sejarah tingkatan 5 bab 6

4
Bab 6 : Pengukuhan Negara Dan Bangsa Malaysia 1. Jelaskan secara ringkas cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh pemimpin tempatan dan luar Negara ke arah pembentukan Malaysia, iaitu sebelum pengumuman dibuat oleh Tunku Abdul Rahman pada 27 Mei 1961 1. Cadangan untuk membentuk sebuah Negara Malaysia telah dikemukan sejak awal abad ke-19 lagi. 2. Cadangan pertama telah dikemukakan oleh Lord Brassey ( Pengarah Syarikat Borneo Utara ). Beliau mencadangkan agar kerajaan British menggabungkan Sarawak & Sabah ( Borneo Utara ) dgn Negeri-Negeri Melayu dan Negeri-Negeri Selat. 3. Pada tahun 1948, Sir MalcolmDonald, Gabenor Jeneral Asia Tenggara ( 1949 – 1952 ) mencadangkan supaya Sarawak, Sabah, Singapura, Brunei dan PTM digabungkan. 4. Pemimpin Singapura spt Lim Yew Hock, David Marshal l { 1955 } & Lee Kuan Yew { 1959 } tlh mencadangkan utk menggabungkan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu. 5. Pada tahun 1959, Lee Kuan Yew mendesak Britsih supaya berunding dengan Tunku Abdul Rahman untuk menggabungkan Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu sahaja. T. Abdul Rahman tdk bersetuju kerana akan menyebabkan ketidakseimbangan penduduk. 2.a. Huraikan faktor politik dan ekonomi yang telah mendorong kepada pembentukan Malaysia pada 16 September 1963. 1. Perkembangan pengaruh Komunis di Asia Tenggara terutamanya di Singapura telah menimbulkan kebimbangan Lee Kuan Yew. Beliau telah menggunakan alasan ini utk mendesak British menggabungkan Singapura & PTM. Hal ini kerana PTM berpengalaman dalam membanteras pengaruh Parti Komunis Malaya ( PKM ) sepanjang tempoh darurat. Pengaruh komunis semakin ketara apabila Barisan Sosialis di bawah pimpinan Lim Chin Siong telah memenangi pilihan raya kecil pada tahun 1961. Kemenangan ini akan melemahkan parti pimpinan Lee Kuan Yew iaitu Parti Tindakan Rakyat ( PAP ). Perkembangan ini telah membimbangkan Lee Kuan Yew kerana ia akan menggugat rancangan British untuk memberikan kemerdekaan kepada Singapuran kerana Barisan Sosialis ialah gerakan berhaluan kiri. Tunku Abdul Rahman juga bersetuju dengan idea pembentukan Malaysia ini kerana wujudnya ancaman komunis di Sarawak yang diperjuangkan oleh Clandestine Communist Organization ( CCO ). CCO bermatlamat untuk menjadikan Sarawak sebagai sebuah negara komunis. Tunku berharap dengan kemasukan Singapura, Sabah dan Sarawak akan dapat menjadi benteng yang kukuh bagi menghadapi ancaman komunis. 2. Penubuhan Malaysia akan membolehkan Singapura, Sabah dan Sarawak mendapat kemerdekaan tanpa berusaha secara bersendirian. Ia menjamin kemerdekaan yang lebih awal kerana mengikut perancangan, Malaysia akan ditubuhkan dalam tempoh dua tahun sahaja. Ini akan membantu negeri-negeri tersebut menikmati pembangunan sosial, ekonomi dan politik. 3. Penubuhan Malaysia ialah proses dekolonisasi British terhadap negeri-negeri kecil yang belum membangun.

Upload: zhang-ewe

Post on 27-Jul-2015

178 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sejarah Tingkatan 5 Bab 6

Bab 6 : Pengukuhan Negara Dan Bangsa Malaysia

1. Jelaskan secara ringkas cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh pemimpin tempatan dan luar Negara ke arah pembentukan Malaysia, iaitu sebelum pengumuman dibuat oleh Tunku Abdul Rahman pada 27 Mei 1961 1. Cadangan untuk membentuk sebuah Negara Malaysia telah dikemukan sejak awal abad ke-19 lagi. 2. Cadangan pertama telah dikemukakan oleh Lord Brassey ( Pengarah Syarikat Borneo Utara ).

