sejarah gerakan koperasi di malaysia

18
1 PENDAHULUAN Gerakan koperasi di Malaysia dibahagikan kepada 3 era iaitu era sebelum perang dunia kedua, era selepas perang dunia kedua dan era baharu. Selain itu didalam sejarah gerakan koperasi ini terdapat pelbagai rintangan sebelum wujudnya koperasi di Malaysia. Sejarah kewujudan koperasi di Malaysia ini bermula untuk membantu masyarakat di bandar dan luar bandar yang tiada pendedahan tentang pengurusan kewangan. Maksud koperasi Pernyataan Identiti Koperasi Kongres 1995 mendefinisikan koperasi adalah sebuah persatuan manusia yang berautonomi, bergabung secara sukarela, berjuang untuk memenuhi keperluan dan aspirasi bersama di dalam bidang ekonomi, sosial dan budaya. Ia disalurkan melalui pertubuhan yang dimiliki bersama dan dikawal secara demokratik. GERAKAN KOPERASI DI MALAYSIA 1.0 ERA SEBELUM PERANG DUNIA KEDUA Sejarah pergerakan koperasi di tanah melayu bermula sebelum perang dunia kedua lagi. Pergerakkan koperasi ini bermula di kawasan bandar dan juga luar bandar. Pertubuhan koperasi ini diperkenalkan sebagai usaha kerajaan pada masa itu untuk menangani masalah perekonomian masyarakat di Tanah Melayu terutamanya masyarakat petani melayu. Di kawasan luar bandar pula para petani menghadapi masalah dari segi kewangan dan ini memberi ruang kepada ‘orang tengah’ mengekploitasi keadaan ini untuk memaksa golongan petani ini memilih sistem kewangan yang sedia ada di kawasan setempat mereka pada ketika itu. Antara sistem dan sumber pinjaman

Upload: nadia-bohari

Post on 22-Jun-2015

660 views

Category:

Education


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: sejarah gerakan koperasi di Malaysia

1

PENDAHULUAN

Gerakan koperasi di Malaysia dibahagikan kepada 3 era iaitu era sebelum perang dunia

kedua, era selepas perang dunia kedua dan era baharu. Selain itu didalam sejarah gerakan

koperasi ini terdapat pelbagai rintangan sebelum wujudnya koperasi di Malaysia. Sejarah

kewujudan koperasi di Malaysia ini bermula untuk membantu masyarakat di bandar dan luar

bandar yang tiada pendedahan tentang pengurusan kewangan.

Maksud koperasi

Pernyataan Identiti Koperasi Kongres 1995 mendefinisikan koperasi adalah sebuah

persatuan manusia yang berautonomi, bergabung secara sukarela, berjuang untuk memenuhi

keperluan dan aspirasi bersama di dalam bidang ekonomi, sosial dan budaya. Ia disalurkan

melalui pertubuhan yang dimiliki bersama dan dikawal secara demokratik.

GERAKAN KOPERASI DI MALAYSIA

1.0 ERA SEBELUM PERANG DUNIA KEDUA

Sejarah pergerakan koperasi di tanah melayu bermula sebelum perang dunia kedua lagi.

Pergerakkan koperasi ini bermula di kawasan bandar dan juga luar bandar. Pertubuhan

koperasi ini diperkenalkan sebagai usaha kerajaan pada masa itu untuk menangani

masalah perekonomian masyarakat di Tanah Melayu terutamanya masyarakat petani

melayu.

Di kawasan luar bandar pula para petani menghadapi masalah dari segi kewangan dan ini

memberi ruang kepada ‘orang tengah’ mengekploitasi keadaan ini untuk memaksa

golongan petani ini memilih sistem kewangan yang sedia ada di kawasan setempat mereka

pada ketika itu. Antara sistem dan sumber pinjaman kewangan yang terdapat di kawasan

luar bandar pada ketika itu adalah sistem padi kunca atau padi ratus. Sistem padi ini

adalah sistem dimana perjanjian antara petani dengan peminjam wang dimana padi

tersebut belum lagi ditanam tetapi ianya telah dijual. Sistem ini biasanya berlaku di antara

para petani dengan pekedai runcit, peminjam wang atau sahabat handai.

Page 2: sejarah gerakan koperasi di Malaysia

2

Di kawasan bandar pula penduduk yang ada diantaranya menjadi kakitangan kerajaan juga

menghadapi masalah kewangan. Ada diantara mereka membuat atau mendapat pinjaman

daripada kedai pajak gadai, money lenders (ceti) ataupun peminjam wang professional.

Menurut Datuk Abdul Majid, keadaan ini berlaku disebabkan oleh tiada perangsang untuk

menaikkan perasaan menolong diri sendiri dan tidak ada perikatan atau persekutuan yang

meminjamkan wang dengan senang lagi murah faedahnya bagi membantu mereka yang

berkehendakan pinjaman untuk menjalankan pekerjaan dan perusahaan mereka.

Bermula tahun 1907 seorang pegawai Inggeris bernama Sir Arthur Young yang

merupakan (Colonial Secretary Of The Straits Settlement In Singapore) telah

mencadangkan idea tentang pertubuhan koperasi ini ke Tanah Melayu namun cadangan

tersebut dibatalkan kerana keadaan belum bersedia untuk menubuhkan koperasi di Tanah

Melayu pada masa itu.

