sejarah.pptx

Upload: aisyahaffin

Post on 16-Mar-2016

217 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

BAB 2: NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA.

BAB 2: NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA.2.1 Pejuangan Pemimpin Tempatan Menentang British. Gerakan pemimpin tempatan ini merupakan reaksi spontan masyarakat tempatan untuk menjaga kepentingan mereka daripada dicerobohi dan dikuasai oleh orang luar.Pemimpin penentangan; Penghulu Dol Said Dato Maharaja LelaRentapMat Salleh2.1.1 SEBAB-SEBAB PENENTANGAN Dasar penaklukan british Eksploitasi terhadap ekonomi tempatan Pelaksanaan pentadbiran barat terhadap masyarakat tempatan Campur tangan british dalam adat resam tempatan Kesulitan penduduk tempatan Pembesar tempatan kehilangan kuasa dan pengaruh Dasar Penaklukan BritishNaning, Pahang, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak telah menimbulkan pernentangan dalam kalangan rakyat tempatan.British menakluki negeri-negeri melayu bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan politiknya.Mengikut dasar ini, penguatkuasaan politiknya menjadi luasKawasan yang ditakluki perlu mengikut perintah dan peraturan British.Eksploitasi terhadap Ekonomi Tempatan Penjajah British juga mendapat tentangan daripada masyarakat setempat kerana hasrat British untuk menguasai ekonomi tempatan bagi kepentingannya.Perkara ini dilakukan melalui perjanjian dimenterai oleh mereka dengan pemimpin tempatan.Hal ini menimbulkan kemarahan penuduk tempatan terhadap British.Saudagar-saudagar Negeri-Negeri Selat mendapat kebenaran untuk menjalankan perlombongan dan perdagangan bijih timah.

Perlaksanaan Pentabiran Barat Terhadap Masyarakat TempatanBritish telak memperkenalkan sistem cukai, undang-undang dan peraturan-peraturan tanah hingga menimbulkan kemarahan penduduk tempatan.Bertujuan untuk mendapatkan hasil yang maksimum.Contohnya, rakyat Terengganu perlu mendapatkan izin dan dikenakan cukai tanah apabila hendak membuka tanah baru.Bertentangan dengan amalan tradisi mereka yang membenarkan mereka membuka tanah mengikut keperluan dan tanpa perlu membayar cukai.Campur Tangan British dalam Adat TempatanMenyumbang pada penentangan,kerana rakyat dipaksa menerima nilai-nilai British yang bertentangan dengan budaya dan adat istiadat rakyat tempatan.Contohnya, J.W.W. Birch campur tangan adat resam iaitu amalan menggunakan orang suruhan yang diamalkan di masyarakat Melayu.Kesulitan Penduduk TempatanMengalami kesulitan atas perlaksanaan Undang-undang British.Mendorong penduduk tempatan bekerjasama dengan pembesar tempatan menentang British kerana kesetiaan kepada pembesar mereka.Pembesar Tempatan Kehilangan Kuasa dan PengaruhPemimpin tempatan dilantik oleh sultan atau masyarakat tempatan dan berkuasa menjaga hal ehwal masing-masing.Sebelumnya, soal pentadbiran, perundangan, ekonomi dan sosial di bawah kuasa pembesar tempatan.Kedatangan British menyebabkan mereka hilang kuasa dan rasa tidak puas hati.2.1.2 PERISTIWA PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATANPenentangan Dol Said di Naning (1831-1833)Penentangan terhadap British yang paling awal I Tanah Melayu ialah penentangan Penghulu Dol Said di NaningDol Said menentang British kerana Naning dijadikan sebagai Negeri-negeri Selat ,iaitu sebahagian daripada wilayah Melaka.Tindakan British menjadikan Naning sebahagian daripada Melaka menimbulkan kemarahan Penghulu Dol Said kerana terpaksa membayar sebanyak satu per sepuluh hasilnya kepada British di Melaka sebagai ufti .

