pengiklanan dalam pembangunan koperasi · sejarah dan perkembangannya berkait rapat dengan sejarah...

5
16 | DimensiKOOP | DIMENSIKOOP SUMBANGAN PENGIKLANAN DALAM PEMBANGUNAN KOPERASI Zaharatul Laili Zakaria Pusat Pengurusan Penyelidikan & Inovasi Pengenalan Arus pemodenan menjanjikan kehidupan yang lebih standard kepada masyarakat hari ini. Kemajuan demi kemajuan berjaya menciptakan transformasi bukan sahaja kepada manusia, malahan jika dilihat dari sudut ekonomi, politik dan negara merasakan tempias pemodenan yang berkembang dengan pesat sejak akhir-akhir ini. Mengupas dari aspek ekonomi, kepesatan ekonomi Malaysia telah membuktikan bahawa Malaysia mampu berdiri sebaris dengan negara sedang membangun apabila meningkat pada kedudukan ke-16 dalam senarai ekonomi yang dijangka pesat bagi tempoh 2013-2015.Bahkan, dengan kewujudan medium komunikasi seperti media massa, ia telah menyuntik satu elemen positif terhadap perkembangan ekonomi semasa dunia. Hal ini turut memberi impak kepada pembangunan koperasi yang bergerak seiring dengan kepesatan ekonomi negara. Lambakan saluran komunikasi khususnya melalui media massa telah berjaya mencipta fenomena, baik dari segi positif mahupun negatif. Arus gelombang yang dibawa oleh media sosial juga tidak boleh dipertikaikan lagi apabila penggunaannya yang sangat meluas dalam kehidupan seharian. Disebabkan kemajuan teknologi tersebut, banyak syarikat, organisasi serta agensi-agensi kerajaan mula mengambil kesempatan dengan memanfaatkan kemajuan teknologi tersebut dengan cara mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka melalui pengiklanan. Definisi Pengiklanan Pengiklanan berasal daripada perkataan Arab iaitu i’lan yang membawa maksud “khabar yang disiarkan”.Manakala dalam bahasa Inggeris pula, perkataan advertising dipinjam daripada perkataan Latin advetere yang bermaksud “memalingkan fikiran kepada” sesuatu perkara. Namun demikian, Persatuan Pemasaran Amerika Syarikat (American Marketing Association) berpendapat bahawa “pengiklanan bermaksud apa jua bentuk persembahan bukan peribadi tentang idea, barangan atau perkhidmatan yang dibayar oleh penaja yang dikenal pasti”. Menurut Kamus Dewan Bahasa edisi keempat, iklan bermaksud pemberitahuan untuk khalayak (orang ramai) ataupun dengan kata lain segala bentuk pesanan tentang sesuatu produk yang disampaikan melalui media

Upload: dohanh

Post on 15-May-2019

234 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGIKLANAN DALAM PEMBANGUNAN KOPERASI · sejarah dan perkembangannya berkait rapat dengan sejarah dan perkembangan media massa. Bermulanya revolusi pengiklanan adalah apabila Johannes

16 | DimensiKOOP |

DIMENSIKOOP

SUMBANGANPENGIKLANAN DALAM

PEMBANGUNAN KOPERASIZaharatul Laili Zakaria

Pusat Pengurusan Penyelidikan & Inovasi

Pengenalan

Arus pemodenan menjanjikan kehidupan yang lebih standard kepada masyarakat hari ini. Kemajuan demi kemajuan berjaya menciptakan transformasi bukan sahaja kepada manusia, malahan jika dilihat dari

sudut ekonomi, politik dan negara merasakan tempias pemodenan yang berkembang dengan pesat sejak akhir-akhir ini.

Mengupas dari aspek ekonomi, kepesatan ekonomi Malaysia telah membuktikan bahawa Malaysia mampu berdiri sebaris dengan negara

sedang membangun apabila meningkat pada kedudukan ke-16 dalam senarai ekonomi yang dijangka pesat bagi tempoh 2013-2015.Bahkan, dengan

kewujudan medium komunikasi seperti media massa, ia telah menyuntik satu elemen positif terhadap perkembangan ekonomi semasa dunia. Hal ini turut memberi impak kepada pembangunan koperasi yang bergerak seiring

dengan kepesatan ekonomi negara.

