sdfs

18
Pemantapan Budaya Membaca Dan Pelaksanaan NILAM: Isu dan Cabaran Oleh En. Shahrom TM Sulaiman Haslinda Binti Husaini Pn. Hajah Sobariah haji Awang Mukhtar Mohd Zairul Bin Masron Fakulti Pengurusan Maklumat Abstrak Tabiat membaca harus disemai sejak dari anak kecil, kelangsungan dari itu ia mampu menjana individu, keluarga dan masyarakat seterusnya negara yang bertamadun dari pelbagai aspek. Kesedaran berkenaan kepentingan membaca di kalangan masyarakat Malaysia telah memangkinkan kepada wujudnya program NILAM. Di mana pelaksanaannya adalah sejajar dengan pembangunan literasi rakyat Malaysia dan juga arus pemodenan semasa yang semakin berkembang moden dengan kemajuan teknologi maklumat terkini. Justeru itu membaca dan program NILAM adalah isu yang amat menarik dan berhubungkait di dalam usaha melahirkan individu yang celik literasi maklumat. SENARIO MEMBACA DI MALAYSIA Suatu tamadun atau bangsa yang bertamadun hanya dapat dibina dan dilihat melalui masyarakat yang mengamalkan budaya ilmu. Pendekatan yang terbaik untuk membina bidang ilmu sesebuah negara dan menjana perkembangan mental individu secara sihat ialah melalui amalan membaca yang berterusan dan bukan hanya berorientasikan peperiksaan. Kajian literasi oleh Perpustakaan Negara Malaysia 1996 mendapati kebanyakkan rakyat Malaysia hanya membaca dua buah buku setahun. Kajian juga mendapati keutamaan pelajar membaca ialah untuk tujuan pembelajaran dan sedikit untuk bacaan senggang. Suatu pendekatan yang wajar dilaksanakan untuk memupuk tabiat membaca ialah dengan menubuhkan Program NILAM. Iaitu pendekatan literasi yang dimulai ketika individu masih lagi kanak-kanak. “Membaca menjadikan seseorang itu berisi”, kata Lord Bacon, seorang ahli falsafah Inggeris. Kita boleh membaca apa sahaja: buku, majalah, surat Khabar dan kini melalui internet atau mana-mana sumber penerbitan elektronik. Setiap pembacaan dilakukan dengan tujuan tertentu. Ada yang membaca untuk lulus periksa, ada yang membaca untuk mencari hiburan dan ada yang membaca untuk menambahkan pengetahuan umumnya atau untuk mengikuti perkembangan dalam satu-satu bidang ilmu atau profesion yang diminati. Walau apa pun tujuan kita membaca, suatu kesan yang pasti berlaku kepada diri kita ialah pembacaan menjadikan kita manusia yang berisi dengan ilmu pengetahuan, berisi dengan

Upload: arakuyat

Post on 13-Dec-2015

33 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

fdsgdg

TRANSCRIPT

Page 1: sdfs

Pemantapan Budaya Membaca Dan Pelaksanaan NILAM: Isu dan Cabaran

Oleh

En. Shahrom TM Sulaiman

Haslinda Binti Husaini

Pn. Hajah Sobariah haji Awang Mukhtar

Mohd Zairul Bin Masron

Fakulti Pengurusan Maklumat

Abstrak

Tabiat membaca harus disemai sejak dari anak kecil, kelangsungan dari itu ia mampu menjana

individu, keluarga dan masyarakat seterusnya negara yang bertamadun dari pelbagai aspek.

Kesedaran berkenaan kepentingan membaca di kalangan masyarakat Malaysia telah memangkinkan

kepada wujudnya program NILAM. Di mana pelaksanaannya adalah sejajar dengan pembangunan

literasi rakyat Malaysia dan juga arus pemodenan semasa yang semakin berkembang moden dengan

kemajuan teknologi maklumat terkini. Justeru itu membaca dan program NILAM adalah isu yang amat

menarik dan berhubungkait di dalam usaha melahirkan individu yang celik literasi maklumat.

SENARIO MEMBACA DI MALAYSIA

Suatu tamadun atau bangsa yang bertamadun hanya dapat dibina dan dilihat melalui masyarakat

yang mengamalkan budaya ilmu. Pendekatan yang terbaik untuk membina bidang ilmu sesebuah negara

dan menjana perkembangan mental individu secara sihat ialah melalui amalan membaca yang berterusan

dan bukan hanya berorientasikan peperiksaan.

Kajian literasi oleh Perpustakaan Negara Malaysia 1996 mendapati kebanyakkan rakyat Malaysia

hanya membaca dua buah buku setahun. Kajian juga mendapati keutamaan pelajar membaca ialah untuk

tujuan pembelajaran dan sedikit untuk bacaan senggang. Suatu pendekatan yang wajar dilaksanakan

untuk memupuk tabiat membaca ialah dengan menubuhkan Program NILAM. Iaitu pendekatan literasi

yang dimulai ketika individu masih lagi kanak-kanak.

“Membaca menjadikan seseorang itu berisi”, kata Lord Bacon, seorang ahli falsafah Inggeris.

Kita boleh membaca apa sahaja: buku, majalah, surat Khabar dan kini melalui internet atau mana-mana

sumber penerbitan elektronik. Setiap pembacaan dilakukan dengan tujuan tertentu. Ada yang membaca

untuk lulus periksa, ada yang membaca untuk mencari hiburan dan ada yang membaca untuk

menambahkan pengetahuan umumnya atau untuk mengikuti perkembangan dalam satu-satu bidang ilmu

atau profesion yang diminati. Walau apa pun tujuan kita membaca, suatu kesan yang pasti berlaku kepada

diri kita ialah pembacaan menjadikan kita manusia yang berisi dengan ilmu pengetahuan, berisi dengan

Page 2: sdfs

cara berfikir dan pandangan hidup yang luas, kritis dan rasional, berisi dengan kemampuan untuk

membeza sesuatu yang buruk dan yang benar.

Kajian profil membaca rakyat Malaysia pada tahun 1996 dan 2005 yang dijalankan oleh

Perpustakaaan Negara Malaysia mengatakan rakyat Malaysia membaca dua buah buku setahun, suatu

kadar yang jauh masih rendah, dengan mengambil kira kadar literasi dan kesedaran pendidikan tinggi,

atau pun jika dibandingkan dengan Jepun ( Jepun selalu digunakan sebagai „benchmark‟ kemajuan buku

dan budaya membaca bagi Negara-negara membangun).