4. Dol Said enggan berbuat demikian kerana beliau menganggap Naning bukan wilayah Melaka dan British tiada hak terhadap Melaka .5. Ini menyebabkan British menghantar tenteranya untuk menakluki Naning pada tahun 1831 .6. Dol Said mendapat bantuan ketenteraan daripada : a)Yam Tuan Ali (Rembau) b) Syed Shaban c) Penghulu Remai d)Rechat e) Dato Kelana Sungai Ujong f) Penghulu Gemencheh 7. Pasukan Dol Said berjaya mengalahkan 150 tentera British di bawah pimpinan Kapten Wyllie yang berusaha untuk menawan Taboh yang terletak dalam daerah Naning. 8. Kekalahan ini menyebabkan British sekali lagi menyerang Naning pada tahun 1832 dengan membawa tentera lebih ramai , iaitu seramai 1200 orang .

9. Pasukan Dol Said tidak dapat bantuan daripada mana-mana pihak dan akhirnya terpaksa mengaku kalah kepada British dengan menyerah diri .

10. Dol Said akhirnya di bawa ke Melaka dengan diberi pencen dan sebuah rumahPENENTANGAN DI SARAWAKLINGGIR

1- Tindakan James Brooke meluaskan kawasan pentadbirannya pada tahun 1942 dengan mengambil alih beberapa daerah di bawah kuasa Kesultanan Brunei mengancam kedudukan pemimpin-pemimpin tempatan.

2- Mereka enggan menyerahkan daerah tersebut kepada James Brooke dan hal ini menyebabkan James Brooke menyerang daerah-daerah tersebut.

3- Pada tahun 1849, Linggir, pemimpin kaum Iban di Saribas, menyerang kapal Nemesis dekat Batang Lupar.

4- Serangan tersebut ialah hasil tindak balas terhadap langkah James Brooke dan Kapten Farquhar menghalang pelayaran mereka di Sungai Saribas.

5- Dalam serangan tersebut, Linggir dan pengikutnya tewas.RENTAP

1- Pada tahun 1853, Rentap atau Libau, salah seorang pemimpin Iban, menentang James Brooke kerana tindakan Brooke menghapuskan orang Iban di Sungai Skrang yang dianggap sebagai lanun.2- Rentap menyerang kubu Brooke di Nanga Skrang bagi menghalang kezaliman Brooke di kawasan tersebut.3- Rentap dan pengikutnya berjaya mengusir James Brooke bertindak balas dengan membakar kampung mereka.4- Rentap dan pengikutnya berundur ke Bukit Sadok dan mengukuhkan kubu di kawasan tersebut.

5- Pada tahun 1861, James Brooke menyerang kubu tersebut sebanyak 3 kali sebelum berjaya menawan kubu tersebut.

6- Rentap terpaksa berundur ke Ulu Sungai Entabai dan menjadi semakin lemah.Syarif Masahor dan Datu Patinggi Abdul Gapur 1. Kehilangan kuasa memungut cukai dan pengaruh terhadap penduduk tempatan membangkitkan pementangan orang Melayu di bawah piminan Syarif Masahor dan Datu Patinggi Abdul Gapur .2.Mereka menolak penguasaan James Brooke di Sungai Rajang pada tahun 1857 .3. Tindakan James Brooke membina sebuah kubu di Kanowit pada tahun 1858 mencabar kewibawaan Syarif Masahor sebgai pemerintah di kawasan tersebut .4. Kemarahan beliau semakin memuncak apabila James Brooke meluncutkan kuasanya di Sarikei pada tahun 1855 .

5. Syarif Masahor bertindak dengan menyerang kubu James Brooke di Kanawit . 6. Seterusnya , Syarif Masahor dan Datu Patinggi Abdul Gapur menyerang James Brooke di Kuching. 7. Walau bagaimanapun serangan itu gagal , Syarif Masahor melarikan diri ke Brunei tetapi diserahkan oleh Sultan Brunei kepada British di Singapura .8. Datu Patinggi Abdul Gapur melarikan diri ke Betawi tetapi beliau berjaya ditahankan oleh Belanda dan diserahkan kepada James Brooke .

