sejarah jawi n tokoh

18
10.11.10 Sejarah Perkembangan Tulisan Jawi Tulisan Jawi Tulisan Jawi digunakan di Batu Bersurat Terengganu, menunjukkan pengaruh Islam di Tanah Melayu. TulisanJawi adalah satu seni penulisan yang telah wujud berabad-abad lamanya di Nusantara. Kemunculannya berkait secara langsung dengan kedatangan agama Islam ke Nusantara. Tulisan Jawi berasal dari tulisan Arab dan merupakan huruf-huruf Arab yang dimasukkan ke dalam sistem penulisan bahasa Melayu. Tulisan Jawi adalah tulisan rasmi bagi Negara Brunei dan digunakan meluas di Malaysia, Filipina dan Indonesia. Sejarah Tulisan Jawi adalah antara tulisan terawal yang pernah ditemui.Tulisan ini telah berkembang sejak zaman Kerajaan Islam Pasai kemudian disebarkan ke Kerajaan Melaka, Kerajaan Johor dan juga Aceh pada abad ke-17. Bukti kewujudan tulisan ini di Malaysia adalah dengan terjumpanya Batu Bersurat Terengganuyang bertarikh 702H atau 1303M manakala tulisan Rumi yang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun ke-19. Ini menunjukkan tulisan Jawi telah sampai ke negara ini lebih awal berbanding tulisan Rumi. Tulisan Jawi merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu semasa penguasaan British. Kini tulisan ini digunakan dalam urusan agama Islam dan adat istiadat Melayu yang kebanyakkannya di Johor, Kedah,Kelantan, Perlis, dan Terengganu. Pada zaman dahulu, tulisan jawi memainkan peranan penting dalam masyarakat. Ia digunakan sebagai perantara penting dalam semua urusan pentadbiran, adat istiadat dan perdagangan. Contohnya digunakan dalam perjanjian-perjanjian penting antara pihak-pihak di Raja Melayu dengan pihak-pihak berkuasa Portugis, Belanda dan Inggeris. Selain itu, Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 bagi negara Malaysia antara lain juga tertulis dalam abjad Jawi. Abjad Bukti bertulis mengenai Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu yang ditulis dalam bahasa Melayu bertulisan Jawi. Dokumen Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 telah ditulis dalam dua bahasa iaitu bahasa Melayu yang ditulis Jawi dan bahasa Inggeris. 1. Sejarah perkembangan tulisan jawi Skrip Arab yang diadaptasikan oleh bahasa Melayu untuk pengejaannya seperti yang kita sedia maklum adalah dinamakan sebagai Skrip Jawi. Namun sehingga sekarang tidak dapat diketahui siapakah yang memberikan nama Jawi

Upload: muhd-razzi-sulaiman

Post on 31-Dec-2015

82 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sejarah Jawi n Tokoh

10.11.10

Sejarah Perkembangan Tulisan Jawi

Tulisan Jawi

Tulisan Jawi digunakan di Batu Bersurat Terengganu, menunjukkan pengaruh Islam di Tanah Melayu.

TulisanJawi adalah satu seni penulisan yang telah wujud berabad-abad lamanya di Nusantara.

Kemunculannya berkait secara langsung dengan kedatangan agama Islam ke Nusantara. Tulisan Jawi

berasal dari tulisan Arab dan merupakan huruf-huruf Arab yang dimasukkan ke dalam sistem penulisan

bahasa Melayu. Tulisan Jawi adalah tulisan rasmi bagi Negara Brunei dan digunakan meluas di Malaysia,

Filipina dan Indonesia.

Sejarah

Tulisan Jawi adalah antara tulisan terawal yang pernah ditemui.Tulisan ini telah berkembang sejak

zaman Kerajaan Islam Pasai kemudian disebarkan ke Kerajaan Melaka, Kerajaan Johor dan juga Aceh

pada abad ke-17. Bukti kewujudan tulisan ini di Malaysia adalah dengan terjumpanya Batu Bersurat

Terengganuyang bertarikh 702H atau 1303M manakala tulisan Rumi yang paling awal ditemui adalah

pada akhir kurun ke-19. Ini menunjukkan tulisan Jawi telah sampai ke negara ini lebih awal berbanding

tulisan Rumi. Tulisan Jawi merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu semasa

penguasaan British. Kini tulisan ini digunakan dalam urusan agama Islam dan adat istiadat Melayu yang

kebanyakkannya di Johor, Kedah,Kelantan, Perlis, dan Terengganu.

Pada zaman dahulu, tulisan jawi memainkan peranan penting dalam masyarakat. Ia digunakan sebagai

perantara penting dalam semua urusan pentadbiran, adat istiadat dan perdagangan. Contohnya

digunakan dalam perjanjian-perjanjian penting antara pihak-pihak di Raja Melayu dengan pihak-pihak

berkuasa Portugis, Belanda dan Inggeris.

Selain itu, Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 bagi negara Malaysia antara lain juga tertulis dalam abjad

Jawi. Abjad Bukti bertulis mengenai Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu yang ditulis dalam

bahasa Melayu bertulisan Jawi. Dokumen Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 telah ditulis dalam dua

bahasa iaitu bahasa Melayu yang ditulis Jawi dan bahasa Inggeris.

1.    Sejarah perkembangan tulisan jawi

      Skrip Arab yang diadaptasikan oleh bahasa Melayu untuk pengejaannya seperti yang kita sedia maklum

adalah dinamakan sebagai Skrip Jawi. Namun sehingga sekarang tidak dapat diketahui siapakah yang

memberikan nama Jawi kepada skrip itu, namun dipetik dalam kamus R.J Wilkinson bahawa perkataan

Jawi di dalam bahasa Melayu digunakan untuk pokok jawi-jawi atau jejawi dan juga beras jejawi yang

berbeza dengan beras pulut, dan juga dengan makna kerbau atau lembu dalam bahasa Minangkabau.

Tetapi apa yang jelas di sini nama Jawi tersebut tidak ada kaitan dengan tulisan tersebut.

      Skrip tulisan jawi berasal daripada skrip Arab yang telah dibuat beberapa penyelesaian dan

tambahan.Terdapat beberapa ciri tulisan Jawi yang menjadikan ianya unik. Skrip Jawi mengalami evolusi

Page 2: Sejarah Jawi n Tokoh

yang boleh dikategorikan kepada empat fasa. Setelah melalui empat fasa ini tulisan Jawi menjadi

semakin mantap dan dapat disesuaikan dengan keadaan dan keperluan semasa.

      Tulisan Jawi telah lama wujud dalam tamadun melayu disekitar gugusan kepulauan melayu iaitu sekitar

abad ke 10 Masihi atau 3 Hijrah hingga kemaskini dan ia berasal daripada tulisan Arab.