Beliau mencadangkan agar kerajaan British menggabungkan Sarawak & Sabah ( Borneo Utara ) dgn Negeri-Negeri Melayu dan Negeri-Negeri Selat.

3. Pada tahun 1948, Sir MalcolmDonald, Gabenor Jeneral Asia Tenggara ( 1949 – 1952 ) mencadangkan supaya Sarawak, Sabah, Singapura, Brunei dan PTM digabungkan.

4. Pemimpin Singapura spt Lim Yew Hock, David Marshall { 1955 } & Lee Kuan Yew { 1959 } tlh mencadangkan utk menggabungkan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu.

5. Pada tahun 1959, Lee Kuan Yew mendesak Britsih supaya berunding dengan Tunku Abdul Rahman untuk menggabungkan Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu sahaja. T. Abdul Rahman tdk bersetuju kerana akan menyebabkan ketidakseimbangan penduduk.

2.a. Huraikan faktor politik dan ekonomi yang telah mendorong kepada pembentukan Malaysia pada 16 September 1963.

1. Perkembangan pengaruh Komunis di Asia Tenggara terutamanya di Singapura telah menimbulkan kebimbangan Lee Kuan Yew. Beliau telah menggunakan alasan ini utk mendesak British menggabungkan Singapura & PTM. Hal ini kerana PTM berpengalaman dalam membanteras pengaruh Parti Komunis Malaya ( PKM )

sepanjang tempoh darurat. Pengaruh komunis semakin ketara apabila Barisan Sosialis di bawah pimpinan Lim Chin Siong telah

memenangi pilihan raya kecil pada tahun 1961. Kemenangan ini akan melemahkan parti pimpinan Lee Kuan Yew iaitu Parti Tindakan Rakyat ( PAP ). Perkembangan ini telah membimbangkan Lee Kuan Yew kerana ia akan menggugat rancangan British

untuk memberikan kemerdekaan kepada Singapuran kerana Barisan Sosialis ialah gerakan berhaluan kiri.

Tunku Abdul Rahman juga bersetuju dengan idea pembentukan Malaysia ini kerana wujudnya ancaman komunis di Sarawak yang diperjuangkan oleh Clandestine Communist Organization ( CCO ).

CCO bermatlamat untuk menjadikan Sarawak sebagai sebuah negara komunis. Tunku berharap dengan kemasukan Singapura, Sabah dan Sarawak akan dapat menjadi benteng yang

kukuh bagi menghadapi ancaman komunis. 2. Penubuhan Malaysia akan membolehkan Singapura, Sabah dan Sarawak mendapat kemerdekaan tanpa

berusaha secara bersendirian. Ia menjamin kemerdekaan yang lebih awal kerana mengikut perancangan, Malaysia akan ditubuhkan dalam tempoh dua tahun sahaja. Ini akan membantu negeri-negeri tersebut menikmati pembangunan sosial, ekonomi dan politik.

3. Penubuhan Malaysia ialah proses dekolonisasi British terhadap negeri-negeri kecil yang belum membangun. Dalam Perhimpunan Agung ( PBB ) pd thn 1960 telah menimbulkan usul agar tanah jajahan

dimerdekakan. Kejayaan pembentukan M’sia diharapkan dpt memberikan kestabilan politik kpd rantau Asia Tenggara. British berharap pembentukan M’sia dapat menghalang penyebaran pengaruh komunis di Singapura

dan wilayh-wilayah Borneo. British perlu mengambil langkah-langkah ke arah memastikan kepentingan mereka terus terkawal

terutama pangkalannya iaitu Singapura. 4. Penubuhan M’sia akan mewujudkan satu pasaran yg lebih luas bagi menggalakkan pelaburan dan

perkembangan industri pertanian.5. Penubuhan M’sia akan mewujudkan satu kerjasama serantau dalam bidang ekonomi yg dpt memanfaatkan

keistimewaan dan sumber yg ada di negeri-negeri ini.

