sejarah hukmn kanun melaka

Upload: dylan-liew

Post on 03-Apr-2018

285 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Sejarah Hukmn Kanun Melaka

    1/2

    Sejarah Hukmn Kanun Melaka

    Sebelum kedatangan Islam undang-undang di Negeri-negeri Melayu ialah undangundang

    tempatan atau undang-undang Adat. Selepas kedatangan Islam undang-undang Islam telah

    diserap masuk di samping undang-undang Adat Undang-undang Islam

    merupakan undang-undang tubuh negeri-negeri di Tanah Melayu sebelum kedatangan

    penjajah British malab hakim-hakini British turut mengakui bahawa undang-undangIslam adalah undang-undang negara ini.Perkara ini seperti yang diputuskan dalam kesRoman

    lawan La/on. Mahkamah Rayuan telah memutuskanbahawa undang-undang Islam bukanlah undang-undang yang asing di negara ini

    sebaliknya merupakan undang-undang tempatan.R.J.Wilkinson juga pernah

    menyatakan,"Sekiranya undang-undang Inggeris tidak diterima pakai, maka sudah

    pasti undang-undang Islam akan menjadi undang-undang Tanah Melayu."

    Sultan Melaka yang pertama iaitu Parameswara selepas menganut agama

    Islam telah menerima undang-undang Islam sebagai undang-undang negara Undangundang

    Melaka yang pertama ini ditulis oleh Hang Sidi Ahmad. Undang-undang ini

    terbahagi kepada dua bahagian iaitu Qanun Melaka yang dikuatkuasakan di daratan

    negeri Melaka dan Qanun Laut Melaka yang dikuatkuasakan di atas kapal. Undangundangini diandaikan telah ditulis pada tahun 1444M.

    Menurut R.O. Winstedt, Undang-undang Melaka merupakan undang-undang

    Melayu yang terawal. Walaupun banyak pendapat yang menyatakan Hukum Kanun

    Melaka ini digubal pada zaman Sultan Mahmud Syah (1488-1511M), sultan Melaka

    yang terakhir namun tiada hujah untuk menyangkal kenyataan di dalam Sejarah

    Melayu yang menyatakan bahawa ia digubal pada masa pemerintahan Sultan

    MuzafTar Shah yang memerintah di antara tahun 1445-1458M.

    Liaw Yock Fang mengemukakan pendapat bahawa Undang-undang Melaka

    yang asal dan kemungkinan juga Undang-undang Laut mula digubal semasapemerintahan Sultan Muhammad Shah (1424-1444M) dan disempumakan pada

    zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah (1445-1458M), zaman keemasan

    Kesultanan Melaka. Seksyen mengenai Undang-undang Islam terutama berkaitan

    perdagangan dan acara mungkin telah disusun selepasnya. Seksyen Undang-undang Negeri dan

    Undang-undang Johor mungkin disusun pada awal abad ke 16M apabilaPortugis pertama kali sampai ke Melaka. Undang-undang Johor kemungkinan digubal

    atas titah Sultan Mahmud Shah (1761-1812M), put era kepada Sultan Abdul Jalil Shah(1760-1761M).

    Hakikatnya, tarikh penggubalan dan Sultan yang menitahkan penggubalan

    Hukum Kanun Melaka masih belum muktamad kerana Sejarah Melayu tidak

    menghuraikan dengan jelas mengenainya. Persamaan di antara Sejarah Melayu dan

    Hukum Kanun Melaka ialah berkaitan Adat Istiadat DiRaja Melayu. Dalam Sejarah

    Melayu ada dinyatakan bahawa Sultan Iskandar dan Sultan Muhammad peraah

    *)*} memberi arahan supaya menggubal undang-undang Melaka. Selqranya hal.ini benar

    kemungkinan beberapa bahagian dari kandungan undang-undang Melaka ini telah

    digubal lebih awal dari zaman pemerintahan Sultan MuzafFar Shah seperti dakwaan

    Winstedt. la mungkin mula digubal sebaik Melaka dibuka kerana Melaka dibuka oleh

    Parameswara yang datang dari Palembang dan kemudiannya mendirikan kerajaan di

    Singapura sebelum menetap di Melaka. Baginda adalah seorang pemerintah yang

    berpengalaman, oleh itu tidak menjadi masalah kepada baginda untuk mempunyai

    sistem perundangan bagi negeri Melaka. Maka adalah dirasakan dakwaan Winstedt

    tersebut tidak boleh diterima kerana sukar dibayangkan bagaimana Melaka diperintahtanpa sistem perundangan sebelum era pemerintahan Sultan Muzaffar Shah.23

  • 7/29/2019 Sejarah Hukmn Kanun Melaka

    2/2

    Walaupun terdapat pelbagai pendapat mengenai tarikh penggubalan Hukum

    Kanun Melaka namun kita masih boleh menyelaraskan pendapat-pendapat tersebut

    dengan membuat rumusan bahawa Hukum Kanun Melaka mungkin mula digubal dari

    era pemerintahan Melaka mula menerima Islam. Jika menurut Sejarah Melayu Sultan

    Muhammad Shah (1424-1444M) yang mula-mula memeluk Islam.24 Seterusnya ia disempurnakan

    pada zaman pemerintahan seterusnya iaitu zaman Sultan MuzaffarShah(J445-1458).