      Tulisan inilah yang membangunkan tamadun melayu dan pernah mendukung bangsa Melayu ke

ambang tamadun Melayu moden pada masa kini.Tulisan rumi hanya wujud dalam tamadun melayu

selepas perang dunia kedua sahaja.(sumber : Kang,1993).adalah merupakan karya yang ditulis dengan

tangan dalam tulisan Jawi yang dihasikan dalam lingkungan Abad ke-15Mhingga awal abad ke-

20M.Dalam manuskrip melayu ini tercatat pelbagai bahan dan ilmu yang menjadi khazanah bangsa

Melayu pada masa dahulu.Manuskrip Melayu bukti sejarah kewujudan tulisan jawi dalam tamadun

melayudahulu boleh dilihat bahan-bahan bertulis seperti:

      batu bersurat,

      manuskrip lama,

      kertas lama,

      majalah,

      batu nisan,

      bahan-bahan yang dibuat daripada logam, kulit, alat

      senjata,duit syiling,batu lontar, tembikar dan

seumpamanya

      ukiran-ukiran pada masjid, istana

      azimat dan tangkal

      Penemuan pertama batu nisan yang tertulis dalam bahasa Arab di Sumatera bertarikh 55 Hijrah (674M)

dan di Kedah bertarikh 290 Hijrah jelas telah menunjukkan bahawa tulisan Jawi berasal dari orang Arab

yang kemudian telah diubahsuai dengan menambahkan beberapa huruf tambahan kepada huruf Arab

bagi menyesuaikannya dengan gaya bahasa orang Melayu yang telah menyumbang kewujudan Tulisan

Jawi dalam tamadun Melayu. Akan tetapi siapakah pencipta sebenar kepada tulisan Jawi tidak dapat

dipastikan dengan tepat.

      Ciri- Ciri Tulisan Jawi

Terdapat empat ciri Utama yang terdapat pada Skrip Jawi iaitu :

a) bertindan secara menegak

b) ligatur

c) aksara-askara berbaris atau mempunyai titik

d) aksara bersambung

* Aksara Jawi mempunyai 36 aksara dimana 30 aksara adalah merupakan aksara yang dipinjam dari

Aksara Arab dan Enam Abjad tambahan.

  Pengikat lelidah alat tiup. ; Bentuk notasi muzik abad ketiga belas hingga keenam belas.

Page 3: Sejarah Jawi n Tokoh

  Aksara : Lambang unik yang digunakan dalam sistem tulisan sesuatu bahasa untuk

menyampaikanmaklumat.

Manuskrip Melayu

Apa itu Manuskrip Melayu ?

         Manuskrip Melayu adalah karya yang ditulis dengan tangandalam tulisan Jawi yang dihasilkan dalam

lingkungan Abad ke-15 hingga awal abad ke-20.

Mengapa Ia Penting ?

         Manuskrip Melayu Penting kerana ia adalah merupakan warisan dalam bentuk penulisan daripada

zaman silam yang tidak ternilai harganya. Isi kandungannya mengandungi pelbagai ilmu yang berguna

dan perkarayang meliputi fikah, tauhid, tassawuf, tajwid, sejarah, undang-undang, petua dan azimat,

perubatan, firasat, tabir mimpi. Pelbagai hikayat, syair dan nazam juga ditulis. Ilmu yang dihasilkan

merupakan ilmu yang mencerminkan kekayaan pemikiran serta kegemilangan tamadun Melayu yang

perlu dipelihara bagi faedah generasi kini mahupun yang akan datang.

Contoh ManuskripTerkenal

         Hikayat Hang Tuah (Menceritakan kegagahan Hang Tuah dan rakan-rakannya berbakti dan berkhidmat

untuk Sultan Melaka yang membawa kegemilangan kesultanan Melaka).

Misa Melayu

         Sebuah karya sastera sejarah yang mengandungi sejarah tentang raja-raja Melayu yang memerintah

negeri Perak sertamembicarakan tentang adat resam dan budaya Perak.

Sir at Al-Mustaqim

         Disusun dan ditulis oleh Syeikh Nuruddin al-Raniri pada tahun1044 Hijrah (1634 Masihi). Merupakan

sebuah kitab fikah yang penting yang menghuraikan amal ibadat setiap muslim.

Kitab Tib

         Membicarakan cara mengubati berbagai jenis penyakit yangmenggunakan bahan dari pokok dan

tanaman yang dicampurdengan ramuan rempah, di antaranya ubat sembelit, sengugutdan meroyan.

Syair Seratus Siti

         Mengisahkan tentang keagungan Sultan Mansur yang menjadikhalifah di negeri Baghdad dan

bagaimana baginda mencari isteri untuk dijadikan permaisuri.

Hukum Kanun Melaka

         Merupakan naskah undang-undang yang tertua sekali dan dianggap terpenting serta mempengaruhi

undang-undang negeri Melayu yang lain. Membentangkan undang-undang yang meliputi pentadbiran

negara, hukum jenayah dan hukum perniagaan. Perbicaraan kemudiannya diikuti dengan hukum Jong.

Cara Menyimpan

         Usia manuskrip yang sudah lanjut memerlukan penjagaan yangberterusan dan sebaik mungkin supaya

selamat dan tidakhancur. Manuskrip tidak boleh terdedah kepada pencemaranudara, seboleh-bolehnya

Page 4: Sejarah Jawi n Tokoh

selalu dibersihkan daripada habuk danserangga. Manuskrip yang rosak perlu dibaiki dengan

dengansegera.

Peranan Masyarakat

         Manuskrip perlu disimpan dan dijaga dengan rapi. Jikalau anda,keluarga atau sesiapa sahaja yang

anda ketahui ada menyimpanmanuskrip Melayu, peranan anda adalah mengalakkan semua pihak

membolehkan Pusat Manuskrip Melayu memperolehi manuskrip tersebut agar dapat disimpan dengan

sempurna.

Pusat Manuskrip Melayu

         Pusat Manuskrip Melayu, perpustakaan Negara Malaysia telahditubuhkan pada tahun 1985 dan

diberikan tanggungjawabseperti berikut :-

      Mengesan, memperolehi dan mengumpul manuskrip Melayu

dari dalam dan luar negara;

      Mendokumenkan, menyelenggara katalog induk dan

menerbitkan bibliografi;

      Menyediakan kemudahan menyimpan, memulihara dan

menyalin manuskrip Melayu;

      Menyediakan perkhidmatan rujukan dan penyelidikan;

      Menyebarkan ilmu yang terakam dalam manuskrip Melayu

melalui penerbitan dan pameran

Semua manuskrip Melayu yang diperolehi dan dikesan dari dalamdan luar negara didokumenkan dan

katalog diterbitkan. Pusat Manuskrip Melayu telah mendokumen dan menerbitkan katalog manuskrip

Melayu di negara Belanda, Jerman, Perancis, Singapura dan Afrika Selatan.

