langkah-langkah energetik jabatan agama islam selangor dan

24
68 Perkuburan Islam : Langkah-langkah Energetik Jabatan Agama Islam Selangor LANGKAH-LANGKAH ENERGETIK JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR DAN MASYARAKAT KE ARAH PENYELESAIAN MASALAH 1 1. Muqaddimah Isu tanah perkuburan Islam seolah-olah telah dipinggirkan sebagai agenda mesyuarat,bengkel,seminar atau sebagainya oleh agensi-agensi agama. Dengan adanya seminar tanah perkuburan yang dianjurkan oleh Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Islam Selangor buat julung kalinya ini agar membuka satu lembaran baru bagi meneliti dan memperkemaskan lagi pentadbiran tanah perkuburan Islam di Negeri Selangor yang melibatkan beberapa agensi kerajaan. 2. Pentadbiran tanah kubur Islam di Negeri Selangor Merujuk kepada Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989, Kaedah-Kaedah Pegawai Masjid Dan Jawatankuaa Kariah (Negeri Selangor) 1995, 13(2) Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah sesuatu masjid hendaklah : (a) Mentadbirkan dan mengawasi semua tanah wakaf dan perkuburan Islam di kariah masjid itu dan sentiasa menjaga kebersihan dan keselamatan tanah wakaf dan perkuburan itu. (b) Memastikan bahawa tiada kerja pembinaan dilakukan di atas tanah-tanah wakaf dan perkuburan Islam itu tanpa kebenaran bertulis MAIS. 3. Penyelenggaraan dan pegendalian tanah kubur Pegawai Masjid dan Ahli Jawatankuasa Kariah sesebuah masjid hendaklah memikirkan perancangan atau sesuatu langkah yang perlu bagi mencari dana untuk kos penyelenggaraan dan pengendalian tanah perkuburan yang selaras dengan 1 Kertas kerja ini dibentangkan di SEMINAR ISU PERKUBURAN ISLAM : PERMASALAHAN SEMASA DAN PENYELESAIANNYA. Pada 26 Julai 2011 Di Carlton Holiday Hotel & Suites, Shah Alam

Upload: dotuyen

Post on 17-Jan-2017

296 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: langkah-langkah energetik jabatan agama islam selangor dan

68

Perkuburan Islam : Langkah-langkah Energetik

Jabatan Agama Islam Selangor

LANGKAH-LANGKAH ENERGETIK JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR

DAN MASYARAKAT KE ARAH PENYELESAIAN MASALAH1

1. Muqaddimah

Isu tanah perkuburan Islam seolah-olah telah dipinggirkan sebagai agenda

mesyuarat,bengkel,seminar atau sebagainya oleh agensi-agensi agama. Dengan

adanya seminar tanah perkuburan yang dianjurkan oleh Bahagian Penyelidikan

Jabatan Agama Islam Selangor buat julung kalinya ini agar membuka satu lembaran

baru bagi meneliti dan memperkemaskan lagi pentadbiran tanah perkuburan Islam di

Negeri Selangor yang melibatkan beberapa agensi kerajaan.

2. Pentadbiran tanah kubur Islam di Negeri Selangor

Merujuk kepada Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989, Kaedah-Kaedah

Pegawai Masjid Dan Jawatankuaa Kariah (Negeri Selangor) 1995, 13(2) Pegawai

Masjid dan Jawatankuasa Kariah sesuatu masjid hendaklah :

(a) Mentadbirkan dan mengawasi semua tanah wakaf dan perkuburan Islam di

kariah masjid itu dan sentiasa menjaga kebersihan dan keselamatan tanah

wakaf dan perkuburan itu.

(b) Memastikan bahawa tiada kerja pembinaan dilakukan di atas tanah-tanah wakaf

dan perkuburan Islam itu tanpa kebenaran bertulis MAIS.

