sejarah ppb

7
1.0 Pengenalan Secara umumnya, penyelidikan adalah tugasan saintifik yang membawa berbagai-bagai cabaran. Antaranya adalahmenghasilkan dapatan kajian yang sesuai dan memperlihatkan keupayaan penyelidik mempersembahkan hasil kajian.Pada hakikatnya penyelidikan adalah bagi mencari jawapan atau menyelesaikan masalah dengan jawapan benar atausekurang-kurangnya dapat mengetahui kebenaran yang logik melalui pemikiran yang mempunyai kesinambungandengan fakta empirik. Penyelidikan juga mempunyai cabang-cabang yang amat luas dan tidak terbatas. Antara cabang- cabang penyelidikan yang utama dan diberikan tumpuan ialah penyelidikan pendidikan, penyelidikan sains,penyelidikan sosial, penyelidikan sejarah dan sebagainya. Walaupun bidang-bidang penyelidikan tersebut kelihatanberbeza, namun konsep asas ilmu penyelidikannya tidak jauh berbeza. Justeru tumpuan khusus dalam perbincanganini adalah mengenai langkah-langkah yang dijalankan dalam penyelidikan sejarah.Definsi penyelidikan sejarah ialah penyusunan sistematik yang membabitkan kajian dan penilaian data yang berkaitanperistiwa yang terjadi pada masa lampau. Penyelidikan sejarah mengkaji punca, kesan ataupun corak (trend) peristiwadan secara tidak langsung menganalisis apa yang berlaku pada masa kini, se terusnya membuat ramalan apa yang bakalberlaku pada masa akan datang melalui kajian. Kajian sejarah juga boleh dianggap sebagai suatu proses membinasemula perkara yang berlalu secara sistematik dengan mengumpul, menilai, mengesah dan mensintesiskan fakta bagimenemukan rumusan yang dipertahankan. Penyelidikan sejarah merupakan salah satu aktiviti penting yang dapatmenyumbangkan kepada penemuan dan penulisan sejarah terutama yang baru supaya ia dapat dimanfaatkan olehmasyarakat. Penulisan dan jumpaan perkara sejarah amat bergantung kepada usaha-usaha penyelidikan yangdilakukan oleh para sejarawan. Kajian sejarah yang baik adalah melibatkan kajian secara sistematik,