Pusat Manuskrip Melayuini telah berjaya mengumpulkankoleksi berjumlah 2,940 naskah iaitu koleksi

manuskrip Melayuyang terbesar dalam simpanansesebuah institusi di dunia.Semua manuskrip yang

diperolehi akan melalui prosespengwasapan, disimpan dalam kotak bebas asid dalam biliksimpanan

yang terkawal suhunya di antara 20-22 darjah Celsiusdan kadar kelembapannya 55%-65% sepanjang

masa. Bagimanuskrip yang rosak ianya akan dibuat pembaikan.Manuskrip dalam simpanan Pusat

Manuskrip Melayudibenarkan untuk rujukan dan penyelidikan supaya ilmu yangterakam dapat disebarkan

dan dimanfaatkan. Usaha mengkajidan menerbitkan semula manuskrip Melayu dilakukan melalui Projek

Mualim Tamu. Pusat Manuskrip Melayu juga sering mengadakan pameran dan giat menerbitkan buku,

risalah dansebuah jurnal ilmiah yang dikenali sebagai Jurnal Filologi Melayu.Tulisan Arab yang

diadaptasikan ke bahasa Melayu untukpengejaannya dinamakan sebagai tulisan Jawi. Tulisan inilah yang

pernah membangunkan tamadun Melayu dan pernahmencorak ketuanan Melayu di zaman pra-

kemerdekaan.

Tulisan Jawi mempunyai signifikan yang sangat besar dalam sejarah bangsa dan negara, di mana

dahulunya ia merupakan lapangan interaksi intelek Melayu dengan masyarakat awam. Namun, akhir-

Page 5: Sejarah Jawi n Tokoh

akhir ini ia mula dimamah zaman yang semakin global kerana muncul segelintir dalam hieraki masyarakat

Melayu sendiri yang tidak meyakinkan bangsanya untuk menghormati warisan ini. Malah rasa jelak

mereka terhadap tulisan Jawi, secara tidak langsung telah menghasilkan generasi Melayu 'anglophile'

iaitu manusia dua kerat, sekerat Melayu dan sekerat ke Baratan. Generasi seperti inilah yang akhirnya

menjadi penyumbang kepada fahaman melampau hedonisme sehingga menyebabkan daya tahan umat

menjadi tiris.

Jika pemerkasaan terhadap tulisan Jawi tidak lakukan,barangkali tulisan Jawi menerima nasib yang sama

sebagaimana mata pelajaran Tajwid yang menjadi subjek agama yang hanya diajar sewaktu peringkat

sekolah rendah, kemudian diabaikan ketika di peringkat menengah. Akhirnya ilmu Tajwid hanya dikuasai

oleh generasi-generasi agamawan, sedangkan mengamalkan ilmu Tajwid ketika membaca al Quran

merupakan tuntutan Islam bertaraf  fardhu ain buat seluruh umat Islam. Lebih malang lagi jika Jawi

diberikan kedudukan yang sama, tidak mustahil ia akan tenggelam di arus kemodenan dan terus

kehilangan khalayak. Akhirnya tulisan Jawi sudah tidak lagi relevan kerana tidak mempunyai nilai

komersial di kalangan pembaca. Ia sekadar dikenali dalam lipatan sejarah sebagaimana pada catatan

rahsia batu Rosetta di Mesir yang akhirnya diungkap oleh arkeologi Perancis, Jean Francois

Champollion.

Senario ini jika tidak diambil peduli memungkinkan catatan batu bersurat (prasasti) di Kuala Berang,

Terengganu mempunyai potensi besar menjadi bahan sejarah yang ditinggalkan, bukannya bahan

sejarah yang dibanggakan. Hal yang sama juga bakal terjadi kepada penggunaan Bahasa Melayu jika

tiada tindakan konkrit pihak berwajib untuk menanganinya setelah kerajaan mewajibkan pengajaran

Inggeris dalam Matematik dan Sains. Penulis sebenarnya tidak memiliki nilai sentimental yang tinggi

untuk bermati-matian mempertahankan tulisan Jawi, jika kehilangannya hanya memberi impak kepada

warisan budaya dan bangsa. Menginsafi tulisan Jawi mempunyai jasa yang besarterhadap kemerdekaan

bangsa Melayu ketika dahulu, ia membangkitkan rasa tanggungjawab agar terus dipelihara danterakam

dalam pendidikan negara.

Tulisan Jawi perlu dipertahankan walaupun peredaran masaamat pantas sebagai tanda penghargaan

terhadap pahlawan-pahlawan yang berjuang menerusi mata pena di zaman pra-kemerdekaan. Sebelum

pengetahuan moden denganperbendaharaan yang sofistikated diperkenalkan, tulisan Jawidigunakan

oleh pihak istana dalam bidang persuratan, perjanjiandan undang-undang. Jika diamati, sejarah

ke'genius'an danpemikiran akademik bangsa Melayu ia mula digagahi apabilawujudnya tulisan Jawi dan

bukannya tulisan sanskrit. Oleh sebab itu, istilah 'Kitab Jawi' pernah berkembang menjadi subjek

pengajian dan pembelajaran masyarakat Melayu agar ia ditekuni di sekolah-sekolah.

Page 6: Sejarah Jawi n Tokoh

Tokoh ulama’ seperti Mohamad Idris b Abdul Rauf al Marbawi,bukanlah tokoh yang asing dalam dunia

penulisan Jawi.Penulisan Jawinya yang menghasilkan kitab ’Bahrul Mazi’, ’Tafsir Quran al Marbawi’,

’Tafsir Surah Yassin’ masih kekal diulang cetak di luar negara. Sebenarnya, kebanyakan kitab berbahasa

Arab yang dihasilkan oleh Sheikh al Marbawi telah diterjemahkan olehnya sendiri ke dalam bahasa

Melayu. Sekalipun terjemahan tokoh ulama ini menggunakan versi bahasa Melayu lama di dalam tulisan

Jawi, namun ia telah melahirkan ramai ilmuan Islam yang responsif di negara Malaysia.

