sejarah skola-baru

27
PIAGAM PELANGGAN SEKOLAH Kami warga Sekolah Menengah Convent Teluk Intan dengan penuh tekad & iltizam berikrar dan berjanji akan memberi perkhidmatan berkualiti, sempurna ,kemaskini, cekap, teliti & menumpukan seluruh tenaga & usaha kami untuk: 1. Menyediakan program pengajaran dan pembelajaran yang terbaik berasaskan budaya ilmu bagi memenuhi kehendak pelajar, ibu bapa, masyarakat dan negara. 2.Menentukan proses pengajaran dan pembelajaran selaras dengan falsafah, wawasan pendidikan, negeri Perak dan negara. 3.Mengada dan menggunakan alat bantu mengajar yang berkesan dan terkini dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 4.Memberi layanan yang saksama kepada setiap pelajar tanpa mengira latar belakang sosio-ekonomi, agama dan keturunan. 5.Mengurus dan mentadbir sekolah dengan bijaksana berlandaskan prinsip bersih, cekap dan amanah.

Upload: anon-801349

Post on 06-Jun-2015

1.272 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: sejarah skola-baru

PIAGAM PELANGGAN SEKOLAH

Kami warga Sekolah Menengah Convent Teluk Intan dengan penuh tekad & iltizam berikrar dan berjanji akan memberi perkhidmatan berkualiti, sempurna ,kemaskini, cekap, teliti & menumpukan seluruh tenaga & usaha kami untuk:

1. Menyediakan program pengajaran dan pembelajaran yang terbaik berasaskan budaya ilmu bagi memenuhi kehendak pelajar, ibu bapa, masyarakat dan negara.

2. Menentukan proses pengajaran dan pembelajaran selaras dengan falsafah, wawasan pendidikan, negeri Perak dan negara.

3. Mengada dan menggunakan alat bantu mengajar yang berkesan dan terkini dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

4. Memberi layanan yang saksama kepada setiap pelajar tanpa mengira latar belakang sosio-ekonomi, agama dan keturunan.

5. Mengurus dan mentadbir sekolah dengan bijaksana berlandaskan prinsip bersih, cekap dan amanah.

6. Menyediakan guru dan staf sokongan yang berdedikasi, beriltizam, berdisiplin, bertanggungjawab, penyayang, kreatif dan produktif.

7. Menyediakan kemudahan-kemudahan yang cukup dan selesa dengan amalan perkhidmatan penyayang.

8. Sentiasa peka dengan kehendak dan keperluan pelanggan, iaitu pelajar, guru, ibu bapa, masyarakat dan negara.

 

Page 2: sejarah skola-baru

VISI SEKOLAHMENJADIKAN WARGA SMKC KOMUNITI BERILMU

YANG BERTARAF DUNIA MENJELANG TAHUN 2010

MISI SEKOLAH

SMK Convent Teluk Intan berhasrat dan berupaya melaksanakan peranan dalam usaha:

1. Meningkatkan prestasi akademik pelajar supaya menjadi yang terunggul di daerah ini.

2. Meningkatkan penyertaan dan pencapaian pelajar yang cemerlang di dalam aktiviti dan kokurikulum di peringkat sekolah sehingga ke peringkat antarabangsa.

3. Melahirkan pelajar yang berdisiplin dan mempunyai sahsiah yang terpuji.

4. Mewujudkan suasana yang kondusif untuk P&P di samping menggilap bakat semulajadi yang ada di kalangan pelajar.

5. Mewujudkan pengurusan dan pendidikan berkualiti kepada semua warga

dan pelanggan sekolah.

SLOGANKOMUNITI BERILMU SMKC TERBILANG

Page 3: sejarah skola-baru

LAGU SEKOLAH

Sekolah Menengah Convent Teluk Intan,Wujudmu tetap berjasa, Berbakti untuk puteri bangsa,Agar hidup mulia.

Displin jadi landasan,Ilmu yang dicintakan, Percaya kepada diri,Berjaya dan berbakti. Dikaulah obor, Dikaulah sinar,Suluhan hidup, Kami semua,

Dikaulah obor, Dikaulah sinar,Suluhan hidup, Kami semua.

Pada diri kami berjanji,Dengan kata kami kotakan.

