sejarah stpm

15
Sejarah K2 STPM 2008 1 Majlis Peperiksaan Malaysia 2008 BAHAGIAN A Jawab dua soalan sahaja. 1 Bincangkan peranan pembesar Melayu di Pahang sebelum campur tangan British. 2 Bincangkan kegiatan ekonomi komersial di Sabah pada abad ke-19 dan awal abad ke-20. 3 Bincangkan faktor campur tangan British di Negeri-Negeri Melayu pada abad ke-19. 4 Huraikan kesan sosioekonomi akibat kemasukan orang Cina dan orang India pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. 5 Bincangkan usaha kerajaan untuk meningkatkan penglibatan dan sokongan penduduk tempatan dalam membanteras ancaman komunis dari tahun 1948 hingga tahun 1960. 6 Analisis perkembangan pendidikan di Malaysia dari tahun 1956 hingga tahun 1961. BAHAGIAN B Jawab dua soalan sahaja. 7 Huraikan sistem pemerintahan beraja di Thailand dan China sebelum penglibatan kuasa Barat. 8 Bincangkan kewujudan masyarakat berbilang kaum di Myanmar dan Indonesia pada abad ke-19. 9 Bincangkan perkembangan sistem pendidikan di Filipina dan Jepun pada abad ke-19. 10 Bandingkan perjuangan antara Partai Nasional Indonesia dengan Kongres Kebangsaan India dalam gerakan nasionalisme hingga tahun 1941. 11 Usaha pemodenan di Jepun pada pertengahan abad ke-19 hingga awal abad ke-20 lebih berjaya berbanding dengan usaha pemodenan di China. Sejauh manakah anda bersetuju dengan pernyataan ini? 12 Bincangkan usaha pembangunan ekonomi dan sosial yang dilaksanakan di Filipina dan Vietnam dari tahun 1945 hingga tahun 1963. Masa: 3 jam Arahan: Jawab empat soalan sahaja; dua soalan daripada Bahagian A dan dua soalan daripada Bahagian B. Ace Ahead STPM Sejarah Kertas 2 1 1 Ace Ahead STPM Sejarah Kertas 2 1 1 4/2/09 11:55:57 AM 4/2/09 11:55:57 AM

Upload: yatee-mohamad

Post on 03-Jul-2015

487 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: SEJARAH STPM

Sejarah K2 STPM 2008 1Majlis Peperiksaan Malaysia 2008

BAHAGIAN A

Jawab dua soalan sahaja.

1 Bincangkan peranan pembesar Melayu di Pahang sebelum campur tangan British. 2 Bincangkan kegiatan ekonomi komersial di Sabah pada abad ke-19 dan awal abad ke-20. 3 Bincangkan faktor campur tangan British di Negeri-Negeri Melayu pada abad ke-19. 4 Huraikan kesan sosioekonomi akibat kemasukan orang Cina dan orang India pada akhir abad ke-19

dan awal abad ke-20. 5 Bincangkan usaha kerajaan untuk meningkatkan penglibatan dan sokongan penduduk tempatan

dalam membanteras ancaman komunis dari tahun 1948 hingga tahun 1960. 6 Analisis perkembangan pendidikan di Malaysia dari tahun 1956 hingga tahun 1961.

BAHAGIAN B

Jawab dua soalan sahaja.

7 Huraikan sistem pemerintahan beraja di Thailand dan China sebelum penglibatan kuasa Barat. 8 Bincangkan kewujudan masyarakat berbilang kaum di Myanmar dan Indonesia pada abad ke-19. 9 Bincangkan perkembangan sistem pendidikan di Filipina dan Jepun pada abad ke-19. 10 Bandingkan perjuangan antara Partai Nasional Indonesia dengan Kongres Kebangsaan India dalam

gerakan nasionalisme hingga tahun 1941. 11 Usaha pemodenan di Jepun pada pertengahan abad ke-19 hingga awal abad ke-20 lebih berjaya

berbanding dengan usaha pemodenan di China. Sejauh manakah anda bersetuju dengan pernyataan ini?

12 Bincangkan usaha pembangunan ekonomi dan sosial yang dilaksanakan di Filipina dan Vietnam dari tahun 1945 hingga tahun 1963.

Masa: 3 jam

Arahan: Jawab empat soalan sahaja; dua soalan daripada Bahagian A dan dua soalan daripada Bahagian B.

Ace Ahead STPM Sejarah Kertas 2 1 1Ace Ahead STPM Sejarah Kertas 2 1 1 4/2/09 11:55:57 AM4/2/09 11:55:57 AM

Page 2: SEJARAH STPM

2 Sejarah K2 STPM 2008 Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2009

Bahagian A

SOALAN 1Negeri-negeri Melayu sebelum kedatangan British mempunyai institusi pemerintahan yang sistematik. Negeri Pahang mempunyai institusi pembesar yang tersusun dan kemas. Institusi pembesar memainkan peranan penting dalam kerajaan dan masyarakat. Golongan pembesar Melayu di Pahang dilantik oleh sultan untuk menjalankan semua dasar kerajaan meliputi aspek politik, ekonomi dan sosial. Golongan pembesar Melayu mempunyai tanggungjawab yang sangat besar untuk memastikan kestabilan kerajaan negeri Pahang. Para pembesar biasanya daripada golongan bangsawan dan rakyat biasa yang dianugerahkan pangkat pembesar oleh raja. Jawatan pembesar disandang secara monarki. Pembesar berperanan secara langsung terhadap raja dan masyarakat yang meliputi aspek pemerintahan, ekonomi dan kebajikan masyarakat.

Orang Besar Berempat juga dikenali sebagai orang besar jajahan. Mereka diberikan kawasan atau daerah untuk ditadbir. Antaranya ialah Orang Kaya Indera Maharaja Perba Jelai, Orang Kaya Indera Segara Temerloh, Orang Kaya Indera Pahlawan Chenor dan Orang Kaya Indera Syahbandar. Mereka memungut cukai, menghakimi kes-kes jenayah dan sivil.

Orang Besar Berlapan dan Orang Besar Enam Belas mempunyai bidang kuasa yang sama dengan pembesar berempat, tetapi kurang pengaruhnya seperti dalam hal cukai, kehakiman dan pentadbiran. Mereka juga diberikan daerah-daerah kecil untuk ditadbir.

Orang Besar Raja merupakan sekelompok pembesar yang penting semasa berlakunya peperangan. Mereka mengetuai peperangan dan diberikan kawasan tertentu untuk ditadbir, antaranya ialah Imam Perang Rasul dan Tok Gajah. Pembesar Melayu Pahang dilantik dan diturunkan pangkat oleh sultan. Mereka bertanggungjawab sebagai penasihat dan pembantu sultan atau raja dalam pentadbiran. Pembesar Melayu Pahang dianugerahkan wilayah atau daerah kekuasaan. Pembesar akan menjaga kebajikan masyarakat dan memastikan rakyat memberikan taat setia kepada sultan.

Di samping itu, pembesar Melayu Pahang diberikan kuasa oleh sultan untuk memungut cukai di daerah kekuasaannya dan memberikan sebahagian cukai tersebut kepada sultan. Memandangkan pembesar tidak dibayar gaji oleh sultan, cukai yang dipungut diambil oleh pembesar.

Selain itu, golongan pembesar Melayu di Pahang juga mesti menyediakan tenaga kerahan apabila diperintahkan oleh sultan pada bila-bila masa sahaja. Tenaga kerahan ini diambil daripada kalangan rakyat di bawah kekuasaan pembesar masing-masing, contohnya untuk tujuan membina istana dan gotong-royong.

Di samping itu, pembesar Melayu di Pahang juga berperanan sebagai lidah rasmi sultan untuk menyampaikan titah dan perintah kepada rakyat di daerah kekuasaannya. Selain itu, mereka juga akan mengiringi sultan apabila berpergian ke luar negeri. Tidak ketinggalan juga golongan pembesar Melayu di Pahang mempunyai peranan mengetuai angkatan tentera dan bertindak sebagai hakim dalam perbicaraan yang tidak melibatkan hukuman bunuh.

Kesimpulannya, pembesar Melayu Pahang merupakan jawatan tradisional dalam kerajaan Melayu yang menjadi tulang belakang sistem beraja di Tanah Melayu. Peranan pembesar semakin merosot dan jawatan tersebut telah dimansuhkan oleh penjajah Barat dan digantikan dengan pegawai British yang menjalankan semua dasar pemerintahan dan pentadbiran. Campur tangan British dalam hal ehwal pentadbiran negeri Pahang, terutama yang berkaitan dengan adat istiadat Melayu telah membangkitkan penentangan dalam kalangan pembesar Melayu.

SOALAN 2Kegiatan ekonomi komersial di Sabah pada abad ke-19 dan awal abad ke-20 banyak dipengaruhi oleh pihak Barat. Pihak Barat telah menggunakan penduduk tempatan di Sabah untuk menjalankan kegiatan ekonomi komersial. Masyarakat ini terdiri daripada orang Bajau, Kadazandusun, Melayu Brunei dan Kedayan. Setiap kaum atau penduduk peribumi Sabah mengamalkan sistem ekonomi komersial yang pelbagai seperti pertanian, penternakan dan perikanan. Masyarakat peribumi yang tinggal di persisiran menjadi pedagang dan pengikut rombongan dagang pembesar-pembesar Brunei dan Sulu.

Kegiatan ekonomi komersial yang paling utama di Sabah pada abad ke-19 dan awal abad ke-20 ialah bidang pertanian. Tembakau merupakan tanaman dagangan pertama yang penting. Menjelang tahun 1880-an, banyak ladang tembakau telah dibuka oleh penguasa-penguasa berbangsa Belanda dan Jerman di pantai timur Sabah. Pertanian secara komersial telah berkembang dengan pesat di Sabah dengan adanya pemodal Barat.

Menjelang tahun 1890, terdapat 61 buah ladang tembakau di Sabah. Nilai eksport tembakau telah meningkat daripada $882 pada tahun 1885 kepada $1 176 000 pada tahun 1895. Perkembangan kegiatan ekonomi komersial ini disebabkan oleh faktor dasar tanah yang liberal dan ketiadaan cukai eksport serta harga pasarannya yang tinggi.

Walau bagaimanapun, pertanian tembakau mulai merosot selepas awal abad ke-20. Pada tahun 1902, penanaman tembakau mulai merosot kerana diserang penyakit dan juga akibat masalah bencana alam, iaitu banjir. Malahan persaingan dengan pengeluar

JAWAPAN CADANGAN

Ace Ahead STPM Sejarah Kertas 2 2 2Ace Ahead STPM Sejarah Kertas 2 2 2 4/2/09 11:56:03 AM4/2/09 11:56:03 AM

Page 3: SEJARAH STPM

Sejarah K2 STPM 2008 3Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2009

tembakau di Amerika Syarikat telah menjejaskan pendapatan penanam tembakau tempatan di Sabah. Pada tahun 1928, hanya terdapat dua buah ladang yang masih beroperasi di Sabah.

Kegiatan ekonomi komersial yang kedua penting ialah penanaman getah. Tanaman getah telah mula diusahakan di Sabah pada tahun 1892 oleh para pengusaha Barat, kemudian diikuti oleh para pekebun bumiputera dan Cina. Perkembangan penanaman getah di Sabah disebabkan oleh pembinaan jalan kereta api di antara Jesselton (Kota Kinabalu) dengan Beaufort. Syarikat Berpiagam Utara Borneo turut memberikan pelepasan cukai eksport selama 50 tahun. Permintaan yang tinggi di pasaran dunia turut menjadi faktor peningkatan penanaman getah di Sabah.

Kawasan penanaman getah yang utama di Sabah pada abad ke-19 dan awal abad ke-20 ialah pantai barat. Keluasan kawasan penanaman getah telah bertambah dengan mendadak. Contohnya, pada tahun 1907 keluasan tanaman getah ialah 1306 hektar kemudian bertambah menjadi kira-kira 14 095 hektar pada tahun 1917. Sehingga tahun 1941, getah masih menjadi penyumbang kepada kegiatan ekonomi komersial bagi Sabah.