Page 2: Sejarah Tingkatan 5 Bab 6

6. Gabungan bahan mentah yang terdapat di Tanah Melayu, Sabah, Sarawak & Brunei akan memperkukuhkan lagi ekonomi Malaysia

T.M : getah , bijih timah Sabah & Sarawak : sumber balak Brunei : sumber minyak

b. Jelaskan reaksi Parti Rakyat Brunei di bawah pimpinan A.M Azahari terhadap pembentukan Malaysia

1. Gagasan Malaysia telah ditentang oleh Parti Rakyat Brunei yang dipimpin oleh A.M Azahari. 2. Hal ini kerana matlamat PRB adalah untuk menubuhkan Persekutuan Borneo, iaitu Kerajaan Kalimantan

Utara yang terdiri Sabah, Sarawak dan Brunei. 3. Mereka menganggap gagasan Malaysia sebagai satu bentuk neokolonialisme. 4. A.M Azahari telah melancarkan satu pemberontakan di bawah pasukan Tentera Nasional Kalimantan Utara

( TNKU ) yang ditubuhkan di beberapa buah bandar Sarawak, Sabah dan Brunei 5. Pemberontakan ini telah dilancarkan pada 7 Disember 1962 apabila, Majlis Mesyuarat Undangan Negeri

Brunei dan Sultan Brunei menangguhkan keputusan tentang gagasan Malaysia. 6. A.M. Azahari dan penyokongnya telah mendapat bantuan & sokongan drpd kerjn Indonesia & Filipina 7. Pemberontakan tersebut dapat dipatahkan oleh British, tetapi A.M.Azahari tidak dapat ditangkap kerana

berada di Filipina dan kemudiannya mendapatkan perlindungan politik di Indonesia

3.a. Huraikan pendirian pihak Indonesia terhadap terhadap cadangan pembentukan gagasan Malaysia

1. Indonesia telah membantah pembentukan Malaysia。2. Pada peringkat awal, Indo tidak menunjukkan sebarang reaksi namun tentangan muncul pada akhir 1962, 3. Mereka berpendapat bahawa pembentukan Malaysia adalah satu bentuk neokolonialisme yang akan

mengancam Indonesia. 4. Parti Komunis Indonesia menyuarakan pandangan dan kemudiannya telah berjaya mempengaruhi Presiden

Soekarno untuk mengisytiharkan Dasar Konfrontasi terhadap Malaysia.

b. Nyatakan tindakan-tindakan kerajaan Indonesia dalam mengagalkan rancangan pembentukan Malaysia serta usaha-usaha Malaysia dalam menghadapi penentangan daripada Indonesia

Tindakan Indonesia 1. Presiden Soekarno telah mengisytiharkan Dasar Konfrontasi terhadap Malaysia2. Slogan Ganyang Malaysia telah diumumkan untuk memusnahkan pembentukan Malaysia pada 20 januari

1963. 3. Mereka telah menghantar pasukan pengintip untuk memusnahkan gagasan M’sia secara sulit4. Indonesia telah melancarkan serangan terhadap kapal-kapal nelayan Tanah Melayu5. Mereka melakukan pencerobohan udara Malaysia 6. Tentera Indonesia telah melancarkan serangan terhadap Malaysia melalui Johor, Sarawak dan Sabah. 7. Indonesia juga telah bertindak dengan memburukkan nama Malaysia di Negara Afro-Asia dan di Negara

Dunia Ketiga. Usaha Malaysia untuk menghadapi tentangan

8. Malaysia telah bertindak balas dengan bantuan tentera Komanwel termasuklah dari Britain, Australia, New Zealand dan Kanada.

9. Surat bantahan rasmi telah dihantar oleh Tunku Abdul Rahman kepada Setiausaha Agung Bangsa-Bangsa Bersatu berkaitan dengan pencerobohan tersebut.

10. M’sia mengambil langkah memelihara kedaulatan negara dan rakyat apabila Indo memburukkan namanya11. Tun Abdul Razak mewakil M’sia telah megadakan beberapa lawatan ke negara Afrika bg menjelaskan

masalah hubungan diplomatik antara Indo & M’sia

Page 3: Sejarah Tingkatan 5 Bab 6

4.a. Apakah peranan yang dimainkan oleh wakil pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ( PBB ) yang ditugaskan untuk meninjau pendapat penduduk Sabah dan Sarawak ke arah pembentukan Malaysia ?

