sekolah agama selangor

93
BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM 1. Apakah jenis-jenis sekolah yang diuruskan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)? 1.1 Pra Sekolah (5-6 tahun). 1.2 KAFA Integrasi (7-12 tahun). 1.3 Sekolah Rendah Agama (SRA) (7-12 tahun). 1.4 Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) (7-12 tahun). 1.5 Sekolah Agama Menengah (SAM) (13-19 tahun). 1.6 Maahad Integrasi Tahfiz Sains (MITS) (13-17 tahun). 1.7 Maahad Integrasi Tahfiz dan Turath Selangor (MITS) (13-18 tahun). 2. Apakah antara syarat-syarat untuk membina Sekolah Rendah Agama (SRA) / Kelas Asas Fardhu Ain Integrasi (KAFAI) baru di Negeri Selangor? 2.1 Penempatan atau Taman Perumahan baru yang telah ada Sekolah Kebangsaan (SK). 2.2 Mempunyai tapak yang sesuai untuk membina sekolah. 2.3 Jarak antara sekolah sediaada mestilah munasabah: 2.3.1 Kawasan luar Bandar sebuah sekolah bagi setiap kampung 2.3.2 Kawasan Bandar/Taman Perumahan sekurang-kurangnya satu kilometer. 2.4 Peruntukan pembangunan yang mencukupi dari pihak berwajib. 3. Apakah prosedur yang perlu diikuti untuk mendaftarkan Sekolah Islam Persendirian di Negeri Selangor? 3.1 Perlu mewujudkan sekolah terlebih dahulu mengikut peraturan dan syarat daripada pihak berwajib. 3.2 Pemohon perlu mengisi borang pendaftaran sekolah yang boleh diperolehi di Unit Pendidikan Islam (UPI), Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) atau di Bahagian Pendidikan Islam (BPI), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). 3.3 Borang yang telah lengkap hendaklah dikembalikan kepada Unit Pendidikan Islam (UPI), Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) beserta dengan Minit Mesyuarat penubuhan sekolah dan sesalinan senarai ahli jawatankuasa Pengurusan Sekolah. 3.4 Surat Perakuan Pendaftaran akan dikeluarkan oleh Bahagian Pendidikan Islam (BPI), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) setelah borang tersebut diperaku dan diserahkan oleh Unit Pendidikan Islam (UPI), Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) apabila selesai melakukan semakan dan pemantauan di sekolah tersebut. 4. Bolehkah pendaftaran Sekolah Agama Persendirian dilakukan terus kepada Bahagian Pendidikan Islam (BPI), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tanpa melalui Unit Pendidikan Islam (UPI), Pejabat Agama Islam Daerah (PAID)? 4.1 Tidak boleh.

Upload: jehemaahad

Post on 23-Oct-2015

1.312 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

sekolah agama

TRANSCRIPT

Page 1: sekolah agama selangor

BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM 1. Apakah jenis-jenis sekolah yang diuruskan oleh Jabatan Agama Islam

Selangor (JAIS)?

1.1 Pra Sekolah (5-6 tahun). 1.2 KAFA Integrasi (7-12 tahun). 1.3 Sekolah Rendah Agama (SRA) (7-12 tahun). 1.4 Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) (7-12 tahun). 1.5 Sekolah Agama Menengah (SAM) (13-19 tahun). 1.6 Maahad Integrasi Tahfiz Sains (MITS) (13-17 tahun). 1.7 Maahad Integrasi Tahfiz dan Turath Selangor (MITS) (13-18 tahun).

2. Apakah antara syarat-syarat untuk membina Sekolah Rendah Agama

(SRA) / Kelas Asas Fardhu Ain Integrasi (KAFAI) baru di Negeri Selangor?

2.1 Penempatan atau Taman Perumahan baru yang telah ada Sekolah Kebangsaan (SK).

2.2 Mempunyai tapak yang sesuai untuk membina sekolah. 2.3 Jarak antara sekolah sediaada mestilah munasabah: 2.3.1 Kawasan luar Bandar – sebuah sekolah bagi setiap kampung

2.3.2 Kawasan Bandar/Taman Perumahan – sekurang-kurangnya satu kilometer.

2.4 Peruntukan pembangunan yang mencukupi dari pihak berwajib. 3. Apakah prosedur yang perlu diikuti untuk mendaftarkan Sekolah Islam

Persendirian di Negeri Selangor?

3.1 Perlu mewujudkan sekolah terlebih dahulu mengikut peraturan dan syarat daripada pihak berwajib.

3.2 Pemohon perlu mengisi borang pendaftaran sekolah yang boleh diperolehi di Unit Pendidikan Islam (UPI), Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) atau di Bahagian Pendidikan Islam (BPI), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

3.3 Borang yang telah lengkap hendaklah dikembalikan kepada Unit Pendidikan Islam (UPI), Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) beserta dengan Minit Mesyuarat penubuhan sekolah dan sesalinan senarai ahli jawatankuasa Pengurusan Sekolah.

3.4 Surat Perakuan Pendaftaran akan dikeluarkan oleh Bahagian Pendidikan Islam (BPI), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) setelah borang tersebut diperaku dan diserahkan oleh Unit Pendidikan Islam (UPI), Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) apabila selesai melakukan semakan dan pemantauan di sekolah tersebut.

4. Bolehkah pendaftaran Sekolah Agama Persendirian dilakukan terus

kepada Bahagian Pendidikan Islam (BPI), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tanpa melalui Unit Pendidikan Islam (UPI), Pejabat Agama Islam Daerah (PAID)?

4.1 Tidak boleh.

Page 2: sekolah agama selangor

5. Bolehkah Sijil Pendaftaran Penuh diperolehi tanpa pendaftaran

sementara?

5.1 Tidak boleh. Pihak Pendaftar akan mengeluarkan Surat Perakuan Pendaftaran Sementara terlebih dahulu. Sijil Pendaftaran Penuh akan dikeluarkan apabila borang pendaftaran sekolah persendirian telah lengkap selesai diproses.

6. Apakah rasionalnya dan kelebihan yang diperolehi apabila mendaftar

Sekolah Agama Persendirian di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)?

6.1 Mematuhi Enakmen Bil. 2 Tahun 1988: Enakmen Pengawalan

Sekolah-Sekolah Agama Islam 1988 (pindaan 2001). 6.2 Berpeluang mendapatkan bimbingan dan khidmat nasihat berkaitan

pendidikan. 6.3 Untuk memudahkan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)

menyalurkan maklumat terkini berkaitan pendidikan. 6.4 Membolehkan pihak sekolah mendapatkan sokongan untuk menerima

bantuan yang akan disalurkan oleh pihak-pihak tertentu. 6.5 Membolehkan pihak sekolah mendapatkan sokongan untuk pas

lawatan ikhtisas bagi pelajar bukan warganegara bawah 18 tahun. 6.6 Membolehkan pihak sekolah mendapatkan sokongan untuk memohon

sesuatu permohonan kepada agensi lain seperti pembukaan akaun bank, pendaftaran perniagaan dan sokongan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

6.7 Membolehkan pihak sekolah mendapatkan sokongan untuk permohonan Dermasiswa Huffaz dan Isbat dari Lembaga Zakat Selangor (LZS).

7. Apakah jenis bantuan yang boleh disalurkan oleh Jabatan Agama Islam

Selangor (JAIS)?

7.1 Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) boleh menyalurkan bantuan dari segi khidmat nasihat, bimbingan dan latihan/kursus dalam arus perkembangan pendidikan.

7.2 Boleh memasukkan nama sekolah dalam senarai penerima bantuan daripada pihak yang ingin menyalurkan bantuan.

8. Adakah Sijil Tahfiz yang dikeluarkan oleh Sekolah Tahfiz Persendirian

diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)?

8.1 Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tiada kuasa untuk mengiktiraf sijil-sijil yang dikeluarkan oleh Sekolah Agama Persendirian.

8.2 Pihak sekolah dicadangkan untuk mengambil Sijil Tahfiz Malaysia (STM) anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) atau Sijil Menengah Agama Tahfiz Al-Quran (SMATQ) anjuran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Page 3: sekolah agama selangor

9. Boleh saya tahu waktu belajar di Prasekolah JAIS?

9.1 Waktu belajar di Prasekolah JAIS adalah dari jam 7.30 pagi hingga 12.00 tengahari bermula hari Isnin hingga Khamis dan Jumaat bermula 7.30 pagi hingga 11.30 pagi.

10. Bilakah pendaftaran murid Prasekolah JAIS dibuka? 10.1 Pendaftaran murid adalah pada 2 Mei hingga 31 Julai setiap tahun.

10.2 Pengesahan pula adalah pada 1 Oktober hingga 30 November setiap tahun.

11. Apakah syarat masuk ke Sekolah Rendah Agama (SRA) Negeri Selangor?

11.1 Kanak-kanak lelaki dan perempuan yang beragama Islam. 11.2 Berumur 7 hingga 12 tahun. 11.3 Mendaftar dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) yang

berhampiran. 12. Bilakah tarikh pendaftaran masuk ke Sekolah Rendah Agama (SRA)

dibuka?

12.1 Pendaftaran masuk untuk tahun satu (1) akan dibuka pada bulan Mac hingga Mei setiap tahun dan untuk pengesahan adalah pada bulan September.

13. Dimanakah pendaftaran masuk ke Sekolah Rendah Agama (SRA) perlu dibuat?

13.1 Pemohon boleh terus mendaftar ke sekolah yang menjadi pilihan.

14. Bolehkah murid di Sekolah Rendah Agama (SRA) bertukar ke Kelas Asas

Fardu Ain Integrasi (KAFA Integrasi) atau sebaliknya dan antara Sekolah Rendah Agama (SRA)/Kelas Asas Fardhu Ain Integrasi (KAFA Integrasi)?

14.1 Boleh, dengan mengisi borang BOR/SRA/KAFAI/MURID (Pindaan:

01/03/2010). 14.2 Bagi pertukaran dalam daerah, borang yang telah dilengkapkan

hendaklah dihantar ke Unit Pendidikan Islam (UPI) Daerah untuk tindakan selanjutnya.

14.3 Bagi pertukaran antara daerah, borang yang telah lengkap hendaklah dihantar ke Bahagian Pendidikan Islam (BPI), JAIS untuk tindakan selanjutnya.

Page 4: sekolah agama selangor

15. Apakah perbezaan antara Sekolah Rendah Agama (SRA) dan Kelas Asas Fardhu Ain Integrasi (KAFA Integrasi)?

15.1 Sekolah Rendah Agama (SRA) menggunapakai sukatan pelajaran dan

kurikulum JAIS sepenuhnya, manakala Kelas Asas Fardhu Ain Integrasi (KAFA Integrasi) menggunapakai kurikulum JAIS dan JAKIM.

16. Jika saya terlepas mendaftar pada tempoh yang ditetapkan, di manakah

saya harus mendaftar untuk masuk ke Sekolah Rendah Agama (SRA) Negeri Selangor?

16.1 Pemohon perlu mengisi borang permohonan dan mendapatkan

kelulusan pegawai di Bahagian Pendidikan Islam (BPI), JAIS. 17. Bagaimanakah proses permohonan kemasukan ke Sekolah Rendah

Agama Integrasi dilaksanakan?

17.1 Permohonan hendaklah dibuat ke sekolah yang dikehendaki (sila rujuk senarai Sekolah Rendah Agama Integrasi).

18. Bilakah permohonan ke Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) boleh

dibuat?

18.1 Permohonan akan mula dibuka mulai 1 hingga 30 April setiap tahun. 19. Perlukan saya mendaftarkan anak saya ke Sekolah Kebangsaan (SK)

terlebih dahulu sebelum mendaftar di Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI)?

19.1 Ya, perlu.

20. Apakah dokumen yang diperlukan ketika mendaftar di Sekolah Rendah

Agama Integrasi (SRAI)?

20.1 Borang permohonan pendaftaran Ujian Kelayakan Sekolah (UKS) yang boleh didapati di sekolah terkini.

20.2 Salinan surat beranak anak. 20.3 Salinan dokumen pendaftaran Sekolah Kebangsaan (SK) anak. 20.4 Salinan bil utiliti (elektrik atau air) 20.5 Pengesahan pemastautin Selangor (jika berkenaan).

21. Apakah syarat kelayakan untuk diterima masuk ke Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI)?

21.1 Calon, ibu dan bapa mestilah warganegara Malaysia. 21.2 Berumur tujuh (7) tahun pada tahun kemasukan. 21.3 Menduduki Ujian Kelayakan Tahun Satu SRAI (UKS) dan lulus dengan

baik pada ujian tersebut. 21.4 Memenuhi keperluan tempat yang ditawarkan di SRAI.

Page 5: sekolah agama selangor

22. Adakah Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) merupakan salah sebuah

sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)?

22.1 Tidak. Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) merupakan sekolah Agama Negeri (SAN) yang ditadbir urus oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Statusnya di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) adalah sekolah swasta.

23. Kemanakah murid-murid lepasan Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI)

boleh meneruskan pelajaran tamat darjah enam (6)?

23.1 Murid-murid lepasan Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) boleh memohon untuk meneruskan pelajaran ke Sekolah Agama Menengah (SAM) Negeri Selangor dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

24. Apakah syarat kemasukan murid Tingkatan Satu (1) ke Sekolah Agama

Menengah (SAM) Negeri Selangor?

24.1 Calon, ibu dan bapa mestilah warganegara Malaysia. 24.2 Lulus Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) Negeri Selangor. 24.3 Lulus Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

25. Kenapa keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) tidak boleh

digunakan sebagai syarat kelayakan masuk ke Sekolah Agama Menengah (SAM) Negeri Selangor?

25.1 Untuk makluman, Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) adalah

peperiksaan yang diselaraskan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi murid tahun lima (5) di Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Kelas Agama dan Fardhu Ain Integrasi (KAFA Integrasi) seluruh Malaysia.

26. Kenapa murid yang ibu dan bapanya bukan warganegara Malaysia tidak

diterima masuk ke sekolah Agama Menengah (SAM) Negeri Selangor?

26.1 Untuk makluman, syarat utama untuk diterima masuk ke Sekolah Agama Menengah (SAM) Negeri Selangor ialah calon, ibu dan bapa mestilah warganegara Malaysia.

27. Bagaimanakah cara untuk memohon masuk ke sekolah Agama Menengah

(SAM) Negeri Selangor?

27.1 Borang permohonan boleh didapati di semua Sekolah Rendah Agama (SRA), Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI), Kelas Agama dan Fardhu Ain Integrasi (KAFA Integrasi), Sekolah Rendah Islam Persendirian (SRI) dan sekolah yang ada mengambil Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) Negeri Selangor.

Page 6: sekolah agama selangor

27.2 Borang permohonan ke sekolah Agama Menengah (SAM) yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan ke Unit Pendidikan Islam (UPI), Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) untuk diproses.

27.3 Borang permohonan ke Sekolah Agama Menengah (SAM) Bestari yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan ke Bahagian Pendidikan Islam (BPI), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk diproses.

28. Kenapakah murid dari Wilayah Persekutuan yang menduduki Ujian

Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) tidak diterima masuk ke Sekolah Agama Menengah (SAM) Negeri Selangor?

28.1 Untuk makluman, syarat utama kemasukan ke Sekolah Agama

Menengah (SAM) Negeri Selangor ialah wajib lulus Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA).

29. Bagaimanakah caranya untuk membuat rayuan kemasukan ke Sekolah

Agama Menengah (SAM) Negeri Selangor?

29.1 Pemohon perlu mengisi borang rayuan yang boleh diperolehi di Unit Pendidikan Islam (UPI), Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) dan borang yang telah lengkap perlu dikembalikan ke tempat yang sama.

30. Kenapakah pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak mahu

menambah jumlah sekolah kerana ramai murid ingin melanjutkan pelajaran di Sekolah Agama Menengah (SAM)?

30.1 Untuk makluman, menyediakan pendidikan di negara ini secara amnya

terletak di bawah tanggungjawab Kerajaan Pusat. Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri dengan peruntukan yang terhad berusaha untuk membantu Kerajaan Pusat dalam menyediakan pendidikan yang baik di Sekolah Agama Menengah (SAM) yang menjadi alternatif kepada mereka yang inginkan pendidikan agama setanding dengan Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

31. Bagaimanakah caranya untuk memohon masuk ke Sekolah Agama

Menengah (SAM) Bestari?

31.1 Pemohon boleh mendapatkan borang permohonan di sekolah (SRA, SRAI, KAFAI, SRI) asal ketika tahun enam (6).

31.2 Borang yang telah dilengkapkan hendaklah dikemukakan semula kepada Guru Besar sekolah (SRA, SRAI, KAFAI, SRI) asal ketika tahun enam (6).

32. Apakah syarat-syarat kemasukan ke Sekolah Agama Menengah (SAM)

Bestari?

32.1 Calon, ibu dan bapa mestilah warganegara Malaysia. 32.2 Berumur 12 atau 13 tahun pada tahun kemasukan.

Page 7: sekolah agama selangor

32.3 Memperolehi keputusan Mumtaz dalam Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) Negeri Selangor dan minima 4A1B dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

32.4 Lulus Ujian Penilaian Asas Fardhu Ain (PAFA) Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

32.5 Lancar dalam pembacaan Al-Quran. 33. Benarkah permohonan yang ada sokongan akan diberi keutamaan?

33.1 Tidak benar. Tawaran akan diberikan kepada calon yang layak dan cukup syarat yang ditetapkan. Pemilihan akan dibuat berdasarkan markah yang tertinggi dan kekosongan tempat di sekolah dan di asrama.

34. Bolehkah pertukaran masuk ke Sekolah Agama Menengah (SAM) Bestari

dibuat pada bila-bila masa?

34.1 Tidak boleh. Penempatan masuk ke Sekolah Agama Menengah (SAM) Bestari hanya dibuat untuk kemasukan ke tingkatan satu (1) dan tingkatan empat (4) sahaja.

35. Bagaimanakah prosedur permohonan murid dari sekolah luar untuk

memasuki Sekolah Agama Menengah (SAM) Bestari?

35.1 Pemohon boleh mendapatkan borang permohonan ke tingkatan empat Aliran Sains di Bahagian Pendidikan Islam (BPI) ataupun di mana-mana Sekolah Agama Menengah (SAM) di Negeri Selangor.

36. Apakah syarat-syarat kelayakan ke tingkatan empat Aliran Sains di

Sekolah Agama Menengah (SAM) bestari?

36.1 Murid, ibu dan bapa mestilah warganegara Malaysia. 36.2 Berumur enam belas (16) tahun pada tahun kemasukan. 36.3 Memperolehi sekurang-kurangnya 8A1B dalam Penilaian Menengah

Rendah (PMR). 36.4 Sekiranya murid bukan dari Sekolah Agama Menengah (SAM) Negeri

Selangor, permohonan akan diterima sekiranya sekolah asal ada melaksanakan kurikulum Al-Azhari.

37. Bolehkah murid dari sekolah luar negeri Selangor membuat permohonan

masuk ke Sekolah Agama Menengah (SAM) (kecuali Sekolah Agama Menengah Bestari) dan apakah syarat-syaratnya?

37.1 Boleh. 37.2 Murid, ibu dan bapa mestilah warganegara Malaysia. 37.3 Memperolehi sekurang-kurangnya 65% dalam peperiksaan sekolah

dan mencapai Band tiga (3) bagi mata pelajaran akademik (tingkatan 1 dan 2)

37.4 Kurikulum di sekolah asal mestilah sama (kurikulum Al-Azhari).

Page 8: sekolah agama selangor

37.5 Pertukaran adalah berdasarkan kekosongan tempat belajar dan asrama.

38. Bolehkah permohonan pertukaran atau rayuan untuk ke tingkatan satu (1)

dibuat bagi murid yang telah ditawarkan mengikut zon?

38.1 Tidak boleh. Permohonan pertukaran murid tingkatan satu (1) hanya dibuat pada bulan Disember tahun semasa.

39. Apakah keputusan peperiksaan minimum yang membolehkan memohon

ke Maahad Integrasi Tahfiz Negeri Selangor (MITS)?

39.1 Syarat permohonan ke Maahad Integrasi Tahfiz Negeri Selangor (MITS) hendaklah mendapat pangkat MUMTAZ dalam Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) dan sekurang-kurangnya 4A 1B dalam Ujian Penialaian Sekolah Rendah (UPSR).

40. Di manakah saya boleh mendapatkan borang permohonan masuk ke

Maahad Integrasi Tahfiz Negeri Selangor (MITS)?

40.1 Semua borang permohonan ke Maahad Integrasi Tahfiz Negeri Selangor (MITS) boleh diperolehi melalui sekolah-sekolah Agama/ KAFA Integrasi/ Sekolah Rendah Islam di mana Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) diambil.

41. Bolehkah saya mendapatkan borang Maahad Integrasi Tahfiz Negeri

Selangor (MITS) di sekolah yang lain dari tempat mengambil Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA)?

41.1 Tidak boleh. Penempatan kemasukan ke Maahad Integrasi Tahfiz

Negeri Selangor (MITS) adalah mengikut ZON yang telah ditetapkan, maka borang hanya boleh diperolehi dari pusat calon mengambil Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) sahaja.

42. Bolehkah saya mengisi dua (2) borang kemasukan Maahad Integrasi

Tahfiz Negeri Selangor (MITS) yang berlainan zon?

42.1 Tidak boleh. Hanya borang permohonan calon yang mengikut zon sahaja yang akan diproses.

43. Anak saya belajar di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan telah

mengambil Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA), bolehkah beliau memohon untuk memasuki Maahad Integrasi Tahfiz Negeri Selangor (MITS)?

43.1 Tidak boleh. Hanya calon yang mempunyai kelulusan Mumtaz dalam

Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) Negeri Selangor sahaja yang akan dipertimbangkan memohon ke Maahad Integrasi Tahfiz Negeri Selangor (MITS).

Page 9: sekolah agama selangor

44. Saya dan pasangan serta anak saya tidak lahir di Selangor, adakah anak saya mempunyai peluang memasuki Maahad Integrasi Tahfiz Negeri Selangor (MITS)?

44.1 Boleh, tetapi KEUTAMAAN akan diberikan kepada calon, ibu dan

bapanya yang lahir di Selangor namun begitu anak tuan masih mempunyai peluang untuk ditawarkan sekiranya ada kekosongan.

45. Kenapa anak saya tidak berjaya ditawarkan memasuki Maahad Integrasi

Tahfiz Negeri Selangor (MITS), sedangkan beliau telah dipanggil untuk menghadiri temuduga yang telah dijalankan. Beliau juga merupakan murid yang cemerlang dalam Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) dan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan telah mendapat beberapa anugerah?

45.1 Keputusan cemerlang dalam Penilaian Sekolah Rendah Agama

(PSRA) dan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) adalah syarat untuk mendapat tawaran menghadiri temuduga tetapi syarat untuk diterima masuk ke Maahad Integrasi Tahfiz Negeri Selangor (MITS) adalah dengan menggunakan keputusan temuduga yang dijalankan. Kegagalan anak tuan ditawarkan masuk bukanlah bermaksud beliau gagal dalam temuduga tetapi mungkin markah yang diperolehi agak rendah berbanding calon lain.

46. Anak saya baru mendapat keputusan 8A1B dalam Penilaian Menengah

Rendah (PMR), bolehkah beliau memohon masuk ke Tingkatan 4 di Maahad Integrasi Tahfiz Negeri Selangor (MITS)?

46.1 Tidak boleh. Garis panduan yang telah disediakan meletakkan syarat

seperti berikut: a. Mendapat 9A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR). b. Mempunyai kelulusan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

(KBSM) dan Sukatan Al-Azhari. c. Telah menghafaz 22 juzuk Al-Quran d. Lulus temuduga khas yang dikendalikan oleh pihak Maahad

Integrasi Tahfiz Negeri Selangor (MITS).

47. Bagaimana saya mahu mendaftar untuk melanjutkan pelajaran ke Tingkatan Enam Sijil Tinggi Agama Menengah (STAM)?

47.1 Sekiranya pemohon merupakan murid Sekolah-sekolah Agama

Menengah Kerajaan Negeri Selangor boleh mendaftar melalui sekolah masing-masing menggunakan borang yang diedarkan ke sekolah-sekolah.

47.2 Sekiranya pemohon adalah dari luar (bukan murid SAM/SAMT) boleh mendaftar menggunakan borang yang boleh diperolehi melalui Portal Pendidikan JAIS; http//: pendidikan.jais.gov.my atau boleh diperoleh dari Pejabat-pejabat Agama Islam Daerah (Unit Pendidikan Islam) atau di Bahagian Pendidikan Islam, Ibu Pejabat JAIS.

Page 10: sekolah agama selangor

48. Bila tarikh pendaftaran dan tawaran kemasukan belajar di Tingkatan Enam Sijil Tinggi Agama Menengah (STAM)? 48.1 Pendaftaran boleh dibuat mulai Bulan Mei dan ditutup pada Julai setiap

tahun. Tawaran akan mula dikeluarkan dalam bulan September dan mereka yang tidak mendapat tawaran atau maklumbalas selepas bulan September adalah dianggap tidak berjaya.

49. Bolehkah rayuan dibuat sekiranya tidak mendapat tawaran?

49.1 Rayuan hanya boleh dibuat dalam bulan Disember untuk diproses dan

sekiranya berjaya akan ditawarkan dalam bulan Januari tahun berikutnya.

50. Saya tidak mendapat maklumat dan terlepas tarikh pendaftaran Sijil Tinggi

Agama Menengah (STAM) yang telah ditetapkan, bolehkah saya membuat rayuan permohonan? 50.1 Bagi mereka yang telah terlewat masih boleh mendaftar sebagai calon

STAM tetapi sebagai Calon Persendirian.

51. Bagi calon persendirian adakah masih perlu mendaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor? 51.1 Untuk mendaftar STAM sebagai calon persendirian, permohonan perlu

dibuat melalui Jabatan Pelajaran Negeri Selangor (JPNS) di Sektor Penilaian dan Peperiksaan.

52. Apakah Syarat permohonan melanjutkan pelajaran ke Tingkatan Enam

Sijil Tinggi Agama Menengah (STAM)? 52.1 Bagi calon yang memohon mereka perlu mempunyai kelulusan Sijil

Menengah Agama (SMA) atau kelulusan lain yang setaraf dan telah mendaftar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun permohonan dibuat.