Lambakan saluran komunikasi khususnya melalui media massa telah berjaya mencipta fenomena, baik dari segi positif mahupun negatif. Arus gelombang yang dibawa oleh media sosial juga tidak boleh dipertikaikan lagi apabila penggunaannya yang sangat meluas dalam kehidupan seharian. Disebabkan kemajuan teknologi tersebut, banyak syarikat, organisasi serta agensi-agensi kerajaan mula mengambil kesempatan dengan memanfaatkan kemajuan teknologi tersebut dengan cara mempromosikan

produk dan perkhidmatan mereka melalui pengiklanan.

Definisi Pengiklanan

Pengiklanan berasal daripada perkataan Arab iaitu i’lan yang membawa maksud “khabar yang disiarkan”.Manakala dalam bahasa Inggeris pula, perkataan advertising dipinjam daripada perkataan Latin advetere yang bermaksud “memalingkan fikiran kepada” sesuatu perkara. Namun demikian, Persatuan

Pemasaran Amerika Syarikat (American Marketing Association) berpendapat bahawa “pengiklanan bermaksud apa jua bentuk persembahan bukan peribadi tentang idea, barangan atau perkhidmatan yang dibayar oleh penaja yang dikenal pasti”. Menurut Kamus Dewan Bahasa edisi keempat, iklan bermaksud pemberitahuan untuk khalayak (orang ramai) ataupun dengan kata lain segala bentuk pesanan tentang sesuatu produk yang disampaikan melalui media

Page 2: PENGIKLANAN DALAM PEMBANGUNAN KOPERASI · sejarah dan perkembangannya berkait rapat dengan sejarah dan perkembangan media massa. Bermulanya revolusi pengiklanan adalah apabila Johannes

17 | Disember 2013 Bil. 42 |

percetakan mahupun elektronik, dan dibiayai oleh syarikat-syarikat yang dikenali ramai, serta ditujukan kepada sebahagian atau masyarakat umum. Menurut modul oleh Hamisah Zaharah 2001 pula, secara umumnya iklan merupakan salah satu cara untuk memperkenalkan barangan, perkhidmatan, peluang pekerjaan, inspirasi dan maklumat kepada yang ingin disampaikan. Ini bererti, segala jenis informasi yang dihebahkan kepada umum adalah dikira sebagai pengiklanan sama ada secara berbayar ataupun tidak. Ini kerana, sekiranya seseorang itu mendapat sesuatu maklumat, maka ia dianggap sebagai iklan. Begitu juga dengan public service announcement, walaupun ia tidak berbayar namun ia masih dikategorikan sebagai iklan asalkan informasi tersebut jelas dan sampai kepada pengguna.

Revolusi Pengiklanan di Malaysia

Ledakan dari tercetusnya media baru ini, dapat dilihat bahawa pengiklanan menunjukkan perkembangan positif. Jika sebelum ini pengiklanan menerusi televisyen, radio, surat khabar dan majalah menjadi sasaran untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan, kini pengiklanan melalui media sosial mula menguasai pengguna di Malaysia.

Rajah 1 : Pengaruh Laman Web Pengiklanan Terhadap Pengguna di Asia.

Sumber : http://amanz.my/2011/08/64-pengguna-malaysia-dipengaruhi-oleh-pengiklanan-media-sosial

Walaupun pada asalnya pengiklanan bukanlah saluran media massa, tetapi sejarah dan perkembangannya berkait rapat dengan sejarah dan perkembangan media massa. Bermulanya revolusi pengiklanan adalah apabila Johannes Guternbeg mula memperkenalkan percetakan dan penciptaan alat cetak pada tahun 1440 apabila ia menjadi peristiwa paling penting dalam sejarah pengiklanan.

