sejarah sk pendita zaaba

Upload: aliah-irah

Post on 08-Jan-2016

24 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

tapah road

TRANSCRIPT

SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN PENDITA ZAABA,35400 TAPAH ROAD ,PERAK.Namanya di ambil sempena nama Pendita Za'ba, atau nama sebenarnya Zainal Abidin Ahmad.OBJEKTIFi. Untuk pengetahuan umum tentang sejarah sekolah ini.ii. Untuk memberi peluang kepada murid-murid mengetahui sejarah sekolah dan perkembangannya.iii. Untuk mewujudkan sikap sayang kepada sekolah dan seterusnya dapat menghayati.1. Pembangunan SekolahMenyedari betapa pentingnya pendidikan kepada seseorang itu dan dengan hakikat Kesempurnaan seseorang itu adalah dengan ilmu masyarakat keturunan Melayu Tapah Road telah berusaha membangunkan sebuah sekolah dalam tahun 1903.2. Perkembangan Dan Pendidikan Dan PengurusannyaDengan persetujuan Nazir sekolah-sekolah iaitu Tuan H.B Collins, bangunan sekolah itu dinamakan sekolah SEKOLAH MELAYU TAPAH ROAD. Keramaian murid ialah 30 (tiga puluh) orang dengan tenaga pengajarnya dua orang guru. Murid-murid bertambah hingga seramai 100 orang. Oleh itu kerana perkembangan kian meningkat dan prestasi akedemiknya juga meningkat, pihak Pejabat Pelajaran Perak telah mendirikan sebuah bangunan yang agak lebih sempurna di atas tapak bangunan asal dalam tahun 1905. Bangunan yang digezet sebagai JKR No. 157 masih tegak dan teguh hingga sekarang. Bangunan itu terletak di atas tanah yang tinggi sedikit dan berhadapan dengan Balai Polis Tapah Road.Memandangkan hal yang demikian , Pihak Jabatan Pelajaran Perak telah bermurah hati membangunkan sebuah lagi bangunan sekolah diatas tanah Lot No. 5104 Mukim Tapah Road yang luas Kira-kira 3 ekar 3 rod 11 pol. Bangunan tersebut didirikan dalam tahun 1938 dan mengandungi tiga (3) buah bilik darjah yang luas . Ukuran bangunan ialah 169 kaki x 24 kaki. Banguna dipebuat daripada kayu dengan atap jenis genting. Bersama-sama dengan bangunan baru yang digezetkan sebagai JKR No. 81 didirikan juga empat (4) buah rumah guru (jenis kembar dua) dan lima (5) buah tandas murid.3. Wujudnya Sistem Persekolahan Sekolah Laki-Laki Dan Sekolah Perempuan Tapah Road3.1 Dengan terdirinya sebuah bangunan JKR No 81, Sekolah Melayu Tapah Road mempunyai dua buah bangunan sekolah yang jaraknya kira-kira 300 meter sahaja antara satu. Keramaian murid pula bertambah menjadikan lebih 200 orang murid-murid laki-laki dan lebih 100 orang murid perempuan3.2 Berdasarkan kepada beberapa faktor, Pejabat Pelajaran Perak telah membenarkan sistem persekolahan yang berasingan bagi murid lelaki dan perempuan3.3 Bangunan JKR 157 dijadikan sekolah Melayu Perempuan Tapah Road. Keramaian murid lebih 100 orang dan tenaga pengajar 4 orang guru.3.4 Bangunan JKR No 81 dijadikan Sekolah Melayu Laki-Laki Tapah Road. Dengan keramaian murid 200 orang berserta 8 orang tenaga pengajar3.5 Sekolah Melayu Perempuan Tapah Road mengadakan sidang persekolahan dari darjah satu hingga darjah empat sahaja. Murid-murid perempuan yang mencapai prestasi pengajaran hingga darjah 5 ditempatkan belajar di bangunan Sekolah Melayu Laki-Laki.4. Perkembangan Pendidikan Selepas Tahun 1945Dalam masa peperangan dunia kedua, persekolahan dihentikan sementara. Sekolah dibuka semula setelah pihak Jepun meninggalkan negara dan pihak British mengambil semula pemerintahan negara. Sekolah Melayu laki-laki Tapah Road dan Sekolah Melayu Perempuan Tapah Road berjalan dengan keadaan seperti sebelum perang.5. Wujudnya Nama Sekolah UmumMengikut perkembangan negara dan juga pemerintahan, nama Sekolah Melayu telah diubahsuai menjadi Sekolah Umum. Peristiwa ini berlaku selepas Negara mencapai kemerdekaan dalam tahun 1957.6. Wujudnya Nama Sekolah KebangsaanPada kira-kira 31.9.1959 nama Sekolah Umum diubahsuai lagi menjadi Sekolah Kebangsaan Lelaki Tapah Road. Perjalanan sekolah berjalan seperti biasa. Murid-murid makin bertambah . Pentadbiran dijalankan oleh Guru Besar Lelaki dan seorang Guru Besar Perempuan.7. Sistem Persekolahan Bercampur (Lelaki Dan Perempuan)Setelah mengenalpasti masalah-masalah yang timbul dengan wujudnya Sekolah Kebangsaan Lelaki dan Sekolah Kebangsaan Perempuan Tapah Road maka pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dengan persetujuan Jabatan Pelajaran Perak, telah membenarkan wujudnya sebuah sekolah sahaja dengan sistem murid bercampurPeristiwa ini berlaku pada 2.5.1961 Surat Bil:(7) dlm . Ed. Pk . (s) 50/58 berkaitan. Dengan demikian sekolah dinamakan SEKOLAH KEBANGSAAAN TAPAH ROAD, PERAK.7.1 Keramaian murid lebih 400 orang dalam 12 aliran darjah7.2 Tenaga pengajar seorang guru besar dan 13 orang guru biasa

