sekolah agama tradisional

26
SEKOLAH AGAMA TRADISIONAL

Upload: biedintan

Post on 13-Aug-2015

134 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sekolah agama tradisional

SEKOLAH AGAMATRADISIONAL

Page 2: Sekolah agama tradisional

IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN ( BIMBINGAN DAN KAUNSELING )

UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA

Page 3: Sekolah agama tradisional

PENDAHULUAN

- Wujud sejak zaman kegemilangan Empayar Melaka

- Berteraskan Islam

- Institusi pendidikan yang tertua di Tanah Melayu

- Muncul tidak dirancang

- Berkembang kerana sambutan orang ramai yang ingin belajar

Page 4: Sekolah agama tradisional

DEFINISI

PONDOK

Istilah Arab funduq

- Bangunan / rumah tumpangan ( hotel ) / tempat penginapan

sementara untuk pengembara

- Membawa 2 maksud :

i. Rumah kecil yang dibina untuk sementara waktu

ii. Institusi pengajian agama yang berbentuk tradisional dan

oktodoks

Page 5: Sekolah agama tradisional

TRADISIONAL

- Tradisi, kepercayaan, adat resam dan suatu adat tradisional yang

menurut adat resam dan kebiasaan

AJARAN ISLAM

- Penerimaan dan penundukan kepada Tuhan, dan penganutnya

harus menunjukkan ketaatan dengan menyembah-Nya, menurut

segala perintah-Nya dan menghindarkan diri dari segala larangan-

Nya. Ajaran agama Islam senantiasa disandarkan pada 2 sumber

utama iaitu Al-Quran dan Al-Hadits

…….sambungan

Page 6: Sekolah agama tradisional

KONSEP

- Merupakan suatu aktiviti pembelajaran yang terhad kepada :

• Membaca Quran

• Mengenal huruf abjad Arab

• Mengingati & Menghafaz doa

• Mempelajari prinsip-prinsip yang berkaitan dengan agama islam

Page 7: Sekolah agama tradisional

CIRI-CIRI

PONDOK

RUMAH / SURAU / MASJID

MADRASAH

Page 8: Sekolah agama tradisional

PERLAKSANAAN & PERKEMBANGAN

Peringkat Pertama• Tempoh Pertama• Tempoh Kedua• Tempoh Ketiga

Peringkat Kedua

Peringkat Ketiga

SISTEM PENDIDIKAN

SEBELUM MERDEKA Fasa 1

( 1961-1970

Fasa 2( Selepas 1970 )

SISTEM PENDIDIKAN

SELEPAS MERDEKA

Page 9: Sekolah agama tradisional
Page 10: Sekolah agama tradisional

SEBELUM MERDEKA

PERINGKAT PERTAMA• TEMPOH PERTAMA ( 1400 – 1786 )

SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM KEDATANGAN BRITISH

- Berlandaskan kitab suci al-Quran

- Mengkaji ayat-ayat Quran daripada imam

- belajar daripada ulama yang menggunakan pondoknya

- Hanya belajar sedikit bahasa melayu setelah menguasai &

menghafaz ayat-ayat daripada kitab Quran

- Pendidikan tidak formal

Page 11: Sekolah agama tradisional

" Murid di pondok mula belajar perkataan-perkataan Arab dan selepas sudah menguasainya, mereka akan terus mempelajari dengan cara menghafaz huruf abjad Arab supaya menjadi sebagai panduan membaca doa dan teks Arab. Biasanya, mereka belajar tiga pelajaran sehari, setiap pelajaran mengambil masa satu jam. Pelajaran pertama biasanya dimulakan selepas sembahyang subuh ; kedua, selepas sembahyang zuhur dan satu lagi selepas senja. Pada masa yang lain, murid akan menoloing gurunya menguruskan hal-hal rumah dan bekerja di kebun atau sawah. Melalui kerja-kerja itu, murid-murid secara tidak langsung belajar kemahiran-kemahiran yang dikehendaki supaya dapat menjalankan kerja dalam kehidupan harian mereka. Sungguhpun guru tidak menerima sebarang gaji daripada pengajarannya, ibubapa murid itu biasanya membekalkan tikar dan bantal, periuk dan beras untuk gurunya "

Wilkinson

Page 12: Sekolah agama tradisional

SEKOLAH PONDOK- Diperkenalkan oleh para alim ulama ( awal kurun ke-19 ) • Terengganu• Kelantan• Kedah