Namun kajian semula laporan Profil Membaca Rakyat Malaysia 2005 merumuskan rakyat

Malaysia yang berumur 10 tahun ke atas membaca secara puratanya sebanyak 8 hingga 12 buah buku

setahun. Ini merupakan satu perkembangan yang sihat dan adalah satu maklumbalas yang

memberangksangkan hasil dari kepelbagaian aktiviti yang telah dijalankan oleh semua peringkat.

Statistik Perpustakaan Negara Malaysia menggambarkan sambutan dan minat membaca

masyarakat Malaysia melalui pola kunjungan harian Perpustakaan Negara Malaysia yang terkini; statistik

Perpustakaan Negara Malaysia bagi bulan Januari 2010 telah menunjukkan jumlah kekerapan

pengunjung pada hari biasa berbanding hujung minggu adalah melebihi 1000 orang. Jadual di bawah

menunjukkan jumlah kekerapan pengunjung Perpustakaan Negara Malaysia pada hari biasa dan hujung

minggu bagi Januari 2010.

Jadual 1:Pola Kunjungan Harian PNM

Hari Biasa

(Selasa – Khamis)

Hujung Minggu

(Jumaat – Ahad)

Purata Pengunjung (sehari) 751 1,854

Berikut pula digambarkan statistik pengunjung Perpustakaan di Seluruh Malaysia bagi tahun

2006-2008. Statistik yang dilakukan menunjukkan bahawa jumlah kekerapan pengunjung perpustakaan di

seluruh Negara (2,429 buah) adalah menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan. Jadual di bawah

adalah perbandingan 3 tahun yang dinyatakan seperti berikut:

Jadual 2: Pengunjung Perpustakaan di Seluruh Malaysia bagi tahun 2006-2008.

Tahun 2006 2007 2008

Pengunjung

(kekerapan)

19,726,802 21,170,433 38,836,509

Page 3: sdfs

Di Malaysia, kita tidak tahu dengan pasti apakah sebenarnya kadar membaca per kapita di

Malaysia seluruhnya atau berdasarkan kumpulan etnik yang membaca dalam bahasa Melayu, dalam

bahasa Inggeris, dalam bahasa Cina dan bahasa-bahasa lain. Selalunya pengukuran minat membaca

diukur berdasarkan kiraan „per capita reading habit’, yakni, berapakah jumlah buku atau jumlah halaman

buku secara purata yang dibaca oleh rakyat Malaysia dalam satu tahun berdasarkan jumlah buku yang

diterbitkan setiap tahun. Kita tidak tahu dengan jelas daripada 24 juta penduduk Malaysia, berapakah

jumlah kanak-kanak yang belum tahu membaca, atau jumlah yang membaca dalam bahasa Melayu, atau

dalam Bahasa Inggeris saja, atau bahasa-bahasa lain. Namun jadual berikut yang diperolehi dari kadar

peminjaman buku di Perpustakaan seluruh Malaysia menunjukkan terdapatnya peningkatan dalam jumlah

peminjaman buku di seluruh Malaysia. Diharapkan dengan fakta ini dapat menyokong kelangsungan dan

peningkatan minat membaca di kalangan rakyat Malaysia.

Jadual 3: Trend Peningkatan Peminjaman Buku

Tahun 2006 2007 2008

Pinjaman Bahan

(Naskah)

10,868,847 12,613,344 19,551,957

Dalam konteks makro pula, „budaya buku‟ hendaklah dijadikan agenda pembangunan nasional,

bukan sekadar buku untuk bacaan teks sekolah, universiti, atau keperluan-keperluan „wajib‟ yang lain,

Buku sebenarnya wahana pendidikan rakyat, sebagai sumber pendidikan sepanjang hayat, sebagai alat

memperkayakan nuansa pemikiran rakyat dan lebih dari itu, meningkatkan budaya dan moral. Buku dan

membaca berkait rapat dengan „berbudaya ilmu‟, yakni masyarakat yang berakal budi dan „culturally

literate’.

Walaupun Dasar Buku Negara (DBN) telah diluluskan oleh Jemaah Menteri dalam bulan

November 1988, namun industri buku di Malaysia masih dibelenggu dengan pelbagai masalah. Malaysia

tidak pernah dapat menerbitkan 7 ribu judul setahun, itu pun 70 peratus daripadanya ialah buku sekolah.

Oleh kerana itu, pilihan menerbitkan buku teks sekolah masih menjadi pilihan „istimewa‟ para penerbit

buku di Malaysia khususnya dari segi jumlah kuantiti yang diterbitkan. Tidak seperti Negara jiran

Indonesia dan Thailand, pengeluaran buku per kapita kita masih rendah. Pada tahun 1990, jumlah judul

yang diterbitkan di Malaysia berjaya mencapai angka 4578, tetapi angka itu tidak banyak berganjak

dalam tempoh 15 tahun lalu sedangkan kita telah mencapai kemajuan ekonomi dan pendidikan yang agak

pesat. Industri penerbitan buku Negara sekitar 15 tahun lalu dianggarkan dalam lingkungan RM250 juta

pada tahun 1991 dan jumlah perbelanjaan untuk buku adalah sekitar RM351.1 juta. (Hamedi Adnan,

2005). Bandingkan angka ini dengan rakyat Britain yang membelanjakan sekitar US$3750 (1993), iaitu

Page 4: sdfs

0.379 peratus daripada pendapatan peribadi, dan rakyat Amerika membelanjakan 0.353 peratus, manakala

rakyat Jerman sebanyak 0.487 peratus.

Di Malaysia, terdapat 639 buah syarikat pengedaran dan pemasaran buku, jauh lebih baik

daripada Thailand dengan penduduk seramai 60 juta yang hanya memiliki sekitar 500 buah kedai buku.

Nisbah antara kedai buku dan penduduk ialah 1:31 ribu (Jeniri Amir, 2005). Di Malaysia, sistem

rangkaian penerbitan buku buku terdiri dari penerbit, pemborong (wholesalers), pengedar dan kedai buku.

Ada di antara syarikat tersebut adalah penerbit sekaligus pengedar. Namun begitu, aspek pemasaran yang

perlu diterokai secara serius dan kreatif ialah jualan buku melalui dalam talian (online) yang dapat

menjimatkan masa dan kos. Kejayaan besar Amazon.dot.com dan Barnes & Nobles merupakan contoh

klasik membuktikan kejayaan pemasaran secara talian ini.

