scribbling stage

36
KAE 3013 EKSPRESI KREATIVITI KANAK – KANAK TUGASAN INDIVIDU 1 NAMA : MARZIANA BT. KASIM NO. MATRIK : PPG/21692/12 NO. KP : 781024 – 02 – 5670 NO. TEL : 019 – 5288421 E-MEL : [email protected]

Upload: marziana-kasim

Post on 21-Dec-2015

60 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

mengenai kesihatan

TRANSCRIPT

Page 1: Scribbling Stage

KAE 3013

EKSPRESI KREATIVITI KANAK – KANAK

TUGASAN INDIVIDU 1

NAMA : MARZIANA BT. KASIM

NO. MATRIK : PPG/21692/12

NO. KP : 781024 – 02 – 5670

NO. TEL : 019 – 5288421

E-MEL : [email protected]

PENSYARAH : DR. AZIDAH ABU ZIDEN

Page 2: Scribbling Stage

ISI KANDUNGAN

PERKARA HALAMAN

Sekapur Sireh i

pengenalan 1

Scribbling Stage ( 5-7 tahun )

My family’, Muhammad Danial Mohamad Rizal, 2

3

4

5

6

Manipulative Stage (7-9 tahun )

7

8

9

10

11

Symbol making Stage ( 9-12 tahun )

12

13

14

15

16

17

18

19

Page 3: Scribbling Stage

20

21

Kesimpulan 22

Bibliografi 23

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera sertasalam 1 Malaysia. Pertama kali saya

bersyukur ke hadrat illahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat saya menyiapkan

assignment KAE 3013 dalam tempoh yang telah ditetapkan. Terima kasih yang tidak

terhingga kepada semua individu yang telah banyak membantu saya dalam melaksanakan

assignment saya ini sama ada secara langsung ataupun tidak langsung.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah KAE 3013, DR AZIDAH ABU

ZIDEN di atas bimbingan dan tunjuk ajar beliau kepada saya. Di samping itu, juga ucapan

terima kasih buat PN. NOOR AZLINA KHALID yang juga turut memberi tunjuk kepada

saya bagi menjayakan tugasan ini.

Di dalam tugasan ini, terdapat 20 analisis karya kanak – kanak mengikut tahap

perkembangan yang telah ditetapkan. Bagi setiap karya dianalisis berpandukan kefahaman

yang telah ditetapkan.

Saya ingin memohon jutaan kemaafan sekiranya terdapat kesilapan dan kekurangan

dalam tugasan saya ini. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu

datang dari kelemahan saya sendiri.

Sekian, terima kasih

Page 4: Scribbling Stage

PENGENALAN

SCRIBBLING STAGE

Pada tahap ini kebanyakan para pelajar akan menunjukkan hasil lukisan yang objek

dilukis dengan menggunakan banyak garisan. Pada peringkat ini pelajar akan banyak

menggunakan garisan lurus, melintang, menegak dan juga kepada melukis bentuk

bulatan. Kebanyakan hasil lukisan akan mempamerkan imej – imej yang seolah – olah

terapung dengan saiz imej yang berbeza.

MANIPULATIVE STAGE

Pada tahap ini kebanyakan para pelajar akan menunjukkan hasil lukisan pelajar yang

menggunakan garisan yang tidak mempunyai daya kawalan dan garisan yang

dihasilkan sentiasa berulang – ulang. Garisan yang dihasilkan oleh pelajar juga

menampakkan kawalan yang matang dan boleh memperlihatkan kebolehan pelajar

melukis rupa dan mengulanginya mengikut kehendak pelajar. Penggunaan warna pada

imej mula diperlihatkan. Lukisan yang dihasilkan lebih menumpukan kepada imej

yang konkrit iaitu imej yang dilihat berbanding dengan imej yang tahu.

SYMBOL MAKING STAGE

Pada tahap ini kebanyakan para pelajar akan menunjukkan hasil lukisan yang banyak

dipengaruhi dengan persekitaran. Imejan dalam lukisan figura merupakan imej paling

dominan dalam lukisan pelajar. Lukisan yang dihasilkan juga lebih menumpukan

kepada imej yang konkrit iaitu imej yang dapat dilihat berbanding dengan imej yang

pelajar tahu. Pelajar terus melukis dengan mengekalkan konsep dan skema tertentu.

