sejarah sekolah kebangsaan taman keramat 2

3
SEJARAH PENUBUHAN SK (2) TAMAN KERAMAT Sejarah awal (1979) Sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 1979 dengan nama Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Keramat .Pada awal penubuhannya sekolah ini hanya mempunyai 2 blok bangunan kayu dan kantin . Sekolah ini telah dirasmikan penubuhannya oleh Menteri Pelajaran Datuk Dr Sulaiman Haji Daud pada tahun 1982. Ketika itu sekolah ini telah mempunyai penambahan 2 blok bangunan batu. Akibat perubahan masa dan persekitaran , sekolah ini telah mengalami penambahan murid – murid sehingga mencapai lebih dua ribu orang. Bagi memastikan keselesaan murid – murid , Pejabat Pelajaran Daerah Gombak telah memutuskan bahawa perlu diwujudkan sebuah sekolah lagi yang berlainan pentadbiran di bangunan yang sama. Penubuhan SK 2 Taman Keramat (1988) Maka pada 4 Januari 1988 , Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Keramat di bahagikan kepada dua sama ada guru – guru dan murid – muridnya. Maka tertubuhlah sekolah yang baru dikenali sebagai Sekolah Rendah Kebangsaan ( 2 ) Taman Keramat. Sekolah ini beroperasi di bangunan yang sama dengan perbezaan dari segi pentadbiran ,

Upload: sk-2-taman-keramat

Post on 08-Jun-2015

324 views

Category:

Education


9 download

DESCRIPTION

Sejarah Sekolah Kebangsaan taman Keramat 2

TRANSCRIPT

Page 1: Sejarah Sekolah Kebangsaan Taman Keramat 2

SEJARAH PENUBUHAN SK (2) TAMAN KERAMAT

Sejarah awal (1979) Sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 1979 dengan nama Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Keramat .Pada awal penubuhannya sekolah ini hanya mempunyai 2 blok bangunan kayu dan kantin .

Sekolah ini telah dirasmikan penubuhannya oleh Menteri Pelajaran Datuk Dr Sulaiman Haji Daud pada tahun 1982. Ketika itu sekolah ini telah mempunyai penambahan 2 blok bangunan batu.

Akibat perubahan masa dan persekitaran , sekolah ini telah mengalami penambahan murid – murid sehingga mencapai lebih dua ribu orang.

Bagi memastikan keselesaan murid – murid , Pejabat Pelajaran Daerah Gombak telah memutuskan bahawa perlu diwujudkan sebuah sekolah lagi yang berlainan pentadbiran di bangunan yang sama. Penubuhan SK 2 Taman Keramat (1988)Maka pada 4 Januari 1988 , Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Keramat di bahagikan kepada dua sama ada guru – guru dan murid – muridnya.

Maka tertubuhlah sekolah yang baru dikenali sebagai Sekolah Rendah Kebangsaan ( 2 ) Taman Keramat. Sekolah ini beroperasi di bangunan yang sama dengan perbezaan dari segi pentadbiran , warna bendera , lencana sekolah dan sesi persekolahan yang dibuat sama ada pagi atau petang secara bergilir setiap tahun.

Tahun 1992 sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan ( 2 ) Taman Keramat. Pada tahun 1993 melalui kutipan derma Jogathon sekolah ini telah berjaya mengumpul RM 70, 000 . 00 . Hasil daripada kuitipan ini , terdirilah sebuah Balai Islam dan Balai Bacaan.

Page 2: Sejarah Sekolah Kebangsaan Taman Keramat 2

Pembahagian kawasan SK Taman Keramat 1 dan SK 2 Taman Keramat (1999)

Pada tahun 1999 sekali lagi sekolah ini mengalami perubahan yang besar dari segi sejarah apabila pihak Pejabat Pelajaran Daerah Gombak telah mengarahkan agar kawasan dan bangunan sekolah dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu S. K ( 1 ) Taman Keramat dan S. K ( 2 ) Taman Keramat.

Pembahagian ini menjadikan sekolah ini mempunyai 1 blok bangunan batu , 2 blok bangunan kayu , 2 blok bangunan kayu pasang siap , sebuah balai Islam , sebuah Balai Bacaan dan kantin. Pada 11 haribulan Januari 2003 pihak sekolah telah diserahkan sebuah blok bangunan baru empat tingkat yang terdiri 12 buah bilik darjah dan sebuah makmal komputer. Melalui peruntukan RMK 9 , sekolah telah diberikan 1 blok bangunan baru 3 tingkat untuk menggantikan 2 blok bangunan kayu yang telah usang.

Bermottokan “ Berusaha Dan Berdisiplin ” dan berteraskan warna rasmi merah dan kuning pada bendera dan lencana sekolah , Sekolah Kebangsaan ( 2 ) Taman Keramat akan terus bergerak maju ke hadapan berkat kesungguhan dan komitmen yang tinggi daripada pihak pentadbir , PIBG , guru – guru , ibu bapa , murid – murid dan penduduk setempat.