sejarah penubuhan bsmm-nota.doc

4
Sejarah penubuhan BSMM PBSM di peringkat dunia lebih dikenali sebagai PALANG MERAH. Di Malaysia, ia telah ditukar kepada BSMM sejak tahun 2007. -Ianya telah diasaskan oleh Jean Henry Dunant. Beliau dilahirkan pada 8 Mei 1828 di Geneva, Switzerland dan dikenali sebagai BAPA PALANG MERAH. -Idea menubuhkan Palang Merah dicetuskan oleh beliau ketika berada di kawasan pertempuran di Solferino, Itali pada Jun 1869. -Henry telah menubuhkan Jawatankuasa Antarabangsa bagi membantu mereka yang cedera yang dikenali sebagai Jawatankuasa Palang Merah. -Petugas-petugas bantuan dan alat perubatan mereka akan dilindungi di bawah satu lambang iaitu PALANG MERAH yang berlatarkan warna putih. -Pada tahun 1876, ketika berperang dengan Rusia, Turki telah menggunakan lambang Bulan Sabit Merah dan langkah tersebut telah diikuti oleh kebanyakan Negara Islam. Pada tahun 1901 Henry Dunant telah dianugerahi dengan Hadiah Keamanan ( Peace Prize) yang pertama. Tanggal 30 Oktober 1910 ,beliau telah meninggal dunia di Heidden, iaitu sebuah kawasan pergunungan. Apabila Malaysia terbentuk pada September 1963,PERSATUAN PALANG MERAH MALAYSIA telah diluluskan oleh Parlimen melalui Akta Persatuan Palang Merah Malaysia ( Perbadanan ) Akta 1965 ( Akta No.47 tahun 1965 ). Penubuhan BSMM di peringkat antarabangsa Pergerakan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah adalah sebuah gerakan kemanusian untuk menyelamatkan nyawa dan kesihatan manusia. Tiada kerajaan yang mengawal Palang Merah/Bulan Sabit Merah. Pertubuhan persendirian yang tugasannya ditetapkan oleh undang- undang antarabangsa. PERKARA PENTING TENTANG PENUBUHAN PBSM DI PERINGKAT ANTARABANGSA Setiap negara mempunyai Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah.

Upload: willson-lim

Post on 20-Oct-2015

1.061 views

Category:

Documents


63 download

DESCRIPTION

Sejarah penubuhan BSMM-nota.doc

TRANSCRIPT

Page 1: Sejarah penubuhan BSMM-nota.doc

Sejarah penubuhan BSMM

PBSM di peringkat dunia lebih dikenali sebagai PALANG MERAH. Di Malaysia, ia telah ditukar kepada BSMM sejak tahun 2007.

-Ianya telah diasaskan oleh Jean Henry Dunant. Beliau dilahirkan pada 8 Mei 1828 di Geneva, Switzerland dan dikenali sebagai BAPA PALANG MERAH.

-Idea menubuhkan Palang Merah dicetuskan oleh beliau ketika  berada di kawasan pertempuran di Solferino, Itali pada Jun 1869.

-Henry telah menubuhkan Jawatankuasa Antarabangsa bagi membantu mereka yang cedera yang dikenali sebagai Jawatankuasa Palang Merah.

-Petugas-petugas bantuan dan alat perubatan mereka akan dilindungi di bawah satu lambang iaitu PALANG MERAH yang berlatarkan warna putih. 

-Pada tahun 1876, ketika berperang dengan Rusia, Turki telah menggunakan lambang Bulan Sabit Merah dan langkah tersebut telah diikuti oleh kebanyakan Negara Islam.

Pada tahun 1901 Henry Dunant telah dianugerahi dengan Hadiah Keamanan ( Peace Prize) yang pertama. Tanggal 30 Oktober 1910 ,beliau telah meninggal dunia di Heidden, iaitu sebuah kawasan pergunungan.

Apabila Malaysia terbentuk pada September 1963,PERSATUAN PALANG MERAH MALAYSIA telah diluluskan oleh Parlimen melalui Akta Persatuan Palang Merah Malaysia ( Perbadanan ) Akta 1965 ( Akta No.47 tahun 1965 ).

Penubuhan BSMM di peringkat antarabangsa

• Pergerakan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah adalah sebuah gerakan kemanusian untuk menyelamatkan nyawa dan kesihatan manusia.

• Tiada kerajaan yang mengawal Palang Merah/Bulan Sabit Merah.

• Pertubuhan persendirian yang tugasannya ditetapkan oleh undang-undang antarabangsa.

PERKARA PENTING TENTANG PENUBUHAN PBSM DI PERINGKAT ANTARABANGSA

• Setiap negara mempunyai Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah.

• Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (International Committee of the Red Cross) ditubuhkan pada tahun 1863 di Geneva, Switzerland.