1. Setiausaha Agung PBB iaitu U Thant telah membentuk perwakilan Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau United Nationsl Malaysia Mission ( UNMM ).

2. U Thant sekali lagi telah menghantar wakilnya Lawrence Michaelmore dari Amerika Syarikat untuk meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak.

3. Rombongan tersebut telah disertai oleh Lawrence Michaelmore bersama-sama wakil dari Chezchoslovakia Argentina Brazil Ceylon Pakistan Jepun Republik Arab Bersatu.

4. Mereka telah mendapati bahawa majoritI rakyat Sarawak dan sabah bersetuju menyertai Persekutuan Malaysia.

5. Rakyat Sabah dan Sarawak telah mengubah fikiran mereka untuk menyokong Persekutuan Tanah Melayu usaha yang berterusan yang dijalankan oleh Kerajaan Persekutuan tanah Melayu. Prti Perikatan membentuk parti yg menyokong pembentukan M’sia yg memenangi pilihan raya di S&S

6. Penduduk Sabah dan Sarawak lebih suka untuk menyertai Persekutuan tanah Melayu daripada menganggotai Filipina atau pun Indonesia.

b. Analisakan perkara-perkara penting tentang sabah dan Sarawak yang terdapat dalam perjanjian Malaysia 1963

i. Semua urusan hal ehwal luar adalah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan.ii. Agama Islam adalah agama Persekutuan kecuali Sabah dan Sarawak tetapi agama lain dibebaskan

iii. Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan, bahasa Inggeris dan bahasa lain masih boleh digunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi sehingga 10 tahun selepas Hari Malaysia

iv. Sarawak dan Sabah diberi kuasa untuk mengawal hal ehwal imigresen dan perkhidmatan awam v. Pembahagian kerusi bagi perwakilan parlimen

Sabah mendapat 16 kerusi Sarawak 24 kerusi Singapura 15 kerusi

vi. Bumiputra Sabah dan Sarawak mendapat taraf yang sama dengan org Melayu di Persekutuan Tanah Melayu

5. Huraikan bidang tugas Suruhanjaya Cobbold dan cadangan-cadangan yang telah dikemukakan

Bidang Tugas1. Meninjau pendapat penduduk Sarawak & Sabah tentang gagasan M’sia. 2. Membuat penilaian terhadap hasil tinjauan3. Menerima memorandum daripada pelbagai pertubuhan 4. Mengemukakan cadangan kepada British5. Memulakan tugas dari bulan Feb hingga April 1962 6. Membuat laporan kepada kerajaan British pada Jun 19627. Antara isi kandungan laporan tersebut ialah :

1/3 penduduk Sarawak dan Sabah menyokong gagasan Malaysia tanpa syarat 1/3 menyokong dengan syarat kepentingan mereka harus dilindungi 1/3 menginginkan kemerdekaan sebelum menyertai Malaysia.

Page 4: Sejarah Tingkatan 5 Bab 6

Cadangan-Cadangan

1. Perlembagaan Malaysia haruslah berasaskan perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. 2. Kuasa diberikan kepada kepada sabah dan Sarawak untuk menentukan dasar imigresen 3. Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan 4. Jaminan terhadap hak dan kedudukan bumiputra Sabah dan Sarawak 5. Pemberian nama Malaysia. 6. Penentuan tarikh penubuhan Malaysia

6. Apakah yang dimaksudkan dengan Akta Malaysia ?

1. Akta yang diperuntukan penggabungan negeri-negeri berkenaan yang seterusnya dinamakan Malaysia 2. Ratu Elizabeth II telah memperkenankan Akta Malaysia yang telah diluluskan oleh Parlimen Britain 3. Kemudian diikuti oleh kelulusan Perjanjian Malaysia oleh

Parlimen Persekutuan Tanah Melayu Dewan Perhimpunan Singapura Majlis Undangan Sarawak Majlis Undangan Sabah.

4. Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan Akta Malaysia pada 26 Ogos 1963. 5. Negara Malaysia ditubuhkan secara rasminya yang merangkumi Persekutuan Tanah Melayu, Singapura,

Sarawak dan Sabah pada 16 September 1963.