sejarah tingkatan 5 bab 1

12
Bab 1 : Kemunculan Dan perkembangan nasionalisme di Asia Tenggara 1. Imperialisme merupakan dasar sesebuah Negara meluaskan pengaruh dan wilayahnya dengan menjajah Negara lain untuk kepentingan tertentu. a. Huraikan faktor-faktor imperialisme barat di Asia Tenggara i. Kedudukan Asia Tenggara strategik antara China dan ii. pasaran luas iii. Asia Tenggara juga mempunyai banyak bahan mentah iv. Mempunyai tanah yang subur. v. Kepesatan sektor perindustrian di Eropah sejak abad ke-17 o membolehkan pengeluaran pelbagai barangan perkilangan secara besar- besaran. o menyebabkan berlakunya pertambahan keperluan bekalan bahan mentah o keperluan untuk mencari pasaran baru bagi memasarkan barangan perkilangan o Keadaan ini telah menyebabkan berlakunya perluasan imperialisme Barat yang lebih pesat di Timur terutamanya di China, India dan Asia Tenggara. o China dan India mempunyai pasaran barangan yang luas bagi barangan keluaran Barat. vi. Perkembangan di dalam sistem pengangkutan dan perhubungan Kapal berkuasa wap telah digunakan yang membolehkan muatan yang lebih banyak ia mempercepatkan perjalanan antara barat dan Timur. Terusan Suez ( 1869 ) dibuka dan telah memendekkan jalan perdagangan antara Barat & Timur. Perjalanan antara Barat dan Timur menjadi lebih selamat ia juga menjimatkan kos vii. Penciptaan alat telegraf telah membawa perubahan kepada perhubungan antara Barat dan Timur. Perhubungan antara Majikan dan pegawai di Tanah jajahan menjadi semakin cepat dan berkesan, urusan perdagangan dan perniagaan menjadi semakin pesat viii. Imperialisme Barat didorong oleh persaingan antara kuasa barat Negara yang mempunyai tanah jajahan yang banyak melambangkan kekuatan dan kekayaan kuasa Negara tersebut akan disanjung oleh kuasa-kuasa barat yang lain ix. Kuasa Imperialisme Barat {Belanda & Inggeris} menggunakan alasan beban orang putih untuk menjalankan dasar perluasan kuasa mereka. Mereka mendakwa bahawa mereka lebih maju dan bertamadun Mereka menganggap adalah tanggungjawab mereka untuk memimpin orang timur ke arah kehidupan yang lebih sejahtera Kuasa Perancis berpegang kepada slogan tugas menyebarkan tamadun iaitu bertanggungjawab untuk mentamadunkan orang Timur. x. Para mubaligh Kristian pula berpendapat bahawa mereka bertanggungjawab menyebarkan agama Kristian

Upload: zhang-ewe

Post on 29-Jul-2015

150 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sejarah Tingkatan 5 Bab 1

Bab 1 : Kemunculan Dan perkembangan nasionalisme di Asia Tenggara

1. Imperialisme merupakan dasar sesebuah Negara meluaskan pengaruh dan wilayahnya dengan menjajah Negara lain untuk kepentingan tertentu.

a. Huraikan faktor-faktor imperialisme barat di Asia Tenggara i. Kedudukan Asia Tenggara strategik antara China dan

ii. pasaran luasiii. Asia Tenggara juga mempunyai banyak bahan mentah iv. Mempunyai tanah yang subur. v. Kepesatan sektor perindustrian di Eropah sejak abad ke-17

o membolehkan pengeluaran pelbagai barangan perkilangan secara besar- besaran. o menyebabkan berlakunya pertambahan keperluan bekalan bahan mentah o keperluan untuk mencari pasaran baru bagi memasarkan barangan perkilangano Keadaan ini telah menyebabkan berlakunya perluasan imperialisme Barat yang lebih pesat di

Timur terutamanya di China, India dan Asia Tenggara. o China dan India mempunyai pasaran barangan yang luas bagi barangan keluaran Barat.