Page 2: Sejarah penubuhan BSMM-nota.doc

• Tugas jawatankuasa di bawah undang-undang antarabangsa ini adalah untuk melindungi nyawa dan kehormatan mangsa perang.

• Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (International Federation of Red Cross and Red Crescent Societies) diasaskan pada tahun 1919.

• Ia berfungsi untuk merapatkan hubungan antara Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah dalam menjalankan misi kemanusiaan dan kes-kes darurat yang besar.

• Sekretariat bagi persatuan ini juga terletak di Geneva, Switzerland.

Sejarah Penubuhan PBSM Di Malaysia

• Bulan Sabit Merah Di Malaysia giat berjasa untuk negara tidak kira kaum dan agama waktu aman atau bahaya.

• 1948 - Kolonial British menubuhkan cawangan bagi Persatuan Palang Merah British di Sabah dan Sarawak. Penubuhan cawangan pertama tersebut bagi negara ini telah dilakukan selepas kunjungan Kolonel Stevenson ke Sandakan, Sabah.

• 1950 - British membuka lebih banyak cawangan di Semenanjung Tanah Melayu pula bermula dengan Cawangan Pulau Pinang.

• 1952 - Pembukaan cawangan di negeri Perak, Selangor, Melaka, Johor, Terengganu dan Pahang.

• 1953 - Lebih banyak cawangan dibuka.

• 1957 - Semasa Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, cawangan-cawangan di Semenanjung telah dikelolakan sebagai Federation of Malaya Red Cross Society yang kemudiannya diperbadankan mengikut peruntukan Akta Federation of Malaya Red Cross Society (Incorporation) 1962.

• 4 Julai 1963 - Federation of Malaya Red Cross Society telah menerima pengiktirafan rasmi daripada International Committee of the Red Cross (ICRC) sebagai pertubuhan nasional yang bebas.

• 24 Ogos 1963 - Berikutan dengan itu, Federation of Malaya Red Cross Society telah diperakui sebagai ahli dalam International League of Red Cross and Red Crescent Societies.

• 1965 - Selepas pembentukan negara Malaysia pada tahun 1963, akta untuk menubuhkan Federation of Malaya Red Cross Society beserta dengan cawangan-cawangannya di Sabah dan Sarawak di bawah nama

• Persatuan Palang Merah Malaysia telah diluluskan oleh Parlimen melalui peruntukan Akta Malaysian Red Cross Society (Incorporation) 1965 (Akta 47).

• 21 Ogos 1975 - Akta Malaysian Red Cross Society (Change of Name) 1975 (Akta 162) yang telah diluluskan oleh Parlimen mendapat perkenan Yang DiPertuan Agong pada ketika itu.

Page 3: Sejarah penubuhan BSMM-nota.doc

• 4 September 1975 - Akta tersebut telah diwartakan dan secara rasminya Persatuan Palang Merah Malaysia bertukar namanya kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia(PBSMM)

• 25 Mac 2007 - Mesyuarat Majlis PBSMM kali ke-116 telah memutuskan penjenamaan semula bagi PBSMM yang melibatkan pertukaran nama kepada Bulan Sabit MerahMalaysia (BSMM)

• 27 Jun 2007 - Surat Pekeliling dikeluarkan dan diedarkan kepada semua cawangan bagi memaklumkan penukaran nama tersebut.

Tujuan BSMM Ditubuhkan

Tujuan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia adalah untuk menyediakan perkhidmatan, keselesaan dan membantu jika diperlukan, pertama di negara kita Malaysia dan kedua kepada negara-negara jiran.

Prinsip asas

1) Kemanusiaan

Ia bertujuan untuk mencegah dan meringankan penderitaan, untuk melindungi nyawa dan kesihatan dan memastikan rasa hormat terhadap manusia. Ia menggalakkan persefahaman, kerjasama dan keamanan di kalangan rakyat.

2) Kesaksamaan

Tiada perbezaan bangsa, kewarganegaraan, agama, kelas atau pendapat politik.

3) Berkecuali

Tidak menyebelahi mana-mana pihak di dalam peperangan atau menimbulkan kontroversi yang bersifat politik, perkauman, agama atau ideologi.

4) Kemerdekaan

Walaupun tambahan kepada pihak berkuasa awam, ia mengekalkan autonomi lengkap dalam semua tindakan.

5) Perkhidmatan Sukarela

Ia adalah sebuah organisasi sukarela yang tidak didorong dalam apa-apa cara oleh keinginan untuk mendapat keuntungan.

6) Perpaduan

Hanya ada satu Persatuan Palang Merah / Bulan Sabit Merah di mana-mana negara. Ia adalah terbuka kepada semua dan memanjangkan tindakan di seluruh negara.

7) Kesejagatan

Palang Merah / Bulan Sabit Merah adalah sebuah institusi di seluruh dunia. Persatuan Kebangsaan mempunyai status yang sama dan tanggungjawab yang sama.