Jasamu tetap disanjung tinggi, Sebagai tonggak kejayaan.

Gubahan : Encik Muhammad Othman & Chang Ying SieLirik: :En. Muhammad Othman

Page 5: sejarah skola-baru

MOTTO SEKOLAH

Cogan Kata Sekolah Menengah Convent Teluk Intan   

1. Tulus dengan Fadilah - Keikhlasan & kejujuran merupakan satu sifat yang terpuji.

2. Azam dengan Bakti - Tekad & Tegas dalam menjalankan tugas & tanggungjawab.

Maksud Lencana

1. Bintang - Cahaya yang menerangi & membimbing ke jalan yang sebenar.

2. Buku - Kesetiaan kepada Tuhan.

3. Bunga Daisy - Kesucian & Keikhlasan terhadap Tuhan,Jiran & Diri Sendiri.

4. Gelendung - Perpaduan Tenaga Kerja.

5. Perisai - Membawa erti Ketulusan Dengan Fadilah,Azam Dengan Bakti.

Maksud Warna Lencana Sekolah

1. Merah - Cinta kepada Tuhan.

2. Putih - Kesucian.

3. Kuning - Kesetiaan kepada Raja.

4. Biru - Kesetiaan Kepada Sekolah.

Page 6: sejarah skola-baru

TAJUK : NAMA DAN LAMBANG-LAMBANG KEMEGAHAN SEKOLAH

NAMA : NOOR FATIN AMALINA BINTI KAMARUDDIN

NO. KAD PENGENALAN : 940217-08-5122

Page 7: sejarah skola-baru

KELAS : 2 JINGGA

GURU PENILAI : CIK AISYAH ASMA’ BINTI CHE HUSIN

Page 8: sejarah skola-baru
Page 9: sejarah skola-baru

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Menengah Convent, Teluk Intan telah ditubuhkan pada tahun 1919 oleh Reverend Father Coppin’ sebagai pengasasnya. Nama asal sekolah ini ialah "St. Agnes School", sebuah sekolah persendirian. Mulai tahun itu, sekolah ini mengalami pertumbuhan dan perkembangan yang pesat. Pada tahun 1926, pentadbiran sekolah diambilalih oleh sekumpulan biarawati yang dikenali sebagai "The Sisters of Holy Infant Jesus". Sekolah ini menjadi sebuah sekolah bantuan Kerajaan dan mempunyai enam puluh orang pelajar. Menjelang tahun 1931, sebanyak 6 buah bilik darjah ditambah untuk menampung bilangan pelajar yang kian bertambah. Lapan tahun kemudian iaitu, pada tahun 1939 sekolah ini telah diiktiraf sebagai sebuah sekolah berasrama dan diketui oleh Reverend Mother Odo.    Pada zaman pendudukan Jepun sekolah ini ditadbir oleh kerajaan Jepun dan dijadikan sekolah bercampur. Sekolah ini dikenali sebagai "Nippon-go-Sakko" pada zaman itu. Selepas pendudukan Jepun, kemasukan pelajar perempuan terus bertambah. Oleh kerana kekurangan bilik darjah, pada tahun 1951, lapan lagi bilik darjah ditambah disusuli oleh 10 bilik darjah yang dibina pada tahun 1954.    Pada tahun 1960-an, pertambahan pelajar berlipat ganda iaitu 1200 pelajar di peringkat rendah dan 650 orang di peringkat menengah. Untuk mengatasi masalah kesesakan pelajar, Sekolah Convent telah dipisahkan kepada dua peringkat iaitu sekolah menengah dan sekolah rendah. Sekolah Convent di tempat asal dijadikan sekolah menengah dan sekolah rendah dipindahkan ke tapak baru di Jalan Sungai Nibong antara tahun 1965 hingga tahun 1967.

Pada tahun 1971, Sekolah Menengah Convent mempunyai 23 bilik darjah, 2 makmal Sains, 2 bilik Sains Rumah Tangga, sebuah bilik Seni Lukis dan sebuah

Page 10: sejarah skola-baru

dewan serbaguna. Beberapa tahun kemudian, 2 buah makmal Sains baru dibina untuk menampung kepesatan bilangan pelajar – 1205 orang pelajar dengan 45 guru. Di samping itu, dua sesi persekolahan diwujudkan – 23 kelas bagi sesi pagi dan 7 kelas bagi sesi petang.