53. Saya telah mendaftar Sijil Tinggi Agama Menengah (STAM) di luar negeri

Selangor, bolehkah saya membuat perpindahan ke Sekolah dalam Negeri Selangor? 53.1 Pendaftaran STAM di negeri-negeri lain tidak boleh dijadikan syarat

kemasukan ke Sekolah-sekolah JAIS kerana pendaftaran untuk belajar Sijil Tinggi Agama Menengah (STAM) dan pendaftaran mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Agama Menengah (STAM) adalah dua perkara yang berbeza.

Page 11: sekolah agama selangor

54. Saya mempunyai Sijil yang setaraf dengan Sijil Menengah Agama (SMA) tetapi tidak mendaftar SPM, bolehkah saya memohon melanjutkan pelajaran ke Tingkatan Enam STAM di SAM/SAMT JAIS? 54.1 Untuk melanjutkan pelajaran ke Tingkatan Enam STAM di SAM/SAMT

JAIS yang merupakan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) hendaklah mempunyai: a) Sijil Menengah Agama atau yang setaraf (Syarat JAIS). b) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) – Syarat Lembaga Peperiksaan

KPM.

55. Bolehkah proses mendapatkan sokongan untuk membuat visa daripada Pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dilakukan secara dalam talian?

55.1 Tidak boleh. Pemohon perlu datang untuk ditemuduga. 56. Bolehkah pemohon yang memohon sokongan untuk membuat visa

datang bersama penjaga?

56.1 Tidak boleh. Permohonan untuk mendapatkan sokongan membuat visa hanya diuruskan oleh pihak sekolah.

57. Bilakah urusan mendapatkan sokongan membuat visa diadakan?

57.1 Pada setiap hari Isnin dan Rabu sahaja. 58. Kenapakah guru-guru lantikan JAIS sentiasa bertukar ganti?

58.1 Telah mencapai umur persaraan. 58.2 Meletak jawatan kerana mendapat tawaran kerjaya yang lebih baik. 58.3 Kekurangan perjawatan tetap yang menjamin kerjaya pegawai

berkenaan. Nota: 80% jawatan berstatus kontrak/sambilan.

59. Bagaimana caranya bagi sekolah swasta untuk mendapatkan sukatan

pelajaran KSRA, Al Azhar dan Tahfiz JAIS?

59.1 Sekolah tersebut hendaklah berdaftar dengan JAIS dan seterusnya melengkapkan borang yang boleh didapati di Unit Kurikulum BPI, JAIS.

60. Apakah kurikulum yang diajar di sekolah-sekolah JAIS?

60.1 Kurikulum Standard Pra Sekolah JAIS (KSPJ) di Pra Sekolah. 60.2 Kurikulum Standard Pra Sekolah Kebangsaan (KSPK) di Pra Sekolah. 60.3 Kurikulum Sekolah Rendah Agama (KSRA) di SRAI, SRA dan KAFA

Integrasi. 60.4 Kurikulum Al Azhar di SAM dan MITS. 60.5 Kurikulum Tahfiz di MITS. 60.6 Kurikulum Turath di MITS Sabak Bernam.

Page 12: sekolah agama selangor

60.7 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) di SRAI. 60.8 Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) di MITS.

61. Bagaimana guru-guru sekolah swasta boleh mengikuti kursus

matapelajaran Kurikulum Sekolah Rendah Agama (KSRA) dan Al Azhar?

61.1 Bagi kursus KSRA, guru-guru boleh memohon kepada UPI Daerah, bagi kursus Al Azhar, guru-guru boleh memohon kepada Unit Kurikulum, BPI JAIS.

62. Adakah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) diberikan kepada semua murid

sekolah Agama JAIS? 62.1 Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) diberikan kepada semua murid

warganegera Malaysia yang belajar di SRAI, SRA, KAFA, MITS dan SAM (sukatan Al Azhar) SPBT tidak dibekalkan kepada sekolah Islam persendirian/ swasta.

63. Adakah buku teks boleh dibeli sendiri oleh murid yang tidak mahu

membuat pinjaman melalui Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)? 63.1 Boleh. Buku teks boleh dibeli terus daripada penerbit.

64. Adakah murid yang berpindah ke sekolah baru boleh membawa bersama

buku Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)? 64.1 Boleh tetapi perlu direkodkan maklumat pergerakan buku tersebut oleh

guru SPBT.

65. Sekiranya buku Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) hilang, adakah murid tersebut perlu menggantikannya? 65.1 Perlu diganti dengan cara membeli buku baru ataupun membayar

kepada pihak sekolah mengikut nilai buku tersebut.

66. Bagaimanakah cara melaksanakan lawatan sambil belajar murid di sekolah-sekolah JAIS? 66.1 Permohonan lawatan sambil belajar perlu mendapatkan kebenaran

Pegawai Tadbir Agama Daerah. Syarat-syarat adalah seperti berikut:

66.1.1 Kertas kerja ringkas berkaitan destinasi, tujuan dan tentatif lawatan perlu disediakan.

66.1.2 Senarai nama peserta dan guru pengiring. 66.1.3 Insuran berkelompok untuk semua peserta lawatan, 66.1.4 Permit dan insuran bas atau kenderaan yang digunakan. 66.1.5 Laporan selepas lawatan. 66.1.6 Lawatan ke tempat berisiko tinggi seperti pantai, air terjun,

sungai dan taman tema air tidak digalakkan.

Page 13: sekolah agama selangor

67. Bolehkah mengadakan lawatan sambil belajar pada waktu persekolahan?

67.1 Boleh, dengan syarat lawatan tersebut berkaitan dengan pembelajaran.

68. Bolehkah sekolah Islam Persendirian/Swasta turut serta dalam program

Kemahiran Amal Islami (KAMIL) anjuran JAIS? 68.1 Boleh tetapi perlu mengikuti saringan awal di peringkat zon dan daerah

dan perlu membayar yuran penyertaan yang ditetapkan oleh penganjur.

69. Bagaimanakah cara untuk memohon Dermasiswa bagi melanjutkan

pelajaran ke Timur Tengah? 69.1 Setiap tahun tawaran dermasiswa zakat akan diiklankan di dalam

laman web JAIS dan akhbar mingguan Malaysia sekitar bulan Mac atau April (seminggu sebelum SPM diumumkan).

70. Apakah syarat-syarat minimum untuk memohon Dermasiswa tersebut?

70.1 Syarat minimum memohon dermasiswa bergantung kepada polisi dan

berkemungkinan berubah setiap tahun. 70.2 Syarat permohonan Dermasiswa boleh dirujuk dalam iklan yang

dikeluarkan oleh Lembaga Zakat Selangor mengikut tahun semasa. 71. Apakah bidang pengajian yang ditawarkan dan di Negara mana?

71.1 Bahasa Arab di Mesir, Jordan dan Morocco. 71.2 Pengajian Islam (Usulludin dan Syariah) di Mesir, Jordan dan Morocco. 71.3 Perubatan di Mesir. 71.4 Tahfiz (Qiraat) di Mesir. 71.5 Pengajian Islam (Perbankan Islam) di Jordan.

72. Bila tawaran permohonan akan diiklankan?

72.1 Sekitar bulan Mac dan April setiap tahun (bergantung kepada tarikh

keputusan SPM diumumkan. 73. Bagaimanakah cara untuk melanjutkan pengajian secara persendirian?

73.1 Sila dapatkan maklumat tersebut di Kementerian Pengajian Tinggi.

74. Bagaimanakah cara bagi calon persendirian mendapatkan bantuan umum

Lembaga Zakat Selangor (LZS)?

74.1 Pelajar perlu mengemukakan permohonan bersama salinan keputusan peperiksaan tahun pertama ke Lembaga Zakat Selangor melalui badan kebajikan atau persatuan pelajar di Negara berkenaan.

Page 14: sekolah agama selangor

75. Apakah jenis peperiksaan yang dikendalikan oleh Bahagian Pendidikan Islam (BPI) JAIS? 75.1 PSRA – murid tahun 6 di SRA, SRAI, KAFA Integrasi dan Sekolah

Rendah Islam. 75.2 SMA – murid tingkatan 4 di SAM, MITS dan Sekolah Islam

Persendirian. 75.3 SMATQ – murid tingkatan 4 di MITS dan Sekolah Islam Persendirian.

76. Bilakah tarikh pendaftaran calon peperiksaan?

76.1 Pendaftaran calon PSRA – Januari hingga Februari setiap tahun. 76.2 Peperiksaan SMA/SMATQ – Mac hingga April setiap tahun.

77. Bagaimana hendak menjadi calon peperiksaan menumpang di pusat

peperiksaan JAIS? 19.1 Kenalpasti pusat peperiksaan berhampiran sekolah/tempat tinggal.

Dapatkan kebenaran/sokongan daripada guru besar/pengetua di pusat berkenaan.

19.2 Kemukakan permohonan dengan borang disediakan kepada Unit Peperiksaan dan Penilaian, BPI, JAIS.

78. Berapakah bayaran bagi calon persendirian?

78.1 Calon PSRA – RM10 78.2 Calon SMA/SMATQ melalui sekolah– RM20 78.3 Calon SMA/SMATQ individu – RM20 (pendaftaran) dan RM10 (setiap

subjek yang diambil)

79. Apakah prosedur bagi pertukaran pusat peperiksaan? 79.1 Calon mesti mengisi borang yang disediakan. 79.2 Dapatkan pengesahan guru besar/pengetua sekolah lama dan sekolah

baru. 79.3 Urusan perlu dilakukan oleh ibubapa/penjaga.

80. Apakah prosedur pendaftaran bagi calon yang lewat daftar atau tercicir?

80.1 Calon perlu mengisi borang yang disediakan. 80.2 Perlu mendapat pengesahan guru besar/pengetua sekolah. 80.3 Urusan perlu dilakukan oleh pihak sekolah.

81. Apakah prosedur bagi semakan semula keputusan?

81.1 Calon mesti mengisi borang yang disediakan dalam tempoh 30 hari

selepas keputusan diisytiharkan. 81.2 Perlu mendapatkan pengesahan dari guru besar/pengetua. 81.3 Urusan perlu dilakukan oleh ibubapa/penjaga. 81.4 Bayaran adalah seperti berikut:

Page 15: sekolah agama selangor

81.4.1 PSRA – RM5 satu kertas. 81.4.2 SMA/SMATQ – RM10 satu kertas

81.5 Keputusan akan dimaklumkan selepas 14 hari bekerja. 82. Bagaimanakah untuk mendapatkan salinan sijil peperiksaan?

82.1 Calon mesti mengisi borang yang disediakan. 82.2 Urusan perlu dilakukan oleh ibubapa/penjaga. 82.3 Bayaran sebanyak RM10 sahaja. 82.4 Salinan sijil akan diserahkan dalam tempoh 7 hari bekerja.

Page 16: sekolah agama selangor

BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN

83. Apakah perbezaan di antara JAIS dan MAIS?

83.1 MAIS ialah agensi pembuat dasar berkaitan pentadbiran agama Islam

di Negeri Selangor yang menasihati DYMM Sultan Selangor berkaitan perkara-perkara agama Islam kecuali Syara’ dan keadilan serta bertanggungjawab menjaga muallaf dan harta orang Islam.

JAIS pula jabatan kerajaan yang bertanggungjawab melaksanakan dasar-dasar yang diputuskan oleh MAIS dan bertanggungjawab ke atas perkara berkaitan Hal Ehwal Islam di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.

84. Bagaimana untuk menyertai tender/sebutharga di JAIS?

84.1 Secara online dan berdaftar melalui Sistem Penjualan Dokumen

Tender Dan Sebutharga Negeri Selangor (http://tender.selangor.gov.my)

85. Bagaimana untuk mendaftar melalui Sistem Penjualan Dokumen Tender

Dan Sebutharga Negeri Selangor? 85.1. Pendaftaran memerlukan anda:

85.1.1. Mengisi borang pendaftaran 85.1.2. Memilih agensi mana yang anda ingin membuat

pengesahan. 85.1.3. Pergi ke agensi tersebut untuk pengesahan. Sila bawa

dokumen yang berkaitan. (MOF, ROC, CIDB, PKK) 85.1.4. Agensi akan meluluskan pendaftaran anda. 85.1.5. Kontraktor membuat pembayaran untuk pendaftaran

secara online. 85.1.6. Kontraktor boleh membeli dokumen tender/ sebutharga

secara online 86. Bolehkah pembekal mengemukakan sebut harga bagi perolehan secara

pembelian terus? 86.1. Boleh. Walau bagaimanapun jabatan tidak terikat untuk menerima

mana-mana sebut harga yang ditawarkan. 87. Apakah proses yang perlu dilakukan untuk pendaftaran pembekal di

JAIS? 87.1. Pembekal perlu datang sendiri ke Unit Pentadbiran (seksyen

Perolehan) tingkat 8, Menara Selatan, Bangunan Sultan Idris Shah, Shah Alam, dengan membawa profil syarikat.

Page 17: sekolah agama selangor

88. Bagaimana untuk mengetahui keputusan tawaran tender atau sebutharga? 88.1. Syarikat yang berjaya akan dipelawa melalui Surat Setuju Terima,

tetapi yang tidak berjaya tidak akan dimaklumkan. 89. Apa yang saya boleh adukan kepada JAIS?

89.1. Semua aduan yang berkaitan dengan tindakan dan keputusan JAIS.

90. Bolehkah saya membuat aduan bagi pihak orang lain?

90.1. Boleh, dengan izin pengadu.

91. Bolehkah saya mengemukakan aduan tanpa memberitahu maklumat peribadi? 91.1. Boleh. Aduan berkenaan akan disiasat. Jika benar, tindakan akan

diambil.Jika tidak benar, aduan berkenaan akan diambil maklum oleh pihak Jabatan.

92. Bagaimana cara untuk membuat aduan?

92.1. Cara membuat aduan:

92.1.1. Melalui Biro Pengaduan Awam (BPA) 92.1.2. Melalui Sistem Talian Aduan Rakyat Selangor (STARS) 92.1.3. Melalui surat rasmi kepada jabatan 92.1.4. Melalui emel JAIS; [email protected] 92.1.5. Melalui talian telefon; 03-55143425 (Unit Perhubungan

Awam & Penerbitan, JAIS) 93. Berapa lama JAIS memberi maklumbalas kepada aduan?

93.1. Aduan akan dijawab dalam tempoh empat belas (14) hari daripada

tarikh aduan diterima. Bagi kes-kes yang rumit, ia mungkin mengambil masa untuk dijawab.

94. Apakah fungsi Unit Majlis dan Keraian JAIS

94.1. Fungsi Unit Majlis & Keraian :

94.1.1. Unit Majlis dan Keraian JAIS ditubuhkan untuk menyelaras semua program jabatan di peringkat negeri melibatkan sambutan hari kebesaran Islam, perasmian institusi agama dan lain – lain program keagamaan yang melibatkan keberangkatan DYMM Sultan Selangor dan YAB Dato’ Menteri Besar Selangor.

94.1.2. Unit ini juga bertanggungjawab memberi nasihat protokol untuk program rasmi di peringkat jabatan.

Page 18: sekolah agama selangor

95. Apakah prosedur penganjuran majlis/program rasmi di peringkat jabatan? 95.1. Prosedur penganjuran majlis/program rasmi di peringkat jabatan :

95.1.1. Sesuatu majlis/program perlu mendapat kelulusan ketua jabatan sebelum dilaksanakan, iaitu:- a. Kelulusan mengadakan program/majlis rasmi b. Kelulusan peruntukan kewangan; bawah RM

50,000, dengan kelulusan ketua jabatan; RM 50,000 ke atas, perlu mendapat kelulusan Bendahari Negeri (PWN).

95.1.2. Menetapkan tempat yang bersesuaian dengan program / majlis yang akan dilaksanakan.

95.1.3. Menubuhkan jawatankuasa pelaksanaan dan jawatankuasa kecil dan mengadakan mesyuarat penyelarasan sekurang-kurangnya 2 bulan sebelum program / majlis dilaksanakan.

95.1.4. Menetapkan senarai jemputan dan kenamaan yang akan menghadiri program/majlis tersebut, serta membuat jemputan sekurang-kurangnya 1 bulan sebelum tarikh pelaksanaan program.

96. Apakah prosedur penganjuran majlis / program rasmi di peringkat

negeri? 96.1. Prosedur penganjuran majlis / program rasmi di peringkat negeri:

96.1.1. Sesuatu majlis/program perlu mendapat kelulusan ketua jabatan sebelum dilaksanakan, iaitu:- a. Kelulusan mengadakan program/majlis rasmi b. Kelulusan peruntukan kewangan; bawah RM 50,000,

dengan kelulusan ketua jabatan; RM 50,000 ke atas, perlu mendapat kelulusan Bendahari Negeri (PWN).

96.1.2. Memaklumkan kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) mengenai program/majlis yang akan dilaksanakan

96.1.3. Menetapkan tempat yang bersesuaian dengan program/majlis yang akan dilaksanakan.

96.1.4. Menubuhkan jawatankuasa induk, jawatankuasa pelaksanaan dan jawatankuasa kecil dan mengadakan mesyuarat penyelarasan sekurang-kurangnya 2 bulan sebelum program/majlis dilaksanakan, dengan penglibatan agensi kerajaan dan swasta lain seperti:- a. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor b. Unit Protokol, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri

Selangor c. Pejabat Daerah dan Tanah Selangor d. Jabatan kerja Raya Negeri Selangor e. Polis Diraja Malaysia f. Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan K.L dan

Putrajaya

Page 19: sekolah agama selangor

g. Majlis Agama Islam Selangor h. Lembaga Zakat Selangor i. Tenaga Nasional Berhad j. Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) k. Lain-lain agensi yang terlibat mengikut keperluan

program/majlis 96.1.5. Menetapkan senarai jemputan dan kenamaan yang akan

menghadiri program/majlis tersebut, serta membuat jemputan sekurang-kurangnya 1 bulan sebelum tarikh pelaksanaan program.

96.1.6. Bagi program melibatkan keberangkatan DYMM Sultan Selangor, semua program hendaklah mendapat perkenan terlebih dahulu.

97. Siapa yang bertanggungjawab untuk melaksanakan perasmian institusi agama di Selangor? 97.1. Semua perasmian institusi agama di negeri Selangor diselaraskan oleh

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melalui Unit Majlis dan Keraian JAIS.

97.2. Walau bagaimanapun, cadangan perasmian institusi tersebut hendaklah melalui pihak-pihak tersebut, iaitu:- 97.2.1. Masjid : Pegawai Tadbir Agama Daerah 97.2.2. Sekolah : Bahagian Pendidikan Islam JAIS 97.2.3. Institusi lain : Agensi berkaitan seperti MAIS, PWS dan

LZS. 97.3. Selepas cadangan tersebut dikumpul, ia akan dibentangkan dalam

mesyuarat Jawatankuasa Induk yang dipengerusikan oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor untuk dimuktamadkan.

97.4. Kemudian, cadangan yang telah dimuktamadkan akan dipersembahkan kepada DYMM Sultan Selangor untuk mendapat perkenan baginda.

98. Apakah dokumen / manual yang dijadikan panduan dalam pelaksanaan

sesuatu program / majlis rasmi di JAIS? 98.1. Antara dokumen / manual yang diguna pakai dalam pelaksanaan

sesuatu program/majlis ialah:- 98.1.1. Prosedur kualiti UMK JAIS bil. 1/2012 98.1.2. Panduan Pengendalian Majlis Rasmi oleh Bahagian

Istiadat dan Perhubungan Antarabangsa JPM. 98.1.3. Rujukan bersama panduan Protokol Istana Negeri

Selangor dan Unit Protokol, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

99. Bagaimanakah cara untuk memohon jawatan tetap di JAIS?

99.1. Urusan pengambilan ke jawatan tetap adalah di bawah bidang kuasa

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan awam Negeri Selangor (SPN). Sehubungan itu, setiap

Page 20: sekolah agama selangor

permohonan untuk pengisian jawatan tetap perlu dibuat melalui SPA (www.spa.gov.my) dan SPN (spn.selangor.gov.my).

100. Bilakah penawaran jawatan kosong di JAIS dibuka?

100.1. Penawaran jawatan kosong dibuka biasanya pada awal tahun atau

ketika terdapat banyak kekosongan jawatan. Jawatan kontrak dan sambilan akan diiklankan dalam laman web JAIS.

101. Apakah jenis-jenis jawatan yang sering ditawarkan? (kontrak /

sambilan) 101.1. Jawatan yang ditawarkan adalah bersifat kontrak dan sambilan.

Meliputi skim hal ehwal Islam, pendidikan, dan perkeranian antaranya:- 101.1.1. Jawatan imam, bilal, siak, penyelaras masjid,

penguatkuasa antara skim hal ehwal Islam. 101.1.2. Jawatan guru DG 41 pendidikan Islam dan akademik di

sekolah menengah tahfiz sains. 101.1.3. Jawatan guru DGA29 pendidikan Islam ditawarkan

kepada skim DB27 dan DB17 kontrak. 101.1.4. Selain jawatan guru DG41 sukatan azhar, jawatan

pendidikan lain memerlukan diploma pendidikan. 101.1.5. Permohonan guru KAFA adalah melalui Pejabat Agama

Islam Daerah dengan kelayakan SPM (lulus Bahasa Arab).

101.1.6. Jawatan guru ganti guru bersalin boleh dipohon di sekolah.

101.1.7. Jawatan pengasuh dan guru pra sekolah boleh dipohon melalui Pra Sekolah berhampiran.

101.1.8. Jawatan sambilan dengan kelayakan SPM boleh dipohon dengan meninggalkan resume di PSM JAIS.

101.1.9. Untuk sebarang soalan mengenai kekosongan jawatan, sila hubungi:- a) En. Fauzi bin Ibrahim – 03 55143424 (Kontrak) b) Siti Nurain binti Kamarudin – 03 55143600 ext.1104

(Sambilan) c) Mohd Hafiz bin Ahmad – 03 55143636 (KAFA)

102. Bagaimanakah permohonan untuk Latihan Dalam Kursus (pelajar

praktikal) di JAIS? 102.1. Pelajar boleh menghantar resume permohonan beserta surat daripada

Institusi pendidikan ke unit latihan PSM JAIS. Kelulusan penempatan pelajar praktikal akan dimaklumkan kepada penama dan institusi pendidikan. Elaun boleh diberi tertakluk kepada peruntukan jabatan.

103. Apakah fungsi Unit Pembangunan JAIS?

103.1. Unit Pembangunan merupakan salah satu unit di bawah Bahagian

Khidmat Pengurusan. Unit ini berfungsi sebagai:

Page 21: sekolah agama selangor

103.1.1. Unit yang merancang & melaksanakan projek pembangunan fizikal JAIS.

103.1.2. Unit yang melaksanakan kerja-kerja selanggara bagi bangunan & tanah di bawah seliaan JAIS.

103.1.3. Unit yang menyelia semua tapak di bawah seliaan JAIS

104. Bagaimana cara untuk menghubungi Unit Pembangunan, JAIS?

104.1. Telefon : 03-55143440 104.2. Faks : 03-55100488 104.3. Alamat : Unit Pembangunan,

Tingkat 2, Menara Selatan, Bangunan Sultan Idris Shah, No. 2, Persiaran Masjid, 40676 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

105. Siapa yang bertanggungjawab menyelenggarakan tanah perkuburan Islam? 105.1. Tanah perkuburan Islam ditadbir oleh JAIS dan diselenggara oleh

kariah yang telah ditetapkan. Terdapat juga tanah perkuburan yang diselenggara oleh PBT.

105.2. Bagi sebarang tanah perkuburan yang masih belum digunakan, Unit Pembangunan, JAIS bertanggungjawab bagi menyelia dan menyelenggara tapak tersebut sehingga ia digunakan.

106. Siapakah yang menentukan tapak/tanah bagi sesuatu pembangunan sekolah/masjid/surau/tapak perkuburan di sesuatu kawasan? 106.1. Pelan Pembangunan bagi sesebuah kawasan diluluskan oleh Pihak

Berkuasa Tempatan (PBT). Namun, sebarang kelulusan dibuat selepas mengambil kira pengesahan daripada pihak JAIS.

107. Siapakah yang boleh mengesahkan arah kiblat?

107.1. Jabatan Mufti mengesahkan arah kiblat bagi keperluan dalam

pembinaan masjid/surau/musolla/tanah kubur. Jabatan Mufti akan mengesahkan arah kiblat melalui Sijil Perakuan Arah Kiblat.

108. Dimanakah pelan bangunan masjid/surau/sekolah yang dibina boleh

diperolehi? 108.1. Bangunan yang dibina oleh pihak JKR dan mempunyai ‘No Bangunan

JKR’, pelan boleh diperolehi di JKR Negeri. 108.2. Bangunan yang tidak dibina oleh pihak JKR, pelan tersebut boleh

didapati Unit Pembangunan, JAIS.

Page 22: sekolah agama selangor

109. Siapakah yang meluluskan sesebuah rekabentuk masjid/sekolah yang dibina? 109.1. Bagi sesebuah masjid yang dibina, rekabentuk bangunan perlu

mendapat kelulusan Pengarah JAIS. 109.2. Bagi pembinaan sekolah pula rekabentuk mengikut piawaian JKR yang

telah ditetapkan. 110. Apa yang dimaksudkan sebagai pemberimilikan tanah secara wakaf

Irsod? 110.1. Pemberimilikan tanah kepada MAIS yang diluluskan oleh Kerajaan

Negeri. 111. Bagaimanakah untuk saya menyewa tanah-tanah dibawah kawalan

JAIS? 111.1. Pemohon boleh memohon untuk menyewa tapak – tapak yang belum

dibangunkan dengan mengisi borang penyewaan tanah yang boleh didapati di Pejabat Agama Islam Daerah. Tanah – tanah yang diwartakan di bawah JAIS boleh dipohon bagi tujuan penyewaan melalui Jawatankuasa Penyewaan Tanah JAIS.

111.2. Bagi tanah – tanah di bawah hakmilik MAIS, urusan pajakan dan penyewaan di bawah pengurusan MAIS.

111.3. Beberapa dokumen perlu dilengkapkan seperti : 111.3.1. Borang penyewaan tanah 111.3.2. Surat permohonan rasmi 111.3.3. Pelan tapak cadangan 111.3.4. Kertas cadangan penyewaan 111.3.5. Surat sokongan dari masjid/surau/sekolah(sekiranya

telah ada bangunan) *permohonan perlulah dihantar kepada Pejabat Agama Islam Daerah.