Pada tahun 1911 Sir Arthur Young yang pada ketika itu merupakan Secretary of Federated

Malay States menubuhkan jawatankuasa mengkaji penubuhan koperasi namun jawatan

kuasa ini juga gagal kerana perang dunia pertama.

Pada tahun 1918 selepas perang dunia pertam tamat idea penubuhan koperasi ini timbul

lagi. Namun kini masalah lain pula yang timbul berikutan ada segelintir pemimpin agama

mempertikaikan terhadap penggunaan faedah yang terdapat dalam sistem koperasi kredit.

Sekali lagi penubuhan koperasi tidak dapat diteruskan kerana tiada kerjasama daripada

mereka ini.

Tahun 1921 membawa sinar baru apabila Alexander Cavendish seorang pegawai Inggeris

telah dihantar ke Burma bagi mengkaji gerakan koperasi disana. Hasil dari kajiannya di

Burma, satu laporan telah dibentangkan kepada Majlis Persekutuan (Federal Council)

pada 13 Disember 1921.

Sultan Perak pada masa itu telah memanggil para pemimpin agama dan orang besar negeri

untuk bermesyuarat pada 26 Jun 1922 berkenaan pertikaian faedah dalam koperasi kredit.

Pemimpin agama dari Arab Saudi dan Mesir telah dihubungi melalui surat dan mereka

memberi penjelasan bahawa menjadi anggota sebuah koperasi tidak bertentangan dengan

hukum Islam. Penyertaan masyarakat melayu selepas itu sangat menggalakkan 28 Jun

1922, satu undang-undang Syarikat Kerjasama 1922 telah diluluskan oleh Majlis

Mesyuarat Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. 1 Julai 1922, sebuah agensi kerajaan khusus

Page 3: sejarah gerakan koperasi di Malaysia

3

untuk koperasi ditubuhkan iaitu Pejabat Kemajuan Kerjasama di Taiping, Perak dan

Alexander Cavendish telah dilantik sebagai Pendaftar atau Pesuruhjaya Kemajuan

Kerjasama yang pertama. 21 Julai 1922, koperasi pertama telah ditubuhkan di kawasan

Bandar iaitu Syarikat Bekerjasama Jimat Cermat Pinjaman Wang Pekerja Jabatan Pos dan

Telekom Berhad. Negeri lain di semenanjung Tanah Melayu telah mengambil langkah

untuk mengadakan Undang-undang Syarikat Kerjasama bagi negeri masing-masing.

Antaranya negeri yang menubuhkan kerjasama ini adalah negeri Kedah(1924), Perlis

(1924), Johor(1927), Kelantan (1934) dan Terengganu (1939).

Tahun 1924 ini menyaksikan seorang anak melayu telah dilantik sebagai Penolong

Pendaftar Koperasi yang pertama iaitu Kapten Noor M. Hashim. Pada tahun ini juga

pejabat pendaftar Syarikat Kerjasama berpindah dari Taiping ke kuala Lumpur. 3

Disember 1924 telah tertubuhnya koperasi luar Bandar yang pertama iaitu Syarikat

Kampung Tebuk Haji Musa Bekerjasama dengan Tanggungan Berhad di Parit Buntar,

Krian, Perak. Pertubuhan ini lebih tertumpu di kawasan penanaman padi.

Pada 1938 sebanyak 76 koperasi jenis kredit telah ditubuhkan dengan keanggotaan

seramai 30,626 orang dan yuran sebanyak RM 6.4 juta. Jumlah koperasi ini terus

berkembang pada 1939 iaitu sebanyak 515 buah kopersai telah ditubuhkan. Namun

pergerakkan koperasi menjadi tidak aktif pada tahun 1941 sehingga 1945 akibat Perang

Dunia Kedua.

2.0 ERA SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA

Era selepas Perang Dunia Kedua membawa banyak perubahan pada gerakan koperasi.

Antaranya kegiatan koperasi kembali pulih. Kerajaan telah mengubah dasarnya tentang

koperasi kepada dasar interventionist, di mana dana awam mula digunakan dan keadaan

tersebut telah membantu terbentuknya sebuah gerakan koperasi yang bebas yang bebas di

negara ini. Pada tahun 1948, perundangan baharu koperasi telah diperkenalkan di Malaya

dengan pemansuhan Co-operative Societies Enactment 1922. Seterusnya, pada tahun yang

sama Co-operative Societies Ordinance No. 3 diperkenalkan bagi menyelaraskan semua

perundangan koperasi yang ada. Sebelum itu sudah terdapat enakmen koperasi dalam

negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu.

Era selepas perang dunia kedua telah menampakkan keadaan tertentu dalam gerakan

koperasi negara. Pertama, wujudnya percanggahan antara rancangan pembangunan

Page 4: sejarah gerakan koperasi di Malaysia

4

gerakan koperasi yang serba kekurangan dengan sistem ekonomi pertanian komersial

dalam kalangan masyarakat luar Bandar. Keadaan ini timbul ekoran daripada program

pembangunan koperasi dalam kalangan masyarakat petani terpaksa bersaing dengan

institusi yang telah lama wujud seperti kegiatan orang tengah dan peminjam wang.

Jabatan Kemajuan Kerjasama pula masih lagi kekurangan kakitangan dan kemampuan.