Tidak dinafikan, Islam adalah ajaran yang mudah dan boleh dipelajari melalui pelbagai aksara dan ia

bukannya kayu pengukur tahap keIslaman seseorang. Namun, oleh kerana kedatangan tulisan Jawi

bersama dengan dakwah Islam, ianya lebih berkesan dan mudah terutamanya di dalam mempelajari al-

Quran dan hadith. Sistem ejaan Jawi sangat terpengaruh dengan sistem ejaan bahasa Arab yang

menggunakan sistem baris dalam pengejaan suku kata. Oleh sebab itu, sistem Jawi menjadi pendorong

kepada bangsa Melayu mengenali huruf Arab dan seterusnya secara tidak langsung berkemahiran

menyebut ayat- ayat al-Quran. Ibn Khaldun ada menyebutkan ;

[Ketahuilah bahawa pengajaran al-Quran terhadap kanak-kanak termasuk daripada syiar-syiar agama

yang dipegang olehpara pendokong agama kerana dalam pengajaran al-Quran terdapat beberapa

perkara yang cepat meresap ke dalam hati seperti keteguhan iman dan aqidah imandaripada ayat-ayat al

Quran].

(Ruj:Abdullah al Amin al Na'miy, 1994. Kaedah Dan Teknik Pengajaran Menurut Ibn Khaldun & al Qabisi,

terj.Mohd Ramzi Omar, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka).

Dalam bahasa Melayu sendiri terdapat perkataan yang dipinjamdari bahasa Arab, sudah pasti sebutan

tersebut tidak tepat jikaditulis dengan huruf rumi. Demikian juga halnya jika bahasa Cina dan Tamil ditulis

dengan ejaan rumi, sudah pasti berlakukesilapan pada pertuturan mereka yang sebenar.Kerana itu,

penulis yakin kebanyakan masyarakat Melayumenyebut perkataan 'tarikh' yang dipinjam dari bahasa

Arab,tidak tepat sebagaimana sebutan bangsa Arab. Begitu juga pemahaman Melayu terhadap

perkataan 'muhrim' sebagai orang yang haram dinikahi, sedangkan sebutan ejaannya yang sebenar pada

kalimah Arab adalah 'mahram'. Dalam konteks ini jelas memperlihatkan bahawa tulisan Jawi memainkan

perananpenting dalam pendidikan negara, di mana ia dijadikan sebagaisuatu alat memudahkan sebutan

Arab yang sahih dalam bahasaMelayu. Dalam keresahan meninjau hayat Jawi di tanah Melayu saat ini,

ada juga berita yang boleh dianggap positif antaranyapengangkatan seni khat di persada dunia. Namun,

memartabatkan seni khat tidak memadai untuk mengangkatsemula penulisan Jawi sebagai satu elemen

menjadikan ia subur dalam jiwa masyarakat dan dipergunakan secara meluas. Benar, seni khat berjaya

memperlihatkan kalimah-kalimah unik al-Quran yang tersusun mengikut kaedah, kemas berseni dijual

beli. Tetapi kita perlu memikirkan bahawa majoriti umat Melayu tidak lagi mampu memahami maksud

tulisan tersebut sekalipun diukir indah. Inilah akibatnya apabila tulisan Jawi dipinggirkan oleh bangsa

Melayu sendiri. Ketahuilah, tulisan Jawi adalah tulisan bagi sebuah tamadun dunia yang tinggi dan

Page 7: Sejarah Jawi n Tokoh

pernah diakui di peringkat antarabangsa. Jika orang Iraq Kufah dengan khat Kufinya, Iran dengan khat

Farsinya, tidak diragui bahawa umat Melayu merupakan pelopor kepada seni khat Jawi.

Sebenarnya di sebalik krisis ini, tersembunyi agendaglobalisation of American culture (globalisasi budaya

Amerika).Memang tamadun Barat semakin mendominasi semangat bangsa-bangsa lain ketika ini, di saat

Melayu belum pulih untukmembangunkan generasi sendiri. Tidak syak lagi, penggantianjawi dengan rumi

adalah sebahagian daripada prosespembaratan dan pendangkalan Islam yang tentu sahaja didalangi

oleh penjajah. Hal ini sama berlaku sebagaimana pertukaran garisan musim bagi kiraan kalender yang

pada asalnya terletak di Qatar, United Arab Emirates (UAE) kepada kedudukan Greenwich di London.

Namun, perenggan ini bukanlah pilihan terbaik untuk masyarakat Melayu melakukan revolusi terhadap

huruf-huruf Rumi agar ditukar kepada Jawi. Sebaiknya, masyarakat Melayu sedar betapa mustahaknya

tulisan Jawi agar ia tidak disisihkan dalam pendidikan negara dan diberikan fungsi semula.

Pemerintahan kesultanan Melaka telah memajukan bahasa Melayu dalam perdagangan dengan cepat di

samping menyebarkan Islam dan sastera Islam. Kemajuan ini mengubah sifat bahasa dengan sedutan

besar-besaran perbendaharaan kata Arab, Parsi dan Hindi. Kemajuan ini merosot selepas 1511.

Melayu Moden Masa kini

Bahasa Melayu dimajukan dengan serapan banyak perkataan Portugis, Belanda dan Inggeris dalam

kurun ke 19. Ia menjadi bahasa kebangsaan buat Malaysia dan Indonesia selepas mencapai

kemerdekaan.

[The Encyclopedia of Malaysia: Languages & Literature by Prof. Dato' DrAsmah Haji Omar (2004) ISBN

981-3018-52-6.]

Inskripsi Kedukan Bukit:

Inskripsi Kedukan Bukit telah diekuavasi oleh Dutchman M. Batenburg on 29 November 1920 di Kedukan

Bukit, Sumatera Selatan, di atas permatang sungai Tatang, anak sungai Musi. Batu ini kecil berukuran

antara 45 ke 80 cm.

Teks Melayu Kuno:

svasti śrī śakavaŕşātīta 605 (604 ?) ekādaśī śuapunta hiya,,klapakşa vulan vaiśākha d<(m> nāyik

disāmvau mangalap siddhayātra di saptamī śuklapakşaapunta hiya,vulan jyeşţha d<(m> maŕlapas dari

mināngavala dualakşa dangan ko-(tāmvan mamāva yamduaratus cāra di sāmvau dangan jālan sarivudi

mata jap(tlurātus sapulu dua vañakña dātamsukhacitta di pañcamī śuklapakşa vula….marvuat vanua …..

(laghu mudita dātamśrīvijaya jaya siddhayātra subhikşa.....

Terjemahan:

“Om swasti astu! semua penawar dan kemewahan. dalam tahun saka 605 sebelas dan pertengahan

bulan Waisaka, Sri baginda berkubu bagi memperoleh siddhayatra. Pada hari ke tujuh, lima belas hari

Page 8: Sejarah Jawi n Tokoh

pertengahan bulan Jyesta, Sri Baginda membebaskan tubuhnya dari minānga tāmvan. Baginda

membawa 2000 tentera bersama….. Seramai sebanyak 200 kubu, dengan 1,312 kaki tentera. Mereka

sampai di ….Sesungguhnya riang ria pada lima belas hari pertengan bulan…. tangkas, gembira dan

mereka membuat perjalanan ke negeri… agung Sriwijaya! kemewahan dan kekayaan…”

Bandingan penulisan Jawa dan Bali dengan yang tulisan yangdiaplikasikan di Thailand dan Kemboja,

menunjukkan ada bentuk yang sama. Ini menguatkan bahawa tulisan-tulisan ini berasaskan tulisan dari

India samada Pallava, Vengi atau Cera. Jadual di bawah menunjukkan jenis-jenis huruf atau silibus yang

ditemui dalam inskripsi raja-raja di Indonesia yang silam.

