tr 6:12:72 - lib.perdana.org.mylib.perdana.org.my/plf/speech_ab/tr61272.pdf · perhimpunan ini...

7
TR 6:12:72 UCAPAN PRESIDEN UMNO MERANGKAP PERDANA MENTERI DI PERJUMPAAN KHAS KETUA-KETUA UMNO MENGENAI KONSEP KERAJAAN CAMPURAN PER- IKATAN/PAS DI DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, KUALA LUMPUR PADA 22HB DISEMBER, 1972 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saudara-saudara, Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada saudara-saudara sekalian terutama mereka yang datang dari jauh, khasnya pemimpin-pemimpin UMNO dari tempat-tempat yang di-~ landa banjir, untuk menghadiri Perjumpaan Khas Ketua-ketua UMNO yang bersejarah pada pagi ini. Sesungguhnya, Perjumpaan hari ini mempunyai makna yang besar, bukan saja kepada Parti kita UMNO, bahkan juga kepada perkembangan politik tanah- air, yang mana Parti kita adalah pelopor utama semenjak dua puluh enam tahun dahulu. Perhimpunan ini membuka lembaran baru dalam sejarah politik dan perpaduan bangsa Melayu, menguatkan lagi solidarity ke- bangsaan dan harmoni antara bangsa di Malaysia ini. la juga memberi sumbangan kepada pembangunan Negara dalam context yang lebih besar dan luas. Seperti yang saudara-saudara sedia maklum, tujuan kita berhim- pun di sini hari ini ialah untuk memberi kesempatan kepada saya menerangkan konsep dan implikasi pembentukan Kerajaan Campuran antara Parti kita dengan Parti Islam atau PAS bagi timbangan dan penerimaan saudara-saudara sekalian. Konsep Kerajaan campuran ini adalah merupakan satu langkah lagi kehadapan bagi melaksanakan hasrat National Front atau Barisan Kebangsaan bagi menjamin kejayaan perpaduan rakyat serta pembangunan ekonomi dan masyarakat yang lebih adil, kuat dan mewah di negara kita ini. 427

Upload: others

Post on 17-Nov-2020

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TR 6:12:72 - lib.perdana.org.mylib.perdana.org.my/PLF/Speech_ab/TR61272.pdf · Perhimpunan ini membuka lembaran baru dalam sejarah politik dan perpaduan bangsa Melayu, ... sejurus

TR 6:12:72

UCAPAN PRESIDEN UMNO MERANGKAPPERDANA MENTERI DI PERJUMPAANKHAS KETUA-KETUA UMNO MENGENAIKONSEP KERAJAAN CAMPURAN PER-IKATAN/PAS DI DEWAN BAHASA DANPUSTAKA, KUALA LUMPUR PADA 22HB

DISEMBER, 1972

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Saudara-saudara,

Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepadasaudara-saudara sekalian terutama mereka yang datang dari jauh,khasnya pemimpin-pemimpin UMNO dari tempat-tempat yang di-~landa banjir, untuk menghadiri Perjumpaan Khas Ketua-ketuaUMNO yang bersejarah pada pagi ini. Sesungguhnya, Perjumpaanhari ini mempunyai makna yang besar, bukan saja kepada Partikita UMNO, bahkan juga kepada perkembangan politik tanah-air, yang mana Parti kita adalah pelopor utama semenjak duapuluh enam tahun dahulu.

Perhimpunan ini membuka lembaran baru dalam sejarah politikdan perpaduan bangsa Melayu, menguatkan lagi solidarity ke-bangsaan dan harmoni antara bangsa di Malaysia ini. la jugamemberi sumbangan kepada pembangunan Negara dalam contextyang lebih besar dan luas.

Seperti yang saudara-saudara sedia maklum, tujuan kita berhim-pun di sini hari ini ialah untuk memberi kesempatan kepada sayamenerangkan konsep dan implikasi pembentukan KerajaanCampuran antara Parti kita dengan Parti Islam atau PAS bagitimbangan dan penerimaan saudara-saudara sekalian.

Konsep Kerajaan campuran ini adalah merupakan satu langkahlagi kehadapan bagi melaksanakan hasrat National Front atauBarisan Kebangsaan bagi menjamin kejayaan perpaduan rakyatserta pembangunan ekonomi dan masyarakat yang lebih adil,kuat dan mewah di negara kita ini.