Upload: teokimmoi

Post on 18-Jan-2016

16 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

SEJARAH PPB

TRANSCRIPT

Page 1: SEJARAH PPB

1.0

Pengenalan

Secara umumnya, penyelidikan adalah tugasan saintifik yang membawa berbagai-bagai cabaran. Antaranya adalahmenghasilkan dapatan kajian yang sesuai dan memperlihatkan keupayaan penyelidik mempersembahkan hasil kajian.Pada hakikatnya penyelidikan adalah bagi mencari jawapan atau menyelesaikan masalah dengan jawapan benar atausekurang-kurangnya dapat mengetahui kebenaran yang logik melalui pemikiran yang mempunyai kesinambungandengan fakta empirik. Penyelidikan juga mempunyai cabang-cabang yang amat luas dan tidak terbatas. Antara cabang-cabang penyelidikan yang utama dan diberikan tumpuan ialah penyelidikan pendidikan, penyelidikan sains,penyelidikan sosial, penyelidikan sejarah dan sebagainya. Walaupun bidang-bidang penyelidikan tersebut kelihatanberbeza, namun konsep asas ilmu penyelidikannya tidak jauh berbeza. Justeru tumpuan khusus dalam perbincanganini adalah mengenai langkah-langkah yang dijalankan dalam penyelidikan sejarah.Definsi penyelidikan sejarah ialah penyusunan sistematik yang membabitkan kajian dan penilaian data yang berkaitanperistiwa yang terjadi pada masa lampau. Penyelidikan sejarah mengkaji punca, kesan ataupun corak (trend) peristiwadan secara tidak langsung menganalisis apa yang berlaku pada masa kini, se terusnya membuat ramalan apa yang bakalberlaku pada masa akan datang melalui kajian. Kajian sejarah juga boleh dianggap sebagai suatu proses membinasemula perkara yang berlalu secara sistematik dengan mengumpul, menilai, mengesah dan mensintesiskan fakta bagimenemukan rumusan yang dipertahankan. Penyelidikan sejarah merupakan salah satu aktiviti penting yang dapatmenyumbangkan kepada penemuan dan penulisan sejarah terutama yang baru supaya ia dapat dimanfaatkan olehmasyarakat. Penulisan dan jumpaan perkara sejarah amat bergantung kepada usaha-usaha penyelidikan yangdilakukan oleh para sejarawan. Kajian sejarah yang baik adalah melibatkan kajian secara sistematik, mempunyaiobjektif, kaedah pengumpulan data serta analisis, dan memastikan sumber yang dig unapakai adalah sahih sertaterhindar daripada sebarang pemalsuan. Dalam erti kata yang lain penyelidik sejarah sewajarnya beretika.1.1 Etika Penyelidikan SejarahPenyelidikan sejarah adalah merupakan proses yang dinamik dan interaktif, ia berlaku berdas arkan kepercayaan dankerjasama mereka yang terlibat dalam penyelidikan. Hubungan penyelidik, kumpulan penyelidik dan partisipan adalahpenting. Mengurus hubungan ini secara bertanggungjawab ialah merupakan isu sebenar berkaitan dengan etika.Menurut Othman Lebar (2007), terdapat beberapa peringkat isu etika dalam proses penyelidikan. Antaranya adalahetika dalam penyataan masalah kajian, etika dalam penyataan tujuan dan soalan kajian, etika dalam pengumpulandata, etika dalam analisis dan interpretasi data, serta etika dalam menulis dan menyebarkan hasil kajian. Etikapenyelidikan dalam penyelidikan sejarah penting bagi mengelakkan sesuatu penyelidikan itu dipengaruhi unsur -unsurbias, melakukan kesilapan, memalsukan fakta, melakukan penyelidikan separuh ja lan, kekaburan bukti, sertakekurangan bahan atau sumber. Justeru untuk memperteguhkan

Page 2: SEJARAH PPB

kedudukan hasil penyelidikan ini, etika yang ketatperlu dipatuhi bermula dari awal hingga berakhir penyelidikan tersebut.2.0 Langkah-langkah PenyelidikanDalam penyelidikan sejarah, terdapat beberapa langkah utama yang perlu dilaksanakan oleh seseorang penyelidik.Antara langkah-langkah penyelidikan tersebut, penyataan masalah, mengemukan hipotesis, membuat rujukan sumber,menentukan kaedah, menentukan strategi dan teknik, menjadualkan kerja, menganalisa dan menginterpretasi data,dan melaporkan hasilan. Oleh yang demikian berikut adalah huraian mengenai setiap peringkat atau disiplin yang perluditempuhi oleh setiap sejarawan yang menjalankan penyelidikan.2.1 Penyataan masalahPenyelidikan sejarah bukan bermakna penyelidik menjalankan projek yang baru, lain dari yang lain dan penting. Tujuanpenyelidikan sejarah adalah menghurai, menerangkan, menjelaskan dan membuat tanggapan dan bukannyamengemukakan yang baru. Begitu juga, jelas bahawa projek-projek penyelidikan tidak dimulakan daripada titikpermulaan tetapi penyelidik telah diransangkan oleh idea-idea serta penyelidikan-penyelidikan yang telah dilakukanoleh orang lain. Sewajarnya penyelidik memulakan penyelidikan nya dengan membaca penyelidikan-penyelidikan lainyang sama dengan lingkungan minatnya, lazimnya dia dapat sesuatu yang baru yang perlu dilakukan untukmemperbaiki penyelidikan sedia ada ataupun untuk memperbaharui penyelidikan lama. Bertitik tolak dari si tulahseseorang penyelidik menyatakan masalah kajiannya dan bertindak memulakan penyelidikan tersebut.Contoh penyataan masalah adalah mengenai teori kedatangan Islam ke Malaysia, sama ada penyebaran melaluimubaligh-mubaligh Islam yang datang ke Melaka, atau penyebaran Islam oleh pelayar-pelayar China melalui