Di samping itu, kegiatan ekonomi komersial yang tidak kurang pentingnya di Sabah pada abad ke-19 dan awal abad ke-20 ialah pembalakan. Perusahaan pembalakan telah mula berkembang di Sabah pada tahun 1880-an. Perusahaan pembalakan dikuasai oleh syarikat-syarikat British dan Cina. Antara kayu balak yang mempunyai nilai eksport yang tinggi ialah seraya, kapur, belian dan meranti. Kegiatan pembalakan dijalankan di Sandakan, Lahad Datu dan Tawau. Buruh dari Indonesia dan Filipina dibawa masuk ke Sabah. Nilai eksport kayu balak Sabah menunjukkan peningkatan yang begitu drastik. Contohnya, pada tahun 1890 nilai eksport hanya $44 584 sahaja, tetapi telah meningkat kepada $642 935 pada tahun 1910. Menjelang tahun 1930, nilai eksport kayu balak Sabah ialah $2.5 juta, manakala menjelang tahun 1937, Sandakan muncul sebagai sebuah pelabuhan pengeksport kayu balak yang penting di dunia. Antara negara yang mengimport kayu balak dari Sabah ialah China, Singapura, Australia, dan Britain.

Selain itu, kegiatan ekonomi komersial yang terdapat di Sabah pada abad ke-19 dan awal abad ke-20 ialah sektor perlombongan. Hasil galian yang terpenting ialah emas. Lombong-lombong emas telah mula diusahakan sekitar tahun 1880-an di Sungai Segama. Kegiatan perlombongan emas telah diusahakan oleh orang Cina. Walaupun pengeluarannya terhad, tetapi nilai eksport emas sangat tinggi. Selain itu, bahan galian yang terdapat di Sabah ialah arang batu yang dilombong berhampiran dengan Sungai Silimpopon. Usaha perlombongan arang batu telah dilakukan oleh Syarikat Cowie Harbour Coal yang telah ditubuhkan pada tahun 1905 dan beroperasi hingga tahun 1930.

Selain itu, bahan galian mangan telah dijumpai pada tahun 1902 di Teluk Marudu. Bahan galian tersebut telah dilombong oleh sebuah syarikat Barat, iaitu Syarikat British Borneo Exploration mulai tahun 1905 hingga tahun 1908. Hasil galian mangan telah dieksport ke Britain.

Di samping itu, kegiatan ekonomi komersial di Sabah ialah hasil kekayaan bumi Sabah yang dieksploitasi oleh penjajah Barat, iaitu sarang burung, pokok launut, terpang dan sirip yu serta sagu. Pada tahun 1926, eksport sarang burung bernilai $125 000 dan kawasan pengumpulan sarang burung ialah Gua Gomantong, di Sandakan. Pokok launut yang dikenali sebagai abaka diproses untuk dijadikan tali kapal untuk dieksport ke Eropah. Pokok sagu atau rumbia merupakan tanaman tradisional Sabah yang telah dikomersialkan. Memandangkan hasil sagu di pasaran dunia adalah mahal, pihak British telah menggalakkan penduduk supaya mengusahakannya. Eksport sagu di Sabah pada tahun 1888 bernilai $93 433.

Kesimpulannya, kegiatan ekonomi masyarakat peribumi di Sabah sebelum kedatangan British adalah bersifat sara diri. Setiap kaum mempunyai sumber ekonomi tersendiri. Perbezaan ini disebabkan oleh lokasi petempatan yang berbeza. Namun, kegiatan pertanian dilaksanakan oleh semua kaum peribumi di Sabah. Kedatangan Barat telah menyebabkan kegiatan ekonomi mereka mengalami perubahan seiring dengan dasar ekonomi British.

SOALAN 3Pada akhir abad ke-19, British telah berusaha untuk campur tangan secara langsung di negeri-negeri Melayu. British menggunakan pelbagai alasan untuk campur tangan dalam pentadbiran di Tanah Melayu. Antaranya ialah pertelingkahan takhta dalam kerajaan Melayu serta menjaga keselamatan akibat pergaduhan kongsi gelap Cina. Setelah berjaya menguasai kerajaan-kerajaan negeri Melayu, British telah memperkenalkan pelbagai dasar yang bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan mereka. Pengenalan Sistem Residen merupakan langkah yang telah digunakan oleh British untuk menstabilkan kedudukan mereka di Tanah Melayu. Keadaan huru-hara yang disebabkan oleh perang saudara telah berlaku di negeri-negeri Melayu seperti di Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan. Perkembangan tersebut menyebabkan para pemodal Eropah mendesak Kerajaan British supaya campur tangan untuk memulihkan keamanan supaya kegiatan perdagangan tidak terjejas. Contohnya, Perak mengalami masalah perebutan kuasa apabila Raja Ali telah dilantik menjadi sultan setelah kemangkatan Sultan Jaffar pada tahun 1865. Perebutan kuasa semakin rumit selepas kemangkatan Raja Ali apabila tiga orang putera menuntut takhta, iaitu Raja Abdullah, Raja Ismail dan Raja Yussof. Malahan masalah di negeri-negeri Melayu yang lain telah menyebabkan Kerajaan British di London mengarahkan Andrew Clarke supaya terlibat secara langsung untuk menyelesaikan pertikaian raja-raja Melayu.

Ace Ahead STPM Sejarah Kertas 2 3 3Ace Ahead STPM Sejarah Kertas 2 3 3 4/2/09 11:56:03 AM4/2/09 11:56:03 AM

Page 4: SEJARAH STPM

4 Sejarah K2 STPM 2008 Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2009

Di samping itu, masalah kongsi gelap Cina antara puak Hai San dengan Gee Hin turut menyumbang ke arah perubahan dasar campur tangan British di Tanah Melayu. Kedua-dua puak sering terlibat dalam pergaduhan yang mengakibatkan kegiatan perlombongan bijih timah dan keselamatan terjejas teruk. Malahan pergaduhan kongsi gelap menyebabkan kemusnahan peralatan perlombongan. Peperangan penting yang berlaku antara kedua-dua puak adalah pada tahun 1861, 1865 dan 1872. Perang yang meletus pada tahun 1861 disebabkan tindakan Hai San menyekat aliran anak Sungai Perak yang digunakan oleh Gee Hin untuk mengangkut bijih timah. Peperangan tersebut mengganggu kedudukan perdagangan British. British melalui Kapten Speedy telah mendamaikan kedua-dua puak dengan mengiktiraf Hai San sebagai pengusaha lombong bijih timah di Larut pada tahun 1873.

British ingin menguasai sumber mineral yang bernilai yang terdapat di Tanah Melayu untuk pasaran antarabangsa. Selepas meletusnya Revolusi Perindustrian di Eropah, keperluan terhadap bahan mentah begitu tinggi untuk menampung pengeluaran yang semakin meningkat. Britain amat memerlukan bahan mentah, terutama bijih timah dan getah. Oleh yang demikian, British di Tanah Melayu telah menguasai sumber-sumber bahan mentah tersebut. Tanah Melayu yang kaya dengan bahan mineral tersebut dieksploitasi oleh British. British menyedari sekiranya Tanah Melayu tidak dikuasai dan jatuh ke tangan pihak Barat lain, mereka akan rugi. Selain itu, terdapat desakan daripada para pedagang British yang menginginkan supaya monopoli terhadap perdagangan bijih timah di Tanah Melayu dikuasai oleh British. British telah berjaya meningkatkan pengeluaran bijih timah di Tanah Melayu untuk memenuhi keperluan perindustrian mengetin makanan.

Campur tangan British secara langsung di Tanah Melayu didorong oleh perubahan terhadap politik antarabangsa, iaitu persaingan antara negara Barat untuk meluaskan wilayah. Oleh yang demikian, British bimbang dengan usaha-usaha pihak Eropah yang lain untuk menguasai Tanah Melayu. Pada ketika itu, kuasa-kuasa Eropah yang lain sedang giat mencari kedudukan di Asia Tenggara, contohnya Belanda di Indonesia, Perancis di Indo-China dan Sepanyol di Filipina. Tambahan pula, Jerman sedang berusaha untuk mencari pengaruhnya di Tanah Melayu sekitar tahun 1871. Keadaan ini telah menguatkan desakan para saudagar British supaya mendesak Kerajaan Britain campur tangan di Tanah Melayu.

Perubahan politik di Britain telah mempengaruhi dasar mereka berkaitan dengan tanah jajahan. Pada tahun 1874, Parti Konservatif telah berjaya menguasai parlimen England menyebabkan berlaku perubahan terhadap dasar luarnya. Dasar pentadbiran di Tanah Melayu turut mengalami perubahan. Andrew Clarke telah didesak supaya menjalankan dasar agresif terhadap penguasaan Tanah Melayu. Oleh yang demikian,

British telah memperkenalkan pelbagai cara untuk mengukuhkan kedudukan di Tanah Melayu seperti Sistem Residen.

Di samping itu, pihak British telah membangunkan pelbagai infrastruktur pengangkutan untuk memudahkan perhubungan mereka. Perdagangan antara timur dengan barat semakin cepat dan singkat, contohnya pembukaan Terusan Suez mampu memendekkan jarak perjalanan. Selain itu, penciptaan kapal wap turut menyumbang kepada penguasaan British terhadap Tanah Melayu. Barang dagangan dari Tanah Melayu akan mudah diangkut ke negara asal. Dengan ini, mereka seharusnya menguasai Tanah Melayu sepenuhnya melalui dasar campur tangan secara langsung. Pihak British yang berada di Tanah Melayu mengubah dasar tidak campur tangan kepada dasar campur tangan secara langsung yang turut didorong oleh pelbagai sekatan oleh negeri-negeri Melayu. Misalnya, para saudagar British tidak dibenarkan memonopoli perdagangan bijih timah. Cukai yang dikenakan terhadap saudagar British terlalu tinggi.

Kesimpulannya, campur tangan British secara langsung di negeri-negeri Melayu telah mengakibatkan sistem politik dan ekonomi tempatan mengalami perubahan yang ketara. Malahan pihak British telah berjaya menguasai ekonomi tempatan. Sebenarnya tujuan utama British campur tangan di Tanah Melayu adalah untuk menguasai sumber ekonomi. British turut membangunkan pelbagai infrastruktur di Tanah Melayu seperti jalan raya. Walau bagaimanapun, campur tangan Barat telah menyebabkan timbul rasa tidak puas hati penduduk tempatan, terutama golongan pemerintah yang kehilangan hak dan kepentingan di Tanah Melayu.

SOALAN 4Sebelum tahun 1800, penduduk di negara kita hanya terdiri daripada penduduk tempatan. Walau bagaimanapun, pada akhir abad ke-19 berlaku kemasukan orang Cina dan India secara beramai-ramai ke negara kita. Kemasukan orang Cina dan India disebabkan oleh banyaknya peluang ekonomi yang terdapat di Tanah Melayu. Mereka mencari kehidupan yang lebih selesa di Tanah Melayu kerana keperitan hidup di negara asal mereka. Malahan British telah membawa masuk orang Cina dan India ke Tanah Melayu sebagai tenaga kerja di sektor perlombongan dan perladangan. Kehidupan yang selesa di Tanah Melayu menyebabkan golongan ini telah menetap secara terus. Situasi ini memberikan kesan terhadap kehidupan sosioekonomi di Tanah Melayu.

Kesan sosial kemasukan orang Cina dan orang India pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 ialah pertambahan bilangan penduduk Tanah Melayu yang begitu pesat. Pada tahun 1870, bilangan penduduk Tanah Melayu kira-kira 500 000 orang. Setelah kedatangan orang Cina dan orang India ke Tanah Melayu, jumlah penduduk bertambah menjadi 3 300 000 orang pada

Ace Ahead STPM Sejarah Kertas 2 4 4Ace Ahead STPM Sejarah Kertas 2 4 4 4/2/09 11:56:04 AM4/2/09 11:56:04 AM

Page 5: SEJARAH STPM

Sejarah K2 STPM 2008 5Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2009

tahun 1921. Pada tahun 1931, jumlah penduduk bukan Melayu lebih ramai berbanding dengan masyarakat tempatan di Tanah Melayu. Situasi tersebut telah melahirkan situasi masyarakat majmuk di negara kita.

