sejarah dan asal usul guli

8
1 SEJARAH DAN ASAL USUL GULI Permainan guli, yang juga dinamakan sebagai Kelereng, merupakan permainan tradisional melayu yang digemari oleh kanak-kanak pada masa lapang mereka. Ia biasanya dimain oleh kanak-kanak lelaki yang berumur antara tujuh hingga dua belas tahun. Mereka biasanya bermain di tempat yang teduh. Guli juga, biasanya, dimain pada musim panas atau kemarau. Ini kerana pemain mengharapkan tanah kering untuk lubang yang akan digali. Apabila tanah becak, permainan guli tidak seronok kerana buah guli akan menjadi lenget. Peraturan permainan 1. Setiap kumpulan diminta untuk menghantar wakil untuk pertandingan permainan Guli Roket. 2. Terdapat 3 pusingan yang perlu diharungi oleh setiap kumpulan. 3. Setiap pusingan hanya dibenarkan seorang wakil kumpulan sahaja untuk berada diatas gelanggan pertandingan. 1

Upload: reenaz-iena

Post on 14-Dec-2015

244 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

bad

TRANSCRIPT

Page 1: Sejarah Dan Asal Usul Guli

SEJARAH DAN ASAL USUL GULI

Permainan guli, yang juga dinamakan sebagai Kelereng, merupakan permainan tradisional

melayu yang digemari oleh kanak-kanak pada masa lapang mereka. Ia biasanya dimain oleh

kanak-kanak lelaki yang berumur antara tujuh hingga dua belas tahun. Mereka biasanya

bermain di tempat yang teduh. Guli juga, biasanya, dimain pada musim panas atau kemarau. Ini

kerana pemain mengharapkan tanah kering untuk lubang yang akan digali. Apabila tanah

becak, permainan guli tidak seronok kerana buah guli akan menjadi lenget.

Peraturan permainan

1. Setiap kumpulan diminta untuk menghantar wakil untuk pertandingan permainan Guli Roket.

2. Terdapat 3 pusingan yang perlu diharungi oleh setiap kumpulan.

3. Setiap pusingan hanya dibenarkan seorang wakil kumpulan sahaja untuk berada diatas

gelanggan pertandingan.

4. Ahli kumpulan yang lain hanya dibenarkan berada diluar gelanggang yang telah ditetapkan

oleh penganjur

5. Mana-mana kumpulan yang cuba untuk melakukan sebarang provokasi atau kelakuan

dianggap menganggu permainan akan disingkirkan dari permainan mengikut budi bicara juri.

1

1

Page 2: Sejarah Dan Asal Usul Guli

6. Keputusan akhir juri adalah muktamad, segala surat-menyurat bantahan tidak akan dilayan

Guli adalah sejenis bebola kecil yang biasanya diperbuat dari kaca, tanah liat atau akik.

Ia biasanya dimainkan oleh kanak-kanak. Guli juga boleh digunakan dalam sesetengah

permainan lain, contohnya congkak. Ramai juga yang mengumpul guli, sama ada untuk

nostalgia atau warna estetiknya.

Permainan

Permainan guli biasanya melibatkan lontaran guli dengan tepat mengenai sasarannya.

Ia biasanya dimainkan oleh kanak-kanak lelaki berumur antara tujuh dan dua belas tahun.

Jumlah pemain tidak melebihi lima orang.

Kawasan tanah rata dan lapang adalah gelanggang yang sesuai untuk tempat bermain

guli. Biji guli yang digunakan untuk permainan ini adalah jenis guli yang diperbuat daripada batu

kapur, berwarna putih dan sebesar ibu jari kaki.

Gelanggang

Satu bulatan dilukiskan di atas tanah berukuran garis pusat 1 m. Di tengah-tengah

bulatan tersebut dilekukkan sebuah lubang sebesar 10 cm lebar dan sedalam 7 cm dengan

menggunakan tumit kaki yang dihentakkan ke tanah. Lubang tersebut dinamakan lubang induk.

Satu garisan lurus dibina dengan jarak 3 m daripada garisan besar tersebut. Garisan ini adalah

sebagai penanda mula tempat permainan.

2

2

Page 3: Sejarah Dan Asal Usul Guli

Cara bermain

Untuk memulakan permainan setiap pemain hendaklah meleretkan biji guli masuk ke

dalam lubang induk. Guli yang masuk ke dalam lubang induk atau yang terhampir adalah dikira

sebagai pemain yang pertama memulakan permainan dan diikuti oleh guli-guli kedua hampir

dan seterusnya.

Pemain pertama akan menjentik gulinya kepada semua guli yang berada di dalam

kawasan bulatan agar terkeluar. Sekiranya jentikan tidak mengena ia dikira mati dan pemain

kedua akan membuat jentikan kepada guli-guli yang ada, begitulah seterusnya sehingga semua

pemain selesai membuat jentikan ke atas guli pemain lainnya.