Kadaram dalam Inskripsi Tanjore:

Inskripsi ini didapati di kota lama Tanjore, Tamil Nadu bertarikh sejak 1030 Masihi. Ia menerangkan

serangan Rajendra Chola atas empayar Sri Wijaya, negeri yang bernama Kadaram memberikan

tentangan hebat. Kebanyakan sejarawan bersetuju Kadaram yang dimaksudkan adalah Kedah.

[1] H.G.Q. Wales, “Archaeological Researches,” hal. 21

[2] Ibid, hal. 45

[3] Zakaria Ali 1946, Islamic Art in Southeast Asia 830A.D – 1570 A.D., Dewan Bahasa dan Pustaka, hal.

195

[4] Dr Othman Mohd Yatim dan Abdul Halim Nasir, Epigrafi Islam terawal di Nusantara, hal. 25

[5] Artikel TULISAN JAWI dan Tulisan Jawi Pancaran Identiti Bangsa. Oleh HAJI MUHAMMAD BUKHARI

LUBIS

BAHASA Osmaniah Kuno di Turki tamat pada abad ke-15M apabila Sultan Fatih Mahmet berjaya

membuka Istanbul. Sejak itu, bermulalah bahasa Turki Osmani (Osmanlica) yang menggunakan satu

aksara baru, aksara Arab. Penggunaan bahasa ini yang begitu rancak dan mendominasi, khasnya dalam

kesusasteraan Sufi dan puisi rakyat, berakhir pada tahun 1922, apabila Mustafa Kamal Ataturk mendapat

tampuk pemerintahan. Dengan berpegang pada dasar "kemajuan ialahpembaratan", Ataturk mengambil

langkah yang drastik dan tragik dengan memperkenalkan bahasa Turki moden (Turkge), yang

mengetepikan aksara Arab. Lantas diperkenalkan aksara Latin atau tulisan rumi [antara hujah

mewajarkan tindakannya ini ialah aksara Arab tidak dapat melambangkan setiap bunyi perkataan Turki,

misalnya, perkataan alif-wau-nun membawa empat bunyi dan makna yang berlainan on (sepuluh), "n

(hadapan), un (tepung), dan チ n (kemasyhuran, suara, bunyi)].

Seperti orang Turki, bangsa Melayu juga mempunyai bahasa yang menggunakan pelbagai aksara

sebelum kedatangan Islam ke rantau ini. Aksara ini berubah apabila Islam diterima di Kepulauan Melayu.

Para pendakwah - orang Arab dan orang Parsi yang tentunya menguasai bahasa Arab yang menjadi

paksi utama dalam Islam - dengan bijak dan tepat memilih bahasa Melayu untuk digunakan. Bermulalah

era pengislaman, termasuklah bahasa Melayu itu sendiri.Lalu diperkenalkan aksara baru, aksara Arab

Page 9: Sejarah Jawi n Tokoh

atau lebih terkenalsebagai tulisan jawi. Menurut sejarah, jawi di sini merujuk kepada Pulau Sumatera

(maksud umum Kepulauan Melayu) dan bukanlah Pulau Jawa.

Sesungguhnya, tulisan jawi dapat mempertaut perpaduan satu bahasa yang meliputi seluruh golongan

bangsa Melayu. Malah orang Melayu sendiri menamakan bahasanya "bahasa jawi" (tidak sekadar jawi

merujuk kepada tulisannya - misalnya, di halaman sebuah buku klasik, tertera: Inilah kitab yang bernama

Hidayat al-Salikin - karangan Syeikh Abdus Samad Falambani dibahasakan bahasa Jawi ¡¦). Ini memberi

erti bahawa orang Melayu ketika itu menamakan bahasanya menurut nama tulisannya. Tulisan jawi

bermula sejak abad ketujuh Masihi lagi. Tentulah sepanjang masa ini, banyak bukti yang dapat

diketengahkan. Pada zaman dahulu, tulisan jawi digunakan pada prasasti atau batu bersurat (misalnya:

Batu Bersurat Terengganu bertarikh 702H/1303M), batu hidup (ditemuidi Pangkalan Kempas, Negeri

Sembilan), batu nisan (misalnya, di pemakaman raja-raja Aceh di Banda Aceh), mata wang (khasnya

wang emas dan perak, terukir di situ misalnya nama Sultan Muzaffar Syah dan Sultan Mansur Syah),

surat kiriman diraja (antara Raja Melayu dengan raja bukan Melayu, seperti raja Portugal dan raja

Inggeris, juga dengan wakil raja atau pembesar asing yang ada atau datang ke negeri Melayu), kitab dan

buku (misalnya `Aqa¡¯id oleh al-Nasafi yang bertarikh 998 H/1590M), surat perjanjian antara raja dengan

negara diAlam Melayu, catatan pemilikan dan perdagangan, terutamanya di pelabuhan dan kapal

perdagangan.

Kitab lama dahulu pastilah ditulis dalam bentuk manuskrip. Tentang penggunaan tulisan jawi dalam

pelbagai manuskrip abad ke-17, pengkaji Barat, seperti van Rongkel, van Elbinck, Robinson, Gerth v.

Wijk, Werndly, van der Wall, Cohen Stuart, de Hollander, van der Tuuk, Pijnappel, Klinkert, dan Wilkinson

pernah menyatakan rasa kagumnya terhadap keseragaman ejaan jawi dalam manuskrip yang

berkenaan.