Kehidupan mereka bercorak berasingan dan mengamalkan kebudayaan masing-masing. Orang Cina yang datang ke Tanah Melayu terdiri daripada pelbagai kelompok. Mereka berbeza dari segi dialek, adat dan pengkhususan ekonomi. Malahan terdapat permusuhan antara mereka. Orang India pula tinggal di kawasan ladang-ladang getah. Sedangkan penduduk tempatan, iaitu orang Melayu tinggal di kawasan kampung luar bandar dan pesisir pantai.

Di samping itu, kesan kemasukan orang Cina dan orang India ialah kewujudan sistem persekolahan yang tidak seragam dan menyulitkan pemerintahan British menguruskan persekolahan di Tanah Melayu. Sistem pendidikan vernakular telah berkembang dengan pesat. Orang Cina dan orang India membuka sekolah masing-masing. Mereka menggunakan sistem pendidikan yang dibawa dari negara asal mereka. Situasi ini mewujudkan jurang antara kaum kerana semangat perpaduan melalui pendidikan tidak wujud sama sekali.

Selain itu, kesan sosial kemasukan orang Cina dan orang India ialah masalah jenayah yang berleluasa, khasnya di negeri-negeri kawasan lombong bijih timah seperti di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan. Kumpulan orang Cina yang berbeza telah mewujudkan kongsi gelap untuk menjaga kepentingan masing-masing. Kumpulan kongsi gelap Cina sering bermusuhan untuk mengukuhkan kedudukan dan mempertahankan kawasan lombong bijih timah mereka. Antara kumpulan kongsi gelap ialah Hai San dan Ghee Hin.

Selain itu, kesan sosial kemasukan orang Cina dan orang India ialah aktiviti pelacuran yang berlaku dalam kalangan masyarakat. Terdapat aktiviti membawa wanita-wanita Cina dari negara China untuk dijadikan pelacur. Walaupun aktiviti tersebut hanya melibatkan orang Cina, tetapi sering menimbulkan keadaan tidak tenteram kerana berlaku pergaduhan. Hal ini telah menyebabkan kemantapan politik terganggu. British telah mengambil tindakan untuk mengatasi masalah pelacuran dan pergaduhan tersebut.

Kesan ekonomi kemasukan orang Cina dan India ialah perekonomian semakin meningkat, khususnya dalam bidang perlombongan bijih timah dan perladangan getah. Orang Cina dibawa ke Tanah Melayu sebagai buruh di lombong bijih timah kerana kemahiran dalam aktiviti tersebut. Manakala orang India merupakan buruh yang mahir dalam perladangan getah. Selain itu, aktiviti perniagaan turut berkembang dengan pesat. Contohnya, orang Teochew dan Hakka merupakan peniaga yang telah membuka banyak kedai di kawasan bandar dan lombong bijih timah. Hal ini telah meningkatkan ekonomi di Tanah Melayu.

Kesan seterusnya ialah pembentukan bandar-bandar baru. Orang Cina dan orang India membuat petempatan berkelompok di kawasan lombong dan

ladang getah seperti di Ipoh, Kinta, Taiping, Kuala Lumpur, Seremban dan Johor Bahru. Seiring dengan kewujudan bandar-bandar baru tersebut, kerajaan British telah membina jaringan jalan perhubungan dan pengangkutan seperti jalan kereta api dan jalan raya. Sistem jalan pengangkutan tersebut menghubungkan antara ladang getah dan lombong bijih timah dengan kilang mahupun pelabuhan.

Di samping itu, kesan ekonomi kemasukan orang Cina dan India ialah meningkatkan kemajuan Tanah Melayu secara keseluruhannya. Orang Cina dan orang India banyak menetap di kawasan pantai barat Tanah Melayu. Malahan orang Cina dan India lebih banyak menetap di Pulau Pinang dan Singapura. Hal ini telah menyebabkan kedua-dua buah negeri tersebut berkembang dengan pesat. Contohnya, Singapura telah berkembang sebagai sebuah pelabuhan entrepot.

Kesimpulannya, kemasukan orang Cina dan orang India telah memberikan kesan terhadap kehidupan sosioekonomi di Tanah Melayu. Orang Cina dan India yang datang untuk memperbaik kehidupan mereka telah tinggal secara tetap di Tanah Melayu. Tidak dapat dinafi kan bahawa orang Cina dan orang India telah memainkan peranan yang penting dalam pembentukan masyarakat majmuk. Mereka terlibat secara langsung dalam kehidupan sosial dan ekonomi di Tanah Melayu. Kehidupan secara bersama antara kaum di Tanah Melayu telah mewujudkan keharmonian kaum.

SOALAN 5Parti Komunis Malaya (PKM) telah melancarkan pemberontakan bersenjata terhadap pemerintahan di Tanah Melayu pada tahun 1948. Tujuan utama PKM melancarkan pemberontakan adalah untuk menggulingkan kerajaan dan seterusnya menubuhkan Republik Komunis Tanah Melayu. PKM telah didesak oleh Komunis Antarabangsa yang telah bersidang di Calcutta, India. Dalam usaha tersebut, PKM telah melakukan kekejaman, iaitu pembunuhan para pegawai British, terutama pembunuhan tiga orang peladang British di Sungai Siput pada tahun 1948. British berusaha untuk membendung kegiatan komunis dengan mengisytiharkan darurat pada tahun 1948.

Sepanjang tempoh 12 tahun Tanah Melayu diisytiharkan darurat, pelbagai langkah telah dilaksanakan untuk membendung kegiatan komunis. Antara langkah awal yang dilaksanakan adalah memperkenalkan undang-undang darurat. Dalam pada itu, kerajaan telah mengharamkan Parti Komunis Malaya di Tanah Melayu. Melalui undang-undang darurat, kerajaan berkuasa untuk menangkap sesiapa sahaja yang disyaki terlibat dalam kegiatan komunis. Kerajaan akan menangkap mereka tanpa dibicarakan. Selain itu, orang ramai tidak dibenarkan untuk berkumpul lebih daripada lima orang. Pelaksanaan undang-undang darurat telah menyebabkan banyak yang tidak bersalah ditangkap. Malahan telah menyebabkan pergerakan orang ramai terbatas kerana mereka bimbang ditangkap kerajaan.

Ace Ahead STPM Sejarah Kertas 2 5 5Ace Ahead STPM Sejarah Kertas 2 5 5 4/2/09 11:56:04 AM4/2/09 11:56:04 AM

Page 6: SEJARAH STPM

6 Sejarah K2 STPM 2008 Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2009

Di samping itu, kerajaan telah menambah jumlah tentera untuk memerangi anggota komunis di Tanah Melayu. Semasa darurat, kira-kira 40 000 orang tentera termasuk beberapa Rejimen Askar Melayu telah dikerah untuk menghapuskan komunis. Selain itu, tentera turut mendapat bantuan daripada pasukan polis yang berjumlah 70 000 orang dan Home Guard yang dianggarkan berjumlah 25 000 orang yang mengawal di peringkat kampung. Pasukan Special Constables (SC) yang berjumlah 29 897 orang dikerah untuk menjaga kawasan ladang pertanian. Melalui pertubuhan Komanwel, Tanah Melayu mendapat bantuan ketenteraan asing untuk memerangi komunis, antaranya dari New Zealand, Australia dan India. Walau bagaimanapun, tindakan ketenteraan kurang berjaya kerana anggota komunis berada di dalam hutan. Kerajaan telah menggunakan teknik perang gerila terhadap komunis.

Seterusnya kerajaan telah melancarkan Rancangan Briggs yang telah diasaskan oleh Sir Henry Gurney pada tahun 1950. Pengarah operasi yang bertanggungjawab dalam melaksanakan rancangan ini ialah Leftenan Sir Harold Briggs. Tujuan pelaksanaan rancangan tersebut adalah untuk melumpuhkan kegiatan sokongan komunis, iaitu Min Yuen. Tindakan yang dijalankan adalah memindahkan penduduk Cina dari kawasan pinggir hutan ke kawasan petempatan baru atau kampung baru. Hal ini bertujuan untuk menyelamatkan mereka daripada diugut dan digunakan oleh gerakan Min Yuen bagi mendapatkan bekalan makanan dan sebagainya. Petempatan semula yang dibina oleh kerajaan dikawal ketat dan dipagari kawat berduri untuk menjaga keselamatan mereka. Rancangan tersebut telah berjaya memindahkan kira-kira 570 500 orang ke kawasan lebih 400 buah kampung baru menjelang tahun 1952.

Pada tahun 1952, Sir Gerald Templer telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu. Antara usaha yang dilakukan oleh beliau adalah mewujudkan kawasan hitam dan kawasan putih. Rancangan tersebut digunakan untuk memberi kesedaran kepada penduduk Tanah Melayu supaya tidak memberi bantuan kepada pihak komunis. Selain itu, usaha ini juga bertujuan untuk menghalang rakyat daripada terpengaruh dengan ideologi komunis. Kawasan-kawasan yang terdapat anasir komunis diisytiharkan sebagai kawasan hitam. Pihak tentera dan polis mengadakan sekatan dan kawalan yang rapi di kawasan tersebut. Usaha untuk membersihkan kawasan hitam daripada pengaruh komunis dilakukan dari Johor hingga ke utara Tanah Melayu. Kawasan yang berjaya dibersihkan daripada anasir komunis pula dikenali sebagai kawasan putih. Kawasan tersebut telah dimajukan oleh kerajaan dengan menyediakan pelbagai kemudahan asas seperti jalan pengangkutan, pusat kesihatan dan sebagainya. Hal ini telah menyebabkan rakyat bekerjasama dengan pihak kerajaan untuk memerangi komunis.

Seterusnya pihak British cuba mengeratkan hubungan antara kaum di Tanah Melayu. Penubuhan

Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum merupakan usaha ke arah itu. Tujuan penubuhan jawatankuasa tersebut adalah untuk mengurangkan sokongan orang Cina terhadap gerakan Parti Komunis Malaya. Jawatankuasa tersebut dianggotai oleh wakil-wakil daripada semua kaum utama di Tanah Melayu, contohnya Dato’ Onn bin Jaafar mewakili orang Melayu, E.E.C. Thuraisinggam mewakili kaum India dan Tan Cheng Lock mewakili kaum Cina. Dengan wujudnya kerjasama tersebut, semangat kebangsaan telah dapat ditanam dalam kalangan kaum Cina dan India. Tambahan pula, pihak kerajaan telah melonggarkan pemberian taraf kerakyatan.

Kerajaan turut melancarkan perang saraf untuk memberikan kesedaran kepada rakyat Tanah Melayu. Pelbagai cara telah dilakukan untuk menghebahkan keburukan perjuangan komunis. Kerajaan telah mengadakan ceramah di seluruh pelosok Tanah Melayu, terutama di kawasan luar bandar. Selain itu, kerajaan mengedarkan poster-poster tentang usaha kerajaan memerangi komunis. Malahan kerajaan turut menjadikan pihak komunis sebagai sasaran perang saraf untuk menyedarkan kumpulan tersebut. Risalah-risalah tentang pengampunan kepada anggota komunis yang menyerah diri telah digugurkan di kawasan hutan. Pihak kerajaan juga menawarkan hadiah yang lumayan kepada sesiapa yang memberikan maklumat sehingga tertangkapnya anggota komunis, contohnya Chin Peng bernilai $250 000 dan anggota yang lain bernilai $20 000.