vi. Perkembangan di dalam sistem pengangkutan dan perhubungan Kapal berkuasa wap telah digunakan yang membolehkan muatan yang lebih banyak ia mempercepatkan perjalanan antara barat dan Timur. Terusan Suez ( 1869 ) dibuka dan telah memendekkan jalan perdagangan antara Barat & Timur. Perjalanan antara Barat dan Timur menjadi lebih selamat ia juga menjimatkan kos

vii. Penciptaan alat telegraf telah membawa perubahan kepada perhubungan antara Barat dan Timur. Perhubungan antara Majikan dan pegawai di Tanah jajahan menjadi semakin cepat dan

berkesan, urusan perdagangan dan perniagaan menjadi semakin pesat viii. Imperialisme Barat didorong oleh persaingan antara kuasa barat

Negara yang mempunyai tanah jajahan yang banyak melambangkan kekuatan dan kekayaan kuasa

Negara tersebut akan disanjung oleh kuasa-kuasa barat yang lain ix. Kuasa Imperialisme Barat {Belanda & Inggeris} menggunakan alasan beban orang putih untuk

menjalankan dasar perluasan kuasa mereka. Mereka mendakwa bahawa mereka lebih maju dan bertamadun Mereka menganggap adalah tanggungjawab mereka untuk memimpin orang timur ke arah

kehidupan yang lebih sejahtera Kuasa Perancis berpegang kepada slogan tugas menyebarkan tamadun iaitu bertanggungjawab

untuk mentamadunkan orang Timur. x. Para mubaligh Kristian pula berpendapat bahawa mereka bertanggungjawab menyebarkan agama

Kristian

Page 2: Sejarah Tingkatan 5 Bab 1

b. Terangkan bagaimana perkembangan dalam sistem pengangkutan dan perhubungan memesatkan lagi imperialisme Barat di Asia Tenggara.

a. Perkembangan di dalam sistem pengangkutan dan perhubungan Kapal berkuasa wap telah digunakan yang membolehkan muatan yang lebih banyak Ia mempercepatkan perjalanan antara barat dan Timur. Terusan Suez (1869 ) dibuka dan memendekkan jalan perdagangan antara Barat dan Timur. Perjalanan antara Barat dan Timur menjadi lebih selamat ia juga menjimatkan kos

b. Penciptaan alat telegraf [ perhubungan antara Barat dan Timur ] Perhubungan antara Majikan dan pegawai di Tanah jajahan menjadi semakin cepat dan berkesan,

urusan perdagangan dan perniagaan menjadi semakin pesat

2. Apabila kuasa-kuasa Barat menguasai Asia Tenggara Sistem birokrasi Barat diperkenalkan.

a. Huraikan ciri-ciri umum sistem Birokrasi Barat yang diperkenalkan di Negara-negara Asia Tenggara

Penubuhan Kerajaan Pusat Penyatuan wilayah-wilayah di Tanah Jajahan Perlantikan gabenor Jeneral sebagai ketua pentadbir di Tanah Jajahan Pelaksanaan pentadbbiran melalui biro ( Jabatan ) Perlantikan pegawai Barat sebagai ketua Biro Pengenalan undang-undang Barat.

b. Jelaskan perubahan pentadbiran yang diperkenalkan oleh Belanda di Indonesia

i. Pentadbiran dibahagikan kepada dua iaitu pentadbiran pusat dan pentadbiran tempatan. Pentadbiran peringkat pusat diketuai oleh Gabenor Jeneral Pentadbiran tempatan dikendalikan oleh pembesar tempatan dgn pengawasan pegawai Belanda

ii. Penubuhan beberapa Jabatan Kerajaan Jabatan Pelajaran Jabatan Pertanian

iii. Penubuhan Dewan Tempatan iv. Penubuhan Volksraad yang Merupakan Majlis Rakyat

3. Kegiatan imperialism barat telah membawa perubahan ke atas sistem politik tradisional sehingga mencetuskan era nasionalisme di Asia Tenggara.

a. Apakah yang dimaksudkan dengan nasionalisme?

Nasionalisme ialah perasaan cinta kepada bangsa dan Negara Ia membawa kepada gerakan membebaskan tanah air. Ia juga bermaksud membebaskan daripada cengkaman ekonomi dan juga kebudayaan asing.

Bezakan antara gerakan nasionalisme tahap pertama dengan tahap kedua di asia Tenggara.