Mengikut statistik yang dilaporkan oleh GAPENA, jumlah penulis bagi tahun 2007 hingga tahun

2009 meningkat dengan kadar yang agak memberangsangkan. Jumlah penulis yang meningkat

membuktikan bahawa budaya membaca telah mendapat tempat di hati masyarakat di Malaysia. Maklumat

lanjut bagi statistik ini adalah seperti berikut:

Jadual 4: Jumlah penulis (orang)

PERKARA 2007 2008 2009

Jumlah penulis (orang)

Termasuk semua genre penulisan

-Akademik

-Kreatif & Bukan kreatif

-Kartunis

-Kewartawanan

2,600 3,850 5,150

Peratusan Perbandingan Mengikut Tahun +48% +33.8%

*Sumber: GAPENA

Mengikut statistik yang dilaporkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia, jumlah syarikat

penerbitan di Malaysia bagi tahun 2007 hingga 2009 telah meningkat tahun demi tahun walaupun dengan

kadar 10% dan 9%. Dengan peningkatan jumlah syarikat penerbitan bermaksud pelabur adalah berani

untuk menceburi ini kerana yakin dan percaya akan budaya membaca di kalangan masyarakat kini yang

semakin membanggakan. Berikut adalah maklumat lanjut bagi statistik jumlah syarikat penerbitan

daripada tahun 2007 hingga 2009:

Page 5: sdfs

Jadual 5: Jumlah syarikat penerbitan

PERKARA 2007 2008 2009

Jumlah syarikat penerbitan 6,861 7,517 8,184

Peratusan perbandingan mengikut tahun +10% +9%

*Sumber: PNM

Mengikut statistik yang dilaporkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia, jumlah penerbitan

(judul) termasuk semua jenis bahan – buku, majalah, akhbar, jurnal, risalah, peta dan carta bagi tahun

2007 hingga 2008 adalah meningkat dengan kadar yang amat membanggakan, iaitu sebanyak 45%.

Manakala, bagi tahun berikutnya iaitu 2008 hingga 2009 adalah menurun dengan kadar 2%. Maklumat

lanjut bagi statistik ini adalah seperti di bawah:

Jadual 6: Jumlah penerbitan (judul) termasuk semua jenis bahan bacaan

PERKARA 2007 2008 2009

Jumlah penerbitan (judul) termasuk semua

jenis bahan – buku, majalah, akhbar, jurnal,

risalah, peta dan carta.

11,023 16,044 15,767

Peratusan perbandingan mengikut tahun +45% -2%

*Sumber: PNM

Mengikut statistik yang dilaporkan oleh Majlis Industri Buku Malaysia, nilai jualan buku (RM)

bagi tahun 2007 hingga 2009 mempunyai kadar kenaikan yang sama bagi ketiga-tiga tahun tersebut iaitu

sebanyak 27%. Walaubagaimanapun, jumlah kenaikan nilai jualan buku (RM) mempunyai nilai yang

semakin meningkat bagi tahun demi tahun. Maklumat lanjut bagi statistik ini adalah seperti di bawah:

Jadual 7: Nilai jualan buku

PERKARA 2007 2008 2009

Nilai Jualan Buku (RM) 1.3 bilion 1.65 bilion 2.1 bilion

Peratusan perbandingan mengikut tahun +27% +27%

*Sumber: Majlis Industri Buku Malaysia

Hal ini membuktikan industri penerbitan semakin meningkat naik dan budaya membaca telah

mula mendapat tempat di hati seluruh rakyat Malaysia.

Page 6: sdfs

Dalam buku 'Galakan membaca untuk kanak-kanak dan remaja' terjemanan A.Samad Ismail,

menyatakan bahawa, "satu perkara yang jelas lahir daripada penyelidikan terhadap kegagalan

membaca ialah tidak adanya pertalian antara membaca dengan keseronokan." Kajian literasi oleh

Perpustakaan Negara Malaysia menunjukkan bahawa keutamaan bagi pelajar membaca ialah untuk

belajar berbanding dengan bacaan umum. Ia membuktikan bahawa sikap anggota masyarakat sendiri

tidak mendorong kepada pembacaan. Ibu bapa biasanya menegaskan pembacaan untuk kejayaan

peperiksaan. Sikap begini menyebabakan berlakunya pusingan tidak berminat membaca, anggapan

membaca membosankan, tidak faham apa yang dibaca dan seterusnya malas membaca. Ibu bapa

seharusnya mendorong dan menyuburkan budaya suka membaca.

PENGHAYATAN BUDAYA MEMBACA

Kebolehan membaca telah lama diketahui sebagai satu keperluan untuk memenuhi keperluan

seseorang individu dan turun naiknya keadaan sosial serta ekonomi sesuatu negara banyak bergantung

kepada rakyatnya yang banyak membaca. Begitulah pentingnya nilai membaca dan usaha gigih

perlulah ditambahkan supaya masyarakat kita meningkatkan lagi tabiat ini. Program program yang

dijalankan untuk tujuan ini perlulah mengambil kira beberapa faktor asas seperti, membina sikap positif

terhadap membaca, menyediakan pengalaman-pengalaman yang baik dan meluaskan persepsi-persepsi.

Dengan adanya galakan dan kemudahan yang mencukupi di sekolah, perpustakaan dan di rumah, serta

kesedaran guru, ibu-bapa dan keluarga, maka kita dapat mengharapkan perubahan masyarakat kita

kepada satu bangsa yang berilmu dan sihat dari segi mental. Rakyat yang suka membaca akan

membawa keuntungan kepada negara terutama sekali di kalangan generasi muda yang akan mengambil

alih pucuk pimpinan negara kelak.

Ada pepatah Melayu mengatakan “Melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Begitulah dengan

tradisi memupuk budaya membaca. Ia harus bermula di rumah, berlanjut ke alam persekolahan, alam

pendidikan tinggi sehinggalah ke alam pekerjaan.

Pembudayaan sedemikian dapat melahirkan sebuah masyarakat Malaysia yang bukan setakat

berbudaya membaca dan berilmu tetapi juga berketrampilan sejajar dengan harapan Falsafah Pendidikan

Negara. Sebagaimana yang diketahui, tabiat budaya membaca bukanlah merupakan suatu sifat

semulajadi, sebaliknya perlu dipupuk dan dirancang agar melahirkan keinginan dalam jiwa seseorang

individu untuk terus membaca dan mencapai keseronokkan daripada bahan yang dibaca. Sehubungan

dengan itu, program NILAM yang dilaksanakan seharusnya dapat menggerakkan para pelajar untuk

menyertai aktiviti berkenaan dengan penuh minat disamping menggunakan bahan bacaan di pusat sumber

dengan sistematik dan berkesan.

