atau hanya keputusan emosi semata?. Selama ini mungkin ada yang menyangka ia adalah proses logik, tetapi hakikat sebenarnya, untuk kebanyakan khalayak adalah sebalikn-ya-ia adalah proses emosi!.

Apabila sudah faham dan tahu, sekurang-kurangn-ya dapat mempertahankan diri daripada serangan pihak lawan dan seterusnya satu langkah ke hadapan adalah mengaplikasi pengetahuan tersebut dan memanipulasi sasaran yakni pengundi.

Bridget Welsh dalam artikel bertajuk "“Saviour” Politics and Malaysia's 2018 Electoral Democratic Break-through: Rethinking Explanatory Narratives and Implications." Yang diterbitkan oleh Journal of Current Southeast Asian Affairs 37.3 (2018): 85-108, menyatakan antara lain:

“….[T]hree important sufficient factors: the combi-nation of modern campaigning with emotions, the institution-al collapse of dominant party UMNO leading to the erosion of its traditional base, and the failure of the government to effectively win over young voters.”

Page 42: SEMBOYAN PRU-15...tan rakyat sebagai ‘pemegamg taruh’ terakhir sebuah negara berdaulat. Di sesetengah negara, hal-hal terhasil berakibat pandemik ini menghasilkan suasana huru-hara,

Kolumnis adalah Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Kuantan, Ahli Parlimen Belia Malaysia dan

seorang penggerak Mahasiswa Nasional

Oleh: Irfan Zamri [email protected]

ZON

PANTAI

TIMUR

Calon muda atau calon matang?

Penganalisis, termasuk aktivis dan pemimpin politik mengandaikan golongan muda sekali lagi akan menentu-kan keputusan PRU ke-15. Persoalannya, apakah andaian mereka benar? Sesungguhnya, tidak dapat dinafikan pemilih muda yang berdaftar, begitu besar jumlahnya, pasti akan menentukan keputusan pilihan raya nanti. Sudah pasti proses meletakkan calon juga akan menjadi tumpuan besar pada PRU ke-15 berbanding proses pengagihan kerusi antara UMNO dan PAS. Sudah pasti pengundi muda mahu-kan calon yang lebih dekat dengan mereka dan mampu untuk menjiwai denyut nadi mereka. Tidak semestinya UMNO perlu meletakkan calon muda dikalangan belia untuk menarik pengundi muda. Meletakkan calon dikalangan mereka yang berusia 18 hingg 30 tahun bukanlah satu percaturan yang bijak kerana parti akan berhadapan dengan masalah calon yang tidak matang. Ini terbukti daripada kegagalan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk mengemudi bahtera Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta kegagalan beliau untuk mengemudi bahtera Armada (sayap PPBM) disebabkan faktor kematangan dalam berpolitik.

Konsep “Calon Muda” yang diinginkan oleh pengundi muda adalah calon yang baru dan matang serta mampu mencorakkan politik negara ke suatu tahap yang lebih moden dan sophisticated.

PRU ke-15 akan memberi nafas baru kepada lanskap politik negara. Pucuk pimpinan parti perlu bekerjasa-ma dengan akar umbi di bahagian mahupun cawangan untuk memastikan umno akan terus releven dalam PRU ke-15 kelak.

Bersatu. Bersetia.Berkhidmat.

SEMBOYANTELAH BERBUNYI?

Setiap ahli tidak putus-putus bercakap tentang pilihanraya bagaikan wabak yang bakal menggantikan Covid-19. Dari hulu hingga ke muara sungai. Dari gunung-ganang turun pula ke lembah, sawah, ladang dan kampung halaman. Dari kampung halaman menyusur ke kota-kota raya, tiada yang lebih mengasyikkan selain cerita tentang pilihan raya. Di mana bertemu disitu berbual al-kisahnya peruhal Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Sebaik sahaja Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dibubarkan, paluan awal gendang PRU ke-15 sudahpun dibunyikan. Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan menjadi penentu segala persoalan yang bakal bermain di fikiran masyarakat. Setelah hampir 2 tahun berlalu PRU ke-14, suasana politik Malaysia masih lagi dalam keadaan yang tidak stabil. Pentadbiran Pakatan Harapan (PH) hanya mampu bertahan selama 22 bulan dan runtuh dek perbala-han dalaman mereka yang tidak pernah selesai. Kerajaan Perikatan Nasional (PN) mula menggantikan tampuk pentadbiran negara dan dilihat lebih menyerlah kerana mampu menangani wabak Covid-19 dan membantu meng-hidupkan semula ekonomi Malaysia yang kian membarah. Namun begitu, kerajaan PN tidak mampu bertahan lama kerana mereka mempunyai majoriti yang tipis. Jentera-jen-tera parti sudah mula bersedia sekiranya PRU dijalankan secara mengejut dalam masa terdekat.

