sejarah kolonisasi pasifik

12
1.0 PENGENALAN Mikronesia ialah sebuah kepulauan yang terdiri daripada pulau-pulau yang kecil dan nama tersebut adalah sinonim dengan federated state of Mikronesia. Ia terdiri daripada lebih kurang 7 buah negara yang berada di bawah lingkungan Mikronesia iaitu Guam, Marshall island, Kiribati, Federated States of Micronesia, Nauru, Northern Mariana Island dan Palau. Dalam kepulauan Mikronesia, negara-negara tersebut adalah memainkan peranan yang sangat penting bagi pengkaji dan ahli arkeologi untuk mengkaji kebudayaan awalnya berdasarkan kepada peninggalan beberapa tapak megalitik awal seperti tapak kebudayaan Nan Madol, tapak kebudayaan lette di Guam dan yang lain-lain lagi. Dalam hal yang demikian, tapak-tapak kebudayaan tersebut mempunyai nilai yang sangat penting berdasarkan kepada peninggalan kebudayaan awal manusia yang pernah hidup di tempat tersebut dan peninggalan yang mereka tinggalkan samaada dari sudut sosial, ekonomi dan politik. Dalam esei ini, saya akan membincangkan dengan lebih terperinci berkaitan dengan tapak-tapak kebudayaan awal yang berada di kepulauan Mikronesia sahaja seperti tapak kebudayaan Nan Madol di Pohnpei, tapak kebudayaan Latte di Guam dan tapak kebudayaan Airai di Palau. 2.0 TEORI DAN PENDAPAT AHLI ARKEOLOGI Dalam mengkaji dengan lebih mendalam tentang masyarakat dan kebudayaan di Mikronesia, para ahli arkeologi telah menggunakan pelbagai teori bagi menjelaskan perkara yang sedemikian. Ini bagi memudahkan lagi pemahaman masyarakat yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang masyarakat di rantau pasifik iaitu di kepulauan Mikronesia. Misalnya, ahli arkeologi iaitu Smythe (1970) di mana beliau telah berpendapat bahawa kebudayaan di Mikronesia sudah bermula sekitar 2000 tahun yang lampau sejajar dengan perpindahan masyarakat Melanesia ke kawasan situ. Ini telah melahirkan beberapa tapak kebudayaan awal seperti tapak kebudayaan Nan Madol di Pohnpei, tapak kebudayaan Latte di Guam dan tapak kebudayaan Airai di Palau. Menurut Wilson (1983), perkembangan tapak kebudayaan di kepulauan Mironesia adalah hampir serupa dengan kemunculan tapak kebudayaan di sekitar Indonesia dan India di mana tapak kebudayaan di Mikronesia turut mempunyai beberapa persamaan dengan tapak kebudayaan yang lain iaitu ia sangat terkenal dengan budaya pembuatan tembikar dan turut mengamalkan aktiviti pertanian. 1 3.0 MASYARAKAT AWAL DI MIKRONESIA Masyarakat awal mikronesia adalah hidup dan tinggal bersama-sama dalam kumpulan-kumpulan kecil dan mempunyai corak kebudayaan mereka yang tersendiri dalam hidup secara bermasyarakat. Ini seterusya membantu mereka dalam melaksanakan kehidupan seharian mereka secara bersama-sama dan hidup secara aman dan saling bantu-membantu. Mereka mempunyai tradisi kehidupan yang tersendiri yang memperlihatkan mereka adalah berbeza daripada kaum lain yang tinggal di luar lingkungan Mikronesia berdasarkan dengan cara hidup dan kebudayaan yang dimiliki oleh mereka. Pada awalnya, masyarakat di Mikronesia sudahpun mengalami budaya migrasi yang dilakukan oleh masyarakat luar yang lain khususya daripada masyarakat Lapita dan masyarakat Austronesia yang sebahagian daripada mereka yang tinggal di Mikronesia. Migrasi yang paling awal sekali berlaku dalam masyarakat di kepulauan Mikronesia adalah pada 2000 sehingga 1500 tahun Sebelum Masihi iaitu daripada golongan masyarakat daripada rumpun Austronesia daripada kepulauan Farmosa atau Filipina. Migrasi kedua pula muncul sekitar 1000 Sebelum Masihi iaitu migrasi daripada golongan masyarakat Austronesia (masyarakat Lapita) daripada rantau 1 P. Glenn, Lost in the Weeds Theme and Variation in Pohnpei, Political Mythology, USA: University of Hawai’i, 1990, hlm. 23. 1

Upload: cosmas-chelmas

Post on 30-Oct-2014

487 views

Category:

Documents


33 download

DESCRIPTION

kerajaan awal di kepulauan mikronesia

TRANSCRIPT

Page 1: sejarah kolonisasi pasifik

1.0 PENGENALAN

Mikronesia ialah sebuah kepulauan yang terdiri daripada pulau-pulau yang kecil dan nama tersebut adalah sinonim dengan federated state of Mikronesia. Ia terdiri daripada lebih kurang 7 buah negara yang berada di bawah lingkungan Mikronesia iaitu Guam, Marshall island, Kiribati, Federated States of Micronesia, Nauru, Northern Mariana Island dan Palau. Dalam kepulauan Mikronesia, negara-negara tersebut adalah memainkan peranan yang sangat penting bagi pengkaji dan ahli arkeologi untuk mengkaji kebudayaan awalnya berdasarkan kepada peninggalan beberapa tapak megalitik awal seperti tapak kebudayaan Nan Madol, tapak kebudayaan lette di Guam dan yang lain-lain lagi. Dalam hal yang demikian, tapak-tapak kebudayaan tersebut mempunyai nilai yang sangat penting berdasarkan kepada peninggalan kebudayaan awal manusia yang pernah hidup di tempat tersebut dan peninggalan yang mereka tinggalkan samaada dari sudut sosial, ekonomi dan politik. Dalam esei ini, saya akan membincangkan dengan lebih terperinci berkaitan dengan tapak-tapak kebudayaan awal yang berada di kepulauan Mikronesia sahaja seperti tapak kebudayaan Nan Madol di Pohnpei, tapak kebudayaan Latte di Guam dan tapak kebudayaan Airai di Palau.

2.0 TEORI DAN PENDAPAT AHLI ARKEOLOGI

Dalam mengkaji dengan lebih mendalam tentang masyarakat dan kebudayaan di Mikronesia, para ahli arkeologi telah menggunakan pelbagai teori bagi menjelaskan perkara yang sedemikian. Ini bagi memudahkan lagi pemahaman masyarakat yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang masyarakat di rantau pasifik iaitu di kepulauan Mikronesia. Misalnya, ahli arkeologi iaitu Smythe (1970) di mana beliau telah berpendapat bahawa kebudayaan di Mikronesia sudah bermula sekitar 2000 tahun yang lampau sejajar dengan perpindahan masyarakat Melanesia ke kawasan situ. Ini telah melahirkan beberapa tapak kebudayaan awal seperti tapak kebudayaan Nan Madol di Pohnpei, tapak kebudayaan Latte di Guam dan tapak kebudayaan Airai di Palau. Menurut Wilson (1983), perkembangan tapak kebudayaan di kepulauan Mironesia adalah hampir serupa dengan kemunculan tapak kebudayaan di sekitar Indonesia dan India di mana tapak kebudayaan di Mikronesia turut mempunyai beberapa persamaan dengan tapak kebudayaan yang lain iaitu ia sangat terkenal dengan budaya pembuatan tembikar dan turut mengamalkan aktiviti pertanian.1

3.0 MASYARAKAT AWAL DI MIKRONESIA

Masyarakat awal mikronesia adalah hidup dan tinggal bersama-sama dalam kumpulan-kumpulan kecil dan mempunyai corak kebudayaan mereka yang tersendiri dalam hidup secara bermasyarakat. Ini seterusya membantu mereka dalam melaksanakan kehidupan seharian mereka secara bersama-sama dan hidup secara aman dan saling bantu-membantu. Mereka mempunyai tradisi kehidupan yang tersendiri yang memperlihatkan mereka adalah berbeza daripada kaum lain yang tinggal di luar lingkungan Mikronesia berdasarkan dengan cara hidup dan kebudayaan yang dimiliki oleh mereka. Pada awalnya,

1 P. Glenn, Lost in the Weeds Theme and Variation in Pohnpei, Political Mythology, USA: University of Hawai’i, 1990, hlm. 23.