Penggunaan tulisan ini diluaskan lagi buat dua abad terakhir ini. Bahan bacaan, seperti surat khabar

(misalnya al-Imam - yang terbit di Singapura - 1906) dan majalah (seperti Bustan Arifin yang terbit di

Melaka - 1236H/1821M) terus menggunakan tulisan jawi. Begitu juga piagam dan teks pemasyhuran,

antaranya pemasyhuran kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu (1957). Dapat dirumuskan bahawa

tulisan jawi yang disentuh tadi terbukti dalam hasil kesusasteraan dan kebudayaan orang Melayu. Hal ini

semakin maju dan membesar, ia melepasi batas berkenaan, sehinggaterbukti dalam kegiatan kesenian

pula. Tentulah perkara iniberhubungan dengan seni khat. Ternyata, orang Melayu sejak dahulu peka

terhadap perkembangan seni khat, meskipun sehingga kini kita masih tidak dapat menandingi hasil seni

khat bangsa Arab, Iran, dan Turki, misalnya. Oleh sebab itu, tulisan jawi yang indah-indah dapat dilihat

dalam pelbagai objek, seperti masjid (termasuklah mihrab, dinding, tiang, pintu besarnya), batu nisan,

bangunan yang berhubungan atau tidak dengan hal keagamaan, batu nisan, sijil syahadah, kepala surat,

nama jalan, takwim, kain pemidang, pengikat kunci, lukisan, dan ukiran yang terpahat, sama ada pada

batu, kayu,logam, tembikar, atau marmar. Dengan menggunakan pelbagai jenis khat yang menarik,

Page 10: Sejarah Jawi n Tokoh

seperti kufi, thuluth, nasakh, farisi, dan raq¡¯ah, terbukti tulisan jawi memberi sumbangan yang sungguh

bermakna demi mengayakan dan mengagungkan lagi kebudayaan dan kesenian bangsa Melayu.

Sesungguhnya, tulisan jawi digunakan dalam pelbagai aspekkehidupan bangsa Melayu sejak berkurun-

kurun dahulu. Sehingga tidaklah keterlaluan jika dikatakan bahawa nadi bangsa Melayu bergantung

sangat pada tulisan jawi, apatah lagi apabila tulisan jawi dihubungkaitkan dengan al-Qur¡¯an yang

menjadi ikutan utama kaum Muslimin. Hasil penelitian terhadap ribuan manuskrip Melayu akan membawa

pengkaji yang jujur dan objektif untuk menyimpulkan bahawa tulisan jawi berjaya memelihara kemurnian

dan ketinggianbahasa Melayu tulisan/persuratan. Selanjutnya, martabat bahasa Melayu haruslah

dipertahankan melalui tradisi penulisan yang lebih baik lagi murni. Berdasarkan yang telah berlaku dan

yang disumbangkan, sukar untukmenafikan bangsa Melayu amat bergantung pada tulisan jawinya.Malah,

tulisan jawi menjadi identiti bangsa Melayu pula.

Sampai ketikanya, perubahan rasa berlaku. Lalu Angkatan Sasterawan 50 mengesyorkan: " ¡¦ sudah

sepatutnya tulisan rumi dirasmikan bagi persuratan Melayu dengan tidak menghapuskan tulisan jawi

sehingga masa akan menentukannya". Cadangan ini diterima oleh KongresBahasa dan Persuratan

Melayu Ketiga di Singapura/Johor Bahru (1956), di samping mencadangkan pembentukan satu badan

untuk mengkaji cara memelihara tulisan jawi dan menyamakan ejaan jawi di Malaya dan di Indonesia.

Hasil saranan kongres ini masih jauh daripada kenyataan hinggalah sekarang. Sejak itu, berlakulah

perkembangan yang tidak sihat ini. Kalau di Turki,tulisan jawi dihapuskan oleh anak bangsanya sendiri

(malah pelbagai aspek undang-undang Islam diubah kepada kanun Barat), kita juga hampir kepada

suasana itu. Pada tahun 1960-an, mulalah pengajaran tulisan jawi di sekolah diabaikan. Ada pula yang

berhujah dengan melihat kelemahan sistem ejaan dalam tulisan jawi itu. Tulisan jawi tidak dapat

melambangkan bunyi/sebutan perkataan sepenuhnya. Memang kita akui, sejak sistem ejaan jawi belum

lagi dibaiki sepenuhnya, perkataan kaf-mim-ba-nga membawa tujuh bunyi: kembang, kambing, kumbang,

kembung, kambung, kambang, dan kombang. Sehinggalah kita ada Ejaan Jawi yang Disempurnakan,

masih ada gejala yang sama, perkataan ba-ya-lam-ya-qaf membawa dua bunyi: bilik dan belek.

Namun, hal ini usahlah dibesar-besarkan. Tambahan pula, konteks ayat akan membimbing pembaca

membunyikan perkataan dengan betul, di samping sering kedengaran perkataan berkenaan. Janganlah

dengan alasan serapuh itu, kita sanggup menghapuskan tulisan jawi yang telah kita warisi berabad-abad

dan berjasa besar dalam kehidupan kita. Akibatnya, dalam konteks keagamaan, seperti yang lumrah

diTurki kini, sudah ada orang Melayu mempelajari ayat untuksembahyang berdasarkan tulisan ruminya

sahaja! Gejala buta tulisan jawi semakin buruk. Mangsa sistem persekolahandasawarsa 60-an

membuktikannya. Sungguh sedih! Ketika dalam pemerintahan British, kita bebas menggunakan tulisan

jawi sehingga dalam wang kertas pun ada tulisan jawi (setelah kita merdeka, hanya beberapa tahun

sudah tercetak tulisan jawi dalam wang kertas RM2). Sebelum itu pemerintah British menggunakan

tulisan jawi dalam perutusan mereka. Janganlah pula sampai kita menemui sarjana bahasa Melayu

(khasnya dari bangsa Melayu) yang tidak menguasai tulisan jawi.

Page 11: Sejarah Jawi n Tokoh

Oleh sebab kesan pengabaian tulisan jawi ini semakin teruk danmembimbangkan, pada tahun 1985,

Kementerian Pendidikan Malaysia mewajibkan tulisan jawi di sekolah rendah agama. Tindakan setakat ini

tidaklah memadai. Kita harus berwaspada, sekiranya tulisan jawi diketepikan - apalagi dikuburkan - maka

mutiara dari Dunia Melayu ini akan hilang, sirnalah ciptaan kreativiti datuk nenek kita dari Alam Melayu.

Sejak abad ketujuh Masihi lagi, dalam pelbagai khazanah tamadun Melayu, daripada falsafah, ilmu,

hukum-hakam, ubat-ubatan, teknologi silam, hinggalah bermacam-macam bidang ilmu (baik dalam

bentuk prosa mahupun puisi), tulisan jawi digunakan dan ia cukup berjasa. Malah tulisan ini menjadi

identiti bangsa Melayu. Maka tidak hairanlah seorang sarjana asing, Dr. Kang Kyoung Seock dari Korea,

yang mengkaji (untuk tesis Sarjananya) sejarah tulisan jawi, menegaskan bahawa baginya tulisan jawi

lebih banyak bersifat kemelayuan daripada rumi. Bahasa yang menggunakan dua aksara terlalu sedikit.

Maka itu kita harus berbangga dengan penggunaan tulisan jawi dan rumi, khasnya Manuskrip Melayu

dan Tulisan Jawi.