Penentangan di Sabah 1. Kehadiran kuasa British untuk mentadbirkan negeri Sabah menerima tentangan daripada para pemimpin tempatan .2. Kuasa British yang mentadbirkan Sabah pada ketika itu ialah Syarikat Borneo Utara British (SBUB) . 3. Kebangkitan rakyat tempatan yang paling besar terhadap kompeni Inggeris datangnya daripada seorang pemimpin di Hulu Sungai Sugut dan Tambunan yang bernama Datu Mohamed Salleh bin Datu Balu(MAT SALLEH) .4. SBUB menduduki kawasan kawasan pengaruh Mat Salleh dan turut melaksanakan sistem cukai kepala dan surat perahu .

5. Pegawai pegawai syarikat bertindak kasar terhadap penduduk tempatan. 6. Pada tahun 1897, Mat Salleh pergi ke Sandakan untuk berbincang dengan SBUB tetapi tidak di layan. 7. Gabenor Beaufort kemudaiannya menyerang dan membakar kampung Mat Salleh . Mat Salleh terpaksa melarikan diri .8. Pada Julai 1897, Mat Salleh dan pengikutnya melancarkan serangan mengejut terhadap kedudukan SBUB di Pulau Gaya dan memusnahkan bangunan kerajaan yang terletak di situ. 9. Pada Disember 1897 pula, British menyerang kubu Mat Selleh di Ranau tetapi gagal mengakap Mat salleh. 10. Kegagalan tersebut menyebabkan SBUB menawarkan pelan damai kepada Mat Salleh , iaitu dengan menawarkan Tambunan kepadanya . 11. Walau bagaimanapun , SBUB mungkir janji dan ini menyebabkan Mat Salleh sekali lagi menyerang kubu SBUB .12. Serangan tersebut di balas oleh SBUB yang menyebabkan Mat Salleh akhirnya tewas dan terkorban .

Penentangan di Perak 1. Pembaharuan-pembaharuan yang dilakukan oleh J.W.W. Birch membawa kepada penentangan orang tempatan di bawah pimpinan Dato Maharaja Lela .2. Sultan Abdullah dan para pembesar yang lain juga bersatu padu untuk menentang British. 3. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya penentangan penduduk tempatan di Perak: a) kelemahan Perjanjian Pangkor yang menyebabkan kuasa residen bertukar fungsi daripada penasihat kepada pemerintah .

b) Pembaharuan-pembaharuan yang dibuat oleh Birch seperti cukai,sistem perhambaan,dan perundangan British.c) Penghapusan hak pungutan cukai oleh pembesar tempatan . d) Personaliti Birch yang tidak menghormati sistem sosial tempatan dan tidak tahu berbahasa Melayu e) Penguasaan British terhadap kawasan pembesar Melayu .