Pada tahun 1975, perpustakaan sekolah telah diperbesarkan. Perpustakaan khas yang digunakan oleh biarawati telah dijadikan Bilik Alat Pandang Dengar. Di samping itu, sebuah ruang kegiatan sukan diwujudkan untuk menggalakkan perkembangan mental dan fizikal pelajar.    Bilangan pelajar kian bertambah dan pada akhir tahun 1970-an terdapat 1389 orang pelajar dengan 52 orang guru. Pada tahun 1976, apabila Sr. Rita ditukarkan ke Kuala Lumpur, seorang pengetua bukan mubaligh iaitu Cik Lee Yoke Lam mengetuai pengurusan dan pentadbiran sekolah. Kini, pengurusan sekolah diterajui oleh Pn. Hjh. Hamidah Bt. Hj. Mohamed, seorang pengetua yang berpandangan jauh dan dinamik.    Sejak Sekolah Menengah Convent diketuai oleh Pn. Hjh. Hamidah, sekolah ini mencapai kecemerlangan dalam kurikulum dan kokurikulum. Sekolah ini muncul sebagai sebuah sekolah terbaik dari segi pencapaian akademik di Hilir Perak.

Puncak kegemilangan Sekolah Menengah Convent dalam pencapaian SPM tercatat pada tahun 1993; seramai 111 orang pelajar memperolehi pangkat satu. Di samping itu, Persatuan Ibu Bapa Guru-Guru Sekolah Menengah Convent telah bekerjasama dengan pihak sekolah menjalankan beberapa projek demi kepentingan pelajar, seperti mengisi Tabung Pembangunan Sekolah , menyediakan Bilik Komputer dan melancarkan projek keceriaan sekolah. Jabatan Pendidikan Negeri Perak juga telah memperuntukkan bantuan bagi membiayai pendawaian semula sekolah.

Sekolah Menengah Convent, Teluk Intan terus berkembang ke arah kecemerlangan, selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara, Wawasan Pendidikan serta Wawasan Sekolah "Convent Nombor 1, Convent Sentiasa Melangkah Ke Hadapan", dan diharapkan mampu menangani cabaran-cabaran Wawasan 2020.

Page 11: sejarah skola-baru

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, emosi, rohani, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

FALSAFAH PENDIDIKANSEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CONVENT TELUK INTAN Pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Convent adalah satu usaha yang bererusan, menyeluruh dan bersepadu untuk memberi peluang kepada perkembangan potensi semula jadi individu dengan menyedia dan menggunakan segala unsur-unsur persekitaran untuk membantu meningkatkan keupayaan individu mencapai kecemerlangan. Setiap individu berhak mendapat pendidikan yang paling sempurna dan diberi peluang seluas-luasnya untuk berkembang dari segi intelek, emosi, dan jasmani demi memenuhi aspirasi dan kehendak individu, masyarakat, dan negara.

Page 12: sejarah skola-baru

MATLAMAT AM PENDIDIKANSEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CONVENT TELUK INTAN

Berusaha memberi pendidikan yang bermutu secara berterusan, menyeluruh dan bersepadu kepada semua pelajar tidak kira kaum dan agama. Usaha ini adalah untuk melahirkan pelajar-pelajar yang harmonis dan seimbang iaitu berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, taat sedia, bertanungjawab, bersatu padu, berketrampilan dan boleh menyumbang tenaga kepada kemajuan dan kesejahteraan diri, bangsa dan negara.

MATLAMAT KHUSUS PENDIDIKANSEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CONVENT TELUK INTAN

1. Berusaha melengkapkan pelajar-pelajar dengan berbagai ilmu pengetahuan yang berguna pada diri sendiri , masyarakat dan negara.

2. Mewujudkan pelajar-pelajar yang berjiwa besar dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi juga bukan akademik sesuai dengan keperluan dan aspirasi negara.

3. Berusaha menanam dan menerapkan nilai-nilai moral yang tinggi berasaskan agama dan kebudayaan kebangsaan bagi melahirkan pelajar-pelajar yang

Page 13: sejarah skola-baru

berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain tanpa mengira perbezaan kaum, agama dan adat resam.