Page 3: Sejarah Tingkatan 5 Bab 1

Tahap Pertama Tahap kedua isu-isu kebudayaan, agama dan hak peribumi

dibangkitkan dipimpin oleh golongan pertengahan yang

berpendidikan Barat dan Asia Barat. para pemimpin memberikan kesedaran politik

kepada masyarakat tempatan. menuntut hak-hak mereka dikembalikan dan

taraf hidup mereka dibaiki

bercorak lebih radikal lebih berorganisasi. dipimpin oleh golongan yang berpendidikan pemimpin mempunyai pengetahuan yang

luas dalam bidang kebudayaan dan ilmu pengetahuan Barat.

menyedari bagaimana penjajah Barat telah melakukan perubahan terhadap politik, ekonomi dan sosial masyarakat tempatan.

mempunyai matlamat yang jelas - menuntut kemerdekaan - membentuk kerajaan sendiri yang berdaulat.

4.a. Jelaskan perkembangan gerakan nasionalisme di Filipina sehingga 1897

i. Gerakan Dakyah merupakan gerakan nasionalisme terawal di Filipina dan dalam kalangan negara-negara lain di Asia Tenggara.

ii. Tahap awal gerakan Nasionalisme ini dipimpin oleh Jose Rizal seorang nasionalis sederhana yang mempunyai pengaruh yang kuat Beliau disokong oleh golongan pertengahan yang berpendidikan Barat.

iii. Gerakan ini telah membuat beberapa tuntutan. Kebebasan berhimpun, bersuara, berbincang dan kebebasan akhbar Filipina dijadikan sebagai wilayah Sepanyol. Menuntut hak yang sama seperti yang diperolehi oleh bangsa Sepanyol

iv. Tuntutan tersebut tidak mendapat perhatian yang sewajarnya dari Sepanyol. v. Ini menyebabkan Jose Rizal menbuhkan Liga Filipina pada 3 Julai 1892

mendesak supaya Kerajaan Sepanyol mengadakan pembaharuan untuk kepentingan rakyat dari segi politik, ekonomi dan sosial.

vi. Penubuhan tersebut telah menjadi ancaman kepada Sepanyol vii. kerajaan Sepanyol menangkap Jose Rizal dan dibuang negeri ke Dapitan di Mindanao.

Jose Rizal akhirnya dikenakan hukuman bunuh atas tuduhan terlibat dalam gerakan pemberontakan.

viii. Kematian Jose Rizal menyebabkan berakhirnya gerakan dakyah telah mencetuskan gerakan nasionalisme yang lebih radikal pada tahap kedua.

ix. Penubuhan Katipunan oleh Andres Bonifacio memulakan gerakan nasionalisme tahap ke-2 di Filipina. bersifat radikal terhadap penjajahan Sepanyol. Perjuangan gerakan ini adalah untuk menyatukan bangsa Filipina ingin mencapai kemerdekaan melalui revolusi.

x. Fahaman revolusi tersebut telah disebarkan melalui media massa Kalayan telah menjadi akhbar rasmi pertubuhan tersebut.

xi. Pada tahun 1896, Katipunan melancarkan revolusi bersenjata untuk menggulingkan pemerintahan Sepanyol tetapi gagal.

xii. Selepas Kematian Bonifacio yang telah dihukum bunuh oleh pesaingnya iaitu Emilio Aguinaldo pada tahun 1897, Katipunan menjadi semakin lemah.

c. Terangkan cara kuasa Barat menangani gerakan nasionalisme radikal di Asia Tenggara i. Mengharamkan parti-parti politik yang bersifat radikal

Page 4: Sejarah Tingkatan 5 Bab 1

ii. Kuasa-kuasa Barat juga telah menangkap pemimpin-pemimpin Parti radikal iii. Kuasa Barat juga telah menjatuhkan hukuman berat kepada pemimpin radikal

seperti dibuang negeri dan dihukum mati iv. Parti Nasional Indonesia telah diharamkan dan Soekarno telah ditangkap.

a. Nyatakan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya nasionalisme tahap pertama di Thailand

i. Tahap pertama adaah perjuangan rakyat untuk mendapatkan kuasa memerintah ii. bertujuan untuk menghapuskan kuasa mutlak raja.

iii. Kemunculan ramai para intelek Thai yang berpendidikan Barat Ia telah memberikan pendedahan terhadap fahaman liberal, sistem demokrasi dan sistem raja

berperlembagaan. iv. Rakyat tidak puas hati dengan kelemahan pentadbiran Raja Vajiravudh.