427

Page 2: TR 6:12:72 - lib.perdana.org.mylib.perdana.org.my/PLF/Speech_ab/TR61272.pdf · Perhimpunan ini membuka lembaran baru dalam sejarah politik dan perpaduan bangsa Melayu, ... sejurus

Saudara-saudara tentulah masih ingat iaitu kemungkinan mem-bentuk kerjasama untuk Kerajaan Campuran dengan PAS ini telahpun saya bayangkan dalam Persidangan Agung UMNO bulanJun lalu berdasarkan pada hakikat kejayaan Parti sahabat kita,Parti Bumiputra di Sarawak dengan SUPP, dan selepas itu PartiPerikatan dengan Parti Gerakan di Pulau Pinang. Kemudian dariitu kita telah maju setapak lagi dalam usaha ini dengan tercapai-nya persetujuan mengadakan Kerajaan Campuran bersama PartiProgresif Rakyat di Perak.

Oleh kerana tidak ada sebarang bangkangan terhadap gagasanitu malahan para perwakilan UMNO telah memberi tepuk sorakyang gemuruh, maka ini dengan sendirinya memberi dorongandan semangat kepada saya serta rakan-rakan saya dalam MajlisKerja Tertinggi untuk meneruskan usaha-usaha itu.

Syukur Alhamdullilah, berkat kebenaran kita dan kejujuranperjuangan Parti kita, usaha yang baik ini telah mendapat sambutandari pihak PAS. Saya beserta Tun Dr. Ismail telah mengadakanpertemuan pertama dengan pemimpin-pemimpin PAS pada bulanSeptember, sejurus sebelum saya memulakan lawatan rasmi keEropah Timur. Dalam perundingan yang diadakan secara ikhlas,terbuka dan mesra itu, jelas nampaknya tidak ada perbezaantentang matlamat perjuangan kita dan apa yang diperjuangkan olehPAS. Hasil perundingan pertama itu mencapai persetujuan padadasarnya untuk mengadakan Kerajaan Campuran Perikatan PAS.

Di sini saya sukalah mengulangi apa yang saya rasakan satukejayaan besar bagi kita, bagi UMNO khasnya, apabila Parti Islammemberikan sokongannya kepada Pindaan Perlembagaan Negaradan seterusnya kepada Dasar Ekonomi Baru Kerajaan semasasidang-sidang Parlimen tahun 1971 dahulu. Titik persefahamantentang masaalah-masaalah penting menghadapi bangsa dan negaratelah wujud semenjak masa itu.

Barangkali baik juga saya terangkan bahawa dalam perundinganitu pihak PAS menegaskan keutamaan kepada memelihara ke-besaran ugama Islam dan usaha melaksanakan dasar Kerajaanuntuk meninggikan martabat Islam. Dalam hal ini, saudara-saudarasedia maklum bahawa Kerajaan Perikatan telahpun dan sedangmengambil dan menjalankan segala langkah dan usaha untukmeninggikan dan mendaulatkan ugama Islam di negara kita inidalam berbagai bentuk dan cara. Saya rasa tidaklah perlu saya

428

Page 3: TR 6:12:72 - lib.perdana.org.mylib.perdana.org.my/PLF/Speech_ab/TR61272.pdf · Perhimpunan ini membuka lembaran baru dalam sejarah politik dan perpaduan bangsa Melayu, ... sejurus

butirkan satu persatu, namun memang banyak bukti yang ada didepan mata seperti masjid-masjid dan surau-surau baru, sekolah-sekolah ugama, gerakkan dakwah, pelajaran tinggi Islam dan disamping itu usaha yang menjadi nama negara Malaysia terkenal danharum di seluruh negara Islam, iaitu pertandingan Membaca Al-Quran selama empat belas tahun. Segala ini adalah hakikat yangsebenarnya.

Begitu juga dalam lapangan memperbaiki akhlak dan membersih-kan rohani, kita sentiasa menjalankan apa-apa jua usaha yangpatut. Di dalam melaksanakan rancangan-rancangan pembangunankita sentiasa menerangkan iaitu sambil mengejar kemajuan jas-mani dan kebendaan, kita serentak bersama-sama menggalakkankemajuan rohani.

Saudara-saudara,Dalam perundingan-perundingan selanjutnya dengan pemimpin-

pemimpin PAS, kita telah pun dapat persetujuan detail mengenaibentuk Kerajaan Campuran yang akan dilaksanakan itu. Sayaingin mengumumkan di sini bahawa konsep Kerajaan Campuranitu dilaksanakan pada kedua-dua peringkat Negeri dan Pusat, yangbermakna bahawa Parti Islam akan menjadi anggota Kerajaan.Y.A.B. Datuk Haji Mohd. Asri, Presiden PAS dan Menteri BesarKelantan, telah bersetuju memasuki Kabinet sebagai Menteri Kera-jaan dan beliau akan diberi sebuah Kementerian yang sesuai yangakan saya umumkan serentak dengan perubahan Kabinet sebelumakhir tahun ini iaitu pada 28hb Disember, 1972 ini. Di sampingitu, seorang anggota PAS akan dilantik menjadi SetiausahaParlimen.