Manuskrip Melayu dan Tulisan Jawi

Oleh : Azwar

      Manuskrip Melayu merupakan karya yang ditulis dengan tangandalam tulisan Jawi yang dihasikan

dalam kurun waktu Abad ke-15Masihi sampai pada awal abad ke-20 Masehi. Dalam Manuksrip Melayuini

tercatat pelbagai bahan dan ilmu yang menjadi khazanahkebudayaan Bangsa Melayu pada masa dahulu.

Untuk memahamimanuskrip-manuskrip Melayu, sebelumnya kita harus memahami tulisan jawi, kerana

manuskrip-manuskrip Melayu itu di tulis dalamtulisan jawi. Tulisan Jawi adalahtulisan Arab yang

diadaptasikan olehbahasa Melayu untuk pengejaannya seperti yang kita fahami sekarang ini. Ertinya

huruf yang dipakai adalah huruf-huruf Arab dengan bahasaMelayu, atau dengan ejaan Melayu.

      Sejauh ini belum ada yang dapat memastikan siapa tokoh yang pertama sekali menemukan huruf itu

dan siapa yang memberi nama untuk tulisan dengan percampuran dua kebudayaan besar itu.Kalaupun

kemudian tulisan itu disebut dengan tulisan jawi, sepertinyaitu adalah nama yang diberikan setelah

tulisan itu berkembang oleh pengamat-pengamat bahasa yang mempelajarinya, atau parapengamat yang

menjadikan bahan-bahan berbahasa melayu dan tulisan jawi sebagai sumber kajiannya. Dikatakan ianya

di kalangan ahli-ahli sastra, ahliagama, dan lain sebagainya. Apapun tanggapan tentang tulisan itu,yang

pasti tentu saja tokoh pengasas tulisan jawi itu sangat besarjasanya dalam khasanah keilmuan bagi

bangsa Melayu khususnya dunia ilmu pengetahuan manusia pada umumnya.

      Tulisan jawi yang dimaksud ini tentu saja kata yang tidak dapatdipadankan dengan kata jawi di dalam

kamus R.J Wilkinson, yang mengertikan kata-kata Jawi di dalam bahasa Melayu digunakan untukjawi-

jawi atau jejawi dan juga beras jejawi yang berbeda dengan beraspulut. Selain itu kata jawi yang

dimaksud sebagai tulisan jawi dalambahasa Melayu jelas berbeda dengan makna kata jawi dalam

Bahasa Minangkabau yang dapat diertikan sebagai lembu atau sapi.

      Tulisan Jawi yang telah lama ada dalam khazanah kebudayaanmelayu yang diperkirakan sekitar abad

ke 10 Masihi atau 3 Hijrahhingga ke hari kini dan ia berasal daripada tulisan Arab. Tulisan inilahyang

Page 12: Sejarah Jawi n Tokoh

membangun kebudayaan melayu dan tulisan ini jugalah yangkemudian mengantarkan menuju bahasa

Melayu yang kemudianberkembang menjadi Bahasa Indonesia setelah dikokohkan oleh parapemuda

Indonesia dalam sumpah pemuda.Bukti historis bahwa adanya tulisan jawidalam kebudayaanMelayu

lama dapat dilihat pada bahan-bahan bertulis seperti : batubersurat, manuskrip lama, kertas lama,

majalah, batu nisan, bahan-bahanyang dibuat daripada logam, kulit, alat senjata ,batu lontar,tembikar dan

sejenisnya, ukiran-ukiran pada masjid, rumah, dan istana,azimat, rajah atau penangkal.

      Penemuan pertama batu nisan yang tertulis dalam bahasa Arabdi Sumatera bertarikh 55 Hijrahatau

setara dengan 674 M. Selain itujuga ditemukan di Kedah bertarikh 290 Hijrah. Kedua hal inijelastelah

menunjukkan bahwa tulisan Jawi berasal dari orang Arab yangkemudian telah disesuaikan dengan

menambahkan beberapa huruftambahan kepada huruf Arab untuk menyesuaikannya dengan

gayabahasa orang Melayu. Penambahan ini lebih kepada melengkapi ejaanyang tidak ada dalam bahasa

Arab tetapi ditemui dalam bahasa Melayu.

      Untuk memahami lebih jauh tentang tulisan jawi ada baiknya kitaperhatikan pendapat-pendapat berikut

ini, tentang tulisan jawi yang dikemukakan oleh timbalan peneliti dari perpustakaan Malaysia.

a. Jawi Berasal daripada Maksud Jawi peranakkan.

  Marsden menyebutkan bahwa Raffles menerangkan kata Jawibermaksud campuran dimana beliau telah

merujuk kepada ungkapan anak Jawi iaitu anak campuran kaling dan ibu Melayu (disinilahtimbulnya

istilah jawi peranakan); oleh sebab itu bahasa Jawi adalahbahasa Melayu yang ditulis dengan tulisan

Arab sehingga dapatdiertikan sebagai bahasa campuran.

b. Jawi Berasal dari Perkataaan Jawa atau merujuk kepada

  Bangsa Jawa Hamdan Abdul Rahman dalam bukunya "Panduan Menulis dan Mengeja Jawi" terbitan

Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia pada tahun 1999 mengatakan bahwa kata Jawi itu sendiri berasal

dari nama suku Kaum Jawa. Ertinya kata Jawi itu mengacu pada suku Jawa.Berikut adalah petikan

daripada bukunya berkaitan perkara tersebut:

"Sudah ditakdirkanAllah bahawa di kalangan bangsa Melayu ini,suku yang lebih besarbilangannyaadalah

suku Jawa. Jadi merekalahyang membentuk kumpulan Melayu terbesar di tanah Arab padazaman

dahulu. Akibatnya orang-orang Arab menganggap semuamanusia berkulit sawo matang dari Alam

Melayu ini sebagai orang Jawa.

Seterusnya segala yang berkaitan dengan orang Melayudisifatkan sebagaiJawi. Orangnya dikenali

sebagai orang Jawi,Tanahnya dikenali sebagai tanah Jawi dan bahasanya dinamakan bahasa Jawi dan

tulisan yang digunakan dalam media persuratannya dinamakan tulisan Jawi. Kitab-kitab agama Islam

yang diterjemahkanke Bahasa Melayu terutamanya dalam abad ke-17 Masihi, semuanyamencatat

bahawa penulisnya telah menerima titah raja, wasiat guruatau pesan ayah supaya dia menterjemahkan

kitab tertentu ke dalam bahasa Jawi; bukan bahasa Melayu. Secara berurutan perkataan Jawi ini awalnya

merupakan nama tanah, iaitu Alam Melayu, kemudian menjadi nama bahasa, dan sekarang menjadi

nama tulisan pula."