British juga telah menggalakkan penubuhan parti-parti politik sama ada daripada kalangan orang Melayu, Cina mahupun India. Kesempatan ini telah digunakan oleh orang Cina untuk menubuhkan parti politik, iaitu MCA. MCA bertujuan untuk membela hak dan kepentingan kaum Cina, manakala kaum India telah menubuhkan MIC yang turut berusaha untuk memperbaik taraf hidup kaum tersebut di Tanah Melayu. Parti-parti politik pelbagai kaum di Tanah Melayu telah bersatu untuk mewujudkan perpaduan. Contohnya, Parti Perikatan antara UMNO-MCA telah bergabung pada tahun 1952. Hasil usaha tersebut telah menyebabkan mereka berjaya memenangi pilihan raya Majlis Bandaran Kuala Lumpur pada tahun 1952. Dengan wujudnya parti-parti politik mengikut kaum, parti-parti yang berfahaman sosialis dan radikal telah diharamkan oleh British.

Kesimpulannya, darurat yang berlaku di Tanah Melayu selama 12 tahun ialah suatu usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk menghapuskan gerakan komunis. Langkah yang dilakukan oleh kerajaan telah berjaya. Dengan menggunakan kekuatan tentera, pihak komunis yang berada di dalam hutan berjaya ditumpaskan. Selain itu, undang-undang darurat telah mengehadkan pergerakan penduduk Tanah Melayu sekali gus membatasi usaha PKM mempengaruhi masyarakat. Segala usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan telah berjaya menghapuskan anasir komunis. Walau bagaimanapun, dalam tempoh

Ace Ahead STPM Sejarah Kertas 2 6 6Ace Ahead STPM Sejarah Kertas 2 6 6 4/2/09 11:56:05 AM4/2/09 11:56:05 AM

Page 7: SEJARAH STPM

Sejarah K2 STPM 2008 7Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2009

darurat penduduk Tanah Melayu mengalami pelbagai penderitaan seperti tidak bebas bergerak dan masalah ekonomi yang terjejas.

SOALAN 6Sistem pendidikan pada zaman sebelum Perang Dunia Kedua berkembang mengikut haluan masing-masing. Sekolah-sekolah dibina mengikut kepentingan setiap kaum. Hal ini turut mempengaruhi keseimbangan peluang dalam kalangan kanak-kanak untuk mendapatkan pendidikan. Sekolah vernakular India, Cina, Melayu dan Inggeris berkembang tanpa adanya keseragaman. Keadaan ini telah menyebabkan wujud perbezaan ras yang amat ketara sehingga menghalang perpaduan kaum di Tanah Melayu. Justeru, selepas Tanah Melayu merdeka, sistem pendidikan untuk membentuk perpaduan kaum telah diwujudkan. Sistem pendidikan tersebut memberikan peluang kepada kanak-kanak daripada semua kaum untuk menikmati pendidikan. Usaha kerajaan jelas terbukti dengan sistem pendidikan yang digariskan dalam Penyata Razak 1957 dan Akta Pelajaran, 1961.

Penyata Razak atau juga dikenali sebagai Laporan Razak merupakan satu usaha untuk mewujudkan sistem pendidikan yang bercorak kebangsaan. Dato Abdul Razak bin Hussein telah dipertanggungjawabkan untuk mengkaji sistem pendidikan pada masa itu. Jawatankuasa Razak telah berjaya mengemukakan cadangan untuk memperbaik sistem pendidikan kebangsaan. Antaranya adalah mewujudkan dua jenis sekolah rendah, iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan atau dikenali juga Sekolah Umum yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan atau Sekolah Jenis Umum yang menggunakan bahasa Inggeris, Tamil atau Cina sebagai bahasa pengantar. Bahasa Melayu dan Inggeris wajib diajarkan di kedua-dua jenis sekolah tersebut. Para pelajar India dan Cina dari aliran Inggeris diberikan peluang untuk mempelajari bahasa ibunda mereka sekiranya memenuhi syarat, iaitu terdapat sekurang-kurangnya 15 orang pelajar dan mendapat permohonan daripada ibu bapa pelajar. Guru-guru yang mengajar di sekolah-sekolah tersebut mestilah mempunyai kelayakan, iaitu Sijil Sekolah Menengah Rendah atau mendapat latihan mengajar sekurang-kurangnya satu tahun. Kerajaan telah memberi bantuan kewangan kepada sekolah yang mematuhi garis panduan yang terkandung dalam Penyata Razak.

Di peringkat menengah, Penyata Razak telah mengemukakan cadangan penubuhan dua jenis sekolah, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan. Sekolah Menengah Kebangsaan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, manakala Bahasa Inggeris menjadi mata pelajaran wajib. Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan menggunakan bahasa Inggeris, bahasa Tamil atau bahasa Cina sebagai bahasa pengantar dan Bahasa Melayu menjadi mata pelajaran wajib.

Sistem pendidikan menengah terbahagi kepada tiga peringkat, iaitu menengah rendah, menengah atas dan prauniversiti.

Pada peringkat menengah rendah, para pelajar akan menduduki peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP/LCE) yang akan melayakkan mereka belajar di peringkat menengah atas sehingga Tingkatan Lima. Para pelajar akan menduduki Sijil Persekutuan Tanah Melayu yang setaraf dengan Cambridge Overseas Certifi cate. Kelulusan sijil tersebut akan digunakan untuk memasuki prauniversiti, iaitu Tingkatan Enam yang akan ditempuhi selama dua tahun, sebelum menduduki Sijil Tinggi Persekolahan yang akan digunakan sebagai syarat utama kemasukan ke universiti.

Melalui Penyata Razak, bahasa Melayu dan bahasa Inggeris wajib diajarkan di semua sekolah rendah mahupun menengah. Malahan bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa kebangsaan untuk menyatupadukan rakyat Tanah Melayu yang berbilang kaum. Dengan mengajarkan bahasa Melayu di sekolah, akan dapat membentuk persefahaman dan perhubungan yang baik antara kaum, di samping pembentukan sukatan pelajaran yang sama untuk semua sekolah. Sistem pendidikan bercorak Tanah Melayu dan dianggap sebagai asas sistem pendidikan kebangsaan.

Laporan Rahman Talib telah disiapkan oleh Abdul Rahman bin Haji Talib selaku Menteri Pendidikan pada ketika itu. Laporan Rahman Talib pada tahun 1960 telah berjaya menambahbaikkan sistem pendidikan kebangsaan. Laporan tersebut telah membuat kajian tentang pelaksanaan sistem pendidikan sebelumnya, kemudian mengemukakan beberapa cadangan. Antara cadangan yang dikemukakan ialah para pelajar akan mendapat peluang bersekolah sehingga berumur 15 tahun. Hal ini bererti kenaikan secara automatik di semua sekolah rendah dan menengah bantuan kerajaan, mendapat pendidikan di sekolah rendah selama enam tahun kemudian akan melanjutkan ke sekolah menengah sehingga tingkatan tiga dan pelajaran di peringkat sekolah rendah diperoleh secara percuma.

Bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar di sekolah dan institusi pengajian tinggi. Hal ini merupakan usaha lanjutan yang terdapat dalam Laporan Razak yang berusaha untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai alat perpaduan antara kaum. Bahasa Melayu turut digunakan untuk semua peperiksaan awam sama dan di sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Hal ini bererti semua calon wajib lulus dalam mata pelajaran bahasa Melayu sebagai syarat memasuki sekolah menengah. Selain itu, kelas peralihan untuk para pelajar dari sekolah rendah aliran Tamil dan India selama setahun. Kelas peralihan tersebut bertujuan untuk memperbaik penguasaan bahasa Melayu pelajar yang berpindah ke aliran Melayu atau Inggeris. Di samping itu, Laporan Rahman Talib mengesyorkan supaya pelajar Tingkatan Tiga diwajibkan untuk mengambil peperiksaan LCE/SRP.

Ace Ahead STPM Sejarah Kertas 2 7 7Ace Ahead STPM Sejarah Kertas 2 7 7 4/2/09 11:56:05 AM4/2/09 11:56:05 AM

Page 8: SEJARAH STPM

8 Sejarah K2 STPM 2008 Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2009

Mata pelajaran akhlak turut akan diajarkan di sekolah. Laporan tersebut mencadangkan supaya diadakan kemudahan untuk pengajaran Pendidikan Agama Islam, dengan syarat jumlah pelajar Islam sekurang-kurangnya 15 orang, manakala para pelajar bukan Islam akan belajar mata pelajaran Moral. Kedua-dua mata pelajaran wajib diajarkan di sekolah-sekolah untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari aspek ilmu dan kerohanian, manakala mata pelajaran bahasa Tamil dan Cina akan diajarkan di sekolah sekiranya terdapat permintaan daripada ibu bapa pelajar.

Bagi membentuk sistem pendidikan kebangsaan yang lebih mantap, laporan tersebut telah mencadangkan supaya kurikulum dan semua bentuk peperiksaan diselaraskan. Laporan tersebut turut mencadangkan supaya pendidikan teknik dan vokasional diwujudkan untuk mendedahkan para pelajar kepada perkembangan bidang teknik dan vokasional. Sebagai menyahut usaha tersebut, tiga buah institusi teknologi telah dibina yang masing-masing terdapat di Kuala Lumpur, Ipoh dan Pulau Pinang. Selain itu, Jemaah-jemaah Nazir di peringkat negeri dan persekutuan juga ditubuhkan untuk mengawasi perjalanan pendidikan di sekolah-sekolah.

Kesimpulannya ialah sistem pendidikan yang diperkenalkan sebaik-baik sahaja Tanah Melayu mencapai kemerdekaan sehingga 1961 bertujuan untuk mewujudkan perpaduan kaum. Dalam usaha membentuk sistem pendidikan kebangsaan, pandangan daripada semua kaum diambil kira melalui rundingan antara kaum. Melalui sistem pendidikan telah memberikan peluang kepada semua kaum untuk mendapatkan pendidikan yang seimbang. Malahan kerajaan telah memberikan bantuan kewangan kepada semua sekolah. Penyelarasan sistem pendidikan Tanah Melayu telah membantu mewujudkan perpaduan kaum. Hal ini jelas terbukti dengan pengajaran Bahasa Melayu di semua sekolah, selain penyeragaman kurikulum dan peperiksaan. Laporan Razak dan Akta Rahman Talib telah menjadi asas pembentukan sistem pendidikan kebangsaan selepas pembentukan Malaysia pada tahun 1963.

Bahagian B

SOALAN 7Sistem pemerintahan beraja merupakan suatu bentuk kerajaan yang wujud di kebanyakan negara di Asia sebelum penglibatan kuasa Barat. Raja Thailand berlandaskan ajaran agama Buddha. Kuasa tertinggi dalam pemerintahan negara di Thailand dan China ialah raja atau maharaja. China mengamalkan sistem maharaja yang berlandaskan ajaran Confucius. Dalam masyarakat Cina, seorang maharaja dianggap sebagai wakil tuhan yang diutus. Raja Thailand dan Maharaja China mempunyai kedudukan yang tinggi dalam sistem politik, mahupun sosial dalam masyarakat, selain mempunyai pengaruh dalam semua hal ehwal di dunia. Dengan yang demikian, raja bertanggungjawab penuh ke atas keamanan, kemakmuran serta kesejahteraan rakyat keseluruhannya.

Sistem beraja di Thailand merupakan kesinambungan daripada beberapa dinasti sebelumnya. Pemerintahan Dinasti Chakri telah berjaya mengekalkan kemerdekaan Thailand daripada penguasaan penjajah Barat. Sistem pemerintahan beraja Thailand adalah berkuasa mutlak. Ajaran agama Hindu-Buddha meletakkan raja mempunyai kuasa mutlak tanpa boleh dipersoalkan. Dalam hal yang demikian, raja dianggap sebagai keturunan dewa dan mempunyai darah putih.

Mereka dikaitkan dengan dewa atau tuhan yang dikenali sebagai devaraja. Konsep devaraja melihat raja sebagai bayangan tuhan. Hak seorang pemerintah berasaskan bun rami atau kuasa akhlak dan kebolehan peribadi. Seseorang yang ingin menjadi raja tidak semestinya berasal daripada dinasti yang pernah memerintah, tetapi memaparkan bun rami dan kebolehan yang luar biasa. Seorang raja berhak memerintah selagi masih mempunyai bun rami.

