sejarah penentuan ramadhan dan syawal di malaysia · pdf filekembali sejarah dan pengalaman...

2
I Sejarah Penentuan Ramadhan dan Syawal Di Malaysia Setiap kali menjelang puasa dan hari raya, umat Islam di negara kita sering bersungut kerana tarikh penting tersebut sering tidak sama dengan negara-negara jiran dan negara-negara di seluruh dunia. Sehinggakan ada suara-suara sumbang yang mengatakan jika puasa anak bulan tidak nampak tetapi bila hari raya anak bulan akan kelihatan. Rencana ini cuba untuk menjelaskan kedudukan sebenar perkara ini dengan menyorot kembali sejarah dan pengalaman yang dilalui oleh umat Islam di Malaysia ketika menentukan tarikh puasa dan hari raya dan sekaligus cuba menjawab dilema ketidak seragaman dalam menyambut kedatangan bulan yang dinantikan oleh seluruh ummat Islam. Fakta menunjukkan amalan merukyah atau melihat anak bulan bermula sejak dari tahun 1933 di negeri Johor yang di ketuai oleh Datuk Al Syed Salaim bin Syed Hassan Al-Attas. Kemudian pada tahun 1934 Al Syed Alwi bin Tahir Al-Hadad telah mengetuai rombongan merukyah anak bulan dari atas menara Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru yang kebetulan terletak di tepi pantai. Walau bagaimanapun tiada bukti yang menunjukkan keupayaan tempat tersebut untuk merukyah anak bulan. Sebelum adanya kerjasama dengan Jabatan Ukur, amalan merukyah anak bulan Ramadhan dan Syawal hanya dilakukan dengan mata kasar sahaja. Sebab itulah tempat-tempat merukyah yang dipilih di sekitar dataran tinggi dan tepi pantai di mana ketika matahari terbenam dapat dilihat dari tempat tersebut. Ketika itu penentuan puasa dan hari raya semata-mata bergantung kepada merukyah anak bulan. Jika anak bulan kelihatan maka esoknya di kira sebagai bulan baru dan jika anak bulan tidak kelihatan walaupun atas faktor cuaca, esoknya digenapkan 30 hari pada bulan tersebut. Apabila Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam ditubuhkan, bermula tahun 1972 penentuan kedua-dua tarikh ini dilakukan secara rukyah dan hisab. Kaedah ini menyatakan sekiranya anak bulan tidak kelihatan ketika merukyah, tetapi mengikut hisab falak (kiraan untuk menentukan kedudukan anak bulan) anak bulan itu wujud dan umurnya mencapai 8 jam ketika matahari terbenam, maka hisab falak digunakan. Amalan penetapan puasa dan hari raya ini berjalan dengan sempurna sehinggalah pada tahun 1977, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam tiba-tiba telah menerima rumusan Seminar Pentadbiran Undang-undang Jenayah dan Keluarga Islam yang diadakan di Kedah. Rumusan seminar tersebut menyatakan tarikh puasa dan hari raya hanya ditentukan dengan cara rukyah sahaja. Maknanya ketika merukyah anak bulan pada petang 29 Syaaban atau Ramadhan jika mendapati anak bulan tidak kelihatan, keesokan harinya dicukupkan menjadi 30 Syaaban atau Ramadhan. Penetapan ini tidak mengambil kira hisab tetapi ianya hanya berfungsi sekadar membantu dalam kerja-kerja merukyah sahaja. Kesan dari penetapan ini timbul semula perbincangan hangat berhubung dengan kaedah yang diamalkan. Ini jelas memperlihatkan negara kita sering sahaja terlewat memulakan puasa dan hari raya berbanding dengan negara-negara lain. Apa yang berlaku negara kita sentiasa mencukupkan puasa sebanyak 30 hari kerana anak bulan tidak kelihatan disebabkan faktor cuaca, wal hal seperti yang sedia maklum bulan- bulan Islam itu sentiasa berselang seli antara 29 atau 30 hari. Bahkan di zaman Rasulullah s.a.w, dalam jangka masa 10 tahun hanya sekali sahaja baginda berpuasa selama 30 hari. Kemuncak kepada kontroversi ini berlaku semasa penentuan Ramadhan dan Syawal 1401H (1981M). Kerajaan telah memutuskan penentuan tarikh ini secara rukyah semata-mata. Mengikut hisab, ijtimak bulan Ramadhan 1401H berlaku pada 3.00 pagi pada 2 Julai 1981. Pada petang hari tersebut matahari terbenam pada pukul 6.54 petang manakala bulan pula terbenam pada pukul 7.30 petang. Ini bermakna peluang merukyah anak bulan mengambil masa 36 minit setelah matahari terbenam. Akan tetapi rombongan merukyah anak bulan pada petang tersebut gagal melihat anak bulan kerana faktor cuaca yang dialami di negara kita. Justeru Penyimpan Mohor Besar Raja-raja mengisytiharkan permulaan puasa jatuh pada 4 Julai 1981. 3 Julai 1981 bulan Syaaban disempurnakan menjadi 30 hari. Hal ini tidak disedari oleh sebahagian besar umat Islam, tetapi bagi ahli-ahli falak menyedari akan timbul masalah semasa menentukan hari raya kelak. Ketika menentukan hari raya, ijtimak bulan Syawal 1401 telah berlaku pada 31 Julai 1981. Mengikut hisab pada petang hari tersebut matahari terbenam pada pukul 6.56 petang dan bulan pula akan terbenam pada pukul 7.09 petang. Maknanya anak bulan akan berada di atas ufuk ketika matahari terbenam selama 13 minit. Mengikut hisab anak bulan boleh dirukyah pada petang tersebut. Tetapi pada tarikh tersebut (31 Julai), umat Islam di Malaysia baru mencukupkan puasa selama 28 hari sedangkan menurut rukyah anak bulan hanya akan dirukyah pada 29 haribulan hijrah. Oleh itu pada 31 Julai 1981 anak bulan tidak dirukyah sedangkan negara-negara jiran Singapura, Indonesia dan Thailand telah mengisytiharkan hari raya pada 1 Ogos 1981. Sedangkan Malaysia pada tarikh tersebut (1 Ogos) baru hendak merukyah anak bulan www.dakwahpdf.blogspot.com