3. Penyelenggaraan dan pegendalian tanah kubur

Pegawai Masjid dan Ahli Jawatankuasa Kariah sesebuah masjid hendaklah

memikirkan perancangan atau sesuatu langkah yang perlu bagi mencari dana untuk

kos penyelenggaraan dan pengendalian tanah perkuburan yang selaras dengan

1 Kertas kerja ini dibentangkan di SEMINAR ISU PERKUBURAN ISLAM : PERMASALAHAN SEMASA

DAN PENYELESAIANNYA. Pada 26 Julai 2011 Di Carlton Holiday Hotel & Suites, Shah Alam

Page 2: langkah-langkah energetik jabatan agama islam selangor dan

69

Perkuburan Islam : Langkah-langkah Energetik

Jabatan Agama Islam Selangor

kehendak Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989, Kaedah-Kaedah Pegawai

Masjid dan Jawatankuasa Kariah (Negeri Selangor) 1995, seksyen 13 (2) :

(a) Mengawasi, memungut dan menyimpan segala hasil wakaf mengikut terma

wakaf atau sebagaimana yang diarahkan oleh MAIS.

(b) Membantu MAIS memajukan tanah-tanah wakaf untuk mendapatkan hasil

daripadanya setelah mendapat kelulusan MAIS.

4. Penyediaan pelan tapak dan arah kiblat

Pada asasnya penyediaan pelan tapak perkuburan Islam bolehlah dibahagikan

kepada tiga kategori :

(1) Dalam kawasan perbandaran

(2) Pinggir perbandaran

(3) Kawasan luar Bandar / perkampungan

Keluasan tanah perkuburan bergantung kepada jumlah kepadatan penduduk. Bagi

kategori (1) dalam kawasan perbandaran, contoh : seksyen 21 Shah Alam 45 ekar,

Kota Kemuning 13 ekar, Denai Alam Kg. Melayu Subang 36 ekar, bagi kategori (2)

pinggir Bandar, contoh : Kg. Meru Klang 25 ekar, sementara bagi kategori (3)

perkampungan luar Bandar, keluasan tanah perkuburan ialah sekitar 5-10 ekar.

Walaubagaimanapun, Pegawai Masjid dan Ahli Jawatankuasa Kariah amat perlu

memikirkan jangka masa panjang, seperti kubur lama yang berusia 100 tahun ke atas

ntuk digunapakai semula di atas beberapa faktor tertentu :

(a) Tulang belulangnya telah hancur (tiada sebarang kesan).

(b) Saki baki cebisan tulang dipindahkan ke satu kubur khas seperti yang dilakukan

di beberapa Negara Timur Tengah.

Adalah menjadi kewajipan setiap jenazah yang akan disemadi di tanah perkuburan

wajib menghadap ke arah kiblat. Hal ini kurang dititikberatkan oleh umat Islam

khususnya di Malaysia. Boleh dikatakan perkara seperti ini tidak didedahkan kepada

setiap petugas penggali kubur dengan mengadakan perbincangan, bengkel atau

seminar kepada mereka.

Page 3: langkah-langkah energetik jabatan agama islam selangor dan

70

Perkuburan Islam : Langkah-langkah Energetik

Jabatan Agama Islam Selangor

Sebagai makluman kepada peserta seminar, mengikut perkiraan ilmu falak syarie

jarak Kuala Lumpur ke Kaabah mengikut jalan udara sejauh 7,000 km. Oleh itu setiap

1 (satu darjah) pengukuran kita menyimpang ke kanan atau ke kiri dari arah kiblat

ianya menyimpang sejauh 120km dari posisi Kaabah.

Adalah dicadangkan pegawai masjid dan jawatankuasa kariah hendaklah terlebih

dahulu merujuk dan membuat penentuan arah Kiblat kepada Jabatan Mufti Negeri

Selangor yang mempunyai autoriti tersebut.

