penentuan pendapatan negara

26
PENENTUAN PENDAPATAN NEGARA Ekonomi dalam Pengurusan Awam PLK 2010 1

Upload: mislizatik

Post on 02-Jul-2015

191 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

Page 1: Penentuan Pendapatan Negara

PENENTUAN PENDAPATAN NEGARA

Ekonomi dalam Pengurusan Awam

PLK 2010 1

Page 2: Penentuan Pendapatan Negara

Pengenalan

Ekonomi dalam Pengurusan Awam

2

Pengukuran pendapatan negara sangat penting bagi membolehkan setiap negara dapat membuat analisis dan pengukuran perkembangan serta pertumbuhan prestasi pencapaian ekonomi negara.

Sistem pengiraan pendapatan negara dikenali sebagai sistem perakaunan pendapatan dan produk negara (National Income & Product Accounts -NIPA).

Page 3: Penentuan Pendapatan Negara

Pengenalan

Ekonomi dalam Pengurusan Awam

3

NIPA dapat membantu setiap negara untuk mengumpul data-data: Nilai barangan dan perkhidmatan yang

dikeluarkan dalam sesebuah negara. Nilai perbelanjaan ke atas keluaran

negara yang diciptakan. Jumlah pendapatan yang diterima oleh

faktor pengeluaran yang digunakan untuk menghasilkan keluaran negara.

Page 4: Penentuan Pendapatan Negara

Kepentingan Pengukuran PN

Ekonomi dalam Pengurusan Awam

4

Mengukur prestasi ekonomi Mengesan masalah ekonomi Memperbaiki masalah ekonomi Mengukur taraf hidup rakyat Membandingkan taraf hidup

antara negara

Page 5: Penentuan Pendapatan Negara

Konsep Barangan

Barang perantaraan adalah barang yang digunakan dalam sesuatu proses pengeluaran bagi menghasilkan satu barang yang lain, dan selepas digunakan barang ini akan habis dan menjadi satu barang yang baru.

Barang pengguna atau barang akhir merupakan barang yang dihasilkan oleh sebuah firma untuk digunakan oleh pengguna secara langsung.

Ekonomi dalam Pengurusan Awam

5

Page 6: Penentuan Pendapatan Negara

Konsep Pendapatan Negara

Ekonomi dalam Pengurusan Awam

6

Pendapatan negara/keluaran negara ialah jumlah nilai semua barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh sesebuah ekonomi dalam tempoh tertentu, biasanya setahun.

Page 7: Penentuan Pendapatan Negara

Konsep Pendapatan Negara

Ekonomi dalam Pengurusan Awam

7

Pendapatan negara diukur oleh: Keluaran Negara Kasar (KNK) Keluaran Dalam Negara Bersih

(KDNK)

Page 8: Penentuan Pendapatan Negara

Keluaran Negara Kasar

Ekonomi dalam Pengurusan Awam

8

KNK pada harga pasaran (KNKhp) adalah nilai pasaran barang akhir & per-khidmatan yang hasilkan oleh semua faktor pengeluran yang dimiliki oleh penduduk sesebuah negara sama ada berada dalam/luar negara dalam setahun.

KNKkf diperolehi dgn rumus:

KNKkf = KNKhp – Cukai Tidak langsung +

Subsidi

Page 9: Penentuan Pendapatan Negara

Keluaran Negara Bersih

Keluaran Negara Bersih pada harga pasaran (KNBhp) ditakrifkan sebagai jumlah nilai pasaran semua barang dan perkhidmatan akhir yang dikeluarkan oleh semua faktor pengeluaran sesebuah negara dalam setahun setelah ditolak susut nilai.KNBhp = KNKhp – Susut Nilai

Ekonomi dalam Pengurusan Awam

9

Page 10: Penentuan Pendapatan Negara

Keluaran Negara Bersih

KNBkf ialah jumlah pendapatan yang diperolehi oleh faktor pengeluaran sesebuah negara dalam setahun hasil daripada perkhidmatan di dalam dan luar negeri.

KNBkf juga dikenali sebagai pendapatan negara.

