sejarah profil untuk pendaftaran sk tagasan 2012

13
SEKOLAH KEBANGSAAN TAGASAN ISI KANDUNGAN PERKARA MUKA SURAT VISI DAN MISI SEKOLAH SEJARAH SEKOLAH SENARAI GURU BESAR PROFIL SEKOLAH FALSAFAH DAN MATLAMAT SEKOLAH PIAGAM PELANGGAN LATAR BELAKANG PENCAPAIAN AKADEMIK LATAR BELAKANG KO-KURIKULUM LOGO SEKOLAH BENDERA SEKOLAH DOA SEKOLAH PELAN SEKOLAH LAGU SEKOLAH

Upload: ikhram-johari

Post on 22-Jan-2018

372 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sejarah profil untuk pendaftaran sk tagasan 2012

SEKOLAH KEBANGSAAN TAGASAN

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

VISI DAN MISI SEKOLAH

SEJARAH SEKOLAH

SENARAI GURU BESAR

PROFIL SEKOLAH

FALSAFAH DAN MATLAMAT SEKOLAH

PIAGAM PELANGGAN

LATAR BELAKANG PENCAPAIAN AKADEMIK

LATAR BELAKANG KO-KURIKULUM

LOGO SEKOLAH

BENDERA SEKOLAH

DOA SEKOLAH

PELAN SEKOLAH

LAGU SEKOLAH

Page 2: Sejarah profil untuk pendaftaran sk tagasan 2012

SEKOLAH KEBANGSAAN TAGASAN

VISI SEKOLAH

MENJADIKAN SEKOLAH KEBANGSAAN TAGASAN

SEKOLAH CEMERLANG MENJELANG 2012

MISI SEKOLAH

Memastikan SK. Tagasan cemerlang dalam Kurikulum, Ko-

Kurikulum dan Sahsiah berteraskan kemantapan disiplin

serta komitmen warga sekolah dan komuniti.

Page 3: Sejarah profil untuk pendaftaran sk tagasan 2012

SEKOLAH KEBANGSAAN TAGASAN

SEJARAH SEKOLAH

LATAR BELAKANG

Sekolah ini mula wujud dan beroperasi pada 1 Januari 1965 dikenali sebagai GPS

Tagasan, Semporna. Kemudiannya dinamakan sebagai SRK Tagasan, Semporna. Lokasi

sekolah terletak di luar Bandar dengan keluasan 5.00 ekar dan jarak sekolah ke Pekan

Semporna adalah 12.8 kilometer. Pada tahun 1964, bangunannya telah dibina di atas tanah

yang telah didermakan oleh Tuan Hj. Amir bin Amir Bahar.

Page 4: Sejarah profil untuk pendaftaran sk tagasan 2012

SEKOLAH KEBANGSAAN TAGASAN

SENARAI GURU BESAR YANG PERNAH BERTUGAS

DI SK TAGASAN SEMPORNA SEJAK MULA

BEROPERASI SEHINGGA TAHUN 2012:

BIL NAMA GURU BESAR TEMPOH BERTUGAS CATATAN

MULA AKHIR

1. Urustadbir Tentera Malaysia 1962 1964

2. Hj. Abd Kadir bin Pateh 1965 1967

3. Hj. Emok bin Saman 1967 1968

4. Abd Muis bin Hj Ahmad 1969 1970

5. Hj. Abd Harun bin Abd Rahman 1970 1971

6. Hj. Mohd Ibnu bin Assau 1972 1973

7. Hj. Mohd Yunus bin Abd Rashid 1974 1975

8. Yusof bin Hj Kepala 1976 1978

9. Hj Sahajam bin Abd Rahman 1979 1982

10. Zulkarnain bin Hj Mali 1983 1992

11. Baba Salleh bin Tapaan 1993 1994 Memangku

12. Zulkarnain bin Hj Mali 1995 1996

13. Hj. Ibno Salleh bin Hj Puggah 1997 1998 Memangku

14. Khamis bin Jasman 1998 Memangku

15. Hj. Abd Rahman bin Omar 1998 Memangku

16. Ali Mansa bin Hj Lahama 1998 2002

17. Abdasa bin Hj Labuyu 29.12.02 10.10.09

18. Mariam Binti Ahamat@ Ahmad 10.10.09 sekarang

Page 5: Sejarah profil untuk pendaftaran sk tagasan 2012

SEKOLAH KEBANGSAAN TAGASAN

PPRROOFFIILL SSEEKKOOLLAAHH

Nama : Sekolah Kebangsaan Tagasan

Alamat : Peti Surat 197, 91308 Semporna

Telefon / Fax : 089 – 782934

Kod / Gred : XBA 3323 / A

Lokasi : Luar Bandar

Sidang Persekolahan : Satu Sidang Sahaja

Jumlah Kakitangan Mengajar : 32 Orang

Jumlah [ Kelebihan / Kekurangan ] : [ 3 / 0 (3Guru / 0 KTBM ) ]