112. Siapakah yang layak mentadbir atau menandatangani perjanjian bagi

tapak – tapak keagamaan seperti masjid, sra, surau,tanah perkuburan dan lain-lain tapak keagamaan ? 112.1. Hanya Pengarah JAIS sahaja yang sah menandatangani sebarang

perjanjian dengan pihak- pihak lain bagi segala berkaitan tanah yang diwartakan di bawah JAIS. Pihak Jawatankuasa yang dilantik adalah TIDAK BERHAK dan TIDAK SAH menandatangani sebarang perjanjian.

113. Bagaimanakah cara untuk mendapatkan kebenaran membina struktur

tambahan selain tujuan asal contohnya gerai/kiosk di masjid, sra, surau? 113.1. Sebarang cadangan untuk membina struktur –struktur lain di atas

tapak keagamaan perlulah mendapat kelulusan daripada pihak JAIS dengan merujuk Garis Panduan pembinaan struktur daripada Bahagian Pengurusan Masjid.

Page 23: sekolah agama selangor

113.2. Pihak pemohon boleh merujuk ke Unit Pembangunan untuk proses dan maklumat lanjut mengenai permohonan.

113.3. Jabatan tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa tambahan struktur binaan yang dibina tanpa kelulusan oleh Pihak Berkuasa Tempatan atau JKR.

114. Kepada bahagian manakah saya perlu mengemukakan aduan yang melibatkan tanah – tanah keagamaan? 114.1. Semua aduan dan isu berkaitan tanah hendaklah dipanjangkan ke Unit

Pembangunan JAIS beserta laporan ringkas isu yang ingin dibangkitkan bagi memudahkan siasatan lanjut.

115. Bagaimanakah saya ingin mengetahui status tapak keagamaan di kariah

saya? 115.1. Pihak tuan boleh mengemukakan surat rasmi kepada Unit

Pembangunan JAIS untuk mendapatkan maklumat dan status terkini tapak berkenaan.

Page 24: sekolah agama selangor

BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN 116. Apakah peranan dan fungsi Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan

JAIS? 116.1. Peranan dan fungsi Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan JAIS

adalah berdasarkan Objektif Strategik iaitu:

“Memperkasa penyelidikan teras Agama Islam bagi mengukuhkan penghayatan Islam yang syumul dan pemerkasaan pengurusan halal”

116.2. Peranan dan fungsinya adalah seperti berikut :-

116.2.1. memperkasa penyelidikan teras Agama Islam; 116.2.2. memperkasa pemahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah; 116.2.3. memperkasa pengurusan halal; dan 116.2.4. memperkukuh pengawalan dan penapisan media.

117. Bagaimanakah struktur fungsi BPP?

117.1. Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan, JAIS diketuai oleh seorang

Ketua Penolong Pengarah dan terdiri dari 2 Seksyen berikut:

Seksyen Kajian & Pembangunan Teras

Unit Advokasi Akidah dan Perundangan Islam

Unit Perbandingan dan Aplikasi Islam

Unit Implimentasi Dasar dan Strategi

1. Melaksanakan kajian terhadap isu dan permasalahan serta perkara berbangkit berkaitan akidah, syariah dan akhlak Islam.

2. Menyedia dan merumus dapatan kajian berkaitan akidah, syariah dan akhlak Islam.

3. Menyediakan cadangan tindakan terhadap isu dan permasalahan serta perkara berbangkit berkaitan akidah syariah dan akhlak Islam.

4. Melaksanakan tindakan dan program

1. Melaksanakan kajian perbandingan terhadap isu & permasalahan Islam semasa.

2. Menyediakan cadangan penyelesaian terhadap isu dan permasalahan Islam semasa.

3. Membangun sistem dan kaedah berkaitan Islam semasa.

4. Menyediakan dan mempromosi landasan memperkukuh dan membangun organisasi Islam berasaskan prinsip -prinsip Islam.

1. Melaksanakan pemantauan terhadap ancaman semasa prinsip-prinsip Islam.

2. Melaksanakan pemantauan kepada kelangsungan kehormatan dan kesucian agama Islam.

3. Melaksanakan langkah-langkah bagi menetapkan pengesahan terbitan dan gunaan.

4. Menentukan, mencadang, mengurus tindakan dan langkah perundangan / pentadbiran terhadap kelangsungan prinsip-prinsip Islam

Page 25: sekolah agama selangor

mengekang dan membanteras kefahaman beragama di luar kefahaman Islam sebenar.

Seksyen Pengurusan Halal

Unit Konsultasi dan Pengiktirafan

Unit Pengawasan dan Audit

Unit Pembangunan Kepenggunaan

1. Melaksanakan dasar pemeriksaan pematuhan dan perancangan pemeriksaan pematuhan.

2. Menentukan status dan maklum balas permohonan pensijilan.

3. Mengurus dan melaksanakan pemeriksaan pematuhan dan pemeriksaan semula pematuhan.

4. Mengurus pelaporan dan cadangan hasil pemeriksaan pematuhan dan pemeriksaan susulan.

1. Menyediakan dan melaksanakan dasar Pemeriksaan Pengawasan.

2. Melaksanakan Pemeriksaan Pengawasan.

3. Melaksanakan Pemeriksaan Pengawasan semula.

4. Melaksanakan tindakan pengekalan dan penarikan pensijilan .

1. Merancang dan melaksanakan aktiviti latihan, bimbingan dan galakan kepada pengusaha.

2. Merancang dan melaksanakan aktiviti kesedaran pengguna dan kepenggunaan.

3. Melaksanakan aktiviti penjelasan isu dan permasalahan halal semasa.

4. Menentukan, mencadang dan mengurus tindakan dan langkah-langkah perundangan / arahan pentadbiran.

118. Siapakah yang layak memohon Sijil Pengesahan Halal Malaysia?

118.1. Permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia adalah terbuka kepada

pengusaha Islam dan bukan Islam.

119. Bagaimanakah proses permohonan Sijil Pengesahan Halal (SPH) dibuat?

119.1. Semua permohonan pensijilan halal adalah menggunakan

borang yang perlu diisi secara on-line melalui sistem e-halal yang dibangunkan oleh JAKIM di laman sesawang : http://www.halal.gov.my. Kategori permohonan yang layak adalah seperti berikut: 119.1.1. Pengeluar / pengilang produk (manufacturer / producer) 119.1.2. Pengeluar sub-kontrak (sub-contract manufacturer) 119.1.3. Pengusaha pembungkusan semula (repacking) 119.1.4. Premis makanan (food premise) 119.1.5. Premis sembelihan (abattoir / slaughter house)

Page 26: sekolah agama selangor

119.1.6. Farmaseutikal 119.1.7. Logistik (pengangkutan, pergudangan)

119.2. Sistem e-halal akan mengasingkan permohonan mengikut negeri berdasarkan dimana lokasi kedudukan kilang / premis makanan diproses secara automatik.

119.3. Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) / Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) akan menguruskan proses pengesahan permohonan bagi kilang / premis makanan di negeri masing-masing melalui sistem berkenaan sehingga selesai.

119.4. Borang permohonan hendaklah lengkap diisi dengan mengemukakan butiran-butiran seperti yang dikehendaki di dalam borang dengan menyertakan salinan dokumen sokongan yang berkaitan mengikut kategori seperti berikut : 119.4.1. Produk makanan 119.4.2. Premis makanan (hotel / restoran) 119.4.3. Barang gunaan 119.4.4. Kosmetik dan dandanan diri 119.4.5. Premis sembelihan 119.4.6. Farmaseutikal 119.4.7. Logistik

119.5. Salinan borang permohonan on-line hendaklah dihantar bersama-sama dokumen sokongan permohonan untuk disemak oleh pegawai JAIS dalam tempoh 5 hari bekerja.

119.6. Jika perlu, pemohon perlu melengkapkan dokumen sokongan tambahan yang diminta dalam tempoh masa yang ditetapkan.

119.7. Surat arahan pembayaran fi pensijilan halal akan dikeluarkan sekiranya permohonan yang dihantar lengkap dan sempurna. Bagi permohonan yang tidak lengkap, surat bayaran tidak akan dikeluarkan dan permohonan ditolak secara automatik.

119.8. Proses audit akan dilaksanakan oleh pegawai auditor JAKIM / JAIS selepas bayaran fi dijelaskan oleh pemohon.

119.9. Setelah melalui proses audit yang sempurna, permohonan tersebut akan dibawa ke dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengesahan Halal Negeri Selangor (MJPHNS) untuk dibincangkan.

119.10. Jika Mesyuarat bersetuju dengan kelulusan permohonan tersebut, sijil akan dikeluarkan oleh JAKIM. * Sebarang maklumat lanjut boleh dilayari di laman sesawang JAKIM : http://www.halal.gov.my dan JAIS : http://www.jais.gov.my.

120. Berapakah tempoh masa proses permohonan mendapatkan Sijil

Pengesahan Halal? 120.1. Tempoh masa proses permohonan yang lengkap adalah 30 hari

bekerja. Tempoh masa ini dikira dari tarikh bayaran fi pensijilan halal diterima oleh urusetia pensijilan halal sehingga laporan penuh permohonan dikemukakan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pengesahan Halan Negeri Selangor (MJPHNS).

120.2. Tempoh masa di antara penghantaran permohonan secara on-line / serahan salinan dokumen permohonan dan semakan dokumen permohonan adalah tidak termasuk dalam kiraan tempoh

Page 27: sekolah agama selangor

masa ini. Bagi permohonan yang tidak lengkap, surat bayaran tidak akan dikeluarkan dan permohonan ditolak secara automatik.

121. Berapakah tempoh sah laku sijil halal untuk satu-satu masa?

121.1. Tempoh sah laku sijil halal untuk satu-satu masa adalah selama

dua (2) tahun. Tempoh sah laku ini walaubagaimanapun berbeza bagi premis sembelihan iaitu selama setahun.

122. Adakah proses pemantauan / pengawasan dijalankan dalam tempoh sah

laku pensijilan halal?

122.1. Ya, proses pemantauan / pengawasan akan dilakukan secara berkala dalam tempoh tersebut.

123. Siapakah yang melaksanakan pemantauan / pengawasan?

123.1. Pegawai auditor JAKIM / JAIS akan melaksanakan pemantauan /

pengawasan secara berkala. Jika perlu, agensi kerajaan lain yang berkaitan boleh turut hadir bersama.

124. Siapakah yang akan membuat siasatan terhadap sebarang aduan

berkaitan?

124.1. Pegawai JAKIM / JAIS bertanggungjawab membuat siasatan terhadap aduan yang diterima. Jika perlu, agensi kerajaan lain yang berkaitan boleh turut hadir bersama membuat siasatan.

125. Bagaimana untuk memastikan logo halal yang ada itu diiktiraf atau sebaliknya?

125.1. Logo halal yang sah dan diktiraf adalah logo halal yang

mematuhi Akta Perihal Dagangan 2011 : Perintah Perihal Dagangan – Perakuan dan Penandaan Halal, 2011. Logo halal ini terbahagi dua seperti berikut:

125.1.1. Bagi produk keluaran dalam negara, logo yang diiktiraf

merupakan logo halal Malaysia yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Agama (JAKIM / MAIN). Logo ini adalah logo yang didaftarkan di bawah Akta Cap Dagangan 1976 dan mempunyai spesifikasi seperti berikut :

Page 28: sekolah agama selangor

a. Bintang berbucu lapan di tengah-tengah bulatan. b. Perkataan Arab حالل di tengah-tengah bintang. c. Diikuti tulisan rumi “HALAL”. d. Bulatan logo tertulis perkataan “MALAYSIA” dalam

tulisan rumi dan dalam perkataan Arab. e. Dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi

memisahkan tulisan rumi dan perkataan Arab tersebut.

125.1.2. Bagi produk yang dikeluarkan di luar negara, logo halal

yang digunakan boleh dirujuk di laman sesawang JAKIM: http://www.halal.gov.my.

126. Adakah perlu menggantungkan/ mempamerkan logo halal di premis tertentu? 126.1. Ya, pengusaha yang memperolehi kelulusan Sijil Pengesahan

Halal perlu menggantung atau mempamerkan logo bersama sijil di tempat yang mudah dilihat dan dibaca di premis.

127. Apakah undang-undang yang ada berkaitan penyalahgunaan

perbahasaan halal? 127.1. Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor), 1995 127.2. Akta Perihal Dagangan 2011:

127.2.1. Perintah Perihal Dagangan : Takrif Halal, 2011 127.2.2. Perintah Perihal Dagangan : Perakuan dan Penandaan

Halal, 2011 127.3. Undang-undang Kecil Iklan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri

Selangor, 2007

128. Bagaimanakah permohonan mendapatkan tauliah sembelihan, tempoh proses permohonan dan tempoh sah laku untuk satu-satu masa?

128.1. Untuk permohonan mendapatkan tauliah sembelihan, pemohon

perlu memenuhi prasyarat berikut : 128.1.1. Telah bekerja secara tetap di premis sembelihan komersil

(bukan pekerja sambilan, sementara atau orang awam) 128.1.2. Warganegara Malaysia. Bagi penduduk tetap,

permohonan boleh dipertimbangkan. 128.1.3. Permohonan adalah melalui majikan dan perlu

mempunyai premis sembelihan tetap. 128.1.4. Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun dan sihat tubuh

badan. 128.1.5. Tamat pendidikan sekurang-kurangnya sekolah rendah

dan boleh membaca serta menulis 128.2. Proses permohonan adalah seperti berikut:

Page 29: sekolah agama selangor

128.2.1. Pemohon perlu melengkapkan borang bagi mengikuti Kursus Penyembelihan Halal Komersil yang boleh diperolehi di Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan, JAIS.

128.2.2. Pemohon perlu menghadiri kursus dan ujian selama 2 hari berdasarkan tarikh yang akan ditetapkan oleh urus setia kursus.

128.2.3. Pemohon diwajibkan untuk mengikuti semua sesi di dalam kursus tersebut termasuklah sesi ceramah, ujian praktikal sembelihan, ujian bertulis dan ujian lisan.

128.2.4. Semua pemohon akan dimaklumkan secara bertulis berhubung status ujian yang telah diambil.

128.2.5. Bagi calon yang berjaya, kad tauliah akan dikeluarkan dalam masa 30 hari bekerja. Bagi calon yang gagal dan masih berminat, pemohon hanya perlu mengulangi mana-mana bahagian ujian yang gagal sahaja.

128.3. Tempoh sah laku tauliah adalah satu (1) tahun. Pemohon perlu memperbaharui tauliah yang telah tamat tempoh selewat-lewatnya sebulan selepas tamat tempoh.

128.4. Tempoh sah laku dianggap tamat sekiranya pemegang kad tauliah berkenaan tidak lagi bertugas di premis yang dinyatakan di dalam kad berkenaan. Pemegang kad tauliah perlu membuat permohonan pengeluaran semula kad tauliah mengikut premis baru jika bertukar kerja.

129. Bagaimanakah cara mendapatkan senarai premis halal di Malaysia atau

Selangor cth : hotel?

129.1. Senarai tersebut boleh diperolehi secara on-line di laman

sesawang JAKIM : http://www.halal.gov.my ruang PENGGUNA –DIREKTORI HALAL MALAYSIA.

130. Bagaimanakah untuk mengenalpasti dan mendapatkan senarai produk

yang disahkan halal?

130.1. Senarai tersebut boleh diperolehi secara on-line di laman sesawang JAKIM : http://www.halal.gov.my ruang PENGGUNA – DIREKTORI HALAL MALAYSIA.

131. Apakah proses sertu (samak) dan bagaimanakah ianya dilaksanakan?

131.1. Proses sertu (samak) ialah membasuh sama ada peralatan atau

kawasan yang terkena najis mughallazah dengan cara :

131.1.1. Membuang ain (sifat) najis, (warna, bau dan rasa); dan 131.1.2. Melalukan air bercampur tanah (sekali) dan air mutlak

(enam kali) Maklumat lanjut boleh dilayari di laman sesawang JAKIM: http://www.halal.gov.my

Page 30: sekolah agama selangor

132. Bagaimanakah cara mendapatkan senarai ajaran sesat atau ajaran yang meragukan? 132.1. Senarai ajaran sesat boleh didapati melalui permohonan rasmi

dan laman sesawang JAIS :http://www.jais.gov.my pautan laman sesawang Jabatan Mufti Negeri Selangor : http://www.muftiselangor.gov.my manakala ajaran meragukan yang masih di dalam kajian hanya boleh diketahui oleh pihak-pihak tertentu melalui permohonan rasmi.

133. Apakah perbezaan antara ajaran sesat dan menyeleweng dalam konteks

fatwa? 133.1. Ajaran sesat dan menyeleweng ialah ajaran yang telah

difatwakan sesat atau menyeleweng daripada ajaran Islam oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor.

134. Apakah kaedah untuk mengenalpasti ajaran yang sesat dan menyeleweng atau meragukan? 134.1. Sesuatu ajaran itu dikenalpasti sebagai ajaran yang sesat dan

menyeleweng apabila bercanggah dengan al-Quran dan al-Sunnah serta bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Ajaran yang meragukan pula boleh dikenalpasti melalui ciri-ciri ajaran dan modus operandi yang pelik serta bertentangan dengan perkara yang sedia maklum di dalam ajaran Islam.

135. Bagaimanakah cara mendapatkan maklumat berkaitan penerbitan atau media yang diharamkan? 135.1. Maklumat penerbitan atau media yang telah diharamkan boleh

diperolehi melalui: 135.1.1. Kementerian Dalam Negeri (KDN)

Bahan-bahan tersebut boleh didapatidi laman sesawang: http://www.moha.gov.my.

135.1.2. Jabatan Mufti Negeri Selangor. Bahan-bahan tersebut boleh didapati di laman sesawang: http://www.muftiselangor.gov.my

136. Bagaimanakah cara untuk membuat aduan berkaitan media atau

penerbitan yang menyentuh sensitiviti umat Islam?

136.1. Pengadu adalah disyorkan untuk mengemukakan maklumat

aduan secara terperinci melalui:

136.1.1. Facebook jabatan: http://www.facebook.com/JabatanAgamaIslamSelangor

136.1.2. Telefon : 03-55143600 / 3400 sambungan 3532, 3679, 3603, 3681, 2093 dan 2094

136.1.3. E-mel jabatan: [email protected]

Page 31: sekolah agama selangor

136.1.4. atau hadir sendiri ke: Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan, Jabatan Agama Islam Selangor, Tingkat 5, Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah, 40676 Shah Alam, Selangor

137. Aduan yang dikemukakan mestilah meliputi maklumat – makumat

berikut:

137.1. Nama dan alamat penuh pengadu, 137.2. No. Kad Pengenalan 137.3. No. Telefon 137.4. Fakta aduan

138. Bagaimanakah cara orang awam boleh membantu pihak berkuasa

agama dalam membanteras pengembangan ajaran sesat dari berleluasa dalam masyarakat dalam konteks Negeri Selangor?

138.1. Memaklumkan ajaran yang meragukan kepada:

138.1.1. Pegawai Masjid; atau 138.1.2. Jawatankuasa Keselamatan Kampung; atau 138.1.3. Penghulu; atau 138.1.4. Pegawai Tadbir Agama Daerah;atau 138.1.5. Jabatan Agama Islam Selangor

138.2. Makluman boleh dibuat dengan mengemukakan maklumat

aduan yang lengkap dan terperinci melalui : 138.2.1. Facebook jabatan:

http://www.facebook.com/JabatanAgamaIslamSelangor 138.2.2. Telefon : 03-55143600 / 3400 sambungan 3532, 3679,

3603, 3681, 2093 dan 2094 138.2.3. E-mel jabatan: [email protected] 138.2.4. atau hadir sendiri ke:

Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan, Tingkat 5, Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah, 40676 Shah Alam, Selangor

138.3. Sebarang maklumat,kandungan dokumen dan identiti pemberi maklumat adalah dirahsiakan.

138.4. Maklumat-maklumat terkini berkaitan pergerakan dan aktiviti yang dilakukan oleh mana-mana kumpulan ajaran sesat atau meragukan boleh disalurkan bagi membantu pihak berkuasa agama mengambil tindakan selanjutnya.

138.5. Lokasi masa dan kekerapan ajaran yang dilakukan.

Page 32: sekolah agama selangor

BAHAGIAN DAKWAH

139. Apakah Hala Tuju Dakwah Jabatan Agama Islam Selangor 139.1. Mentranformasikan Agenda Dakwah dan Islam Negeri Selangor

sebagai teras pemerkasaan akidah, syariah, akhlak dan pembangunan modal insane melalui pembinaan kader-kader dakwah berwibawa dan kepelbagaian variasi metodologi penyampaian kepada semua lapisan mad’u (sasaran dakwah) secara holistik.

140. Apakah Strategi JAIS dalam Melaksanakan Aktiviti Dakwah di Negeri

Selangor 140.1. Memperkasa dan memperkukuhkan akidah 140.2. Mengupayakan Generasi Muda 140.3. Memperkasa Dai’e 140.4. Dakwah Khas Menangani Isu-isu semasa 140.5. Mengukuhkan Dakwah sektor korporat 140.6. Dakwah melalui Kebudayaan 140.7. Dakwah Interaktif Melalui Media Sosial 140.8. Dakwah Melalui Pena 140.9. Meningkatkan Pembudayaan Ilmu Dalam masyarakat 140.10. Mengukuhkan Bahagian Dakwah 140.10. Melalui on line / ICT dan Radio / TV

141. Adakah Agensi luar boleh menggunakan PA System Bahagian Dakwah JAIS? 141.1 Boleh menggunakan PA System Bahagian Dakwah JAIS dan Unit

Dakwah Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut: 141.1.1. Mengemukakan surat permohonan kepada Bahagian

Dakwah JAIS atau Pegawai Tadbir Agama Islam Daerah sekurang-kurangnya 14 hari sebelum program.

141.1.2. Penggunaan PA System JAIS hanya boleh dipertimbangkan bagi aktiviti Keilmuan Islam seperti : i) Seminar ii) Muzakarah iii) Forum iv) Ceramah v) Kesenian Islam vi) Pembudayaan Al-Quran

141.1.3. Menjaga kebajikan Juruaudio Visual yang bertugas seperti: a) Bayaran saguhati b) Makan minum ci) Penginapan (jika perlu)

Page 33: sekolah agama selangor

141.1.3. Walau bagaimanapun, Bahagian Dakwah atau Unit Dakwah Pejabat Agama Islam Daerah boleh menarik balik kebenaran tersebut jika terdapat komitmen terhadap program rasmi Jabatan.

142. Apakah maksud Program Isbat Hafazan?

Isbat Hafazan ialah satu insentif program yang diwujudkan oleh MAIS khusus kepada para Huffaz di Negeri Selangor untuk mereka menjaga, memelihara dan mengekalkan Hafazan Al-Quran mereka.

143. Apakah maksud Elaun Isbat Hafazan? 143.1. Elaun Isbat Hafazan ialah pemberian elaun khusus kepada para

Huffaz di Negeri Selangor sebagai satu pengiktirafan atas daya usaha mereka menjaga, memelihara dan mengekalkan hafazan Al-Quran. Elaun Isbat Hafazan akan diberi kepada pemohon yang layak mengikut kategori masing-masing. Ia akan diberi sebanyak dua (2) kali setahun bagi permohonan 18 tahun ke atas dan sekali setahun bagi permohonan 18 tahun ke bawah.

144. Apakah syarat-syarat kelayakan untuk memohon Elaun Isbat Hafazan?

144.1. Pemohon mestilah Warganegara Malaysia yang lahir di Negeri

Selangor atau ibu / bapa lahir di Negeri Selangor. 144.2. Pemohon yang bukan lahir di Negeri Selangor hendaklah telah

tinggal tetap di Negeri Selangor tidak kurang lima (5) tahun dan mendapatkan pengesahan pemastautinan dari Penghulu / Ketua Kampung / Pengerusi JKKK / Nazir Masjid / Pengerusi Jawatankuasa Penduduk dan Taman Perumahan.

144.3. Belajar di Sekolah Tahfiz bantuan kerajaan atau sekolah swasta

yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor. 144.4. Memiliki Syahadah atau Sijil Khatam Hafazan Al-Quran 30 juzuk

dari Institusi Tahfiz masing-masing.

144.5. Tidak menerima apa-apa elaun Isbat Hafazan dari mana-mana pihak atau agensi.

145. Bagaimanakah cara untuk memohon Elaun Isbat Hafazan?

145.1. Pemohon hendaklah mengisi dengan lengkap Borang

Permohonan Mengikuti Isbat Hafazan yang disediakan oleh Jabatan Agama Islam Selangor. Borang berwarna biru bagi kategori 18 tahun ke atas dan borang berwarna hijau bagi kategori 18 tahun ke bawah.

145.2. Borang permohonan boleh diperolehi melalui:

145.2.1. Muat turun borang di Laman Web : www.jais.gov.my

Page 34: sekolah agama selangor

145.2.2. Pejabat Agama Islam Daerah yang berhampiran. 145.2.3. Bahagian Dakwah JAIS, Tingkat 7, Menara Selatan

Bangunan Sultan Idris Shah, 40676 Shah Alam. 145.3. Menyertakan dokumen-dokumen seperti berikut:

145.3.1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon 145.3.2. Surat Pengesahan Permastautinan (jika berkaitan) 145.3.3. Salinan Syahadah atau Sijil Khatam Hafazan Al-Quran 30

Juzuk 145.3.1. Dua (2) keping gambar berukuran passport 145.3.4. Mendapatkan pengesahan borang permohonan daripada:

a) Ketua Sektor Bahagian Pengurusan Sekolah, Bahagian Pendidikan Islam JAIS, Tingkat 2, Menara Utara Bangunan Sultan Idris Shah, 40676 Shah Alam Selangor ; atau

b) Pegawai Pendidikan di Unit Pendidikan Islam, Pejabat Agama Islam Daerah yang berhampiran.

