sejpenubuhan

5
SEJARAH PENUBUHAN Muzium Negeri Terengganu merupakan sebuah muzium yang ditubuhkan berdasarkan peristiwa penemuan batu oleh Syed Hussein Ghulam Al Bukhari. Muzium Negeri Terengganu telah ditubuhkan pada tahun 1976 di bawah Enakmen Bil. 9 Tahun 1976. Penubuhan ini telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri pada 28 Disember 1976 dan mula berkuatkuasa pada 1 November 1977. Rentetan sejarah hasrat penubuhan Muzium Negeri Terengganu ini tercetus sejak awal tahun 1920 an lagi kesan daripada peristiwa perjumpaan Batu Bersurat Terengganu di Kampung Buloh, Hulu Terengganu oleh Syed Hussein Ghulam Al Bukhari pada tahun 1902. Peristiwa penemuan Batu Bersurat yang bersejarah ini telah melahirkan rasa kegembiraan dan rasa kesyukuran seluruh rakyat Negeri Terengganu pada waktu itu. Namun, masalah timbul kerana ketiadaan tempat untuk menyimpan batu bersejarah ini. Keadaan ini telah mencabar dan menyedarkan pimpinan negeri itu betapa pentingnya negeri ini mempunyai Muzium sendiri. Setelah itu, Al-Marhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah tiada pilihan selain memperkenankan Batu Bersurat itu dibawa ke Singapura untuk disimpan dan dipamerkan di Muzium Gambar Raffles pada tahun 1923. Menteri Besar Terengganu pada masa itu Dato’ Haji Ngah Mohd Bin Yusof telah bersetuju dengan surat jawapan daripada Penasihat British yang tertulis : " Maka apakala diadakan Muzium di dalam Terengganu kelak ataupun tempat lain yang munasabah bolehlah kerajaan mengambil balik pula pada bila-bila masa yang dikehendaki adanya " Berikutan itu, kesedaran serta semangat untuk menpunyai Muzium sendiri semakin memuncak. Pada tahun 1955, Y.A.B. Dato’ Menteri Besar, Dato’ Haji Kamaruddin Bin Haji Idris ( Menteri Besar Terengganu ketika itu ), telah menubuhkan satu jawatankuasa serta mengimpikan hasrat untuk mewujudkan Muzium di Negeri Terengganu. Jawatankuasa ini telah dianggotai oleh Y.B.M. Engku Pengiran Anom, Haji Mohd Salleh Bin Haji Awang, Cikgu Muhamad Akil Bin Atan serta Haji Wan Endut Bin Othman. Peranan utama jawatankuasa ini ialah untuk mengumpul dan memperolehi barang-barang lama dan bersejarah. Namun begitu, perjalananan jawatankuasa ini terbantut kerana masalah kewangan dan peruntukan undang-undang. Kesinambungan daripada itu, pada 14 januari 1960, Y.B.