Contoh :

100M

JALAN UTAMA / ARAH KIBLAT

5. Penyediaan Tanah Kubur Menurut Perspektif Syarak dan Perundangan

Negeri

Mengikut hukum syarak dalam penyediaan atau menggali kubur tiada mempunyai

pengkhususannya, namun demikian ulama-ulama feqah telah membuat garis

panduan bagi penyediaan menggali kubur iaitu kedalamannya tiada mengeluarkan

bau busuk dan boleh digali oleh binatang buas.

Merujuk kepada Undang-Undang Kecil Tanah Perkuburan Islam (Majlis Bandaraya

Shah Alam ) 2005.

5.(1) Tanah perkuburan ini hemdaklah digunakan bagi maksud pengkebumian dan

hendaklah dibahagikan kepada petak-petak kubur.

(2) Petak-petak tersebut hendaklah dinomborkan berturut-turut dan ditandakan

di atas suatu pelan yang hendaklah disimpan di pejabat pentadbiran.

Page 4: langkah-langkah energetik jabatan agama islam selangor dan

71

Perkuburan Islam : Langkah-langkah Energetik

Jabatan Agama Islam Selangor

(3) Sebarang penempahan atau pemilihan petak-petak untuk pengkebumian

adalah tidak dibenarkan.

(4) Saiz bagi tiap-tiap petak hendaklah berukuran 2.4m panjang dan 1.2m lebar

dan semua kubur hendaklah digali sedalam tidak kurang dari 1.5m dibawah

permukaan tanah.

6.(1) Tanah perkuburan ini boleh digunakan bagi tujuan pengkebumian pada bila- bila masa diperlukan. (2) Tiada seorang pun boleh mengkebumikan lebih daripada satu mayat di dalam

satu petak.

6. Cara Penyediaan Kubur Bertingkat

Sejak kebelakangan ini beberapa negeri di Semenanjung Malaysia telah mengambil langkah dan melaksanakan kubur bertingkat. Perkara ini dilakukan oleh kerana kawasan tanah perkuburan yang amat terhad dan telah habis digunakan. Cara yang telah dilakukan ialah:

a) Mencabut semua penanda batu nisan dan melabelkan dengan tanah yang baru

menggunakan lori setinggi 2 kaki. b) Meletakkan penanda nama dan mencabut batu nisan dan melabelkan tanah

dengan menggunakan kereta sorong.

Kerja-kerja seperti di atas mempunyai beberapa kelemahannya : a) Waris si mati tidak dapat mengesan dengan tepat lokasi sebenar kubur ibu atau

bapanya. b) Kerja-kerja melabelkan tanah dengan menggunakan kereta sorong memerlukan

tenaga dan masa yang panjang atau kos yang tinggi. Cadangan kubur bertingkat : a) Rekodkan semua kubur yang ada dan simpan dalam komputer dan buku

manual. b) Kod rujukan. c) Nama dan nombor kad pengenalan (jika ada). d) Kedudukan kubur (garis bujur dan garis lintang). e) Gunakan alat GPS (Global Position Stalid). f) Cabut semua penanda / batu nisan dan labelkan tanah mengikut keperluan. g) Lakukan kerja-kerja pengukuran kubur baru dan arah kiblat.

Page 5: langkah-langkah energetik jabatan agama islam selangor dan

72

Perkuburan Islam : Langkah-langkah Energetik

Jabatan Agama Islam Selangor

h) Letakkan penanda / batu nisan hanya satu sahaja. Contoh pandangan rentas :

permukaan tanah

7. Membuat Binaan atau Mencantikkan di atas Lot Kubur

Tanah perkuburan Islam merupakan tanah wakaf, ia dilarang membuat sebarang

binaan atau mencantikkan di atas lot tersebut. Merujuk kepada perundangan dan

hukum syarak adalah seperti berikut :

a) Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989, Kaedah-Kaedah Pegawai