Page 7: sdfs

Dalam konteks pendidikan formal, sudah pasti alam persekolahan menjadi mekanisme terbaik

untuk terus menanam dan menyuburkan tradisi budaya membaca. Usaha Kementerian Pelajaran

Malaysia, khususnya Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) melalui perlaksanaan Program Nadi Ilmu

Amalan Membaca (NILAM) dalam memupuk budaya membaca berterusan di peringkat persekolahan

merupakan suatu usaha murni yang cukup bermakna dalam konteks membina budaya ilmu masyarakat

Malaysia.

Membaca merupakan asas penting kepada penjanaan budaya ilmu dan pembinaan tamadun

manusia. Kaedah terpenting dalam membina budaya ilmu dalam sesebuah masyarakat ialah melalui

amalan tabiat membaca yang berterusan. Tabiat ini perlu disemai sedari kecil, ibarat kata pepatah

„melentur buluh biarlah dari rebungnya‟. Usaha Kementerian Pelajaran Malaysia khususnya Bahagian

Teknologi Pendidikan (BTP) melalui perlaksanaan program NILAM atau „Nadi Ilmu Amalan Membaca‟

dalam memupuk budaya membaca berterusan di peringkat persekolahan merupakan satu usaha yang

harus dipuji dalam membina budaya masyarakat yang berilmu pengetahuan. Pengenalan kepada aktiviti

membaca dan bahan bacaan pada usia yang muda, mampu menarik minat generasi muda untuk lebih

mengenali buku. Melalui pembacaan, manusia bagaikan memegang kunci kepada pintu yang

mengandungi pelbagai jawapan terhadap 1001 persoalan. Ia mampu melengkapkan diri seseorang

manusia dengan memberi pengukuhan dalam persediaan untuk menghadapi cabaran masa kini dan juga di

masa hadapan.

Kadar ;iterasi rakyat Malaysia antara yang tertinggi di Asia tetapi masih belum terdapat pembaca

di kalangan umum yang mempunyai tabiat dan budaya membaca yang tinggi. Kadar literasi Rakyat

Malaysia 93 peratus (1996) menurun kepada 91.2 peratus (2006). Wujud juga keadaan alterasi iaitu suatu

keadaan di mana seseorang itu berkeupayaan membaca tetapi tidak ambil peduli atau bosan untuk

membaca sama ada untuk tujuan akademik atau pengkayaan ilmu yang akhirnya menyebabkan

pembacaan mereka berkurangan setiap hari.

Rakyat Malaysia menggemari bahan bacaan popular termasuk pelajar sekolah dan universiti.

Kajian MANGGIS (2005) mendapati tidak sampai 10 peratus pelajar IPTA yang pernah membaca karya-

karya besar Melayu seperti Hikayat Hang Tuah, Sejarah Melayu. Ada juga yang hanya mendengar

namanya tanpa mengetahui sejarah atau jalan ceritanya. Namun suratkhabar dan majalah menjadi

kegemaran bahan bacaan.

Kaum wanita lebih mempunyai budaya membaca dibandingkan kaum lelaki, tetapi kajian

Perpustakaan Negara Malaysia (2006) mendapati kaum lelaki sudah mengatasi kaum wanita.

Budaya membaca adalah penting bagi mewujudkan masyarakat yang dinamik dan program

membaca sebagai aktiviti perlu ditingkatkan untuk mencapai matlamat ini. Dalam era budaya ilmu,

membaca bukan sahaja perlu bagi mencapai matlamat di dalam pelbagai aktiviti dan perancangan, samada

Page 8: sdfs

pada peringkat individu dan negara, tetapi juga untuk matlamat seumur hidup individu. Malah kini wujud

fenomena pemikiran kritikal ('critical thinking') iaitu, pemikiran yang bertanggungjawab untuk

memudahkan penilaiain yang baik kerana ia bergantung kepada kebolehan membetul sekiranya terdapat

kesilapan atau ketidaktepatan maklumat, dan peka kepada sesuatu perkara atau isu. Untuk mencapai tahap

ini masyarakat kita, bermula dari alam kanak-kanak perlu celik maklumat supaya mereka tahu

menggunakan pelbagai jenis dan bentuk maklumat bagi tujuan menyelesaikan masalah mereka sendiri.

Untuk membentuk masyarakat yang bermaklumat, maka budaya membaca merupakan senjata utama.

Dalam konteks ini, pelbagai program perlu diadakan. lni penting agar masyarakat dapat menggunakan

maklumat untuk tujuan yang berlainan, samada untuk bacaan ringan; pemahaman sesuatu perkara atau

isu; meluaskan ilmu pengetahuan; penyelidikan serious; atau membuat dasar-dasar.

PELAKSANAAN PROGRAM NILAM

Program NILAM yang dilaksanakan ke semua sekolah rendah dan menengah mulai tahun 1999

melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 13/1998 bertarikh 22 Mei 1998 tentunya bermatlamat murni supaya

terbinanya tabiat budaya membaca yang berterusan.

„NILAM‟ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan satu usaha Kementerian Pelajaran

Malaysia untuk membina tabiat membaca di kalangan murid dengan hasrat mewujudkan masyarakat

Malaysia yang cintakan budaya membaca dan budaya ilmu. Program NILAM ini merangkumi rancangan

membina tabiat membaca secara terancang dan berterusan melalui aktiviti-aktiviti galakan membaca di

sekolah.

Ia merupakan program penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun. Program ini telah

mula dengan Tahun 1 dan Tingkatan 1 pada tahun 1999 dan penilaian pembacaan mereka diteruskan

sehinggalah mereka tamat persekolahan.

Bersama NILAM, pelbagai aktiviti dan langkah yang bersesuaian telah diambil oleh BTP;

misalnya: Anugerah NILAM Kebangsaan, Khemah Membaca Kebangsaan, Kem Penulis Muda

Kebangsaan Disamping itu, usaha yang berkaitan seperti Anugerah Pusat Sumber Sekolah peringkat

Kebangsaan, Projek Pembekalan Buku Bacaan Tambahan NILAM, Penerbitan Senarai Bahan Bacaan

Pusat Sumber Sekolah, Bantuan Per Kapita (Per Capita Grant) untuk pusat sumber penubuhan Persatuan

Perpustakaan/Pusat Sumber Sekolah merupakan usaha terpuji yang berterusan dalam memantapkan lagi

perlaksanaan program NILAM dari masa ke semasa.

Matlamat program NILAM ialah untuk membina tabiat membaca di kalangan masyarakat negara

ini, khususnya golongan pelajar. Berbekalkan objektif NILAM iaitu menjadikan murid banyak membaca

dan juga menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca.