Manakala di negeri Sarawak, Sarawak Co-operative Societies Ordinance telah diluluskan

pada tahun 1949. Hasilnya koperasi diperkenalkan di sana bagi membantu masyarakat

yang menghadapi beban hutang daripada orang tengah dalam pengedaran dan pembelian

barang-barang. Walau bagaimanapun banyak masalah pelaksanaan telah timbul seperti

kekurangan pegawai Jabatan Kemajuan Kerjasama, masalah buta huruf dalam kalangan

masyarakat dan kesulitan perhubungan. Pada tahun 1954 sebanyak 172 koperasi jenis

pemasaran telah didaftarkan dengan modal pusingan sebanyak RM10.5 juta. Seterusnya

pada 2 Ogos 1954 koperasi se Malaysia (MCIS) telah didaftarkan. Ini adalah koperasi

yang menjalankan perkhidmatan insurans di negara ini. Ia menyediakan polisi-polisi

insurans kepada anggota seperti insurans nyawa, insurans kereta, insurans kebakaran,

insurans hospital dan sebagainya. Pada tahun 1954 juga Bank Persatuan Kerjasama

ditubuhkan. Kemudian ia bergabung dengan Bank Agung Kampung Bekerjasama

Persekutuan Tanah Melayu. Koperasi bank ini kemudiannya dikenali sebagai Bank

Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat).

Pada tahun 1955 sebanyak 22 koperasi perumahan telah didaftarkan. Dalam bidang

pendidikan koperasi sebuah pusat latihan khas bagi melatih anggota dan pemimpin

koperasi negara ini telah ditubuhkan pada tahun 1956, iaitu Maktab Kerjasama Malaysia

(MKM) yag terletak di Petaling Jaya, Selangor. Dato’ Abdul Majid Haji Mohamed

dilantik sebagai pengetua MKM yang pertama. Seterusnya pada tahun 1957 terdapat

sebanyak 2243 syarikat kerjasama di Malaysia yang dengan modal pusingan berjumlah

RM74,051,354 dan keahliannya seramai 267,685 orang.

Di negeri Sabah telah dikuatkuasakan Sabah Co-operative Ordinance No.3 diluluskan dan

dikuatkuasakan pada tahun 1958. Perkembangan koperasi di Sabah pada peringkat awal

mengalami masalah kerana taraf pendidikan masyarakatnya yang rendah. Terdapat juga

masalah kekurangan pegawai Jabatan Kemajuan Kerjasama yang berkelayakan dan

kesulitan komunikasi. Koperasi di kawasan Bandar di negeri itu lebih berjaya berbanding

Page 5: sejarah gerakan koperasi di Malaysia

5

kawasan di luar Bandar yang lebih mengamalkan ekonomi sara diri. Terdapat juga

koperasi pembangunan tanah yang mengusahakan penanaman komersial terutamanya

kelapa sawit dan getah atas tanah yang dikurniakan oleh kerajaan negeri.

Jika dilihat daripada segi jenis aktiviti dalam tahun-tahun 1950-an, koperasi di negara ini

telah menceburkan diri dalam aktiviti pemprosesan kilang padi, pemasaran dan pengguna

kedai runcit. Dalam tempoh tersebut koperasi kredit di luar Bandar telah bergabung

menjadi Bank-Bank Persatuan Kerjasama. Mereka kemudiannya bercantum menjadi Bank

Agung Kampung Bekerjasama Tanah Melayu yang pada ketika ini dikenali sebagai Bank

Kerjasama Rakyat Malaysia atau Rakyat.

Pada tahun 1968, Akta Maktab Kerjasama telah diperkenalkan dan buat kali pertama

sebahagian daripada keuntungan koperasi di negara ini telah diwajibkan untuk dicarum

dalam Tabung Amanah Pendidikan Koperasi, di mana sebahagian besar daripada sumber

pembiayaan MKM ialah daripada peruntukan tabung berkenaan.

Sepanjang tahun 1960, koperasi bercorak serbaguna mula ditubuhkan di negara ini,

terutamanya di kawasan luar Bandar yang melihat banyak pergabungan antara koperasi

satu fungsi yang ditubuhkan pada tahun 1950-an. Di kawasan Bandar pula, koperasi

perumahan dan perkhidmatan telah ditubuhkan.

Pada tahun 1965 koperasi sekolah mula diperkenalkan di negara ini hasil cetusan idea Y.

M. Prof. Diraja Ungku A. Aziz melalui hasil penubuhan Koperasi kedai Buku Universiti

Malaya. Penubuhan koperasi sekolah merupakan satu fungsi baru yang diharap dapat

menjadi sumber penting ke arah tersebut. Di samping memberi pelbagai-bagai faedah

kepada para pelajar, guru-guru dan sekolah. Koperasi sekolah juga boleh menjadi satu

institusi yang membekalkan tenaga, kepimpinan dan ideologi koperasi kepada

pertumbuhan generasi pelapis di dalam perkembangan gerakan koperasi masa depan.

Matlamat koperasi sekolah adalah untuk membentuk amalan berjimat cermat dan

berdikari, mewujudkan suasana latihan amali pengurusan dan perdagangan, menyemai

sifat dan unsur-unsur demokrasi, menggalakan sifat bekerjasama dan mengasuh bakat

kepimpinan.