Pada peringkat Negeri pula, telah pun dipersetujui bahawaPerikatan akan mendapat dua kerusi Exco di Kelantan, dan se-baliknya PAS akan mendapat dua kerusi Exco di Trengganu danKedah.

Selain dari itu, kita juga telah bersetuju untuk menimbangkanperlantikan pemimpin-pemimpin dari PAS yang berkelayakan danmenasabah untuk menjadi anggota-anggota Jawatankuasa-jawatan-kuasa, Lembaga-lembaga dan Badan-badan Berkanun. Pihak PASjuga telah bersetuju untuk menimbangkan perlantikan pemimpin-pemimpin UMNO di Kelantan untuk menjadi anggota-anggotaJawatankuasa, Lembaga dan Badan-badan Berkanun dalam Negeriitu.

429

Page 4: TR 6:12:72 - lib.perdana.org.mylib.perdana.org.my/PLF/Speech_ab/TR61272.pdf · Perhimpunan ini membuka lembaran baru dalam sejarah politik dan perpaduan bangsa Melayu, ... sejurus

Sebuah Jawatankuasa Penyelaras akan juga ditubuhkan yanganggotanya terdiri sama banyak di antara PAS dengan kita.Perikatan bagi pihak kita, saya bercadang hendak melantikpemimpin-pemimpin UMNO dari Pusat, Kelantan, Terengganu danKedah untuk menjadi ahli-ahli Jawatankuasa Penyelaras itu.

Dalam mencapai persetujuan itu, saya suka menerangkan bahawakita sebagai Parti yang besar yang memegang tampuk Kerajaansekarang mustahaklah bertimbang rasa dan bermurah hati sedikitmemandang kepada kepentingan Bangsa dan Negara pada masaakan datang. Saya yakin dengan izin Tuhan apabila konsep Kera-jaan Campuran telah dipersetujui, maka perpaduan di kalanganorang-orang Melayu akan bertambah kuat dan meluas dan iniakan membawa kepada kestabilan, kemajuan dan kemakmuranrakyat dan Negara. Kesan atau impact Kerajaan Campuran sudahtentu adalah sangat baik di kalangan bangsa kita yang akan mem-beri kita semua lebih keyakinan dan tekad baru dalam perjuangankita sekarang dan pada masa akan datang.

Dengan terlaksananya konsep percampuran tadi, maka tidaklahlagi ada pertentangan antara sesama kita dan terpulanglah kepadakejujuran serta keikhlasan kedua-dua pihak menghormati per-setujuan itu serta bersama-sama mentadbirkan negara untuk ke-majuan dan kebahagiaan rakyat.

Saudara-saudara,

Selain dari persetujuan di atas, baiklah saya terangkan jugakedudukan mengenai kerusi-kerusi pilihanraya yang jatuh kosongdan cara penyelesaiannya. Bagi tempoh pilihanraya yang berjalansekarang, kerusi yang dipegang oleh Perikatan tidak akan diper-tandingkan dengan PAS dan begitu juga bagi kerusi yang dipegangoleh PAS bila tidak bertanding. Jadi kawasan Parlimen KualaKedah yang dikosongkan oleh Y.T.M. Tunku Abdul RahmanPutra Al-Haj tidak akan dipertandingkan oleh PAS. Sebaliknyakawasan pilihanraya Negeri Kota Bharu Tengah yang akan di-kosongkan oleh Datuk Asri kita tidak akan meletakkan calun. Inibolehlah dianggap sebagai ujian pertama persetujuan konsep Kera-jaan Campuran yang sama-sama dicapai itu. Berkenaan kawasan-kawasan yang dimenangi oleh PAS pada tahun 1969 tetapi anggota-anggota atau wakil-wakil rakyatnya telah masuk UMNO, jika adapilihanraya kecil, maka penentuan calun akan dirundingkan.

430

Page 5: TR 6:12:72 - lib.perdana.org.mylib.perdana.org.my/PLF/Speech_ab/TR61272.pdf · Perhimpunan ini membuka lembaran baru dalam sejarah politik dan perpaduan bangsa Melayu, ... sejurus

Seterusnya, kawasan pilihanraya parti lain yang jatuh kosongakan dirunding dan dipertimbangkan menurut keadaan samadaakan dipertandingkan oleh Perikatan atau PAS. Tidak ada per-setujuan yang dibuat mengenai kedudukan Pilihanraya Umumyang akan datang dan ini hanya akan dirundingkan apabila tibamasanya kelak.

Saudara-saudara,

Itulah butir-butir besar berkenaan konsep Kerajaan Campuranyang telah dipersetujui oleh kedua belah pihak bagi melahirkan"sifat Kerajaan Campuran Perikatan-PAS" di semua peringkat yangdirasakan menasabah dan memuaskan kedua-dua pihak. Sayapercaya saudara-saudara bersetuju dengan saya, Tun Dr. Ismaildan pemimpin-pemimpin Tertinggi UMNO yang lain bahawa butir-butir persetujuan ini adalah adil dan saksama kepada kita danjuga PAS.