Page 9: sdfs

Dalam konteks penghayatan NILAM khususnya yang berkaitan dengan Anugerah NILAM

kebangsaan, panel hakim telah menyenaraikan beberapa kelemahan yang wujud pada diri calon yang

terlibat dalam penganugerahan NILAM iaitu:

Pemilihan bahan-bahan yang bersifat popular daripada karya-karya besar

Ketidakseimbangan antara pemilihan bahan bacaan bersifat fiksyen dan bukan fiksyen

Budaya menulis sebagai kesan penting daripada pembacaan juga belum terselah lagi walaupun

ada pelajar yang menulis untuk majalah-majalah sekolah

Penghayatan dan apresiasi membaca belum tergambar dengan jelas pada calon-calon bertanding

Budaya membaca sebagai satu nikmat, seni dan sesuatu yang menyeronokkan dalam kehidupan

belum dapat dikesan walaupun tabiat membaca sudah pun ada.

Dapatan Laporan Kajian Penilaian NILAM (2004) menyatakan bahan bacaan murid sekolah

menengah sangat berminat membaca bahan bacaan jenis remaja, majalah dan misteri. Murid sekolah

rendah suka membaca bahan bacaan misteri, sains dan jenaka. Hasil kajian menunjukkan bahawa murid

sekolah menengah menyatakan bahawa bahan bacaan kurang sesuai dengan tahap pembacaan mereka

berbanding murid sekolah rendah.

Pelaksanaan program NILAM di sekolah mendapati pengetua dan guru besar menyatakan

program ini telah berjaya dilaksanakan dan hanya 4.29% yang menyatakan program ini tidak berjaya.

Sekiranya usaha dipertingkatkan dalam menjadikan budaya membaca sebagai sebahagian dalam

kehidupan kita, maka besar kemungkinan kejayaan yang lebih cemerlang dapat dicapai pada masa depan.

Secara umum, murid dan guru sekolah rendah dan menengah berpandangan positif tentang

keupayaan Program NILAM dalam memupuk tabiat membaca, manakala secara keseluruhan, Program

NILAM Berjaya bukan saja mendorong pelajar membaca tetapi membaca lebih banyak terutama di

sekolah luar Bandar.

Antara elemen-elemen dalam penghayatan budaya membaca yang seharusnya ada adalah:

Budaya membaca yang tinggi

Kecintaan luar biasa terhadap buku dan bahan bacaan

Mempunyai koleksi buku atau perpustakaan peribadi

Tahu membezakan bahan bacaan bermutu dan yang sebaliknya

Unsur-unsur intelektualisme tergambar dalam dirinya seperti pemikiran, cara berfikir, komunikasi

dan sebagainya

Meminati secara serius hal-hal yang berkaitan buku dan dunia perbukuan atau biblioholisme

Page 10: sdfs

Secara signifikannya atau kesan akhir daripada penghayatan membaca akan melahirkan budaya

biblioholisme yakni kecanduan atau ketagihan terhadap buku yang menggambarkan tabiat luar

biasa yang berkecenderungan membaca,membeli, menyimpan, mencintai dan mengagumi buku

Biblioholisme akhirnya melahirkan pecinta buku dan pembaca yang luar biasa.

Maklumat lanjut bagi statistik ini adalah seperti berikut:

Jadual 8: Peratusan pandangan pengetua dan guru besar terhadap pencapaian Program NILAM di sekolah

Tahap pencapaian Program NILAM Peratus %

Berjaya 37.68

Tidak Berjaya sepenuhnya 27.35

Kurang Berjaya 30.68

Tidak Berjaya 4.29

Jumlah keseluruh 100.00

*Sumber: Laporan Kajian Penilaian Program NILAI 2004

Pelbagai saranan dan cadangan di utarakan bagi memperkaya dan memperkasakan program

NILAM yang secara lansungnya menanam budaya membaca di kalangan pelajar pada hari ini, antaranya

ialah:

Memikirkan satu car di mana program NILAM diberi satu rating yang tinggi, sama

dengan system peperiksaan UPSR, PMR, SPM. Setakat ini keutamaan tetap diberikan

kepada tujuan akademik untuk Berjaya dalam peperiksaan.

Satu system pengukuran selepas NILAM (Pasca-NILAM) untuk menilai penghayatan

membaca para pelajar setelah melalui atau meninggalkan alam persekolahan.

Mewujudkan kelab NILAM yang terdiri dari pelajar-pelajar yang mencapai tahap Jauhari

dan tahap rakan pembaca satu forum yang tersendiri yang melihat dan memantau tentang

hal-hal berkaitan penghayatan mpembacaan. Kelab NILAM juga merupakan sampel yang

baik utk BTP, PSPN sebagai kajian.

Penginterasian etos pembelajaran dengan program NILAM perlu ditekankan pada semua

peringkat yang terlibat. Pemahaman yg jelas tentang konsep program NILAM perlu

diperjelaskan supaya pengertian program berkenaan tidak disalahtafsir dan diketepikan.

Program NILAM perlu diintegrasi dengan budaya dan amalan harian di sekolah. Program

ini bukannya menjadi satu aktiviti tambahan yang membebankan para guru dan murid.

Page 11: sdfs

PERANAN PERPUSTAKAAN DAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

Memperkatakan peranan yang dimainkan oleh perpustakaandan Pusat Sumber Maklumat, akan

membawa masyarakat kepada sumber dimana segala bentuk ilmu yang pelbagai disimpan. Dunia

perpustakaan sama ada Pusat Maklumat, Pusat Sumber Sekolah, perpustakaan akademik, perpustakaan

awam dan sebagainya turut merasai perubahan pesat yang berlaku kini. Kemunculan istilah Perpustakaan

Elektronik, „virtual library‟, „library without walls‟, „paper-less library‟ menggambarkan fenomena yang

cukup menjanjikan pelbagai harapan di mana maklumat hanya diperolehi hanya dengan sentuhan.

Keberkesanan Pusat Sumber Sekolah dalam proses pembelajaran dan pengajaran amat penting

sekali terutama dalam kaitannya dengan falsafah pendidikan negara. Ini bermakna Pusat Sumber Sekolah

harus merancang dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pembinaan dan

perkembangan potensi pelajar secara menyeluruh dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi di samping

mampu menyediakan persekitaran yang sesuai untuk merangsang perkembangan diri pelajar itu. Ini sudah

pasti menuntut guru-guru sekolah bersikap proaktif, kreatif dan inovasi dalam menguruskan Pusat

Sumber Sekolah.