Terdapat perbezaan daripada segi kemajuan antara koperasi luar Bandar yang kekurangan

modal dan kepimpinan lemah dengan koperasi di Bandar yang lebih bebas dan

berkemampuan dari segi modal dan kepimpinan. Koperasi di Bandar disokong oleh dua

Page 6: sejarah gerakan koperasi di Malaysia

6

badan gabungan seperti Co-operative Union of Malaysia (CUM) dan Midland Co-

operative Union.

Hasil daripada penganjuran “Kongres Koperasi Malaysia Kedua”, Angkatan Koperasi

Kebangsaan Malaysia atau ANGKASA telah ditubuhkan pada tahun 1971, kemudiannya

dianggap sebagai badan puncak gerakan koperasi. Ia juga dianggap disifatkan sebagai

wakil gerakan koperasi Malaysia pada peringkat kebangsaan terutamanya bagi koperasi di

kawasan luar Bandar dan juga di peringkat antarabangsa.

Secara umum, gerakan koperasi di Malaysia yang bermula pada tahun 1970-an telah

terbahagi kepada tiga kategori umum, iaitu koperasi yang berasaskan pertanian, perikanan

dan koperasi bukan pertanian. Ketiga-tiga kategori koperasi tersebut pula diawasi oleh

tiga agensi kerajaan yang berasingan, iaitu Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) bagi

mengawasi koperasi bercorak pertanian sejak tahun 1975. Dengan tertubuhnya LPP,

sebanyak 1550 buah koperasi berasaskan pertanian telah diletakkan dibawah penyeliaan

pihak LPP.

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) pula yang ditubuhkan pada tahun 1975

bertanggungjawab kepada koperasi bercorak perikanan. Dengan penubuhan LKIM

sebanyak 76 buah koperasi nelayan telah diletakkan di bawah pengawasan agensi

berkenaan, manakala Jabatan Pembangunan Koperasi Malaysia (JPK) menyelia koperasi

selain daripada koperasi berasaskan pertanian dan perikanan di negara ini.

3.0 ERA BAHARU KOPERASI

Dekad 1980-an telah memulakan satu dimensi baharu kepada gerakan koperasi di

Malaysia. Dengan inisiatif dari Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar

atau KPNLB, “Era Baharu Koperasi” telah dirasmikan pelancarannya oleh Timbalan

Perdana Menteri Malaysia pada 28 Februari 1982. Dengan bermulanya Era Baharu

Koperasi ini, diharapkan gerakan koperasi Malaysia dapat memberikan satu imej yang

baharu iaitu ke arah menjadikan gerakan koperasi di negara ini sebuah gerakan yang

progresif, dinamik dan maju

Langkah-langkah tertentu diambil oleh kementerian dan JPK supaya koperasi dapat

memperbaiki keadaan pengurusan masing-masing terutamanya dalam soal melicinkan

pentadbiran , mengemaskini akaun dan pengauditan serta membasmi penyelewengan.

Page 7: sejarah gerakan koperasi di Malaysia

7

Koperasi juga dikehendaki mengadakan mesyuarat agung tahunannya masing-masing

dan mereka yang gagal berbuat demikian akan disenaraihitamkan.

Selaras dengan Era Baharu Koperasi tersebut, JPK telah mengusahakan penubuhan

koperasi jenis baharu seperti Koperasi Pembangunan Daerah (KPD) sebagai sebuah

koperasi yang menjalankan projek-projek kecil di kawasan luar Bandar negara ini.

Kemudian ditubuhkan pula Koperasi Pembangunan Negara (KPN) yang

mengendalikan program di peringkat nasional seperti pembekalan bahan dan jentera,

import dan eksport, perusahaan dan perdagangan, pembangunan tanah serta pelaburan.

Dua jenis koperasi baharu yang ditubuhkan ialah Koperasi Industri Kampung (KIK)

yang berusaha memajukan taraf sosioekonomi pengusaha kraftangan dalam satu

organisasi pengeluaran dan pemasaran yang teratur. Koperasi Pelaburan Pekerja (KPP)

pula ditubuhkan untuk membolehkan pekerja sesebuah organisasi perniagaan

bergabung dan membuat pelaburan dalam modal saham di syarikat di mana mereka

bekerja. Untuk mengatasi masalah pengauditan yang kurang kemas dan teratur dalam

kalangan koperasi di negara ini, Kementerian berkenaan iaitu KPNLB telah

menubuhkan Institut Juruaudit Koperasi pada tahun 1982. Institut ini bertujuan

membantu melahirkan juruaudit koperasi bagi mengatasi kekurangan juruaudit luar

yang bertauliah dalam gerakan koperasi

Koperasi Kawalan Kredit (KKK) juga ditubuhkan pada Jun 1986 bagi mengawasi

koperasi di negara ini yang menerima deposit daripada anggotanya dan membantu

koperasi yang menghadapi kesulitan kewangan berhubung dengan kegiatan penerima

deposit.