Urutan Penentangan di Perak 1. Walaupun Sultan Abdullah menandatangani Perjanjian Pangkor pada tahun 1874 yang mengiktiraf campur tangan British di Perak, kehadiran J.J.W. Birch ke Perak menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pemimpin tempatan . 2. Sultan Abdullah, Dato Maharaja Lela dan pembesar Melayu yang lain mengadakan bantahan secara terbuka terhadap British . Pada masa yang sama, Dato Maharaja Lela membuat kubu di Pasir Salak pada Februari 1875 . 3. Satu mesyuarat diadakan antara Dato Maharaja Lela dengan pembesar Melayu di Durian Sebatang untuk menentang undang-undang British pada 21 Julai 1875.4. Satu mesyuarat lagi diadakan pada 12 September 1875 di Belanda, yang mempertanggungjawabkan dato Maharaja Lela untuk membunuh J.J,W. Birch .5. 31 Oktober 1875, Birch mendapat persetujuan daripada Sultan Abdullah untuk menyerahkan kuasa kepada British . Birch terus bergerak ke Pasir Salak pada 1 November 1875 untuk membuat perisytiharan penyerahan tersebut . Mat Arshad , orang suruhan British yang sedang menampal poster cukai, telah dibunuh penduduk tempatan . 6. pada 2 November 1875, Birch dibunuh oleh orang suruhan Dato Maharaja Lela , iaitu Pandak Lam ,Seputum dan lain-lain . 7. Peristiwa tersebut menyebabkan pihak British , bersama-sama 500 orang tenteranya , melancarkan serangan terhadap Pasir Salak dan kawasan-kawasan yang terlibat . 8. Dato Maharaja Lela, Dato Sagor melarikan diri ke Kota Lama. 9. Pada 20 November 1877, pihak-pihak yang tertentu dalam pembunuhan tersebut ditangkap dan dibicarakan di Matang ,Perak .10. Dato Maharaja Lela ,Dato Sagor, Pandak Lam dan Seputum dijatuhkan hukuman gantung . 11. Sultan Abdullah, Ngah Ibrahim , Dato laksamana dan Dato Shahbandar dibuang negeri ke Pulau Sychelles . Penentangan di Negeri Sembilan .1. Kemasukan British di Negeri Sembilan mendapat tentangan daripada pemimpin tempatan .2. Yam Tuan Antah Sri Menanti dan DatoSyahbandar menentang kemasukan British di Sungai Ujong. 3. Antara faktor yang menyebabkan Yam Tuan Antah menentang : a) campur tangan British di Sungai Ujong b) British menyokong Dato Kelana menduduki Terachi dan Paroi c) British menawan Bukit Putus ,Jempul dan Terachi d) terpaksa menandatangani Perjanjian Damai oada tahun 1888 . 4. Dato Syahbandar Sungai Ujong enggan menandatangani perjanjian dengan British pada 21 April 1874. 5. Dasar British yang memberi sokongan kepada Dato Kelana tidak disenangi oleh Dato Syahbandar.6. Kedua-dua orang pemimpin merebut kawasan sempadan untuk mengenakan cukai terhadap pedagang bijih timah ari negeri-negeri selat.7. Dato Kelana Syed Abdul Rahman berjaya mengalahkan Dato Syahbandar Abdullah Tunggal dengan bantuan British.

8- Dato Syahbandar terpaksa berundur ke Selangor, tetapi pada 10 November 1874, beliau terpaksa kembali ke Sungai Ujong untuk menandatangi perjanjian dengan British. Beliau bersetuju untuk meletakkan jawatan dan berhijrah ke Singapura.9- Seluruh sungai Ujong diletakkan di bawah Dato Kelana yang berada dalam penguasaan British.Penentangan di Pahang 1. Kebangkitan pemimpinMelayu menentang British di Pahang berlaku pada tahun 1888 . 2. Perlantikan J.P Rodgers sebagai Residen Pahang yang pertama menerima tentangan daripada lDato Bahaman yang menolak pelaksanaan undang-undang British seperti sistem kehakiman, pemungutan hasil tanah, sistem cukai, dan penubuhan pasukan polis luar di Pahang . 3.Pelaksanaan undang-undang tersebut amat bertentangan dengan adat resam dan sistem politik tempatan . 4. Pengenalan undang-undang tersebut menghakis kuasa pembesar Melayu seperti DatoBahaman yang digelar Orang Kaya Setia Perkasa Pahlawan Semantan.5. Dato Bahaman mendapat bantuan daripada rakan-rakannya seperti Tok Gajah dan anaknya Mat Kilau serta Imam Rasul . 6. Pada tahun 1890, Dato Bahaman menentang British kerana British membina balai polis di Lubuk Terua, iaitu kawasan di bawah lingkungan pengaruhnya . 7. Pada Disember 1891, Dato Bahaman menyerang pihak British kerana menangkap anak-anak buahnya . 8. Pada tahun 1892 beliau dan rakan-rakannya berjaya menawan Balai Polis Lubuk Terua dan diikuti oleh penawaan Pekan dan Temerloh . 9. Kawasan Kuala Tembeling dan Jeram Ampai berjaya dikuasai oleh Dato Bahaman pada tahun 1894 . 10. Akhirnya , akibat tekanan yang kuat daripada British , Dato Bahaman berundur ke Kelantan pada tahun 1895 . 11. Dato Bahaman dan pengikutnya mendapat perlindungan daripada penduduk dan pembesar Terengganu dan Kelantan .

