sejarah aqilah

11
NABILATUL AQILAH BT. TAHARIN KELAS 2A2

Upload: nor-ainee

Post on 24-May-2015

65 views

Category:

Education


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sejarah aqilah

NABILATUL AQILAH BT. TAHARIN

KELAS 2A2

Page 2: Sejarah aqilah

SEJARAH

DATO’ MAHARAJA LELA PEJUANG KEBANGGAAN

PERAK

Page 3: Sejarah aqilah

DATO’ MAHARAJA LELA PEJUANG KEBANGGAAN PERAK

Dato’ Maharaja Lela ialah Orang Besar Berlapan Perak dan menjadi penghulu di Pasir Salak. Berikutan Perjanjian Pangkor, Perak menerima Residen British iaitu J.W.W. Birch pada bulan November 1874.Pelantikan itu telah menimbulkan konflik antara J.W.W. Brich, sultan dan pembesar Perak yang mencetuskan kebangkitan di Pasir Salak.

Page 4: Sejarah aqilah

FAKTOR KEBANgKITAN MENENTANG

British

1) Mengambil hak mengutip cukai

Pada 24 Julai 1875, J.W.W.Birch memaksa Sultan Abdullah menandatangani pengisytiharan yang membolehkan British mengambil hak mengutip cukai. Baginda diugut akan diturunkan takhta jika enggan menandatanganinya.Birch membakar rumah Raja Ngah Orang Besar Perak kerana meneruskan kutipan cukai timah di Bidor.

Page 5: Sejarah aqilah

2) Memperkenalkan cukai baru

Birch bertindak sesuka hati dengan memperkenalkan beberapa cukai baru seperti cukai padi,perahu,atap,senjata dan bayaran permit untuk membalak. Malah setiap isi rumah dikehendaki membayar dua dolar sebagai cukai kelamin.

Page 6: Sejarah aqilah

3) Mencabar ketuanan Melayu

Kemarahan sultan dan pembesar memuncak apabila Sultan Abdullah didesak menandatangani perisytiharan penyerahan kuasa kepada British pada 2 Oktober 1875. Perisytiharan itu telah menyebabkan kuasa mentadbir negeri diserah kepada Residen.Oleh itu, Residen berkuasa melantik hakim, mengurus kutipan cukai dan melantik penghulu.

Page 7: Sejarah aqilah

4) Mencabuli adat resam

Birch juga dibenci oleh sultan dan pembesar

Perak apabila beliau mengharamkan amalan

perhambaan yang menjadi adat resam Melayu.

Birch sengaja menimbulkan permusuhan apabila

menyimpan hamba-hamba perempuan di

rumahnya.

Page 8: Sejarah aqilah

Raja Abdullah,Raja Ismail dan Dato’Maharaja Lela telah bermesyuarat di Durian Sebatang.Dalam mesyuarat itu,mereka telah mengambil keputusan untuk membunuhBirch.Dato’ Maharaja Lela dan pengikutnya iaitu Dato’ Sagor,Pandak Indut, dan Sepuntum menawarkan diri untuk membunuhnya.Mereka berazam menghalau British keluar dari bumi Perak.

Page 9: Sejarah aqilah

Pada 2 November 1875, J.W.W.Birch dan rombongannya tiba di Pasir Salak untuk menyebarkan surat pengisytiharan mengambil hak memungut cukai oleh British.Kesempatan tersebut telah digunakan oleh Dato’Maharaja Lela dan pengikutnya untuk membunuh Birch.Pembunuhan Birch telah menyebabkan British menyerang Pasir Salak.Dato’Maharaja Lela dan Dato’Sagor memimpin perjuangan mempertahankan Pasir Salak. Pasukan British berjaya dikalahkan dan Kapten Innes terkorban.Petempuran yang dikenali sebagai Perang Perak telah berlaku hampir setengah tahun

Page 10: Sejarah aqilah

Walau bagaimanapun, pihak British yang mendapat bantuantentera dari India dan Hong Kong berjaya mengalahkan perjuang Perak.

Pada tahun 1877, Dato’Maharaja Lela,Dato’Sagor, Pandak Indut dan Sepuntum dijatuhi hukuman gantung sampai mati.Sultan Abdullah dan Ngah Ibrahim dibuang negeri ke Pulau Seychelles,manakala Raja Ismail dibuang negeri ke Johor.Tindakan tegas British menghapuskan kebangkitan di Perak menunjukkan keangkuhannya sebagai kuasa penjajah.Dato’Maharaja Lela menjadi simbol kepahlawanan orang Melayu Dalam menebus kedaulatan bangsa.

Page 11: Sejarah aqilah

SEKIAN TERIMA KASIH