Di samping itu, dalam bidang politik raja memainkan peranan penting, iaitu memelihara perpaduan dalam kalangan masyarakat. Dalam masa yang sama merupakan alat untuk mengawal sistem pentadbiran negara. Lebih penting lagi raja mempunyai penguasaan yang cukup besar terhadap sumber tenaga manusia. Sebagai contoh, Raja Mongkut merupakan raja yang berjaya mengelakkan Thailand daripada dijajah oleh kuasa asing melalui kebijaksanaannya. Beliau mengamalkan dasar diplomasi dengan kuasa-kuasa Barat untuk mengekalkan kemerdekaan dan kedaulatan Thailand.

Selain itu, dalam sistem ekonomi, abad ke-19merupakan tempoh kuasa besar giat meluaskan pengaruh mereka di Asia Tenggara. Raja Thailand telah mengamalkan dasar berbaik-baik dengan kuasa Barat. Contohnya, pada tahun 1824 kerajaan Thailand dan British telah menandatangani suatu perjanjian yang membolehkan Thailand memperoleh pengiktirafan daripada British untuk menguasai Negeri-negeri Melayu. Thailand telah mengamalkan dasar pintu terbuka untuk mendapatkan hasil dagangan daripada negara luar. Hal ini telah dilakukan semasa pemerintahan Raja Rama III.

Sistem pemerintahan beraja di Thailand, terutama dalam aspek sosial memperlihatkan perubahan ketara semasa pemerintahan Raja Mongkut. Beliau telah mengubah adat istiadat seperti upacara meminum air ketaatan. Pemerintah Mongkut telah mengubah suai beberapa adat lain seperti membenarkan rakyat melihat wajah raja dapat merapatkan golongan rakyat dengan pemerintah.

Selain itu, Raja Chulalongkorn merupakan seorangraja yang berwibawa. Beliau telah mendapat pendidikan tradisional dan pendidikan Barat. Faktor ini telah membantu Raja Chulalongkorn dalam kejayaan pemerintahan beliau. Chulalongkorn telah melakukanpengubahsuaian dalam adat tempatan seperti menghapuskan adat menunduk kepala semasa berhadapan dengan raja. Selain itu, beliau juga menghapuskan amalan perhambaan, memberikan

Ace Ahead STPM Sejarah Kertas 2 8 8Ace Ahead STPM Sejarah Kertas 2 8 8 4/2/09 11:56:06 AM4/2/09 11:56:06 AM

Page 9: SEJARAH STPM

Sejarah K2 STPM 2008 9Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2009

kebebasan beragama, membahagikan Thailand kepada 18 monthon dan setiap monthon dibahagikan kepada beberapa maung.

Maharaja bertindak sebagai ketua negara dalam pemerintahan China. Hal ini menunjukkan bahawa maharaja memiliki kuasa mutlak. Kuasa mutlak maharaja jelas dalam penggubalan undang-undang kerajaan. Undang-undang yang digubal oleh maharaja adalah untuk menjaga kestabilan negara dan melicinkan pentadbiran kerajaan. Malahan undang-undang yang digubal oleh maharaja bertujuan untuk mengukuhkan kedudukannya dalam sistem politik negara. Hal ini diperkuat dengan anggapan bahawa rakyat tidak berhak untuk mempersoalkan segala bentuk undang-undang yang digubal oleh maharaja.

Dalam bidang kehakiman, maharaja China bertanggungjawab mengadili setiap kes yang dilaporkan, malahan maharaja akan menjatuhkan hukuman ke atas setiap pesalah, terutama yang melibatkan kesalahan yang membawa kepada hukuman mati. Dalam masyarakat China, keadilan seorang maharaja sangat diutamakan kerana mereka percaya bahawa maharaja merupakan pelindung kepada masyarakat bawahan.

Negara China yang sangat luas telah mengundang pemberontakan dan peluasan kuasa oleh bangsa lain, terutama Mongol. Oleh yang demikian, maharaja mestilah seorang yang mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam bidang ketahanan dan pertahanan. Maharaja merupakan seorang ketua dalam ketenteraan. Walaupun maharaja tidak terlibat secara langsung di medan perang, tetapi semua keputusan berkaitan dengan peperangan ditentukan oleh maharaja seperti mengisytiharkan perang dan juga perdamaian. Dalam hal yang lebih penting lagi maharaja yang berkaliber dan disanjung oleh rakyatnya mestilah bertanggungjawab menjaga dan mampu mengekalkan keamanan serta keselamatan rakyat dan negara China.

Memandangkan maharaja dalam masyarakat China dianggap sebagai anak tuhan atau wakil tuhan, seseorang maharaja akan mengetuai semua upacara keagamaan. Malahan terdapat tempat-tempat suci di dalam istana maharaja yang tidak boleh dimasuki oleh orang lain selain maharaja. Terdapat perayaan keagamaan yang dilaksanakan mestilah mendapat perkenan dan dimulai oleh maharaja.

Dalam bidang ekonomi, maharaja menguasai segala hal ehwal ekonomi dan kekayaan negara. Malahan semua tanah pertanian merupakan kepunyaan maharaja yang diusahakan oleh rakyat jelata. Kegiatan perdagangan mestilah dijalankan dengan kebenaran maharaja. Hubungan perdagangan dengan negara luar mestilah mendapat restu daripada maharaja. Oleh yang demikian, ibu kota dijadikan pusat kegiatan ekonomi.

Maharaja juga berusaha untuk memastikan kemakmuran ekonomi rakyat sentiasa terjamin. Hal ini terbukti apabila maharaja memberi bantuan kepada rakyat yang mengalami masalah bencana alam seperti

banjir atau kemarau. Maharaja akan sentiasa memberi bantuan berupa makanan dan pakaian kepada mangsa bencana alam.

Maharaja juga mempunyai kuasa untuk menentukan segala bentuk dan jumlah cukai yang akan dikenakan kepada rakyatnya. Maharaja telah melantik para pembesar untuk menjalankan semua kegiatan ekonomi, terutama pemungutan cukai, perdagangan dan sebagainya. Dalam bidang sosial, maharaja bertanggungjawab penuh terhadap keamanan dan kesejahteraan rakyat. Sekiranya seseorang maharaja gagal memerintah negara, beliau akan digulingkan oleh rakyat. Menurut kepercayaan masyarakat Cina, seseorang maharaja gagal dalam pemerintahannya apabila berlaku malapetaka dalam negara seperti banjir, kemarau dan sebagainya. Oleh itu, rakyat jelata berhak menggulingkan pemerintahan kerajaan tersebut.

Sebelum kedatangan Barat, sistem pemerintahan beraja di Thailand dan China merupakan tunjang kehidupan politik bagi negara tersebut. Raja berada di lapisan tertinggi dalam masyarakat dan dipandang sangat mulia oleh rakyatnya. Pengaruh dan kekuasaan raja di Thailand semakin berkurangan serta tercabar setelah golongan intelektual memperkenal sistem pemerintahan raja berperlembagaan. Manakala sistem beraja di China mengalami kemerosotan setelah campur tangan pihak Barat, terutama British. Kuasa raja juga tergugat dengan penentangan yang dilakukan oleh rakyat tempatan. Sistem maharaja di China telah berakhir setelah pengaruh komunis menguasai sistem politik di negara tersebut.

SOALAN 8Pada abad ke-19, kawasan Asia Tenggara menjadi tumpuan para imigran India dan Cina. Antara negara yang menjadi tumpuan imigran India dan Cina ialah Myanmar dan Indonesia. Kemasukan para imigran ke negara-negara tersebut kerana banyak peluang pekerjaan dan ekonomi. Selain itu, pihak Barat turut memberi galakan kemasukan para imigran sebagai sburuh kasar yang murah. Orang-orang India di Myanmar telah berjaya menguasai bidang ekonomi. Sebahagian besar mereka terdiri daripada pemodal dan tuan-tuan tanah. Orang Cina yang berada di Indonesia turut berjaya menguasai perekonomian tempatan sehingga menimbulkan perasaan anti-Cina di Indonesia.

Imigran India di Myanmar telah bermula dengan pesat pada abad ke-19 apabila British berjaya menguasai Myanmar. British telah membawa masuk orang India ke Burma untuk dijadikan buruh kasar, khususnya di ladang pertanian dan perkilangan milik British. Buruh-buruh India dibayar dengan gaji yang murah, malahan kos pengangkutan untuk membawa imigran India rendah kerana jarak antara Myanmar dengan India adalah dekat. Kedatangan orang India ke Myanmar telah menyebabkan perkembangan dalam bidang ekonomi, khususnya penanaman padi. Buruh-buruh India diguna untuk membuka kawasan

Ace Ahead STPM Sejarah Kertas 2 9 9Ace Ahead STPM Sejarah Kertas 2 9 9 4/2/09 11:56:06 AM4/2/09 11:56:06 AM

Page 10: SEJARAH STPM

10 Sejarah K2 STPM 2008 Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2009

penanaman padi yang baru. Dengan menggunakan buruh India, keluasan kawasan penanaman padi bertambah daripada 6 juta ekar kepada 8 juta ekar menjelang abad ke-20. Selain itu, buruh India turut digunakan ketika musim menuai padi.

Selepas Perang Dunia Kedua, orang India di Myanmar mulai menguasai perekonomian, tetapi bukan sebagai buruh. Mereka muncul sebagai pemilik perusahaan, khususnya pertanian. Mereka memiliki tanah-tanah pertanian yang luas dan mampu bersaing dengan pengusaha tempatan. Orang India menjadi golongan Chetti yang menguasai ekonomi Myanmar. Golongan ini bertindak sebagai pemiutang kepada para petani. Dalam hal ini, petani akan mencagarkan tanah mereka kepada Chetti. Akhirnya golongan ini memiliki banyak tanah apabila petani tidak dapat membayar hutang. Golongan Chetti India telah berjaya menguasai ekonomi Burma, terutama tentang pemilikan tanah pertanian.

Penghijrahan orang Cina ke Indonesia mendatangkan kesan yang besar terhadap ekonomi. Pada peringkat awal, orang Cina hanya menjadi buruh kasar di estet milik Belanda. Menjelang pertengahan abad ke-19, orang Cina telah menceburkan diri dalam pelbagai aktiviti ekonomi, terutama perdagangan. Misalnya mereka menjalankan perniagaan, perjudian dan pengangkutan feri. Orang-orang Cina telah berjaya menguasai ekonomi Indonesia, bahkan mereka memiliki kekayaan yang melebihi penduduk peribumi Indonesia. Oleh yang demikian, sebilangan besar orang Cina terlibat dalam perniagaan, iaitu kira-kira 37 peratus daripada jumlah orang Cina di Indonesia. Bagi menjamin dan melindungi perniagaan mereka, mereka telah menubuhkan Dewan Perniagaan Cina, Indonesia pada tahun 1908.

Kehadiran orang Cina di Indonesia turut memberi kesan terhadap sistem pendidikan di negara tersebut. Sama halnya di tempat-tempat lain, orang Cina akan menjalankan kegiatan pendidikan untuk anak-anak mereka. Sekolah Cina telah wujud di Indonesia sekitar tahun 1909. Walau bagaimanapun, sekolah tersebut menggunakan kurikulum Belanda. Perkembangannya tidak begitu memberangsangkan kerana tidak dibuka sepenuhnya untuk anak-anak orang Cina. Perkembangan sekolah-sekolah Cina-Belanda di Indonesia mendapat bantahan daripada kerajaan China dan Persatuan Cina Seberang Laut. Belanda berusaha untuk menyekat pengaruh sekolah-sekolah Cina kerana ingin mengurangkan penguasaan orang Cina di Indonesia.

