sejarah mula direkodkan secara bertulis lebih kurang pada tahun 3

Upload: mathialagan-velu

Post on 09-Jan-2016

234 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

seh

TRANSCRIPT

Sejarah mula direkodkan secara bertulis lebih kurang pada tahun 3,000 SM. Tarikh ini menandakan bermulanya tamadun manusia didunia. Mengikut ahli sejarah pembentukan tamadun manusia yang terawal bermula di lembah sungai. Empat tamadun terawal yang

wujud di lembah sungai ialah Tamadun Sumeria atau Mesopotamia (kira-kira tahun 3,500 SM) di Lembah Sungai Tigris-Eupharates,Tamadun Mesir (kira-kira tahun 3,100 SM) di Lembah Nil, Tamadun Indus (kira-kira tahun 3,500 SM) di Lembah Indus danTamadun Shang (kira-kira tahun 1,800 SM) di Lembah Sungai Hwang Ho.

Secara umumnya, tanah di lembah sungai adalah lebih subur. Setiap tahun sungai-sungai ini akan mengaliri daratan-daratan disekitarnya dan membentukan satu lapisan tanah yang kaya dengan galian. Misalnya, Lembah Tigris-Eupharates dan Lembah SungaiNil memiliki tanah lanar. Pembentukan tanah subur di Lembah Hwang Ho berbeza sedikit, tanah subur serta halus yang dipanggil"loess" yang dimendapkan oleh angin-angin yang kencang. Kawasan-kawasan sedemikian amat sesuai untuk bercucuk tanam. Selain itu, lembah sungai juga mempunyai bekalan sumber-sumber semula jadi yang kaya. pengangkutan yang mudah. Pedagangpedagangmenggunakannya untuk menghantar barang-barang ke kawasan-kawasan lain. Hal ini telah menggalakkan perdagangan danperkembangan tamadun di kawasan lembah.Akhirnya lembah-lembah yang dalam akibat hakisan sungai turut bertindak melindungi tamadun-tamadun awal ini daripada seranganseranganluar. Oleh itu, didapati kebanyakan tamadun awal wujud di lembah sungaiMemandangkan pelbagai kemudahan dan kebaikan telah dibekalkan di kawasan lembah sungai, memang tidak hairanlah kebanyakan

tamadun awal manusia bermula di situ. Tamadun-tamadun lain yang tidak wujud di lembah sungai seperti Tamadun Langkasuka Langkasuka dikatakan mempunyai kedudukan yang strategik iaitu terletak di Timur Laut Semenanjung Tanah Melayu berhampirandengan Pattani yang merupakan tengah-tengah laluan perdagangan antarabangsa. Ia telah menjadi tumpuan bagi pedagang-pedagang

sama ada dari China, India ataupun Alam Melayu.

Unit Bebas/Kerajaan

Langkasuka mengamalkan sistem pemerintahan beraja. Raja-rajanya beragama Hindu atau Buddha dan mempunyai hubungan yangrapat dengan Kerajaan India. Raja yang menjadi ketua kerajaan dan dibantu oleh golongan pembesar. Langkasuka tidak pernahdikuasai oleh orang lain. Pemerintah yang masyhur adalah seperti Mahawangsa dan Bhagadatta.

Ekonomi yang Kukuh

Langkasuka merupakan sebuah pusat perdagangan entreport. Ia menjalankan kegiatan perdagangannya menerusi jalan laut. Ia jugamenjadi pusat persinggahan yang utama bagi pedagang-pedagang dari Arab, China dan negeri-negeri Kepulauan Melayu.Kemasyhurannya dapat dilihat dalam catatan Sejarah China dimana ia dikenali sebagai Lang Ya-Hsiu. Bagi India, ia dikenali sebagai Langasoka, manakala bagi Arab ia dikenali sebagai Langashuka

KEDAH TUAKerajaan Kedah Tua muncul lebih awal daripada Kerajaan Melayu Melaka iaitu di antara abad ke-5 hingga abad ke-14 M. Bukti yang menunjukkan kewujudan Kedah Tua dapat dilihat apabila kuil, candi, patung dewa-dewi Hindu, barang tembikar serta peralatan yangdigunakan pada masa itu dijumpai di Lembah Bujang.

Ciri-ciri

Kedudukan Strategik

Kerajaan Kedah Tua terletak di Lembah Bujang. Kawasan ini merupakan tempat yang strategik di mana ia merupakan pintu keluardari atau masuk ke Selat Melaka yang merupakan laluan perdagangan yang penting pada masa itu. Kedudukannya ini membolehkanKedah Tua menjadi sebuah pusat perdagangan dan pelabuhan persinggahan bagi kapal yang melalui Selat Melaka yang penting.Kerajaan ini berpusat di Kampung Sungai Emas dari abad ke-5 hingga abad ke-10 M dan pada abad ke-10 hingga ke-14M, kerajaanini berpusat di Pangkalan Bujang. Unit Bebas/KerajaanMengikut al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah yang dikarang oleh Muhammad Hassan Bin Dato' Kerani Muhammad Arshad, rajamerupakan ketua kerajaan. Baginda dibantu oleh segolongan pembesar. Pembesar ini pula dibahagikan mengikut pangkat masingmasingiaitu Menteri Berempat, Menteri Delapan dan Menteri Enam Belas. Raja Kedah telah menerima pengaruh daripada Indiaterutamanya dari segi kebudayaan dan pentadbiran.

Ekonomi yang KukuhKedah terkenal sebagai pusat perdagangan. Hasil utamanya ialah bijih timah dan padi. Ia merupakan pelabuhan antarabangsa bagikapal-kapal dagang dari India, Asia Barat dan China. Peranannya ini berlangxung sehingga abad ke-18. Selain itu, ia juga merupakan22pelabuhan persinggahan bagi pedagang-pedagang Arab, China dan India. Kedah mempunyai sistem mata wang dan sukat yangsendiri. Sistem ini telah memudahkan lagi kegiatan perdagangan yang dijalankan. Sistem sukat yang mula digunakan termasuk kapal,

kal, cupak, gantang, bahara, kunca dan naleh. Wang yang digunakan oleh Kedah dipanggil Tra (wang timah) dan wang lembu (wangemas). Wang timahnya berbentuk ayam jantan dan diperkenalkan oleh Sultan Muhammad Jiwa manakala wang emasnya berbentuk

lembu yang melambangkan pengaruh Hindu.