Raja Vajiravudh juga mempunyai sifat yang boros v. Pada tahun 1932, Nai Pridi Panomyong dan Field Marshall Phibul Songram telah menubuhkan Parti

Rakyat. vi. Pada tahun tersebut juga, Parti Rakyat telah melancarkan Revolusi Thai yang telah menamatkan

sistem raja berkuasa mutlak.

b. Huraikan perkembangan gerakan nasionalisme pada tahap kedua di Thailand

i. Manakala gerakan nasionalisme tahap kedua pula adalah disebabkan oleh rasa tidak puas hati rakyat cengkaman ekonomi oleh kapitalis Barat dan orang Cina.

ii. Phibul Songram telah meluluskan undang-undang untuk menyekat kebebasan dan penguasaan ekonomi oleh orang Cina.

iii. Sekolah dan akhbar Cina juga telah dibubarkan. iv. Rakyat tempatan telah digalakkan melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi. v. Jawatan tertinggi dalam kerajaan pula hanya untuk penganut agama Buddha sahaja.

Bab 2 : Nasionalisme di Malaysia sehingga perang Dunia Kedua

1.a. Jelaskan bagaimana kedua-dua tindakan British di atas telah menimbulkan perasaan tidak puas hati rakyat

i. Rakyat tempatan juga menentang British kerana British telah memperkenalkan sistem pentadbiran Barat kepada penduduk tempatan.

ii. British juga telah memperkenalkan pelbagai cukai peraturan dengan sewenang-wenangnya terhadap penduduk tempat .

iii. Di Terengganu penduduk menentang British kerana undang-undang tanah setiap tanah yang hendak dibuka oleh penduduk tempatan mestilah mendapat keizinan mereka dan dikenakan cukai tanah.

iv. Undang-undang ini bertentangan dengan amalan tradisi penduduk tempatan Orang tidak perlu membayar cukai untuk membuka tanah.

v. Campur tangan British terhadap adat resam tempatan menyebabkan berlakunya penentangan daripada pemimpin tempatan.

vi. British telah cuba memaksa penduduk tempatan menerima nilai-nilai mereka Nilai tersebut amat bertentangan dengan budaya tempatan.

Page 5: Sejarah Tingkatan 5 Bab 1

vii. Tindakan J.W.W Birch mengharamkan amalan menggunakan orang suruhan di kalangan pembesar tempatan telah menyebabkan beliau ditentang hebat oleh orang Melayu.

b. Huraikan penentangan pembesar tempatan terhadap British di Pahang

i. Kebangkitan pemimpin Melayu menentang Britsih di Pahang muncul pada tahun 1888. ii. Perlantikan J.P Rodger sebagai Residen Pahang yang pertama

Menerima tentangan drpd Dato’ Bahaman yg menolak pelaksanaan undang-undang Britishiii. Pelaksanaan undang-undang tersebut amat bertentangan dengan

adat resam sistem politik tempatan = { undang-undang , hasil tanah, cukai } penubuhan pasukan Polis

iv. Pengenalan undang-undang tersebut telah menghakis kuasa pembesar Melayu Dato’ Bahaman yang digelar Orang Kaya Setia Perkasa Pahlawan Semantam.

v. Dato Bahaman telah mendapat bantuan daripada Tok Gajah dan Mat Kilau serta Imam Rasul. vi. Pada tahun 1890 Dato Bahaman menentang British kerana pembinaan balai polis di Lubuk Terua

iaitu kawasan di bawah lingkungan pengaruh Dato Bahaman . vii. Pada Disember 1891, Dato Bahaman menyerang pihak British kerana menangkap anak buahnya.

Beliau dan rakan-rakanya berjaya menawan Balai Polis Lubuk Terua dan diikuti penawanan Pekan dan Temerloh.

Kaw. Kuala Tembeling dan Jeram Ampai berjaya dikuasai oleh Dato Bahaman pada tahun 1894. viii. Akibat tekanan yg kuat drpd Britsih menyebabkan Dato Bahaman berundur ke Kelantan.