3.1 Permulaan Koperasi Kredit Di Malaysia

Sejarah gerakan koperasi di Malaysia amat berkait rapat dengan koperasi kredit. Ini

disebabkan gerakan koperasi di negara ini dimulakan dengan penubuhan koperasi

kredit. Masalah keterhutangan di kalangan penduduk desa dan kakitangan kerajaan

menjadi pendorong utama koperasi kredit atau pada ketika itu dikenali sebagai syarikat

bekerjasama-sama jimat cermat pinjam meminjam ditubuhkan. Model penubuhan

koperasi di negara ini diambil dari negara India dan Burma yang pada ketika itu telah

pun mempunyai gerakan koperasinya sendiri yang dibawa oleh penjajah Inggeris

Page 8: sejarah gerakan koperasi di Malaysia

8

bermula tahun 1904. Negara India telah menggunakan model koperasi kredit

Raiffeisen di Jerman. Banyak koperasi kredit diwujudkan di kampung-kampung untuk

menangani masalah keterhutangan dikalangan penduduk kampung di India. Pada

ketika itu penduduk kampung banyak yang berhutang dengan pemberi hutang yang

mengenakan kadar bunga yang sangat tinggi.

Idea untuk menubuhkan koperasi kredit di negara ini telah dibawa oleh Sir Arthur

Young pada tahun 1911 apabila beliau menjadi Ketua Setiausaha Malaya. Sebab

utama diperkenalkan koperasi kredit ini juga sama seperti di negara-negara lain iaitu

untuk melepaskan penduduk daripada cengkaman orang tengah dan pemberi hutang.

Bagi petani-petani di negara ini, sistem padi kunca atau padi ratus telah menjadi

amalan yang membinasakan perusahaan menanam padi. Di dalam sistem ini

kebanyakkan petani terpaksa menggadaikan tanah masing-masing untuk meminjam

wang daripada pengilang, pedagang dan pemberi pinjaman wang untuk menampung

perbelanjaan penanaman dan perbelanjaan rumah tangga serta lain-lain perbelanjaan

yang terpaksa di antara tempoh menyemai dan menuai. Syarat-syarat pinjaman itu

memaksa mereka menjual tanaman mereka apabila dituai kepada pemberi pinjaman

tersebut dengan harga yang tidak berpatutan. Syarat-syarat pinjaman ini mengenakan

bunga yang terlalu tinggi menjadikan petani yang berhutang ini terus hidup seperti

hamba. Banyak tanah-tanah telah tergadai di tangan pemberi hutang dan petani-petani

tersebut seterusnya menyewa pula tanah-tanah yang pada mulanya adalah kepunyaan

mereka. Usaha menubuhkan syarikat kerjasama ini adalah untuk membolehkan petani-

petani tersebut menebus kembali tanah-tanah yang tergadai serta memperolehi wang

untuk mengusahakan tanaman mereka. Bagi koperasi kredit yang ditubuhkan

dikalangan kakitangan kerajaan adalah untuk melepaskan mereka dari beban hutang

pajak gadai atau hutang ceti.

Idea penubuhan koperasi kredit ini bagaimanapun pada awal permulaannya telah

mendapat tentangan daripada kumpulan-kumpulan agama disebabkan unsur riba yang

dikatakan ada dalam urus niaga pinjaman yang akan dijalankan. Setelah itu

perbincangan demi perbincangan yang menghimpunkan para ulamak di kalangan

mufti-mufti negeri Melayu Bersekutu dan negeri-negeri Selat selain meminta pendapat

daripada pihak berkuasa tertinggi negara Mesir dan Mufti Mekah. Akhirnya setelah

DYMM Sultan Perak memberikan pendapatnya setelah membuat kajian dan

perbincangan dengan para ulamak, diikuti oelh DYMM Sultan Selangor dan DYMM

Page 9: sejarah gerakan koperasi di Malaysia

9

Sultan Kedah, satu fatwa telah dikeluarkan bahawa urus niaga di kalangan ahli

koperasi itu tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip agama, barulah idea penubuhan

koperasi kredit ini dapat dilaksanakan pada tahun 1922.

Koperasi pertama yang ditubuhkan ialah “The Federated Malay States Posts and

Telegraphs Co-operative Thirft & Loan Society, Limited” yang didaftarkan pada 21

Julai 1922. Koperasi luar Bandar yang pertama didaftarkan ialahm “Syarikat Tebuk

Haji Musa Bekerjasama-sama dengan Tanggungan Berhad” di Titi Serong, Perak yang

didaftarkan pada 12 Januari 1923

3.1.1 Perkembangan Koperasi Kredit

Sehingga tahun 1930 Syarikat Kerjasama Kredit Luar Bandar telah berkembang pesat

mengatasi syarikat-syarikat kerjasama yang lain. Koperasi ini telah berjaya menyelamatkan

kaum petani daripada sistem padi kunca dan dapat menanamkan tabiat jimat cermat dan

tolong menolong. Sejak gerakan koperasi diperkenalkan pada tahun 1922, sehingga tahun

1940an kebanyakan koperasi yang ditubuhkan di negara terdiri daripada koperasi kredit sama

ada di Bandar atau luar Bandar. Gerakan koperasi telah terhenti seketika apabila berlaku

Perang Dunia Kedua akan tetapi telah bangkit kembali selepas perang bersama-sama dengan

kebangkitan semangat bekerjasama. Mulai tahub 50an koperasi-koperasi kredit luar Bandar

telah pun menubuhkan koperasi peringkat menengah yang dikenali sebagai Bank-bank

Persatuan Kerjasama yang kemudiannya bergabung dalam Bank Agung Kampung

bekerjasama Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1954. Bank agung ini kemudiannya

dikenali sebagai Bank Kerjasama Rakyat atau lebih dikenali sebagai Bank Rakyat pada masa

kini.