Melalui sebuah laporan yang dikeluarkan oleh Nielsen, didapati bahawa hampir 64% pengguna di Malaysia terpengaruh oleh pengiklanan

di media sosial, termasuk facebook, twitter dan juga blog. Daripada kajian tersebut, hanya 36% pengguna yang mengatakan mereka tidak terpengaruh dengan pengiklanan melalui media sosial. Perkara ini diperkuatkan lagi dengan beberapa media pengiklanan tempatan yang menjurus pada pengiklanan melalui facebook twitter, dan blog seperti Says.my , ChurpChurp dan Nuffnang.

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, jelas membuktikan bahawa pengiklanan mempengaruhi hampir separuh pengguna Internet di Malaysia

Pengiklanan melalui laman web koperasi

Page 3: PENGIKLANAN DALAM PEMBANGUNAN KOPERASI · sejarah dan perkembangannya berkait rapat dengan sejarah dan perkembangan media massa. Bermulanya revolusi pengiklanan adalah apabila Johannes

18 | DimensiKOOP |

DIMENSIKOOP

terutamanya melalui medium laman sosial. Ini secara tidak langsung telah banyak memberi input positif terhadap perkembangan ekonomi dan sosial negara iaitu dengan pertumbuhan jualan dan belian di pasaran.

Pengiklanan dan Koperasi

Umum mengetahui bahawa kebanyakan organisasi hari ini banyak menggunakan laman media sosial secara meluas seiring dengan perkembangan teknologi semasa selain daripada laman web. Agensi kerajaan mahupun swasta juga tidak ketinggalan memanfaatkan setiap pembaharuan teknologi tersebut. Sebagai contoh, salah sebuah agensi kerajaan seperti Maktab Koperasi Malaysia juga mengambil langkah seperti mewujudkan akaun facebook, twitter dan youtube bagi membolehkan perkongsian maklumat dan juga pengiklanan program latihannya. Bahkan, ada juga koperasi yang membuka ruang pengiklanan kepada orang ramai yang berminat untuk mengiklankan produk dan perkhidmatan di laman web.

Kini, terdapat banyak koperasi besar dan sederhana yang mula mempraktikkan penggunaan laman media sosial untuk

Rajah 2 : Peratusan pengguna di Asia yang mengikuti perkembangan semasa melalui laman media sosial.

berinteraksi mahupun mengiklankan aktiviti-aktiviti koperasi. Ia dilihat sebagai suatu langkah yang bijak kerana dengan wujudnya medium komunikasi seperti facebook, twitter, blog dan lain-lain lagi, ia mampu untuk menarik orang ramai untuk menyertai koperasi. Malahan, melalui media sosial juga, segala maklumat boleh di akses dengan cepat dan mudah melalui telefon pintar.

Pengiklanan menerusi laman media sosial juga dapat dilihat sebagai medium

baharu yang lebih mudah dan ringkas kerana di Malaysia sahaja sebanyak 11.8 juta orang yang mempunyai akaun facebook manakala bilangan pengguna Internet di Malaysia dijangka meningkat kepada 25 juta orang menjelang tahun 2015 berbanding 18 juta orang pada 2012. Hal ini juga disebabkan lambakan telefon pintar di pasaran.

Statistik juga menunjukkan yang penduduk Malaysia kini adalah seramai 28 juta orang dengan ketumpatan

Pengiklanan melalui laman media sosial : Twitter

Sumber : http://amanz.my/2011/08/64-pengguna-malaysia-dipengaruhi-oleh-pengiklanan-media-sosial

Page 4: PENGIKLANAN DALAM PEMBANGUNAN KOPERASI · sejarah dan perkembangannya berkait rapat dengan sejarah dan perkembangan media massa. Bermulanya revolusi pengiklanan adalah apabila Johannes

19 | Disember 2013 Bil. 42 |

Pengiklanan melalui laman media sosial : Youtube

Pengiklanan melalui laman media sosial : Facebook

telefon pintar sebanyak 27 peratus. Tempoh waktu dihabiskan pengguna Malaysia melayari laman sosial adalah 20 jam seminggu iaitu 33 peratus daripada jumlah masa keseluruhan (http://www.hmetro.com.my/articles/Taasublamansosial/Article/).