Muafakat Nasional atau Perikatan Nasional?

Piagam Muafakat Nasional (MN) yang dimeterai UMNO dan PAS pada 14 September 2019 telah bersetuju membentuk kerjasama dengan mengembangkan naratif Islam dan Melayu tanpa menafikan kepelbagaian agama, kaum dan budaya sebagai paksi kepada kestabilan politik, keharmonian kaum serta kesejahteraan negara. Namun sebaik sahaja UMNO dan PAS menyertai kerajaan PN, naratif politik tampaknya lebih berbeza. Walaupun gabungan bersama PPBM pada awalnya dilihat hanya sementara tetapi lama-kelamaan kerjasama ini seolah-olah ingin diteruskan sehingga PRU ke-15. Pucuk pimpinan parti perlu lebih berhati-hati dalam memutuskan kerjasama ini. Akar umbi sudah mula meragui kesetiaan parti pimpinan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin. Senario ini bermula sebaik sahaja Ahli Parlimen Mersing yang telah melompat dari parti UMNO telah mengeluarkan kenyataan menghina UMNO Sabah sudah tidak laku. Kenyataan tersebut telah mula menimbul-kan rasa marah akar umbi UMNO kepada Ahli Parlimen PPBM tersebut. Suara akar umbi perlu diambil kira oleh pucuk pimpinan parti kerana mereka merupakan insan yang setia bersama tatkala parti ini rebah menyembah bumi.

Page 43: SEMBOYAN PRU-15...tan rakyat sebagai ‘pemegamg taruh’ terakhir sebuah negara berdaulat. Di sesetengah negara, hal-hal terhasil berakibat pandemik ini menghasilkan suasana huru-hara,

0000

1946SEJARAH

Page 44: SEMBOYAN PRU-15...tan rakyat sebagai ‘pemegamg taruh’ terakhir sebuah negara berdaulat. Di sesetengah negara, hal-hal terhasil berakibat pandemik ini menghasilkan suasana huru-hara,

0042

1946

Oleh: Aemirulrizaki Rambli [email protected]

KEJAYAAN UMNO TERBAYANG‘Rang Perjanjian Perlembagaan Tahun 1946-1947’

Di dalam bulan Julai tahun 1946 itu iaitu di dalam tempoh lebih kurang tiga bulan sahaja UMNO ditubuhkan telah terbayanglah kejayaan akan dica-pai sebagai hasil perjuangannya menghapuskan Malayan Union itu.

Dengan tidak payah menghantar wakil-wakil ke London lagi, pihak Kerajaan British, pada 3 haribu-lan Julai tahun 1946, menerusi Pejabat Tanah Jajahan di London, telah menyatakan persetujuannya dengan rancangan menubuhkan sebuah pemerintahan berbentuk Persekutuan sebagaimana yang disetujui oleh UMNO dan Raja-raja Melayu itu.

Pada 24 haribulan Julai, tahun 1946, pihak Raja-raja Melayu dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu telah pun siap menyediakan suatu Rang Perlembagaan secara kasar, hasil rundingan antara dua pihak itu.

Rang Perlembagaan itu telah diserahkan kepada Sir Edward Gent (Gabenor Malayan Union) di dalam suatu persidangan di antara Raja-raja Melayu dengan Sir Edward Gent di King's House pada 24 dan 25 haribulan Julai, tahun 1946.

Pada 25 haribulan Julai, tahun 1946 dengan persetujuan Raja-raja Melayu, Gabenor Malayan Union, (Sir Edward Gent) dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, sebuah Jawatankuasa yang men-gandungi dua belas orang (termasuk seorang setiau-saha) telah dilantik bagi menyemak cadan-gan-cadangan yang dikemukakan oleh pihak Raja-raja Melayu dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu dan menyusun

satu persatu Perjanjian Perlembagaan baharu bagi Persekutuan dan negeri-negeri Melayu yang boleh diterima oleh orang-orang Melayu dan yang mendiri-kan pemerintahan yang lebih cergas menjadi asas bagi kemajuan-kemajuan politik dan Perlembagaan masa akan datang.

Jawatankuasa itu adalah terdiri daripada:

Pihak KerajaanMr. A.T. Newboult, C . M . G . M . C . ED. MCS. (Chief Secretary)Dr. Linehan, MCS.Mr. A. Williams, MCS.