Dalam pada itu, patut juga saya mengingatkan bahawa Parti kitaUMNO dan Perikatan adalah sebuah Parti yang teragung danterkuat sekali dalam Negara kita dan dasar Parti kita tidak ber-ubah dengan wujudnya Kerajaan Campuran Perikatan-PAS ini.Bagi melahirkan Kerajaan Campuran ini, PAS telah dengansecara langsung menerima konsep dan dasar perjuangan UMNOdan Kerajaan Perikatan kerana, kalau tidak, masakan ia mahubekerjasama, apa lagi masuk berkongsi dengan kita memerintahMalaysia dan Negeri-negeri Kelantan, Kedah dan Trengganu.

Saudara-saudara,

Sekianlah penjelasan yang ingin saya sampaikan mengenaikonsep Kerajaan Campuran dan butir-butir persetujuan yang telahdicapai. Saya berterimakasih kepada Y.A.B. Datuk Asri danrakannya atas semangat kejujuran dan pengertian yang ditunjuk-kan oleh mereka dalam beberapa perundingan yang berlangsungantara pihak PAS dengan Timbalan Presiden UMNO dan Tim-balan Perdana Menteri, Tun Dr. Ismail dan saya. Kita semua ber-harap semangat ini akan sentiasa dikekalkan oleh kedua-duapihak supaya pelaksanaan Kerajaan Campuran ini berjalan denganteratur dan sempurna bagi kebaikan bangsa, ugama dan tanah-air kita Malaysia yang dicintai. Kita telah fikir habis-habisan dan

431

Page 6: TR 6:12:72 - lib.perdana.org.mylib.perdana.org.my/PLF/Speech_ab/TR61272.pdf · Perhimpunan ini membuka lembaran baru dalam sejarah politik dan perpaduan bangsa Melayu, ... sejurus

semasak-masaknya dan mendapati bahawa inilah, menerusi Kera-jaan Campuran ini, satu-satunya jalan keluar bagi memecahkanpertelingkahan tidak persefahaman politik di kalangan bangsakita selama ini.

Kita mengetahui juga iaitu Konsep Kerajaan Campuran initelah dibincangkan dengan hangatnya dalam kongres PAS yangberlangsung sehari suntuk semalam. Tetapi syukur kita bahawapihak Datuk Asri dan penyokong-penyokong konsep ini telahmendapat kemenangan undi yang agak besar. Dalam masa pihakkita dan pihak PAS menimbangkan perkara ini, kita dapati adapihak-pihak dan golongan-golongan samada dalam negeri dan jugaluar negeri yang menjalankan hasutan-hasutan terhadap pihak PASkhasnya dan cuba campurtangan dengan tujuan yang tertentusupaya menentang konsep Kerajaan Campuran. Kita faham adanegara-negara luar yang tak suka parti dan Kerajaan kita kuatkerana mereka bimbang yang mereka itu tak boleh mempengaruhikita.

Saya suka menegaskan di hadapan saudara-saudara sekalianKerajaan yang saya pimpin hari ini dengan izin Tuhan tidak akandipengaruhi oleh mana-mana pihak khasnya kuasa-kuasa luar kitaakan menjalankan dasar berpandu semata-mata kepada kepentingannegara dan rakyat. Kita menjalankan tugas-tugas dengan imanyang kuat dan jiwa yang bersih.

Saudara-saudara,

Tugas yang kita hadapi untuk dua tiga tahun ke hadapan iniamatlah berat oleh kerana kita semua ingin mencapai matlamat-matlamat Dasar Ekonomi Baru dalam Rancangan Malaysia Ke-dua dengan seberapa penuh kejayaan. Dengan berlakunya Kera-jaan Campuran ini maka kita semakin hampir kepada pemben-tukan National Front yang memberikan jaminan besar untukketeguhan dan ketahanan negara. Marilah kita berdoa mudah-mudahan Allah memberkati segala usaha kita dan melindunginegara serta rakyat dari segala bencana.

Saya sedia memberi keterangan-keterangan yang lanjut jikaada soalan-soalan dari wakil-wakil.

Terima kasih.

432

Page 7: TR 6:12:72 - lib.perdana.org.mylib.perdana.org.my/PLF/Speech_ab/TR61272.pdf · Perhimpunan ini membuka lembaran baru dalam sejarah politik dan perpaduan bangsa Melayu, ... sejurus

Tun Abdul Razak bin Hussein di satu sidang akhbar berhubung dengan penyusunan semulakabinet mengenai Kerajaan Campuran dengan PAS pada 28hb Disember, 1972 di Kuala

Lumpur.

(Gambar Jabatan Penerangan Malaysia)