TUGASAN 01 (KAE3013) EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

i

Page 5: Scribbling Stage

Imej yang dilukis oleh pelajar adalah secara realistik dan teliti. Pelajar juga berhati –

hati dan sedikit individualistik dengan hasil karya. Malah pelajar juga

menitikberatkan kualiti karya yang dihasilkan.

SCRIBBLING STAGE (5–7 TAHUN)

1

Page 6: Scribbling Stage

CONTOH

01

ANALISAVisual /expressive concept, Graphic idea and Material Treatment.

Lukisan di atas adalah hasil nukilan kanak – kanak berusia 6 tahun yang bersekolah

dalam pra sekolah. Kebiasaannya kanak – kanak pada peringkat ini melukis bentuk – bentuk

yang terdapat di persekitarannya. Imej digambarkan berasaskan apa yang pelajar tahu dan

bukannya merupakan reprensentasi tampak. Hasil nukilan ini menggambarkan sebuah

keluarga yang harmoni. Imej bapanya dilukis dengan saiz yang lebih besar daripada imej –

imej lain yang menggambarkan peranan sebagai ketua keluarga. Ibunya bertudung yang

menggambarkan ibunya beragama Islam. Manakala imej pelajar sendiri dilukis lebih kecil

dari imej lain yang menggambarkan diri pelajar sebagai adik. Pelajar melukis muka. Pelajar

tahu setiap muka mempunyai telinga, mata, hidung dan mulut. Manakala kedudukan atau

kadar banding mulut, mata dan anggota – anggota lain tidak penting kepada pelajar. Bagi

pelajar, imej manusia digambarkan dengan rupa paras, bulat atau bujur bagi muka, garis

panjang bagi anggota tubuh, kaki dan tangan. Apa yang menarik, pada baju ibunya, pelajar

melukis gambar bunga – bunga yang menggambarkan kaum wanita menyukai kain atau baju

bercorak bunga. Dari segi garisan, pelajar menggunakan garisan tebal untuk menunjukkan

SCRIBBLING STAGE (5–7 TAHUN)‘My family’, Muhammad Danial Mohamad Rizal, 6 tahun, Lelaki

SCRIBBLING STAGE (5–7 TAHUN)

Page 7: Scribbling Stage

CONTOH

02

rambut dan misai bapa. Pelajar menggunakan garisan beralun untuk menunjukkan pokok.

Warna yang digunakan adalah warna pensel yang bertemakan warna asas yang menunjukkan

keharmonian pada keluarga pelajar.

ANALISAVisual /expressive concept, Graphic idea and Material Treatment.

Lukisan di atas adalah hasil nukilan kanak – kanak berusia 7 tahun yang bersekolah

dalam tahun 1. Hasil lukisan pelajar menggambarkan kehidupan yang aman dan damai.

Pelajar menggunakan subjek rumah, matahari, kolam renang, awan dan pokok hiasan untuk

menggambarkan kehidupan yang tenang. Imej yang digambarkan berasaskan apa yang

pelajar tahu dan impikan. Objek dilukis di mana – mana sahaja pada ruang lukis. Unsur ruang

cuba dinampakkan iaitu berdasarkan objek – objek penyokong iaitu pokok – pokok hiasan

dan awan – awan. Kanak – kanak yang tinggal di kampung dengan nilai masyarakatnya

sudah menjadi sebahagian daripada cara dan sikap pelajar kepada seni dan persekitarannya.