145.4. Menghantar borang permohonan yang telah lengkap diisi ke

alamat berikut: Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Selangor Tingkat 7 Menara Selatan, Bangunan Sultan Idris Shah No.2 Persiaran Masjid, Bukit SUK, Seksyen 5 40676 Shah Alam Selangor Tel : 03 – 55143578 / 3590 Faks : 03 – 55122544

146. Bilakah Temuduga Elaun Isbat Hafazan dilaksanakan?

146.1. Bagi permohonan kategori 18 tahun ke atas temuduga akan

dilaksanakan dua (2) kali setahun iaitu pada bulan Mei bagi sesi pertama (Januari – Jun) dan bulan November bagi sesi kedua (Julai – Disember).

146.2. Bagi permohonan kategori 18 tahun ke bawah temuduga akan dilaksanakan sekali setahun iaitu pada bulan Mei.

147. Adakah saya boleh memilih kategori Isbat Hafazan?

147.1. Boleh. Bagi permohonan 18 tahun ke atas, pemohon boleh

memilih kategori berikut : 147.1.1. Kategori 1 hingga 10 Juzuk 147.1.2. Kategori 1 hingga 20 Juzuk 147.1.3. Kategori 1 hingga 30 Juzuk * Walau bagaimanapun, bagi permohonan 18 tahun ke bawah, pemohon hanya boleh memohon bagi kategori 1 hingga 30 juzuk sahaja.

Page 35: sekolah agama selangor

148. Berapakah kadar Elaun Isbat Hafazan?

148.1. Kadar Elaun Isbat Hafazan bagi permohonan 18 tahun ke atas adalah seperti berikut : 148.1.1. Kategori 1 hingga 10 Juzuk : RM 200 sebulan X 6 bulan 148.1.2. Kategori 1 hingga 20 Juzuk : RM 300 sebulan X 6 bulan 148.1.3. Kategori 1 hingga 30 Juzuk : RM 500 sebulan X 6 bulan

148.2. Kadar Elaun Isbat Hafazan bagi permohonan 18 tahun ke bawah adalah seperti berikut : 148.2.1. Kategori 1 hingga 30 Juzuk : RM 250 sebulan X 12 bulan

149. Apakah syarat kelayakan untuk mendapatkan Elaun Isbat Hafazan?

149.1. Pemohon hendaklah lulus temuduga dengan mendapat markah 90%

ke atas dan telah mendapat pengesahan Jawatankuasa Penilai Isbat Hafazan.

150. Berapa lamakah tempoh layak seseorang menerima Elaun Isbat Hafazan?

150.1. Bagi permohonan 18 tahun ke atas : 150.1.1. Kategori 1 hingga 10 juzuk : Layak untuk menerima elaun sebanyak enam (6) kali

temuduga (3 tahun). Sekiranya masih berminat untuk menyertai Isbat Hafazan, mereka hendaklah memohon kategori yang lebih tinggi iaitu kategori 1 hingga 20 juzuk atau 1 hingga 30 juzuk pada tahun berikutnya.

150.1.2. Kategori 1 hingga 20 juzuk : Layak untuk menerima elaun sebanyak enam (6) kali

temuduga (3 tahun). Sekiranya masih berminat untuk menyertai Isbat Hafazan, mereka hendaklah memohon kategori yang lebih tinggi iaitu 1 hingga 30 juzuk pada tahun berikutnya.

150.1.3. Kategori 1 hingga 30 Juzuk : Tiada had tempoh. Walau bagaimanapun, pemberian

Elaun Isbat Hafazan ini adalah tertakluk kepada Polisi dan Dasar Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

150.2. Bagi Permohonan 18 Tahun Ke Bawah:

150.2.1. Pemohon yang lulus temuduga layak untuk menerima elaun Isbat Hafazan sehingga mencapai umur 18 tahun.

151. Apakah bentuk-bentuk penerbitan yang dikeluarkan oleh Bahagian

Dakwah? 151.1. Pamplet 151.2. Buku poket 151.3. Buletin 151.4. Risalah 151.5. Buku separa ilmiah

Page 36: sekolah agama selangor

151.6. CD / DVD Ilmiah 151.7. Video pendek 151.8. Sticker

152. Apakah penerbitan-penerbitan yang dikeluarkan boleh diedarkan kepada

institusi-institusi dan orang persendirian?

152.1. Boleh.

153. Apakah prosedur untuk mendapatkan bahan-bahan penerbitan tersebut? 153.1. Pemohon hendaklah mengemukakan surat permohonan ke alamat

berikut: Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Selangor Tingkat 7 Menara Selatan, Bangunan Sultan Idris Shah No.2 Persiaran Masjid, Bukit SUK, Seksyen 5 40676 Shah Alam Selangor

154. Bolehkah saya menyumbang hasil penulisan ke Bahagian Dakwah JAIS?

154.1. Boleh. Sumbangan hasil penulisan hendaklah dihantar ke Unit

Penerangan dan Penerbitan Bahagian Dakwah JAIS atau [email protected]

Sebarang hasil penulisan yang diterbitkan, penulis akan menerima bayaran saguhati dan ia adalah menjadi hakmilik Jabatan.

155. Apakah syarat untuk menganjurkan program dakwah secara kerjasama

dengan JAIS 155.1. Program yang dirancang atau dicadangkan mestilah menepati Pelan

Strategik Dakwah JAIS (Rujuk Dokumen Pelan Strategik Dakwah JAIS 2013-2017).

155.2. Menghubungi dan mengadakan perbincangan terlebih dahulu dengan Pegawai yang bertanggungjawab di Ibu Pejabat JAIS atau Pegawai Dakwah di Pejabat Agama Islam Daerah.

155.3. Persetujuan penganjuran program tersebut adalah tertakluk kepada keupayaan kewangan semasa Bahagian Dakwah atau Unit Dakwah Daerah.

156. Saya berminat untuk menjadi Sukarelawan Dakwah Negeri Selangor. Apakah syarat dan peraturan yang ditetapkan? 156.1. Syarat umum

156.1.1. Beragama Islam. 156.1.2. Berumur 18 tahun ke atas. 156.1.3. Warganegara Malaysia.

Page 37: sekolah agama selangor

156.1.4. Mempunyai minat yang mendalam terhadap gerakerja kesukarelawanan dan dakwah lapangan.

156.1.5. Bersedia berkhidmat tanpa mengira waktu. 156.1.6. Mempunyai pengetahuan asas Ilmu Fardhu Ain dan Fardhu

Kifayah. 156.2. Syarat Khusus

156.2.1. Mengikuti kursus Team Sukarelawan yang dianjurkan oleh Bahagian Dakwah JAIS.

156.2.2. Mestilah berdaftar di bawah Kelab Fasilitator dan Sukarelawan

(AKTOR-S) JAIS. 156.2.3. Mengikuti program-program pemantapan dan kemahiran

yang dianjurkan dari semasa ke semasa.

157. Saya bertugas sebagai pendidik di salah sebuah sekolah Kementerian dan dipertanggungjawabkan sebagai Ketua Panitia Pendidikan Islam. Apakah program dakwah yang boleh dilaksanakan bersama demi pembinaan modal insan para pelajar? 157.1. Program Sayang Allah 157.2. Program Little Caliph 157.3. Program Super Aulad 157.4. Program Cintai Allah Cintai Rasulullah 157.5. Program Pendakwah Cilik 157.6. Program Kursus Nuqaba’ Dan Imamah 157.7. Program Kem Smart Solat 157.8. Program Pembinaan Personaliti Ideal 157.9. Program Roadshow Isu-Isu Semasa 157.10. Program Kem Jiwa Taqwa 157.11. Program Explorasi Rohani

158. Apakah peranan dan bantuan yang boleh disalurkan oleh Bahagian

Dakwah JAIS dalam membantu perkembangan dakwah di sektor Industri:

158.1. Menyediakan peruntukan kewangan secara bersama untuk penganjuran program dakwah tidak berkala.

158.2. Memberi latihan dan kepakaran kepada Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Badan Kebajikan Islam Industri.

158.3. Membekalkan tenaga penceramah, pengajar dan pembimbing untuk program-program dakwah yang dianjurkan oleh Sektor Industri.

158.4. Antara program-program yang boleh dilaksanakan adalah: 158.4.1. Forum Perdana Ehwal Islam 158.4.2. Talkshow Merasai Nikmat Hidup Bertuhan 158.4.3. Program Pemantapan Ibadah Warga Industri 148.4.4. Program Perkaderan Pendakwah Warga Industri 148.4.5. Muzakarah Institusi Badan Islam Industri 148.4.6. Team Daie Warga Industri 148.4.7. Konvensyen Budaya Kerja Islam 148.4.8. Seminar Peranan Sektor Korporat Dalam Memartabatkan

Islam

Page 38: sekolah agama selangor

148.9. Wacana Pemikiran Tokoh Ikon Korporat Islam

159. Apakah peranan dan bantuan yang boleh disalurkan oleh JAIS dalam membantu Mahasiswa dan Mahasiswi menggerakkan program dakwah di Institusi Pengajian Tinggi dan lapangan:

159.1. JAIS menyedari potensi besar yang dimiliki oleh para Mahasiswa dan Mahasiswi sebagai pelapis kepimpinan dan Da’ie yang bakal memainkan peranan besar dalam membangun ummah. Dalam mendepani agenda besar ini Bahagian Dakwah amat mengalu-alukan penglibatan Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta baik di kalangan Mahasiswa / Mahasiswi dan tenaga akademik dalam melaksanakan aktiviti dakwah.

159.2. Antara bentuk kerjasama yang boleh disalurkan adalah: 159.2.1. Menyediakan peruntukan kewangan bersama untuk

penganjuran program dakwah tidak berkala. 159.2.2. Bekerjasama dengan Pusat Islam Universiti dalam

melaksanakan Dakwah IPT. 159.2.3. Memberi latihan dan kepakaran dakwah kepada Kepimpinan

Mahasiswa di Peringkat IPTA / IPTS / Kolej Awam dan Swasta.

159.2.4. Menyediakan Program-Program Dakwah Umum kepada Mahasiswa / Mahasiswi di Peringkat IPTA / IPTS / Kolej Awam dan Swasta.

159.2.5. Membekalkan tenaga penceramah, pengajar dan pembimbing untuk program-program dakwah yang dianjurkan.

159.2.6. Memberi ruang kepada Ahli-Ahli Akademik dalam menyalurkan dan menyumbangkan karya-karya ilmiah dan hasil penyelidikan untuk diterbitkan oleh Jabatan.

159.3. Antara program-program yang boleh dilaksanakan adalah: 159.3.1. Program Roadshow Indahnya Menjadi Insan Murabbi 159.3.2. Program Mukhayyam Indahnya Menjadi Insan Murabbi 159.3.3. Program Rehlah Rohani dan Kepimpinan 159.3.4. Program The Best Qiadah ( Kepimpinan ) Team 159.3.5. Kursus Asas Fasilitator 159.3.6. Kursus lanjutan Fasiitator 159.3.7. Kursus Pengukuhan Intensif Fasilitator 159.3.8. Program Team Sukarelawan Islam 159.3.9. Kursus Pembinaan Team Dai’e Warga IPT 159.3.10. Muzakarah Institusi / Pusat Islam IPTA dan IPTS 159.3.11. Seminar / Diskusi Pemantapan Akidah 159.3.12. Wacana Minda Tokoh Ilmuan Mengenai Fahaman dan

Ideologi Semasa 159.3.13. Penerbitan Buku-buku Semi Ilmiah 159.3.14. Penerbitan Pek Bersiri Ilmiah

Page 39: sekolah agama selangor

160. Apakah program yang disediakan oleh Bahagian Dakwah bagi mengisi masa cuti persekolahan yang boleh dimanfaatkan oleh anak-anak remaja? 160.1. Program Sayang Allah 160.2. Program Cintai Allah dan Rasulullah 160.3. Program Super Aulad 160.4. Program Kem Bestari Smart Solat 160.5. Program Dauroh Remaja Islam Selangor 160.6. Pendakwah Cilik 160.7. Kem Smart Remaja

161. Apakah program-program dakwah yang dilaksanakan secara bersama dengan institusi, agensi dan NGO’s yang berkaitan dengan golongan belia (18 Tahun – 35 Tahun) di Negeri Selangor?

161.1. Program Karnival Sukan Masjid 161.2. Kem Smart Akidah 161.3. Program Santai Besama Belia 161.4. Program Bicara Ad-Din 161.5. Mursyid Got Talent 161.6. Program Celebrity On Stage 161.7. Konvoi Belia Rakan Muda Dakwah 161.8. Program Rakan Muda Dakwah 161.9. Konvensyen Seni Mempertahankan Diri dan Dakwah Islam

162. Saya difahamkan terdapat program ziarah hospital yang dilaksanakan oleh JAIS. Apakah program tersebut hanya terbatas kepada hospital sahaja ?

162.1. Jabatan ini sentiasa melaksanakan Program Ziarah Hospital yang

digerakkan oleh Sekretariat Ziarah Hospital iaitu gabungan NGO’s Islam dengan kerjasama Unit Dakwah Daerah.

162.2. Walau bagaimanapun, program ziarah ini tidak hanya terbatas kepada ziarah pesakit hospital semata-mata. Program ini juga telah memperluaskan kepada Pusat-Pusat Penjagaan dan Perlindungan Warga Emas, Rumah-Rumah Kebajikan Masyarakat, Perkampungan Orang-Orang Asli dan Saudara Baru melalui program : 162.2.1. Program Ziarah Ukhuwah Saudara Baruku 162.2.2. Program Dakwah ke Penjara dan Pusat-Pusat Tahanan 162.2.3. Kelas Bimbingan Amal oleh fasilitator di Pusat Jagaan/

Kebajikan 162.2.4. Kelas Bimbingan Warga Emas

Page 40: sekolah agama selangor

163. Sebagai seorang muslimah, saya mendapati berlakunya kesukaran untuk mendapatkan tenaga pengajar muslimah yang berwibawa. tenaga-tenaga pengajar muslimah yang sediada dan berwibawa ketika ini sibuk memenuhi undangan slot di media dan membuat rakaman. Apakah Perancangan JAIS bagi mengatasi kemelut ini?

163.1. Jabatan ini telah menyedari senario ini dari peringkat awal lagi.

Dengan perkembangan dakwah yang semakin pesat di Negeri Selangor dan jumlah Pendakwah Muslimah yang terbatas akan memberi impak negatif kepada senario dan perkembangan Dakwah Muslimah di Negeri Selangor.

163.2. Untuk ini, Jabatan amat prihatin dan menyediakan medium khusus untuk mengasah dan membina potensi Pendakwah Muslimah melalui: 163.2.1. Program khas melahirkan Pendakwah Muslimah Berwibawa

(Ustazah Pilihan Selangor) 163.2.2. Diskusi Wanita 163.2.3. Program Pengajian Fiqh Wanita 163.2.4. Program Pemantapan Ilmu Al-Quran 163.2.5. Program Pemantapan Ilmu Hadith 163.2.6. Program Pemantapan Qariah 163.2.7. Program Pemantapan Ilmu Perbandingan Agama

163.3. Jabatan Agama Islam Selangor amat mengalu-alukan penyertaan daripada individu muslimah yang berpotensi untuk digilap bakat sebagai pendakwah bagi melibatkan diri secara komited dan istiqamah.

164. Media sosial adalah satu medium penyampaian maklumat terpenting

yang sangat berpengaruh dalam masyarakat. Pengamatan saya mendapati, JAIS masih lesu dan terkebelakang dalam mengaplikasikan dakwah melalui medium ini.

164.1. Kepentingan media sosial dalam menyampaikan misi dakwah tidak dapat dinafikan kebenaran dan ketepatannya. Jabatan ini mengakui tentang kekurangan penggunaan media sosial sebagai medium dakwah. Namun begitu, usaha-usaha proaktif telah diambil untuk merealisasikan dan memberi nafas baru kepada pendekatan dakwah yang lebih efektif, interaktif dan berinovasi dengan menjadikan media sosial sebagai medium utama dakwah. Antara program yang dilaksanakan ialah: 164.1.1. Menyediakan pelbagai bahan dakwah interaktif melalui

media sosial 164.1.2. Menubuhkan Jawatankuasa Produksi Dakwah Audio Visual 164.1.3. Menghasilkan Produksi Dakwah Audio Visual 164.1.4. Mewujudkan Jawatankuasa Pemantau Program Dakwah

Media Sosial 164.1.5. Melaksanakan Festival Drama Pendek dan Animasi Islamik 164.1.6. Program Dakwah Melalui Radio 164.1.7. Dakwah melalui facebook, twitters, blog, youtube, whatsApp

dan papan tanda

Page 41: sekolah agama selangor

165. Bagaimana langkah dan panduan yang perlu diikuti oleh mana-mana organisasi / agensi / institusi / masjid / surau untuk menganjurkan program Kursus Pengurusan Jenazah dengan kerjasama Bahagian Dakwah?

165.1. Semua Pogram Kursus Pengurusan Jenazah adalah di bawah bidang

kuasa Unit Dakwah Pejabat Agama Islam Daerah. Sehubungan dengan itu, semua agensi yang berhasrat dan berminat untuk mengadakan Kursus Pengurusan Jenazah secara kerjasama dengan pihak JAIS perlulah merujuk kepada Pegawai Dakwah Pejabat Agama Islam Daerah yang berhampiran.

165.2. Jika dipersetujui, pada praktisnya pihak Pejabat Agama Islam Daerah akan menyediakan penceramah, fasilitator, modul dan sijil.

166. Apakah syarat dan kriteria yang melayakkan saya untuk menjadi salah seorang Pembimbing Pengurusan Jenazah?

166.1. Seorang Pembimbing Pengurusan Jenazah mestilah memenuhi syarat dan kriteria berikut: 166.1.1. Beragama Islam 166.1.2. Umur 25 tahun ke atas 166.1.3. Mempunyai pengetahuan asas Ilmu Fardhu Ain dan Fardhu

Kifayah 166.1.4. Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya membantu

dalam menguruskan jenazah 166.1.5. Mempunyai komunikasi yang baik dan berkesan 166.1.6. Bersifat amanah, positif, bermotivasi dan berkeyakinan tinggi 166.1.7. Bersedia berkhidmat tanpa mengira waktu 166.1.8. Menghadiri Kursus Pembimbing Pengurusan Jenazah yang

dianjurkan oleh Bahagian Dakwah 166.1.9. Mendapat tauliah mengajar daripada Bahagian Dakwah JAIS

167. Apakah terdapat peruntukan dari Bahagian Dakwah JAIS untuk membantu program dakwah di peringkat masjid dan surau

167.1. Sebenarnya Bahagian Dakwah JAIS tidak mempunyai peruntukan khusus untuk membiayai program-program dakwah yang dianjurkan oleh masjid-masjid dan surau-surau di Negeri Selangor.

167.2. Bahagian Dakwah dan Unit Dakwah Daerah akan membiayai sepenuhnya program yang dianjurkan oleh Bahagian ini atau Pejabat Agama Islam Daerah yang dilaksanakan di masjid dan surau yang terpilih.

167.3. Walau bagaimanapun, Bahagian Dakwah dan Unit Dakwah Daerah akan memberi sumbangan kewangan sekiranya program yang dilaksanakan secara kerjasama dengan hasrat untuk membantu mengimarahkan masjid dan surau.

Page 42: sekolah agama selangor

168. Apakah cara untuk memohon tauliah di Negeri Selangor?

168.1. Pemohon hendaklah mengisi Borang Permohonan Tauliah (LAM/BD/04-01) dengan lengkap.

168.2. Permohonan tauliah hendaklah dihantar melalui Pejabat Agama Islam Daerah yang berhampiran.

169. Siapa yang layak memohon tauliah?

169.1. Beragama Islam 169.2. Warganegara Malaysia 169.3. Bermastautin dalam Negeri Selangor Darul Ehsan tidak kurang 4 bulan

dari tarikh memohon. 169.4. Berpegang dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah; 169.5. berumur 18 tahun ke atas; 169.6. Sihat tubuh badan dan sempurna akal; 169.7. Berakhlak dengan akhlak Islam; 169.8. Tidak pernah disabitkan dengan kesalahan jenayah oleh Mahkamah

Sivil atau Mahkamah Syariah; 169.9. Mempunyai pengetahuan agama Islam sekurang-kurangnya di

peringkat Empat Thanawi atau setaraf dengannya; 169.10.Mendapat kebenaran bertulis daripada majikan.

170. Apakah prosedur yang perlu saya lalui untuk mendapatkan tauliah?

170.1. Mengisi Borang Permohonan Tauliah yang disediakan melalui Pejabat Agama Islam Daerah yang berhampiran dengan tempat tinggal;

170.2. Permohonan hendaklah disokong oleh dua (2) orang saksi yang mengetahui latar belakang dan kelayakan pemohon;

170.3. Mengemukakan dua keping gambar, salinan kad pengenalan dan salinan sijil atau sijil-sijil yang telah disahkan yang berkaitan dengan kelayakan pemohon;

170.4. Menghadiri dan lulus sesi temuduga secara lisan dan bertulis yang dikehendaki oleh Bahagian Dakwah JAIS;

170.5. Keputusan disahkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tauliah MAIS; 170.6. Perlu melepasi tapisan keselamatan dari IPK / PDRM; dan 170.7. Pengeluaran kad tauliah akan dikeluarkan mengikut kategori yang

diluluskan.

171. Apakah kategori tauliah mengajar yang ditetapkan?

171.1. Tauliah Ceramah Umum (D 1) yang membenarkan pemegangnya memberi ceramah umum berhubung dengan apa-apa aspek agama Islam di mana-mana tempat dan dengan apa-apa jua cara selain dari mengajar agama Islam secara berkala;

171.2. Tauliah Mengajar Agama Islam Berkitab (D 2) yang membenarkan pemegangnya mengajar agama Islam secara berkala menggunakan kitab di mana-mana tempat;

171.3. Tauliah Mengajar Al-Quran (D 3) yang membenarkan pemegangnya mengajar Al-Quran di mana-mana premis; dan

Page 43: sekolah agama selangor

171.4. Tauliah Khas (D 4) bagi individu yang tidak memiliki kelayakan pengetahuan agama Islam di peringkat Empat Thanawi dan mempunyai kepakaran tertentu seperti Motivasi, Pembangunan Insan, Zakat dan sebagainya.

172. Apakah prosedur untuk mendapatkan kebenaran khas sementara kepada

penceramah yang tidak mempunyai tauliah?

172.1. Penceramah Dalam Negeri 172.1.1. Pihak penganjur perlu mengisi Borang Kebenaran Khas

yang boleh diambil di Unit Dakwah, Pejabat Agama Islam Daerah atau Bahagian Dakwah JAIS dengan melampirkan latar belakang penceramah dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.

172.1.2. Kelulusan dan Surat Kebenaran Khas akan dikeluarkan oleh Setiausaha Jawatankuasa Tauliah dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.

172.2. Penceramah Luar Negara 172.2.1. Pihak penganjur perlu mengisi Borang Kebenaran

Pendakwah Singkat JAKIM secara online www.islam.gov.my

172.2.2. Pihak penganjur perlu mengisi Borang Kebenaran Khas di Pejabat Agama Islam yang berhampiran atau Bahagian Dakwah JAIS dengan melampirkan butiran dan latar belakang penceramah untuk mendapatkan sokongan dan Surat Kebenaran Khas.

173. Bagaimana orang awam boleh mengetahui senarai terkini penceramah

atau pendakwah di Negeri Selangor yang mempunyai tauliah? 173.1. Melalui laman web : www.jais.gov.my 173.2. Merujuk di Unit Dakwah, Pejabat Agama Islam Daerah yang

berhampiran. 173.3. Merujuk di Unit Dakwah Dan Tarbiah Bahagian Dakwah JAIS di talian 03- 55143514 / 3513.

174. Berapa lamakah tempoh tamat tauliah mengajar yang dikeluarkan oleh JAIS?

174.1. Tidak lebih daripada lima (5) tahun.

175. Bagaimana cara saya hendak memperbaharui kad tauliah yang akan

tamat dan telah tamat tempoh?

175.1. Kad tauliah akan tamat tempoh Perlu memperbaharui tempoh sah tauliah, tidak lewat dari enam (6)

bulan sebelum tarikh tamat tempoh sah.

Page 44: sekolah agama selangor

175.2. Kad tauliah telah tamat tempoh Pemohon perlu mengisi borang seperti prosedur permohonan yang

baru.

176. Apakah perkara-perkara yang boleh menyebabkan tauliah mengajar ditarik balik?

176.1. Pemegang Tauliah telah melanggar atau tidak mematuhi atau tidak

menjalankan mana-mana terma, syarat atau sekatan yang dinyatakan dalam tauliah;

176.2. Pemegang Tauliah memberi ceramah umum atau mengajar agama Islam secara yang bertentangan dengan syariah atau akidah Islamiah;

176.3. Pemegang Tauliah memberi ceramah umum atau mengajar agama Islam yang mempunyai kecenderungan bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau membangkitkan perasaan tidak suka terhadap Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan Negeri atau bagi mengembangkan perasaan buruk sangka atau permusuhan antara beberapa kaum atau golongan penduduk Malaysia;

176.4. Pemegang Tauliah memberi tafsiran yang tidak tepat, keliru atau menyeleweng dari ajaran sebenar agama dalam ceramah umum atau pengajaran Agama Islamnya;

176.5. Pemegang Tauliah tidak mematuhi apa-apa arahan, larangan atau perintah yang diberikan secara sah oleh MAIS atau Jawatankuasa; dan

176.6. Pemegang Tauliah berkelakuan dengan cara yang mencemarkan Agama Islam.

177. Siapakah Ahli Jawatankuasa Tauliah Negeri Selangor?

177.1. Mufti sebagai Pengerusi; 177.2. Timbalan Pengerusi yang dilantik oleh MAIS; 177.3. Penasihat Undang-undang Negeri atau wakilnya yang diberi kuasa; 177.4. Ketua Polis Negeri atau wakilnya yang diberi kuasa; 177.5. Pengarah Bahagian Dakwah JAKIM atau wakilnya yang diberi kuasa; 177.6. Empat (4) orang lain yang dilantik oleh MAIS; dan 177.7. Ketua Penolong Pengarah (Bahagian Dakwah) sebagai Setiausaha

* Merujuk Peraturan-Peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008, Enakmen Pentadbiran Negeri Selangor 2003, (Pindaan 2012).