1

Page 2: sejarah kolonisasi pasifik

masyarakat di Mikronesia sudahpun mengalami budaya migrasi yang dilakukan oleh masyarakat luar yang lain khususya daripada masyarakat Lapita dan masyarakat Austronesia yang sebahagian daripada mereka yang tinggal di Mikronesia. Migrasi yang paling awal sekali berlaku dalam masyarakat di kepulauan Mikronesia adalah pada 2000 sehingga 1500 tahun Sebelum Masihi iaitu daripada golongan masyarakat daripada rumpun Austronesia daripada kepulauan Farmosa atau Filipina. Migrasi kedua pula muncul sekitar 1000 Sebelum Masihi iaitu migrasi daripada golongan masyarakat Austronesia (masyarakat Lapita) daripada rantau Solomon-Vanuatu, manakala migrasi pada peringkat yang ketiga ialah pada sekitar 2000 Sebelum Masihi iaitu daripada golongan Non-Austronesia daripada kepulauan Bismarck. Semua bentuk dan peringkat migrasi ke kepulauan Mikronesia iaitu utara Mikronesia secara khususnya telah membawa kepada pembentukan dan bermulanya masyarakat dan kebudayaan di Mikronesia dan ia berlaku secara perlahan-lahan. Petempatan-petempatan mula dibina di atas terumbu karang di sekitar kepulauan Mikronesia yang kelihatan lebih sukar daripada corak kehidupan di kepulauan Melanesia. Tambahan pula, pulau-pulau yang berada dalam lingkungan Mikronesia adalah lebih kecil dan masyarakat Austronesia mula beradaptasi dengan persekitaran yang ekstrem untuk hidup di kepulauan Mikronesia dan menggunakan sumber alam dengan maksimum. Ketidakserataan yang wujud di antara pulau di Mikronesia yang menyebabkan corak kehidupan yang terdapat di tempat tersebut menjadi tidak sekata dan berbeza antara satu dengan yang lainnya. Misalnya, mereka membuat petempatan di sepanjang jajaran pantai dan rumah yang dibina adalah bersaiz besar dan tinggi daripada permukaan tanah bagi tujuan keselamatan daripada pihak musuh dan binatang buas. Terdapat juga bangunan yang dibina secara bertingkat-tingkat dan memiliki sistem binaan yang lebih maju di mana tiang-tiang rumah dibina daripada batuan-batuan besar. Selaras dengan perkembangan kebudayaan dan petempatan masyarakat di Mikronesia, ini membawa kepada kemunculan sistem atau satu unit politik bagi mengawal dan menjaga hal ehwal politik dan masyarakat di kepulauan Mikronesia seperti pemerintahan awal Saudeleur di tapak kebudayaan awal di Nan Madol di Pohnpei di mana era pemerintahan pada 6 sehingga 16 Sebelum Masihi adalah sangat kejam dan berpusat di kota Nan Madol sendiri iaitu berlangsung lebih kurang selama 1000 tahun. Dari sudur ekonomi, masyarakat di kepulauan Mikronesia adalah menjalankan penanaman taro dan alatan batuan telah digantikan dengan penggunaan cangkerang bagi tujuan memotong dan untuk senjata untuk pertahanan diri daripada pihak musuh. Daripada sudut kelautan, masyarakat Mikronesia sudah pandai mentafsir penggunaan bintang dan bulan untuk tujuan pandu arah agar tidak tersesat. Mereka mendapatkan makanan daripada pulau-pulau yang berdekatan yang membawa kepada pembentukan empayar antara pulau seperti Pulau Yap dan Palau. Di samping itu juga, perkara yang paling penting ialah ia telah membawa kepada pembentukan kebudayaan awal di Mikronesia.2

4.0 TAPAK KEBUDAYAAN AWAL DI MIKRONESIA

4.1 TAPAK KEBUDAYAAN NAN MADOL DI POHNPEI

Non Madol adalah salah satu tapak kebudayaan Mikronesia yang sangat terkenal dan terletak di Pulau Pohnpei. Pulau Pohnpei adalah sebuah pulau terumbu

2 William N. Morgan, Prehistoric architecture in Micronesia, Japan: University of Texas Press, 1998, hlm. 46.

2

Page 3: sejarah kolonisasi pasifik

karang yang terletak dalam lingkungan gugusan Pulau Caroline yang berada dalam lingkungan kawasan Mikronesia. Nama Nan Madol bermaksud ‘ruang di antara’ yang merujuk kepada wujudnya ruang di antara pulau-pulau kecil yang terdapat dalam lingkungan kota Nan Madol. Kota Nan Madol merupakan sebuah bandar batu runtuhan yang terdiri daripada batuan basalt yang berasal daripada letusan gunung berapi. Tapak kebudayaan Nan Madol ini adalah sebuah Tapak Megalitik Mikronesia yang terdiri lebih daripada sembilah buah pulau kecil yang dibina di atas sebuah dataran yang rata dan berada bersebelahan dengan Pulau Temwan di atas lagun Pulau Pohnpei. Kompleks megalitik ini mempunyai keluasan kira-kira lapan puluh hektar persegi dan mempunyai sejarahnya yang tersendiri seperti peranannya sebagai pusat keagamaan dan sebagai pusat pemerintahan yang agung pada pemerintahan Dinasti Saudeleur. Runtuhan kompaun struktur monumen di kompleks megalitik Nan Madol ini merupakan sebahagian daripada kebudayaan di Mokronesia dari tahun 1200-1820. Sejarah peradaban masyarakat di Tapak Megalitik di Nan Madol dibuktikan dengan penemuan barangan tinggalan oleh kebanyakan ahli arkeologi yang menyokong akan kewujudan masyarakat tersebut pada masa lampau.3