Masjid Dan Jawatankuasa Qariah (Negeri Selangor) 1995. Seksyen 13(1) b

Pegawai masjid dan ahli jawatankuasa qariah sesuatu masjid hendaklah

memastikan bahawa tiada kerja pembinaan dilakukan di atas tanah wakaf dan

perkuburan Islam itu tanpa kebenaran bertulis MAIS.

b) Undang-undang kecil tanah perkuburan Islam (Majlis Bandaraya Shah Alam)

2005 :

7.(1) tiada monumen batu nisan, kepingan bertulis, memorial, monumen bertulis,

rangka bina atau perhiasan boleh dibina di atas mana-mana bahagian tanah

perkuburan melainkan dengan kelulusan bertulis pentadbir.

Lapis 2

Lapis 1

Page 6: langkah-langkah energetik jabatan agama islam selangor dan

73

Perkuburan Islam : Langkah-langkah Energetik

Jabatan Agama Islam Selangor

(2) Pelan-pelan bagi ke semua monumen, batu nisan, kepingan bertulis,memorial,

monument bertulis, rangka bina atau perhiasan yang tersebut dalam perenggan

(1) hendaklah dikemukakan kepada pentadbir untuk kelulusannya sebelum

pembinaan.

(3) walau apa pun peruntukan perenggan (1), apa-apa perhiasan bolehlah secara

sementara diletakkan, didirikan, digantungkan, ditanamkan atau disandarkan

dimana-mana bahagian kubur selepas pengkebumian upacara atau

penziarahan.

Dengan syarat bahawa pentadbir boleh pada bila-bila masa mengubah, memungut

atau melupuskan perhiasan sedemikian itu.

(4) Pentadbir boleh menurunkan atau mengubahkan apa-apa monumen, batu

nisan, kepingan bertulis, memorial, monumen bertulis, rangka bina atau

perhiasan yang telah dibina atau diletakkan di atas perkuburan tanpa mendapat

kelulusan bertulisnya.

Merujuk kepada surat Jabatan Mufti Negeri Selangor kepada Pengarah

Perkhidmatan Bandar, Majlis Bandaraya Shah Alam Bilangan 20 dalam Mufti

Selangor 500-1 Jld 4 bertarikh 15 Disember 2010, Ulasan Cadangan Penyediaan

Spesifikasi Pencantikan Lot Kubur Individu Untuk Tanah Perkuburan Islam Seksyen

21, Shah Alam. (seperti dilampiran).

8. Cadangan-Cadangan Lain

a) Membina wakaf khas / tempat teduhan

Merujuk kepada tanah perkuburan Seksyen 21, Shah Alam atau kawasan Majlis

Perbandaran yang lain di Negeri Selangor satu premis amat diperlukan dibina di

kawasan tanah perkuburan yang mengandungi beberapa kemudahan asas seperti

pejabat pentadbiran dan lain-lain.

b) Saguhati honorarium

Page 7: langkah-langkah energetik jabatan agama islam selangor dan

74

Perkuburan Islam : Langkah-langkah Energetik

Jabatan Agama Islam Selangor

Adalah amat wajar setiap apa yang diusahakan akan menerima ganjarannya, ini

memandangkan penat lelah, keringat yang jatuh ke Bumi dan sebagainya oleh

penggali kubur amat wajar dihargai. Merujuk kepada Undang-Undang Kecil Tanah

Perkuburan Islam (Majlis Bandaraya Shah Alam) 2005. Fi dan Caj

18(1) Fi dan Caj bagi setiap pengkebumian (termasuk kos bagi penggali dan

menutup semula kubur) ialah sebanyak RM 150.00 untuk orang dewasa serta RM

100.00 untuk kanak-kanak dibawah umur 12 tahun dan hendaklah dibayar kepada

dan dikutip oleh pentadbir.

Seksyen 18(1) menerangkan waris si mati perlu membayar pendaftaran untuk

mengkebumikan seseorang jenazah ini tidak termasuk saguhati yang perlu dibayar

kepada beberapa orang penggali kubur.