- Institusi pendidikan agama islam berasrama

- Lebih kemas & maju berbanding sistem pendidikan di surau / masjid

- Didirikan oleh penduduk kampung secara sukarela

- Diuruskan oleh alim ulama dengan sukarela

- Tempoh Pengajian tidak ditetapkan

- Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar

Page 13: Sekolah agama tradisional

- Tujuan didirikan bagi mendidik penduduk kampung

• memahami hukum-hukum agama islam

• cara beribadat

- Terdapat 2 jenis sekolah pondok

• Sekolah pondok untuk murid-murid sepenuh masa

• Sekolah pondok yang dibuka pada hujung minggu untuk orang

dewasa

…….sambungan

Page 14: Sekolah agama tradisional

MADRASAH

- Diwujudkan oleh alim ulama yang terdiri daripada kaum muda di

Pantai Timur ( awal kurun ke-20 )

- Merupakan sekolah agama moden & lebih maju daripada sekolah

pondok

- Sukatan pelajaran

• Bersifat keduniaan & akhirat

• Boleh menandingi sekolah vernakular melayu yang didirikan oleh

penjajah British pada kurun ke-19

Page 15: Sekolah agama tradisional

- Antara madrasah yang pernah ditubuhkan ialah:• Singapura ( Madrasah Al-Iqbal Al-Islamiyyah Pada 1907 )• Melaka ( Madrasah Al-Hadi )• Pulau Pinang ( Madrasah Al-Masyhur Al-Islamiyyah Dan

Al-Masriyah ) • Perlis ( Madrasah Al-Alawiyyah, Arau )• Kedah ( Madrasah Hamidiyah, Alor Star )• Perak ( Madrasah Idrisiah, Kuala Kangsar & Il-ihya Assyarif,

Gunung Semanggol )• Johor ( Madrasah Al-Attas, Johor Bahru Dan Haji Taib, Muar )• Pahang ( Madrasah Al-Attas, Pekan Dan Temerloh )

…….sambungan

Page 16: Sekolah agama tradisional

• TEMPOH KEDUA ( 1786 – 1941 ) SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA

- Peringkat awal masih menggunakan sistem pendidikan orang melayu

- Pertengahan kurun ke-19 diperkenalkan Sistem Sekolah Vernakular tetapi tidak mendapat sambutan yang mengalakkan• Kurang kepercayaan daripada ibubapa• Keengganan ibubapa melepaskan tenaga anak-anak• Tentangan daripada tok guru & ulama

- Wujud sekolah vernakular melayu dengan pengubahsuaian • Sekolah Bahasa Melayu ( pagi )• Pelajaran Al-Quran ( petang )

Page 17: Sekolah agama tradisional

• TEMPOH KETIGA ( 1946 – 1956 )SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA

- Antara tahun 1942 – 1945• Sistem persekolahan di Tanah Melayu dihentikan • Sistem persekolahan Jepun

- Antara tahun 1946 - 1957• Sistem pendidikan ke arah menyatupadukan rakyat berbilang

kaum di Tanah Melayu dibina semula

Page 18: Sekolah agama tradisional

SELEPAS MERDEKA

- Pendidikan Islam beroperasi di bawah penjajahan selama 400 tahun- Muncul Penyata Razak 1956 & Penyata Rahman Talib 1960• Meletakkan matapelajaran Pendidikan Islam dalam sistem

pendidikan kebangsaan• Akta Pelajaran 1961 telah memuatkan mata pelajaran

Pendidikan Islam dalam jadual pembelajaran 120 minit seminggu

- Akhir tahun 1970-an & awal 1980-an• Wujud Maktab Perguruan Islam & Universiti Islam• Waktu pembelajaran ditambah

240 minit seminggu

Page 19: Sekolah agama tradisional

SISTEM PENDIDIKAN SELEPAS TAHUN 1961

Perkembangan sistem pendidikan boleh dibahagikan kepada dua fasa iaitu:

- Fasa 1 ( 1961-1970 )• bertujuan untuk memperluaskan peluang dan meningkatkan

penglibatan pelajar terutamanya pelajar luar bandar ke peringkat sekolah menengah

- Fasa 2 (selepas 1970) • bertujuan mempertingkatkan mutu pelajaran dengan

mempelbagaikan mata pelajaran yang diajar di sekolah supaya selaras dengan pembangunan ekonomi

Page 20: Sekolah agama tradisional

SEMASA

Peringkat Ketiga : Perkembangan Sistem pendidikan Alaf Baru- Zaman dasar Wawasan Negara ( 2001 – 2010 )

• Sekolah Agama Rakyat & Sekolah Agama Negeri Didaftarkan sebagai sekolah agama bantuan kerajaan mulai tahun 2005