8. Bangunan Baru SK Tapah Road8.1 Nama Projek : Bangunan baru SK Tapah Road Perak8.2 Projek diluluskan :a) 6 bilik darjah, pejabat, bilik guru, stor, tandas murid & guru.b) pagarc) kantind) bekalan elektrik dan air8.3 Tarikh diluluskan : 8 Julai 19768.4 Nombor rujukan : J.Pel.Pk. (Pem) 2114/018.5 Peruntukan projek : RM 194 976.008.6 Tempat projek : Lot No. 1585 & 1901 Mukim Batang Padang8.7 Kos tapak Projek : RM 29 406.108.8 Tarikh projek siap : 9.5.19798.9 Projek digunakan : 5.2.19808.10 Lokasi projek : 1 Km dari Tapah Road menghala ke Tapah

9 Wujudnya nama SEKOLAH KEBANGSAAN PENDITA ZABA TAPAH ROADDengan penggunaan bangunan baru ini sesi persekolahan dapat dijalankan pada sebelah pagi sahaja dengan menempatkan darjah 4,5 & 6 di bangunan ini. Darjah 1,2 & 3 ditempatkan di bangunan lama.9.1 Pihak Lembaga Pengurusan Sekolah ini telah mencadangkan nama-nama baru bagi sekolah ini. Dalam beberapa kali mesyuarat Lembaga Pengurusan, telah menimbangkan serta mengambil keputusan menamakan sekolah ini dengan nama SEKOLAH KEBANGSAAN PENDITA ZABA TAPAH ROAD, PERAK.9.2 Puan Zaharah Zaba adalah waris kepada Pendita Zaba yang telah memberikan persetujuan atas cadangan tersebut.9.3 Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia melalui J. Pel. Pk. Telah juga membenarkan menukarkan nama Sekolah Kebangsaan Tapah Road kepada SEKOLAH KEBANGSAAN TAPAH ROAD. Rujukan surat Bil. (101) dlm J. Pel. Pk. Pend. 120 bertarikh 6.4.1981.9.4 Sejak tarikh 6.4.1981 sekolah ini dikenali sebagai SEKOLAH KEBANGSAAN PENDITA ZABA, TAPAH ROAD dan Kod sekolahnya ABA000210. Blok Baru Tiga Tingkat10.1 Pada akhir tahun 1996. Kementerian Pendidikan Malaysia telah meluluskan blok 3 tingkat bangunan akadamik dan pentadbiran. Bangunan ini bernilai RM 1 225 840.00.10.2 Sekolah kebangsaan Pendita Zaba Kemudiannya dinaikkan taraf ke gred A pada tahun 1997 berdasarkan kriteria berikut iaitu jumlah pelajar, lokasi sekolah, dan sesi persekolahan. Dengan kenaikan taraf, sekolah telah dibekalkan dengan seorang Guru Besar bertaraf PPPBS DG4 dan tiga orang Penolong Kanan serta seorang Penyelia Petang yang bertaraf PPPBS DG5. Tiga orang Penolong Kanan terdiri daripada Penolong Kanan Pentedbiran, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Penolong Kanan Kokurikulum. Jumlah pelajar setakat 30.6.1999 adalah 537 orang.10.3 Bangunan akademik dan pentdbiran yang mula dibina pada tahun 1999 akhirnya siap pada mei 1999. majlis Penyerahan bangunan baru telah pun berlangsung pada 11 Mei 1999 oleh pihak JKR kepada PPD bagi pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Mulai tarikh tersebut bangunan baru telah mula digunakan dengan menempatkan 12 bilik darjah,1 bilik gerakan, 1 bilik pejabat dan pentadbiran. Tandas murid laki-laki terletak di tingkat bawah manakala tandas murid perempuan serta guru-guru terletek di tingkat satu.

11 Dalam Kenangan Guru Besar yang pernah berkhidmat di sekolah ini:11.1 En. Md Ali11.2 En. Abd Hamid bin Md Melaka11.3 En. Hamzah11.4 En. Zainal Abidin bin Ali11.5 En. Abd Rashid11.6 En. Abdul Shukur bin Husain11.7 En. Ismail Shaid11.8 En. Ibrahim Sulaiman11.9 En. Abd Ghani bin Shamsuddin 05.01.58 31.05.6411.10 En. Hashim bin Awang 01.06.64 26.05.7311.11 En. Mohd Aris bin Amiruddin 21.08.73 31.11.8211.12 En. Talha bin Abd Karim 01.12.82 15.05.8911.13 En. Mahayuddin bin Abd Jalil 16.05.89 15.08.8911.14 YM Raja Ahmat Fadzil R. Sharif 16.08.89 15.08.9511.15 En. Baidzowi bin Hj. Mohd Taib PJK 16.08.95 02.07.9911.16 En Hj Abidin bin Hj Sharif 03.07.99 01.07.2009

12. Guru besar wanita yang pernah berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Perempuan Tapah Road.12.1 Puan Aminah12.2 Puan Hajjah Hitam bt Zakaria12.3 Puan Lon bt Md. Ali12.4 Puan Aishah bt Ibrahim13. Cogan kata sekolahILMU PANDUAN HIDUP14. Falsafah sekolah BELAJAR, BERSUKAN, BERDISIPLIN,BERDIKARI, BERJAYA DIRI15. Lagu sekolahIlmu Panduan HidupItulah cogan kata semuaIngatkan dan jadikan pedomanUntuk masa hadapanTugas kita sebelum dewasaBelajar dan berusahaTuntut ilmu hingga berjayaJadi rakyat bergunaPada guru dan ibubapaKita hormati semuaKepada raja dan NegaraKita taat setia