sekolah agama rakyat

3
Menurut Setiausaha PPSR, Khairul Anwar El-Syazalli Musa , keadaan sembilan buah Sekolah Menengah Agama di Perak kini begitu uzur dan tidak lagi boleh bertahan jika tiada bantuan diberikan. Menurut beliau lagi, kesemua sekolah berkenaan hanya memperoleh bantuan daripada Baitulmal Perak dengan peruntukan purata RM12 setahun setiap  pelajar. “Daripada 38 sekolah agama di negeri ini, enam daripadanya telah ditutup dan 23 buah sekolah terpaksa diambil alih oleh kerajaan Pusat dan yang kekal cuma sembilan buah, itu pun dalam keadaan uzur. Apa yang menyedihkan lagi, kebanyakan guru sekolah agama ini ber ada di bawah paras kemiskinan sehingga ada yang terpaksa bekerja sambilan seperti menjadi pemandu dan pengawal keselamatan untuk mencukupkan pendapatan,” katanya kepada Utusan Malaysia di Ipoh, kelmarin Sementara itu, Presiden Majlis Permufakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Nasional, Prof. Madya Dr. Mohd. Ali Hassan berkata, langkah kerajaan negeri Perak itu membelakangi agenda pendidikan kerajaan Pusat yang memberi keutamaan pendidikan kepada semua kaum. Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Syed Anuar Syed Mohamed pula berkata, tindakan itu menjurus kepada motif politik yang  jelas tidak mengutamakan keadilan kepada kaum lain.  Tentu banyak lagi ulasan-ulasan yang yang bersifat racist terhadap tindakan Kerajaan Perak yang menganugerahkan 400 hektar tanah kepada sekolah persendirian Cina di Perak supaya ia dapat mengusahakan tanah berkenaan dan menggunakan keuntungan yang diperoleh untuk membiayai kos pentadbirannya. Menteri Besar Perak, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin dipetik sebagai berkata, peruntukan RM30,000 setahun kepada setiap sekolah berkenaan pada masa ini tidak memadai. Kepada persoalan tersebut , sila rujuk penjelasan Setiausaha Politik kepada YAB MB Perak, di sini atau di sini Umno dan spesis yang sewaktu dengannya mahu berlagak sebagai pembela kepada SAR. Kenapa sebelum ini mereka membisu dan pekak badak terhadap segala rintihan dan keluhan para guru dan pentadbir , ibubapa dan murid Sekolah Agama Rakyat ? Siapa sebenarnya yang menzalimi SAR? Peristiwa 11 September 2001 di mana berlaku sikap sangsi Barat secara umumnya terhadap Islam dan ini termasuklah sistem pendidikan Islam. Dalam menangani isu ini nampaknya Malaysia terlalu ke depan dan seolah-olah takut dengan bayang-bayang yang dimainkan oleh Amerika. Strategi pre-emption Malaysia lebih terkedepan apabila ia memutus untuk

Upload: mohd-zaidi-bin-harun

Post on 30-May-2018

244 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

8/14/2019 Sekolah Agama Rakyat

http://slidepdf.com/reader/full/sekolah-agama-rakyat 1/3

Menurut Setiausaha PPSR, Khairul Anwar El-Syazalli Musa , keadaan sembilanbuah Sekolah Menengah Agama di Perak kini begitu uzur dan tidak lagi bolehbertahan jika tiada bantuan diberikan.

Menurut beliau lagi, kesemua sekolah berkenaan hanya memperoleh bantuandaripada Baitulmal Perak dengan peruntukan purata RM12 setahun setiap

 pelajar.

“Daripada 38 sekolah agama di negeri ini, enam daripadanya telah ditutup dan23 buah sekolah terpaksa diambil alih oleh kerajaan Pusat dan yang kekal cumasembilan buah, itu pun dalam keadaan uzur.

“Apa yang menyedihkan lagi, kebanyakan guru sekolah agama ini berada dibawah paras kemiskinan sehingga ada yang terpaksa bekerja sambilan sepertimenjadi pemandu dan pengawal keselamatan untuk mencukupkan pendapatan,” katanya kepada Utusan Malaysia di Ipoh, kelmarin

Sementara itu, Presiden Majlis Permufakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)Nasional, Prof. Madya Dr. Mohd. Ali Hassan berkata, langkah kerajaan negeriPerak itu membelakangi agenda pendidikan kerajaan Pusat yang memberikeutamaan pendidikan kepada semua kaum.

Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Syed Anuar Syed Mohamed pula berkata, tindakan itu menjurus kepada motif politik yang

 jelas tidak mengutamakan keadilan kepada kaum lain.

 Tentu banyak lagi ulasan-ulasan yang yang bersifat racist terhadap

tindakan Kerajaan Perak yang menganugerahkan 400 hektar tanah kepadasekolah persendirian Cina di Perak supaya ia dapat mengusahakan tanahberkenaan dan menggunakan keuntungan yang diperoleh untukmembiayai kos pentadbirannya.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin dipetiksebagai berkata, peruntukan RM30,000 setahun kepada setiap sekolahberkenaan pada masa ini tidak memadai.

Kepada persoalan tersebut , sila rujuk penjelasan Setiausaha Politikkepada YAB MB Perak, di sini atau di sini

Umno dan spesis yang sewaktu dengannya mahu berlagak sebagaipembela kepada SAR. Kenapa sebelum ini mereka membisu dan pekakbadak terhadap segala rintihan dan keluhan para guru dan pentadbir ,ibubapa dan murid Sekolah Agama Rakyat ? Siapa sebenarnya yangmenzalimi SAR?