Jumlah Murid : 446 Orang

Jumlah Kelas : 14 Kelas ( Pagi sahaja )

Nama Guru Besar : Pn. Mariam binti Ahamat @ Ahmad

Guru Penolong Kanan 1 : En. Abd Aziz

Guru Penolong Kanan HEM : Pn Nor Hamizah bt Abdul Hamid

Guru Penolong Kanan Kokum : En.Zulkafli bin Hj Khamis

Penyelia Petang : -

Guru Pusat Sumber : Pn.Nor Hamizah bte Abd Hamid

Guru Bimbingan Kaunseling : Pn. Razlia Bt Rajan

Setiausaha Sekolah : Pn. Shazlina binti Shaik Ahmedullah

Pembantu Tadbir N 17 : En.Roslan bin Hj Mohd Yassin

Pembantu Rendah Awam ( 1 ) : En.Awang Jarman bin Bastara

Pembantu Rendah Awam ( 2 ) : En.Abd Barahim bin Tumbaga

Page 6: Sejarah profil untuk pendaftaran sk tagasan 2012

SEKOLAH KEBANGSAAN TAGASAN

FALSAFAH SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Tagasan

Adalah sebuah Institusi Pendidikan kecil,

Berusaha melahirkan dan menyemarakkan kehendak

Moto Sekolah, Falsafah Pendidikan Negara,

Prinsip- prinsip Rukun Negara dan Rukun Islam

MATLAMAT SEKOLAH

Melahirkan anak didik yang sempurna dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek

(JERI) agar menjadi warganegara berguna.

Melahirkan anak didik yang berkeinginan dan berkebolehan untuk memberi

sumbangan kepada sekolah, masyarakat dan Negara.

Menggalakkan penggunaan Pusat Sumber Sekolah sebagai satu system bagi mencapai

matlamat dan objektif kurikulum sekolah.

Menyemai dan melahirkan anak didik yang mengamalkan, mempraktikkan dengan

berkesan Wawasan Pendidikan Islam.

Menyemai dan melahirkan anak didik yang mengutamakan displin yang mampan untuk

menjamin pembangunan diri.

Page 7: Sejarah profil untuk pendaftaran sk tagasan 2012

SEKOLAH KEBANGSAAN TAGASAN

PIAGAM PELANGGAN

Kami Warga

Sekolah Kebangsaan Tagasan Sekolah

Dengan Penuh Tekad dan Iltizam

Berikrar dan Berjanji Akan Menumpukan Seluruh Tenaga dan Usaha Kami:-

Memastikan semua murid sekolah ini mendapat pendidikan yang sempurna secara adil

Memastikan setiap guru dan kakitangan dapat berkhidmat dengan cekap dan

berkesan sepanjang masa.

Memastikan kami sentiasa peka dan responsif kepada kehendak dan keperluan

pelanggan iaitu murid, Jabatan Pelajaran serta sedia berbincang dengan ibubapa,

penjaga dan masyarakat untuk meningkatkan prestasi murid sekolah.

Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pendapat, cadangan dan teguran yang

membina daripada semua pihak demi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan dan

kecemerlangan pendidikan.

Page 8: Sejarah profil untuk pendaftaran sk tagasan 2012

SEKOLAH KEBANGSAAN TAGASAN

Latar Belakang Pencapaian Akademik (UPSR)

Page 9: Sejarah profil untuk pendaftaran sk tagasan 2012

SEKOLAH KEBANGSAAN TAGASAN

Latar Belakang Ko- Kurikulum

Ko- Kurikulum di sekolah ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:

1. Unit Beruniform

a. Pengakap

b. Bulan Sabit Merah

c. Tunas Puteri

d. Puteri Islam

2. Persatuan

a. Persatuan Bahasa Melayu

b. Persatuan Bahasa Inggeris

c. Persatuan Sains & Matematik

d. Kebudayaan

3. Sukan dan Permainan

a. Bola Sepak

b. Badminton

c. Sepak Takraw

d. Permainan Dalaman

Jadual Pelaksanaan

Ko- Kurikulum di jalankan setiap hari Rabu petang jam 1:00 hingga 3:00 petang secara

bergiliran.

