sejarah stpm_ migrasi orang india ke tanah melayu

3
MIGRASI ORANG INDIA KE TANAH MELAYU ASALUSUL DAN PERKEMBANGAN ORANG INDIA. Sejak dari awal lagi, Tanah Melayu telah dikunjungi oleh pedagangpedagang India dan golongan Brahmin. Selain berdagang, orang India mahu mengembangkan agama Hindu dan Buddha di Tanah Melayu. Jumlah orang India di Tanah Melayu semakin bertambah pada abad ke15 pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Mereka mula mendirikan petempatan awal di Melaka yang dikenali sebagai “Kampung Keling”. Pembukaan Pulau Pinang oleh Francis Light pada tahun 1786, menambahkan jumlah orang India di Tanah Melayu. Menjelang tahun 1870an, Kerajaan Inggeris telah menggalakkan kemasukan buruh India secara beramairamai di Tanah Melayu akibat perkembangan pertanian dagangan seperti kopi dan getah. Pada tahun 1891, jumlah penduduk India di Tanah Melayu ialah 75,000 orang dan meningkat kepada 622,000 orang pada tahun 1931. Sebahagian besar buruh India yang tiba di Tanah Melayu berasal dari India Selatan (Madras) dan India Utara (Punjab). Mereka terdiri daripada beberapa kumpulan etnik seperti Tamil, Malayali, Telugu, dan Sikh. Seperti orang Cina, orang India juga mula menetap di Tanah Melayu selepas tamatnya Perang Dunia Ke2. Kebanyakan orang India tinggal di kawasan ladang atau estetestet getah dan kelapa sawit. Sebahagiannya menetap di bandarbandar seperti Kuala Lumpur, Ipoh, Taiping, Pulau Pinang dan Singapura. CARA KEMASUKAN BURUH INDIA Imigran India datang ke Tanah Melayu melalui dua cara, iaitu sistem buruh kontrak dan Sistem Kangani. SISTEM BURUH KONTRAK Pemilik ladang akan membuat pesanan jumlah tenaga buruh yang diperlukan kepada seorang ejen di India. Ejen tersebut akan pergi ke kampungkampung bagi mendapatkan buruhburuh India yang ingin datang bekerja di Tanah Melayu. Kos perjalanan akan ditanggung oleh pemilik ladang yang membuat pesanan. Di Tanah Melayu, mereka dikehendaki menandatangani satu kontrak untuk bekerja selama 5 tahun dengan gaji yang telah tetapkan oleh majikan masingmasing. Di samping itu, sebahagian daripada gaji mereka akan diserahkan kepada majikan bagi menjelaskan tambang perjalanan. Di bawah sistem ini, buruh India dipaksa bekerja keras di ladang iaitu antara 9 hingga 10 jam sehari dengan bayaran gaji yang rendah iaitu 6 sen sehingga 16 sen sehari. Sejak mula diperkenalkan pada tahun 1820 hingga dihapuskan pada tahun 1910, kirakira 250,000 orang buruh India telah dibawa masuk ke Tanah Melayu melalui sistem ini.

Upload: meiyappan-muniandy

Post on 08-Dec-2015

255 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

SEJARAH STPM_ MIGRASI ORANG INDIA KE TANAH MELAYU

TRANSCRIPT

Page 1: Sejarah Stpm_ Migrasi Orang India Ke Tanah Melayu

MIGRASI ORANG INDIA KE TANAH MELAYU

ASAL­USUL DAN PERKEMBANGAN ORANG INDIA.

Sejak  dari  awal  lagi,  Tanah Melayu  telah  dikunjungi  oleh  pedagang­pedagang  India  dan  golonganBrahmin. Selain berdagang, orang India mahu mengembangkan agama Hindu dan Buddha di TanahMelayu.  Jumlah  orang  India  di  Tanah  Melayu  semakin  bertambah  pada  abad  ke­15  pada  zamanKesultanan  Melayu  Melaka.  Mereka  mula  mendirikan  petempatan  awal  di  Melaka  yang  dikenalisebagai “Kampung Keling”.

Pembukaan Pulau Pinang oleh Francis Light pada tahun 1786, menambahkan jumlah orang India diTanah Melayu. Menjelang tahun 1870­an, Kerajaan Inggeris  telah menggalakkan kemasukan buruhIndia secara beramai­ramai di Tanah Melayu akibat perkembangan pertanian dagangan seperti kopidan getah.