Peristiwa 11 September 2001 di mana berlaku sikap sangsi Barat secaraumumnya terhadap Islam dan ini termasuklah sistem pendidikan Islam.Dalam menangani isu ini nampaknya Malaysia terlalu ke depan danseolah-olah takut dengan bayang-bayang yang dimainkan oleh Amerika.

Strategi pre-emption Malaysia lebih terkedepan apabila ia memutus untuk

8/14/2019 Sekolah Agama Rakyat

http://slidepdf.com/reader/full/sekolah-agama-rakyat 2/3

memberhentikan bantuan per kapita kepada SAR pada 2002. Pembatalanbantuan per kapita kepada SAR adalah pada 25 Oktober 2002. Strategipre-emption yang diusahakan oleh Dr. Mahathir melangkaui ataumendepani strategi pre-emption oleh Amerika sendiri. Episod ini bolehlahdiumpamakan sebagai apabila Amerika bersin Malaysia yang demam

selsema!

Kalau inilah motif kenapa bantuan per kapita SAR dihentikan maka ianya jelas bermotifkan politik.

Umno / BN jangan lupa bahawa merekalah sebenarnya yang mengkhianatiSultan, rakyat dan Islam. Merekalah yang menzalimi bangsa Melayu danIslam

Antara tindakan zalim Pemimpin Umno/BN terhadap Sekolah AgamaRakyat ialah : 

•  Tidak mengiktiraf Sijil Tinggi Ugama yang sebelum ini diiktiraf oleh

Universiti al Azhar Mesir

•  Tidak memberi latihan perguruan kepada guru-guru dan tidakmemberi guru terlatih kepada SAR seperti yang diberi kepadasekolah jenis kebangsaan (cina dan tamil )

•  Tidak membina makmal komputer , makmal sains dan kemahiranhidup di semua SAR.

• Memfitnah dan merendahkan kemampuan SAR

• Memberhentikan gran berkapita tahunan berdasarkan bilangan

murid dan kelas dengan kadar RM 130.00 setahun bagi setiappelajar

• Berusaha supaya tidak ada pelajar yang belajar di SAR denganmengugut untuk dikenakan denda dan tindakan kepada waris danpelajar.

• Ingin memastikan sekolah agama rakyat ditutup dan mati

• Menghapuskan usaha yang dipelupuri oleh Sultan Kedah dan ulamakterdahulu.

Kesan tindakan zalim Pemimpin Umno / BN ialah :

• Gaji guru dan kakitangan sekolah tidak dapat di jelaskan mengikut

tarikh bayaran sepatutnya. Terdapat guru sudah 3 bulan tidakmendapat gaji. Ramai guru terpaksa berhenti.

• Proses pengajaran dan pembelajaran lebih rumit dan pengajaranakan membebankan guru

• Sekolah Agama Rakyat terpaksa ditutup

• Makin ramai pelajar akan buta tulisan jawi dan penguasaan agamaIslam yang tepat.

Sekolah- sekolah yang didirikan hasil wakaf ,zakat dan infak sumbangandari datuk dan ibubapa juga dari kita tidak dapat dimakmurkan lagi.

 Tiada lagi generasi yang akan lahir sebagai ulamak 15 tahun akan datang.

8/14/2019 Sekolah Agama Rakyat

http://slidepdf.com/reader/full/sekolah-agama-rakyat 3/3

Bantuan perkapita dengan kadar RM130.00 bagi setiap murid setahun,bermakna cuma 38 sen sahaja sehari untuk seorang murid. Walaupun jumlah ini terlalu kecil, namun ianya sangat bermakna kepada SAR ; tetapiUmno / BN tergamak menafikan bantuan tersebut.

Apalah sangat bantuan 38 sen sehari itu jika mahudibandingkan dengan perbelanjaan untuk seorangbanduan di penjara sebanyak RM8 sehari, perbelanjaanuntuk setiap pelatih pusat serenti adalah sebanyak RM25sehari dan perbelanjaan untuk seorang pendatang haramadalah sebanyak RM10 sehari.

Ini bererti penarikan bantuan per kapita kepada sekolah SAR adalahpersoalan sekunder kerana persoalan primernya ialah untuk menghakis

dan seterusnya mematikannya (sekiranya suasana politikmengizinkannya).

Sekiranya ada guru yang mengajar ‘ajaran salah’ maka guru itu yangharus diambil tindakan bukan menjadikan sebagai alasan untukmenghukum institusi ini secara keseluruhan. Ini nampaknyamemperjelaskan lagi keadah membakar kelambu disebabkan oleh seekornyamuk.

Hujah yang mengatakan terdapat murid SAR yang memijak-mijak gambarpemimpin negara juga susah untuk dipertahankan atas hakikat bahawasekira SAR dilihat sebagai kilang untuk melahirkan kader-kader PAS, makasudah semestinya gambar-gambar pemimpin negara (baca UMNO) tidakada yang tergantung di dinding-dinding sekolah!!

Kajian menunjukkan pelajar SAR mempunyai tahap disiplin dan akhlakyang tinggi. Perkara yang sebaliknya berlaku dikalangan pelajar SK danSMK kendalian kerajaan pusat. Mungkin sebab itu, Menteri PelajaranMalaysia (baca Menteri Pelajaran Umno) bertindak melarang gambarMenteri Besar Pakatan Rakyat digantung di pejabat-pejabat pelajaran dansekolah-sekolah bagi mengelakkan gambar-gambar tersebut dipijak-pijak?