178. Apakah program yang dirancang untuk meningkatkan tahap

profesionalisme berdakwah di kalangan pemegang tauliah?

178.1. Program Latihan Intensif Asas Pendakwah Pakar 178.2. Program Latihan Intensif Lanjutan Pendakwah Pakar 178.3. Program Muzakarah Pendakwah 178.4. Seminar / lain-lain program Ilmiah yang dianjurkan oleh JAIS / MAIS

atau agensi yang berkaitan.

Page 45: sekolah agama selangor

179. Apakah denda dan hukuman yang dikenakan kepada orang yang mengajar tanpa tauliah?

179.1. Apabila disabitkan kesalahan seseorang yang mengajar tanpa tauliah

boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua (2) tahun atau kedua-duanya. Seksyen 19 - Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003

180. Adakah menyampaikan ceramah agama di luar masjid dan surau

memerlukan tauliah?

180.1. Ya, perlu ada tauliah dari Bahagian Dakwah JAIS.

181. Siapakah yang dikecualikan memohon tauliah?

181.1. Alim Ulama’ atau Tokoh Agama tempatan tertentu atau Alim Ulama’ atau Tokoh Agama Luar Negeri yang dijemput secara rasmi atau atas jemputan khas Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Jabatan, Agensi atau penganjurnya;

181.2. Mufti-Mufti Negeri dan Ahli-ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri-Negeri 181.3. Hakim-Hakim Mahkamah Syariah dan Pendaftar Mahkamah Syariah

Negeri-Negeri; 181.4. Menteri atau Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang

bertanggungjawab dengan Hal Ehwal Islam atau Ketua Jabatan Agama Islam Negeri atau Ahli Majlis Agama Islam Negeri-Negeri; dan

181.5. Pegawai Hal Ehwal Islam atau Pegawai Agama Islam Persekutuan dan Negeri, Pensyarah-Pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti-Universiti Tempatan atau Institusi Pengajian Tinggi Tempatan, Guru Agama Kementerian Pendidikan atau Guru Agama Jabatan Agama Islam Negeri.

181.6. Walau bagaimanapun pengecualian yang diberi kepada individu di atas yang dinyatakan di para (a) hingga (e) dalam Peraturan 22 mengikut Peraturan-Peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008, adalah tertakluk kepada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Tauliah setelah dibuat melalui permohonan bertulis.

182. Adakah tauliah yang dikeluarkan di negeri selangor boleh digunakan di

negeri lain atau sebaliknya?

182.1. Tidak boleh, hanya boleh digunakan di Negeri Selangor sahaja. 183. Adakah mengajar di rumah kepada ahli keluarga menjadi satu

kesalahan?

183.1. Tidak salah, sekiranya di kediamannya sendiri dan dengan kehadiran anggota keluarganya sendiri sahaja. Walau bagaimanapun, sekiranya sesi pengajaran tersebut melibatkan orang luar yang bukan ahli keluarga perlu mendapatkan tauliah.

Page 46: sekolah agama selangor

184. Apa yang perlu saya lakukan jika seseorang itu didapati mengajar tanpa tauliah?

184.1. Jika Program Belum Dilaksanakan: Membuat aduan kepada Nazir Masjid / Pengerusi Surau / JKKK dan

Unit Masjid / Unit Penguatkuasa / Unit Dakwah Pejabat Agama Islam Daerah yang berhampiran.

184.2. Program Telah Dilaksanakan: Menyatakan butiran penceramah dan mengambil pengisian ceramah

tersebut untuk digunakan sebagai pembuktian serta membuat aduan kepada pihak yang berkuasa sepertimana yang dinyatakan di atas.

185. Adakah warganegara asing dibenarkan memohon tauliah di Negeri

Selangor?

185.1. Tidak dibenarkan. 186. Apakah garis panduan yang perlu saya tahu untuk permohonan surat

sokongan pas lawatan ikhtisas belajar / mengajar bagi warganegara asing di Negeri Selangor?

186.1. Pemohon boleh mengisi borang permohonan di laman web:

http://e-ikthisas.islam.gov.my (hendaklah diisi dalam tempoh dua (2) bulan sebelum tamat tempoh pas lawatan ikhtisas).

186.2. Pemohon dikehendaki melengkapkan borang permohonan secara online.

186.3. Waktu urusan bagi temuduga pemohonan Pas Lawatan Ikhtisas Belajar adalah pada hari Isnin dan Rabu sahaja.

186.4. Waktu urusan bagi temuduga pemohonan Pas Lawatan Ikhtisas Mengajar pada hari Selasa dan Khamis sahaja.

187. Apakah syarat permohonan pas lawatan ikhtisas belajar agama bagi

warganegara asing di Negeri Selangor?

187.1. Tempat belajar hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut: 187.1.1. Institusi Pengajian Agama yang berdaftar dengan Bahagian

Pendidikan JAIS. 187.1.2. Jadual pengajian belajar mestilah berbentuk harian dan

sepenuh masa di mana pelajar dikehendaki berada di premis pengajian sekurang-kurangnya lima (5) jam sehari.

187.1.3. Kelas-kelas agama secara sambilan atau program hujung minggu tidak akan diberi kelulusan

187.1.4. Tidak terlibat dalam sebarang aktiviti perniagaan dan pekerjaan lain secara sepenuh masa atau sementara yang berlawanan dengan maksud hakiki permohonan.

187.1.5. Setiap pemohon dikehendaki menghadiri sesi temuduga pada waktu yang telah ditetapkan oleh Bahagian Dakwah JAIS.

Page 47: sekolah agama selangor

187.1.6. Pemohon hendaklah mengisi borang secara online JAKIM sama ada bagi permohonan baru atau memperbaharui Pas Lawatan berkenaan.

187.1.7. Bagi tujuan penyambungan Pas Lawatan, pemohon hendaklah menunjukkan prestasi yang baik dalam pengajian.

187.1.8. Pemohon hendaklah mencetak surat sokongan Pas Lawatan Ikltisas sama ada bagi pemohonan baru atau memperbaharui lanjutan dalam tempoh 14 hari bekerja di laman web JAKIM : http://e.ikhtisas.islam.gov.my

188. Apakah syarat permohonan pas lawatan ikhtisas mengajar agama bagi

warganegara asing di Negeri Selangor?

188.1. Berumur tidak lebih dari 60 tahun. 188.2. Boleh bertutur dalam Bahasa Malaysia dengan baik. 188.3. Memasuki Malaysia melalui cara yang sah. 188.4. Mempunyai latar belakang Pendidikan Islam dan berkelulusan

sekurang-kurangnya di peringkat Sijil dalam bidang Pengajian Islam. 188.5. Untuk jawatan Guru Tahfiz Al-Quran, pemohon hendaklah mempunyai

Sijil Tahfiz Al-Quran dari Institusi Pengajian Tahfiz di dalam atau luar Negara yang diiktiraf oleh kerajaan.

188.6. Masjid / Surau / Madrasah hendaklah berdaftar dengan JAIS. 188.7. Berpegang kepada akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. 188.8. Tidak berhasrat untuk mengembangkan ideologi kepartian dan ajaran

yang bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. 188.9. Tidak menyentuh apa-apa berhubung Kebesaran, Kemuliaan,

Kedaulatan Dan Kuasa-Kuasa Agong dan Raja-Raja Melayu. 188.10. Tidak merendahkan perkara-perkara Khilafiah yang terdapat di dalam

mazhab yang empat. 188.11. Berakhlak baik dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah di

Malaysia atau di Negara asal. 188.12. Tidak menyinggung perasaan mana-mana kaum, agama, adat resam

dan budaya penduduk tempatan yang boleh membawa ketegangan kaum dan agama.

188.13. Jadual waktu mengajar mestilah berbentuk harian dan sepenuh masa iaitu sekurang-kurangnya lima (5) jam sehari berada di premis tempat bertugas.

188.14. Menggunakan kitab yang muktabar dan menyenaraikan nama-nama kitab yang digunakan untuk mengajar.

188.15. Pemohon hendaklah mengisi borang secara online JAKIM sama ada bagi permohonan baru atau memperbaharui Pas Lawatan berkenaan.

188.16.Pemohon hendaklah mencetak surat sokongan Pas Lawatan Ikltisas samada bagi pemohonan baru atau memperbaharui lanjutan dalam tempoh 14 hari bekerja di laman web JAKIM : http://e.ikhtisas.islam.gov.my

189. Adakah syarat sokongan pas lawatan ikhtisas bagi tenaga pengajar

warganegara Indonesia sama seperti warganegara asing yang lain?

189.1. Ya, sama.

Page 48: sekolah agama selangor

189.2. Walaubagaimanapun untuk mendapatkan sokongan Pas Lawatan Ikhtisas bagi warganegara Indonesia perlu memenuhi kriteria-kriteria berikut: 189.2.1. Mengajar di sekolah yang berdaftar dengan Jabatan Agama

Islam Negeri (JAIN) / Majlis Agama Islam Negeri (MAIN); 189.2.2. Mengajar dalam bidang Bahasa Arab dan Pengajian Al-

Quran. 189.2.3. Pertimbangan sokongan diutamakan kepada tenaga

pengajar yang mempunyai kelulusan pendidikan pengajian Islam dari mana-mana Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia.

189.2.4. Tenaga pengajar yang mempunyai kelulusan dari Institusi Pengajian Islam di Indonesia akan hanya diberi pertimbangan sokongan oleh JAKIM setelah mendapat ulasan daripada Atase Agama JAKIM di Jakarta, Indonesia.

190. Adakah JAIS ada menyediakan program-program dakwah khas untuk

orang kelainan upaya (OKU)?

190.1. Ya, sebagai memenuhi tanggungjawab sosial terhadap masyarakat dan memastikan setiap golongan sasar mendapat manfaat daripada program-program Jabatan. Pelbagai program telah diatur antaranya ialah: 190.1.1. Kelas Fardhu Ain OKU 190.1.2. Program Sahsiah Diri 190.1.3. Seminar Pengurusan Harta OKU 190.1.4. Program Di Ambang Ramadhan bersama OKU 190.1.5. Kursus Haji dan Umrah OKU

Page 49: sekolah agama selangor

BAHAGIAN PENGURUSAN MASJID 191. Apakah fungsi Bahagian Pengurusan Masjid?

191.1. Aktiviti Utama Bahagian Pengurusan Masjid adalah sebagaimana berikut : 191.1.1. Pendaftaran Masjid dan Surau; 191.1.2. Kelulusan pembinaan Masjid dan Surau; 191.1.3. Kelulusan Surau Solat Jumaat dan Naik Taraf Surau

kepada Masjid; 191.1.4. Pemantauan Penyelenggaraan Masjid dan Surau; 191.1.5. Pengemaskinian Sistem Rekod dan Data 191.1.6. Aduan Pelantikan dan Penamatan Pegawai dan

Jawatankuasa Masjid dan Surau, Guru Ta’mir dan Guru Pengajian Al-Quran;

191.1.7. Pembayaran elaun Pegawai dan Jawatankuasa Masjid, Guru Takmir dan Guru Pengajian Al-Quran;

191.1.8. Urusan pembayaran Bantuan Moreh Bulan Ramadhan; 191.1.9. Pengurusan Perkhidmatan Kakitangan Masjid-masjid

Daerah dan Diraja; 191.1.10. Urusetia Mesyuarat – Mesyuarat seperti Mesyuarat

Jawatankuasa Kariah MAIS, Jawatankuasa Tadbir Masjid Negeri, Jawatankuasa Panel Khutbah Negeri Selangor, Unit Pengurusan Masjid Daerah, Mesyuarat PPMD dan Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Masjid-Masjid Daerah dan Masjid Diraja dan Panel Jawatankuasa Islah;

191.1.11. Penerbitan Teks Khutbah versi Jawi, Rumi dan Bahasa Inggeris;

191.1.12. Penerbitan Multimedia khutbah Versi Rumi dan Inggeris; 191.1.13. Penerbitan Koleksi Khutbah Versi Jawi, Rumi dan

Inggeris; 191.1.14. Pertandingan Masjid Terbaik bagi peringkat Masjid

Daerah, Diraja Dan Kariah; 191.1.15. Pertandingan Surau Terbaik bagi peringkat Daerah dan

negeri; 191.1.16. Pelaksanaan Pemantauan Penanda Aras (KPI), Masjid -

masjid 191.1.17. Pemantauan & Penilaian Khutbah, Pemantauan

Mesyuarat Agung Tahunan dan Pemantauan Kewangan Masjid;

191.1.18. Program Bulan Pengimarahan Masjid. 191.1.19. Penyediaan Kaedah dan Peraturan-peraturan, Garis

Panduan dan Tatacara Berkaitan Masjid dan Surau; 191.1.20. Penyediaan Standard Kebersihan Tandas Masjid dan

Surau; 191.1.21. Menganjurkan seminar-seminar dan kursus-kursus untuk

Pegawai dan Jawatankuasa Masjid seluruh Negeri Selangor.

Page 50: sekolah agama selangor

192. Apakah kategori-kategori masjid yang ada di Negeri Selangor?

BIL KATEGORI PENERANGAN BILANGAN

1. MASJID NEGERI

Ia dibina khas dan diberi status sebagai Masjid Negeri Selangor serta ditadbir urus sepenuhnya oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

1

2. MASJID DAERAH

Ia dibina di setiap sembilan daerah dalam Negeri Selangor dan diberi status sebagai Masjid Daerah di bawah Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) berdaftar dengan JAIS.

9

3. MASJID DIRAJA

Masjid yang dibina atas titah Duli Yang Maha Mulia Sultan dan ditadbir urus sepenuhnya oleh JAIS.

5

4. MASJID INSTITUSI

Masjid ini dibina dan diurus tadbir oleh institusi berkaitan dan berdaftar dengan JAIS.

15

5. MASJID KARIAH

Masjid yang dibina khas untuk sesuatu kariah di Negeri Selangor dan berdaftar dengan JAIS.

393

6. SURAU KEBENARAN SOLAT JUMAAT

Surau-surau yang dibina untuk satu penempatan yang mendapat kebenaran untuk Solat Jumaat dan berdaftar dengan JAIS.

193

7. SURAU Surau-surau yang dibina untuk satu penempatan bagi tujuan solat berjamaah dan berdaftar dengan JAIS.

1875

193. Bagaimana cara untuk membina masjid?

193.1. Membuat permohonan kepada Pejabat Agama Islam Daerah

dengan mengisi borang BPM-01-01 (Borang Kebenaran Membina Masjid) yang disediakan.

194. Bagaimanakah cara untuk mendapatkan peruntukan membina masjid?

194.1. Memohon daripada Kerajaan Negeri atau Kerajaan Pusat (ICU). 194.2. Dapatkan sumbangan daripada syarikat-syarikat korporat dan

sumbangan awam.

195. Siapakah yang boleh mengemukakan permohonan untuk membina?

195.1. Jawatankuasa Penaja Pembinaan masjid

196. Bagaimana cara untuk mendapatkan tapak untuk membina masjid?

196.1. Mengemukakan permohonan kepada JAIS

Page 51: sekolah agama selangor

197. Dimanakah tempat untuk berurusan berkenaan pembinaan masjid?

197.1. Pejabat Agama Islam Daerah

198. Berapa lamakah tempoh diperlukan untuk meluluskan permohonan pembinaan masjid 198.1. Berdasarkan kelulusan Mesyuarat Kariah MAIS yang akan

bermesyuarat 4 kali setahun

199. Siapakah yang boleh dilantik sebagai Jawatankuasa Pembinaan Masjid.

199.1. Pegawai atau Jawatankuasa Masjid 199.2. Pengerusi atau Jawatankuasa Surau 199.3. Pengerusi Jawatankuasa Penaja

200. Bolehkah ahli kariah membina masjid sendiri?

200.1. Boleh dengan syarat mendapat kebenaran JAIS

201. Bolehkah tanah persendirian didirikan masjid dengan pembiayaan sendiri tuan tanah? 201.1. Boleh dengan syarat mendapat kebenaran JAIS

202. Berapakah keluasan tanah diperlukan untuk membina sesebuah masjid?

202.1. Sekurang-kurangnya 3 ekar.

203. Berapakah jarak antara satu-satu masjid?

203.1. Jarak anatara satu-satu masjid ialah 3 kilometer.

Walaubagaimanapun, kawasan mempunyai kepadatan tinggi boleh diberi pengecualian.

204. Bagaimanakah cara untuk membuat semakan berkenaan tapak masjid di

sesuatu kawasan. 204.1. Hubungi Unit Pembangunan JAIS atau Pihak Berkuasa

Tempatan atau Pejabat Daerah/Tanah.

205. Bolehkah Ahli Kariah mengutip derma untuk membina masjid? 205.1. Boleh, Ahli Kariah perlu mendapat kelulusan Majlis Agama

Islam Selangor terlebih dahulu.

206. Bagaimanakah pengurusan tabung pembinaan masjid? 206.1. Dengan menubuhkan akaun dana di Perbadanan Waqaf

Selangor.

Page 52: sekolah agama selangor

207. Siapakah mereka yang layak dibenarkan untuk melaksanakan majlis

pecah tanah Masjid dan surau? 207.1. DYMM Sultan Selangor 207.2. Dato’ Menteri Besar (dengan perkenan Tuanku) 207.3. Orang Besar Daerah (dengan perkenan Tuanku)

208. Adakah kerja-kerja membaikpulih dan pembesaran masjid perlu mendapatkan kelulusan JAIS? 208.1. Ya

209. Bagaimanakah cara untuk mendapatkan sumbangan bagi membaikpulih dan pembesaran masjid? 209.1. Memohon peruntukan ke Unit Pembangunan JAIS

210. Bolehkah Masjid – masjid sedia ada dirobohkan dan dibina semula secara bertingkat untuk menampung kepadatan penduduk?

210.1. Boleh, dengan kebenaran JAIS terlebih dahulu.

211. Adakah perlu pelan bagi setiap kerja-kerja baik pulih atau pembesaran masjid? 211.1. Perlu dan mendapat pengesahan Unit Pembangunan JAIS.

212. Bagaimanakah untuk mendapatkan tapak masjid tambahan bagi kerja-kerja pembesaran masjid? 212.1. Memohon kepada Unit Pembangunan JAIS.

213. Siapakah yang perlu diadukan sekiranya terdapat kerosakan kritikal pada struktur bangunan masjid? 213.1. Membuat aduan kepada PAID untuk siasatan kemudian

dipanjangkan ke Unit Pembangunan JAIS.

214. Bolehkah pihak Masjid/Surau membaiki kerosakan dengan menggunakan dana/tabung Masjid/Surau? 214.1. Boleh, dengan syarat mendapatkan kebenaran daripada Unit

Pembangunan JAIS melalui sokongan PAID.

215. Siapakah yang perlu membuat pengesahan kerosakan Masjid/Surau? 215.1. Juruteknik Pembangunan JAIS dan JKR.

Page 53: sekolah agama selangor

216. Bolehkah Surau Kariah mengadakan Solat Jumaat?

216.1. Boleh dengan syarat mendapat kebenaran JAIS.

217. Apakah syarat-syarat diperlukan bagi sesebuah surau mendapatkan kebenaran untuk mendirikan Solat Jumaat? 217.1. Boleh memuatkan sekurang-kurangnya 300 orang Jemaah 217.2. Jarak dengan masjid kariah sekurang-kurangnya 2 km 217.3. Masjid sedia ada tidak mampu menampung kepadatan jemaah. 217.4. Mempunyai kemudahan asas yang memuaskan.

218. Bagaimanakah proses untuk mendapatkan kelulusan kebenaran solat jumaat? 218.1. Mendapatkan borang kebenaran Solat Jumaat Sementara di

Pejabat Agama Islam Daerah / Bahagian Pengurusan Masjid / memuat turun diportal www.emasjid.jais.gov.my

218.2. Menghantar borang kebenaran Solat Jumaat Sementara yang telah lengkap ke Pejabat Agama Islam Daerah

218.3. Proses di PAID : 218.3.1. Siasatan lokasi 218.3.2. Mendapatkan persetujuan Orang Besar Daerah (OBD) 218.3.3. Menghantar borang permohonan beserta ulasan ke

Bahagian Pengurusan Masjid 218.4. Proses di BPM :

218.4.1. Mengemukakan permohonan ke Mesyuarat Jawatankuasa Kariah MAIS

218.4.2. Mengeluarkan keputusan permohonan

219. Adakah kebenaran solat jumaat diberikan secara kekal? 219.1. Tidak

220. Bolehkah pihak surau menjemput imam daripada luar untuk membaca khutbah dan mengimamkan solat jumaat? 220.1. Boleh dengan syarat berikut :

220.1.1. Mendapat kebenaran khas daripada JAIS 220.1.2. Individu tersebut memiliki tauliah daripada JAIS

221. Bolehkah surau di sesebuah premis perniagaan yang mempunyai

pekerja beragama Islam ramai memohon kebenaran solat jumaat? 221.1. Boleh, dengan syarat:

221.1.1. Tapak tersebut merupakan tapak surau 221.1.2. Keperluan yang mendesak

Page 54: sekolah agama selangor

221.1.3. Mendirikan solat Jumaat di tempat tersebut berterusan, tidak putus-putus

221.1.4. Jemaah tidak kurang dari 40 orang 221.1.5. Masjid yang berhampiran tidak dapat menampung

kepadatan jemaah

222. Bolehkah surau solat jumaat ditukarkan nama kepada masjid? 222.1. Tidak boleh kecuali surau tersebut dinaik taraf kepada masjid

223. Bolehkah surau yang tidak berdaftar dengan JAIS memohon solat jumaat? 223.1. Tidak boleh

224. Bolehkah niat iktikaf dan solat tahiyyatul masjid di surau solat jumaat?

224.1. Mengikut fatwa Negeri Selangor tidak boleh.

225. Apakah yang menyebabkan kebenaran solat jumaat ditarik balik? 225.1. Masjid berhampiran telah dibina 225.2. Jemaah semakin kurang 225.3. Ingkar arahan yang dikuatkuasakan oleh JAIS 225.4. Apa-apa perkara yang difikirkan wajar oleh JAIS untuk diambil

tindakan penarikan kebenaran solat Jumaat

226. Apakah syarat surau solat jumaat boleh dinaiktaraf menjadi masjid? 226.1. Kepadatan penduduk Islam di sesuatu kawasan 226.2. Bangunan tersebut boleh menampung Jemaah di kawasan tersebut 226.3. Keluasan tapak mestilah sekurang-kurangnya 1 ekar 226.4. Jarak dengan masjid yang paling hampir lebih daripada 2 kilometer 226.5. Boleh ditentukan kariah atau sempadan kawasan tersebut 226.6. Telah mendapat kebenaran mendirikan solat jumaat selama 5

tahun dan tiada tapak masjid yang berhampiran 226.7. Mempunyai kemudahan dan prasarana yang lengkap dan sesuai

sebagai sebuah masjid

227. Bagaimanakah cara untuk memohon menaiktaraf surau solat jumaat kepada masjid 227.1. Mengisi borang permohonan yang boleh didapati daripada

Pejabat Agama Islam Daerah, Jabatan Agama Islam Selangor atau muatturun borang daripada Laman Web JAIS dan dihantar ke Pejabat Agama Islam Daerah

228. Sekiranya surau solat jumaat telah dinaiktaraf kepada masjid apakah

status jawatankuasa surau sediaada?

Page 55: sekolah agama selangor

228.1. Jawatankuasa tersebut dikekalkan sehingga Pegawai dan Jawatankuasa Masjid dilantik oleh Majlis Agama Islam Selangor.

229. Perlukah diwujudkan persempadanan kariah baru?

229.1. Perlu kerana akan melibatkan urusan lain seperti nikah kahwin,

kematian, perkuburan Islam dan kebajikan ahli kariah serta status anak kariah.

230. Bolehkah imam-imam masjid yang baru dinaiktaraf mendapat elaun

peruntukan JAKIM 230.1. Boleh, kecuali masjid institusi

231. Bagaimanakah masjid yang telah dinaiktaraf boleh mendapatkan elaun bulanan daripada Lembaga Zakat Selangor?

231.1. Setelah Pegawai dan Jawatankuasa Masjid tersebut mendapat

tauliah pelantikan MAIS maka pihak JAIS akan menghantar permohonan kepada pihak Lembaga Zakat Selangor dalam tempoh 3 bulan dari pelantikan MAIS.

232. Siapakah yang mentadbir masjid?

232.1. Nazir, Pegawai dan Jawatankuasa Masjid

233. Bagaimanakah cara untuk melantik pegawai masjid dan jawatankuasa kariah?

233.1. Ahli kariah mengadakan mesyuarat agong pencalonan Pegawai

dan Jawatankuasa Masjid 233.2. Pejabat Agama Islam Daerah mengadakan Mesyuarat

Jawatankuasa Pemilihan Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah Peringkat Daerah (JKPD)

233.3. Jabatan Agama Islam Selangor akan mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Kariah MAIS untuk menyokong dan meluluskan pelantikan

233.4. MAIS mengesahkan pelantikan melalui Mesyuarat MAIS

234. Siapakah yang melantik pegawai masjid dan Jawatankuasa kariah? 234.1. Majlis Agama Islam Selangor

235. Apakah kelayakan untuk menjadi pegawai masjid dan jawatankuasa kariah? 235.1. Mana-mana ahli kariah sesebuah masjid tersebut yang memenuhi

syarat-syarat berikut : 235.1.1. Berumur tidak kurang daripada 21 tahun dan tidak

melebihi 60 tahun

Page 56: sekolah agama selangor

235.1.2. Warganegara Malaysia dan tinggal tetap dalam kariah masjid tersebut

235.1.3. Tidak menganggotai mana-mana jawatan dalam kariah masjid

235.1.4. Boleh membaca, menulis dan mengira 235.1.5. Jawatan Nazir : kelayakan minima adalah SPM atau Sijil

Pelajaran Agama (SPA) dan keutamaan diberi kepada calon yang mempunyai Diploma dan ke atas.