Pada tahun 1891, jumlah penduduk India di Tanah Melayu ialah 75,000 orang dan meningkat kepada622,000 orang pada tahun 1931. Sebahagian besar buruh India yang tiba di Tanah Melayu berasaldari  India Selatan  (Madras)  dan  India Utara  (Punjab). Mereka  terdiri  daripada beberapa  kumpulanetnik seperti Tamil, Malayali, Telugu, dan Sikh.

Seperti orang Cina, orang India juga mula menetap di Tanah Melayu selepas tamatnya Perang DuniaKe­2. Kebanyakan orang  India  tinggal di  kawasan  ladang atau estet­estet getah dan kelapa sawit.Sebahagiannya menetap di bandar­bandar seperti Kuala Lumpur,  Ipoh, Taiping, Pulau Pinang danSingapura.

CARA KEMASUKAN BURUH INDIA

Imigran  India  datang  ke  Tanah  Melayu  melalui  dua  cara,  iaitu  sistem  buruh  kontrak  dan  SistemKangani.

SISTEM BURUH KONTRAK

Pemilik ladang akan membuat pesanan jumlah tenaga buruh yang diperlukan kepada seorang ejen diIndia.  Ejen  tersebut  akan  pergi  ke  kampung­kampung  bagi  mendapatkan  buruh­buruh  India  yangingin  datang  bekerja  di  Tanah Melayu.  Kos  perjalanan  akan  ditanggung  oleh  pemilik  ladang  yangmembuat  pesanan.  Di  Tanah  Melayu,  mereka  dikehendaki  menandatangani  satu  kontrak  untukbekerja selama 5 tahun dengan gaji yang telah tetapkan oleh majikan masing­masing. Di samping itu,sebahagian  daripada  gaji  mereka  akan  diserahkan  kepada  majikan  bagi  menjelaskan  tambangperjalanan.

Di bawah sistem ini, buruh India dipaksa bekerja keras di ladang iaitu antara 9 hingga 10 jam seharidengan bayaran gaji yang rendah iaitu 6 sen sehingga 16 sen sehari. Sejak mula diperkenalkan padatahun 1820 hingga dihapuskan pada  tahun 1910, kira­kira 250,000 orang buruh  India  telah dibawamasuk ke Tanah Melayu melalui sistem ini.

Page 2: Sejarah Stpm_ Migrasi Orang India Ke Tanah Melayu

SISTEM KANGANI

Sistem  ini  diperkenalkan  pada  tahun  1898  dan  dihapuskan  pada  tahun  1938  kerana  berlakukemelesetan  ekonomi  dunia  pada  tahun  1929­1932.  Menurut  Sistem  Kangani,  majikan  akanmenghantar  seorang  Kangani  atau  mandur  dari  ladangnya  ke  India.  Di  India,  Kangani  itu  akankembali  ke  kampung  halamannya.  Di  sana  beliau  akan  berusaha  mengumpulkan  saudara  mara,sahabat  handai  dan  penduduk  kampung  yang  ingin  bekerja  dan  berhijrah  ke  Tanah  Melayu  dansemua  perbelanjaan  mereka  ditanggung  oleh  Kangani.  Melalui  sistem  ini  seramai  300,000  orangburuh India telah dibawa masuk ke Tanah Melayu sehingga tahun 1938.

SEBAB­SEBAB PENGHIJRAHAN ORANG INDIA KE TANAH MELAYU.

1. MASALAH KEPADATAN PENDUDUK

Kepincangan  dan  kesengsaraan  hidup  telah  mendorong  penghijrahan  orang  India  ke  TanahMelayu                  bagi memulakan penghidupan baru.                    India menghadapi masalah  kepadatanpenduduk  yang  tinggi,  sedangkan  keluasan  kawasan  pertanian  tidak  bertambah.  Ini  telahmenyebabkan bekalan makanan  tidak mencukupi akibat kekurangan kawasan pertanian. Akibatnyawujud  masalah  kemiskinan  dan  kebuluran  di  kalangan  penduduk  India.  Pada  tahun  1845,  jumlahpenduduk India ialah 130 juta orang dan meningkat kepada 390 juta orang pada tahun 1941.