Upload: nguyentram

Post on 10-Feb-2018

236 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sejarah Penentuan Ramadhan dan Syawal Di Malaysia · PDF filekembali sejarah dan pengalaman yang dilalui oleh umat ... Johor Bahru yang kebetulan ... Kerajaan telah memutuskan penentuan

I

Sejarah Penentuan Ramadhan dan Syawal Di Malaysia

Setiap kali menjelang puasa dan hari raya, umat Islam di

negara kita sering bersungut kerana tarikh penting

tersebut sering tidak sama dengan negara-negara jiran

dan negara-negara di seluruh dunia. Sehinggakan ada

suara-suara sumbang yang mengatakan jika puasa anak

bulan tidak nampak tetapi bila hari raya anak bulan akan

kelihatan. Rencana ini cuba untuk menjelaskan

kedudukan sebenar perkara ini dengan menyorot

kembali sejarah dan pengalaman yang dilalui oleh umat

Islam di Malaysia ketika menentukan tarikh puasa dan

hari raya dan sekaligus cuba menjawab dilema ketidak seragaman dalam menyambut

kedatangan bulan yang dinantikan oleh seluruh ummat Islam.

Fakta menunjukkan amalan merukyah atau melihat anak bulan bermula sejak dari

tahun 1933 di negeri Johor yang di ketuai oleh Datuk Al Syed Salaim bin Syed Hassan

Al-Attas. Kemudian pada tahun 1934 Al Syed Alwi bin Tahir Al-Hadad telah mengetuai

rombongan merukyah anak bulan dari atas menara Masjid Sultan Abu Bakar, Johor

Bahru yang kebetulan terletak di tepi pantai. Walau bagaimanapun tiada bukti yang

menunjukkan keupayaan tempat tersebut untuk merukyah anak bulan.