Pelajar menggunakan kombinasi empat segi dan segi tiga bagi menunjukkan gambar sebuah

rumah impiannya. Pelajar menggunakan unsur – unsur seni dan prinsip rekaan dengan

penggunaan warna yang cerah dan menarik antara warna asas serta sejuk menambahkan nilai

astetik karya ini. Dari segi penggunaan garisan, objek dilukis berfokus kepada yang dilukis

untuk mewujudkan “outline”. Rupa objek yang dilukis seperti air kolam renang, dan awan

dengan menggunakan garisan beralun, ia mewujudkan kesan pergerakan. Aspek imbangan

dimanfaatkan dengan bentuk – bentuk seperti rumah, pokok hiasan, awan – awan dan

SCRIBBLING STAGE (5–7 TAHUN)‘Rumahku’, , 7 tahun,

Page 8: Scribbling Stage

CONTOH

03

matahari. Secara keseluruhannya, lukisan ini adalah menyeluruh dari aspek kesatuan. Pelajar

banyak menggunakan alat pembaris bagi menghasilkan bentuk geometri empat segi seperti

bentuk rumah dan bentuk air kolam renang.

ANALISAVisual /expressive concept, Graphic idea and Material Treatment.

Lukisan di atas adalah hasil nukilan kanak – kanak berusia 7 tahun yang bersekolah

dalam tahun1. Hasil lukisan pelajar menggambarkan pelajar berada di kawasan yang

bercuaca agak panas. Apa yang menarik dalam hasil karya pelajar ini adalah pelajar

menggambarkan dirinya berada di kawasan cuaca yang panas terik. Di sini pelajar

menggunakan objek matahari dan aiskrim . Pelajar menggunakan kombinasi rupa bentuk

geometri iaitu empat segi dan segi tiga bagi menunjukkan objek rumah dan objek figura.

Rupa paras pada muka juga pelajar menggunakan kombinasi rupa bentuk segi tiga bagi

menunjukkan hidung, empat segi bagi menunjukkan mulut dan bulat bagi menunjukkan mata.

Begitu juga pelajar menggunakan kombinasi rupa bentuk geometri untuk menggambarkan

matahari iaitu bulat bagi menunjukkan matahari dan empat segi bagi menunjukkan pancaran

matahari. Pelajar tidak banyak menggunakan jenis – jenis garisan. Pelajar banyak

menggunakan alat pembaris bagi menghasilkan bentuk geometri. Walaupun pelajar hanya

menggunakan warna pensel, cara pewarnaan matahari adalah warna panas iaitu menimbulkan

kesan bertenaga dan panas. Manakala warna – warna rumput pula menggambarkan warna

sejuk dan damai.

SCRIBBLING STAGE (5–7 TAHUN)‘Rumahku’,Nurul Azra , 7 tahun, Perempuan

Page 9: Scribbling Stage

CONTOH

04SCRIBBLING STAGE (5–7 TAHUN)‘Rumahku’,Nurul Azra , 7 tahun,

4

Page 10: Scribbling Stage

CONTOH

05SCRIBBLING STAGE (5–7 TAHUN)‘Rumahku’,Nurul Azra , 7 tahun,

5

Page 11: Scribbling Stage

MANIPULATIVE STAGE (7-9 TAHUN)

6

Page 12: Scribbling Stage

CONTOH

01

ANALISAVisual /expressive concept, Graphic idea and Material Treatment.

Lukisan di atas adalah hasil nukilan kanak – kanak berusia 8 tahun yang bersekolah

dalam tahun2. Hasil lukisan pelajar menggambarkan suasana harmoni di sebuah kawasan

perkampungan yang tenang. Kemungkinan besar hasil lukisan ini menggambarkan rumah

impian pelajar. Kanak – kanak yang tinggal di kampung dengan nilai masyarakatnya sudah

menjadi sebahagian daripada cara dan sikap pelajar kepada seni dan persekitarannya. Pelajar

banyak menggunakan rupa bentuk geometri. Pelajar menggunakan kombinasi empat segi dan

piramid bagi menunjukkan objek rumah, meja, batang pokok dan sawah padi. Pelajar

menggunakan garisan zig - zag untuk menunjukkan bukit – bukau. Pelajar juga menggunakan

garisan beralun bagi menunjukkan tanaman sawah padi dan rimbunan pokok. Manakala

pelajar menggunakan bentuk geometri bujur untuk menggambarkan sebagai tapak perjalanan

ke rumah. Bentuk yang dihasilkan adalah bentuk konkrit. Warna pensel yang digunakan oleh

pelajar menggambarkan warna sejuk iaitu menimbulkan kesan damai dan tenang. Apa yang

menarik pada hasil nukilan pelajar ini adalah pada sudut meja makan yang mempunyai satu

set hidangan sekeluarga. Ia seperti yang diimpi – impikan oleh pelajar bersama keluarganya.