Page 8: langkah-langkah energetik jabatan agama islam selangor dan

75

Perkuburan Islam : Langkah-langkah Energetik

Jabatan Agama Islam Selangor

9. Kesimpulan

Jabatan Agama Islam Selangor perlu mengadakan mesyuarat khas bagi

membincangkan beberapa isu di atas bagi memperkemaskan pentadbiran tanah

perkuburan Islam di Negeri Selangor.

i. Mencari dana bagi penyelenggaraan tanah perkuburan.

ii. Keluasan tanah perkuburan yang baru.\

iii. Gunapakai semula kubur lama yang berusia 100 tahun ke atas.

iv. Pelan tapak yang lengkap dengan penanda arah kiblat.

v. Kaedah-kaedah penyediaan kubur bertingkat.

vi. Menghapuskan semua binaan kekal di atas lot tanah perkuburan.

vii. Bayaran honorarium kepada penggali kubur

Disediakan oleh : Ustaz Ahmad Safuan b. Md Nayan Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Selangor.

Page 9: langkah-langkah energetik jabatan agama islam selangor dan

76

Perkuburan Islam : Langkah-langkah Energetik

Jabatan Agama Islam Selangor

Page 10: langkah-langkah energetik jabatan agama islam selangor dan

77

Perkuburan Islam : Langkah-langkah Energetik

Jabatan Agama Islam Selangor

Page 11: langkah-langkah energetik jabatan agama islam selangor dan

78

Perkuburan Islam : Langkah-langkah Energetik

Jabatan Agama Islam Selangor

Page 12: langkah-langkah energetik jabatan agama islam selangor dan

79

Perkuburan Islam : Langkah-langkah Energetik

Jabatan Agama Islam Selangor

Page 13: langkah-langkah energetik jabatan agama islam selangor dan

80

Perkuburan Islam : Langkah-langkah Energetik

Jabatan Agama Islam Selangor

Page 14: langkah-langkah energetik jabatan agama islam selangor dan

81

Perkuburan Islam : Langkah-langkah Energetik

Jabatan Agama Islam Selangor

Page 15: langkah-langkah energetik jabatan agama islam selangor dan

82

Perkuburan Islam : Langkah-langkah Energetik

Jabatan Agama Islam Selangor

Page 16: langkah-langkah energetik jabatan agama islam selangor dan

83

Perkuburan Islam : Langkah-langkah Energetik

Jabatan Agama Islam Selangor

Page 17: langkah-langkah energetik jabatan agama islam selangor dan

84

Perkuburan Islam : Langkah-langkah Energetik

Jabatan Agama Islam Selangor

Page 18: langkah-langkah energetik jabatan agama islam selangor dan

85

Perkuburan Islam : Langkah-langkah Energetik

Jabatan Agama Islam Selangor

Page 19: langkah-langkah energetik jabatan agama islam selangor dan

86

Perkuburan Islam : Langkah-langkah Energetik

Jabatan Agama Islam Selangor

Page 20: langkah-langkah energetik jabatan agama islam selangor dan

87

Perkuburan Islam : Langkah-langkah Energetik

Jabatan Agama Islam Selangor

Page 21: langkah-langkah energetik jabatan agama islam selangor dan

88

Perkuburan Islam : Langkah-langkah Energetik

Jabatan Agama Islam Selangor

Page 22: langkah-langkah energetik jabatan agama islam selangor dan

89

Perkuburan Islam : Langkah-langkah Energetik

Jabatan Agama Islam Selangor

Page 23: langkah-langkah energetik jabatan agama islam selangor dan

90

Perkuburan Islam : Langkah-langkah Energetik

Jabatan Agama Islam Selangor

Page 24: langkah-langkah energetik jabatan agama islam selangor dan

91

Perkuburan Islam : Langkah-langkah Energetik

Jabatan Agama Islam Selangor