Sebelum adanya kerjasama dengan Jabatan Ukur, amalan merukyah anak bulan

Ramadhan dan Syawal hanya dilakukan dengan mata kasar sahaja. Sebab itulah

tempat-tempat merukyah yang dipilih di sekitar dataran tinggi dan tepi pantai di mana

ketika matahari terbenam dapat dilihat dari tempat tersebut. Ketika itu penentuan

puasa dan hari raya semata-mata bergantung kepada merukyah anak bulan. Jika anak

bulan kelihatan maka esoknya di kira sebagai bulan baru dan jika anak bulan tidak

kelihatan walaupun atas faktor cuaca, esoknya digenapkan 30 hari pada bulan

tersebut.

Apabila Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam ditubuhkan, bermula tahun 1972

penentuan kedua-dua tarikh ini dilakukan secara rukyah dan hisab. Kaedah ini

menyatakan sekiranya anak bulan tidak kelihatan ketika merukyah, tetapi mengikut

hisab falak (kiraan untuk menentukan kedudukan anak bulan) anak bulan itu wujud

dan umurnya mencapai 8 jam ketika matahari terbenam, maka hisab falak digunakan.

Amalan penetapan puasa dan hari raya ini berjalan dengan sempurna sehinggalah

pada tahun 1977, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam tiba-tiba telah menerima

rumusan Seminar Pentadbiran Undang-undang Jenayah dan Keluarga Islam yang

diadakan di Kedah. Rumusan seminar tersebut menyatakan tarikh puasa dan hari raya

hanya ditentukan dengan cara rukyah sahaja. Maknanya ketika merukyah anak bulan

pada petang 29 Syaaban atau Ramadhan jika mendapati anak bulan tidak kelihatan,

keesokan harinya dicukupkan menjadi 30 Syaaban atau Ramadhan. Penetapan ini

tidak mengambil kira hisab tetapi ianya hanya berfungsi sekadar membantu dalam

kerja-kerja merukyah sahaja.

Kesan dari penetapan ini timbul semula perbincangan hangat berhubung dengan

kaedah yang diamalkan. Ini jelas memperlihatkan negara kita sering sahaja terlewat

memulakan puasa dan hari raya berbanding dengan negara-negara lain. Apa yang

berlaku negara kita sentiasa mencukupkan puasa sebanyak 30 hari kerana anak bulan

tidak kelihatan disebabkan faktor cuaca, wal hal seperti yang sedia maklum bulan-

bulan Islam itu sentiasa berselang seli antara 29 atau 30 hari. Bahkan di zaman

Rasulullah s.a.w, dalam jangka masa 10 tahun hanya sekali sahaja baginda berpuasa

selama 30 hari.

Kemuncak kepada kontroversi ini berlaku semasa penentuan Ramadhan dan Syawal

1401H (1981M). Kerajaan telah memutuskan penentuan tarikh ini secara rukyah

semata-mata. Mengikut hisab, ijtimak bulan Ramadhan 1401H berlaku pada 3.00 pagi

pada 2 Julai 1981. Pada petang hari tersebut matahari terbenam pada pukul 6.54

petang manakala bulan pula terbenam pada pukul 7.30 petang. Ini bermakna peluang

merukyah anak bulan mengambil masa 36 minit setelah matahari terbenam. Akan

tetapi rombongan merukyah anak bulan pada petang tersebut gagal melihat anak

bulan kerana faktor cuaca yang dialami di negara kita. Justeru Penyimpan Mohor

Besar Raja-raja mengisytiharkan permulaan puasa jatuh pada 4 Julai 1981. 3 Julai

1981 bulan Syaaban disempurnakan menjadi 30 hari. Hal ini tidak disedari oleh

sebahagian besar umat Islam, tetapi bagi ahli-ahli falak menyedari akan timbul

masalah semasa menentukan hari raya kelak.