Terengganu.2.2 Mengemukakan hipotesisHipotesis adalah saranan sementara bagi menjelaskan fenomena yang dikaji atau saranan sementara sebagaipenyelesaian masalah. Hipotesis membolehkan penyelidik mengaitkan teori dengan cerapan. Bukti-bukti cerapanpenyelidikan akan menentukan sama ada sesuatu hipotesis itu perlu diterima atau diketepikan. Antara tujuanmengemukakan hipotesis dalam penyelidikan adalah untuk memberi jangkaan atau ramalan sementara t entangfenomena yang dikaji, memberi kenyataan hubungan yang boleh diuji secara langsung, memberi panduan kepadapenyelidikan kerana hipotesis mewakili objektif tertentu, menentukan kaedah penyelidikan yang harus digunakan,memberi rangka laporan dapatan serta kesimpulan kajian.Hipotesis kajian boleh dikemukakan dalam bentuk hipotesis induktif daripada cerapan, iaitu melalui cerapan penyelidikboleh menentukan susur-galur dan kemungkinan hubungan yang wujud dan membuat hipotesis bagi menjelaskanhubungan tersebut, atau hipotesis deduktif daripada teori-teori atau dapatan-dapatan penyelidikan terdahulu yangboleh memandu penyelidikan ke arah yang lebih umum. Penyelidik perlu mengemukakan hipotesis untuk memberipanduan bagi pengumpulan data dan infrensi data, selain itu hipotesis juga dapat menunjukkan sama ada penyelidikmempunyai pengetahuan yang mendalam dalam sesuatu bidang yang membolehkan penyelidik menjalankanpenyelidikan dengan berkesan.Seseorang penyelidik juga perlu mengemukakan hipotesis yang memenuhi ciri-ciri tertentu bagi membolehkannyaditerima sebagai hipotesis penyelidikan. Antara ciri -ciri tersebut ialah, hipotesis hendaklah dinyatakan dengan mudah,jelas dan tepat, hipotesis