Nan Madol merupakan salah sebuah benda ajaib di dunia di mana ia telah digelar sebagai “The Eight Wonder of the World”.4 Nan Madol merupakan sebuah kota yang pernah hilang di kepulauan Mikronesia. Nan madol banyak menyimpan misteri yang mana adanya terdapat banyak pendapat dan anggapan berkaitan dengan proses pembinaan kota Nan Madol.5 Antaranya, ada yang menyatakan bahawa kota tersebut telah dibina melalui puak atau ras yang telah hilang iaitu masyarakat yang mula-mula menghuni Nan Madol itu sendiri. Ada juga yang mengatakan bahawa batuan yang digunakan untuk membina kompleks kota tersebut adalah dibawa ke tempat tersebut daripada kawasan lain hanya dengan menggunakan rakit dan sehingga sekarang keabsahan pendapat tersebut masih belum dapat dipastikan kebenarannya.6

Sejarah kewujudan Nan Madol adalah dikatakan diasaskan oleh kedua-dua orang bersaudara iaitu Olishpha dan Olosopha yang merupakan pelayar yang berhasrat untuk mencari tempat yang sesuai untuk membangunkan pusat keagamaan dan juga pusat pentadbiran politik di mana dalam tujuan keagamaan adalah bagi melakukan penyembahan terhadap Dewa Pertanian bagi menjamin bekalan makanan yang berkekalan di Nan Madol pada zaman dahulu. Setelah Olispha meninggal dunia, maka Olosopha telah menjadi saudeleur yang pertama dan kota Nan Madol telah ditadbir seterusnya oleh enam belas orang saudeleur selepas kematian Olosopha. Semasa era pentadbiran saudeleur, struktur pentadbiran mereka adalah bercorak diktator ataupun lebih dikenali sebagai pemerintahan yang berkuku besi di mana sistem pentadbiran yang kejam tersebut adalah berkekalan selama lebih daripada 1000 tahun iaitu dari 500-1628 A.D.7 Pemerintahan yang kejam ini merujuk kepada pemerintah yang memaksa rakyatnya untuk menyumbangkan seluruh tenaga mereka dalam

3 http://www.iarii.org/nanmadol.html diakses pada 10 Oktober 2012.

4 David Hatcher, Ancient Micronesia & the Lost City of Nan Madol, USA: Adventures Unlimited Press Kempton, 1998, hlm. 31

5 http://nan-madol.com/sejarah-dan penelitian/sejarah-nan-madol/ diakses pada 10 Oktober 2012.

6 http://ww.abovetopsecrete.com/forum/thread642267/pg1 diakses pada 10 Oktober 2012.

7 http://www.prel.org/products/paced/apro4/re_democracy.pdf diakses pada 13 November 2012.

3

Page 4: sejarah kolonisasi pasifik

usaha untuk membangunkan kota Nan Madol itu sendiri dan dipaksa untuk mencari sumber makanan kepada pemerintah saudeleur. Selain itu juga, rakyat juga telah dikenakan cukai terhadap makanan mereka. Di samping itu juga, korban manusia juga telah diadakan malah digalakkan dan juga terpaksa dilakukan memandangkan sumber makanan yang teramat sedikit yang perlu ditampung lagi dengan keperluan makanan daripada pengorbananan manusia iaitu rakyat Nan Madol itu sendiri. 8

Dari sudut kebudayaan dan ciri-ciri kota Nan Madol, kota tersebut memiliki beberapa bahagian utama iaitu sesuai dengan fungsi kota Nan Madol itu sendiri. Di dalam kota tersebut mempunyai beberapa bahagian yang tersendiri iaitu dikenali sebagai ‘daerah perumahan’ dan ‘daerah khusus’. ‘Daerah perumahan’ merujuk kepada tempat-tempat yang ditetapkan untuk kawasan perumahan atau petempatan sahaja manaka ‘daerah khusus’ merujuk kepada kawasan untuk melakukan urusan penting kerajaan seperti digunakan sebagai kawasan atau unit pentadbiran dan juga kawasan untuk membuat kanu untuk aktiviti kelautan. Nan Madol adalah terbahagi kepada dua bahagian utama yang dipisahkan melalui jalan air iaitu Madol Pah dan Madol Powe. Madol Pah digunakan untuk soal-soal pentadbiran dan juga untuk kediaman raja saudeleur manakala Madol Powe dijadikan tempat pemakaman dan rumah mayat.9