Pelajar banyak menggunakan alat pembaris bagi menghasilkan bentuk geometri empat segi

MANIPULATIVE STAGE (7-9 TAHUN )‘Rumahku’,Siti Hawa , 7 tahun,

Page 13: Scribbling Stage

CONTOH

02

dan piramid bagi menunjukkan rumah, batang pokok, sawah dan meja makan. Secara

keseluruhannya, lukisan ini adalah menyeluruh dari aspek kesatuan.

ANALISAVisual /expressive concept, Graphic idea and Material Treatment.

Lukisan di atas adalah hasil nukilan kanak – kanak berusia 9 tahun yang bersekolah

dalam tahun 3. Hasil lukisan pelajar menggambarkan amat menyukai buah epal dan limau

atau oren. Namun dari struktur lukisan, jalinan yang kelihatan buah itu adalah buah limau.

Apa yang menarik pada imej buah limau adalah pelajar menggunakan garis berbiji pada kulit

buah limau yang menunjukkan keadaan kulit buah limau yang masih segar. Ini menunjukkan

pelajar begitu peka dan prihatin dengan sumber alam semula jadi. Bagi objek buah epal,

pelajar menggunakan garis halus tanpa bantuan apa – apa untuk melukis rupa bentuk buah

epal tanpa putus. Pelajar menggunakan garisan tebal bagi membentuk tangkai buah yang

diwarnai dengan warna koko. Pelajar menggunakan bentuk bujur untuk menunjukkan objek

daun yang diwarnai dengan warna sekunder bagi menunjukkan buah epal ini masih segar.

Bagi buah limau, pelajar tidak melukis daun dan tangkai. Pelajar melukis apa yang tampak

dan tahu. Buah limau memang dijual tanpa ranting dan daun. Tapi kesegarannya dibuktikan

dengan garisan berbiji pada kulit buah limau. Pelajar menggunakan garisan halus bagi

menunjukkan pusat tangkai buah limau. Apa yang menarik tentang hasil nukilan pelajar ini

ialah pada garis silangan buah epal dan limau. Pelajar mewarnai garis silangan dengan warna

MANIPULATIVE STAGE (7-9 TAHUN )‘Buah - buahan’,Ruzaimie , 9 tahun, Lelaki

7

Page 14: Scribbling Stage

CONTOH

03

panas iaitu oren tetapi garis silangan buah epal tidak diwarnai. Ini menunjukkan pelajar ingin

melambangkan keadaan kedudukan buah – buahan itu. Pelajar hanya menggunakan pensel

dan warna pensel sahaja untuk hasil nukilan ini.

ANALISAVisual /expressive concept, Graphic idea and Material Treatment.

MANIPULATIVE STAGE (7-9 TAHUN )‘Rumahku’,Siti Hawa , 7 tahun,

8

Page 15: Scribbling Stage

CONTOH

04

ANALISAVisual /expressive concept, Graphic idea and Material Treatment.

MANIPULATIVE STAGE (7-9 TAHUN )‘Rumahku’,Siti Hawa , 7 tahun,

9

Page 16: Scribbling Stage

CONTOH

05

ANALISAVisual /expressive concept, Graphic idea and Material Treatment.

MANIPULATIVE STAGE (7-9 TAHUN )‘Rumahku’,Siti Hawa , 7 tahun,

10

Page 17: Scribbling Stage

SYMBOL MAKING STAGE

(9-12 TAHUN)

11

Page 18: Scribbling Stage

CONTOH

01

ANALISAVisual /expressive concept, Graphic idea and Material Treatment.