Upload: daaohh

Post on 24-Sep-2015

11 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

dfsfgrfsegvdfzsbvfdsgbdvcf

TRANSCRIPT

SEJARAH PENUBUHANMuzium Negeri Terengganu merupakan sebuah muzium yang ditubuhkan berdasarkan peristiwa penemuan batu oleh Syed Hussein Ghulam Al Bukhari. Muzium Negeri Terengganu telah ditubuhkan pada tahun 1976 di bawah Enakmen Bil. 9 Tahun 1976. Penubuhan ini telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri pada 28 Disember 1976 dan mula berkuatkuasa pada 1 November 1977. Rentetan sejarah hasrat penubuhan Muzium Negeri Terengganu ini tercetus sejak awal tahun 1920 an lagi kesan daripada peristiwa perjumpaan Batu Bersurat Terengganu di Kampung Buloh, Hulu Terengganu oleh Syed Hussein Ghulam Al Bukhari pada tahun 1902. Peristiwa penemuan Batu Bersurat yang bersejarah ini telah melahirkan rasa kegembiraan dan rasa kesyukuran seluruh rakyat Negeri Terengganu pada waktu itu. Namun, masalah timbul kerana ketiadaan tempat untuk menyimpan batu bersejarah ini. Keadaan ini telah mencabar dan menyedarkan pimpinan negeri itu betapa pentingnya negeri ini mempunyai Muzium sendiri. Setelah itu, Al-Marhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah tiada pilihan selain memperkenankan Batu Bersurat itu dibawa ke Singapura untuk disimpan dan dipamerkan di Muzium Gambar Raffles pada tahun 1923. Menteri Besar Terengganu pada masa itu Dato Haji Ngah Mohd Bin Yusof telah bersetuju dengan surat jawapan daripada Penasihat British yang tertulis :" Maka apakala diadakan Muzium di dalam Terengganu kelak ataupun tempat lain yang munasabah bolehlah kerajaan mengambil balik pula pada bila-bila masa yang dikehendaki adanya "Berikutan itu, kesedaran serta semangat untuk menpunyai Muzium sendiri semakin memuncak. Pada tahun 1955, Y.A.B. Dato Menteri Besar, Dato Haji Kamaruddin Bin Haji Idris ( Menteri Besar Terengganu ketika itu ), telah menubuhkan satu jawatankuasa serta mengimpikan hasrat untuk mewujudkan Muzium di Negeri Terengganu. Jawatankuasa ini telah dianggotai oleh Y.B.M. Engku Pengiran Anom, Haji Mohd Salleh Bin Haji Awang, Cikgu Muhamad Akil Bin Atan serta Haji Wan Endut Bin Othman. Peranan utama jawatankuasa ini ialah untuk mengumpul dan memperolehi barang-barang lama dan bersejarah. Namun begitu, perjalananan jawatankuasa ini terbantut kerana masalah kewangan dan peruntukan undang-undang. Kesinambungan daripada itu, pada 14 januari 1960, Y.B. Dato Setiausaha Kerajaan Terengganu, Dato Andika Indera, Encik Ishak Bin Mohd Isa telah membuat satu perjumpaan dan hasilnya, satu persetujuan dicapai sebulat suara untuk menubuhkan satu jawatankuasa yang dikenali dengan nama Jawatankuasa Barang Lama dan Sejarah Peringkat Negeri. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Y.B. Dato Setiausaha Kerajaan Negeri, manakala Allahyarham Dato Setia Jasa ( Dato Haji Mohd Saleh Bin Haji Awang ) berperanan sebagai Setiausaha. Serentak dengan itu, satu peruntukan telah diwujudkan di bawah kelolaan Jabatan Setiausaha Kerajaan Negeri untuk membeli barang dan koleksi warisan sejarah serta budaya negeri Terengganu. Kerja-kerja pengumpulan barang dan koleksi mula digiatkan mulai Julai 1960 dan ianya telah ditempatkan di dalam almari di satu sudut khas Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Jalan Cherung Lanjut, Kuala Terengganu. Perkembangan yang positif ini telah mengorak langkah yang lebih luas lagi dan hasrat untuk mempunyai Muzium sendiri semakin mendapat perhatian dan sokongan Kerajaan Negeri . Pada 3 Febuari 1974, sebuah jawatankuasa untuk menguruskan hal ehwal yang berkaitan dengan penubuhan Muzium Negeri telah dibentuk. Jawatankuasa ini telah dipengerusikan oleh Y.B. Dato Wira Jaya, Dato Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu pada waktu itu. Dengan pembentukan jawatankuasa ini, hasrat untuk menubuhkan Muzium Negeri mula menampakkan bibit-bibit kejayaan khususnya apabila termaktubnya Enakmen Lembaga Muzium Negeri Terengganu (Enakmen Bil 9/ 1976). Pentadbiran Muzium Negeri terletak di bawah kuasa Bahagian Pentadbiran, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu. Pada tahun 1979, kerja-kerja pengumpulan dan perolehan barang-barang lama dan bersejarah diteruskan dengan lebih giat. Operasi dan fungsi muzium terus diperluaskan. Pada waktu itu, dua orang tokoh yang memainkan peranan yang penting di dalam mengemudikan perkembangan dan kemajuan Muzium Negeri ialah Allahyarham Dato Setia Jasa ( Dato Hj. Mohd Saleh Bin Awang ) dan Tuan Haji Othman Bin Haji Ali. Kerja-kerja penyelidikan, galicari dan pemuliharaan bangunan lama yang bersejarah telahpun dimulakan. Era tahun 1980 an telah meningkatkan lagi perkembangan Muzium Negeri. Pada tahun 1981, seorang kurator telah dilantik untuk menerajui Muzium Negeri. Manakala menjelang tahun 1985, jawatan ini telah ditingkatkan kepada jawatan Pengarah. Pada bulan April 1994, sekali lagi berlaku perubahan yang menarik di dalam sejarah Muzium Negeri. Ini kerana segala urusan pentadbiran, pengurusan dan pameran telah berpindah ke rumah baru , iaitu Kompleks Muzium Negeri Terengganu yang terletak di kawasan seluas 27 hektar di Kg. Bukit Losong, Paloh, Kuala Terengganu.