Kewujudan tempat pemakaman di Nan Madol dapat dilihat melalui tempat pemakaman yang terdapat di Pulau Nandauwas. Kawasan pemakaman tersebut memiliki dinding yang memiliki ketinggian yang lebih kurang 7 meter persegi.10

Dari sudut sistem ekonomi di Nan Madol, masyarakat awalnya adalah menjalankan aktiviti pertanian dan mengusahakan tanaman seperti pisang dan sukun. Aktiviti pertanian adalah amat diutamakan oleh masyarakat memandangkan makanan menjadi keperluan yang sangat penting malah wujudnya aktiviti penyembahan Dewa Pertanian bagi menjamin bekalan makanan supaya dapat berkekalan dengan mempersembahkan hasil pertanian mereka kepada dewa tersebut semasa upacara penyembahan Dewa Pertanian. Masyarakat Nan Madol juga dikatakan mempunyai sistem pembahagian kerja atau pengkhususan pekerjaan. Semasa penguasaan Dinasti Saudeleur, setiap masyarakat masing-masing seperti membuat kanu serta menguruskan makanan dan ini menyebabkan mereka terpaksa pergi ke daratan dan pulau-pulau yang berhampiran bagi memenuhi segala keperluan mereka terutamanya untuk mendapatkan hasil makanan.11 Ini menggambarkan bahawa masyarakat Nan Madol mengalami kemajuan dalam aspek kegiatan ekonomi dimana mereka menjalankan aktiviti ekonomi pertanian bagi menampung kehidupan mereka. Keupayaan mereka beradaptasi dengan persekitaran menggambarkan mereka mampu menggunakan sumber alam di sekeliling mereka secara maksimum.

Selain daripada itu, daripada aspek binaan arsitektur, konstruksi megalitik ini mula dibangunkan pada abad kedua belas dan ia dibangunkan dengan dominasi batuan-batuan besar dan berbentuk prisma untuk membangunkan dinding-dinding kota tersebut. Selain itu juga, kota ini turut memiliki terowong atau kanal yang memiliki panjang 2.5 kilometer dan lebar 0.5 kilometer yang

8 P. Glenn op cit., hlm. 24.9 Ibid., hlm. 29.

10 Ibid., hlm. 35.

11 http://nan-madol.com/bangunan-dan-arsiteksur/keunikan-arsitektur-nan-mado/ diakses pada 15 November 2012.

4

Page 5: sejarah kolonisasi pasifik

berperanan sebagai penghubung kepada kawasan pulau buatan yang lain dan turut memiliki benteng yang dibangunkan di atas batu karang.12

Selain daripada itu, tapak kebudayaan Nan Madol dipercayai telah mengalami kemerosotan disebabkan oleh beberapa faktor. Antara faktor utama kejatuhan kebudayaan Nan Madol ialah kesan akibat daripada sistem pentadbiran yang dilaksanakan kepada masyarakat Nan Madol yang mengakibatkan masyarakat bawahan mula bangun menentang penguasaan sistem pemerintahan Saudeleur yang bersifat kuku besi. Menurut kepercayaan masyarakat Nan Madol, kejatuhan pemerintahan tersebut adalah akibat daripada pembalasan daripada Dewa Guruh iaitu dikenali sebagai Isokelekel. Pembalasan ini bermaksud Dinasti Saudeleur akan dihapuskan yang menyebabkan berlakunya pemberontakan di Kota Nan Madol yang menjejaskan sistem kehidupan mereka.

Selain daripada itu, kejatuhan kota Nan Madol turut disebabkan oleh serangan penyakit yang menyebabkan ramai penduduk di kota tersebut telah meninggal dunia secara perlahan-lahan. Pengurangan penduduk dikatakan disebabkan oleh kewujudan penyakit berjangkit dalam kalangan penduduk. Penyakit berjangkit tersebut disebabkan oleh kedatangan pendatang asing yang terdiri daripada kalangan pedagang asing dan tidak kurang juga para perantau dari luar. Penyakit berjangkit yang dikenali sebagai Smallpox Epidemic telah membunuh penduduk Nan mandol secara perlahan-perlahan sehingga menyebabkan berlakunya pengurangan penduduk secara drastik pada peringkat akhirnya. Misalnya jumlah asal penduduk adalah terdiri daripada jumlah yang sangat ramai iaitu sekitar 25 000 orang yang seterusnya menurun kepada 2500 orang sahaja. Selain itu, penurunan kadar penduduk juga disebabkan daripada amalan meminum minuman keras dalam kalangan penduduk Nan Mandol itu sendiri yang akhirnya menyebabkan minuman keras tersebut telah menjadi pembunuh mereka. Misalnya amalan meminum minuman keras seperti sakau dalam pesta-pesta mereka. Minuman keras tersebut membunuh mereka akibat daripada cara mereka menyediakan minuman mereka iaitu dari segi amalan bertukar-tukar gelas minuman yang telah mengubah minuman keras tersebut kepada bahan beracun yang membahayakan kesihatan mereka.13