Page 3: SEJARAH PPB

mestilah tekal dengan pengetahuan yang ada, yakni tidak bertent angan dengan teori danhukum yang ada, hipotesis hendaklah mempunyai kuasa penjelasan iaitu keupayaan hipotesis menerangkan fenomenayang dikaji dengan logik, tepat dan jelas. Seterusnya hipotesis mestilah boleh diuji. Pengujian hipotesis membolehkankepastian dibuat sama ada bukti-bukti yang diperolehi menyokong atau tidak menyokong hipotesis yang bersifatsementara itu.Contoh hipotesis dalam penyelidikan sejarah mengenai kedatangan Islam ke Malaysia ialah, Batu Bersurat Terengganumembuktikan penyebaran Islam ke Malaysia adalah melalui pelayar-pelayar China yang berurusan di Terengganu.2.3 Membuat rujukan sumberSumber merupakan suatu yang boleh menjadi punca kepada lahirnya sesuatu pemikiran atau penulisan. Sumberadalah berbeza dengan ilham kerana sumber tidak bersifat abstrak ataupun spontan tetapi sumber boleh dirujuksemula apabila diperlukan. Sebenarnya sumber sejarah telah wujud dalam pelbagai bentuk, ada sumber ditulis padakertas, dipahat seperti batu bersurat, diukir pada kayu, buluh, tulang, t anduk, daun, kepingan logam dan sebagainya.Semua bahan bertulis ini disimpan sebagai sumber sejarah. Oleh yang demikian, sumber merupakan suatu unsur yangpenting dalam bidang penyelidikan sejarah, kerana tanpa sumber maka agak mustahil untuk menghasilkan penulisansejarah yang baik.Lazimnya sumber dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu sumber pertama yang disebut sumber primer dan sumberkedua yang disebut sumber sekunder. Sumber primer ialah sumber yang biasanya belum ditafsir dan diperlengkapkanlagi. Contoh sumber primer adalah seperti surat tidak rasmi ataupun surat rasmi, catatan dan laporan harian, diariserta dokumen. Bahan-bahan seperti ini menjadi sumber primer disebabkan keadaannya sendiri yang merupakansumber yang pertama mencatat sesuatu peristiwa yang berlaku. Sejarawan biasanya memilih dokumen-dokumen yangberupa sumber primer kerana sumber seperti ini memberi maklumat yang benar untuk dibuat penyelidikan.Manakala sumber sekunder adalah seperti tulisan atau buku yang ditulis oleh sejarawa n berdasarkan sumber primeratau sumber-sumber lain dan sebagainya. Sumber sekunder ini merupakan tafsiran, penyeluruhan, kesimpulan danmalahan andaian yang dibuat seseorang penyelidik terhadap perkara-perkara yang diselidiknya dengan bersandarkansumber utama. Sumber sekunder digunakan oleh penyelidik sebagai rujukan, perbandingan, ungkapan bagimengukuhkan pandangan serta tafsiran terhadap perkara yang diselidiki mereka. Antara contoh sumber sekunderseperti buku, majalah, surat khabar, latihan ilmiah, k arangan ataupun esei yang menganalisis sesuatu yang pentingserta tesis.Walau apapun kategori sumber tersebut, yang nyata ia sangat penting dalam sesuatu penyelidikan sejarah. Seseorangpenyelidik dalam usaha menghasilkan sesuatu karya sejarah mestilah berusaha mendapatkan sumbernya, kemudian

memilih sumber tersebut, mana-mana yang berkaitan sama ada secara langsung atau tidak langsung denganpenyelidikannya. Penyelidik juga harus mengkaji serta menganalisis sumber -sumber yang diperolehi untukmendapatkan fakta-fakta dan seterusnya melakukan penulisan serta membuat tafsiran terhadap penyelidikannya.Tidak kurang pentingnya, sumber yang digunakan adalah sumber yang mempunyai kesahihannya, supaya dapatmengelakkan daripada