2. BENCANA ALAM

Kejadian bencana alam seperti banjir dan kemarau turut merumitkan keadaan. Pada tahun 1840­an,kawasan  di  Selatan  India  mengalami  masalah  kemarau  yang  berpanjangan.  Keadaan  ini  telahmenjejaskan  pengeluaran  makanan.  Kadar  kematian  meningkat  akibat  masalah  kebuluran  danmerebaknya wabak penyakit. Di samping itu, ramai petani di India menghadapi masalah kehilangantanah  pertanian  kerana  terpaksa  menggadaikan  tanah  untuk  membayar  cukai  kepada  KerajaanInggeris yang tinggi dan menjelaskan hutang kepada peminjam wang.

3. AMALAN SISTEM KASTA

Amalan  sistem kasta  yang membezakan darjat  seseorang  individu  turut menjejaskan mobiliti  sosialdan ekonomi. Orang India dari kasta bawahan dipandang hina dan tersisih dari masyarakat. Oleh itu,mereka telah memulakan penghijrahan ke Tanah Melayu bagi memperbaiki maruah diri. Pada tahun1931, satu per  tiga daripada  jumlah buruh India yang berhijrah ke Tanah Melayu adalah terdiri darikasta rendah.

4. PERKEMBANGAN TANAMAN DAGANGAN IAITU PERUSAHAAN GETAH

Perkembangan  Revolusi  Perindustrian  di  Eropah  telah  membawa  kepada  perkembanganperusahaan getah di Tanah Melayu. Di Eropah, getah diperlukan dengan banyak dalam perusahaanautomobil  bagi  menghasilkan  tayar  kereta  dan  getah  juga  dijadikan  bahan  penebat  elektrik  dalam

Page 3: Sejarah Stpm_ Migrasi Orang India Ke Tanah Melayu

perusahaan  elektronik.  Pada  awal  abad  ke­20,  keperluan  tenaga  buruh  dalam  sektor  perladangangetah  adalah  tinggi  kerana  orang  Melayu  tidak  berminat  bekerja  di  estet­estet  getah.  Sebaliknya,mereka menumpukan perhatian terhadap tanaman padi.

Penghijrahan orang India secara beramai­ramai ke Tanah Melayu berlaku antara tahun 1911 hinggatahun 1921. Pada masa itu, harga getah melambung tinggi. Oleh itu, kawasan tanaman getah telahditambah dengan banyaknya. Pada tahun 1900, kawasan tanaman getah ialah seluas 20,250 hektar.Jumlahnya meningkat melebihi  lima kali ganda pada tahun 1938 iaitu seluas 1.3 hektar. Justeru  itu,tenaga  buruh  India  diperlukan  dengan  banyak  selaras  dengan  pertambahan  keluasan  ladang  atauestet getah. Pada tahun 1911, imigran India di Tanah Melayu berjumlah 270 ribu orang.  Jumlahnyameningkat kepada 470 ribu orang pada tahun 1921.

5. DASAR KERAJAAN INGGERIS

Kerajaan  Inggeris  di  Tanah  Melayu  menggalakkan  kedatangan  imigran  India  ke  Tanah  Melayu.Buruh­buruh  dari  India  bersedia  untuk  bekerja  di  ladang­ladang  getah  dengan  bayaran  gaji  yangrendah. Di samping  itu, mereka  juga diperlukan untuk menjadi buruh bagi membina  jalan  raya danjalan kereta api sebagai  langkah memantapkan penguasaan ekonomi pemerintah Inggeris di TanahMelayu.

Sementara  itu,  orang  Punjabi  (Sikh)  telah  dibawa  masuk  oleh  Inggeris  untuk  berkhidmat  dalampasukan polis dan tentera. Golongan yang berpendidikan tinggi digalakkan datang untuk berkhidmatdengan  kerja­kerja  pengkeranian  dan  teknikal.  Bagi menggalakkan  kedatangan  orang­orang  India,Kerajaan  Inggeris  telah  menyediakan  bantuan  bagi  membiayai  kos  perjalanan  mereka  ke  TanahMelayu. Antara tahun 1887 hingga tahun 1892, sejumlah $30 ribu dikeluarkan bagi menanggung kosperjalanan buruh India menggunakan kapal stim.