Page 21: Sekolah agama tradisional

FAKTOR-FAKTOR SEKOLAH PONDOK KEKAL SEHINGGA KINI

- Para ulama & guru sentiasa berusaha untuk memperjuangkan institusi warisan Rasulullah S.A.W

- Kitab-kitab yang digunakan diterjemah oleh para guru yang mahir- Kitab dicetak dan dikarang dalam bahasa melayu- 1981, Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan diserap ke dalam

Universiti Malaya dikenali sebagai Akademik Pengajian Islam- 1995, Pusat Pembangunan Pondok Berhad ( PPPB ) wujud• Madrasah Diniah Bakriah (Pondok Pasir Tumbuh)• Madrasah Rahmaniah (Pondok Lubuk Tapah)• Madrasah Muhammadiah (Pondok Sungai Durian)• Madrasah Yusufiah (Pondok Gelang Mas)• Madrasah Fununiah Tunjuniah (Pondok Tunjung)

Page 22: Sekolah agama tradisional

Antaranya :- Dasar pendidikan British yang bersifat sekular - Wujud tindakbalas di kalangan para ulama • Menggabungkan kurikulum

Pendidikan agama Pendidikan moden

• Mampu mengawal & menjadi benteng aqidah umat islam• Menunjukkan golongan ulama bukan golongan :

Konservatif Tradisional

• Para ulama tergolong dalam orang-orang yang dinamik untuk memberikan idea & fikiran Membangunkan bangsa melayu dalam kehidupan dari segi

Ekonomi Politik Sosial

KESAN POSITIF

Page 23: Sekolah agama tradisional

KESAN NEGATIF

Terdapat kelemahan :- Sekolah-sekolah ini tidak dapat melahirkan masyarakat islam yang

moden kerana • Tiada penekanan kepada matapelajaran Sains, Matematik, dan

Bahasa Inggeris• Kurikulum terlalu sempit & terhad kepada pelajaran teks Quran

sahaja• Kaedah pengajaran & pembelajaran kurang berkesan• Murid hanya diajar menghafaz & memahami apa-apa yang

telah dipelajarinya

Page 24: Sekolah agama tradisional

RINGKASANSistem pendidikan berkembang hingga kini walaupun banyak halangan dilalui oleh masyarakat pada sebelum & selepas merdeka. Antara sistem pendidikan iaitu Sistem Pendidikan sebelum kedatangan British, sebelum merdeka, semasa dan selepas merdeka. Antaranya ciri pendidikan pada pemerintahan zaman tersebut adalah seperti berikut:• Sistem pendidikan berasaskan sistem pondok yang diadakan di

madrasah dan sekolah-sekolah agama• 1920-an hingga 1940-an, Sekolah agama / madrasah tumbuh pesat• Sekolah agama / madrasah lebih sistematik daripada sekolah

pondok• Ditubuhkan dengan tujuan melahirkan pelajar yang bermoral tinggi• Walau bagaimanapun, terdapat kelemahan pada sekolah agama

atau madrasah

Page 25: Sekolah agama tradisional

RUMUSANInstitusi pondok terus tersergam indah dengan wajah-wajah generasinya

yang berganti-berganti, mereka dinilai sebagai penyambung warisan para ulama. Sejarah telah menceritakan bagaimana institusi warisan Rasulullah S.A.W. ini telah mengalami jatuh bangun sehingga ada sebilangan sekolah pondok terpaksa ditutup. Sejarah juga menyatakan tentang jerit perih para alim ulama yang bergadai usaha dan tenaga demi menyelamatkan institusi ini. Semuanya hanya kerana satu matlamat; memartabatkan agama Allah. Hari ini, kita boleh lihat kewujudan sekolah pondok di kebanyakan negeri. Setiap satu tetap menjunjung cita yang sama, dari dulu, kini dan selamanya, yakni melahirkan generasi celik al-Quran dan cintakan Islam. Namun, kita bimbang matlamat ini hanya tinggal cebisan kata-kata kerana masyarakat sekarang fikirannya sudah jauh berbeza dibandingkan dengan masyarakat dahulu. Kalau dulu sekolah pondok ini diagung dan dipuja, tapi sekarang sekolah pondok semakin dilupa kerana mereka lebih mementingkan pendidikan yang lebih moden. Tidaklah menjadi suatu kesalahan untuk menghantar anak-anak ke sekolah biasa kerana manusia punya pilihan. Sekolah harian biasa juga ada kelebihannya sendiri. Tetapi jauh dari itu, jika difikir sedalam-dalam, sebenarnya hal ini menyebabkan negara semakin tandus pimpinan ulama.

Page 26: Sekolah agama tradisional

SEKIAN, TERIMA KASIH