Ketika menentukan hari raya, ijtimak bulan Syawal 1401 telah berlaku pada 31 Julai

1981. Mengikut hisab pada petang hari tersebut matahari terbenam pada pukul 6.56

petang dan bulan pula akan terbenam pada pukul 7.09 petang. Maknanya anak bulan

akan berada di atas ufuk ketika matahari terbenam selama 13 minit. Mengikut hisab

anak bulan boleh dirukyah pada petang tersebut. Tetapi pada tarikh tersebut (31 Julai),

umat Islam di Malaysia baru mencukupkan puasa selama 28 hari sedangkan menurut

rukyah anak bulan hanya akan dirukyah pada 29 haribulan hijrah. Oleh itu pada 31

Julai 1981 anak bulan tidak dirukyah sedangkan negara-negara jiran Singapura,

Indonesia dan Thailand telah mengisytiharkan hari raya pada 1 Ogos 1981.

Sedangkan Malaysia pada tarikh tersebut (1 Ogos) baru hendak merukyah anak bulan

www.dakwahpdf.blogspot.com

Page 2: Sejarah Penentuan Ramadhan dan Syawal Di Malaysia · PDF filekembali sejarah dan pengalaman yang dilalui oleh umat ... Johor Bahru yang kebetulan ... Kerajaan telah memutuskan penentuan

Syawal dan hasilnya anak bulan (sebenarnya bulan sabit yang telah berumur dua hari)

telah kelihatan dengan jelas di Teluk Kemang, Negeri Sembilan dan Kampung Pulau

Sayak, Kuala Muda Kedah. Ini bermakna Malaysia telah terlewat sehari berhari raya

dengan negara-negara jirannya.

Menjelang tahun 1984, negara kita sekali lagi telah melakukan perubahan

penetapan tarikh puasa dan hari raya dengan menggabungkan kedua-dua

kaedah rukyah dan hisab. Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam telah menetapkan

penentuan awal Ramadhan dan Syawal berdasarkan kriteria kebolehnampakan

(imkanur rukyah) seperti yang ditetapkan dalam Persidangan Hilal Negara-

negara Islam Sedunia di Istanbul, Turki (1978). Rumusan itu menyatakan, pada

hari rukyah anak bulan dikira nampak jika ketika matahari terbenam;

a. Tinggi anak bulan tidak kurang dari 5 darjah dari ufuk barat

b. Jarak lengkung anak bulan ke matahari tidak kurang dari 8 darjah.

c. Umur anak bulan tidak kurang dari 8 jam selepas ijtimak berlaku.

Ini bermakna jika anak bulan sudah lahir tetapi tidak kelihatan ketika merukyah dan

kedudukan anak bulan mengikut hisab berada di luar lingkungan tiga syarat di atas,

anak bulan di kira tidak nampak dan esoknya disempurnakan 30 Syaaban atau 30

Ramadhan. Akan tetapi jika anak bulan sudah lahir tetapi tidak kelihatan ketika

merukyah dan kedudukan anak bulan mengikut hisab berada di dalam lingkungan tiga

syarat di atas, anak bulan di kira nampak. Dengan itu esoknya dikira sudah bermula

bulan baru samada 1 Ramadhan atau 1 Syawal.

Walaupun kaedah penentuan puasa dan hari raya ini sudah diterima dengan baik oleh

masyarakat Islam di negara kita tetapi masih lagi berlaku ketidak seragaman tarikh

tersebut berbanding dengan negara-negara jiran di persekitaran Asia Tenggara. Ini

berpunca dari ketidak selarasan kaedah penetapan Ramadhan dan Syawal.

Contohnya Brunai masih lagi mengamalkan kaedah rukyah sahaja manakala

Singapura pula menggunakan kaedah hisab sahaja. Cuma Malaysia dan Indonesia

sahaja yang menggunakan gabungan kaedah rukyah dan hisab tetapi mungkin juga

wujud perbezaan dari segi penggunaan kriteria imkanur rukyah. Sebab itulah ketika

menyambut puasa dan hari raya sering tidak selaras dengan negara-negara jiran

walaupun kedudukan kita serumpun dan bersebelahan.