Koperasi kredit pada ketika ini tidak ketinggalan mengambil bahagian di dalam peristiwa-

peristiwa semasa negara dengan menghulurkan bantuan atau derma. Antara peristiwa-

peristiwa tersebut adalah derma untuk Tabung Amanah Kebajikan Perwira yang ditubuhkan

untuk membantu keluarga dan tanggungan anggota pasukan keselamatan yang telah terkorban

atau cedera sewaktu menjalankan tugas. Penubuhan tabung tersebut adalah berikutan tragedi

berdarah di Keroh pada Jun 1968 di antara pasukan polis hutan dengan pengganas komunis.

Koperasi kredit juga turut menyumbang kepada Tabung Bantuan Bencana Negara yang

diwujudkan untuk membantu mangsa-mangsa banjir yang melanda negara pada tahun 1967

dan sumbangan untuk penubuhan Universiti Kebangsaan pada tahun 70an.

Page 10: sejarah gerakan koperasi di Malaysia

10

Dari segi bilangan pada tahun 60an koperasi kredit diluar Bandar merupakan terbanyak.

Sehingga tahun 1965, bilangannya mencecah 1576 dengan keanggotaan 58000 orang dan

modal kerja berjumlah RM2 juta. Terdapa dua jenis pinjaman yang diberikan iaitu pinjaman

bermusim dan pinjaman jangka masa sederhana antara satu hingga tiga tahun. Pinjaman

bermusim diberikan kepada penanam padi dan dibayar ketika musim menuai. Pinjaman

jangka masa sederhana diberikan untuk membiayai kos pembelian peralatan pertanian,

binatang ternakan dan input pertanian yang lain.

3.1.2 Koperasi Kredit Masa Kini

Terdapat pelbagai saingan daripada institusi kewangan yang menyediakan pelbagai pinjaman

kepada orang ramai, koperasi kredit masih terus berupaya menawarkan perkhidmatan simpan

pinjam kepada anggotanya. Koperasi kredit yang terdapat sehingga kini kebanyakannya

dianggotai oleh kakitangan kerajaan. Kini terdapat dua buah bank koperasi dan 471 buah

koperasi kredit diseluruh negara. Salah satu factor yang menyumbang kepada keteguhan

koperasi kredit ini ialah wujudnya kemudahan potongan gaji yang dikendalikan oleh badan

induk koperasi Angkasa sejak tahun 1977. Dengan kemudahan ini majikan akan menghantar

potongan gaji kakitangannya secara pukal kepada Biro Potongan Gaji Angkasa yang

seterusnya akan mengagihkan potongan gaji ini kepada koperasi-koperasi yang berkenaan.

Pada masa kini terdapat kecenderungan koperasi kredit untuk mengamalkan sistem pemberian

pinjamannya mengikut kaedah muamalah Islam iaitu mengikut sistem jual beli berlandaskan

syariah. Terdapat produ-produk baru mengikut syariah menggantikan produk-produk

konvensional. Terdapat beberapa koperasi kredit menawarkan skim pajak gadai secara Islam

atau yang dikenali sebagai al- Rahnu.

Teknologi juga telah membantu koperasi-koperasi kredit untuk mempertingkatkan keupayaan

sistem pengurusannya seperti menggunakan sistem pentadbiran berkomputer. Tidak kurang

jumlah koperasi kredit yang telah mempunyai laman webnya sendiri yang memudahkan

urusan antara anggota dan koperasi. Persaingan yang diberikan oleh institusi kewangan lain

memerlukan koperasi kredit memperhebatkan perkhidmatan kepada anggota seperti

mempelbagaikan perkhidmatan yang sedia ada dan memendekkan waktu pemprosesan

pembiayaan yang diberi. Sebagai koperasi faktor kebajikan anggota juga menjadi sebahagian

daripada tujuan penubuhannya. Antara perkhidmatan yang diberikan oleh kebanyakan

koperasi kredit ialah pewujudan kumpulan wang daripada keuntungan yang diperolehi untuk

Page 11: sejarah gerakan koperasi di Malaysia

11

kebajikan anggota-anggotanya. Sebagai contoh kumpulan wang kebajikan anggota untuk

tujuan membantu anggota yang di dalam kesusahan , kumpulan wang pendidikan yang

memberikan insentif pelajaran kepada anggota dan anak-anak anggota dan kumpulan wang

khairat kematian dan insurans berkelompok.

Fungsi koperasi kreditpada masa kini boleh dikatakan sudah jauh berbeza daripada ketika

zaman permulaannya dahulu. Semasa permulaannya koperasi kredit merupakan ‘penyelamat’

kepada anggota-anggotanya daripada cengkaman pemberi pinjaman dan orang tengah. Kini

koperasi kredit berada di dalam pasaran terbuka yang mendapat saingan dari segenap sudut.

Seorang anggota koperasi kini mempunyai banyak pilihan untuk mendapatkan kemudahan

kredit. Cara yang terpantas dan mudah adalah menggunakan kad kredit yang dapat memberi

kemudahan kredit di mana sahaja. Institusi kewangan seperti bank-bank komersial juga

menawarkan pelbagai produk kredit seperti pinjaman peribadi dan skim kredit mikro yang

tidak memerlukan penjamin atau sandaran. Di samping itu, terdapat juga pemberi pinjaman

berlesen yang masih beroperasi.

