bizappweb.bizapp.my/jomtrack_web/www/jomtrack/examples/inline-pages/bizapp... · selamat datang ke...

17
BIZAPP JUN 2016 / VERSI 1.27 FPX PAYMENT GATEWAY INTEGRASI PENERIMAAN PEMBAYARAN MELALUI FPX-PAYMENT GATEWAY

Upload: others

Post on 15-Oct-2019

21 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

BIZAPP

JUN 2016 / VERSI 1.27

FPX PAYMENT GATEWAY INTEGRASI PENERIMAAN

PEMBAYARAN MELALUI

FPX-PAYMENT GATEWAY

SELAMAT DATANG KE APLIKASI BIZAPP Panduan pengguna ini dibuat secara ringkas. Terima kasih kerana membeli PAKEJ SUPERB. Kini, pakej SUPERB dilengkapi dengan sistem penerimaan pembayaran dari agen-agen melalui FPX-PAYMENT GATEWAY yang disediakan oleh BILLPLZ.COM

BILLPLZ Apa itu BILLPLZ? BILLPLZ adalah satu syarikat yang menyediakan sistem penerimaan bayaran bagi pihak ketiga secara online banking melalui bank-bank tempatan. Saya boleh katakan BILLPLZ ini adalah lebih kurang sama seperti OnPay, SenangPay, iPay88.com, MOLPay.com, Paypal dan lain-lain.

Kenapa BIZAPP memilih BILLPLZ? Pada ketika ini, BIZAPP memilih perkhidmatan yang disediakan oleh BILLPLZ kerana:

1) Tiada yuran tahunan atau bulanan dan tiada yuran permulaan untuk membuka akaun BILLPLZ. Ianya adalah PERCUMA.

2) Kadar caj bagi setiap transaksi yang murah terutama bagi peniaga-peniaga online yang baru & kecil.

3) Prosedur untuk setup akaun adalah sangat mudah dan cepat tanpa

memerlukan banyak dokumentasi.

4) Mudah diintegrasikan dengan sistem BIZAPP.

5) Tempoh settlement yang pantas (1 hari bekerja sahaja)*

6) Menyokong pembayaran melalui kebanyakan bank-bank tempatan

yang popular seperti M2U, CIMBClick, Bank Islam, RHB Bank, Hong Leong Bank, Public Bank, OUB Bank, AMBank dan lain-lain.

FPX_PAYMENT GATEWAY di BIZAPP Fungsi pembayaran FPX yang disediakan di dalam BIZAPP ini tidaklah wajib untuk digunakan. Ianya adalah pilihan. Jika anda mahukan satu sistem pembayaran yang sistematik bagi agen-agen anda membuat tempahan kepada anda, anda bolehlah setup akaun BILLPLZ ini dan

hubungkan akaun BIZAPP anda dengan akaun BILLPLZ anda.

Bagaimana BILLPLZ berfungsi.

1) Apabila anda menggunakan perkhidmatan FPX ini, agen-agen anda akan membuat bayaran secara online dari akaun bank mereka terus ke akaun BILLPLZ dan bukan ke akaun anda.

2) Wang tersebut hanya akan dipindahkan ke akaun bank anda

mengikut jadual di bawah:

Contohnya:

a) Jika agen/pelanggan anda membuat bayaran pada hari Isnin, maka anda akan menerima pembayaran tersebut pada keesokan hari (Selasa).

b) Jika agen/pelanggan anda membuat bayaran pada hari

Khamis, maka anda akan menerima pembayaran tersebut pada hari Isnin minggu seterusnya.

c) Bayaran ke akaun bank anda adalah secara automatik.

Caj & KREDIT dari BILLPLZ

1) Setiap transaksi yang masuk ke akaun anda akan dikenakan caj. Ketika ini, caj yang dikenakan oleh pihak BILLPLZ adalah seperti dibawah:

2) Penerangan:

a) Di dalam akaun BILLPLZ anda nanti, anda perlu top-up KREDIT

anda. Jumlah minimum untuk anda top-up KREDIT anda ialah RM2.00.

b) Setiap transaksi yang masuk ke akaun BILLPLZ anda, akan dikenakan caj mengikut jumlah top-up yang anda telah buat sebelum itu, dan caj ini akan ditolak dari jumlah KREDIT anda.

c) Contoh senario :

a. Anda topup KREDIT anda sebanyak RM10.00.

b. Katakan seorang agen/pelanggan anda membuat bayaran

ke akaun BILLPLZ anda sebanyak RM100.00 pada hari Isnin.

c. Kredit anda akan ditolak sebanyak RM1.50. Sekarang

KREDIT anda telah menjadi RM8.50.

d. Pada keesokan harinya (Selasa), RM100.00 tersebut akan

dipindahkan ke akaun bank anda.

3) Anda mestilah pastikan bahawa jumlah KREDIT anda sentiasa ada. Jika jumlah KREDIT hampir habis, anda boleh top-up lagi sebanyak mana yang anda suka.

Apa akan berlaku jika jumlah KREDIT anda kosong?

1) Jika jumlah KREDIT anda kosong atau kurang dari jumlah caj yang cuba dikenakan ke atas transaksi baru, maka jumlah bayaran yang

anda baru terima tersebut akan ditukar menjadi KREDIT anda.