Daripada faktor-faktor yang diterangkan di atas, kita dapat lihat tentang corak-corak kebudayaan di Nan Madol dan faktor-faktor kejatuhannya pada peringkat akhirnya. Dalam hal yang sedemikian, kita juga dapat melihat bahawa tapak kebudayaan Nan Madol merupakan sebuah tapak yang sangat penting kepada para pengkaji dan ahli ar untuk mengkaji tentang tapak kebudayaan awal di lingkungan kepulauan Mikronesia di Rantau Pasifik.

4.2 TAPAK KEBUDAYAAN LATTE DI GUAM

Tapak kebudayaan awal yang turut terdapat di kepulauan Mikronesia ialah tapak kebudayaan awal Latte di Guam. Tapak kebudayaan ini turut memainkan peranan yang sangat penting kepada pembentukan ciri-ciri kebudayaan awal di kepulauan Mikronesia. Guam atau dikenali sebagai Guham oleh masyarakat orang asli Chamorro adalah mencerminkan tentang kebudayaaan awal yang

12 David Hatcer, op cit., hlm. 80.

13 http://www.prel.org/products/paced/apr04/re_democracy.pdf diakses pada 17 November 2012.

5

Page 6: sejarah kolonisasi pasifik

wujud di kawasan situ sejak 2000 tahun Sebelum Masihi. Namun, corak kebudayaan tersebut semakin lenyap setelah kedatangan pihak Barat yang mula menerokai dan menjajah kawasan tersebut kira-kira pada abad ke -16 seperti Eropah dan Amerika.

Dari sudut sosial masyarakat di Guam, penduduk asal Guam dipercayai adalah berketurunan Indo-Malaya yang berasal dari Asia Tenggara seawal 2000 SM, dan mempunyai persamaan dengan bahasa dan budaya Malaysia, Indonesia dan Filipina. Masyarakat asli Guam iaitu Chamorro kemudiannya berkembang sebagai masyarakat yang lebih maju melalui kepakaran mereka dalam melakukan axtiviti kelautan dan perikanan, hortikultur, dan masyarakat memburu. Mereka adalah pelaut yang pakar dan tukang mahir yang biasa dengan tenunan rumit dan membuat tembikar dengan penuh terperinci dan mahir dalam seni bina melalui seni bina rumah yang unik. Rumah yang mereka bina adalah bersaiz besar dan tinggi daripada permukaan Bumi bagi melindungi diri mereka daripada pihak musuh dan binatang buas serta ancaman lain. Batu Latte adalah tiang batu kepada rumah Chamorro pada zaman awal lette di Guam. Ia telah menjadi simbol kepada kewujudan tapak kebudayaan awal Guam dan Kepulauan Mariana. Pada asalnya, Batu Latte telah terdiri daripada dua keping, lajur sokongan (halagi), yang dibuat daripada batu kapur karang mendahului dengan Capstone (tasa), dibuat dari batu karang, yang biasanya dibawa beberapa kilometer dari tapak kuari atau kawasan batu karang. Dalam hal itu juga, tulang purba Chamorro, harta benda mereka, seperti barang kemas atau kanu, telah dikebumikan di bawah batu tersebut. Batu Latte sangat dihormati oleh masyarakat Guam dan tidak boleh disentuh bagi mengelakkan sebarang melapetaka akan menyerang dan membinasakan kehidupan mereka terutamanya melapetaka daripada nenek moyang mereka sekiranya Batu Latte tidak dihormati.14