Orang-orang Cina terlibat secara langsung dalam bidang pentadbiran. Apabila Belanda mewujudkan Volksraad pada tahun 1918, orang-orang Cina memainkan peranan penting dalam dewan perwakilan tersebut. Terdapat kira-kira lima orang Cina dalam dewan perwakilan untuk menyuarakan hak dan kepentingan mereka. Selain itu, orang-orang Cina telah menjadi tenaga kerja profesional seperti doktor dan guru.

Orang Cina juga terlibat dalam gerakan nasionalisme di Indonesia, tetapi lebih menjurus kepada perkembangan nasionalisme di negara asal, iaitu China. Perjuangan nasionalisme di China memberikan pengaruh terhadap kesedaran kebangsaan orang Cina di Indonesia. Hal ini terbukti dengan wujudnya pertubuhan seperti Persatuan Orang Cina dan Kelab Pengembara Nanyang. Pertubuhan-pertubuhan tersebut giat menganjurkan kempen kesedaran dalam kalangan orang Cina. Malahan mereka telah menerbitkan beberapa buah akhbar berbahasa Cina seperti Li Po, Chabar Perniagaan dan Jawa Tengah. Walau bagaimanapun, Belanda telah menyekat kegiatan politik orang Cina kerana bimbang mereka akan membentuk kerjasama dengan golongan nasionalis Indonesia.

Kesimpulannya, kewujudan masyarakat majmuk di Myanmar dan Indonesia pada abad ke-19 banyak dipengaruhi oleh sistem perekonomian. Golongan imigran berlumba-lumba untuk mendapatkan peluang ekonomi yang tersedia di Myanmar dan Indonesia. Tambahan pula, penjajah British di Myanmar dan Belanda di Indonesia memberi kebenaran kepada para imigran untuk masuk ke negara tersebut. Kemasukan masyarakat majmuk ke Myanmar dan Indonesia telah menimbulkan pelbagai kesan terhadap kehidupan bangsa Myanmar dan Indonesia. Golongan imigran telah menguasai ekonomi dan politik negara tersebut. Situasi tersebut telah menyebabkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan penduduk tempatan.

SOALAN 9Pada abad ke-19, negara-negara di Asia mengalami perkembangan sistem pendidikan, terutama setelah kedatangan kuasa-kuasa Barat. Sistem pendidikan di Filipina telah lama bermula sebelum kedatangan bangsa Sepanyol dan Amerika Syarikat. Perkembangan sistem pendidikan berlaku dengan pesat setelah campur tangan Barat. Di Jepun pula, pendidikan mengalami perkembangan yang pesat ke arah pemodenan negara Jepun.

Sistem pendidikan di Filipina sebelum kedatangan Sepanyol merupakan campuran antara akademik dengan pertukangan. Murid-murid diajarkan membaca, menulis, membuat kira-kira, muzik, agama dan adat. Murid-murid diajarkan menjadi pahlawan, pemburu, peladang, nelayan, pelombong dan pembuat kapal. Walau bagaimanapun, pendidikan tersebut dilaksanakan secara tidak formal sahaja.

Perkembangan sistem pendidikan di Filipina selepas penjajahan Sepanyol lebih berkaitan dengan bahasa Sepanyol. Hal ini berkaitan dengan usaha untuk menyebarkan agama Kristian dalam kalangan penduduk Filipina. Sepanyol mengajarkan bahasa Sepanyol supaya orang Filipina akan meninggalkan amalan-amalan tradisi dan kemudian menganut agama Kristian.

Pendidikan rendah di Filipina telah didirikan di Cebu pada tahun 1565. Pendidikan menengah telah dimajukan di Filipina oleh orang Jesuit. Mereka telah

Ace Ahead STPM Sejarah Kertas 2 10 10Ace Ahead STPM Sejarah Kertas 2 10 10 4/2/09 11:56:07 AM4/2/09 11:56:07 AM

Page 11: SEJARAH STPM

Sejarah K2 STPM 2008 11Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2009

mendirikan beberapa buah kolej perempuan di Manila. Malahan pada tahun 1611, orang Dominica telah mendirikan Universiti Santo Thomas yang merupakan universiti tertua di Asia Tenggara.

Pada abad ke-19, barulah banyak peluang pendidikan diberikan kepada penduduk tempatan Filipina. Malahan golongan berfahaman liberal di Filipina telah meluaskan sistem pendidikan untuk penduduk Filipina. Pada tahun 1863, sistem pendidikan yang baru telah diperkenalkan di Filipina. Berdasarkan dasar tersebut, kerajaan Sepanyol mestilah mendirikan sebuah sekolah lelaki dan sebuah sekolah perempuan di setiap pueblo (daerah). Kanak-kanak lelaki dan perempuan mesti bersekolah. Golongan miskin tidak dikenakan sebarang bayaran. Paderi daerah mestilah menjadi inspektor tempatan untuk memastikan sistem pendidikan tersebut dipatuhi.

Selain itu, guru-guru hendaklah mengajarkan bahasa Sepanyol kepada murid-murid. Walau bagaimanapun, terlalu sedikit yang menggunakan bahasa Sepanyol. Guru-guru dibayar gaji yang sangat rendah. Oleh yang demikian, tidak ramai yang ingin menjadi guru. Sistem tersebut tidak berjaya mencapai matlamatnya.

Oleh yang demikian, pada tahun 1865, kerajaan Sepanyol telah mendirikan sekolah untuk melatih guru-guru. Walaupun tidak mendapat sokongan daripada rakyat Filipina, tetapi ianya telah memberikan banyak ruang kepada golongan pertengahan kaya di Filipina untuk memberi pendidikan yang tinggi kepada anak-anak mereka. Menjelang pertengahan abad ke-19, Sepanyol telah mendirikan kira-kira 2150 buah sekolah dengan 200 000 orang murid di seluruh Filipina. Pada masa tersebut, pendidikan di Filipina, terutama pendidikan untuk kaum wanita adalah yang paling maju di Asia Tenggara.

Perkembangan sistem pendidikan Jepun pula telah mengalami perkembangan yang pesat semasa pemerintahan Maharaja Meiji pada tahun 1872. Kerajaan Meiji telah memperkenal sistem pendidikan yang moden. Sistem pendidikan Jepun dirangka untuk membina sebuah negara yang kuat dan maju. Kementerian Pendidikan telah ditubuhkan pada tahun 1871. Pendidikan rendah Jepun berasaskan model Amerika Syarikat. Pendidikan rendah selama tiga tahun mulai diwajibkan pada tahun 1880 dan seterusnya dilanjutkan kepada enam tahun pada tahun 1907.

Selepas pendidikan rendah, terdapat pendidikan menengah selama lima tahun, pendidikan tinggi selama tiga tahun serta pendidikan universiti selama tiga atau empat tahun. Sistem pendidikan Jepun mewajibkan semua anak lelaki dan perempuan yang berumur enam hingga 14 tahun bersekolah tanpa sebarang bayaran. Malahan kerajaan Meiji turut memberi kebenaran kepada guru-guru swasta dan paderi Kristian Amerika Syarikat mendirikan sekolah menengah. Pada tahun 1890, Maharaja Meiji telah mengeluarkan prinsip berkaitan dengan pendidikan, iaitu semua rakyat

Jepun mestilah berbakti kepada orang tua, mencintaikeluarga, menuntut ilmu, memelihara kesenian danmeningkatkan kepandaian intelektual, dan mengorbankan diri untuk negara.

Pada zaman kemuncak pendidikan Jepun, terdapat Universiti Tokyo yang ditubuhkan pada tahun 1877. Kerajaan Meiji seterusnya telah menubuhkan beberapa buah universiti imperial seperti Kyoto 1897, Kyoshu 1910 dan Hokkaido 1918.

Pelajaran teknikal juga dititikberatkan dengan menubuhkan beberapa buah maktab teknikal. Oleh yang demikian, sistem pendidikan Jepun telah membekalkan teknikal yang perlu untuk pembangunan kebendaan. Pelajar-pelajar Jepun dihantar ke Britain, Jerman, Perancis dan Amerika Syarikat. Sistem pendidikan tersebut telah membantu proses pemodenan Jepun.

Malahan beberapa pemimpin kerajaan Meiji seperti Ito, Inoue dan Yamagata yang bertanggungjawab dalam pemodenan Jepun telah mendapat pendidikan Barat di luar negara. Sifat-sifat orang Jepun seperti rajin bekerja, kepentingan nasional yang melampaui kepentingan peribadi dan keluarga serta kesediaan menerima kebudayaan asing telah memainkan peranan penting dalam usaha pemodenan sistem pendidikan dalam proses kemajuan negara Jepun.

Kesimpulannya, perkembangan sistem pendidikan di Filipina dan Jepun pada abad ke-19 mengalami banyak perbezaan. Usaha pendidikan yang dilakukan di Filipina banyak dilaksanakan oleh bangsa Sepanyol sebagai penjajah negara tersebut. Oleh yang demikian, kandungan sistem pendidikannya lebih menekankan sistem pendidikan Sepanyol. Di Jepun, sistem pendidikan dilaksanakan oleh Maharaja Meiji untuk memajukan bangsa dan negara. Sistem pendidikannya mengutamakan pemodenan, terutama yang berkaitan dengan ilmu Barat. Sistem pendidikan di kedua-dua buah negara telah berjaya melahirkan golongan intelektual.

SOALAN 10Partai Nasional Indonesia (PNI) telah ditubuhkan pada 4 Julai 1927 oleh ahli-ahli Kelab Pendidikan Bandung. Parti Nasional Indonesia dipimpin oleh tokoh-tokoh nasionalis utama seperti Ir. Sukarno sebagai ketua, Sartono, Iskaq, Budiarto, Sunario dan sebagainya. Penduduk di Indonesia telah bangun menentang pihak penjajah di negara masing-masing. Rakyat di kedua-dua buah negara berasa tidak puas hati dengan dasar penjajahan yang menindas rakyat melalui dasar politik dan ekonomi. Bagi Indonesia, penubuhan Parti Nasional Indonesia telah menyemarakkan semangat nasionalisme terhadap penjajah Belanda. Kongres Kebangsaan India telah ditubuhkan pada tahun 1855, oleh golongan terpelajar. Melalui kongres kebangsaan India golongan nasionalis mendesak pentadbiran British supaya memperbaik taraf hidup rakyat India. Kongres tersebut menuntut persamaan hak dalam perkhidmatan awam India.

Ace Ahead STPM Sejarah Kertas 2 11 11Ace Ahead STPM Sejarah Kertas 2 11 11 4/2/09 11:56:07 AM4/2/09 11:56:07 AM

Page 12: SEJARAH STPM

12 Sejarah K2 STPM 2008 Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2009

PNI merupakan sebuah parti massa sekular yang popular di Indonesia. Tujuan penubuhan PNI adalah untuk menyatukan rakyat Indonesia dan mengamalkan cara tidak bekerjasama dengan Belanda. Selain itu, PNI melaungkan perpaduan nasional dan berdikari tanpa bergantung pada pihak luar untuk mencapai kemajuan bangsa Indonesia. PNI menyeru para pegawai Indonesia supaya memboikot persidangan Volskraad dan Perkhidmatan Awam Indonesia.

Ir. Sukarno sebagai tulang belakang pergerakan dan perjuangan PNI telah berjaya memainkan peranannya. Sememangnya Sukarno memiliki karisma dan kebolehan untuk menyatukan dan menyedarkan rakyat Indonesia untuk bangkit menentang pihak penjajah. Beliau telah berjaya menyatukan penduduk Indonesia di Pulau Jawa dan pulau-pulau lain. Selain itu, PNI memainkan peranan penting untuk mengukuhkan kesatuan-kesatuan sekerja dan membangunkan ekonomi rakyat. Pendidikan yang bersifat nasional turut diberikan perhatian oleh PNI, misalnya mewujudkan sekolah-sekolah Taman Siswa.

