sejarah olahraga - docshare01.docshare.tipsdocshare01.docshare.tips/files/13843/138432451.pdf ·...
TRANSCRIPT
-
1. PENGENALAN
Olahraga trek dan padang biasanya dikenali sebagai olahraga atau trek dan padang adalah
satu koleksi acara sukan yang melibatkan larian, balingan dan lompatan. Nama "olahraga"
berasal daripada perkataan Greek "athlos",bermaksud "bertanding".
2. SEJARAH OLAHRAGA ANTARABANGSA
Olahraga merupakan acara sukan asli pertama yang diadakan dalam Sukan Olimpik pada
tahun 776 SM. Ketika itu, olahraga hanya meliputi acara "lumba trek stadium" atau stade.
Semasa era klasik Eropah, terdapat beberapa pertandingan sukan yang telah diklasifikasikan
dalam sukan olahraga seperti berikut:
i. Sukan Panhellenic:
Sukan Pythian (diasaskan pada 527 SM) di Delphi yang diadakan setiap 4 tahun.
Sukan Nemean (diasaskan pada 516 SM) di Argolid yang diadakan setiap 2 tahun.
Sukan Isthmian (diasaskan pada 523 SM) di Corinth Isthmus setiap 2 tahun.
ii. Sukan Rom - Acara olahraga khusus kepada lumba kaki, melontar, lumba kuda,
bergusti dan pertempuran gladiator.
Bangsa Celt, Teuton dan Goths yang berjaya menerajui empayar Rom juga meminati
sukan olahraga. Namun begitu, ini kerap dikaitkan dengan latihan pertempuran dan tidak
dikelolakan dengan baik.
Pada pertengahan abad ke-19, satu organisasi formal pertandingan Olahraga ditubuhkan.
Ini termasuk kerjasama antara pertubuhan sukan dan sekolah. Kolej Tentera Diraja Sandhurst
membuat pertikaian bahawa mereka merupakan kolej pertama yang menubuhkan organisasi
olahraga pada 1812 dan 1825 tanpa sebarang bukti. Namun begitu, mesyuarat pertama
organisasi olahraga yang dicatat diadakan di Shrewsbury, Shropshire pada tahun 1840 oleh
SEJARAH OLAHRAGA
-
Sekolah Diraja Shrewbury Hunt. Sehingga kini, tiada sebarang bukti yang kukuh yang dapat
menyatakan tentang penubuhan organisasi formal olahraga.
Olahraga mula disertakan dalam pertandingan Olimpik pertama pada tahun 1896 dan
masih diteruskan sehingga kini. Wanita hanya dibenarkan untuk menyertai acara trek dan
padang pada tahun 1928. Sejak itu, beberapa pertubuhan atau organisasi olahraga telah
ditubuhkan dengan giat di Amerika Syarikat. Ini termasuk International Association of Athletics
Federations, Amateur Athletic Union dan USA Track& Field.
3. SEJARAH OLAHRAGA DI MALAYSIA
Organisasi olahraga terulung dicatat di Malaysia adalah Persatuan Olahraga Ipoh, pada
tahun 1906. Kejohanan olahraga pada masa itu dinamakan Ipoh Athletic Sports.
Pemenang kejohanan ini dianggap sebagai Johan Malaya.
Pada tahun 1914 hingga 1919 aktiviti olahraga dihentikan kerana Perang Dunia
Pertama. Pada tahun 1920, mesyuarat olahraga diadakan di Kuala Lumpur untuk
mengadakan pertandingan olahraga di antara negeri buat kali yang pertama.
Kejohanan olahraga antara negeri ini dikelolakan oleh Amateur Athletic of British Malaya.
Pada tahun 1913, nama diubah kepada Amateur Athletic Association of Malaya. Nama
kejohanan ditukar kepada Championships of Malaya.
Pada tahun 1940 hingga 1948, aktiviti olahraga dihentikan sekali lagi kerana Perang
Dunia Kedua. Pada tahun 1952, nama persatuan ditukar pula kepada Federation of Malaya
Amateur Athletic Union (FMAAU). Digabungkan bersama dengan Majlis Olimpik Malaya.
Pada tahun 1960 kejohanan kebangsaan pertama yang menggunakan peraturan-
peraturan baru telah diadakan di Seremban. Rekod-rekod kebangsaan telah diiktiraf.
Pada tahun 1960 hingga 1962 kejohanan turut disertai oleh peserta-peserta dari luar
negara.
Dengan penubuhan Malaysia, FMAAU ditukar kepada MAAU (Malaysia Amateur
Athletics Union). Presiden MAAU yg pertama ialah Datuk Mohamed Ghazali bin Shafie.
-
Pada tahun 1964 kejohanan pertama di bawah MAAU telah diadakan. Semua negeri di
Malaysia mengambil bahagian.
1. Diagram/gambarajah acara balapan (lari pecut 100m, 200m, 400m)
2. Diagram/gambarajah acara olahraga padang
DIAGRAM PADANG
-
PERALATAN OLAHRAGA
ACARA BALAPAN
1. Trek larian 400 m
2. Kasut Sukan
3. Baju Set nombor di hadapan dan belakang
4. Blok permulaan
5. Baton
6. Pagar
7. Wisel
8. Tali Riben Penamat
ACARA PADANG
1. Kasut Sukan
2. Baju Set nombor di hadapan dan belakang
3. Peluru
4. Lembing
5. Kayu Palang
6. Tilam
7. Papan Lonjak
8. Pengukur
-
Gambar : Peralatan acara balapan.