KNBkf diperolehi dgn rumus:

KNBkf = KNBhp – Cukai Tidak langsung +

SubsidiEkonomi dalam Pengurusan Awam

10

Page 11: Penentuan Pendapatan Negara

Keluaran Dalam Negara Kasar

Ekonomi dalam Pengurusan Awam

11

Nilai semua barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh semua faktor pengeluaran yang dimiliki oleh warga negara & bukan warga negara yang berada dalam sesebuah negara bagi tempoh setahun.

Ini dikenali sebagai Keluaran Dalam Negara Kasar pada harga pasaran (KDNKhp)

Page 12: Penentuan Pendapatan Negara

Keluaran Dalam Negara Kasar KDNKkf adalah jumlah pendapatan yang

diperolehi oleh faktor-faktor pengeluaran seperti tanah, buruh, modal dan usahawan atas sumbangan khidmat mereka kepada sesebuah ekonomi dalam setahun.

Rumus:

KDNKkf = KDNKhp – Cukai Tidak langsung +

SubsidiEkonomi dalam Pengurusan Awam

12

Page 13: Penentuan Pendapatan Negara

Hubungan KNK dgn KDNK

Ekonomi dalam Pengurusan Awam

13

Ditunjukkan oleh persamaan berikut:KDNKhp = KNKhp - FBL

FBL ialah pendapatan faktor bersih luar negera yang diperolehi dengan mencampurkan pendapatan faktor-faktor pengeluaran yang diterima dari luar negeri dan selepas itu ditolak dengan pendapatan faktor-faktor pengeluaran yang dibayar ke luar negeri.

Page 14: Penentuan Pendapatan Negara

Kaedah Pengiraan PN

Ekonomi dalam Pengurusan Awam

14

Tiga kaedah utama: Kaedah Pendapatan Kaedah Perbelanjaan Kaedah Keluaran

Malaysia menggunakan pendekatan 2 & 3 untuk menghitung PN.

Page 15: Penentuan Pendapatan Negara

Kaedah Pendapatan

Ekonomi dalam Pengurusan Awam

15

Pengiraan PN perlu menjumlahkan semua jenis pendapatan yang diperolehi daripada faktor-faktor pengeluaran produktif dan tidak produktif di sesebuah negara dalam tempoh setahun.

Butiran pendapatan pendapatan bagi faktor produktif ialah gaji & upah (buruh), sewa (tanah), bunga (modal) dan untung syarikat (usahawan).

Page 16: Penentuan Pendapatan Negara

Kaedah Pendapatan

Ekonomi dalam Pengurusan Awam

16

Butiran pendapatan bagi faktor tidak produktif ialah: Bayaran pindahan Bunga atas pinjaman kerajaan Bunga atas pinjaman pengguna Caruman kepada EPF. Untung syarikat yang tidak

diagihkan Cukai keuntungan syarikat.

Page 17: Penentuan Pendapatan Negara

Kaedah Pendapatan

Ekonomi dalam Pengurusan Awam

17Jenis Pendapatan RM RM

Gaji & Upah 10,000

Sewa 2,000

Bunga Bersih 2,500

Bunga Kasar 7,500

(-) Bunga atas pinjaman kerajaan 2,000

(-) Bunga atas pinjaman pengguna 3,000

Untung Syarikat 3,500

(+) Dividen 1,000

(+) Untung tidak diagihkan 1,000

(+) Cukai keuntungan syarikat 1,500

Pendapatan perusahaan persendirian 1,000

Pendapatan negara (KNB pada harga faktor)

19,000

Page 18: Penentuan Pendapatan Negara

Kaedah Pendapatan

Ekonomi dalam Pengurusan Awam

18

Jenis Pendapatan RM RM

Pendapatan negara (KNB pada harga faktor)

19,000

(+) Bayaran pindahan 1,000

(+) Bunga atas pinjaman kerajaan 2,000

(+) Bunga atas pinjaman pengguna 3,000

(-) Caruman EPF 1,000

(-) Untung syarikat tidak diagihkan 1,000

(-) Cukai keuntungan syarikat 1,500

Pendapatan persendirian 21,500

Page 19: Penentuan Pendapatan Negara

Kaedah Perbelanjaan

Ekonomi dalam Pengurusan Awam

19

PN dihitung dengan menjumlahkan semua perbelanjaan atas barang akhir dan perkhidmatan yang dilakukan oleh sektor isi rumah, firma, kerjaan dan luar negara bagi suatu tempoh tertentu.

