sejarah dan perkembangan permainan pingpong

2
Sejarah dan Perkembangan permainan Pingpong Oleh sebab maklumat yang terhad dan bercanggah, asal usul permainan ini kurang jelas. Walaubagaimanapun, banyak pihak yang menerima kenyataan bahawa permainan ini berasal di England. Pada tahun 1899, J. Gibb telah memperkenalkan permainan 'gossima' yang menggunakan sistem skor 21 mata dan sejenis bola seluloid. 'Gossima' merupakan penyesuaian daripada satu permainan yang sedia wujud. Dalam permainan sedia ada itu, pemain memukul - mukul bola kecil (getah/gabus) di atas meja yang terdapat halangan di bahagian tengah - tengahnya. Disebabkan nama 'gossima' kurang mendapat sambutan, peminat

Upload: elliszavaroniv

Post on 11-Dec-2015

234 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

pjk

TRANSCRIPT

Page 1: Sejarah Dan Perkembangan Permainan Pingpong

Sejarah dan Perkembangan permainan Pingpong

Oleh sebab maklumat yang terhad dan bercanggah, asal usul permainan ini kurang jelas. Walaubagaimanapun, banyak pihak yang menerima kenyataan bahawa permainan ini berasal di England.

Pada tahun 1899, J. Gibb telah memperkenalkan permainan 'gossima' yang menggunakan sistem skor 21 mata dan sejenis bola seluloid. 'Gossima' merupakan penyesuaian daripada satu permainan yang sedia wujud. Dalam permainan sedia ada itu, pemain memukul - mukul bola kecil (getah/gabus) di atas meja yang terdapat halangan di bahagian tengah - tengahnya. Disebabkan nama 'gossima' kurang mendapat sambutan, peminat permainan ini menamakan permainan ini permainan 'pingpong'. Perkataan 'pingpong' telah diambil daripada bunyi 'ping' yang kedengaran semasa bet bertembung dengan bola dan 'pong' pula berbunyi ketika bola melantun di atas meja.

Berikutnya merupakan beberapa tarikh dan peristiwa yang penting dalam sejarah permainan pingpong

1902 - Persatuan Pingpong England telah ditubuhkan

Page 2: Sejarah Dan Perkembangan Permainan Pingpong

1927 - Kejohanan Pingpong Antarabangsa yang pertama diadakan di London untuk merebut Piala Swaythling

1988 - Pingpong dipertandingkan sebagai satu sukan rasmi dalam Sukan Olimpik di Seoul, Korea Selatan.

Manakala di Malaysia,

1958 - Persatuan Pingpong Malaya ditubuhkan

1964 - Persatuan Pingpong Malaysia ditubuhkan