Mereka mendapat perlindungan daripada penduduk dan pembesar Terengganu dan Kelantan. ix. Dato Bahaman menetap di Hulu Kelantan, semantara Tok Gajah dan keluarganya menetap di Hulu

Terengganu. Pada tahun 1896, Dato Bahaman telah berpindah ke Bangkok dan mendapat perlindungan

politik Raja Chulalongkorn. Beliau akhirnya menetap di Chieng Mai dan diberikan wang sara hidup sebanyak 1000 bath dan

akhirnya meninggal dunia di sana.

2.a. Terangkan sebab-sebab penduduk tempatan di Perak melakukan penentangan terhadap British

1. Kelemahan perjanjian Pangkor menyebabkan kuasa residen bertukar fungsi asal sebagai penasihat kepada pemerintah.

2. Pembaharuan yang dijalankan oleh Birch { cukai, sistem perhambaan,perundangan British } 3. Penghapusan hak pungutan cukai pembesar tempatan. 4. Personaliti Birch

tidak menghormati sistem sosial tempatan dan tidak tahu berbahasa Melayu. 5. Penguasaan British terhadap kawasan pembesar Melayu

b. Jelaskan secara kronologi peristiwa penentangan Dato Maharaja Lela dan orang Melayu di Perak1. Kehadiran J.W.W. Birch menimbulkan rasa tidak puas hati dlm kalangan pemimpin tempatan. 2. Sultan Abdullah, Dato’Maharaja Lela dan pembesar Melayu yang lain mengadakan bantahan secara

terbuka terhadap British. 3. Pada waktu itu juga Dato’ Maharaja Lela telah membuat kubu di Pasir Salak. 4. Satu mesyuarat telah diadakan di antara Dato’ Maharaja Lela dengan pembesar-pembesar Melayu

di Durian Sebatang untuk menentang undang-undang British.

Page 6: Sejarah Tingkatan 5 Bab 1

5. Satu Mesyuarat lagi telah diadakan di Belanja, yang mempertanggungjawabkan Dato’ Maharaja Lela untuk membunuh J.W.W Birch.

6. Pada 31 Oktober 1875, Birch mendapat persetujuan daripada Sultan Abdullah untuk menyerahkan kuasa kepada British dan seterusnya bergerak ke Pasir Salak pada 1 November 1875 untuk membuat perisytiharan penyerahan tersebut.

7. Kedatangan Birch ke Pasir Salak ditentang oleh Dato’ Maharaja Lela dan beliau telah membunuh Mat Arshad yang sedang menampal surat perisytiharan.

8. Pada 2 November 1875, Birch telah dibunuh oleh dua orang suruhan Maharaja Lela iaitu Pandak Lam, Seputum dan lain-lain.

9. Peristiwa tersebut telah menyebabkan pihak British dengan 500 orang tenteranya melancarkan serangan terhadap pasir Salak dan kawasan- kawasan yang terlibat.

10. Dato’ Maharaja Lela dan Dato’ Sagor telah melarikan diri ke Kota Lama.

3.a. Pada pendapat anda, mengapakah perjuangan pemimpin tempatan menentang British mengalami kegagalan ?

i. Tidak mendapat bantuan daripada mana-mana pihak, seperti Dol said di negeri Sembilan ii. bercorak setempat dan memudahkan British menghapuskan penentangan tersebut

iii. Pemimpin tempatan bersengketa sesama sendiri Contohnya Dato Kelana dan Dato Syahbandar di Sungai Ujung

iv. British menggunakan kuasa Sultan untuk bertindak menghapuskan penentangan di Kelantan dan Terengganu

v. Peralatan yang dimiliki oleh orang melayu tidak setanding dengan peralatan yang digunakan oleh British

vi. British menggunakan bantuan tentera dari luar seperti dari Singapura, Burma dan India vii. Rakyat tempatan yang berpaling tadah dengan bekerjasama dengan pihak penjajah

viii. British telah menekan Sultan dengan menganggap penentang tersebut sebagai penderhaka

b. Huraikan faktor-faktor yang menjadi pemangkin perkembangan semangat nasionalisme di Tanah Melayu pada abad ke 19

1. Pengenalan Sistem Politik Barat Dasar campur tangan British secara langsung mengubah suasana politik di Tanah Melayu. 1874 Sir Andrew Clarke memperkenalkan pentadbiran Barat bagi mengantikan pentadbiran

tradisional tempatan. Peranan pembesar-pembesar Melayu telah digantikan dengan Residen. Perubahan British ini membangkitkan kemarahan dan kebencian pembesar dan rakyat

tempatan. 2. Perkembangan Sistem Pendidikan

Pengenalan sistem pendidikan Inggeris telah melahirkan golongan intelek Melayu yang memikirkan nasib masa depan bangsanya.

