sejarah tingkatan 5 bab 2 & 3

4
Bab 3 : Kesedaran pembinaan Negara dan Bangsa 1.a. Huraikan bagaimana Itali membentuk negara bangsa mereka 1. Count Camillo Benso di Cavour telah berusaha untuk menyatukan wilayah- wilayah tersebut di bawah sebuah pemerintahan bangsa Itali dan berusaha menghalau keluar orang Austria dari Itali. 2. Beliau telah menggunakan amalan realpolitik mewajarkan apa saja cara untuk mencapai matlamat politiknya. 3. Beliau amat menyanjung tinggi penyatuan Itali berlandaskan pemerintahan monarki. 4. Satu kerjasama dengan Perancis semasa pemerintahan Napoleon III telah diadakan bertujuan menentang Austria pada tahun 1860. 5. Itali telah berjaya mengalahkan Austria dengan bantuan tentera Napoleon III. 6. Count Camillo Benso di Cavour tlh mendpt sokongan majority drpd rakyat utk menyatukan Negara Itali melalui satu pungutan suara. 7. Pada tahun 1866, wilayah Venetia telah diserahkan kepada Itali Sebagai balasan di atas kerjasama Itali membantu Prussia mengalahkan Austria. 8. Kesempatan untuk menyatukan Itali telah tiba apabila pada tahun 1870, Perancis telah mengundurkan tenteranya dari Rom. Kesempatan ini telah digunakan oleh Count Camillo Benso di Cavour untuk menyatukan Rom dan Itali. b. Pembentukan kerajaan Islam Madinah amat berbeza daripada Negara Eropah. Terangkan Pendapat ini. 1. Pembentukan kerajaan Islam adalah penyatuan melalui prinsip Islam bukannya berasaskan bangsa seperti di Eropah atau Barat yg menggunakan amalan realpolitik dan politik darah and besi . 2. Nabi Muhammad s.a.w menyusun perlembagaan sebelum mengasaskan sebuah kerajaan. 3. Piagam Madinah yang telah dibentuk telah berjaya menyatukan penduduknya yang berbilang kaum seperti Yahudi, Kristian dan Arab. 4. Kerajaan Islam yang dibentuk di Madinah adalah berdasarkan diplomasi musyawarah permuafakatan. 5. Ia membuktikan bahawa amalan kerjasama dan permuafakatan antara pemimpin dengan rakyat menjamin keutuhan sebuah negara dan bangsa. 2.a. Apakah persamaan dan perbezaan antara Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor pada tahun 1895 dengan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Terengganu pada tahun 1911 Persamaan Perbezaan F1 Tangungjawab Sultan dan Menteri Sultan dan menteri dilarang menyerahkan negeri kepada kuasa lain F2 Agama islam Agama Islam menjadi agama raasmi F3 Perlantikan Menteri Besar Raja berhak memilih Menteri Besar Jemaah Menteri menentukan jawatan Naib menteri Besar F4 Syarat menjadi Menteri Mesti berbangsa Melayu, beragama Islam dan merupakan rakyat kedua-dua negeri serta mengaku / mengangkat sumpah taat setia kepafa raja dan kerajaan Johor F5 Nama perlembagaan Johor ialah Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor Undang-Undang Terengganu dikenali sebagai ittiqan ilmuluk bi-ta’dil ilsuluk F6 Undang-undang Tubuh kerajaan Johor diperkenalkan pada tahun 1895 Sultan Terengganu memperkenalkan Perlembagaan Terengganu pada tahun 1911 F7 Tokoh yang memperkenalkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor ialah Sultan Abu Bakar Tokoh yang memperkenalkan ittiqan ilmuluk bi;tadil il-suluk ialah Sultan Zainal Abidin III

Upload: zhang-ewe

Post on 20-Jul-2015

119 views

Category:

Education


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sejarah Tingkatan 5 Bab 2 & 3

Bab 3 : Kesedaran pembinaan Negara dan Bangsa

1.a. Huraikan bagaimana Itali membentuk negara bangsa mereka

1. Count Camillo Benso di Cavour telah berusaha untuk menyatukan wilayah- wilayah tersebut di bawah

sebuah pemerintahan bangsa Itali dan berusaha menghalau keluar orang Austria dari Itali.

2. Beliau telah menggunakan amalan realpolitik

mewajarkan apa saja cara untuk mencapai matlamat politiknya.