235.1.6. Jawatan Setiusaha, keutamaan kepada calon yang berpengalaman dalam bidang kesetiausahaan

235.1.7. Jawatan Bendahari keutamaan diberi kepada calon yang memiliki kemahiran dalam bidang pengurusan kewangan

235.1.8. Jawatan Imam, Keutamaan diberi kepada calon yang memiliki SPA, mahir dalam bacaan Al-Quran dan Hal Ehwal Islam.

235.1.9. Tidak disabitkan dengan kesalahan jenayah 235.1.10. Dan lazimnya melibatkan diri dalam aktiviti masjid,

berakhlak, amanah dan sihat tubuh badan, berdaya kepimpinan dan bertoleransi.

236. Berapa lamakah tempoh memegang jawatan?

236.1. 3 Tahun

237. Adakah Pegawai dan Jawatankuasa Masjid di beri elaun dan siapa yang membayar? 237.1. Ya, elaun imam akan dibayar oleh pihak JAKIM manakala elaun

untuk Pegawai dan Jawatankuasa Masjid berkenaan akan dibayar oleh Lembaga Zakat Selangor

238. Bagaimanakah pembayaran elaun dibuat?

238.1. Elaun imam akan dibayar terus kepada akaun imam tersebut.

Manakala elaun untuk pegawai masjid dan jawatankuasa kariah masjid berkenaan dibayar melalui cek ke akaun masjid.

239. Apakah bidang tugas setiap Pegawai dan Jawatankuasa Masjid?

239.1. Rujuk Buku Kaedah-Kaedah Pegawai Masjid Dan Jawatankuasa

Kariah (Negeri Selangor) (Pindaan 2001)

240. Jika berlaku sebarang ketidakpuasan hati ahli kariah terhadap pengurusan masjid, dimanakah boleh dikemukakan aduan? 240.1. Aduan boleh dikemukakan kepada Nazir masjid, Pejabat Agama

Islam Daerah atau Jabatan Agama Islam Selangor

Page 57: sekolah agama selangor

241. Siapakah yang mendapat elaun di kalangan Jawatankuasa Masjid dan

berapakah jumlah elaun tersebut?

Bil Jawatan Jumlah (RM) Tempoh Bayaran

1. Nazir RM200.00 Setiap bulan

2. Timbalan Nazir RM100.00 Setiap bulan

3. Setiausaha RM 100.00 Setiap bulan

4. Penolong Setiausaha RM 200.00 Setahun sekali

5. Bendahari RM 100.00 Setiap bulan

6. Imam RM750.00 Setiap bulan

7. Bilal 1 RM 290.00 Setiap bulan

Bilal 2 RM 200.00 Setiap bulan

8. Siak 1 RM 240.00 Setiap bulan

Siak 2 RM 150.00 Setiap bulan

9. Ahli Jawatankuasa RM200.00 Setahun sekali

10. Wakil Pemuda RM200.00 Setahun sekali

11. Wakil Wanita RM200.00 Setahun sekali

12. Pemeriksa Kira-kira RM200.00 Setahun sekali

242. Bolehkah ahli jawatankuasa meletakkan jawatan dan bagaimana?

242.1. Boleh dengan mengemukakan surat peletakan jawatan kepada

Setiausaha MAIS dengan mengemukakan surat tersebut melalui Pejabat Agama Islam Daerah.

243. Bolehkah pegawai masjid dan jawatankuasa kariah dipecat?

243.1. Boleh sekiranya melanggar peraturan yang ditetapkan dalam

Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003, Kaedah-Kaedah Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah (Negeri Selangor) 2001 serta Garis Panduan Urusan Kewangan Masjid dan Surau Negeri Selangor.

244. Bolehkah Nazir atau jawatankuasa masjid / surau memecat atau

menamatkan jawatan pegawai atau jawatankuasa masjid / surau. 244.1. Tidak boleh kerana kuasa pelantikan dan penamatan dibawah

bidangkuasa MAIS.

245. Bagaimana proses untuk menamatkan atau memecat pegawai atau jawatankuasa masjid / surau.

Page 58: sekolah agama selangor

245.1. Teguran dan peringatan daripada Nazir Masjid / Pengerusi Surau. 245.2. Laporan rasmi ke PAID sekiranya tiada perubahan. 245.3. PAID membuat siasatan, teguran dan melaporkan ke Bahagian

Pengurusan Masjid JAIS. 245.4. Bahagian Pengurusan Masjid JAIS akan mengemukakan laporan

kepada Setiausaha MAIS melalui Pengarah JAIS. 245.5. Setiausaha MAIS mengeluarkan surat tunjuk sebab dalam masa 14

hari. 245.6. Surat penamatan dikeluarkan oleh MAIS sekiranya individu

berkenaan tidak menjawab surat tunjuk sebab tersebut.

246. Berapa lamakah masa diambil untuk melantik pengganti Pegawai dan Jawatankuasa masjid? 246.1. Selewat-lewatnya 3 bulan

247. Adakah Pegawai dan Jawatankuasa Masjid diberi latihan atau kursus? 247.1. Ya. Kursus dan latihan dikendalikan oleh Institut Latihan dan

Dakwah Selangor.

248. Berapakah had umur yang layak untuk dilantik sebagai Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah? 248.1. 21 hingga 65 tahun.Walaubagaimanapun MAIS boleh melantik

seseorang yang berumur lebih 65 tahun atas syarat-syarat yang difikirkan wajar oleh MAIS.

249. Siapakah yang diberitanggungjawab menguruskan kewangan masjid?

249.1. Bendahari masjid yang dilantik oleh MAIS.

250. Siapakah yang diberi kebenaran menandatangani buku cek masjid/surau? 250.1. Bendahari dan salah seorang daripada Nazir/Pengerusi atau

Setiausaha.

251. Apakah jenis bank yang boleh dipilih untuk membuka akaun masjid? 251.1. Semua perbankan berlandaskan Syariah.

252. Bolehkah sesebuah masjid membuka lebih daripada satu akaun? 252.1. Tidak boleh kecuali dengan kebenaran khas daripada JAIS.

253. Berapakah jumlah simpanan “petty cash” yang dibenarkan? 253.1. Bendahari dibenarkan memegang wang “petty cash” minimum RM

200.00 tetapi tidak melebihi RM 1,000.00

Page 59: sekolah agama selangor

254. Bagaimanakah pengurusan kutipan wang –wang derma dilaksanakan?

254.1. Kiraan kutipan mesti dibuat di masjid dan disaksikan oleh 3 orang

AJK 254.2. Hasil kutipan hendaklah dimasukkan ke dalam bank 254.3. Sekiranya tidak sempat dimasukkan ke dalam bank pada hari

tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam peti besi. 254.4. Hasil kutipan hendaklah direkod dalam buku tunai. 254.5. Hasil kutipan mingguan dan bulanan hendaklah dipamerkan

kepada ahli kariah di papan kenyataan.

255. Adakah pihak masjid perlu menghantar laporan kewangan ke JAIS? 255.1. Ya, setiap 6 bulan sekali.

256. Adakah perlu laporan kewangan dibentangkan? 256.1. Ya. Laporan kewangan hendaklah dibentang dalam mesyuarat

Jawatankuasa Masjid setiap 2 bulan sekali dan dibentang kepada ahli kariah dalam mesyuarat agung tahunan.

257. Adakah perlu laporan kewangan dipamerkan kepada ahli kariah?

257.1. Ya, laporan ringkas kewangan bulanan perlu dipamerkan di papan

kenyataan masjid / surau.

258. Bagaimanakah untuk memastikan pengesahan akaun masjid? 258.1. Disahkan oleh 2 orang Pemeriksa kira-kira

259. Bolehkah wang derma masjid disalurkan tanpa kebenaran MAIS/JAIS? 259.1. Boleh dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Masjid

260. Siapakah yang boleh menerima dan memungut wang derma bagi pihak masjid? 260.1. Bendahari, Nazir dan Setiausaha di kawasan masjid

261. Bolehkah duit kutipan derma dibelanja terus secara tunai tanpa terlebih dahulu dimasukkan ke dalam bank? 261.1. Boleh setelah direkodkan di dalam buku tunai.

262. Siapakah yang diberi kebenaran untuk menguruskan kewangan sekiranya ketiadaan Bendahari? 262.1. Nazir atau Setiausaha atau Ahli Jawatankuasa yang dilantik dalam

mesyuarat Jawatankuasa Masjid.

Page 60: sekolah agama selangor

263. Bolehkah akaun masjid di audit oleh juru audit luar?

263.1. Boleh dengan pembiayaan masjid

264. Bolehkah wang masjid dilaburkan kedalam Skim pelaburan? 264.1. Boleh dengan kelulusan Jawatankuasa Masjid dan perlu mendapat

kelulusan MAIS bagi pelaburan melebihi RM 50,000.00

265. Bolehkah wang masjid digunakan untuk menubuhkan koperasi masjid? 265.1. Boleh dengan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Masjid dan

dimaklumkan kepada ahli kariah.

266. Bolehkah pihak masjid membuat perjanjian sewaan? 266.1. Tidak boleh kerana Jawatankuasa Masjid tiada entiti perundangan.

267. Bolehkah masjid memiliki asset kekal seperti rumah, lot kedai dll? 267.1. Boleh dengan syarat didaftarkan atas nama MAIS sebagai

pemegang amanah

268. Bagaimanakah kutipan hasil sewaan boleh dimanfaatkan?

268.1. Boleh dimanfaatkan untuk program-program dan peningkatan prasarana masjid

269. Bagaimanakah pengurusan sewaan yang dibenarkan untuk diurus oleh

pihak masjid.

269.1. Sebarang kebenaran untuk sewaan perlulah melalui pengarah JAIS

270. Bagaimanakah pengurusan perolehan bekalan dan perkhidmatan

masjid? 270.1. Pengurusan perolehan bekalan perkhidmatan masjid adalah

sebagaimana yang digariskan dalam Garis Panduan Pengurusan Kewangan Masjid 2006 sebagaimana berikut :

Jenis Perolehan Pembelian Terus

Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah (3 Sebut harga) (RM)

Jawatankuasa Sebutharga

Page 61: sekolah agama selangor

Kos Barangan atau perkhidmatan

1.00 – 1,000.00 1,001 – 10,000 Lebih daripada 10,000

Kos kerja 1.00 – 1,000.00 1,00, - 50,000 Lebih daripada 50,000

269. Siapakah yang dibenarkan menjadi khatib?

269.1 Imam-imam yang telah dilantik. 269.2 Individu yang bertauliah. 269.3 Individu jemputan yang telah mendapat kebenaran khas daripada

JAIS/MAIS

270. Bagaimanakah khutbah dihasilkan? 270.1 Memilih tajuk yang sesuai. 270.2 Melantik penulis/pengarang. 270.3 Membuat semakan dan pengesahan teks dalam mesyuarat

Jawatankuasa Khutbah. 270.4 Membuat semakan dan pengesahan teks di peringkat Jabatan. 270.5 Menerbitkan dan mengedarkan teks.

271. Siapakah Ahli Jawatankuasa Khutbah?

271.1 Terdiri daripada 12 orang individu yang telah dilantik oleh MAIS. 271.2 Individu yang mempunyai kepakaran tertentu dalam bidang

agama, Bahasa Arab, ilmu-ilmu Al-Quran & Hadis serta ilmu-ilmu penulisan.

271.3 Individu yang mewakili Jabatan (Timbalan Pengarah JAIS & Mufti) dan seorang Ahli MAIS sebagai Pengerusi serta Ketua Penolong Pengarah BPM. sebagai setiausaha.

271.4 Bermesyuarat 2 kali sebulan untuk menyemak dan mengedit serta mengesahkan draf teks khutbah.

272. Bagaimanakah Ahli Jawatankuasa Khutbah dipilih?

272.1 Cadangan diperingkat BPM. JAIS. 272.2 Hantar senarai calon kepada MAIS untuk dipertimbangkan. 272.3 MAIS hantar surat pengesahan pelantikan senarai calon yang

telah dipersetujui.

273. Adakah orang awam dibolehkan menulis khutbah? 273.1 Penulisan khutbah bagi negeri Selangor adalah terbuka kepada

seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam.

274. Adakah terdapat sebarang bayaran saguhati kepada penulis khutbah?

Page 62: sekolah agama selangor

274.1 RM 400 dibayar kepada penulis teks khutbah Jumaat. 274.2 RM 600 dibayar kepada penulis teks khutbah hariraya.

275. Bagaimanakah khutbah diedarkan ke masjid? 275.1 Pengedaran dibuat melalui perkhidmatan Pos Malaysia Berhad. 275.2 Bagi kawasan Daerah Sepang diedarkan sendiri oleh PAID. 275.3 Disedia menggunakan jaringan internet di laman Web JAIS

(www.jais.gov.my) dan portal e-masjid.

276. Berapa lamakah tempoh diambil untuk menerbitkan sesebuah khutbah? 276.1 Tempoh yang sesuai adalah sekurang-kurangnya 3 minggu dari

tarikh teks diterima oleh pihak urusetia. 276.2 Khutbah khas yang diarahkan oleh pihak kerajaan atau lain

jabatan memerlukan tempoh masa yang lebih singkat (minimum 2 minggu).

277. Apakah rukun khutbah?

277.1 Ucapan Hamdallah (pujian bagi Allah) dalam khutbah pertama dan

kedua. 277.2 Bacaan Selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW

dalam khutbah pertama dan kedua. 277.3 Seruan Taqwa kepada semua kaum muslimindalam khutbah

pertama dan kedua. 277.4 Bacaan sekurang-kurangnya sepotong ayat Al-Quran. 277.5 Ucapan doa bagi kesejahteraan kaum muslimin.

278. Siapakah yang menentukan tajuk-tajuk khutbah?

278.1 Ditentukan oleh Jawatankuasa Khutbah Selangor. 278.2 Tajuk yang dipilih secara bebas oleh penulis. 278.3 Tajuk-tajuk yang diarahkan oleh pihak-pihak berkuasa.

279. Adakah khutbah yang disediakan oleh JAIS mesti dibaca?

279.1 Ya, sebagaimana yang telah diarahkan oleh pihak Jabatan. 279.2 Dibenarkan membaca teks daripada Jabatan lain setelah

mendapat kebenaran JAIS dan teks tersebut telah disemak oleh Jawatankuasa Khutbah.

279.3 Lain-lain teks khutbah yang telah disemak dan diluluskan oleh PTA untuk dibaca di masjid-masjid tertentu sahaja.

280. Adakah pemantauan bacaan khutbah dibuat oleh JAIS?

280.1 Ya, Unit Masjid, PAID akan membuat pemantauan sekurang-

kurangnya 2 masjid pada setiap bulan.

Page 63: sekolah agama selangor

281. Apakah tindakan yang dibuat sekiranya khatib tidak membaca teks khutbah JAIS? 281.1 Bahagian Pengurusan Masjid akan mengeluarkan surat tunjuk

sebab kepada Nazir Masjid atau Pengerusi Surau yang mendapat Kebenaran Solat Jumaat yang ingkar arahan supaya membaca teks khutbah JAIS.

282. Berapa lamakah tempoh bacaan khutbah yang disarankan?

282.1 Tempoh bacaan yang telah disarankan adalah sekurang-

kurangnya 13 minit bagi khutbah pertama dan 5 minit bagi khutbah kedua.

283. Apakah yang dilakukan oleh JAIS untuk memastikan khutbah JAIS

dibaca? 283.1 Meningkatkan keberkesanan dan kualiti teks Khutbah JAIS. 283.2 Membuat pengedaran dengan lebih awal. 283.3 Melaksanakan pemantauan yang berkala oleh Bahagian

Pengurusan Masjid dan Unit Pengurusan Masjid Daerah. 283.4 Mendapatkan maklumbalas pelanggan dan laporan daripada

PAID.

284. Adakah khutbah JAIS diterbitkah dalam pelbagai bahasa? 284.1 Khubah JAIS hanya diterbitkan dalam bahasa Melayu dan

Inggeris.

285. Berapa kalikah khutbah diterbitkan dalam setahun? 285.1 52 teks khutbah Jumaat diterbitkan dalam setahun. 285.2 Teks khutbah hari raya sebanyak dua (2) kali. 285.3 Tambahan teks gerhana (sekiranya berlaku).

286. Bagaimanakah caranya untuk mendapatkan khutbah JAIS?

286.1 Boleh mendapatkan melalui kiriman pos. 286.2 Muat turun daripada portal e-Masjid, laman Web JAIS di

(www.jais.gov.my) atau email kepada Unit Khutbah JAIS di ([email protected])

286.3 Hadir ke Unit Khutbah Bahagian Pengurusan Masjid JAIS atau Pejabat Agama Islam Daerah di Unit Pengurusan Masjid Daerah.

287. Adakah kaji selidik penilaian khutbah dibuat oleh JAIS?

287.1 Ya, Kaji selidik melalui Data Statistik Analisis Penilaian dan

Pemantauan Khutbah telah dibuat sejak tahun 2010.

Page 64: sekolah agama selangor

288. Adakah JAIS menerbitkan koleksi tahunan khutbah? 288.1 Ya, JAIS menerbitkan dua (2) siri bagi teks Bahasa Melayu dan 1

siri bagi teks Bahasa Inggeris pada setiap tahun. 289. Bagaimanakah untuk memohon menjadi guru takmir dan guru pengajian

Al-Quran? 289.1 Pemohon boleh mengisi borang permohonan yang boleh didapati di

Pejabat Agama Islam Daerah yang berhampiran.

290. Apakah syarat kelayakan yang diperlukan? 290.1 Sijil Agama yang diiktiraf sekurang-kurangnya Rabi’ Thanawi atau

yang setaraf 290.2 Tauliah Mengajar daripada JAIS

291. Berapakah bayaran elaun yang akan diterima?

291.1 Guru Takmir akan minima elaun sebanyak RM800.00 sebulan dan

Guru Al-Quran pula akan menerima sebayak RM120.00 sebulan.

292. Berapa kali kah pengajian takmir dan Al-Quran dibenarkan dalam sebulan?

292.1 Guru Takmir dibenarkan mengajar 8 kali sebulan dan Guru Al-Quran sebanyak 4 kali.

293. Dimanakah pengajianTakmir dan Pengajian AL-Quran diadakan?

293.1 Pengajian Takmir dan Pengajian Al-Quran boleh diadakan di Masjid

atau di Surau sahaja.

294. Bolehkah Guru Takmir dan pengajar Al-Quran ditamatkan? 294.1 Boleh

295. Berapakah had umur yang dibenarkan menjadi guru takmir?

295.1 70 tahun

296. Berapakah bilangan guru takmir di Selangor? 296.1 142 orang

297. Adakah pemantauan dilakukan terhadap pengajian takmir dan al-quran? 297.1 Ada. Pemantauan dibuat secara berkala dan dilakukan oleh

Page 65: sekolah agama selangor

Pegawai Penyelaras Masjid Daerah dan Pegawai Takmir Negeri.

298. Siapakah yang membayar elaun guru takmir dan bagaimanakah bayaran dibuat? 298.1 Elaun dibayar oleh Jabatan Kemajuna Islam Malaysia (JAKIM). 298.2 Bayaran dibuat melalui borang tuntutan di Pejabat Agama Islam

Daerah (PAID).

299. Apakah kurikulum yang diserap dalam Pengajian Takmir dan Al-Quran? 299.1 Takmir - Kurikulum khas yang disediakan oleh JAKIM 299.2 Pengajian Al Quran – tiada kurikulum yang khas.

300. Apakah tanggungjawab guru takmir dan Pengajian Al-Quran?

300.1 Mengajar berdasarkan kurikulum yang ditetapkan 300.2 Mematuhi arahan semasa oleh JAIS.

301. Perlukah guru takmir mendapatkan tauliah JAIS?

301.1 Perlu

302. Bolehkah wanita memohon menjadi guru takmir? 302.1 Boleh

Page 66: sekolah agama selangor

BAHAGIAN PENGURUSAN PENGUATKUASAAN 303. Bagaimana untuk membuat aduan?

303.1. Sebarang aduan boleh disalurkan melalui talian hotline 24 jam

Bahagian Penguatkuasaan JAIS di talian 1800-88-2424 ataupun boleh hadir terus ke : Hotline Penguatkuasaan JAIS, Aras Bawah, Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah, Seksyen 5, Persiaran Masjid, 40676 Shah Alam, Selangor.

304. Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya berlaku kejadian khalwat di

kawasan saya? 304.1. Apabila kejadian khalwat berlaku di kawasan anda langkah-langkah

berikut perlu diikuti:- 304.1.1. Melaporkan kejadian tersebut melalui talian tetap hotline

24 jam: 1800-88-2424 304.1.2. Memberikan maklumat diri kepada pegawai bertugas. 304.1.3. Memberikan maklumat kejadian khalwat seperti alamat

kejadian yang tepat, nama dan latarbelakang orang yang disyaki (jika berkenaan) serta tanda-tanda kejadian disyaki berlaku seperti wujudnya kenderaan orang yang disyaki.

305. Adakah pengadu akan dirahsiakan dan tidak akan dipanggil di

mahkamah jika ada perbicaraan? Adakah identiti pengadu akan dirahsiakan dan dilindungi jika berlaku ancaman keselamatan? 305.1 Pihak pengadu akan dirahsiakan identiti untuk memelihara

keselamatan pengadu. Walaubagaimanapun, pengadu hendaklah tampil apabila diperlukan pada bila-bila masa sekiranya diperlukan bagi tujuan siasatan.

306. Bolehkah pengadu mengetahui status aduan yang telah dibuat kepada

pihak JAIS? 306.1 Status aduan yang lengkap boleh disemak oleh pengadu secara

lisan dalam tempoh 10 hari selepas membuat aduan.

307. Mengapakah pemberi maklumat perlu mengemukakan maklumat diri kepada pihak JAIS? 307.1 Maklumat pengadu diperlukan supaya boleh direkodkan dan dirujuk

oleh pihak Penguatkuasa Agama pada bila-bila masa diperlukan

Page 67: sekolah agama selangor

serta menunjukkan kebertanggungjawaban pengadu terhadap aduan yang dikemukakan.

308. Bolehkah tindakan diambil dengan segera ke atas aduan yang dibuat?

308.1 Tindakan penguatkuasaan akan diambil dengan segera ke atas

aduan yang lengkap berstatus FFA (untuk tindakan lanjut) dalam tempoh 24 jam dan jika ketiadaan penguatkuasa agama disebabkan hal-hal tertentu yang tidak dapat dielakkan maka pegawai masjid atau pegawai polis boleh membantu untuk membuat tangkapan.

309. Apakah risiko ke atas pengadu yang membuat aduan ke penguatkuasa

JAIS? 309.1 Seseorang yang membuat aduan atau memberikan apa-apa

maklumat tentang suatu perlakuan jenayah syariah hendaklah memberikan secara benar dan jika didapati aduan yang diberikan itu palsu maka pengadu boleh disabitkan dengan suatu kesalahan menurut Seksyen 211 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Negeri Selangor No. 3 Tahun 2003.

310. Siapakah yang boleh dihubungi untuk membuat tangkapan terhadap pasangan yang berkhalwat selain dari penguatkuasa JAIS? 310.1 Pegawai Masjid yang terdiri daripada Nazir, Imam, Bilal dan Siak

adalah orang boleh dihubungi untuk membuat tangkapan kes khalwat kerana mereka telah diberi kuasa oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Selain itu, pengadu juga boleh terus memberi maklumat perlakuan jenayah Syariah ke mana-mana Balai Polis berhampiran.

311. Apakah tindakan pihak Penguatkuasa JAIS terhadap kegiatan maksiat

yang berlaku di pusat membeli belah, taman rekreasi dan pusat hiburan terbuka secara terang-terangan? 311.1. Bahagian Penguatkuasaan menjalankan aktiviti rondaan berjadual

di kawasan-kawasan Hotspot (kawasan merah) bagi membendung kegiatan maksiat yang dibuat secara terang-terangan seperti tempat membeli-belah, taman rekreasi dan pusat hiburan terbuka setiap hari mengikut lokasi-lokasi sasaran yang dikenalpasti. Kegiatan berkelakuan tidak sopan di tempat-tempat awam boleh diambil tindakan di bawah seksyen 31 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) tahun 1995. Sabit kesalahan boleh dikenakan denda sebanyak RM1000 ataupun 6 bulan penjara atau kedua-duanya sekali.

Page 68: sekolah agama selangor

312. Adakah pihak Penguatkuasa JAIS boleh mengambil tindakan bagi kes

yang berlaku di kilang-kilang?

312.1. Tindakan boleh dilakukan di mana-mana kawasan termasuk di kilang-kilang, jika ada maklumat awam yang lengkap dan berlakunya pelanggaran hukum syarak.

313. Adakah menjadi satu kesalahan bagi seseorang yang beragama Islam

menjual minuman keras? 313.1. Ya. Perbuatan menjual minuman keras bagi orang Islam adalah

salah menurut seksyen 18(2) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) tahun 1995. Sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM5000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

313.2. Selain itu, adalah menjadi satu kesalahan bagi seseorang yang beragama Islam membuat, menawarkan atau mempamerkan untuk jualan, menyimpan atau membeli apa-apa minuman yang memabukkan.

314. Apakah yang dimaksudkan dengan khalwat?

314.1. Khalwat dari segi perundangannya bermaksud perbuatan diantara

mana-mana lelaki dan perempuan (seorang atau lebih) yang tidak mempunyai hubungan mahram di tempat-tempat yang terselindung seperti rumah, bilik atau mana-mana tempat yang boleh mendatangkan syak mereka sedang melakukan perbuatan tidak bermoral.

315. Apakah denda bagi kesalahan berkhalwat?

315.1. Kesalahan berkhalwat boleh didenda tidak melebihi RM 3000.00

atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

316. Apakah yang dimaksudkan dengan kelakuan atau perbuatan tidak sopan

di tempat awam? 316.1. Kelakuan tidak sopan di tempat awam bermaksud apa-apa

perbuatan yang dilakukan oleh mana-mana orang Islam dengan sengaja iaitu yang bertentangan dengan syarak secara terbuka di mana-mana tempat awam.

317. Adakah orang awam mempunyai kuasa menangkap? Siapakah individu

lain yang mempunyai kuasa menangkap selain Pegawai Penguatkuasa Agama JAIS? 317.1. Orang awam tidak mempunyai kuasa untuk menjalankan

tangkapan. Walaubagaimanapun orang awam boleh membantu

Page 69: sekolah agama selangor

Pegawai Penguatkuasa Agama JAIS ataupun Pegawai Masjid untuk menjalankan tangkapan dengan menyalurkan maklumat.