Pusat Sumber Sekolah pada hari ini ditafsirkan sebagai; tempat koleksi bahan sumber, pusat

perkembangan segala aktiviti P&P dan juga tempat dimana mula berkembang kea rah Pusat Sumber

elektronik dan maya. Kepentingan PSS dalam P&P sebenarnya tidak dapat dinafikan. Ia membuktikan

adanya korelasi di antara PSS dengan pencapaian akademik pelajar.

Pusat Sumber Sekolah juga perlu berfungsi sebagai „supermarket‟ yang menyediakan berbagai

barangan dan perkhidmatan. Pelbagai kemudahan disediakan untuk memenuhi keperluan pengguna yang

berlainan. Pengguna gemar menggunakan perkhidmatan „supermarket‟ kerana keselesaan yang diperolehi

seperti mutu layanan, kekemasan susunan, harga barangan dan sebagainya. Demikianlah juga peranan

yang patut dimainkan oleh Pusat Sumber Sekolah sehingga disebut oleh seorang penulis sebagai 4 E iaitu

„Economy‟ (Ekonomi); „Efficiency‟ (Kecekapan); „Excellence‟ (Kecemerlangan) dan

„Enrichment‟(Pengkayaan). Sehubungan dengan itu, Pusat Sumber Sekolah boleh berperanan seperti

berikut:

Pusat Ilmu

Antara masalah yang sering dihadapi oleh guru ialah terlalu banyak maklumat yang terdapat di luar

sekolah berbanding dengan yang terdapat di sekolah itu sendiri. Ini menyebabkan perpindahan

maklumat itu terpaksa berlaku di luar sekolah. Pusat Sumber Sekolah boleh memanfaatkan

perbendaharaan ilmu yang banyak di luar sekolah itu dengan berkesan melalui perancangan yang rapi

dan penggunaan sistematik terhadap pelbagai sumber maklumat itu. Keadaan ini dengan sendirinya

mengangkat martabat Pusat Sumber Sekolah sebagai Pusat Ilmu.

Pusat Pembelajaran

Page 12: sdfs

Sekolah sebagai pusat pembelajaran perlu menyediakan pelbagai peluang pembelajaran untuk

menampung keperluan pelajar yang mempunyai pelbagai minat. Kecenderungan, kebolehan dan

keupayaan, Pusat Sumber Sekolah memberi peluang yang lebih banyak kepada pelajar untuk belajar

melalui pelbagai sumber dan perkhidmatan yang disediakan.

Pusat Pengajaran

Pusat Sumber Sekolah bukan sahaja menyediakan tempat untuk guru mengajar dengan berkesan

melalui kemudahan yang canggih dan perkhidmatan yang ada tetapi juga menggalakkan guru

berinteraksi dengan lebih kerap dan teratur dengan guru lain dan pelajar. Ini memungkinkan aktiviti

pengajaran dapat dijalankan dengan lebih sempurna.

Pusat Profesional

Aktiviti-aktiviti Pusat Sumber meningkatkan taraf profesionalisme guru khususnya menerusi cara

bekerja berkumpulan dan rancangan latihan dalaman yang dijalankan dari masa ke masa.

Keempat-empat peranan Pusat Sumber Sekolah itu pula berkaitan rapat dengan fungsi-fungsi utama

Pusat Sumber iaitu pengumpulan maklumat, penyebaran maklumat, penyusunan maklumat dan

penggunaan serta penyebaran maklumat. Secara asasnya, fungsi tersebut telahpun dijalankan hanya

diperlukan ialah mengemaskinikan dan meningkatkan keupayaan dengan penggunaan teknologi

maklumat menuju ke arah pembinaan Pusat Sumber Elektronik.

Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia (1996) mendapati bahawa kadar literasi masyarakat

Malaysia adalah sebanyak 93% tetapi hanya 87% sahaja yang mengamalkan membaca. Perpustakaan

berperanan melaksanakan aktiviti-aktiviti seperti menwujudkan gerakan membaca kebangsaan seperti

yang dilaksanakan oleh Perpustakaan Negara Malaysia sejak tahun1991 di peringkat kebangsaan, dan

mengadakan program seperti program bacaan kegemaran saya, projek rintis perpustakaan awam negeri,

bengkel galakan membaca luar Bandar dan sebagainya. Mengatur bulan membaca kebangsaan, secra

rasminya bermula pada tahun 1995 dengan tema „Mari membaca bersama‟ yang diadakan pada setiap

bulan Ogos dan kemudiannya beralih ke bulan Julai mulai tahun 2001 untuk mengelakkan pertindihan

dengan program sambutan kemerdekaan. Ia adalah agenda tahunan dan pelbagai bentuk aktiviti direka

untuk tujuan ini dan melibatkan semua peringkat perpustakaan.

Menggalakan pengwujudan perpustakaan keluarga yang bermula pada tahun 2000. Ini diikuti

dengan Pertandingan Perpustakaan Keluarga Peringkat Kebangsaan yang diadakan sekali dalam tempoh

dua tahun bermula pada tahun 2001. Ia member foKus kepada masyarakat luar Bandar dalam memastikan

kesinambungan masyarakat yang berilmu dan bermaklumat.

Page 13: sdfs

Turut disarankan supaya diwujudkan satu sudut di PSS, yang menempatkan karya-karya besar

dari berbagai tamadun manusia. Ini bukan sahaja bertujuan untuk menggalakan budaya membaca malah

memperkasakan lagi minda serta pengetahuan sejarah dan semasa sejak dari dibangku sekolah.

Mengembangkan budaya menulis dari peringkat persekolahan melalui berbagai aktiviti dan

insentif. Budaya membaca amat berkaitrapat dengan budaya menulis.

PSS diharap dapat dimaksimumkan penggunaanya ke peringkat yang maksimum sebelum,

semasa, selepas sekolah dan juga menjadi sebahagian daripada proses P&P. Melalui program NILAM

PSS diharapkan untuk mempertingkatkan lagi penggunaan dan peranan nya di dalam melaksanakan

program yang lebih menarik, melibatkan semua murid, member pengiktirafan sebagi salah satu usaha

menggalak pelajar untuk menyertai program. Mengadakan promosi sebagai cara mewujudkan kesedaran

program-program yang dijalankan serta mengadakan polisi dengan mengalakkan pembacaan bahan bukan

fiksyen dan Bahasa Inggeris.

ISU-ISU PEMANTAPAN BUDAYA MEMBACA DAN NILAM

Persoalan yang lebih penting bukan berapa banyak buku yang diterbitkan setiap tahun tetapi

apakah jumlah orang yang membaca meningkat selaras dengan banyaknya buku yang ada dalam pasaran.