12. Kemudian , Dato Bahaman menetap di Hulu Kelantan , sementara Tok Gajah dan keluarganya menetap di Hulu Terengganu . 13. Pada tahun 1896, Dato Bahaman berpindah ke Bangkok dan mendapat perlindungan daripada Raja Chulalongkorn . 14. Beliau akhirnya menetap di Chieng Mai dan diberi wang sara hidup sebanyak 1000 bath . Beliau meninggal dunia di sana .

Penentangan di Kelantan . 1. Pada tahun 1910 , Sistem Penasihat British diperkenalkan di Kelantan dan menyebabkan timbulnya penentangan di Pasir Puteh .2. British memaksa penduduk tempatan menerima cukai yang diperkenalkan oleh British . 3. Kebangkitan orang Melayu diketuai oleh Tok Janggut , iaitu Haji Mat Hasan bin Munas, yang membantah sistem cukai tersebut dan juga enggan membayar cukai .4. Bantahan yang dibuat oleh Tok Janggut tidak dilayan oleh Pegawai Daerah Pasir Puteh.5. Pihak polis diarahkan untuk menangkap Tok janggut tetapi gagal . 6. pada tahun 1915, Engku Besar Jeram , Tuan Ahmad , Penghulu Adam , Haji Said , Che Ishak dan rakyat tempatan menyerang Pasir Puteh . 7. Selepas berjaya menawan Pasir Puteh, Tok Janggut dan rakan-rakannya membentuk kerajaan sementara . 8. Atas nama Sultan Kelantan, British membawa masuk tentera daripada Negeri-negeri Selat (NNS) dengan kapal perang H.M.S Cadmus yang mendarat di Tumpat . 9. Pada Mei 1915, British memulakan serangan di Saring dan berjaya melumpuhkan perjuangan Tok Janggut dan pengikutnya . 10 . Tok Janggut terkorban . Mayatnya diarak di seluruh Pekan Kota Bharu sebelum digantung di pasar dalam keadaan kepala ke bawah dan kaki ke atas sebagai amaran kepada masyarakat tempatan yang berani menentang British . Penentangan di Terengganu 1. Penentangan terhadap British di Terengganu digerakkan oleh seorang ulama bernama Haji Abdul Rahman Limbong .2 . Haji Abdul Rahman Limbong menentang British kerana tidak puas hati dengan sistem cukai dan undang-undang tanah yang diperkenalkan oleh British. 3. Pada Julai dan Ogos 1922, Haji Abdul Rahman Limbong mengetuai penduduk kampung untuk membersihkan tanah di Kuala Telemong tanpa menghiraukan peraturan tanah British .

4. Pada Mei 1925, kira-kira 300 orang penduduk kampung berkumpul dan membuka tanah milik Tengku Nik Maimunah ibn Sultan Zainal Abidin III yang meliputi kawasan dari Lubuk Batu hingga Kampung Pelam . 5. Keadaan ini amat membimbangkan British tetapi dengan jasa baik Tengku Nik Maimunah , mereka telah dapat disuraikan . 6. Pada Mei 1928, penduduk melancarkan pementangan bersenjata dengan menyerang bangunan yang menjadi milik kerajaan di Kuala Berang dan berjaya mendudukinya .7. Di Kuala Telemong pula , mereka telah bersiap sedia menunggu arahan untuk menentang British .8. Dalam usaha untuk menangkap Haji Abdul Rahman Limbong , British menggunakan kuasa dan nama Sultan Terengganu bagi memudahkan penangkapan mereka yang terlibat dalam serangan tersebut. 9. British menghantar tiga orang pembesar yang membawa perintah sultan untuk menawan semula Kuala Berang .10. Kaedah ini memudahkan British kerana British tahu bahawa rakyat Melayu tidak akan menderhaka kepada sultan mereka .11. Pasukan polis yang terdiri daripada 25 orang telah menyerang Kuala Telemong dan berjaya menumpaskan kebangkitan penduduk tempatan . 12. Seramai 11 orang penduduk tempatan terkorban , manakala haji Abdul Rahman Limbong pula diserang oleh 50 orang polis yang di bawa dari Singapura .13. Beliau akhirnya berjaya ditahan dan dibuang negeri ke Makkah . SEKIAN TERIMA KASIH