Penemuan dan penglibatan serta campur tangan di Guam oleh pihak Eropah adalah bermula setelah pelayar Eropah iaitu Ferdinand Magellan berlabuh bersama dengan tiga kapal Armada yang lain di Umatac Bay pada 6 Mac 1521. Mereka berlabuh secara tergesa-gesa di Armada Bay disebabkan mereka kekurangan bahan makanan dan terlalu penat akibat aktiviti pelayaran mereka yang sangat panjang. Dalam hal ini, pendaratan utama pihak Ferdinand Magellan ke darat adalah untuk memenuhi segala keperluan seperti makanan dan bekalan untuk berlayar. dalam hal yang sedemikian, mereka dibantu oleh golongan Chamorro dan ini sangat mengambil perhatian pihak Ferdinand Magellan dan seterusnya membuat dasar berbaik-baik dengan masyarakat Chamorro di Guam dengan membuat pertukaran dengan barang-barang segar tempatan, sayuran-sayuran dan air dengan menukarkan barang tersebut dengan barangan besi yang merupakan keperluan yang sangat penting dan berharga kepada golongan masyarakat Neolitik pada ketika itu. Guam dan lain Mariana Islands secara rasmi dituntut oleh Mahkota Sepanyol pada tahun 1565 oleh Miguel Lopez de Plaza de Espana. Pada 1668 pula, para mubaligh Jesuit iaitu mubaligh Kristian pada ketika itu yang diketuai oleh Padre Diego Luis de San Vitores, tiba di Guam untuk menyebarkan ketamadunan Eropah terutama dalam aktiviti menyebarkan agama Kristian dan meluaskan lagi aktiviti perdagangan. Sepanyol mengajar Chamorro untuk menanam jagung (jagung), meningkatkan memperkenalkan lembu, amalan baharu iaitu mengamalkan gaya pemakaian pihak Barat. Setelah Kristian telah kukuh, Gereja Katolik menjadi titik tumpuan untuk aktiviti kampung dan Guam menjadi pelabuhan Sepanyol di Lautan Pasifik

14 http://www.guam-online.com/history/history.htm diakses pada 22 Disember 2012.

6

Page 7: sejarah kolonisasi pasifik

dari Mexico ke Filipina. Hal ini menyebabkan Sepanyol telah berjaya bertapak dan menguasai perlabuhan kecil Guam pada ketika itu dan peranan pelabuhan Guam sangat penting bagi pelayar untuk melakukan persinggahan khususya pelayar yang berlayar dari Mexico ke rantau Asia Tenggara iaitu Filipina atau Farmosa.

4.3 TAPAK KEBUDAYAAN AIRAI DI PALAU

Tapak kebudayaan awal yang turut memainkan peranan yang penting dalam kepulauan Mikronesia ialah tapak kebudayaan Airai, Babeldaob yang terdapat di Palau. Palau adalah terletak di antara latitud 6’50’N dan 8’30N dan longitud 134’05’E dan 134’45’E daripada Barat kepulauan Caroline.15 Di Palau turut ditemui Batu Berukir Burung Hantu yang ditemui di Ngereklong yang merupakan ukiran batu yang digunakan dalam aktiviti, sosial dan ekonomi yang merupakan tinggalan masyarakat awal di Palau. Masyarakat di Palau pada awalnya adalah mengamalkan sistem pertanian yang menjalankan aktiviti pertanian taro. Kemunculan tapak kebudayaan tersebut adalah hampir serupa dengan kemunculan tapak kebudayaan awal yang lain di Indonesia, India mahupun di Melanesia memandangkan ciri-ciri kebudayaan adalah hampir sama seperti menjankan aktiviti pembuatan tembikar dan menjalankan aktiviti pertanian. Tapak kebudayaan Airai terletak di hujung selatan Pulau Babeldoab yang mempunyai lebih 55 km persegi tanah yang diliputi dengan hutan, savana, hutan bakau dan beberapa pulau-pulau batu kapur. Ia disambungkan ke Koror oleh jambatan gantung yang bernama Jambatan Persahabatan Jepun-Palau. Sungai Ngerimel, yang membekalkan air ke Koror dan Airai dari takungan adalah terletak di bahagian selatan pusat negeri Palau. Pelawat yang datang ke Airai boleh melawat Bai Ra Rengar (Airai Bai), Metuk Ra Bisech, yang dikenali sebagai Batu Kuari Wang Yapese atau Kampung Ngerusar. Masyarakatnya juga hidup secara berkelompok-kelompok dan mempunyai unit politik yang tersusun dan teratur. Dalam kehidupan sosial masyarakat awal di Airai menggunakan peralatan cangkerang dan tulang yang tajam serta peralatan daripada serpihan yang tajam untuk memotong daging binatang buruan, melapah, dan digunakan sebagai alat pertahanan diri daripada pihak musuh. Hal ini demikian kerana masyarakat pada waktu itu sudah pandai mencipta alatan daripada cangkerang bagi menggantikan alatan batuan yang kelihatan lebih kasar nilai estitikanya. Dalam hal ini juga, mereka tidak mengetepikan alatan batuan pada zaman Neolitik Akhir pada khususnya memandangkan penggunaan alatan batuan sangat penting terutamanya bagi tujuan menanam dan menuai hasil pertanian iaitu pertanian taro khususnya.16 Walaupun tapak kebudayaan ini belum mendapat kajian yang menyeluruh daripada ahli arkeologi, namun ia juga memainkan peranan yang penting dalam membantu kita mempelajari tentang tapak kebudayaan awal di Mikronesia.