Menyedari hakikat perbezaan ini, langkah awal untuk mewujudkan keseragaman tarikh

penting ini dilakukan oleh negara kita bersama-sama dengan Indonesia, Brunai dan

Singapura kesan langsung dari pertemuan tidak rasmi Menteri-menteri Agama Brunei

Darussalam, Indonesia, Malaysia dan Singapura (MABIMS). Perbincangan yang

berterusan di antara anggota-anggota MABIMS dengan mengambil kira keperluan dan

pengalaman semasa dan persetujuan semua pihak menghasilkan suatu keputusan

baru yang lebih bersesuaian. Hasilnya MABIMS telah bersetuju menetapkan puasa

dan hari raya dengan gabungan kaedah rukyah dan hisab. Tetapi kriteria imkanur-

rukyah yang digunakan di resolusi Persidangan Negara-negara Islam di Istanbul pada

1978 telah diubahsuai dengan menetapkan anak bulan di kira nampak dan boleh di

lihat jika mengikut hisab anak bulan berada di kedudukan berikut pada hari rukyah:

a. Anak bulan berada pada ketinggian tidak kurang dari 2 darjah di ufuk barat

ketika matahari terbenam, dan

b. Jarak lengkung anak bulan ke matahari ketika matahari terbenam tidak kurang

dari 3 darjah, atau

c. Umur anak bulan ketika bulan terbenam pada hari rukyah tidak kurang dari 8

jam selepas ijtimak berlaku.

Kesan dari penyeragaman ini, sejak dari tahun 1992 hingga sekarang ummat Islam di

negara kita menjalani ibadah puasa dan berhari raya serentak dengan Indonesia,

Singapura dan Brunei. ( Ambilan http://al-ahkam.net )

Pertanyaan tentang hutang dan fidyah Puasa Ramadan

1) Saya ada berhutang dengan seseorang dan belum membayar balik kepada orang yang saya berhutang, masalah sekarang saya tidak dapat mencari orang berkenaan kerana telah terputus hubungan dan saya tidak tahu dimana beliau tinggal sekarang. Apa yang perlu saya lakukan sekarang dan bagaimana saya hendak menjelaskan hutang tersebut.

2) Umur saya 35 tahun, pada masa muda saya mungkin kurang pengetahuan tentang bab-bab agama Islam, saya tinggal puasadan tidak menggantinya. Sekarang saya telah insaf dan cuba untuk menggantinya.Saya mengambil kira puasa yang saya tinggal dari umur akil baligh iaitu dari umur 15 tahun sehingga umur saya 35 tahun. Saya andaikan saya tak puasa selama sebulan. Minta pihak tuan dapat menolong saya tentang perkiraan fidyah dan ganti puasa yang perlu saya bayar/ gantikan bagi tempoh berkenaan. (15 tahun sehingga 35 tahyun= 20 tahun)

Jawapan :

1. Setiap yang berhutang wajib untuk membayar dengan apa jua cara sekalipun. Walaubagaimanapun jika bayaran hutang tersebut tidak dapat dibayar oleh kerana terputus perhubungan tanpa sebarang berita, saudara boleh cuba menghubungi saudara maranya atau mengiklankan dalam akhbar tempatan atau membuat hebahan dalam tempoh yang telah ditentukan untuk mendapatkan maklumat. Jika sekiranya masih juga tidak diperolehi saudara boleh membuat sedekah di masjid dengan menggunakan wang tersebut dengan niat pahala sedekah tersebut untuk si pemberi pinjam. Semoga niat saudara untuk melaksanakan kewajipan tersebut tertunai.

2. a) Puasa itu tidak perlu digandakan hanya fidyahnya sahaja yang digandakan (ulang tahun)

b) Fidyah yang perlu dibayar ialah 1 cupak (670 gram) sehari

c) Fidyah tersebut perlu terus dibayar kepada fakir miskin .