Kebanjiran pelbagai produk kredit di pasaran memberikan cabaran kepada anggota koperasi

kredit itu sendiri untuk mengurus kewangannya. Koperasi kredit sebagai institusi yang

menjaga kepentingan anggota-anggotanya serta bertanggungjawab memberi pendidikan

kepada anggota dari segi pengurusan kewangan. Pembiayaan yang diperolehi daripada

koperasi sewajarnya dimanfaatkan untuk tujuan yang memberi nilai tambah kepada peminjam

dan bukan hanya untuk sesuatu pembaziran. Sebagai koperasi kejayaan sesebuah koperasi

kredit bukan hanya terletak pada pencapaian kewangannya sahaja tetapi juga kepada

kesejahteraan anggota-anggotnya.

3.1.3 Detik Hitam Koperasi Kredit

Selepas era perang berlalu kepesatan pertumbuhan koperasi berlaku sehingga tahun 70an.

Koperasi-koperasi baru mula tumbuh dengan pesat selepas Akta koperasi dipinda kearah

menggalakkan pembangunan koperasi dan membenarkan koperasi melabur wang lebihanya

ke dalam industri dan perniagaan. Peluang ini telah mendorong koperasi kredit yang dulu

beroperasi dengan aktiviti tunggal iaitu memberi pinjaman kepada anggota sahaja tetapi telah

mempelbagaikan operasi mereka. Namun dalam pembangunan koperasi yang pesat ini

Page 12: sejarah gerakan koperasi di Malaysia

12

koperasi juga telah menghadapi beberapa masalah pengurusan yang desebabkan kekurangan

kepakaran perniagaan atau kelemahan di dalam system kawalan dalaman.

Pada tahun 1975 Bank Kerjasama Rakyat yang menjadi salah satu koperasi kredit terbesar

telah mengalami kerugian besar disebabkan salah laku dan penyelewengan di dalam

pengurusannya. Daripada siasatan yang dilakukan mendapati pengurusan tidak mengikut

peraturan yang ditetapkan. Pada 31 Disember 1975 Bank Rakyat mencatat kerugian

terkumpul sebanyak RM65.233 juta. Dalam masa yang sama Bank Rakyat juga telah

mencatat hutang dan tanggungan melebihi hartanya sendiri iaitu sebanyak RM47.996 juta. Ini

merupakan detik hitam dalam sejarah koperasi di Malaysia terutamanya koperasi kredit.

Rentetan dari kejadian ini Akta Bank Kerjasama Rakyat (Peruntukan Khas) yang telah di

kuatkuasakan pada 6 Februari 1978. Hal ini untuk memastikan Bank Rakyat dapat diurus dan

diselia dengan sempurna. Dengan Akta ini juga kerajaan telah melantik sebuah Lembaga

Pengarah yang baru bagi tujuan menjalankan tugas-tugas dan kuasa-kuasa pentadbiran

perniagaanya. Berpandukan Akta ini Bank rakyat telah dibenarkan untuk menawarkan

pinjaman kepada bukan anggota. Pada 8 Mei 1993, Bank Rakyat telah mengambil langkah

bijak kearah menjadi bank koperasi Syariah dengan melancarkan produk perbankan syariah di

empat buah cawangannya. Kini bank Rakyat merupakan perbankan syariah terbesar di

Malaysia yang mempunyai jumlah asset sebanyak RM79.21 juta pada akhir tahun 2012. Kini

Bank Rakyat mempunyai sebanyak 144 cawangan di seluruh Malaysia.

3.2 Koperasi Pengambil Deposit (KPD)

Selepas Akta Koperasi dipinda yang membolehkan koperasi melabur wang lebihan mereka ke

dalam pelbagai perniagaan, banyak koperasi yang mengendalikan aktiviti pengambilan

deposit ditubuhkan. Peniaga telah menggunakan peluang ini untuk menubuhkan koperasi dan

membuka cawangan sebagai pemungut deposit untuk membiayai perniagaan mereka. Mereka

telah mengambil peluang ini untuk kepentingan mereka sendiri. Mereka ini mengekploitasi

kelemahan dan kekurangan Akta yang membawa kepada permasalahan yang melanda

koperasi pengambil deposit ketika itu.

3.2.1Kelemahan Koperasi Pengambil Deposit

Antara kelemahan koperasi pengambil deposit ini telah disenaraikan di bawah Akta Koperasi

1948 adalah koperasi dibenarkan di bawah seksyen 30 untuk menubuhkan dan memberi

pinjaman kepada syarikat subsidiary tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan Ketua

Page 13: sejarah gerakan koperasi di Malaysia

13

Pendaftar. Koperasi juga boleh menampung kerugiannya dengan membuat penilaian aset dan

mengeluarkan syer bonus kepada anggota-anggotanya di bawah seksyen 33A. Koperasi dan

bukan Lembaga adalah bertanggungan terhadap denda yang dikenakan atas kelewatan

menghantar akaun kepada anggota. Akaun sub-subsidari tidak perlu dihantar kepada anggota.

Seksyen 57A pula melindungi Lembaga yang menjalankan tugas mengikut Akta dan telah

bertindak untuk kepentingan ekonomi anggota. Oleh sebab itu amat sukar untuk mendakwa

Lembaga atas salah laku pengurusan. Seksyen 31 Akta membenarkan koperasi untuk

memungut deposit untuk membiayai projek mereka. Koperasi Pengambil Deposit (KPD) telah

mengambil deposit tanpa terlebih dahulu menjalankan projek tertentu yang menyebabkan

koperasi tidak dapat memberi kadar faedah deposit yang telah diambil. Untuk mengatasi

masalah ini mereka telah mengambil lebih banyak deposit.