PNI telah berjaya menyatukan golongan muda Indonesia supaya menyokong perjuangannya. Oleh yang demikian, pergerakan pemuda PNI telah menganjurkan Kongres Pemuda yang menghasilkan Sumpah Pemuda pada 28 Oktober 1928. Melalui slogan “Satu Negara, Satu Bangsa dan Satu Bahasa”, maka perjuangan PNI berjaya menyatukan parti di Indonesia sehingga terbentuk Parti Indonesia Raya. Bagi memantapkan lagi perjuangan PNI untuk mencapai kemerdekaan Indonesia, Sukarno telah berusaha menyatukan semua pertubuhan politik. Tujuan Sukarno bertindak sedemikian adalah untuk mewujudkan perpaduan nasional. Dengan itu, terbentuklah Permuafakatan Parti Politik Kebangsaan Indonesia (PPPKI) pada tahun 1928.

PNI telah muncul sebagai sebuah parti yang paling berpengaruh di Indonesia dengan keanggotaannya mencapai 10 000 orang menjelang Mei 1929. PNI telah berjaya menarik semua kaum yang terdapat di Indonesia sebagai anggotanya. Oleh sebab PNI begitu popular dalam kalangan rakyat dan perjuangannya yang anti-Barat, khususnya Belanda maka Belanda telah mengharamkan penerbitan akhbar Persatuan Indonesia yang menjadi lidah rasmi PNI. Malahan kelantangan Sukarno dan beberapa orang pemimpin utama PNI mengkritik Belanda menyebabkan mereka ditangkap oleh Belanda. Penangkapan Sukarno telah menyebabkan perpecahan dalam parti yang menyaksikan wujud PPPKI dan PNI. Selain itu, wujud beberapa parti baru yang merupakan serpihan daripada PNI, iaitu Parti Indonesia, Parti Rakyat Indonesia dan Kelab Pendidikan Nasional Indonesia. Bagi melenyapkan perjuangan PNI, Belanda telah mengharamkan parti tersebut pada tahun 1929. Dengan itu, berakhirlah perjuangan Parti Nasional Indonesia.

Kongres Kebangsaan India merupakan cetusan ilham Allan Octavian Hume bersama-sama dengan 50 orang mahasiswa Universiti Calcutta. Tujuan asal penubuhannya adalah untuk membawa perubahan

dalam semua aspek seperti politik, sosial dan pemikiran masyarakat India. Mereka melihat bahawa kemunduran rakyat India berpunca daripada pemikiran yang masih kolot. Justeru, mereka telah mengadakan persidangan rasmi pada 30 Disember 1855, yang telah dihadiri oleh 74 orang perwakilan.

Pertemuan tersebut telah memutuskan beberapa perkara penting yang menjadi asas perjuangan nasionalisme India kemudiannya. Dalam perjuangan nasionalisme bersifat sederhana, kongres telah menggariskan beberapa perkara penting yang mesti diperjuangkan demi kemajuan negara India. Antaranya, kongres menuntut supaya rakyat India diberi peluang untuk menganggotai Majlis Pusat dan Majlis Perundangan. Pihak British telah memonopoli keanggotaan majlis-majlis di India menyebabkan rakyat India tidak mempunyai saluran untuk mengemukakan pendapat. Selain itu, kongres menuntut supaya taraf pendidikan rakyat India diperhatikan oleh British. Kongres juga menuntut supaya jawatan-jawatan penting dalam kerajaan diberikan kepada rakyat India yang berkelayakan. Hal ini kerana terlalu sedikit kakitangan awam daripada kalangan rakyat India. Kongres mendesak pihak British mengurangkan perbelanjaan ketenteraan kerana terlalu banyak wang digunakan dalam pertahanan.

Pemerintahan British diminta untuk memenuhi semua tuntutan pihak kongres. Hal ini terbukti dengan keanggotaan orang India dalam Majlis Perundangan pada tahun 1892. Perkara ini juga bererti rakyat India memberi pendapat dan berbincang tentang hal ehwal pemerintahan negara seperti belanjawan dan dasar-dasar negara serta kebajikan rakyat India.

Pihak Kongres Kebangsaan India terus mendesak pemerintah British supaya melaksanakan semua tuntutannya. Akibat desakan daripada pihak kongres, British melalui Wizurai Lord Curzon telah membuat beberapa pembaharuan penting seperti mengurangkan cukai petani dan memanjangkan tempoh pembayaran untuk petani yang menghadapi masalah kewangan. Selain itu, sektor pertanian diberikan perhatian yang serius oleh kerajaan dengan pembinaan Jabatan Pertanian dan memperbaiki sistem pengairan. Contohnya, kawasan pertanian yang mempunyai kemudahan pengairan meliputi 6.5 juta ekar, khususnya di wilayah Pusa. Aspek pertahanan turut diperkukuhkan, contohnya penempatan pasukan tentera di bahagian Barat Laut India, selain menggunakan tentera tempatan untuk mengawal wilayah tersebut. Perkhidmatan pengangkutan telah dimajukan dengan pembinaan kira-kira 8 ribu km jalan kereta api.

Walau bagaimanapun, Kongres Kebangsaan India masih tidak berpuas hati kerana terdapat kepincangan dan diskriminasi dalam pemerintahan British. Hal ini terbukti dengan penentangan yang dilakukan oleh beberapa orang pemimpin kongres. Contohnya, Bol Gangadhar Jilak dan Gopal Krishna Gokhale yang berusaha untuk membela nasib golongan miskin dan menuntut kemerdekaan India.

Ace Ahead STPM Sejarah Kertas 2 12 12Ace Ahead STPM Sejarah Kertas 2 12 12 4/2/09 11:56:08 AM4/2/09 11:56:08 AM

Page 13: SEJARAH STPM

Sejarah K2 STPM 2008 13Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2009

Kesimpulannya, Partai Nasional Indonesia dan Kongres Kebangsaan India telah berjaya menyatukan penduduk di negara masing-masing. Pendudukan Belanda di Indonesia telah ditentang oleh pemimpin nasionalis Indonesia, perjuangan melalui parti politik tersebut telah mendapat sambutan rakyat Indonesia. Sedangkan Kongres Kebangsaan India merupakan parti yang berjaya membentuk kerjasama antara penganut agama Hindu dengan Islam. Mereka telah berjaya mendesak penjajah British supaya melakukan pembaharuan di negara India. Tidak dapat dinafi kan bahawa Partai Nasional Indonesia dan Kongres Kebangsaan India telah menjadi penggerak penting terhadap usaha-usaha mencapai kemerdekaan Indonesia dan India daripada penjajah Belanda dan British.

SOALAN 11Negara Jepun dan China telah mengubah dasar negara untuk membawa kemajuan terhadap negara masing-masing. Golongan berpendidikan Barat telah menggunakan idea-idea moden. Di China, banyak gerakan pembaharuan dilancarkan untuk memajukan negara tersebut, antaranya Pembaharuan 100 Hari dan sebagainya. Walau bagaimanapun, dasar perubahan tersebut tidak berjaya membawa sebarang kemajuan yang bermakna terhadap negara China. Sebilangan besar penduduknya masih bersikap konservatif dan enggan menerima perubahan, terutama idea-idea Barat. Keadaan tersebut berbeza jika dibandingkan dengan penduduk Jepun yang sentiasa menerima perubahan. Tambahan pula, peranan yang dimainkan oleh Maharaja Meiji telah menaikkan semangat rakyatnya untuk mencapai kemajuan.

Kejayaan Jepun membangunkan negaranya disebabkan oleh kepimpinan Maharaja Meiji yang mendapat sokongan daripada sebilangan besar rakyatnya. Beliau seorang maharaja yang amat dihormati oleh rakyat Jepun. Beliau berusaha untuk memajukan negara Jepun dengan menggunakan idea Barat. Tambahan pula, beliau berusaha untuk mengelakkan penjajahan Barat, terutama Amerika Syarikat. Dengan menjalin hubungan dengan Barat akan mengurangkan ketegangan. Selain itu, beliau telah melakukan perubahan pentadbiran dengan menggunakan golongan muda yang berpendidikan Barat. Golongan tersebut dikenali sebagai Oligarki Meiji. Antara pemimpin yang terlibat dalam usaha pemodenan Jepun ialah Okubo Toshimichi, Kido Koin, Ho Hirobumi dan sebagainya. Golongan tersebut digambarkan sebagai sangat setia terhadap kepimpinan Meiji dan menjalankan semua dasar atas nama maharaja.

Di samping itu, pemerintahan dan pentadbiran negara Jepun turut mengalami pemodenan. Sistem pemerintahan tradisional telah digantikan dengan pemerintahan bercorak Barat. Sebaik sahaja Meiji menerajui tampuk pemerintahan Jepun, beliau telah menghapuskan sistem feudal yang telah diamalkan kira-kira 1000 tahun lamanya. Hal ini bererti sebuah

kerajaan pusat telah dibentuk dan mewujudkan sistem pemerintahan yang seragam di seluruh negara. Beliau telah membentuk kerajaan pusat yang terdiri daripada tiga buah jabatan utama. Pertama, Jabatan Kepala Negara (Sosai) yang terdiri daripada Putera Diraja, Arisugawa. Kedua, Jabatan Pembesar-pembesar Kelas Utama (Gigo) yang dianggotai oleh Kuge dan daimyo utama, dan Jabatan Pembesar-pembesar Kelas Kedua (Sanyo) yang mengandungi lima orang pembesar istana dan 15 orang samurai.

Jepun berjaya dengan dasar pembangunan kerana mempunyai sumber kewangan yang kukuh. Jepun telah berjaya membangunkan ekonominya. Abad ke-19 merupakan zaman permulaan Revolusi Perindustrian di negara tersebut. Antara perindustrian terawal yang dimajukan ialah tekstil, kaca, kertas, simen dan barangan elektrik. Perkembangan seterusnya telah berjaya melahirkan golongan penguasa yang memiliki perdagangan raksasa, iaitu Mitsubishi, Mitsui dan Yasuda. Sementara itu, sistem mata wang yang standard untuk negara Jepun telah diwujudkan, iaitu Yen yang diiktiraf sebagai mata wang Jepun. Selain itu, penubuhan bank kebangsaan, iaitu Bank of Japan atau Nippon Ginko telah ditubuhkan pada tahun 1882. Perkembangan seterusnya memperlihatkan kesungguhan Jepun untuk memajukan perindustriannya dengan menghantar para pelajarnya ke Barat untuk mempelajari pelbagai teknologi.

Dengan perubahan yang dapat diterima oleh semua lapisan penduduk Jepun, kestabilan dan keamanan dalam negara dapat dikekalkan. Semua pihak, terutama golongan feudal kehilangan kuasa dan wilayah pentadbiran, tetapi mereka tidak menimbulkan sebarang penentangan. Keadaan tersebut disebabkan oleh semangat kebangsaan yang tinggi dalam kalangan mereka. Mereka taat dan setia terhadap maharaja. Pihak asing yang berada di Jepun turut mengiktiraf pemodenan negara Jepun. Malahan pihak Barat telah membuat penyemakan terhadap perjanjian-perjanjian mereka untuk mengekalkan hubungan baik dengan Jepun. Contohnya, pada tahun 1894 Britain telah mengiktiraf pemodenan Jepun. Menjelang tahun 1911, Jepun mempunyai taraf yang sama dengan kuasa-kuasa besar Barat.

Kegagalan pembaharuan di China disebabkan oleh kelemahan kepimpinan dan wujud semangat kewilayahan yang menyekat kemajuan. Terdapat pemimpin gerakan pembaharuan yang tidak mempunyai kebolehan. Selain itu, mereka tidak mempunyai semangat kebangsaan. Mereka berjuang untuk kepentingan wilayah masing-masing. Malahan para pemimpin tidak mempunyai ilmu pengetahuan dan buta huruf. Contohnya, dalam Gerakan Taiping pemimpin seperti Hung Jen Kau seorang yang tidak berdisiplin dan tidak bermoral, iaitu suka berfoya-foya dengan banyak perempuan, iaitu kira-kira 300 orang. Selain itu, tidak wujud kerjasama antara wilayah untuk menjayakan perjuangan. Contohnya, dalam gerakan Pembaharuan 100 Hari, wilayah seperti Shantung, Canton, Szechuan dan Nangking menentang gerakan

Ace Ahead STPM Sejarah Kertas 2 13 13Ace Ahead STPM Sejarah Kertas 2 13 13 4/2/09 11:56:09 AM4/2/09 11:56:09 AM

Page 14: SEJARAH STPM

14 Sejarah K2 STPM 2008 Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2009

tersebut. Hal ini menyebabkan Gerakan Pembaharuan tidak berjaya tanpa kerjasama daripada rakyat China keseluruhannya.