Penubuhan beberapa Institusi pengajian Tinggi mencetuskan semangat kebangsaan di Tanah Melayu.

Golongan intelek ini menyedari perlunya sumbangan tenaga & fikiran mereka untuk menyedarkan bangsa Melayu.

Mereka tlh menggunakan idea baru utk memajukan diri & menolak penjajahan British. 3. Dasar British

Banyak tindakan British menimbulkan perasaan tdk puas dlm kalangan penduduk tempatan. Dasar British memberikan kemudahan kepada imigran yang datang ke T.Melayu menyebabkan

ramai orang asing tinggal dan menetap di T.M

Page 7: Sejarah Tingkatan 5 Bab 1

Ini telah menimbulkan persaingan kepada penduduk tempatan kerana orang asing telah menguasai ekonomi T. M dalam bidang perlombongan bijih timah, perladangan getah dan perniagaan.

Orang Melayu pula kekal dengan pertanian padi dan hidup miskin di kawasan kampung. Bandar-bandar baru juga telah dibina oleh British sebagai pusat pentadbiran dan pusat

perniagaan. Ini ditambah lagi dengan segala kemudahan infrastruktur telah meningkatkan taraf hidup

penduduk bandar yang terdiri daripada orang asing. Dasar British ini telah memundurkan lagi taraf hidup orang Melayu. Hal inilah telah dijadikan sebagai isu nasionalisme Melayu.

4. Pendudukan Jepun Penjajahan Jepun menjadi pemangkin kepada gerakan nasionalisme di Tanah Melayu. Pihak Jepun menggunakan slogan dlm menjayakan penjajahannya seperti Kawasan

Kesemakmuran Asia, Asia untuk Asia dan lain-lain. Mereka menekankan kebebasan Negara-negara Asia untuk menentukan kemajuan masing-

masing dan meningkatkan persaudaraan di kalangan Negara Asia. Jepun menggalakkan org tempatan berkerjasama dgn mereka & berjanji utk membebaskan

negara di Asia. Kesengsaraan akibat drpd kekurangan makanan & ubatan serta kekejaman pentadbiran Jepun

menyebabkan penduduk di T.M benci akan penjajahan asing Timur atau Barat. Bagi org Melayu semua penjajah adalah zalim & menyeksa penduduk tempatan utk menjayakan

hasrat mereka. Penentangan Orang Melayu terhadap penjajahan lebih jelas apabila British memperkenalkan

Malayan Union pd thn 1946, semua org Melayu memboikot Malayan Union. Rakyat di Tanah Melayu tidak ingin dijajah oleh mana-mana kuasa lagi.

5. Penguasaan Parti Komunis Malaya Pada tahun 1945 ( PKM ) telah menguasai T. Melayu selama 14 hari. Mereka telah menguasai balai-balai polis dan memerintah dengan kejam. Ramai yg menjadi mangsa pembunuhan PKM yg menangkap sesiapa shj yg menyokong Jepun. Ramai org Melayu terbunuh & rumah mereka dibakar oleh PKM Penguasaan ini tlh membangkitkan semangat menentang penjajah dan memulakan penyebaran

ideologi komunis. Gerakan ini telah menyebabkan wujudnya konflik perkauman yang memperlihatkan serangan

balas oleh orang Melayu di Perak, Johor, Negeri Sembilan dan Pahang. 6. Kemunculan Mesin Cetak

memberikan kesan kepada penyebaran ilmu pengetahuan mendorong munculnya semangat nasionalisme di Tanah Melayu. Idea-idea nasionalisme dpt disebarkan dgn lebih meluas di serata kawasan. Ini telah mendorong berlakunya penentangan rakyat tempatan terhadap golongan penjajah. Banyak kitab-kitab agama, akhbar dan majalah telah dihasilkan yang memuatkan idea-idea