3.2.2 Faktor Kegagalan Koperasi Pengambil Deposit

Antara faktor kegagalan KPD ini adalah kelemahan dalam sistem pengurusannya. Pelaburan

yang berlebihan dalam bidang hartanah dan harta benda juga menjadi pendorong kepada

faktor kegagalan KPD. Selain itu pengawasan cawangan yang kurang juga merupakan salah

satu faktornya. Spekulasi pembelian saham yang meluas dikalangan ahli, isu kes pecah

amanah oleh pihak pengurusan dan pinjaman yang tidak berhemat kepada pengarah dan

golongan tertentu menjadi pendorong kepada kegagalan KPD ini.

3.3 Perkembagan Koperasi Islam Di Malaysia

Neutral dalam politik dan agama adalah salah satu prinsip koperasi yang dirangka oleh

Pelopor-Pelopor Rachdale dalam tahun 1844 dan dijadikan pegangan oleh kebanyaan

koperasi hari ini. Namun sikap neutral ini tidak bererti bahawa gerakan sesebuah koperasi

tidak boleh menghayati ataupun mengamalkan nilai-nilai yang terdapat pada agama yang

dianutinya.

Usaha pengIslaman pelbagai sistem di Malaysia bermula sekitar awal 1970an di saat

kebangkitan gerakan-gerakan Islam dunia di samping keinginan masyarakat tempatan sendiri

yang inginkan penerapan Islamisasi dalam kehidupan. Usaha tersebut berlaku dalam sistem

pendidikan, pentadbiran dan ekonomi. Dalam pendidikan lahir usaha-usaha sekolah

menengah agama, institusi pengajian swasta Islam dan Universiti Islam. Dalam pentadbiran

lahir usaha penerapan nilai-nilai Islam dan penekanan terhadap nilai-nilai murni. Manakala

Page 14: sejarah gerakan koperasi di Malaysia

14

dalam ekonomi pula lahir perbankan Islam, pasaran modal Islam dan pelbagai usaha

perniagaan lain.

Antara faktor yang mendorong kepada penubuhan koperasi yang mengamalkan prinsip islam

adalah untuk mengelakkan daripada terlibat dalam amalan riba. Dengan adanya koperasi yang

mengamalkan prinsip ekonomi Islam, amalan secara riba dapat dielakkan. Untuk menjadikan

nyata muamalat Islam, seperti jual beli, sewa menyewa, al-Masyarakah dan al-Murabaha yang

selama ini tersimpan rapi dalam bentuk teori sahaja. Seterusnya untuk menimbulkan

kesedaran dan melahirkan amalan tolong-menolong dan kebajikan sesama muslim.

Koperasi pertama yang ditubuhkan atas dasar menerapkan sistem Islam ialah Koperasi Belia

Islam Malaysia Berhad (KBI). Ditubuhkan dengan nama asalnya Koperasi Kebangsaan Belia

Islam Malaysia Berhad pada 31 Mei 1977, koperasi ini lahir di atas inisiatif Biro Ekonomi

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang inginkan sebuah institusi perbankan Islam. KBI

merupakan institusi pertama yang memperkenalkan produk pembiayaan dan pinjaman

berlandaskan syariah. Sepanjang koperasi ini beroperasi, KBI pernah di anugerahkan

Koperatif Model pada 1985 dan Anugerah Kualiti Koperatif (Wilayah Tengah) pada tahun

1993 oleh Jabatan Pembangunan Koperasi.

Perkembangan ini telah membawa tertubuhnya Jawatankuasa Pemandu Penggubal Syarikat

Koperasi Mengikut Lunas-Lunas Islam pada 1986 yang dibantu oelh dua jawatankuasa kerja

lain iaitu Jawatankuasa Kecil Undang-Undang dan Syariah dan Jawatankuasa Kecil Operasi.

Kesan daripada perkembangan ini, Akta Koperasi 1993 telah dipinda termasuk peraturan dan

undang-undang kecil agar bersesuaian dengan Islam.

4.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya gerakan koperasi di Malaysia mempunyai sejarah dan perkembangan

tersendiri. Pada era perkembangan awal, kerajaan kolonial telah memperkenalkan koperasi

tetapi tidak terlibat secara meluas dalam pembangunannya. Keadaan tersebut berubah selepas

Perang Dunia Kedua, dimana terdapat perkembangan yang ketara daripada segi bilangan

koperasi dan aktiviti. Perkembangan gerakan koperasi di Negara ini meningkat selepas era

kemerdekaan. Walau bagaimanapun, beberapa isu kelemahan pengurusan koperasi telah

menyebabkan kerajaan memperkenalkan program khusus yang membantu pembangunan

koperasi. Sektor koperasi dilihat berpotensi untuk menyumbang ke perekonomian Negara dan

Page 15: sejarah gerakan koperasi di Malaysia

15

keadaan tersebut membawa kepada pindaan dasar dan perundangan bagi mengukuhkan

gerakan koperasi. Sehubungan itu, dasar khusus berkaitan koperasi iaitu DKN diperkenalkan.