Page 4: SEJARAH PPB

berlakunya pemalsuan sumber. Pemalsuan bukan sahaja bermaksud mengadakan apa yangtiada dalam sumber yang asli, bahkan pemalsuan juga merujuk kepada sebarang penambahan atau pengurangan sertakesilapan dalam menterjemah isi kandungan sesuatu sumber. Kesahihan sumber dalam erti kata yang la in, adalahbertujuan untuk memastikan fakta yang diaplikasikan dalam sesuatu penulisan itu sentiasa benar dan layak untukberdiri sebagai sumber sejarah. Selain itu, kesahihan sumber adalah untuk memelihara sifat sejarah sebagai saintifik.Menurut Abdul Rahim Abdul Rashid (1998), terdapat empat ciri yang menyebabkan sejarah adalah sains iaituberdasarkan penyelidikan, menunjukkan kebenaran, membantu dalam membuat ramalan dan perlu bersifat objektif.Oleh itu, dalam maksud untuk menjadi sejarah sebagai satu bidang saintifik, aktiviti kesahihan sumber perlu dilakukan.2.4 Menentukan kaedah, teknik dan strategiKaedah penyelidikan atau metodologi adalah merupakan kaedah yang digunakan bagi membuat penyelidikan sejarahatau peristiwa sesuatu perkara itu berlaku. Ia bermaksud menggunakan tatacara yang betul mengikut kaedah-kaedahyang ditentukan dalam menghuraikan sesuatu peristiwa yang berlaku. Kaedah penyelidikan sejarah lebih memberitumpuan utama terhadap usaha mencari sumber sesuatu peristiwa dan sumber tersebut haruslah mempunyai autorotiyang dapat dipertahankan. Sebarang andaian yang dibuat haruslah dibuktikan melalui sumber yang diperolehi.Secara umumnya terdapat dua kaedah asas persejarahan, iaitu kaedah persejarahan tradisi dan kaedah pensejarahanmoden. Konsep dan kaedah pensejarahan tradisi ini telah dipelopori oleh Bapa Sejarah Dunia iaitu Herodotus danThucydides. Sejarawan ini telah mengaplikasikan kaedah pemerhatian, temuduga dan rujukan terhadap bahan bertulisdalam penulisan karya sejarah mereka. Herodotus dalam penulisannya yang berjudul Perang Parsi yang mengisahkanpeperangan antara tentera Athens dengan Parsi yang berlaku pada tahun 478 SM, telah menggunakan kaedahtemuduga dalam penghasilannya. Beliau juga telah melakukan kajian mendalam dengan melihat sendiri tempat-tempat yang terlibat dalam peperangan, malah menemubual tokoh-tokoh yang terlibat dalam peperangan tersebut.Selain daripada menyaksi sendiri kesan-kesan peperangan di beberapa tempat yang telah dikunjungi danmenemuduga tokoh-tokoh yang terlibat dalam peperangan, Herodotus juga telah menggunakan bahan-bahan bertulisdan kesan-kesan peninggalan lama seperti babad, puisi, epik, karya geografi, etnografi dan perubatan, dokumenkerajaan, inskripsi, batu bersurat, bangunan dan rumah berhala dalam penulisannya. Melalui contoh penulisan sejarahPeperangan Parsi telah menunjukkan bahawa penyelidikan sejarah secara tradisi adalah dengan menggunakan kaedahpemerhatian, temubual dan rujukan terhadap bahan bertulis klasik.Kaedah pensejarahan moden pula dipelopori oleh Lepold Von Ranke, yang diberi gelaran Bapa Pensejarahan Modenkerana beliau telah membawa era baru dalam bidang pensejarahan sehingga dianggap sebagai pengasas pensejarahanJerman di Universiti Berlin. Menurut Arba iyah Mohd Noor (2002), beliau dikatakan sejarawan Barat pertama yangtelah menekankan kepentingan penggunaan sumber primer dalam penyelidikan sejarah dan membuat penilaiansumber secara kritikal demi pembangunan bidang sejarah sendiri. Selain itu, Ranke menyatakan secara jelas bahawasejarah seharusnya ditulis dengan sebenar-benarnya tentang apa yang telah berlaku berdasarkan dokumen yangberkaitan dengannya. Ranke juga menyarankan agar sejarawan tidak melakukan spekulasi, tidak bersikap beratsebelah atau bias, mereka dan memasukkan unsur-unsur fiksyen ke dalam sejarah.Oleh yang demikian seseorang

Page 5: SEJARAH PPB

penyelidik sejarah boleh memilih untuk menjalankan penyelidikan secara tradisi yangmenekankan aspek pemerhatian, temuduga dan rujukan bahan bertulis atau membuat penyelidikan secara modenyang menekankan penulisan yang jelas dan ditulis sebenar-benarnya tentang apa yang berlaku melalui sumber primer,tanpa spekulasi, bias serta memasukkan unsur-unsur fikysen. Secara ringkasnya kaedah pensejarahan modenmenekankan penulisan sejarah secara tepat dan objektif.2.5 Menjadualkan kerjaSesuai dengan sifatnya penyelidikan sejarah yang berbentuk sistematik, maka penyelidikan sejarah sewajarnyamempunyai jadual kerja yang tersusun. Sesuatu penyelidikan perlu dirancang dengan teli ti. Jadual kerja atau pela