Di Malaysia, kita tidak tahu dengan pasti apakah sebenarnya kadar membaca per kapita di Malaysia

seluruhnya. Selalunya pengukuran minat membaca diukur berdasarkan, berapakah jumlah buku atau

jumlah halaman buku secara purata yang dibaca oleh rakyat Malaysia dalam satu tahun berdasarkan

jumlah buku yang diterbitkan setiap tahun. Kita tidak tahu dengan jelas daripada 24 juta penduduk

Malaysia, berapakah jumlah kanak-kanak yang belum tahu membaca, atau jumlah yang membaca dalam

bahasa Melayu, atau dalam bahasa Inggeris saja, atau bahasa-bahasa lain.

Perkiraan jenis ini selalu membuat kesimpulan bahawa rakyat Malaysia hanya membaca

beberapa halaman buku dalam satu tahun. Persoalannya golongan manakah yang dapat dikatakan

representatif dalam kita mengukur budaya membaca rakyat Malaysia. Apakah golongan professional, ahli

politik, sarjana, pelajar sekolah atau sebagainya? Semua golongan ini tentunya membaca mengikut

keperluan masing-masing; misalnya, berkaitan dengan kerjaya, peperiksaaan, „naik pangkat‟, „hiburan‟,

dan berbagai lagi tujuan membaca. Mungkin sudah sampai masanya untuk kita memikirkan kaedah

mengukur minat membaca dan menentukan „benchmark kita sendiri tentang tahap kemajuan buku di

Malaysia sesuai dengan keadaan negara kita sebagai negara yang mempunyai pelbagai etnik, budaya dan

bahasa.

Dari sudut lain, kita melihat buku-buku dalam kategori tertentu seperti motivasi, novel-novel

popular sama ada Bahasa Melayu atau Inggeris terus mendapat sambutan, bahkan ada yang mengatakan

Page 14: sdfs

penjualan novel-novel Melayu mengatasi 20 ribu naskah setahun. Penulis juga difahamkan bahawa dalam

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang berlangsung baru-baru ini telah dikunjungi lima ratus ribu

pengunjung, suatu peningkatan yang membanggakan. Toko-toko buku „mega‟ di Kuala Lumpur,

misalnya, dikunjungi ramai bahkan ada yang mendapat jualan harian yang mencecah 20 ribu ringgit.

Secara umumnya, kita dapat mengatakan rakyat Malaysia memang minat membaca dan sanggup

membeli buku.

Berdasarkan statistik Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) bagi tempoh 3 tahun

iaitu 2007 – 2009 menunjukkan minat masyarakat terhadap buku yang semakin meningkat. Berikut

adalah statistik tersebut:

Jadual 9: Statistik Jualan Buku di PBAKL 2007 - 2009

Tahun Gerai Jualan (Unit) Jumlah Jualan (RM Juta)

2007 455 16

2008 652 22

2009 758 27

Namun, kesemua gambaran ini masih belum dapat memberi gambaran sebenar tentang budaya

membaca rakyat Malaysia. Dalam konteks pengukuran inilah, penulis bersetuju dengan pandangan Dato‟

Hassan Ahmad (2004) bahawa pengukuran perlu dilakukan pada golongan pertengahan yang besar yang

dikategorikan sebagai pembaca umum atau yang membaca buku-buku umum, tidak kira apa bidang

mereka mahupun pekerjaan mereka. Orang yang membaca buku-buku umum biasanya golongan yang

membaca bahan merentas pelbagai disiplin ilmu, buku-buku wacana, bukan setakat membaca buku

„bidang‟, buku teks, bukan juga membaca sekadar mengisi masa lapang, tetapi membaca untuk

memperluaskan fikiran dan mengasah minda. Menurut Hassan Ahmad (2004), golongan inilah yang dapat

disifatkan orang yang mengamalkan budaya membaca sebagai sumber pendidikan sepanjang hayat, dan

tentunya mempunyai pandangan hidup yang luas untuk menjadi golongan pembentuk „fikiran‟ dan

pandangan awam yang kritis dan bertanggungjawab. Golongan pembaca inilah yang patut dijadikan

ukuran atau indikator untuk membuat kesimpulan tentang budaya membaca rakyat Malaysia di peringkat

nasional.

Mengikut statistik Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), jumlah penyertaan masyarakat

terhadap kempen membaca bagi tempoh 3 tahun iaitu 2006 – 2008 adalah seperti di bawah. Statistik ini

sedikit sebanyak dapat mengukur kejayaan kempen yang dilaksanakan di seluruh negara.

Page 15: sdfs

Jadual 10: Statistik bilangan aktiviti yang dijalankan dan jumlah pernyertaan bagi tahun 2006 – 2008

Tahun 2006 2007 2008

Bilangan Aktiviti 7,500 8,500 8,712

Bilangan Penyertaan

Khalayak

1,500,000 1,700,000 1,742,400

Penggalakan kempen membaca dengan fokus baru dapat dilaksanakan dengan mempunyai

strategi untuk meningkatkan kesedaran dan minat membaca.

Bagi mencapai matlamat untuk mewujudkan tabiat membaca yang berterusan di kalangan rakyat

Malaysia, aktiviti-aktiviti yang terlibat harus dirancang dan dilaksanakan dengan berkesam di samping

meningkatkan mekanisme sokongan meliputi aspek fizikal dan juga moral. Kepincangan dalam proses

pelaksanaan akan menyebabkan matlamat program tidak mencapai seperti yang diharapkan.

Antara strategi yang perlu ditingkatkan adalah memperluaskan aktiviti membaca di tempat

tumpuan awam. Sebagai contoh, mengadakan aktiviti membaca di pusat membeli belah, di dalam

pengangkutan awam dan di tempat-tempat rekreasi. Selain itu, “Perkhidmatan Pintu ke Pintu” di semua

perpustakaan desa perlu diperkasakan lagi. Ibu bapa juga memainkan peranan yang tinggi dalam

mendorong anak-anak mengamalkan budaya membaca di rumah. Antara langkah-langkah yang boleh

dilakukan oleh ibu bapa adalah dengan mewujudkan mini perpustakaan di rumah atau membawa anak-

anak ke perpustakaan pada hujung minggu. Di samping itu, persepakatan pintar perlu diadakan dengan

kementerian-kementerian yang berkaitan seperti Kementerian Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi

dan Kementerian Pembangunan Hal Ehwal Wanita dan Keluarga.