Page 13: Sejarah Jawi n Tokoh

c. Jawi Berasal daripada nama Sumatera Lama Al-Jawah

  Hashim Haji Musa dalam bukunya "Sejarah PerkembanganTulisan Jawi" lebih setuju dengan pendapat

OmarAwang yangmenegaskan kemungkinan besar kata jawi berasal dari kata dalambahasa Arabal-

Jawah. Kata ini pernah digunakan dalam catatan Arabyang tertulis sebelum pertengahan Abad ke-14 M

untuk menamakanSumatera, misalnyaYa q u t, dalam Mu'jan al-Buldan, Abu Al-Fida' dalam

Taqwim al-Buldandan Ibn Batutahdalam Rihllat Ibn Batutah. Fakta inimenunjukkan satu kemungkinan

yang kuatbahawa tulisan Jawi itudinamakan oleh orang Arab untuk merujuk tulisan ejaan yangdigunakan

oleh orang Sumatera yaitu penduduk Al-Jawah yangberagama Islam dan menggunakan bahasa Melayu.

Hashim Haji Musa lebih lanjut menegaskan bahawa tidak logik bahawa Jawi yang dimaksud sebagai

tulisan jawi adalah istilah yangberasal atau berakar dari kata Jawa. Sebuah kekeliruan bila tulisan

jawiberasal dari kata Jawa yang merujuk pada suku Jawa, karena tulisanJawi telah ada sebelum Jawa

jatuh ke tangan orang Islam pada tahun883 H atau pada tahun 1468 M.

d. Jawi Berasal dari Perkataan Al-Jawah

  W. Marsden pula menyebut bahawa nama Jawi juga pernahmenjadi tanda tanya kepada G.H Werndly

(iaitu ketua penterjemahInjil ke dalam bahasa Melayu pada tahun 1731 M tentang asal-usulnyadan

menyimpulkan bahawa bahasa Jawi boleh dikaitkan dengan perkataan Jawa, yang disebut oleh Marco

Polosebagai nama lamabagi pulau Sumatera pada zaman itu, yang mungkin dihasilkan olehorang Arab

seperti yang disebut oleh Omar Awang di atas.

e. Jawi berasal daripada Perkataan Java Dwipa yg juga dikenalisebagai Al-Jawah (sebuah daerah Asia

Tenggara pada zamanpurbakala).

  Amat Juhairi Moain pulalebih menyakini bahwa kata Jawi berasalAl-Jawah dimana dikatakan bahwa

perkataan ini berasal daripada perkataan "Java dwipa" iaitu sebuah nama daerah Asia Tengara

padazaman Purba. Bukti yang digunakanadalah catatan Ibnu Batutahdalam bukunya al-Rihlahmenggelar

Sumatera sebagai al-Jawah. Bagiorang Arab bagian perkataan "Java"saja yang diambil,

sedangkan"Dwipa" pula ditinggalkan. Kata "Java" ini digunakan untuk merujukkepada keseluruhan

daerah Asia Tenggara. Penduduknya jugadinamakan dengan kata adjektif " Jawi". Oleh kerana itu

"Jawah" dan"Jawi" merujuk kepada semua bangsa dan kaum yang menjadi pribumidi Asia Tenggara;

bukan kepada suku Jawa iaitu penduduk yangberasal dari kepulauan Jawa.

Dari tulisan di atas sedikit banyak dapat difahami bahawa tulisanjawi yang dipakai dalam berbagai

manuskrip Melayu, merupakan karyakreatif dari para pendahulu untuk mengembangkan ilmu

pengetahuandi tanah Melayu. Walaupun belum ada kepastian tentang asal usultulisan jawi, hal ini

memberikan isyarat bahwa masih perlu dilakukankajian lebih lanjut tentang tulisan jawi dalam manuskrip

Melayu.

Perkembangan Ejaan Jawi peringkat pertama.

    Pada peringkat ini telah melalui empat tahap iaitu:

Page 14: Sejarah Jawi n Tokoh

a.    Menggunakan Tulisan Arab

b.    Menghilangkan tanda baris

c.    Menggunakan huruf saksi

d.    Huruf saksi pada suku kata pertama dan kedua

(a)  Menggunakan Tulisan Arab

         Tulisan jawi mengikut ejaan Arab sepenuhnya, dengan menggunakan tanda-tanda baris.

         Terdapat pada manuskrip Melayu lama seperti Aqa’id al-Nasafi(manuskrip tertua).

         Penggunaan tanda baris atau diakritik yang banyak merupakan satu kelemahan pada tahap ini.

         Tanda-tanda baris yang tidak lengkap.

(b)  Menghilangkan baris

         Tanda-tanda baris dihapuskan dan disebut sebagai tulisan Arab Gundu.

         Sukar membunyikan sesuatu perkataan itu dengan tepat serta menimbulkan perkataan yang berbentuk

homograf(sama ejaan, berbeza sebutan).

(c)  Menggunakan Huruf Saksi

         Sistem ejaan Jawi pengaruh melayu dengan dengan mewujudkan huruf-huruf saksi iaitu [ alif, wau, dan

ya ].

         Huruf saksi diletakkan pada suku kata pertama perkataan.

         Kelemahan: Tiada huruf saksi pada suku kata kedua.

                :Masih menimbulkan masalah homograf.

                            :Terdapat perkataan yang boleh dilafazkan dengan

:beberapa bunyi sebutan yang membawa makna

yang berbeza.

(d)  Huruf Saksi pada Kata Pertama dan Kedua

         Menggunakkan huruf-huruf saksi pada suku kata kedua.

         Sistem ini disempurnakan dengan menggunakkan semua huruf Arab dengan enam huruf tambahan

iaitu [ nya, pa, ga, nga, ca, va ]

         Huruf Arab terdiri daripada 29 huruf kecuali [ lam-alif ]

         Kurang enam huruf untuk mewakili bunyi lazim pada orang Melayu.

         Orang Melayu telah mencipta enam huruf tersebut dan sehingga kini huruf Jawi ada 36 huruf

melambangkan fonem dalam bahasa.

                        Perkembangan  Ejaan Jawi Peringkat  II

Page 15: Sejarah Jawi n Tokoh

         Sistem ejaan Jawi berubah secara beransur-ansur tanpa ada panduan bertulis. Pada masa itu, sejarah

hanya mengikut kezaliman yang belaku tanpa peraturan dan panduan. Jika perubahan dilakukan oleh

seseorang penulis, maka ia dengan mudah akan diikuti oleh penulis yang lain. Keadaan ini berterusan

hingga beberapa lama. Menjelang abad ke-20, perkembangan SEJ boleh dibahagikan kepada beberapa

pedoman dan panduan yang disusun atau digunakan oleh orang perseorangan atau pertubuhan  tertentu

seperti:

      Hejaaj. P.Bm.P.B. Diraja,

      Ejaan Jawi Za’ba,

      Sistem Ejaan Dian dan

      Pedoman Ejaan yang Disempurnakan