Di samping itu, China menghadapi ancaman imperialisme Barat dan Jepun. China terlibat dengan dua kali insiden peperangan dengan Britain, iaitu Perang Candu I dan II. Kekuatan tentera sekutu telah melemahkan tentera China yang kekurangan dari aspek persenjataan. Gerakan penentangan terhadap kuasa-kuasa Eropah, khususnya British menghadapi kegagalan akibat kekurangan senjata. Contohnya, dalam Pemberontakan Boxer, mereka mengalami kekalahan kerana tidak mempunyai senjata yang lengkap. Kesempatan tersebut telah digunakan oleh pihak British untuk melemahkan rakyat China. Selain itu, China menghadapi ancaman dari Jepun yang berusaha untuk mengembangkan kekuasaannya di Tanah Besar China. Hal ini terbukti dengan beberapa siri peperangan dengan Jepun. Perang China-Jepun berlaku pada tahun 1894 yang mengakibatkan China mengalami kekalahan teruk. Serangan Jepun ke atas China telah dilakukan lagi pada tahun 1937 yang sekali gus telah melemahkan sistem pemerintahan negara tersebut.

Negara China menghadapi masalah kekurangan sumber ekonomi akibat dikuasai oleh pihak asing. Setelah kekalahan China dalam dua siri peperangan dengan British dan Jepun, sumber ekonomi khususnya perdagangan telah dikuasai oleh mereka. Contohnya, perniagaan tradisional China mengalami kemerosotan akibat kehadiran ekonomi moden. Selain itu, sumber ekonomi seperti pertukangan turut mengalami persaingan dengan industri Barat yang lebih canggih. Dengan kekurangan sumber ekonomi, pembaharuan yang dilaksanakan mengalami kegagalan dana yang terhad. Tambahan pula, pihak Barat telah mempengaruhi sistem percukaian yang dikenakan oleh pemerintahan Manchu ke atas rakyat China. Beban hutang kerajaan China banyak akibat terpaksa membayar ganti rugi setelah kalah dalam peperangan.

Kesimpulannya, menjelang abad ke-19 dan awal abad ke-20, negara Jepun dan China telah berusaha untuk membuat pelbagai pembaharuan untuk memajukan negara masing-masing. Mereka berhasrat untuk memperbaharui sistem politik dan ekonomi supaya lebih berdaya saing dengan kuasa-kuasa Eropah. Walau bagaimanapun, jika ditinjau secara teliti hanya Jepun sahaja yang berjaya dengan pembaharuannya. Hal ini terbukti dengan terbinanya sebuah negara yang kukuh dan stabil; berbeza dengan China yang gagal dalam usaha pemodenan. Sokongan daripada seluruh rakyat sangat penting sebagai pemangkin kepada kemajuan sesebuah negara.

SOALAN 12Selepas mencapai kemerdekaan daripada penjajah Barat, khususnya Amerika Syarikat dan Perancis, kedua-dua buah negara, iaitu Filipina dan Vietnam telah berusaha untuk membangunkan ekonomi dan sosial

negara masing-masing. Negara Filipina telah mencapai kemerdekaan pada 4 Julai 1946. Kemerdekaan negara daripada penjajah telah mengukuhkan penguasaan rakyat tempatan terhadap pembangunan ekonomi negara masing-masing. Perkembangan ekonomi Filipina dan Vietnam tertumpu kepada ekonomi komersial. Filipina dan Vietnam telah menggalakkan kemasukan pemodal-pemodal asing untuk melabur di negara masing-masing.

Selepas mencapai kemerdekaan, Filipina menghadapi masalah ekonomi yang kritikal. Filipina tidak mampu membangunkan ekonominya. Oleh yang demikian, Presiden Roxas telah meminta bantuan kewangan dari Amerika Syarikat. Amerika Syarikat telah memberikan pinjaman sebanyak AS$70 juta daripada Perbadanan Kewangan Pembinaan Semula.

Perdagangan luar Filipina telah meningkat, khususnya dengan Amerika Syarikat. Filipina telah mengikat perjanjian dengan Amerika Syarikat melalui Akta Perdagangan Filipina 1946. Hubungan perdagangan tersebut tidak banyak menguntungkan Filipina kerana Filipina terpaksa menjual barangan kepada Amerika Syarikat dengan harga yang murah. Filipina tidak boleh menjalin hubungan perdagangan dengan negara lain.

Filipina telah meminta bantuan kewangan dari Amerika Syarikat pada tahun 1950. Amerika Syarikat telah bersetuju untuk memberikan pinjaman sebanyak AS$250 juta untuk membangunkan Filipina. Amerika Syarikat telah memberikan tunjuk ajar tentang pengurusan ekonomi kepada Filipina seperti menetapkan kadar cukai dan menggubal undang-undang untuk gaji minimum kepada pekerja sektor pertanian.

Filipina mengadakan rancangan pembangunan lima tahun di bawah pemerintahan Presiden Quirino. Rancangan tersebut tidak berjaya sepenuhnya kerana berlaku penyelewengan dalam pentadbiran seperti penipuan, rasuah dan pembaziran dalam belanjawan negara.

Presiden Magsaysay telah memberikan perhatian terhadap keadaan ekonomi dan kebajikan rakyat. Beliau telah memindahkan para petani ke kawasan pertanian baru. Kerajaan telah mewujudkan Skim Kredit Desa untuk memberikan kemudahan pinjaman kepada masyarakat bawahan.

Kemudahan infrastruktur seperti jalan raya telah diperbaiki untuk memudahkan pengangkutan hasil ekonomi. Filipina telah mengutamakan sektor pertanian untuk membangunkan ekonominya. Tanaman utama ialah kelapa, tebu, abaka, dan nanas. Filipina menjadi pengeluar kelapa kering dan gula yang utama di dunia pada tahun 1961.

Bagi negara Vietnam pula telah menumpukan perhatian kepada ekonomi pertanian. Kegiatan penanaman padi merupakan pekerjaan utama penduduknya. Lebih kurang 80 peratus penduduk tinggal di kawasan luar bandar. Kira-kira 4.3 juta penduduk Vietnam bekerja sebagai petani. Kawasan

Ace Ahead STPM Sejarah Kertas 2 14 14Ace Ahead STPM Sejarah Kertas 2 14 14 4/2/09 11:56:09 AM4/2/09 11:56:09 AM

Page 15: SEJARAH STPM

Sejarah K2 STPM 2008 15Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2009

pertanian Vietnam ditanami dengan padi sebanyak 86 peratus. Antara tahun 1955 hingga tahun 1958, ladang-ladang telah diusahakan dengan tanaman padi dan hasilnya ialah 2 tan beras bagi setiap hektar. Kerajaan Vietnam telah mengisytiharkan pertanian secara kolektif. Melalui dasar ini, kerajaan akan memodenkan teknik-teknik pertanian dan penggunaan jentera untuk meningkatkan pengeluaran pertanian. Kerajaan telah menyatukan tenaga petani. Melalui Rancangan Tiga Tahun pada tahun 1958 hingga 1960, penyusunan syarikat pengeluar pertanian telah dilaksanakan. Melalui dasar ini, para petani menyerahkan tanah dan binatang ternakan kepada kerajaan untuk diusahakan.

Di samping itu, antara tahun 1945 hingga tahun 1954 getah juga ditanam di sekitar Saigon dengan keluasan mencecah 80 000 hektar. Usaha untuk menambah keluasan kawasan penanaman getah terus dilaksanakan oleh kerajaan. Contohnya, pada tahun 1960, jumlah keluasan penanaman getah di Vietnam telah mencapai 100 000 hektar.

Selain itu, pembangunan perindustrian telah digiatkan secara meluas di Vietnam, misalnya dalam Rancangan Lima Tahun Vietnam 1961 hingga 1965. Kegiatan ekonomi, terutama yang berkaitan dengan perindustrian telah dimajukan oleh kerajaan, terutamanya penenunan kain dan beberapa bentuk kraf tangan. Menjelang tahun 1960, terdapat kira-kira 67.8 peratus golongan tukang telah menubuhkan syarikat masing-masing. Antara perindustrian yang penting di Vietnam ialah perusahaan besi waja yang dikendalikan oleh Syarikat Thai-Nguyen yang dimulakan pada tahun 1960 dengan kerjasama China. Bidang perindustrian lain yang turut diusahakan di Vietnam ialah peralatan ladang, pengangkutan, kilang baja, tenunan dan alat-alat elektrik.

Bagi meningkatkan ekonomi Vietnam, bantuan dari luar negara diperlukan, terutama dari Soviet dan China. Contohnya, China telah memberi bantuan ekonomi kepada Vietnam sebanyak 800 juta Yuan pada tahun 1955, manakala Soviet telah memberikan pinjaman sebanyak $107.5 juta untuk mendirikan 43 buah perindustrian baru di Vietnam.

Di samping itu, Vietnam telah berusaha untuk meningkatkan perdagangan antarabangsa dengan negara-negara lain. Pada tahun 1959, dianggarkan 70 peratus nilai perdagangan Vietnam daripada negara blok komunis. Walau bagaimanapun, Vietnam turut mengadakan hubungan dagangan dengan negara lain seperti Perancis, Jepun, Hong Kong dan Jerman. Tidak ketinggalan pula Vietnam telah menandatangani hubungan perniagaan dengan negara Kemboja, Laos, India dan Afrika. Barangan eksport utama Vietnam ialah arang batu, fosfat, simen, kopi, barangan berasaskan kayu, buah-buahan dan kraf tangan.

Dalam aspek sosial, Vietnam telah berusaha untuk memajukan sistem pendidikannya. Pada tahun 1960, kerajaan telah meningkatkan sistem pendidikan dengan membina lebih banyak sekolah supaya lebih ramai kanak-kanak akan berpeluang untuk mendapatkan pendidikan. Misalnya, 1 385 000 orang kanak-kanak telah bersekolah pada tahun tersebut. Kerajaan telah membina kira-kira 416 buah sekolah menengah am, manakala dianggarkan 2900 orang penuntut universiti pada tahun 1955, telah meningkat kepada 18 854 pada tahun 1963.

Di samping itu, kerajaan Vietnam turut memperbaik kemudahan awam untuk kepentingan rakyatnya, misalnya sistem pengangkutan, terutama jalan kereta api yang menghubungkan Hanoi dengan Lao Kay. Selain itu, pengangkutan udara turut diperbaiki oleh kerajaan Vietnam untuk kepentingan negara dan rakyatnya.

Kesimpulannya, usaha pembangunan ekonomi dan sosial negara Filipina dan Vietnam dari tahun 1945 hingga tahun 1963 adalah untuk kepentingan negara dan penduduknya. Kerajaan Filipina dan Vietnam yang baru mengalami Perang Dunia Kedua terpaksa menghadapi pelbagai rintangan ekonomi kerana terjejas terus dalam peperangan tersebut. Kedua-dua buah negara terpaksa mengharapkan bantuan daripada negara-negara lain untuk mendapatkan segala pinjaman. Malahan hubungan perdagangan antara Filipina dengan Vietnam dengan negara luar turut meningkatkan ekonomi mereka. Kerajaan kedua-dua buah negara telah membangunkan segala kemudahan sosial untuk mengekalkan kesejahteraan rakyat masing-masing.

Ace Ahead STPM Sejarah Kertas 2 15 15Ace Ahead STPM Sejarah Kertas 2 15 15 4/2/09 11:56:10 AM4/2/09 11:56:10 AM