3. Beliau amat menyanjung tinggi penyatuan Itali berlandaskan pemerintahan monarki.

4. Satu kerjasama dengan Perancis semasa pemerintahan Napoleon III telah diadakan

bertujuan menentang Austria pada tahun 1860.

5. Itali telah berjaya mengalahkan Austria dengan bantuan tentera Napoleon III.

6. Count Camillo Benso di Cavour tlh mendpt sokongan majority drpd rakyat utk menyatukan Negara Itali

melalui satu pungutan suara.

7. Pada tahun 1866, wilayah Venetia telah diserahkan kepada Itali

Sebagai balasan di atas kerjasama Itali membantu Prussia mengalahkan Austria.

8. Kesempatan untuk menyatukan Itali telah tiba apabila pada tahun 1870, Perancis telah mengundurkan

tenteranya dari Rom.

Kesempatan ini telah digunakan oleh Count Camillo Benso di Cavour untuk menyatukan Rom dan Itali.

b. Pembentukan kerajaan Islam Madinah amat berbeza daripada Negara Eropah. Terangkan Pendapat ini.

1. Pembentukan kerajaan Islam adalah penyatuan melalui prinsip Islam

bukannya berasaskan bangsa seperti di Eropah atau Barat yg menggunakan amalan realpolitik dan

politik darah and besi .

2. Nabi Muhammad s.a.w menyusun perlembagaan sebelum mengasaskan sebuah kerajaan.

3. Piagam Madinah yang telah dibentuk telah berjaya menyatukan penduduknya yang berbilang kaum seperti

Yahudi, Kristian dan Arab.

4. Kerajaan Islam yang dibentuk di Madinah adalah berdasarkan

diplomasi

musyawarah

permuafakatan.

5. Ia membuktikan bahawa amalan kerjasama dan permuafakatan antara pemimpin dengan rakyat

menjamin keutuhan sebuah negara dan bangsa.

2.a. Apakah persamaan dan perbezaan antara Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor pada tahun 1895 dengan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Terengganu pada tahun 1911

Persamaan Perbezaan F1 Tangungjawab Sultan dan Menteri

Sultan dan menteri dilarang menyerahkan negeri kepada kuasa lain

F2 Agama islam

Agama Islam menjadi agama raasmi F3 Perlantikan Menteri Besar

Raja berhak memilih Menteri Besar

Jemaah Menteri menentukan jawatan Naib menteri Besar

F4 Syarat menjadi Menteri Mesti berbangsa Melayu, beragama Islam dan

merupakan rakyat kedua-dua negeri serta mengaku / mengangkat sumpah taat setia kepafa raja dan kerajaan Johor

F5 Nama perlembagaan

Johor ialah Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor

Undang-Undang Terengganu dikenali sebagai ittiqan ilmuluk bi-ta’dil ilsuluk

F6 Undang-undang Tubuh kerajaan Johor diperkenalkan pada tahun 1895

Sultan Terengganu memperkenalkan Perlembagaan Terengganu pada tahun 1911

F7 Tokoh yang memperkenalkan

Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor ialah Sultan Abu Bakar

Tokoh yang memperkenalkan ittiqan ilmuluk bi;tadil il-suluk ialah Sultan Zainal Abidin III

Page 2: Sejarah Tingkatan 5 Bab 2 & 3

b. Huraikan pentadbiran sistem Jemaah Menteri di Kelantan

1. Negeri Kelantan telah lama menjalankan sistem Jemaah menteri sejak zaman pemerintahan Sultan

Muhammad I ( 1801 – 1836 )

2. Baginda telah melantik beberapa orang pembesar untuk membantu pentadbirannya.

3. Semasa pemerintahan Sultan Muhammad II ( 1836 – 1886 ) telah membentuk Jemaah Menteri bagi

melicinkan pentadbiran dan pemerintahan negeri Kelantan.

4. Terdapat lapan badan Jemaah Menteri yang

5. setiap satunya dianggotai oleh empat orang pembesar. Setiap Jemaah Menteri mempuny ai bidang tugas masing-masing.