317.2. Selain Pegawai Penguatkuasa Agama JAIS, pegawai-pegawai masjid yang terdiri daripada Nazir, Imam 1, Bilal 1 dan Siak 1 turut diberi kuasa oleh Enakmen Pentadbiran Agama Islam untuk menjalankan tangkapan di qariah masing-masing.

318. Apakah syarat-syarat yang ditetapkan oleh Bahagian Penguatkuasaan

JAIS untuk orang awam mendapatkan kad kuasa bagi membuat tangkapan? 318.1. Kuasa melaksanakan tindakan penguatkuasaan diberi secara

undang-undang kepada semua Pegawai Masjid yang diberi tauliah perlantikan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang terdiri daripada Nazir, Imam, Bilal atau Siak menurut Seksyen 101, Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor No. 1 Tahun 2003.

318.2. Selain itu, MAIS boleh melantik mana-mana anggota perkhidmatan awam Islam negeri atau perkhidmatan bersama daripada mana-mana agensi kerajaan bagi melaksanakan tindakan penguatkuasaan menurut Seksyen 79, Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor No. 1 Tahun 2003.

319. Bolehkah pihak Penguatkuasa JAIS mengesahkan tangkapan yang

dilakukan ke atas isteri/suami yang telah ditangkap untuk digunakan bagi tujuan prosiding di mahkamah? 319.1. Pemohonan boleh dibuat secara bertulis kepada Pengarah Jabatan

Agama Islam Selangor untuk dipertimbangkan. 320. Bagaimanakah caranya untuk membuat semakan tangkapan? Bolehkah

pihak yang lain membuat semakan status tangkapan? 320.1. Status kes tangkapan boleh disemak di Seksyen Siasatan,

Bahagian Penguatkuasaan JAIS di talian 03-55143400/3600 samb. 2062.

320.2. Mana-mana pihak yang ingin mengetahui status tangkapan individu lain, boleh membuat permohonan secara bertulis kepada Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor bergantung kepada budibicara.

321. Adakah setiap tangkapan oleh pihak Penguatkuasa JAIS akan dibawa ke

Mahkamah Syariah? 321.1. Pihak Penguatkuasa JAIS akan menjalankan siasatan terhadap

setiap tangkapan yang dibuat. Kertas Siasatan yang telah lengkap akan diserahkan kepada pihak pendakwaan untuk dinilai samada perlu dibawa ke Mahkamah atau sebaliknya.

Page 70: sekolah agama selangor

322. Adakah pasangan kes tangkapan khalwat perlu berkahwin? 322.1. Pasangan yang ditahan dalam kesalahan khalwat oleh

Penguatkuasa JAIS tidak dipaksa untuk berkahwin tetapi adalah digalakkan kepada mereka yang sudah bersedia dan cukup syarat-syarat untuk segera berkahwin.

323. Apakah tindakan yang boleh dilakukan pihak Penguatkuasa JAIS ke atas

orang yang berniaga di waktu pagi di bulan Ramadhan? 323.1. Pihak Penguatkuasa Agama JAIS hanya boleh memberi peringatan

kepada peniaga yang menjual pada bulan Ramadhan (waktu siang) melalui notis yang ditampal di premis peniagaan.

324. Apa yang perlu dilakukan sekiranya tangkapan telah dibuat akan tetapi

kejadian berulang lagi? 324.1. Sekiranya kejadian masih berulang selepas tangkapan, maka

aduan perlu dibuat ke Bahagian Penguatkuasa dengan memaklumkan tangkapan yang telah dibuat sebelumnya supaya pihak Penguatkuasa Agama akan mencatatkan di dalam report aduan. Tindakan penguatkuasaan akan diambil bagi mencegah perbuatan mungkar terus berlaku.

325. Adakah kes tangkapan khalwat boleh diselesaikan secara membayar

denda ke Bahagian Penguatkuasa JAIS tanpa pergi ke Mahkamah Syariah? 325.1. Bahagian Penguatkuasa JAIS sama sekali tidak membuat kaedah

bayaran kompaun. Semua tangkapan perlu disiasat dan Kertas Siasatan yang telah lengkap akan dikemukakan ke Bahagian Pendakwaan untuk disemak samada perlu dibicarakan di Mahkamah Syariah atau sebaliknya.

326. Adakah tindakan penguatkuasaan Syariah perlu diiringi oleh pihak

Polis? 326.1. Tidak. Walaubagaimanapun, dalam keadaan-keadaan tertentu

anggota Polis diperlukan bagi mengawal keamanan dan ancaman pihak-pihak tertentu.

327. Adakah waran geledah diperlukan semasa pemeriksaan dibuat oleh

Pegawai Penguatkuasa Agama? 327.1. Waran tidak diperlukan kecuali dalam keadaan yang mempunyai

halangan-halangan tertentu seperti kesukaran mengakses masuk ke lokasi yang dimaksudkan atau dalam keadaan untuk mendapatkan bukti-bukti bagi suatu kesalahan.

Page 71: sekolah agama selangor

328. Apakah tindakan yang boleh dikenakan ke atas saksi yang dipanggil untuk memberi keterangan sekiranya tidak dapat hadir pada masa yang ditetapkan? 328.1. Sekiranya saksi tersebut enggan hadir dengan sengaja, satu waran

kehadiran dari mahkamah (waran tangkap) boleh dikeluarkan keatasnya.

329. Perlukah penjamin bagi Orang Yang Kena Tuduh hadir ke Mahkamah

Syariah walaupun Orang Yang Kena Tuduh itu sendiri telah dipastikan hadir? 329.1. Penjamin tidak perlu hadir ke Mahkamah Syariah jika Orang Yang

Kena Tuduh tersebut telah hadir ke Mahkamah. Walau bagaimanapun bagi memudahkan urusan jaminan selanjutnya penjamin perlu hadir sekiranya masih mahu menjamin (dalam keadaan kes belum selesai)

330. Bolehkah sesuatu kes jenayah syariah itu ditangguhkan?

330.1. Boleh, atas budibicara hakim Mahkamah Syariah.

331. Apa yang boleh saya lakukan sekiranya saya tidak mampu membayar

denda di Mahkamah Syariah? 331.1. Tertuduh boleh membuat rayuan setelah diberi peluang berbuat

demikian oleh Hakim Syarie sebelum hukuman dijatuhkan.

Page 72: sekolah agama selangor

BAHAGIAN UNDANG-UNDANG KELUARGA

332. Adakah sijil Kursus Pra-Perkahwinan Islam yang dianjurkan oleh

syarikat swasta di luar Selangor boleh diterima untuk permohonan nikah di Selangor? 332.1. Boleh dengan syarat syarikat penganjur tersebut berdaftar dengan

Jabatan Agama Islam Negeri.

333. Adakah sijil Kursus Pra-Perkahwinan Islam mempunyai tarikh luput? 333.1. Tidak, tempoh sah laku sijil kursus adalah “seumur hidup” iaitu

seseorang itu perlu mengikuti kursus praperkahwinan sekali sahaja sepanjang hayat.

334. Adakah ujian saringan HIV boleh dibuat di hospital atau klinik swasta?

334.1. Ujian saringan HIV hanya boleh dibuat di klinik kesihatan/hospital

kerajaan sahaja.

335. Adakah ujian saringan HIV mempunyai tempoh sah untuk proses permohonan perkahwinan? 335.1. Ya, tempoh sah laku ujian saringan HIV adalah dalam tempoh 6

bulan daripada tarikh ujian dilakukan.

336. Dimanakah borang ujian saringan HIV boleh diperolehi dan berapakah bayaran yang dikenakan? 336.1. Borang tersebut boleh diperolehi hanya di klinik kesihatan

kerajaan dengan bayaran RM 1.00 sebagai pendaftaran.

337. Siapakah yang boleh dikecualikan daripada menghadiri Kursus Pra-Perkahwinan Islam? 337.1. Duda/ janda/ balu 337.2. OKU 337.3. Warga asing yang tidak memahami Bahasa Malaysia 337.4. Berusia 40 tahun ke atas 337.5. Permohonan poligami 337.6. Keadaan tertentu yang difikirkan wajar (atas kebenaran Pendaftar)

Page 73: sekolah agama selangor

338. Apakah yang harus dilakukan apabila sijil Kursus Pra-Perkahwinan Islam anjuran JAIS/Agensi luar hilang dalam simpanan pemohon? 338.1. Kursus anjuran JAIS/ PAID :

Pemohon perlu hadir ke Bahagian Undang-Undang Keluarga/ PAID untuk mendapatkan surat pengesahan menghadiri kursus Pra-Perkahwinan bagi menggantikan sijil yang hilang.

338.2. Kursus anjuran Agensi Luar : Pemohon hendaklah terlebih dahulu mendapatkan surat perakuan daripada penganjur dan mengemukakan surat tersebut ke Bahagian Undang-Undang Keluarga/ PAID bagi mendapatkan surat pengesahan menghadiri KPPI.

339. Adakah wajib bagi warganegara Malaysia yang bekerja atau tinggal di

luar Negara dan ingin berkahwin di Negeri Selangor menghadiri Kursus Pra Perkahwinan Islam? 339.1. Ya, wajib .

340. Adakah Kursus Pra Perkahwinan Islam dikecualikan bagi individu berstatus muallaf? 340.1. Tidak dikecualikan, perlu menghadiri KPPI (Kursus Pra

Perkahwinan Islam).

341. Bolehkah pemohon menghadiri sebahagian hari Kursus Pra-Perkahwinan Islam yang dijalankan untuk mendapatkan sijil? 341.1. Tidak boleh. Pemohon hendaklah menghadiri dan mengikuti

kesemua modul/sesi yang telah ditetapkan.

342. Boleh atau tidak seseorang itu bernikah dahulu sebelum menghadiri Kursus Pra-Perkahwinan Islam? 342.1. Tidak boleh. Menghadiri KPPI merupakan salah satu syarat

permohonan perkahwinan.

343. Adakah warganegara asing yang tidak bermastautin di Malaysia tetapi datang ke Malaysia hanya semata-mata ingin berkahwin perlu menghadiri KPPI (Kursus- Pra Perkahwinan Islam)? 343.1. Jika pemohon telah mendapat kebenaran berkahwin dari

kedutaan/Negara asal, maka tidak perlu menghadiri KPPI.

343.2. Jika pemohon tidak mendapat kebenaran berkahwin dari Negara asal/kedutaan maka pemohon perlu menghadiri KPPI sekiranya pemohon memahami Bahasa Melayu.

Page 74: sekolah agama selangor

344. Adakah syarikat swasta diberi kebenaran oleh JAIS untuk menganjurkan KPPI (Kursus Pra-Perkahwinan Islam)? 344.1. Tidak, KPPI hanya dianjurkan oleh JAIS dan PAID sahaja.

345. Berapakah bayaran dan bagaimanakah cara pembayaran KPPI (Kursus

Pra-Perkahwinan Islam)? 345.1. Bayaran yang dikenakan adalah RM80.00 seorang secara tunai

untuk 2 hari kursus merangkumi buku dan makan minum. *KPPI anjuran PAID, pembayaran kursus dibuat pada hari permohonan. Manakala KPPI anjuran BUUK, pembayaran kursus dibuat pada hari pendaftaran.

346. Bagaimanakah saya hendak mengikuti KPPI (Kursus Pra-Perkahwinan

Islam)? 346.1. Pemohon perlu hadir ke BUUK/ PAID dan mengisi borang

permohonan KPPI, seterusnya menghadiri KPPI pada tarikh yang ditetapkan. Permohonan melalui telefon hanya boleh dibuat di BUUK sahaja.

347. Bagaimanakah cara membuat permohonan kebenaran berkahwin di

Negeri Selangor? 347.1. Permohonan kebenaran berkahwin hendaklah dibuat dengan

mengisi borang permohonan kebenaran berkahwin melalui sistem NCR Online di laman web JAIS iaitu www.jais.gov.my atau www.ncronline.gov.my

348. Apakah yang perlu saya buat setelah saya melengkapkan borang

permohonan melalui ncr online? 348.1. Borang tersebut hendaklah dicetak dan dibawa ke hadapan

Penolong Pendaftar Nikah Kariah bersama dua orang saksi, wali (bagi pemohon perempuan sahaja) dan dokumen sokongan untuk disokong dan disahkan.

349. Apakah dokumen yang perlu dibawa untuk mengemukakan permohonan

kebenaran berkahwin? 349.1. Bagi Permohonan Lelaki Bujang :

349.1.1. Sesalinan kad pengenalan pemohon/passport (jika

pemohon warganegara asing) 349.1.2. Sesalinan kad pengenalan 2 orang saksi lelaki

pemohon/passport (jika warganegara asing)

Page 75: sekolah agama selangor

349.1.3. Laporan ujian saringan HIV daripada klinik/hospital kerajaan sahaja

349.1.4. Sijil Kursus Pra-Perkahwinan Islam yang asal dan salinan 349.1.5. Surat kelulusan/Kebenaran berkahwin dari

KAGAT/PDRM (jika pemohon anggota Tentera/Polis) 349.1.6. Surat kebenaran berkahwin daripada kedutaan/konsulat

dan Imigresen (jika warganegara asing). 349.1.7. Borang 1 (Akuan Pengesahan Pemastautinan) yang

disahkan oleh Penghulu Mukim / Nazir Masjid /Pengerusi JKKK / Pengerusi Jawatankuasa Penduduk/ Pengerusi Taman Perumahan / Pegawai Kumpulan A. ( Jika pemohon mempunyai perbezaaan alamat tempat tinggal dengan alamat di dalam kad pengenalan.

349.1.8. Surat atau kad Perakuan Islam dan salinannya.( Jika pemohon saudara baru).

349.1.9. Sesalinan Borang Permohonan 2A dan sesalinan dokumen-dokumen sokongan berkaitan.(Jika pemohon akan bernikah di luar negeri/Negara).

349.2. Bagi Permohonan Lelaki Duda : 349.2.1. Sesalinan kad pengenalan pemohon/passport (jika

pemohon warganegara asing) 349.2.2. Sesalinan kad pengenalan 2 orang saksi lelaki

pemohon/passport (jika warganegara asing) 349.2.3. Laporan ujian saringan HIV daripada klinik/hospital

kerajaan sahaja 349.2.4. Sijil Kursus Pra-Perkahwinan Islam yang asal dan salinan 349.2.5. Surat kelulusan/Kebenaran berkahwin dari

KAGAT/PDRM (jika pemohon anggota Tentera/Polis) 349.2.6. Surat kebenaran berkahwin daripada kedutaan/konsulat

dan Imigresen (jika warganegara asing). 349.2.7. Borang 1 (Akuan Pengesahan Pemastautinan) yang

disahkan oleh Penghulu Mukim / Nazir Masjid /Pengerusi JKKK / Pengerusi Jawatankuasa Penduduk/ Pengerusi Taman Perumahan / Pegawai Kumpulan A. ( Jika pemohon mempunyai perbezaaan alamat tempat tinggal dengan alamat di dalam kad pengenalan.

349.2.8. Surat atau kad Perakuan Islam dan salinannya.( Jika pemohon saudara baru).

349.2.9. Surat Perakuan Cerai yang asal dan salinan (Jika bercerai hidup)

349.2.10. Sijil kematian pasangan yang asal dan salinan (Jika bercerai mati)

349.2.11. Sesalinan Borang Permohonan 2A dan sesalinan dokumen-dokumen sokongan berkaitan.(Jika pemohon akan bernikah di luar negeri/Negara).

Page 76: sekolah agama selangor

349.3. Bagi Permohonan Perempuan Anak Dara : 349.3.1. Sesalinan kad pengenalan pemohon/passport (jika

pemohon warganegara asing) 349.3.2. Sesalinan kad pengenalan 2 orang saksi lelaki

pemohon/passport (jika warganegara asing) 349.3.3. Sesalinan kad pengenalan wali 349.3.4. Laporan ujian saringan HIV daripada klinik/hospital

kerajaan sahaja 349.3.5. Sijil Kursus Pra-Perkahwinan Islam yang asal dan salinan 349.3.6. Borang 1 (Akuan Pengesahan Pemastautinan) yang

disahkan oleh Penghulu Mukim / Nazir Masjid /Pengerusi JKKK / Pengerusi Jawatankuasa Penduduk/ Pengerusi Taman Perumahan / Pegawai Kumpulan A. ( Jika pemohon mempunyai perbezaaan alamat tempat tinggal dengan alamat di dalam kad pengenalan.

349.3.7. Surat kebenaran berkahwin lelaki 349.3.8. Surat Perakuan Nikah ibubapa dan salinannya 349.3.9. Surat kebenaran berkahwin daripada kedutaan/konsulat

dan Imigresen (jika warganegara asing). 349.3.10. Surat atau kad Perakuan Islam dan salinannya.(

Jika pemohon saudara baru). 349.3.11. Surat kelulusan/Kebenaran berkahwin dari

KAGAT/PDRM (jika pemohon anggota Tentera/Polis) 349.3.12. Sesalinan Borang Permohonan 2C, 2D dan

sesalinan dokumen-dokumen sokongan berkaitan.(Jika pemohon akan bernikah di luar kariah/ negeri/Negara).

349.4. Bagi permohonan Perempuan Janda : 349.4.1. Sesalinan kad pengenalan pemohon/passport (jika

pemohon warganegara asing) 349.4.2. Sesalinan kad pengenalan 2 orang saksi lelaki

pemohon/passport (jika warganegara asing) 349.4.3. Sesalinan kad pengenalan wali 349.4.4. Laporan ujian saringan HIV daripada klinik/hospital

kerajaan sahaja 349.4.5. Sijil Kursus Pra-Perkahwinan Islam yang asal dan salinan 349.4.6. Borang 1 (Akuan Pengesahan Pemastautinan) yang

disahkan oleh Penghulu Mukim / Nazir Masjid /Pengerusi JKKK / Pengerusi Jawatankuasa Penduduk/ Pengerusi Taman Perumahan / Pegawai Kumpulan A. ( Jika pemohon mempunyai perbezaaan alamat tempat tinggal dengan alamat di dalam kad pengenalan.

349.4.7. Surat Perakuan Nikah ibubapa dan salinannya 349.4.8. Sijil kematian wali dan salinannya 349.4.9. Surat Perakuan Cerai yang asal dan salinan (Jika

bercerai hidup) 349.4.10. Sijil kematian pasangan yang asal dan salinan

(Jika bercerai mati)

Page 77: sekolah agama selangor

349.4.11. Surat kebenaran berkahwin daripada kedutaan/konsulat dan Imigresen (jika warganegara asing).

349.4.12. Surat atau kad Perakuan Islam dan salinannya.( Jika pemohon saudara baru).

349.4.13. Surat kelulusan/Kebenaran berkahwin dari KAGAT/PDRM (jika pemohon anggota Tentera/Polis)

349.4.14. Surat kebenaran berkahwin lelaki 349.4.15. Sesalinan Borang Permohonan 2C, 2D dan

sesalinan dokumen-dokumen sokongan berkaitan.(Jika pemohon akan bernikah di luar kariah/ negeri/Negara).

350. Apa yang perlu saya buat setelah saya mendapat sokongan dan pengesahan daripada Penolong Pendaftar Nikah Kawasan?

350.1. Borang yang telah disahkan oleh PPN (Penolong Pendaftar Nikah)

hendaklah dihantar/dikemukakan ke Pejabat Agama Islam Daerah yang berkenaan untuk diluluskan.

351. Adakah setiap kebenaran yang dikeluarkan dikenakan bayaran?

351.1. Ya, bayaran RM10.00 akan dikenakan bagi setiap kebenaran yang

dikeluarkan.

352. Bilakah tempoh yang sesuai untuk pemohon membuat permohonan berkahwin/bernikah di Pejabat Agama Islam Daerah? 352.1. Tempoh yang paling sesuai ialah dalam tempoh 3 bulan dari tarikh

nikah dan selewat-lewatnya 7 hari bekerja sebelum hari akad nikah.

353. Saya sudah agak berumur dan tidak mahir menggunakan peralatan komputer. Bolehkah saya menggunakan borang secara manual? 353.1. Tidak boleh. Walaubagaimanapun pemohon boleh mendapatkan

khidmat kakitangan di Pejabat Agama Islam Daerah untuk membantu mengisi maklumat tersebut melalui sistem ncronline.

354. Apakah yang perlu dilakukan bagi pemohon yang telah memperolehi surat kebenaran berkahwin tetapi tidak dapat meneruskan perkahwinan yang dipohon? 354.1. Pemohon hendaklah melaporkan ke Pejabat Agama Islam Daerah

yang berkenaan bagi membolehkan tindakan selanjutnya dilakukan.

355. Berapa lamakah tempoh kebenaran berkahwin boleh dikeluarkan?

Page 78: sekolah agama selangor

355.1. Surat Kebenaran Berkahwin akan dikeluarkan dalam tempoh satu hari berkerja.

356. Bagaimanakah seseorang pemohon dapat berjumpa dengan Penolong Pendaftar Nikah untuk mendapatkan perakuan bujang dan sokongan untuk bernikah? 356.1. Seseorang itu boleh mendapatkan maklumat tersebut di masjid

yang berhampiran dengan tempat tinggal atau melalui Pejabat Agama Islam Daerah.

357. Bagaimana sekiranya saya tidak dapat berjumpa dengan Penolong

Pendaftar Nikah bagi mendapatkan sokongan berkahwin? 357.1. Sekiranya tidak dapat berjumpa dengan Penolong Pendaftar

Nikah, pemohon boleh membawa saksi dan wali terus ke Pejabat Agama Islam Daerah untuk mendapatkan sokongan dan kelulusan.

358. Bolehkah saya bernikah selain di masjid?

358.1. Boleh. Pernikahan boleh dibuat di masjid, di surau, di rumah, di

hotel atau di restoran dan lain-lain tempat yang bersesuaian.

359. Apakah sebab-sebab yang membolehkan seseorang itu berkahwin menggunakan Wali Hakim? Seseorang boleh berkahwin menggunakan wali hakim/wali raja di atas sebab-sebab berikut : 359.1. Muallafah 359.2. Anak luar nikah 359.3. Wali ghaib 359.4. Wali enggan 359.5. Tidak ada wali nasab 359.6. Wali berada jauh melebihi dua marhalah (86 km) ,sukar untuk

dihubungi melalui mana-mana alat telekomunikasi samada secara lisan atau bertulis.

360. Bapa saya tidak bersetuju mewalikan perkahwinan saya, apa yang harus saya lakukan? 360.1. Hendaklah membuat aduan ke Pejabat Agama Islam Daerah untuk

dibuat siasatan berkaitan keengganan bapa menjadi wali.Sekiranya bapa tetap juga enggan mewalikan pernikahan, maka pemohon boleh membuat permohonan wali hakim di Mahkamah Rendah Syariah Daerah.

Page 79: sekolah agama selangor

361. Saya telah kematian bapa. Siapa yang boleh menjadi wali kepada perkahwinan saya? 361.1. Sekiranya bapa kepada bapa (datuk) masih hidup, maka bapa

kepada bapa (datuk) adalah menjadi wali kepada perkahwinan pemohon .Sekiranya bapa dan bapa kepada bapa (datuk) telah tiada, maka perwalian akan beralih kepada wali yang seterusnya sepertimana susunan wali berikut .;

a. Bapa kandung b. Datuk sebelah bapa ke atas c.Saudara lelaki seibu sebapa d.Saudara lelaki sebapa e. Anak saudara lelaki seibu sebapa f. Anak saudara lelaki sebapa g. Anak lelaki kepada anak saudara lelaki seibu sebapa h. Anak lelaki kepada anak saudara lelaki sebapa i. Bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa j. Bapa saudara sebelah bapa sebapa k. Datuk saudara sebelah bapa seibu sebapa dengan datuknya l. Datuk daudara sebelah bapa sebapa dengan datuknya m. Moyang saudara sebelah bapa seibu sebapa dengan

moyangnya n.Moyang saudara sebelah bapa sebapa dengan moyangnya o. Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa (sepupu

lelaki) p. Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa sebapa (sepupu lelaki) q. Cucu lelaki bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa r. Cucu lelaki bapa saudara sebelah bapa sebapa s. Anak datuk saudara sebelah bapa seibu sebapa dengan

datuknya t. Anak datuk saudara sebelah bapa sebapa dengan datuknya u. Wali Hakim/Wali Raja/Wali Sultan

362. Saya ingin berkahwin tetapi saya dilahirkan kurang enam bulan daripada tempoh perkahwinan ibubapa saya. Adakah bapa saya boleh mewalikan pernikahan saya? 362.1. Tidak boleh, pernikahan hendaklah menggunakan wali hakim.

363. Saya sedang mengandung anak luar nikah dan ingin berkahwin. Adakah

sah pernikahan saya dalam keadaan tersebut? 363.1. Ya, pernikahan tersebut adalah sah dan tidak perlu bernikah

semula selepas bersalin.

364. Bolehkah anak saya di’bin’kan ke atas nama bapa sedangkan perkahwinan kami dijalankan semasa saya sedang hamil sebulan?

364.1. Tidak boleh.

Page 80: sekolah agama selangor

365. Bolehkah saya berkahwin dengan warga asing?

365.1. Boleh, dengan syarat warga asing tersebut adalah pemegang

passport pas sosial atau pemegang pasport permit kerja professional (bukan permit SPLP) dan mendapat kebenaran untuk berkahwin daripada konsulat/kedutaan dan imigresen.

366. Saya dan pasangan merupakan warganegara asing dan datang ke Malaysia untuk melancong. Bolehkah kami bernikah di Malaysia? 366.1. Boleh, dengan syarat pemohon mendapat kebenaran daripada

konsulat/kedutaan negara masing-masing serta kebenaran daripada imigresen untuk berkahwin.

367. Saya dan pasangan merupakan warganegara asing dan datang ke

Malaysia untuk bekerja. Bolehkah kami bernikah di Malaysia? 367.1. Boleh, dengan syarat kedua-duanya memegang permit kerja

professional (bukan permit SPLP) serta mendapat kebenaran untuk berkahwin daripada konsulat/kedutaan dan imigresen.