5.0 KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, masyarakat di kepulauan Mikronesia turut mengalami corak kebudayaan seperti yang berlaku di kepulauan-kepulauan yang lain yang

15 O. Douglas, The Archaeology of Palau Island, Hawai’i: Bishop Museum Press, 1996, hlm. 2.

16 www.visit- palau .com/.../ Palau %20Fact%20Sheets/16_States_of_ Palau diakses pada 2 Disember 2012.

7

Page 8: sejarah kolonisasi pasifik

berada di sekitarnya berdasarkan kepada penemuan tapak kebudayaan awal masyarakat tersebut di beberapa buah tempat di kepulauan Mikronesia. Daripada perkara tersebut, kita dapat lihat bahawa masyarakat Mikronesia telah mengalami beberapa kemajuan dari aspek kebudayaan samaada daripada sudut sosial, ekonomi mahupun politik dan ia berlaku secara berperingkat-peringkat dan berbeza di antara beberapa buah tempat mengikut lokasi tapak kebudayaan tersebut berada. Oleh hal yang sedemikian, pengkajian terhadap tapak kebudayaan Mikronesia perlu diteruskan untuk mengetahui kebudayaan masyarakat Mikronesia dengan lebih mendalam. Contohnya, pengkajian terhadap tapak kebudayaan Nan Madol di Pohnpei dan tapak megalitik Latte di Guam serta tapak kebudayaan Airai di Palau. Dalam hal yang demikian, ia dapat membantu masyarakat agar dapat memahami corak kebudayaan yang dihasilkan di beberapa buah tempat kebudayaan tersebut dengan lebih mendalam dan agar dapat membantu dalam memelihara tapak-tapak kebudayaan tersebut supaya dapat dikekalkan pada masa hadapan.

6.0 Lampiran

8

Page 9: sejarah kolonisasi pasifik

1. Peta kepulauan MikronesiaSumber:http://images.search.yahoo.com/images/view;_ylt=A2KJke6nKOFQrxMAQhaJzbkF;_ylu

9

Page 10: sejarah kolonisasi pasifik

1. Tapak kebudayaan Nan Madol di PohnpeiSumber: http://search.yahoo.com/search;_ylt=A0oGkk.kIuFQ01AAvndXNyoA?p=nan+madol&fr2=sb-top&fr=yfp-t-701&type_param

10

Page 11: sejarah kolonisasi pasifik

2. Tapak kebudayaan Latte di Guam

Sumber: http://search.yahoo.com/search;_ylt=A0oGkk.kIuFQ01AAvndXNyoA?p=latte+in+guam&fr2=sb-top&fr=yfp-t-701&type_param

11

Page 12: sejarah kolonisasi pasifik

3. Tapak kebudayaan Airai di PalauSumber:http://images.search.yahoo.com/images/view;_ylt=A2KJkPq6JuFQ73gA412JzbkF;_ylu

12

Page 13: sejarah kolonisasi pasifik

Rujukan

Rujukan daripada buku

David Hatcher. 1998. Ancient Micronesia & the Lost City of Nan Madol. USA:

Adventures Unlimited Press Kempton.

P. Glenn. 1990. Lost in the Weeds Theme and Variation in Pohnpei, Political

Mythology. USA: University of Hawai.

O. Douglas. 1996. The Archaeology of Palau Island. Hawai’i: Bishop Museum

Press.

William N. Morgan. 1998. Prehistoric architecture in Micronesia. Japan: University of Texas Press.

Rujukan daripada internet

http://www.iarii.org/nanmadol.html diakses pada 10 Oktober 2012.

http://nan-madol.com/sejarah-dan penelitian/sejarah-nan-madol/ diakses pada 10 Oktober

2012.

http://ww.abovetopsecrete.com/forum/thread642267/pg1 diakses pada 10 Oktober 2012.

http://www.prel.org/products/paced/apro4/re_democracy.pdf diakses pada 13 November

2012.

http://nan-madol.com/bangunan-dan-arsiteksur/keunikan-arsitektur-nan-mado/ diakses pada 15 November 2012.

http://www.prel.org/products/paced/apr04/re_democracy.pdf diakses pada 17 November 2012.

http://www.guam-online.com/history/history.htm diakses pada 22 Disember 2012.

www.visit- palau .com/.../ Palau %20Fact%20Sheets/16_States_of_ Palau diakses pada 2

Disember 2012.

13