4. Berusaha untuk memupuk dan mengembangkan bakat pelajar-pelajar dari segi kepimpinan, kesukanan, kesenian, dan kemahiran-kemahiran lain.

5. Berusaha melahirkan pelajar-pelajar yang bersifat progresif, produktif, kreatif, dan membina.

6. Berusaha melahirkan pelajar-pelajar yang taat setia dan cinta pada sekolah, bangsa dan negara.

7. Berusaha mewujudkan masyarakat sekolah yang harmonis, bertoleransi, bekerjasama, dan bersatu padu.

IKRAR PELAJAR

Bahawasanya kami, Pelajar SMK Convent Teluk IntanDengan ini berjanji akan menumpukan Sepenuh tenaga dan iltizamKepada pelajaran Dan aktiviti kokurikulum sekolah.

Kami berjanji akan berusaha,Untuk mencapai kecemerlangan diriDemi masa depan agama, bangsa dan negara.

Bahawasanya kami berjanji,Akan sentiasa menjauhi diri dari salah lakuDi rumah, di sekolah dan di mana-mana sahaja.

Page 14: sejarah skola-baru

Kami berjanji,Akan berpegang teguh pada ikrar iniDemi masa depan kami dan wawasan negara.

BENDERA SEKOLAH

Page 15: sejarah skola-baru

PENGHARGAAN

“Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan izin pertolonganNya, dapat saya menyiapkan kerja kursus sejarah Tingkatan 2 2007. Saya Noor Fatin Amalina binti Kamaruddin mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh semua pihak.

Setinggi penghargaan saya rakamkan kepada kedua-dua ibu bapa tercinta yang sentiasa memberi dorongan serta sumbangan dalam bentuk modal sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini. Terima kasih juga saya ucapkan kepada guru sejarah saya iaitu Cik Aisyah. Tanpa tunjuk ajar atau bimbingan beliau mustahil dapat saya melengkapkan dan menjayakan kajian ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan saya yang bersama-sama menyiapkan tugasan ini. Ucapan akhir saya kepada guru penilai saya iaitu Cik Aisyah. Jasa beliau amat saya hargai. Akhir kata, saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.

Sekian……..

Page 16: sejarah skola-baru

Yang benar,

………………..……….………………………………

(NOOR FATIN AMALINA BINTI KAMARUDDIN)

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian saya merangkumi objektif-objektif yang berikut:

(A)Kajian ini dilakukan secara amnya ialah untuk mengenal pasti sumber-sumber sejarah yang sahih. Ini akan dapat membantu saya membuat satu kajian ilmiah dengan tatacara yang betul, jelas, dan tepat.

(B)Kajian ini dapat menambah pengetahuan saya tentang sejarah sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan.

(C)Kajian ini dilakukan untuk memenuhi kehendak sukatan pelajaran Peperiksaan Akhir Tahun untuk Tingkatan Dua 2007.

(D)Kajian ini juga dapat menyedarkan setiap pelajar betapa pentingnya mempelajari sejarah sekolah sendiri kerana ia melambangkan kebanggaan dan adat tersendiri yang diamalkan di sekolah tersebut.

KAEDAH KAJIAN

Page 17: sejarah skola-baru

Saya telah menggunakan kaedah-kaedah kajian yang berikut:

(A) Temu bualSaya mengumpul maklumat tentang sejarah sekolah dan asal usul sekolah tersebut dengan menemu bual pengetua sekolah, guru sejarah, serta guru penilai.

(B) PemerhatianPengajaran guru sejarah dan penerangan guru penilai.

(C) PenyelidikanMelayari internet dan mncari maklumat di laman web sekolah yang telah disediakan serta mengkaji tempat kajian.

&

Page 18: sejarah skola-baru
Page 21: sejarah skola-baru

SUMBER-SUMBER

Saya mendapat sumber daripada:(a) Lencana sekolah(b) Orang-orang sumber

Page 22: sejarah skola-baru

(c) Laman web sekolah -www.smcti.tripot.com - www.smcti.8k.com -www.smcti.smctechnologies.com