Jemaah Penasihat Raja Bertanggungjawab tentang perkara dan urusan penting bukan rahsia

Jemaah Menteri Istana Hal-hal Istiadat Diraja dan istiadat rasmi di Kelantan

Jemaah Keadilan dan Kehakiman Bertanggung jawab hal keadilan dan kehakiman Jemaah Menteri Dalam Negeri Bertanggungjawab menjaga keamanan negeri

Jemaah Menteri Luar Bertanggungjawab menentukan dasar dan ehwal luar negeri

Jemaah Menteri Perbendaharaan Bertanggungjawab menjaga harta benda dan hasil mahsul Jemaah Menteri Peperangan Bertanggungjawab menguruskan hal-hal pertahanan dan

keamanan negeri

J.M. Pentadbiran & Mengimarahkan Negeri Menguruskan hal-hal kemajuan dan pembangunan negeri

3.a. Sistem pentadbiran dalam persekutuan Negeri Sembilan dikatakan mempunyai unsur Demokrasi.Jelaskan

pelaksanaan sistem tersebut

1. N.9 mengamalkan sis.pemerintahan barcorak Adat Perpatih, iaitu kedaulatan berada di tangan rakyat.

2. Perlantikan pemimpin di dlm adat perpatih dibuat brdasarkn drpd peringkat paling bawah.

tidak mengamalkan kuasa mutlak

mengagihkan kuasa tersebut kepada individu mengikut peringat rendah hingga ke atas.

3. Perlantikan pemimpin dibuat berdasarkan rundingan Yang Dipertuan Besar dengan Undang.

4. Yang Dipertuan Besar tidak mempunyai kuasa untuk melantik pembesar

pembesar dilantik oleh Undang, Lembaga, Buapak dan Anak Buah.

5. Undang ialah ketua bagi Luak yang telah dipilih oleh Lembaga,

bertanggungjawab untuk melantik Yang Dipertuan Besar.

6. Lembaga pula berada di bawah Undang

merupakan ketua suku anggota masyarakat dan telah dilantik oleh Buapak.

7. Lembaga bertanggungjawab terhadap suku masing-masing

ia mempunyai kuasa untuk memilih individu yang layak menjadi Undang. 8. Sistem pemilihan pemimpin ini memperlihatkan unsur demokrasi.

b. Sistem pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka memberikan pengaruh yang cukup besar terhadap negeri-

negeri Melayu lain yang muncul selepasnya, Bincangkan

1. Sis. pemerintahan beraja, adat istiadat Melayu, Bahasa Melayu dan agama Islam merupakan warisan

daripada Zaman Kesultanan Melayu Melaka

2. Kerajaan Johor, Perak dan Pahang diasaskan oleh kerabat diraja Melaka.

3. Gelaran Sultan digunakan oleh pemerintah negeri-negeri tersebut.

4. Warisan takhta kerajaan adalah mementingkan jurai keturunan sebelah bapa.

putera sulung akan dilantik menggantikan Sultan yang mangkat.

adik lelaki sultan akan mewarisi tahta kerajaan jika sultan tidak mempunyai anak lelaki.

5. Johor , Perak dan Pahang juga mengamalkan Sistem Pembesar Empat Lipatan yang mempunyai perbezaan

dari segi gelaran pembesarnya.

Hal ini demikian kerana perubahan semasa dan penyesuaian dengan keadaan tempatan

Page 3: Sejarah Tingkatan 5 Bab 2 & 3

6. Kitab undang-undang yg diamalkan

semuanya adalah berdasarkan Hukum Kanun Melaka dan telah dipinda dan diubah suai utk disesuaikan

dgn unsur tempatan .

Contoh : Undang-Undang Pahang disusun oleh Sultan Abdul Ghapur Muhaiyuddin Syah pada tahun 1596 sangat dipengaruhi oleh Hukum Kanun Melaka.

4 . Kerajaan Merupakan salah satu cirri pembinaan Negara dan bangsa

a. Apakah maksud kerajaan?

1. Kerajaan ialah institusi pemerintah yang bertanggungjawab menggubal dasar sesebuah negara

Ia juga bertanggungjawab melaksanakan dasar sesebuah Negara.

Ia merangkumi semua badan yang membuat, mentafsirkan dan melaksanakan dasar-dasar tersebut.

2. Terdapat tiga badan utama pemerintahan negara kita

Badan Perundangan,

Badan Pelaksana

Badan Kehakim.

b. Huraikan ciri-ciri Negara bangsa dalam Kesultanan Melayu Melaka

1. Wilayah pengaruh

kawasan yang rakyatnya menerima dan memperakui pemerintahan seorang Raja.

