modul pengguna epangkat

8
Manual Pengguna Pengisian markah Kriteria Kecemerlangan di dalam Sistem ePangkat

Upload: luvlygurl

Post on 08-Feb-2016

52 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

jom baca

TRANSCRIPT

Page 1: Modul Pengguna ePangkat

Manual Pengguna Pengisian markah Kriteria Kecemerlangan di dalam Sistem ePangkat

Page 2: Modul Pengguna ePangkat

Masuk ke laman sesawang http://apps2.moe.gov.my/epangkat/login.php

Sila log masuk menggunakan akaun peribadi Guru Besar / Pengetua / Ketua

Bahagian dengan mematuhi tatacara keselamatan akaun. Urusan pengisian

markah atau pengesahan perakuan tidak boleh dilakukan menggunakan akaun

lain.

Page 3: Modul Pengguna ePangkat

Anda akan dibawa ke paparan utama akaun anda.

Sila pilih Modul Guru Besar / Pengetua / Ketua Bahagian

Page 4: Modul Pengguna ePangkat

Klik Senarai Iklan Time-Based.

Klik carian iklan tahun semasa tahun semasa dan Pilihan ‘Belum Ditutup’. Klik butang ‘Cari’

Page 5: Modul Pengguna ePangkat

Sila perhatikan bahawa setiap iklan Time-Based mempunyai:

1. Tarikh Mula. Tarikh Mula adalah tarikh iklan dibuka bagi urusan kenaikan

pangkat secara Time-Based

2. Tarikh Tutup KJ. Tarikh Tutup KJ adalah tarikh terakhir Ketua Jabatan

(Pengetua / Guru Besar / Ketua Bahagian) boleh membuat perakuan bagi

pegawai bawahan beliau bagi urusan kenaikan pangkat Time-Based bagi

sesuatu fasa. Kegagalan Ketua Jabatan berbuat demikian boleh menjejaskan

urusan kenaikan pangkat pegawai bawahan beliau.

1 2

Page 6: Modul Pengguna ePangkat

Seterusnya, pilih mana-mana iklan yang berkenaan. Sekiranya terdapat pegawai

di bawah Ketua Jabatan yang berada di bawah urusan kenaikan pangkat yang

memenuhi syarat, nama beliau akan dipaparkan seperti di bawah.

Sebagai contoh, iklan di bawah tidak memaparkan sebarang nama pegawai-

pegawai yang layak kerana berdasarkan semakan sistem, tiada pegawai yang

sepatutnya diperakukan bagi urusan kenaikan pangkat dari Gred DGA34 ke Gred

DGA38 di sekolah berkenaan.

Page 7: Modul Pengguna ePangkat

Langkah seterusnya, klik pada ‘Kemaskini’

Tindakan yang perlu diambil:

1. Pilih sama ada perakuan pegawai kenaikan pangkat secara TBBK disahkan

atau tidak

2. Masukkan ulasan berhubung perakuan kenaikan pangkat beliau. Sila ambil

maklum bahawa ulasan wajib diisi

3. Klik butang ‘HANTAR’

4. Klik butang ‘KEMBALI’ sekiranya ingin membatalkan proses. Sila ambil

perhatian bahawa sebarang maklumat yang telah dimasukkan tidak akan

disimpan di dalam sistem

1

1

2

3 4

Page 8: Modul Pengguna ePangkat

Seterusnya, markah Penilaian Tahap Kecemerlangan (KC) boleh disi di ruangan

seperti di bawah. Setelah markah dimasukkan, klik butang ‘KEMASKINI’ bagi

menyimpan maklumat berkenaan di dalam sistem.

Tindakan bagi pengisian markah KC bagi pegawai berkenaan telah tamat.

Sekiranya terdapat lebih daripada seseorang pegawai, proses yang sama boleh

diulang bagi memasukkan markah bagi pegawai-pegawai tersebut.

Maklumat-maklumat yang dikemaskini akan dihantar untuk tindakan oleh Ketua

Jabatan di peringkat Jabatan Pelajaran Negeri atau Bahagian secara automatik

setelah iklan tamat.

1