Lukisan di atas adalah hasil nukilan kanak – kanak berusia 10 tahun yang bersekolah

dalam tahun 4. Hasil lukisan pelajar boleh dianggap satu hasil karya seni yang dominan iaitu

hasil karya pelajar boleh dianggap sebagai satu kelainan dari rakan sebayanya. Hasil karya

pelajar adalah di alam lautan, tidak seperti murid – murid lain. Hasil karya pelajar ini boleh

menggambarkan pelajar mempunyai cita – cita yang tinggi iaitu ingin menerokai alam lautan

semula jadi. Hasil karya pelajar juga seolah – olah memenuhi kriteria lukisan pergerakan. Ia

seolah – olah membawa kita ke satu pengembaraan di alam lautan. Antara ciri – ciri yang

diperlihatkan adalah termasuk representasi objek ikan paus dan penyu. Manakala pelajar

memilih objek seperti batu – bata, tumbuh – tumbuhan laut dan sampah – sampah yang

mewakili unsur alam sekeliling. Dengan kata lain pelajar amat menitikberatkan alam

sekeliling iaitu masalah pembuangan sampah. Cara pewarnaan sekeliling menunjukkan alam

lautan iaitu warna asas, biru. Garisan halus mempamerkan batu dan diwarnai dengan warna

gelap yang menunjukkan batu iaitu rupa organik. Garisan karya pelajar banyak menunjukkan

rupa organik. Warna pensel yang digunakan oleh pelajar menggambarkan warna penggenap

iaitu menimbulkan keadaan segar dan pergerakan. Pada seusia ini, pelajar tidak menggunakan

SYMBOL MAKING STAGE‘Hidupan Laut, Muhammad Danial Mohamad Rizal, 6 tahun, Lelaki

Page 19: Scribbling Stage

CONTOH

02

pembaris dalam menghasilkan sesuatu bentuk. Pelajar banyak menggunakan lakaran tangan

sendiri.

ANALISAVisual /expressive concept, Graphic idea and Material Treatment.

Lukisan di atas adalah hasil nukilan kanak – kanak berusia 9 tahun yang bersekolah

dalam tahun 3. Hasil nukilan pelajar menggambarkan pelajar adalah seseorang yang berada di

dalam mood ceria. Ini dapat digambarkan dengan hasil keceriaan pada muka kura – kura iaitu

pelajar melukis pada muka kura – kura secebis senyuman pada mulut kura – kura tang

menggambarkan kura – kura berada di dalam keadaan tenang dan berpuas hati dengan tempat

yang disediakan. Pada ruangan tepi – tepi lukisan dihiasi dengan belon – belon dan bunga –

bunga yang menunjukkan pelajar dalam keadaan ceria. Pelajar menggunakan bentuk empat

segi bagi menunjukkan meja dan bekas kura – kura. Dari segi penggunaan garisan, objek

dilukis berfokus kepada yang dilukis untuk mewujudkan “outline”. Rupa organik terhasil

pada kura – kura. Pelajar menggunakan rupa geometri empat segi yang disusun berulang –

ulang bagi menunjukkan corak pada cengkerang kura – kura. Walaupun warna pada meja,

botol makanan kura – kura dan air di dalam bekas kura – kura diwarnai dengan warna asas

iaitu biru, tetapi terdapat kekontraan wujud di antara tiga imej itu dengan cara pewarnaan

pelajar. Bagi objek meja, pelajar mewarnai dengan ton biru yang lebih gelap daripada bekas

kura – kura. Manakala bagi objek bekas makanan kura – kura diwarnai dengan ton biru yang

SYMBOL MAKING STAGE‘My pet’, Nurul Anis Adila, 9 tahun, Perempuan

12

Page 20: Scribbling Stage

CONTOH

03

lebih cerah. Imej air yang diwarnai dengan warna sejuk, iaitu warna biru dan teknik

mewarnai pelajar menimbulkan satu pergerakan pada imej air. Air kelihatan seolah – olah

beralun – alun. Pelajar banyak menggunakan pembaris untuk menghasilkan imej meja dan

bekas kura – kura.

ANALISAVisual /expressive concept, Graphic idea and Material Treatment.