nasionalisme. 7. F7 Gerakan Pan-Islamisme Sedunia

memberikan kesedaran semangat kebangsaan di Tanah Melayu. satu gerakan intelektual islam dunia utk membangkitkan pemahaman yang lebih mendalam

terhadap ajaran Islam untuk menentang penjajah. didokong oleh pelajar-pelajar Islam di seluruh dunia. dimulakan oleh Syeikh Muhammad Abduh, pensyarah di Universiti al-Azhar, Mesir.

Page 8: Sejarah Tingkatan 5 Bab 1

Idea refomis ini disebar secara meluas melalui tulisannya iaitu memberikan kupasan bahawa Islam ialah cara hidup yang menekankan kepentingan dunia dan akhirat.

Tulisan Syeikh Muhammad Abduh juga disebarkan dalam majalah al-Manar. gerakan Wahabi yang berlaku di Arab Saudi mempunyai matlamat yg sama utk kemajuan dan

kejayaan umat Islam. 8. F8 Kesedaran Politik di Indonesia

Kesedaran politik berlaku di Indonesia mendorong kebangkitan nasionalisme di Tanah Melayu. Kesedaran politik & pendidikan di Indo. telah melahirkan ramai golongan intelektual. Karya-karya mereka menjadi bacaan masyarakat di Tanah Melayu. Bahan penulisan yg berkaitan dgn kebebasan politik & penentangan terhadap penjajahan

tersebar luas di Tanah Melayu. Ini ditambah lagi dengan kemasukan orang Indonesia ke Tanah Melayu yang memudahkan lagi

penerimaan unsur kegiatan nasionalisme Indonesia di Tanah Melayu.

4.a. Jelaskan dasar perjuangan kaum Muda

F1 berusaha membetulkan pandangan masyarakat Melayu terhadap Islam.

F2 Ia bertujuan untuk memajukan umat Islam berdasarkan ajaran al-Quran dan Hadis.

F3 Memajukan ekonomi, pendidikan, politik dan sosial orang Melayu.

F4 Menyematkan sikap mengkritik penjajah ke dalam fikiran orang Melayu

F5 Mengkritik raja dan pembesar Melayu yang tidak berperanan dalam memajukan orang Melayu.

b. Terangkan perkembangan Gerakan Islah yang diperjuangkan oleh kaum Muda di Tanah Melayu pada abad ke 20

1. Perjuangan Kaum Muda ditentang oleh Kaum Tua Terdiri drpd golongan alim ulama yg lama menguasai masyarakat dg fahaman lama mereka. Bagi mereka Islam itu hanyalah akhirat dan fardu ain semata-mata sehingga sukar untuk

Kaum Muda mempengaruhi masyarakat Melayu mengenai ajaran Islam yang sebenarnya. 2. Gerakan gologan Kaum Muda ini tidak dapat bergerak dengan baik di negeri- negeri Melayu

Ini kerana terdapat beberapa undang-undang yang menghalang pengaruh Kaum Muda. Undang-undang tersebut tidak membenarkan sebarang kegiatan dakwah Islam dilakukan

tanpa kebenaran Sultan. Risalah dan Buku karya tokoh-tokoh Kaum Muda juga dilarang di bawa masuk ke negeri-negeri

Melayu. 3. Tekanan British dan Kaum Tua tidak dpt menghalang sepenuhnya Gerakan Islah dlm masyarakat

Melayu, terutamanya dalam bentuk pendidikan. 4. Beberapa buah madrasah telah ditubuhkan oleh kaum Muda yang menjalankan sistem pendidikan

Islam. 5. Pendidikan tersebut meliputi pendidikan untuk dunia dan akhirat seperti fardi ain, ilmu hisab dan

bahasa Inggeris. 6. Kaum perempuan juga diberi peluang untuk mendapatkan pendidikan.