VISIVisi bagi Muzium Negeri Terengganu ialah:Menjadikan Muzium Negeri Terengganu sebagai sebuah institusi keilmuan kea rah pembentukan masyarakat yang berbudaya, berilmu dan bertaqwa dalam perspektif tempatan, nasional dan global.MISITerdapat beberapa misi bagi Muzium Negeri Terengganu iaitu:Muzium bergerak proaktif dalam mengumpul , menyelamat, memulihara dan menyelidik semua warisan sejarah dan budaya negeri dan negara.Muzium sentiasa memberi perkhidmatan untuk meneroka ilmu dan mendidik masyarakat melalui aktiviti pameran dan sebaran cetak.Muzium bergerak seiring menyumbang ke arah pembangunan Negeri Terengganu Darul Iman.

OBJEKTIF PENUBUHAN LEMBAGA MUZIUM TERENGGANU.Penubuhan Muzium Negeri Terengganu berlandaskan beberapa objektif dan fungsi. Antara objektifnya ialah:a.Menyelamat warisan sejarah dan budaya dengan cara mengumpul, memelihara, menyimpan dan mempamerkan koleksi lama dan baru yang mempunyai nilai sejarah dan budaya Negeri Terengganu Darul Iman khasnya dan Malaysia amnya.b.Melakukan penyelidikan berkaitan budaya Negeri Terengganu Darul Iman khasnya supaya penerangan mengenainya dapat disebarkan kepada orang ramai sebagai sumber pengetahuan, pendidikan serta semangat kebanggaan agar lahir semangat cintakan negeri, negara serta hormat kepada raja dan negara yang akan mewujudkan rasa persefahaman yang lebih erat dalam kalangan ahli masyarakat.c.Melakukan penyelidikan dan pemuliharaan terhadap fauna, flora dan batu batan yang terdapat diseluruh Negeri Terengganu Darul Iman khasnya dan di Malaysia amnya.d.Melaksanakan penyelidikan dan pemuliharaan terhadap monument dan tempat-tempat bersejarah di seluruh Negeri Terengganu Darul Iman.e.Menggalakan perkembangan industri pelancongan negeri khasnya dan negara amnya.

FUNGSIMuzium Negeri Terengganu mempunyai fungsinya yang tersendiri. Antara fungsinya ialah:a.Mengumpul dan menyelamatkan segala warisan budaya negeri Terengganu khasnya dan Malaysia amnya.b.Mendapatkan maklumat tentang warisan dan meyebarkan kepada umum dalam bentuk pameran dan penulisan.c.Warisan yang telah dikumpul akan dipelihara agar ianya menjadi bahan kajian dan bahan bukti kewujudan bangsa Melayu, khasnya masyarakat Melayu Terengganu.d.Menjadikan Muzium sebagai pusat sumber ilmu mengenai masyarakat Terengganu di samping Muzium sebagai salah satu destinasi pelancongan di negeri ini.

PIAGAM PELANGGANa.Sentiasa berusaha mengumpul dan memelihara khazanah warisan sejarah dan budaya negeri termasuk fauna, flora dan batu-batan.b.Bersedia memberi kerjasama dengan penuh mesra kepada para pengkaji dan penyelidik termasuk pelajar sekolah.c.Sentiasa berusaha menjalankan penyelidikan dan seterusnya menyebarkan maklumat terkini kepada orang ramai.d.Bersedia memberi ceramah dan penerangan mengenai sejarah dan budaya negeri kepada yang memerlukan.e.Berusaha menjadikan Muzium Negeri sebagai satu tempat menimba ilmu dan rekreasi yang harmoni kepada semua pelanggan.