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan melalui Laporan Ekonomi 2013/2014, kadar penembusan jalur lebar isi rumah pula meningkat kepada 66.8 peratus pada akhir Jun 2013 manakala dengan kadar penembusan telefon mudah alih melebihi 100 peratus, kini terdapat 42.6 juta langganan. Statistik juga menunjukkan lebih banyak pengguna

Internet di Malaysia merupakan pembeli berbanding penjual dengan saiz pasaran urus niaga dalam talian di Malaysia dijangka mencecah RM5 bilion menjelang 2014 berbanding RM1.8 bilion pada 2010 (http://www.sinarharian.com.my/nasional /11-8-juta-rakyat-malaysia-ada-akaun-fb-1.214476).

Kesimpulan

Pengiklanan banyak menyumbang kepada pembangunan koperasi sama ada secara sedar atau pun tidak. Dengan kewujudan medium komunikasi seperti media sosial hari ini,

segala informasi serta makluman dapat dihebahkan dengan cepat dan mudah. Tambahan pula, lambakan telefon pintar dari syarikat telekomunikasi juga menyumbang kepada peratusan peningkatan kepada mereka yang mendaftar akaun di laman media sosial. Dengan adanya telefon pintar, pengguna tidak perlu lagi menghabiskan masa di hadapan komputer untuk mengakses Internet kerana dengan aplikasi telefon pintar, mereka boleh melayari Internet pada bila-bila masa dan di mana sahaja tanpa had.

Dengan peningkatan pengguna dari semasa ke semasa juga, ia secara tidak langsung dapat membantu menyumbang

Page 5: PENGIKLANAN DALAM PEMBANGUNAN KOPERASI · sejarah dan perkembangannya berkait rapat dengan sejarah dan perkembangan media massa. Bermulanya revolusi pengiklanan adalah apabila Johannes

20 | DimensiKOOP |

DIMENSIKOOP

kepada pendapatan negara sama ada dari sudut ekonomi mahupun sosial. Malahan, dengan bilangan pengguna Internet yang semakin ramai, ia dapat melahirkan masyarakat yang celik IT dan berpengetahuan luas.

Walaupun pada dasarnya pengiklanan telah wujud sejak dahulu lagi, namun kita sebagai generasi IT perlulah memanfaatkan setiap perubahan arus teknologi mengikut peredaran zaman. Justeru, dengan adanya medium komunikasi seperti laman media sosial ini, sebaiknya pengiklanan yang lebih sihat dapat dicetuskan sama ada kepada individu mahupun organisasi. Pengiklanan melalui laman media sosial : Web Mobile

Rujukan

Mohd.Sidin Ahmad Ishak & Noorbathi Hj Badaruddin (1993). Asas periklanan.Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Mohd. Hamdan Adnan (1997). Periklanan: suatu pengenalan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Aman. 64% Pengguna Malaysia dipengaruhi oleh pengiklanan media sosial. Dicapai pada Sept 3, 2013 daripada http://amanz.my/2011/08/64-pengguna-malaysia-dipengaruhi-oleh-pengiklanan-media-sosial/

Bernama Media.Malaysia meningkat ke kedudukan ke-16 pada senarai ekonomi yang dijangka pesat membangun. Dicapai pada Sept 3, 2013 daripada http://my.news.yahoo.com/malaysia-meningkat-ke-kedudukan-ke-16-pada-senarai-031642893.html

Sinar Harian. 11.8 juta rakyat Malaysia ada akaun FB. Dicapai pada Okt 30, 2013 daripada http://www.sinarharian.com.my/nasional/11-8-juta-rakyat-malaysia-ada-akaun-fb-1.214476

Shuhada Mansor. Taasub laman sosial .Dicapai pada Nov 1, 2013 daripada http://www.hmetro.com.my/articles/Taasublamansosial/Article/

Modul Asas Pengiklanan ( KOC3203 & KOM3007) Universiti Putra Malaysia. Hamisah Zaharah Fakulti Bahasa Moden & Komunikasi.

Real-world education for modern marketers. Dicapai pada Nov 1, 2013 daripada http://www.marketingprofs.com/Faqs/showfaq.asp?ID=108&CatID=1

Dicapai pada Okt 6,2013 daripada http://koponas.coop/ruang-iklan-untuk-disewa/