Kesultanan Melayu Melaka mempunyai lingkungan pengaruh yang luas meliputi keseluruhan

Semenanjung Tanah Melayu dan seluruh timur Sumatera

2. Kerajaan

Badan yang diberi kuasa untuk

mentadbir

menjaga keamanan

mempertahankan kedaulatan

menjalinkan hubungan diplomatik [ bagi memastikan kesinambungan kerajaan ]

Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, Raja dan Sultan adalah merupakan pemerintah yang

tertinggi yang dibantu oleh sistem pembesar empat lipatan

Bendahara,

Temenggung

Laksamana

Penghulu Bendahari.

3. Lambang-lambang

Lambang adalah satu simbol yang menjadi identiti sesebuah negara atau kerajaan.

Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan lambang penyatuan negara dan bangsa.

Alat-alat kebesaran { alat regalia, nobat, warna, bahasa, undang- undang, protokol dan adat

istiadat istana } melambangkan kebesaran sultan dan Kesultanan Melayu Melaka.

4. Rakyat

seluruh penduduk bagi sesebuah wilayah

mereka terikat kepada undang-undang dan peraturan yang dikuatkuasakan oleh wilayah

Zaman Kesultanan Melayu Melaka.

rakyat bertanggungjawab untuk mentaati pemerintah,

bersedia utk mempertahankan negara

menghadiri adat istiadat kerajaan

mengadakan gotong royong

kerahan tenaga.

5. Kedaulatan

Kekuasaan tertinggi terhadap rakyat

Kekuasaan yg dimiliki oleh sebuah negara atau pemerintah

Page 4: Sejarah Tingkatan 5 Bab 2 & 3

Negara atau pemerintahnya boleh menggunakan segala kuasanya untuk menggubal dan

menguatkuasakan undang-undang.

Kedaulatan bermaksud hak mutlak sesebuah kerajaan atau negara terhadap rakyatnya.

Kedaulatan memastikan sesebuah negara itu bebas daripada campur tangan, paksaan, taklukan atau

penjajahan kuasa asing.

Pd zman Kesultanan Melaka, kedaulatan merupakan raja yang memerintah.

6. Keunggulan Undang-Undang

Penguatkuasaan undang-undang merupakan cara formal untuk mengawal masyarakat melalui

peraturan yang telah diwartakan bagi memelihara keamanan dan melindungi rakyat.

Keunggulan undang-undang menentukan :- sesebuah kerajaan dan negara.

struktur kerajaan

kehakiman

bahasa

agama

kerakyatan

Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka terdapat 2 undang-undang yang digunakan iaitu Hukum

Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka yang dipengaruhi oleh hukum adat tempatan dan agama Islam.

5.a. Terangkan Huku Kanun Melaka dan Undang-Undang laut Melaka pada zaman Kesultanan Melayu Melaka

Hukum Kanun Melaka Undang-undang Laut Melaka 1. Mengandungi 44 fasal 2. Menyentuh bidang

Kuasa raja dan pembesar

Pantang larang dlm kalangan anggota masyarakat

3. Menyatakan hukuman terhadap kesalahan

jenayah awam,undang-undang keluarga

4. Menyentuh perkara berkaitan dgn tatacara pelayaran di laut Tanggungjawab pegawai kapal

Aturcara pelayaran

Hal perniagaan Bidang kuasa nahkoda

Hukuman bagi kesalahan penjenayah

b. Nyatakan perbezaan bidang tugas Undang, Lembaga, dan Buapak dalam system pemerintahan adat Perpatih di

Negeri Sembilan

1. Perlantikan pemimpin dibuat berdasarkan rundingan

Yang Dipertuan Besar dengan Undang.

2. Yang Dipertuan Besar tidak mempunyai kuasa untuk

melantik pembesar kerana pembesar dilantik oleh

Undang, Lembaga, Buapak dan Anak Buah.

3. Undang ialah ketua bagi Luak yang telah dipilih oleh

Lembaga, yang bertanggungjawab untuk melantik

Yang Dipertuan Besar.

4. Lembaga pula berada dibawah Undang yang

merupakan ketua suku anggota masyarakat dan telah

dilantik oleh Buapak.

5. Lembaga bertanggungjawab terhadap suku masing-masing dan mempunyai kuasa untuk memilih individu

yang layak menjadi Undang.

6. Buapak pula merupakan Ketua bagi Perut dan setiap Perut dikenali sebagai Anak Buah. 7. Setiap masalah anggota Perut dirujuk kepada Buapak, terutamanya yang berkaitan dengan adat.

Yang Di Pertuan

Besar

Undang

Lembaga

Buapak

Anak Buah