sejarah penubuhan pengakap dunia

3
Sejarah penubuhan pengakap dunia Diasaskan oleh seorang pegawai tentera British bernama Robert Stephenson Smyth Baden Powell, nama ringkasnya : BP Setelah berjaya dalam peperiksaan tentera, BP telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dan mula berkhidmat dalam tentera di India dan Afghanistan dalam tahun 1876, kemudian ke Natal (Zululand) dan Malta sebagai penolong Beberapa tahun kemudian beliau dihantar bertugas di Afrika Barat untuk menamatkan satu peperangan di Ashanti, Ghana. Dalam peperangan Baden-Powell sentiasa berhati-hati terhadap pergerakan musuh hinggakan beliau digelar IMPEESA yang Dalam tahun 1897, BP dinaikan pangkat menjadi Kolonel dan ditempatkan di India untuk memimpin Dragoon Guard ke 5. Beliau telah memberi hadiah kepada askar-askar yang menunjukkan kebolehan yang baik dengan satu lencana bergelar SCOUTS (Peninjau).

Upload: dewi-ratnah

Post on 12-Jan-2016

336 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

box

TRANSCRIPT

Page 1: Sejarah Penubuhan Pengakap Dunia

Sejarah penubuhan

pengakap dunia

Diasaskan oleh seorang pegawai tentera British

bernama Robert Stephenson Smyth Baden

Powell, nama ringkasnya : BP

Setelah berjaya dalam peperiksaan

tentera, BP telah ditauliahkan sebagai

Leftenan Muda dan mula berkhidmat

dalam tentera di India dan Afghanistan

dalam tahun 1876, kemudian ke Natal

(Zululand) dan Malta sebagai penolong

Setiausaha Tentera.

Beberapa tahun kemudian beliau dihantar

bertugas di Afrika Barat untuk menamatkan satu

peperangan di Ashanti, Ghana. Dalam

peperangan Baden-Powell sentiasa berhati-hati

terhadap pergerakan musuh hinggakan beliau

digelar IMPEESA yang bermaksud Serigala yang

tak pernah tidur.

Dalam tahun 1897, BP dinaikan pangkat

menjadi Kolonel dan ditempatkan di India

untuk memimpin Dragoon Guard ke 5.

Beliau telah memberi hadiah kepada askar-

askar yang menunjukkan kebolehan yang

baik dengan satu lencana bergelar

SCOUTS (Peninjau).

Page 2: Sejarah Penubuhan Pengakap Dunia

Pada tahun 1899, BP diberi kenaikan pangkat

sebagai Kolonel. Ketika menghadapi serangan dan

kepungan musuh di Bandar Mafeking pada tahun

1899, pasukan BP kekurangan anggota tentera dan

BP telah berhelah dengan menggunakan kanak-

kanak di Bandar tersebut untuk bertindak sebagai

utusannya bagi menyampaikan maklumat kepada

pasukan bantuan British. Strategi BP ini

memungkinkan pasukan tentera British berjaya

mengalahkan pihak musuh di Mafeking.

Keberanian, kepantasan dan kecekapan

kanak-kanak ini meninggalkan kesan

yang mendalam kepada BP lalu beliau

menulis buku yang bertajuk “Aids to

Scouting”.

Pada tahun 1907, ketika pulang ke England, BP

menganjurkan satu perkhemahan percubaan

dengan jayanya di Pulau Browsea untuk kanak-

kanak lelaki. Hasil daripada kejayaan tersebut,

pada tahun 1908, BP telah mengarang sebuah

buku berjudul “Scouting for Boys” yang

dijadikan asas dan panduan kepada

pergerakan pengakap sehingga ke hari ini.

Page 3: Sejarah Penubuhan Pengakap Dunia

Sejarah penubuhan

pengakap di Malaysia

Bendera

pergerakan pengakap

Lagu pergerakan pengakap