Bentuk perbelanjaan ditunjukkan dalam jadual berikut.

Page 20: Penentuan Pendapatan Negara

Kaedah Perbelanjaan

Ekonomi dalam Pengurusan Awam

20

Sektor Bentuk Perbelanjaan

Isi rumah Perbelanjaan penggunaan atas barang akhir dan perkhidmatan ( C )

Firma Perbelanjaan pelaburan ( I )•Pembentukan modal tetap•Perubahan stok (inventori)

Kerajaan Perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan ( G )

Luar negara

Melibatkan dua bentuk iaitu:•Eksport ( X )•Import ( M )

Page 21: Penentuan Pendapatan Negara

Kaedah Perbelanjaan

Ekonomi dalam Pengurusan Awam

21

Butiran RM Juta RM Juta

Perbelanjaan penggunaan Awam ( G )Swasta ( C )

3,5001,500

5,000

Pembentukan modal tetap kasar ( I )AwamSwasta

1,9002,100

4,000

Perubahan stok ( I )Stok akhir(-) Stok awal

1,000200

Ekspot bersih ( X – M )Eksport barang & perkhidmatan ( X )(-) Import barang & perkhidmatan ( M )

6,0002,000

4,000

KDNK pada harga pasaran 13,800

Page 22: Penentuan Pendapatan Negara

Kaedah Perbelanjaan

Ekonomi dalam Pengurusan Awam

22

Butiran RM Juta RM Juta

KDNK pada harga pasaran 13,800

Pendapatan faktor bersih dari luar negara:Pendapatan faktor dari luar negara(-) Pendapatan faktor ke luar negara

4,0006,300

-2,300

KNK pada harga pasaran 11,500

(-) Cukai tidak langsung 500

(+) Subsidi 4,000

KNK pada kos faktor 15,000

(-) Susut nilai 2,000

Pendapatan negara (KNB pada kos faktor)

13,000

Page 23: Penentuan Pendapatan Negara

Kaedah Keluaran

Ekonomi dalam Pengurusan Awam

23

PN dihitung dengan mengambil kira semua nilai tambah yang dihasilkan pada setiap peringkat pengeluaran dalam tempoh tertentu.

Nilai tambah ialah pertambahan nilai pasaran barang pada pelbagai peringkat proses pengeluaran sehinggalah barang akhir dihasilkan

Nilai tambah ialah perbezaan antara nilai jualan barang dengan nilai belian input firma.

Page 24: Penentuan Pendapatan Negara

Kaedah Keluaran

Ekonomi dalam Pengurusan Awam

24

Aktiviti Nilai Jualan/Nilai Keluaran (RM)

Nilai Belian/Kos Input (RM)

Nilai Tambah (RM)

Menanam kapas (barang perantaraan)

150 - 150

Menghasilkan kain (barang perantaraan)

225 150 75

Menghasilkan baju (barang akhir)

350 225 125

Jumlah 350

Page 25: Penentuan Pendapatan Negara

Kaedah Keluaran

Ekonomi dalam Pengurusan Awam

25

Butiran RM Juta

Pertanian, perhutanan & perikanan 3,000

Perlombongan & kuari 2,000

Pembuatan 8,000

Pembinaan 2,000

Elektrik, gas & air 900

Pengangkutan, penyimpanan & perhubungan 800

Perdagangan borong & runcit, hotel & restoran 700

Kewangan, insurans, hartanah & perkhidmatan perniagaan

600

Perkhidmatan kerajaan 500

Page 26: Penentuan Pendapatan Negara

Kaedah Keluaran

Ekonomi dalam Pengurusan Awam

26

Butiran RM Juta

Perkhidmatan lain 400

18,900

(-) Bayaran perkhidmatan bank 1,000

(+) Cukai import 1,500

KDNK pada harga pasaran (KDNKhp) 19,400