Pihak Raja-raja MelayuYang Mulia Raja Kamarulzaman bin Raja Mansor MCS, Raja Kecil Tengah, Perak.Yang Berhormat Datuk Hamzah bin Abdullah, Orang Kaya Menteri, Selangor.Tuan Haji Mohamad Sharif bin Othman, C.B.E., Setiau-saha Kerajaan Kedah.Yang Berhormat Datuk Nik Ahmad Kamil bin Mahmud D.K.- S.P.M.K., Datuk Seri Setia Raja, Kelantan.

Pihak Pertubuhan Kebangsaan Melayu BersatuYang Berhormat Datuk Onn bin Jaafar.Yang Berhormat Datuk Abdul Rahman bin Mohamad Yasin.

SetiausahaMr. D.C. Watherston MCS

Page 45: SEMBOYAN PRU-15...tan rakyat sebagai ‘pemegamg taruh’ terakhir sebuah negara berdaulat. Di sesetengah negara, hal-hal terhasil berakibat pandemik ini menghasilkan suasana huru-hara,

0043

Panduan Dan Tugas-tugas

Jawatankuasa ini akan berunding dan menjalankan tugastugasnya mengikut panduan yang diberi kepadanya oleh pihak Raja-raja Melayu dan pihak Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu demikian:

a) Bahawa hendaklah diadakan sebuah Kerajaan Pusat supaya menentukan pentadbiran yang mempunyai kekuatan ekonomi dan yang berkesan di atas segala perkara yang mustahak bagi kebajikan dan kemajuan negeri ini amnya.

b) Bahawa kedudukan persendirian tiap-tiap sebuah negeri Melayu itu dan Settlements hendaklah disebutkan dengan terang dan dikekalkan.

c) Bahawa perjanjian-perjanjian baharu, dengan pandangan yang jauh, hendaklah mengadakan cara-cara dan langkah-langkah kemajuan ke arah Berkerajaan Sendiri.

d) Bahawa dengan pandangan bagi membina penubuhanpenubuhan yang mempunyai asas-asas yang akan menjadi mustahak sekiranya asas (c) itu berjalan, suatu taraf kerakyatan hendaklah diadakan yang akan mem-bolehkan hak-hak politik diberi kepada orang-orang yang memandang Malaya ini sebagai negerinya yang sebenar dan tempat tumpuan taat setia mereka.

e) Bahawa, oleh kerana negeri-negeri ini ialah negeri-negeri Melayu yang diperintah oleh Raja-raja Melayu, adalah rakyat Raja-raja Melayu itu tiada mempunyai lain pihak yang ditumpahkan taat setia kepadanya dan tiada lain negeri yang boleh mereka pandang sebagai negerinya dan adalah mereka mempunyai suatu kedudukan khas dan mempunyai hak-hak yang mesti dipelihara.

Pada 6 haribulan Ogos, tahun 1946, jawatankuasa ini telah mulai menjalankan kerjanya sehingga 16 haribulan Ogos tahun 1946.

Petikan dari “Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu”; Ibrahim Mahmood (1981), Pustaka Antara

Page 46: SEMBOYAN PRU-15...tan rakyat sebagai ‘pemegamg taruh’ terakhir sebuah negara berdaulat. Di sesetengah negara, hal-hal terhasil berakibat pandemik ini menghasilkan suasana huru-hara,

0044

PUISI ITU BAHASA JIWAKUAku bukannya penyair, mau pun pujangga Aku juga tak hebat bermain kata bermadah sukmaNamun jiwaku puitisPuisi memberi aku kepuasanMinda dan jiwa, naluri rasaUntuk aku terus meluah segala rasaRasa yang terpendam dijiwaTak mampu ku ungkapkan dengan kata berhelahHanya berpuisi dapat meleraikan runtunan jiwa.

Bila pena mula berbicaraBicaranya bicara sukmaBerkocak naluri rasaTerukir bait-bait kataTerpahat di atas kanvas rasaBiarlah terus megah di atasnyaUntuk tatapan semua.Biar pena terus berbicaraWalau tiada yang memahami butir bicaraBiarlah!

Yang pasti hati tahuBicaranya pena memberi ketenangan dijiwaBukan mudah meluah kataHanya dengan pena hati mampu berkata

Sesungguhnya hati sedang berbahagia Kerana puisi itu bahasa jiwakuKusedia bait bait hati mengalun jiwa merentap sukmaAkan terpatriDidalam jasad kau berkuasaDidalam dada kau bertakhta!

Puisi itu sentuhan naluri jiwakuBahasa alam pada insan mengerti

Kecuali...Tidak pada jiwa jiwa yg matiPuisi itu... sentuhan seniPuisi itu… bahasa jiwaku

Astani Hj PatolaKetua PeneranganUmno Bahagian Tawau