Minggu Pertama: Unit Beruniform

Minggu Kedua : Persatuan

Minggu Ketiga : Sukan dan Permainan

Pencapaian

Pencapaian terbaik Ko- Kurikulum sekolah ini ialah menghantar wakil sehingga ke peringkat

Daerah Gabungan dalam olahraga dan permainan:

a. Bola Sepak

b. Olahraga

c. Bola Tampar

Page 10: Sejarah profil untuk pendaftaran sk tagasan 2012

SEKOLAH KEBANGSAAN TAGASAN

Bentuk

Lencana ini berbentuk lima garisan yang bulat yang melambangkan lima buah kampong

tertumpu di SK Tagasan.

Di tengah terdapat bentuk bulat yang menggambarkan Perpaduan Masyarakat bentuk bulat

tersebut dilingkari dengan nama Sekolah Kebangsaan Tagasan,

Di bahagian bawah bulatan ini terdapat cogankata berilmu, berdisiplin dan berbakti

melambangkan sekolah ini mementingkan akademik, disiplin dan bakti yang tinggi. Ini

merupakan satu ciri yang harus ada pada masyarakat sekolah ini untuk mencapai kejayaan

dalam semua bidang.

Di tengah bulatan pula bintang 14 bucu dan bulan yang berlatarkan sebuah gunung yang

menggambarkan Persekutuan Malaysia dan gunung melambangkan cita- cita yang menjulang

tinggi untuk mencapai kejayaan.

Di sebelah kiri terdapat sebuah buku melambangkan akademik dan di sebelah kanan

segulung ijazah melambangkan kecemerlangan.

Warna

Lencana ini mempunyai tiga warna iaitu Biru, Merah dan Kuning. Biru melambangkan warna

rasmi sekolah dan merah melambangkan hidup berprinsip dan kuning melambangkan

keluhuran dan kemuliaan.

Page 11: Sejarah profil untuk pendaftaran sk tagasan 2012

SEKOLAH KEBANGSAAN TAGASAN

BENDERA SEKOLAH

Saiz asal : (P X L) 180 cm X 90 cm

WARNA

Biru : Perpaduan pelbagai suku dan bangsa

Putih : Kesucian hati dan kecekalan dalam usaha meningkatkan ilmu di kalangan

pelajar.

Kuning : Taat kepada pemerintah beraja dan patuh kepada RUKUN NEGARA.

Lencana : Merujuk kepada motto dan motif dalam Lencana sekolah.

Page 12: Sejarah profil untuk pendaftaran sk tagasan 2012

SEKOLAH KEBANGSAAN TAGASAN

DOA SEKOLAH

ALHAMDULILLAHI RABBIL A’LAMIN,

WASSALATU WASSALAMU A’LA ASYRAFIL ANBIYA IWAL MURSALIN

WAA’ALA ALIHI WASAHBIHI AJMAIN

YA ALLAH, AMPUNKANLAH DOSA KAMI, DOSA KEDUA IBUBAPA KAMI,

DOSA GURU- GURU KAMI, SAHABAT- SAHABAT KAMI

SERTA ORANG- ORANG YANG TELAH BERJASA KEPADA KAMI.

YA ALLAH, BUKAKANLAH KE ATAS KAMI HIKMATMU,

DAN LIMPAHILAH KE ATAS KAMI KHAZANAH RAHMATMU,

WAHAI TUHAN YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

YA ALLAH, SESUNGGUHNYA KAMI BERLINDUNG DENGAN ENGKAU,

DARI ILMU YANG TIDAK KHUSYUK, DARI NAFSU YANG TIDAK PUAS- PUAS,

DARI DOA YANG TIDAK DIKABULKAN.

RABBANA ATINA FIDDUNYA HASANAH

WAFIL AKHIRATI HASANAH

WAQINA A’ZABANNAR

WALHAMDULILLAHI RABBIL A’LAMIN.

Page 13: Sejarah profil untuk pendaftaran sk tagasan 2012

SEKOLAH KEBANGSAAN TAGASAN

LAGU SEKOLAH

BERDISIPLIN BERILMU BERBAKTI

KE ARAH WAWASAN YANG GEMILANG

BERSAMALAH KITA BERDOA

SK TAGASAN CEMERLANG

MARILAH KITA SEPENUH HATI

BERSATU SETIA MENCAPAI VISI

SEGALA RINTANGAN TEGUH DIHADAPI

KE PUNCAK CITA MURNI

PENDIDIK CEMERLANG ANAK DIDIK GEMILANG

TEGUH BERDIRI MENABUR BAKTI

UNTUKMU KUBERJUANG NAMAMU KAN KUJULANG

CAPAI VISI PENDIDIKAN

BERDISIPLIN, BERILMU, BERBAKTI

KE ARAH WAWASAN YANG GEMILANG

BERSAMALAH KITA BERDOA

SK TAGASAN CEMERLANG (3X)