368. Saya warganegara asing dan belajar di Malaysia. Bolehkah saya

berkahwin di Malaysia dengan warganegara Malaysia? 368.1. Boleh, dengan syarat mendapat kebenaran berkahwin daripada

konsulat/kedutaan dan imigresen.

369. Saya dan pasangan adalah pemegang kad UNHCR. Bolehkah kami bernikah di Malaysia? 369.1. Boleh, dengan syarat mendapat kebenaran berkahwin daripada

Pejabat UNHCR .

370. Saya dan pasangan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri. Bolehkah kami bernikah di Malaysia?

370.1. Tidak boleh.

371. Saya merupakan pelajar/pekerja/pemastautin di luar Negara dan ingin memohon kebenaran berkahwin di luar Negara. Apakah prosedur yang perlu saya lakukan?

371.1. Pemohon hendaklah membuat permohonan kebenaran berkahwin

melalui Kedutaan masing-masing di luar negara.

Page 81: sekolah agama selangor

372. Saya dan bakal isteri bermastautin di Negeri Selangor, tetapi akan melangsungkan pernikahan di luar Selangor. Apakah langkah yang perlu saya lakukan? 372.1. Pemohon dan pasangan perlu mendapatkan kebenaran bernikah

luar negeri Selangor daripada Pejabat Agama Islam Daerah berkenaan.

373. Apakah yang perlu dibuat setelah mendapat surat kebenaran berkahwin

daripada Pejabat Agama Islam Daerah?

373.1. Bagi Permohonan Lelaki :

Setelah mendapat kebenaran berkahwin daripada Pejabat Agama Islam Daerah, maka borang permohonan yang lengkap beserta surat kebenaran bernikah tersebut hendaklah diserahkan kepada pihak perempuan.

373.2. Bagi Permohonan Perempuan :

Setelah mendapat kebenaran berkahwin , pemohon hendaklah menyerahkan dokumen kebenaran berkahwin tersebut kepada Penolong Pendaftar Nikah Kariah yang akan menjalankan upacara akad nikah tersebut.

374. Berapa lamakah tempoh untuk mendapatkan surat perakuan nikah?

374.1. Surat Perakuan Nikah boleh diambil di Pejabat Agama Islam

Daerah selepas tujuh hari bekerja , setelah Penolong Pendaftar Nikah Kariah menyerahkan borang butir-butir pernikahan tersebut di Pejabat Agama Islam daerah.

375. Bolehkah saya mewakilkan individu lain untuk mengambil surat

perakuan nikah? 375.1. Boleh, dengan syarat pemohon harus memberi keizinan secara

bertulis kepada individu tersebut.

376. Apa yang harus dilakukan apabila surat perakuan nikah saya hilang? 376.1. Seseorang yang kehilangan Surat Perakuan Nikah boleh

mendapatkan Salinan Surat Perakuan Nikah yang baru dengan mengemukakan permohonan tersebut kepada Pejabat Agama Islam Daerah yang mengeluarkan Surat Perakuan Nikah yang asal dengan mengemukakan bersama surat Akuan Sumpah dari Pesuruhjaya Sumpah yang menyatakan tentang kehilangan tersebut.

Page 82: sekolah agama selangor

377. Berapa lamakah tempoh sah laku surat perakuan nikah sementara?

377.1. Sehingga Surat Perakuan Nikah yang sebenar siap.

378. Saya ingin berpoligami, bagaimanakah prosedur untuk permohonan perkahwinan berpoligami?

378.1. Seseorang yang ingin berpoligami hendaklah membuat

permohonan untuk mendapatkan kebenaran tersebut di Mahkamah Tinggi Syariah.

379. Saya telah bernikah di luar Negara tanpa kebenaran. Apa yang perlu

saya lakukan untuk mendaftar dan mendapatkan surat perakuan nikah di Negeri Selangor?

379.1. Pemohon perlu mengemukakan permohonan perdaftaran nikah

seperti berikut :

379.1.1. Bagi Pernikahan Poligami : Pemohon perlu mendapatkan pengesahan nikah dan perintah pendaftaran nikah daripada Mahkamah Tinggi Syariah,

379.1.2. Bagi Pernikahan Bujang/Dara atau Duda/Janda : Pemohon perlu mengemukakan permohonan pendaftaran nikah ke Pejabat Agama Islam Daerah di mana pemohon bermastautin.

380. Saya bernikah di Negeri Selangor tanpa kebenaran. Apa yang perlu saya lakukan untuk mendaftar dan mendapatkan surat perakuan nikah di Negeri Selangor?

380.1. Perlu melaksanakan tindakan seperti berikut ;

380.1.1. Bagi Pernikahan Poligami :

Membuat permohonan pengesahan nikah dan mendapatkan perintah daftar nikah daripada Mahkamah Tinggi Syariah terlebih dahulu

380.1.2. Bagi Pernikahan Bujang/Dara atau Duda/Janda :

Membuat permohonan pengesahan nikah dan memohon mendaftarkan semula pernikahan di Pejabat Agama Islam Daerah yang berkenaan.

381. Saya telah bernikah pada tahun 1995 tanpa kebenaran dan tidak pernah

didaftarkan, bolehkah saya ingin mendaftarkannya sekarang?

381.1. Boleh.

Page 83: sekolah agama selangor

382. Saya dan suami telah bernikah di luar Negara tanpa kebenaran, dan suami enggan mendaftarkan perkahwinan tersebut. Adakah saya boleh menguruskan pendaftaran tersebut? 382.1. Boleh.

383. Bagaimanakah caranya untuk mendapatkan surat perakuan nikah ibu bapa yang hilang?

383.1. Salinan Surat Perakuan Nikah ibubapa yang hilang boleh didapati

dengan mengemukakan permohonan untuk mendapatkan salinan tersebut melalui Pejabat Agama Islam Daerah dimana pernikahan mereka didaftarkan.

384. Saya menghadapi masalah dengan suami, dan ingin menjernihkan

hubungan kami? Apakah yang perlu saya buat?

384.1. Puan boleh hadir sendirian atau bersama suami ke Unit Undang-Undang Keluarga, Pejabat Agama Islam Daerah yang berhampiran dengan tempat tinggal untuk mendapatkan khidmat nasihat dan rundingcara kekeluargaan.

385. Dimanakah saya boleh mendapatkan khidmat nasihat runding cara

perkahwinan?

385.1. Permohonan untuk mendapatkan Khidmat Nasihat dan Rundingcara Kekeluargaan boleh dibuat di Unit Undang-Undang Keluarga, Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) dimana pemohon bermastautin.

386. Adakah pihak JAIS menyediakan program yang bersesuaian untuk

pasangan yang bermasalah? 386.1. Ada. Antara program yang dilaksanakan adalah seperti berikut:

386.1.1. Kursus Pasca Perkahwinan 386.1.2. Program Pembangunan Keluarga Islam Dan

Pembangunan Sosial

386.2. Permohonan untuk menyertai program yang dilaksanakan boleh dibuat melalui Bahagian Undang-Undang Keluarga atau Unit Undang-Undang Keluarga, Pejabat Agama Islam Daerah.

387. Apakah dokumen yang diperlukan untuk mendapatkan khidmat nasihat

dan runding cara di BUUK JAIS / PAID? 387.1. Pemohon hanya perlu mengisi Borang Aduan yang ditetapkan.

Page 84: sekolah agama selangor

388. Adakah saya wajib menghadiri sesi kaunseling sebelum bercerai?

388.1. Tidak wajib.

389. Berapa lamakah tempoh sesi khidmat nasihat atau runding cara dijalankan?

389.1. Tempoh sesi dijalankan adalah di antara 45 minit sehingga 60

minit (I jam). 390. Pada tahun 2009, saya pernah menghadiri sesi rundingcara atau

khidmat nasihat di PAID. Bolehkah saya menghadiri rundingcara atau khidmat nasihat semula yang berikutnya?

390.1. Boleh, dengan mengisi semula Borang Aduan yang ditetapkan.

391. Suami saya telah melafazkan cerai dalam keadaan marah dan apakah

jatuh talaq ke atas saya? 391.1. Talaq yang disebut/dilafaz secara jelas tetap jatuh walaupun

disebut dalam keadaan marah atau gurauan.

392. Saya tidak berpuashati terhadap isteri sehingga mempengaruhi hati saya sentiasa berbisik dan bermain dengan talaq. Adakah jatuh talaq? 392.1. Talaq tidak jatuh selagi tidak melafazkan talaq tersebut.

393. Suami mengaku duda/bujang untuk berkahwin lain sedangkan dia sudah beristeri. Apakah pengakuan yang dibuat menjatuhkan talaq? 393.1. Pengakuan itu tidak menjatuhkah talaq.

394. Adakah boleh seorang suami yang baru diakad nikahkan enggan untuk membaca taklik dan menandatangani taklik? 394.1. Tidak boleh, kerana setiap suami diwajibkan supaya melafazkan

takliq selepas aqad nikah dijalankan dan menandatangani takliq tersebut.

395. Bolehkah lafaz taklik sedia ada ditambah mengikut kehendak pasangan?

395.1. Tidak boleh ada penambahan pada takliq sedia ada, tetapi

pasangan boleh membuat apa-apa takliq tambahan yang dibuat secara berasingan.

396. Apakah jatuh talaq sekiranya isteri mendapati suami melanggar taklik

yang ditandatangani selepas akad nikah?

Page 85: sekolah agama selangor

396.1. Talaq tidak akan jatuh secara automatik sebaliknya perlanggaran taklik tersebut perlu dirujuk ke Mahkamah Rendah Syariah untuk pensabitan talaq.

397. Suami saya telah melafazkan cerai. Apa yang harus saya buat?

397.1. Puan perlu hadir ke Mahkamah Rendah Syariah yang

berhampiran, di mana puan bermastautin bagi membuat permohonan pengesahan lafaz cerai.

398. Adakah saya wajib menghadiri kaunseling sebelum bercerai?

398.1. Tidak wajib.

399. Suami menceritakan/memaklumkan kepada orang lain bahawa dia telah menceraikan isterinya sedangkan suami tidak pernah melafazkan talaq tersebut kepada isterinya. Apakah jatuh talaq?

399.1. Ya, sah dan jatuh talaq. Disarankan supaya suami / isteri membuat

permohonan pengesahan lafaz cerai di mahkamah. 400. Suami tidak bertanggungjawab, tidak memberi nafkah dan selalu

menzalimi saya. Adakah saya boleh memohon cerai? 400.1. Boleh memohon cerai melalui 3 jenis permohonan cerai seperti

berikut iaitu:

400.1.1. Seksyen 47: Permohonan cerai secara persetujuan bersama.

400.1.2. Seksyen 50: Permohonan cerai dibawah takliq atau janji. 400.1.3. Seksyen 53: Permohonan cerai secara fasakh.

401. Saya bernikah di luar Selangor tetapi tinggal dan bekerja di Negeri

Selangor dan ingin bercerai. Bolehkah saya memohon perceraian di Selangor? 401.1. Boleh, dengan mengemukakan pengesahan permastautinan

tinggal atau menetap di Selangor.

402. Saya berasal dari Selangor dan isteri dari Kelantan. Ketika balik ke Kelantan, kami telah bergaduh dan saya telah melafazkan cerai kepada isteri. Dimana saya patut mendaftarkan perceraian tersebut? 402.1. Penceraian tersebut boleh didaftarkan dimana tempat isteri / suami

bermastautin.

403. Suami melafazkan cerai melalui SMS/Facebook dengan lafaz sorih (terang dan jelas). Adakah jatuh talaq? 403.1. Talaq tidak jatuh sehingga suami mengesahkan dengan niatnya

untuk bercerai.

Page 86: sekolah agama selangor

404. Suami melafazkan cerai dalam keadaan mabuk disebabkan arak/dadah.

Adakah jatuh talaq? 404.1. Talaq adalah sah jika mabuk disebabkan arak / dadah yang

disengajakan.

405. Berapa lama surat perakuan cerai boleh diperolehi selepas permohonan didaftarkan di pejabat agama? 405.1. Surat perakuan cerai boleh dikeluarkan dalam tempoh 3 hari

bekerja selepas didaftarkan di Pejabat Agama Islam Daerah. 406. Saya telah kehilangan surat cerai. Bagaimana saya boleh mendapatkan

salinannya. 406.1. Permohonan bagi mendapatkan salinan surat cerai tersebut boleh

dibuat dengan mengemukakan permohonan tersebut ke Pejabat Agama Islam Daerah yang mengeluarkan surat cerai asal dengan mengemukakan dokumen berikut:

406.1.1. Akuan bersumpah (pesuruhjaya sumpah) 406.1.2. Salinan kad pengenalan pemohon 406.1.3. Mengisi borang permohonan yang ditetapkan oleh

Pejabat Agama Islam Daerah. 406.1.4. Membuat pembayaran sebanyak RM 25.00 (Dua Puluh

Lima Ringgit Sahaja) untuk sijil perakuan cerai dan RM 10.00 (Sepuluh Ringgit Tunai) untuk proses carian.

407. Saya berkahwin di luar Negara dan telah mendaftarkan perkahwinan

tersebut di Selangor. Kemudian berlaku perceraian di luar Negara dan perceraian tersebut telah didaftarkan di Negara tersebut. Adakah perlu perceraian tersebut saya daftarkan juga di Selangor? 407.1. Tidak perlu, kerana surat perakuan cerai luar Negara diterima dan

diiktiraf di Malaysia.

408. Bolehkah kami tinggal bersama setelah suami melafazkan talaq?

408.1. Pasangan masih boleh tinggal bersama selama tempoh iddah raj’ie, tetapi pasangan tidak boleh melakukan persetubuhan tanpa suami melafazkan ruju’ terlebih dahulu.

Page 87: sekolah agama selangor

409. Suami telah lama meninggalkan saya tanpa khabar berita, adakah kami dikira bercerai?

409.1. Tidak, masih dikira sebagai suami isteri. Perceraian hanya berlaku

sekiranya puan membuat permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah dan mahkamah mensabitkan penceraian tersebut.

410. Adakah jatuh talaq jika mentalaq isteri dalam keadaan haid sedangkan

lafaz talaq tersebut adalah jelas dan sorih?

410.1. Jatuh talaq, namun perbuatan suami itu adalah dikira berdosa dan hukumnya adalah haram.

411. Jika pasangan ingin ruju’ dalam tempoh iddah, bagaimanakah caranya?

411.1. Pasangan perlu hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah (PAID)

yang berhampiran dan mengemukakan permohonan untuk ruju’. 412. Adakah dikira ruju’ apabila suami isteri hanya melakukan hubungan

kelamin tanpa melafazkan ruju’ ?

412.1. Perhubungan kelamin tidak dikira sebagai ruju’ melainkan suami melafazkan ungkapan ruju’ samada secara sahih atau kinayah.

413. Adakah sah ruju’ sekiranya suami melafazkan ruju’ tanpa persetujuan /

kerelaan / pengetahuan isteri?

413.1. Sah ruju’, kerana ruju’ tidak memerlukan kepada lafaz penerima dari pihak isteri.

414. Berapa lamakah tempoh untuk meruju’ isteri?

414.1. Ruju’ perlu disebut dalam tempoh iddah mengikut keadaan

seseorang isteri iaitu:

Bil. Keadaan Isteri Yang Diceraikan Tempoh Ruju’

1. Isteri yang masih berhaid & tidak hamil Hingga tamat 3 kali suci

2. Isteri yang hamil Hingga bersalin atau keguguran

3. Isteri yang belum berhaid / putus haid 3 bulan (hijrah)

415. Suami telah menceraikan isteri dengan talaq 3, bolehkah suami meruju’

isteri semula?

415.1. Tidak boleh, ruju’ hanya boleh bagi pasangan yang bercerai talaq raj’ie sahaja iaitu talaq satu dan talaq dua.

416. Adakah “cina buta” dibolehkan dalam Islam?

416.1. Tidak boleh dan hukumnya adalah haram.

Page 88: sekolah agama selangor

417. Suami telah melafazkan ruju’ ke atas saya di rumah, apa yang perlu saya

buat?

417.1. Pasangan perlu hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah (PAID), di mana pasangan bernastautin untuk membuat pengesahan ruju’ di hadapan pendaftar.

418. Bolehkah suami melafazkan ruju’ tanpa kehadiran saksi?

418.1. Boleh, namun sebaik-baiknya ruju’ dilafazkan di hadapan 2 orang

saksi lelaki.

419. Apakah dokumen yang diperlukan bagi permohonan kad nikah pintar?

419.1. Dokumen yang diperlukan adalah ;

419.1.1. Sesalinan surat perakuan nikah pasangan 419.1.2. Sekeping gambar suami dan isteri (bertudung) bersaiz

passport. 420. Berapa lamakah tempoh kad nikah pintar disiapkan?

420.1. Dalam tempoh 5 hari waktu bekerja

421. Di manakah permohonan kad nikah pintar boleh dibuat?

421.1. Permohonan boleh di buat dengan hadir sendiri ke alamat berikut:

Kaunter OSC (One Stop Center) JAIS Aras Bawah, Menara Utara Bangunan Sultan Idris Shah Shah Alam.

422. Siapakah yang layak memohon kad nikah pintar?

422.1. Pasangan yang bernikah di Selangor atau mendaftar

pernikahan/perkahwinan di Selangor sahaja. 423. Berapakah bayaran yang dikenakan bagi kad nikah pintar?

423.1. Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM 40.00 untuk 2

keping kad. 424. Bolehkah alamat pada kad nikah pintar berdasarkan alamat terkini

pemohon?

424.1. Tidak boleh, kerana alamat pada kad nikah pintar adalah mengikut alamat di dalam surat perakuan nikah asal.

Page 89: sekolah agama selangor

425. Kad nikah saya telah hilang, bolehkah saya membuat semula kad nikah yang baru?

425.1. Boleh, dengan mengemukakan dokumen berkaitan, dan

pembayaran RM 20.00 bagi sekeping kad.

426. Bolehkah saya membuat kad nikah hanya sekeping sahaja?

426.1. Tidak boleh, kecuali bagi pasangan yang salah seorang telah meninggal dunia.

427. Saya telah memiliki kad nikah Negeri Selangor yang di laminate, adakah

saya perlu memohon kad nikah pintar yang terbaru? 427.1. Tidak perlu, tetapi sekiranya berminat boleh memohon kad nikah

pintar melalui Kaunter OSC, di Aras Bawah, Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah pada setiap hari bekerja (Isnin – Jumaat) dari jam 8.30 pagi – 4.30 petang, dengan mengemukakan sesalinan surat perakuan nikah, sekeping gambar suami, sekeping gambar isteri bertudung dan membuat pembayaran RM 40.00 bagi 2 keping kad.

428. Bagaimanakah seseorang pemohon dapat mengenali Penolong

Pendaftar Nikah (PPN) yang perlu di temuinya untuk mendapatkan sokongan untuk bernikah?

428.1. Pemohon boleh merujuk kepada:

428.1.1. Nazir masjid tempat tinggal pemohon atau; 428.1.2. Pejabat Agama Islam Daerah berkaitan atau; 428.1.3. Bahagian Undang-Undang Keluarga, Jabatan Agama

Islam Selangor. 429. Penolong Pendaftar Nikah di kariah saya belum dilantik, bagaimanakah

caranya untuk saya memohon sokongan nikah?

429.1. Boleh terus pergi ke Pejabat Agama Islam Daerah berkaitan untuk berurusan dengan Pendaftar Perkahwinan, Penceraian dan Ruju’ daerah.

430. Saya dan pasangan berasal dari Kuala Lumpur dan bercadang untuk

bernikah di Selangor. Bagaimanakah caranya?

430.1. Pemohon perlu mendapatkan kebenaran berkahwin daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan terlebih dahulu dan kemudian kemukakan kebenaran berkahwin tersebut kepada Penolong Pendaftar Nikah Kariah di Negeri Selangor di mana akad nikah tersebut akan dijalankan.

Page 90: sekolah agama selangor

431. Bagaimanakah caranya untuk memohon menjadi Penolong Pendaftar Nikah?

431.1. Jika ada kekosongan dan keperluan, permohonan boleh dibuat

melalui Nazir masjid. 432. Sekiranyan tauliah saya belum di sambung, bolehkah saya menikahkan

orang?

432.1. Tidak boleh. 433. Penolong Pendaftar Nikah di kariah saya sukar untuk dihubungi,

bagaimanakah caranya untuk mengatasi perkara tersebut?

433.1. Sila berhubung dengan nazir masjid berkenaan atau berhubung terus dengan Pendaftar di Pejabat Agama Islam Daerah berkaitan.

434. Saya menetap di seksyen 7 Shah Alam, bolehkah saya bernikah di

Masjid Negeri?

434.1. Boleh, tetapi hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran berkahwin daripada Pendaftar Nikah di Pejabat Agama Islam Daerah Petaling.

435. Berapakah jumlah bayaran yang perlu dibayar kepada Penolong

Pendaftar Nikah?

435.1. Bayarannya adalah sebanyak RM 160.00 iaitu RM 100.00 kepada jurunikah, RM 20.00 untuk pendaftaran perkahwinan dan RM 40.00 kepada dua orang saksi.)

436. Bagaimanakah caranya untuk menghubungi Bahagian Undang-Undang

Keluarga JAIS?

436.1. Boleh dihubungi melalui alamat dan talian seperti berikut ;

BAHAGIAN UNDANG-UNDANG KELUARGA, JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR, TINGKAT 4, MENARA SELATAN, BANGUNAN SULTAN IDRIS SHAH, PERSIARAN MASJID, SEKSYEN 5, 40676 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN.

TELEFON : 03-55143478 FAKS : 03-55127202

Page 91: sekolah agama selangor

BAHAGIAN PENDAKWAAN

432. Berapa lama tempoh masa yang diperlukan untuk proses pendaftaran

kes jenayah syariah di Mahkamah? 432.1. 30 hari bekerja sekiranya semua dokumen yang diperlukan telah

lengkap.

433. Waran Tangkap telah dikeluarkan ke atas saya atas kelewatan / ketidakhadiran saya ke Mahkamah, apa yang perlu saya lakukan?

433.1. Hadir ke Mahkamah bagi melaporkan sebab kelewatan /

ketidakhadiran.

434. Bagaimanakah cara untuk membuat rayuan bagi mengurangkan denda dan penjara?

434.1. Rayuan perlu dikemukakan ke Mahkamah samaada secara lisan

atau bertulis.

435. Apakah prosedur yang perlu diikuti untuk menangguhkan kes di Mahkamah? 435.1. Perlu kemukakan alasan penangguhan kepada mahkamah. 435.2. Sekiranya Tertuduh gagal hadir, Penjamin perlu hadir ke

Mahkamah.

436. Berapakah had hukuman maksimum yang boleh Mahkamah Syariah kenakan ke atas pesalah-pesalah?

436.1. Denda RM 5000 atau penjara 3 tahun atau sebatan tidak melebihi

6 sebatan.

437. Bolehkah bayaran denda dibayar secara ansuran? 437.1. Boleh, mengikut budi bicara mahkamah.

438. Apakah yang dimaksudkan dengan Saman?

438.1. Surat makluman untuk hadir ke Mahkamah pada tarikh yang

ditetapkan oleh Mahkamah.

439. Adakah seseorang penjamin itu boleh dilucutkan hak sebagai seorang penjamin? 439.1. Boleh, mengikut budi bicara Mahkamah dan permohonan dari

Penjamin sendiri

Page 92: sekolah agama selangor

440. Adakah seseorang itu boleh mendapatkan surat sokongan melanjutkan visa sekiranya dia tidak didakwa di Mahkamah?

440.1. Tidak boleh.

441. Kenapa orang bukan Islam yang melakukan kesalahan syariah, tidak

boleh didakwa? 441.1. Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah yang diwartakan di dalam

Negeri Selangor hanya terpakai kepada orang Islam sahaja.

442. Kenapa Tertuduh yang bukan warganegara boleh dituduh bersubahat dengan kesalahan pasangannya (Warganegara)?

442.1. Kerana pasangan tersebut turut sama membantu Tertuduh dalam

melakukan kesalahan dan terdapat peruntukan kesalahan tersebut di bawah Seksyen 134 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor No. 2 Tahun 2003.

443. Bolehkah orang awam mendapatkan maklumat / status kes berkaitan

dengan orang yang dituduh?

443.1. Tidak boleh.

444. Di manakah Tertuduh boleh mendapatkan khidmat peguam untuk membela diri?

444.1.1. Bagi Kesalahan Jenayah : Yayasan Bantuan Guaman

Kebangsaan. 444.1.2. Bagi Kesalahan Jenayah Matrimoni : Jabatan Bantuan Guaman

Selangor Unit Guaman Syarie, MAIS.

445. Sekiranya pengakuan salah atau tidak bersalah telah dibuat oleh Tertuduh, apakah tindakan lanjut yang perlu dilakukan? 445.1. Mengaku salah : menjalani hukuman sepertimana

yang telah diperintahkan oleh Mahkamah.

445.2. Tidak mengaku salah : diarah membela diri samada secara sendiri atau melantik Peguam.

446. Di manakah tertuduh boleh mendapatkan khidmat penterjemah? Tertuduh boleh mendapatkan khidmat penterjemah melalui : 446.1. Mahkamah 446.2. MAIS 446.3. Kedutaan

Page 93: sekolah agama selangor

447. Bagaimanakah penentuan pemastautinan seseorang itu dibuat?

Penentuan mastautin dibuat dengan cara berikut : 447.1. Merujuk kepada Kad Pengenalan 447.2. Merujuk kepada borang Akuan Pengesahan Pemastautinan

448. Apakah perkara yang diambil kira oleh pihak Pendakwaan dalam

menentukan bidangkuasa pendaftaran kes Jenayah Matrimoni di Mahkamah Syariah? 448.1. Merujuk kepada pemastautinan Tertuduh semasa kesalahan

dilakukan

449. Saya tidak berpuas hati dengan keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah, apa yang perlu saya lakukan? Boleh mengambil tindakan seperti berikut : 449.1. Bagi keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rendah Syariah,

rayuan boleh dikemukakan ke Mahkamah Tinggi (Rayuan) Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah.

449.2. Bagi keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi, rayuan boleh dikemukakan ke Mahkamah Rayuan Syariah.