2) Contoh senario 1 :

a. Katakan jumlah KREDIT anda sekarang tinggal RM0.50 sahaja.

b. Katakan seorang agen/pelanggan anda membuat bayaran ke akaun BILLPLZ anda sebanyak RM150.00.

c. Oleh kerana KREDIT anda tidak cukup untuk dikenakan caj sebanyak RM1.50, maka RM100.00 (jumlah maksimum bagi auto-top-up) akan diambil dari bayaran agen anda tadi dan

ditukarkan menjadi KREDIT anda yang baru. Sekarang jumlah KREDIT anda menjadi RM100.50. Sistem akan caj RM1.50 ke atas transaksi ini. Jadi akhirnya baki KREDIT anda sekarang akan menjadi RM99.00

d. Pada keesokan harinya, baki sebanyak RM50.00 tersebut akan dipindahkan ke akaun bank anda.

e. Untuk transaksi berikutnya, tiada auto-top-up KREDIT akan berlaku kerana sekarang anda mempunyai jumlah KREDIT sebanyak RM99.00

3) Contoh senario 2 :

a. Katakan jumlah KREDIT anda sekarang tinggal RM0.50 sahaja.

b. Katakan seorang agen/pelanggan anda membuat bayaran ke akaun BILLPLZ anda sebanyak RM40.00.

c. Oleh kerana KREDIT anda tidak cukup untuk dikenakan caj sebanyak RM1.50, maka RM40.00 akan diambil dari bayaran agen anda tadi dan ditukarkan menjadi KREDIT anda yang baru. Sekarang jumlah KREDIT anda menjadi RM40.50. Sistem akan caj RM1.50 ke atas transaksi ini. Jadi akhirnya baki KREDIT anda sekarang akan menjadi RM39.00

d. Pada keesokan harinya, tiada pindahan wang akan dibuat ke akaun bank anda kerana kesemua RM40.00 yang telah diterima semalam telah ditukar menjadi KREDIT anda.

e. Untuk transaksi berikutnya, tiada auto-top-up KREDIT akan berlaku kerana sekarang anda mempunyai jumlah KREDIT sebanyak RM39.00

4) Untuk menikmati kadar caj yang lebih rendah, contohnya RM1.00 per transaksi, anda mestilah top-up KREDIT anda sebanyak RM5,000.00 hingga RM24,999.00 seperti jadual di atas.

Pembukaan Akaun BILLPLZ dan KREDIT.

1) Untuk membuka akaun, sila klik ke URL ini :

http://www.billplz.com/join/bizapp

2) Bahagian BANK DETAILS adalah bahagian yang penting. Di bank inilah setiap bayaran yang diterima akan dipindahkan nanti.

3) Setelah mendaftar, sila periksa emel anda untuk mengaktifkan akaun BILLPLZ anda. (Jika anda tidak jumpa emel tersebut di dalam INBOX, sila periksa juga di bahagian lain seperti [Updates] atau

[Spam]).

4) Setelah anda aktifkan akaun anda, sila login semula.

a) Anda diberikan sebanyak RM3.00 KREDIT percuma.

b) Di sini, anda perlu buat pengesahan AKAUN BANK anda sebelum anda boleh menerima sebarang bayaran.

c) Klik “VERIFY NOW”.

d) Satu ujian transaksi akan dijalankan ke akaun bank anda untuk

memastikan yang akaun bank anda adalah sah. Apa yang anda perlu buat seterusnya ialah TUNGGU antara 2 hingga 3 hari. Jika anda menggunakan MAYBANK2U sebagai bank anda, sila login ke MAYBANK2U selepas 2-3 hari dan lihat di bahagian rekod transaksi. Cari transaksi yang bertulis seperti ini :

CODE XXXXXX BILLPLZ SDN BHD YYYYYYYYYYYY

e) Login semula ke website BILLPLZ (http://www.billplz.com) dan klik VERIFY NOW. Masukkan code XXXXXX yang anda dapati dalam rekod transaksi MAYBANK2U anda tadi. Kemudian tekan butang “Submit”.

f) Setelah akaun BILLPLZ anda disahkan, sekarang anda bolehlah top-up KREDIT akaun BILLPLZ anda jika anda mahu. Klik butang “Reload Credit” dan masukkan jumlah yang anda inginkan (minimum RM 2.00)

Dengan ini, selesailah pembukaan akaun BILLPLZ anda.

Seterusnya…

Penyambungan Akaun BIZAPP dan BILLPLZ

1) Login ke akaun BILLPLZ anda dan klik ikon Setting.

2) Di bahagian ACCOUNT, salin API Secret Key anda di atas kertas

(case sensitive).

3) Buka aplikasi BIZAPP dan log masuk.

4) Pergi ke bahagian MENU PROFIL. 5) Klik tab FPX

6) Masukkan API Secret Key akaun BILLPLZ anda tadi.

7) Masukkan nama anda atau nama kedai atau nama bisness yang anda suka. Nama ini akan tertera di dalam INVOICE anda sewaktu agen / pelanggan anda mahu membuat bayaran kepada anda nanti.

8) Akhir sekali, KEMASKINI PROFIL anda.

9) Selesai. Dengan ini, agen-agen anda sudah boleh membuat

bayaran terus kepada anda melalui FPX-Payment Gateway. Mereka juga boleh membuat bayaran secara manual dengan menyertakan gambar resit pembayaran seperti sebelum ini. Di bawah ini adalah CONTOH skrin yang mereka akan nampak ketika mereka membuat tempahan :

10) Apabila butang “BAYAR ONLINE” ditekan :

11) Setiap pembayaran yang diterima melalui BILLPLZ akan dimaklumkan kepada anda melalui emel.

PENUTUP Untuk pertanyaan lanjut, sila emailkan persoalan anda kepada :

EMEL : [email protected] SMS/WHATSAPP : +60192105032 FB Admin : http://www.facebook.com/hasnolmizam

FB PAGE : https://www.facebook.com/bizappmalaysia