5.a. Jelaskan isu-isu yang dibangkitkan oleh majalah-majalah di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia kedua

i. Majalah pengasuh ini telah membangkitkan isu berikut: Membincangkan soal pentafsiran Islam yang progresif bagi kemajuan ummah

Page 9: Sejarah Tingkatan 5 Bab 1

Menggalakkan pendidikan dikalangan orang Melayu Memperluaskan ilmu dalam semua bidang Memberikan pentafsiran kepada persoalan orang Islam Menggesa orang Melayu menjauhkan diri daripada sifat buruk

ii. Antara isu-isu yang dibangkitkan oleh Majalah Guru ialah ; Memberikan pendidikan yang secukupnya kepada anak-nak Melayu Menyeru perpaduan di kalangan orang Melayu. Meniupkan semangat Cinta Negara dan menentang penjajahan Membaiki taraf hidup orang Melayu Memajukan bahasa dan sastera Melayu

iii. Majalah Bulan Melayu ini telah membincangkan isu-isu berikut: Menggalakkan perpaduan di kalangan guru perempuan Melayu Johor. Menggalakkan wanita mendapat pendidikan untuk kemajuan diri Mendorong wanita menjaga kesopanan dengan nilai-nilai Islam dan budaya Timur Menggalakkan wanita menjadi obor untuk memajukan bangsa.

b. Novel Keris Melaka, Anak mat Lela Gila, Putera Gunung Tahan, dan Melor Kuala Lumpur ialah novel-novel yang bertemakan perjuangan. Bincangkan

i. Novel Keris Melaka adalah bertemakan semangat perjuangan menentang penjajah Barat Ia mengisahkan Sumbangan tokoh-tokoh Kesultanan Melayu Melaka seperti Hang Tuah Ia dapat digunakan sebagai ispirasi dan pedoman untuk mendorong semangat perjuangan

bangsa bagi generasi muda. ii. Anak Mat Lela Gila juga mempunyai tema semangat perjuangan

Ia berkaitan Semangat anak muda menentang penjajah Menghargai warisan bangsa Semangat cintakan tanah air Maruah bangsa lebih berharga daripada kesenangan

iii. Novel Putera gunung Tahan adalah novel yang bertemakan perjuangan Ia mengisahkan Semangat pemuda tempatan dalam menjaga maruah bangsa, Semangat cintai tanah air, Berbangga dengan kebolehan sendiri Menjaga maruah bangsa walaupun terpaksa mengadai soal cinta

iv. Novel Melor Kuala Lumpur adalah novel yang bertemakan Emansipasi wanita kepentingan pendidikan moden di kalangan wanita Melayu, membuang pandangan negatif yang menghalang kemajuan bangsa.

6.a. Jelaskan peranan system pendidikan dalam membangkitkan semangat nasionalisme di Tanah Melayu

i. Pengenalan sistem pendidikan Inggeris di Tanah Melayu telah melahirkan golongan intelek Melayu Golongan ini memikirkan nasib masa depan bangsanya.

ii. Penubuhan beberapa Institusi pengajian tinggi turut mencetuskan semangat kebangsaan di Tanah Melayu.

Page 10: Sejarah Tingkatan 5 Bab 1

b. Huraikan tujuan penubuhan Kesatuan Melayu Muda ( KMM ) di Tanah Melayu sehingga Perang Dunia Kedua

i. Objektif penubuhan KMM ialah menggalakkan perpaduan di kalangan pemuda Melayu di seluruh Semenanjung untuk meningkatkan tahap pendidikan orang Melayu menggalakkan perpaduan di kalangan guru sebagai pemimpin bahasa.

ii. Pada tahun 1940, KMM telah bekerjasama dengan Jepun untuk menghalau British dari Tanah Melayu.

iii. Antara tindakan Ibrahim Haji Yaakob di dalam kerjasama dengan Jepun ialah : Menjadikan KMM Salah sebuah Propaganda Jepun Membeli Warta Malaya utk dijadikan propaganda anti-British Mengelilingi Tanah Melayu untuk mencari sokongan.

iv. Maahad II ihya Assyarif di Gunung Semanggol Perak telah menjadi penyokong KMM v. KMM menyediakan kader-kader yang dikenali sebagai tentera semut untuk menentang British.

vi. Golongan intelek ini telah menyedari perlunya sumbangan tenaga dan fikiran mereka untuk menyedarkan bangsa Melayu.

vii. Mereka telah menggunakan idea baru untuk memajukan diri dan menolak penjajahan British.