Pemain boleh melepaskan gilirannya tetapi dengan syarat, ia mestilah memasukkan guli

miliknya ke dalam lubang induk terlebih dahulu. Pemain akan memastikan guli miliknya sentiasa

berada berhampiran dengan lubang induk setiap kali jentikan dilakukan. Ini memudahkan

mereka mengawal permainan.

Setiap pertukaran giliran kepada pemain berikutnya, pemain yang mengambil alih giliran

dikehendaki memasukkan guli miliknya ke dalam lubang induk terlebih dahulu sebelum boleh

menjetik guli lawan. Sekiranya guli tidak masuk ke dalam lubang induk, giliran untuk pemain lain

diberikan. Kiraan mata berdasarkan banyaknya jumlah jentikan dibuat terhadap guli lawan

sehingga semua pemain selesai giliran.

Dua cara dendaan akan dikenakan terhadap pemain yang memungut jumlah mata

terendah. Pemain yang kalah akan memasukkan guli miliknya kedalam lubang induk dan

3

3

Page 4: Sejarah Dan Asal Usul Guli

semua pemain akan memangkah guli tersebut. Cara kedua adalah dengan setiap pemain

menjentik sekali seorang ke atas guli yang kalah itu jauh dari kawasan bulatan

SUSUNAN GRAFIK CARA BERMAIN PERTANDINGAN MAIN GULI

1METER 1 METER

PETUNJUK Pemain Gelung Tali panjang Tali pendek Ibu guli Guli

SISTEM PERMAINAN MAIN GULI

Sistem permainan dalam permainan guli mengikut sistem kalah mati. Dalam perlawanan

pertama sebagai contoh Kumpulan A dan Kumpulan B akan bertanding dahulu. Dalam

perlawanan tersebut sekiranya Kumpulan B menang, mereka akan menunggu perlawanan di

antara kumpulan C dan kumpulan D untuk menentukan juara bagi permainan guli ini. Daripada

keputusan perlawanan yang melibatkan di antara kumpulan C dan kumpulan D, juara akan

bertemu juara bagi menentukan juara keseluruhan permainan guli

Contoh Perjalanan Permainan

4

4

Page 5: Sejarah Dan Asal Usul Guli

Perlawanan Pertama

Kumpulan A LAWAN Kumpulan B Kumpulan B Menang

Kumpulan C LAWAN Kumpulan D Kumpulan D Menang

Perlawanan Akhir

Kumpulan B LAWAN Kumpulan D JUARA KESELURUHAN

?

Setiap individu dari kumpulan yang bertanding akan diberikan ibu guli yang mempunyai saiz

yang berbeza dengan guli yang berada di dalam bulatan tepung. Kumpulan yang berjaya

mengeluarkan guli yang banyak dari dalam bulatan tepung akan dikira sebagai pemenang.

Masa yang diberikan bagi setiap kumpulan yang bertanding selama 15 minit dan selepas

tamatnya tempoh permainan, juri pertandingan akan mengira guli yang berjaya dikeluarkan oleh

kumpulan yang bertanding. Kumpulan yang berjaya mengeluarkan guli yang banyak akan di

kira sebagai pemenang..

Perlawanan akhir, bagi kumpulan yang bertanding markah akan dikira berdasarkan kepada

kumpulan yang berjaya mengeluarkan guli jauh dari bulatan tepung. Jumlah guli yang berjaya

dikeluarkan jauh dari bulatan tepung akan dikira sebagai pemenang mutlak dan juara

keseluruhan bagi pertandingan main guli.

Sekiranya dalam perlawanan pertama didapati kedua-dua kumpulan mengeluarkan jumlah guli

yang sama, pemenang mutlak akan ditentukan melalui jarak guli dari bulatan tepung tersebut.

Guli yang berada pada jarak yang jauh dari bulatan tepung tersebut akan dikira sebagai

pemenang mutlak. Keputusan juri dalam pertandingan ini adalah muktamad.

5

5

Page 6: Sejarah Dan Asal Usul Guli

BORANG PEMARKAHAN

PERLAWANAN PERTAMA

NAMA KUMPULAN JUMLAH GULI YANG DIKELUARKAN

KUMPULAN WASSUP

KUMPULAN FACEBOOK

PERLAWANAN KEDUA

NAMA KUMPULAN JUMLAH GULI YANG DIKELUARKAN

KUMPULAN WECHAT

KUMPULAN TWITTER

6

6

Page 7: Sejarah Dan Asal Usul Guli

PERLAWANAN AKHIR

NAMA KUMPULAN JUMLAH GULI YANG DIKELUARKAN

KUMPULAN PERLAWANAN PERTAMA

KUMPULAN PERLAWANAN KEDUA

7

7