CABARAN DAN SARANAN

Program NILAM ini tidak akan mencapai objektif yang ditekankan sekirannya terdapat masalah

kurangnya kerjasama dari pihak yang bertanggungjawab dan di samping kelemahan penyediaan prasarana

yang akan melembabkan proses pelaksanaan program ini. Antara faktor-faktor yang perlu ditekankan

dalam berbagai cabaran melaksanakan prorgram ini seperti:

Penyediaan koleksi bahan-bahan bacaan PSS

Memastikan koleksi bahan di pusat sumber sekolah sentiasa selaras dengan perkembangan semasa agar ia

dapat menarik minat murid untuk sering mengunjungi pusat sumber.

Sokongan pihak pentadbiran sekolah

Aktiviti-aktivti pembacaan tidak akan dapat berjalan dengan lancar sekiranya pihak pentadbiran kurang

memberi sokongan dalam menjalankan aktiviti Pusat Sumber termasuk menyediakan masa dan hari yang

sesuai serta bantuan kewangan untuk menjalankan program ini.

Page 16: sdfs

Penglibatan ibu bapa dan guru-guru

Aktiviti membaca akan menjadi lebih aktif dan berkesan sekiranya ibu bapa memberi sokongan membaca

semenjak dari kecil kepada murid. Selain itu, guru memainkan peranan penting dalam menekankan

bacaan murid di sekolah. Contohnya memuatkan aktiviti-aktiviti bacaan seumpama teka silang kata dan

latihan menulis ulasan dalam pengajaran mereka.

Kesan daripada penglibatan murid dalam aktiviti-aktiviti membaca dan kerjasama dari guru-guru

serta penyelaras pusat sumber dalam pelaksanaan program ini akan mewujudkan golongan murid yang

mempunyai minat membaca yang tinggi serta menjadikan tabiat membaca sebagai satu cara hidup dalam

membentuk masyarakat intelektual, elit dan bermoral dari segi pemikiran juga pertimbangan hidup.

Bagaimanapun pelaksanaan program NILAM tetap menjadi cabaran kerana masih terdapat

sekolah yang tidak melaksanakannya, tidak semua murid terlibat dan sekiranya ada, jenis bahan yang

digunapakai dan dibaca oleh pelajar adalah lebih kepada fiksyen dan bahan Bahasa Melayu. Ini

menunjukan pemantauan yang kurang dari pihak bertanggungkawab.

PSS dicadangkan supaya menjadi ahli badan-badan ikhtisas di peringkat negeri, kebangsaan dan

antarabangsa seperti:

i- Persatuan PSS Malaysia

ii- Persatuan Pustakawan Malaysia

iii- International Association of School Librarianship (IASL)

Sekolah-sekolah digalakkan supaya mengoutomasikan PSS untuk memudahkan kerja-kerja

pengurusan PSS serta menjimatkan masa dan tenaga.

Keddudukan guru penyelaras PSS dalam Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Kerja perlu jelas

dan mempunyai barisan pelapisnya jika guru tersebut berpindah sekolah atau mendapat kenaikan pangkat.

PSS perlu ditempatkan dibangunan khas. Sekiranya bilik khas, lokasinya di tingkat pertama bagi

tujuan keselamatan dan pemudah akses dan dikunjungi oleh pengguna. Ini adalah untuk menunjukan

pentingnya sebuah PSS mahupun perpustakaan.

KESIMPULAN

Program NILAM adalah satu pendekatan yang memberi peluang dan galakan kepada murid-

murid menggunakan keupayaan diri dalam membentuk tabiat membaca. Pelaksanaan program secara

sistematik disokong dengan dokumen dan rekod yang sahih memudahkan penilaian dan pengiktirafan.

Galakan membaca bukan sahaja dilaksanakan secara umum malah kualitinya perlu dilihat. Ini dapat

diperolehi dengan galakan jenis bahan bacaan yang berkualiti, dalam wawasan Negara melahirkan

masyarakat yang berilmu dan berfikir serta bermaklumat menjelang 2020. Justeru, galakan membaca

karya-karya ulung oleh penulis berwibawa wajar ditekankan di sekolah-sekolah bagi tujuan melahirkan

Page 17: sdfs

bakal pemimpin dan ae=ristokrat yang berfikir dan mempunyai personaliti yang gemilang dan

cermerlang. Telah menjadi hakikat bahawa melalui pembacaan pelbagai ilmu pengetahuan dan maklumat

dapat dicapai. Pengetahuan adalah modal utama dalam kemajuan ekonomi yang didorong oleh

penguasaan dan penjanaan ilmu. Mantapnya sesebuah Negara bergantung kepada kemantapan rakyat

untuk mempelajari dan menerapkan ilmu pengetahuan.

RUJUKAN

Bahagian Teknologi Pendidikan. (2004). Garis panduan pemilihan karya-karya besar untuk koleksi pusat

sumber sekolah. Kuala Lumpur: BTP, Kementerian Pelajaran Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan. (2004). Pemantapan penggunaan pusat sumber sekolah dan program

gerakan tabiat membaca dalam meningkatkan penggunaan buku. Kertas kerja di Seminar

Penilaian Semula Dasar Buku Negara, Kuala Lumpur.

Perpustakaan Negara Malaysia. (2006). Panduan membudayakan membaca bersama keluarga: mutiara

kata membaca. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia.

Perpustakaan Negara Malaysia. (2007). Profil membaca rakyat Malaysia 2005. Kuala Lumpur:

Perpustakaan Negara Malaysia

Raabe, Tom. (2001). Biblioholism: The literary addiction. Colorado: Fulcrum Publishing.

Shaharom TM Sulaiman & Abd. Razaq Ahmad. (2005). Buku dan pendidikan: Ke arah penghayatan

membaca. Kuantan: Yayasan Istana AbdulAziz.

Shaharom TM Sulaiman & Salasiah Abd. Wahab. (2003). Keanehan dan keunggulan buku. Kuala

Lumpur: Utusan Publications & Distributors. Cetakan kedua.

Shaharom TM Sulaiman. (2004). Buku Kekasih. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors.

Page 18: sdfs

Siti Aishah Sheikh Kadir & Harleeza Abu Husin. Peranan dan sumbangan Perpustakaan Negara

Malaysia dan perpustakaan awam dalam program NILAM. Retrieved from: i-

baca.pnm.my/pdfFiles/.../PerananSumbangnPNMPANdlmNILAM.pdf

Tajuk : Pemantapan Budaya Membaca dan Pelaksanaan NILAM: Isu dan Cabaran

Nama Pengarang : 1. En. Shahrom TM Sulaiman

[email protected]

013-3404041

2. Pn. Haslinda Husaini

[email protected]

[email protected]

016-2852136

3. Pn. Hajah Sobariah haji Awang Mukhtar

[email protected]

012-3699925