Lukisan di atas adalah hasil nukilan kanak – kanak berusia 9 tahun yang bersekolah

dalam tahun 3. Hasil nukilan pelajar ini menunjukkan pelajar inginkan kedua – dua ibu

bapanya sentiasa ceria dan gembira. Dari segi raut muka yang dilukis oleh pelajar, ia

menunjukkan pelajar mempunyai ibu bapa yang sangat bahagia. Pada peringkat ini kanak –

kanak sangat terpengaruh dengan keadaan sekelilingnya. Imej dalam lukisan figura

merupakan imej yang paling dominan. Imej bapanya dilukis dengan saiz yang lebih tinggi

daripada imej – imej lain yang melambangkan kekuasaan dan kekuatan yang dimiliki oleh

bapa selaku ketua. Dari segi penggunaan garisan, pelajar menggunakan garis halus bagi

menunjukkan imej ibu bapa, tumbuhan dan garis beralun untuk menunjukkan rendangan daun

pokok. Pelajar juga menggunakan garis tebal untuk menunjukkan rambut. Apa yang menarik,

pada baju ibunya, pelajar melukis gambar bunga – bunga yang menggambarkan kaum wanita

menyukai kain atau baju bercorak bunga. Pelajar menggunakan garis zig – zag sebagai corak

pada seluar dan baju imej ibu dan bapa . Corak itu diwarnai dengan warna panas iaitu warna

kuning yang melambangkan kilat atau halilintar seperti apa boleh ditemui pada siri kartun

“Boboiboy”. Pelajar bijak memadankan warna dengan imej dengan tepat. Bagi imej bapa,

SYMBOL MAKING STAGE‘My family’, Muhammad Shahril Mohamad Rizal, 9 tahun, Lelaki

Page 21: Scribbling Stage

CONTOH

04

pelajar mewarnai baju dengan warna sejuk iaitu warna hijau dan ibunya di padankan dengan

warna merah jambu.

ANALISAVisual /expressive concept, Graphic idea and Material Treatment.

Lukisan di atas adalah hasil nukilan kanak – kanak berusia 10 tahun yang bersekolah

dalam tahun 4. Hasil nukilan pelajar menggambarkan objek atau imej yang dilukis oleh

pelajar adalah berdasarkan kepada kesedaran tampak sahaja dan bukannya melalui

pengamatan. Pelajar menggunakan bentuk empat segi bagi menunjukkan badan haiwan rama

– rama atau kupu – kupu. Manakala bentuk bujur digunakan untuk menunjukkan corak –

corak pada kepak rama – rama. Pelajar menggunakan garisan halus bagi membentuk imej

rama – rama dan pelajar juga turut menggunakan garisan berlingkar bagi menunjukkan

sesungut rama – rama. Penggunaan warna cerah dan menarik antara warna sekunder iaitu

hijau dan warna asas iaitu warna kuning. Penggunaan warna hijau dan kuning ini

menunjukkan pelajar adalah seorang yang berhemah tinggi dengan negeri pelajar iaitu negeri

Kedah yang sinonim dengan warna hijau kuning. Penggunaan warna tertier iaitu warna merah

jambu di tepi – tepi kepak – kepak rama – rama menghasilkan kontra pada objek atau imej.

Corak pewarnaan pelajar pada satu arah pada kepak rama – rama kelihatan teratur.

Bagaimanapun pada bahagian tepi imej diwarnakan arah bertentangan dengan arah

pewarnaan kepak menimbulkan perbezaan antara kepak terbang dengan bahagian badan yang

SYMBOL MAKING STAGE‘Kupu – Kupu’, Nurul Husna Abu Bakar, 10 tahun, Perempuan.

14

Page 22: Scribbling Stage

CONTOH

05

lain. Pelajar menggunakan warna pensel dan menggunakan pembaris untuk menghasilkan

corak bentuk badan rama – rama

ANALISAVisual /expressive concept, Graphic idea and Material Treatment.

Lukisan di atas adalah hasil nukilan kanak – kanak berusia 10tahun yang bersekolah

dalam tahun 4. Hasil karya pelajar ini boleh dianggap sebagai satu karya seni yang dominan,

menarik di alam lautan. Hasil karya pelajar boleh dikatakan pelajar mempunyai cita – cita

yang tinggi iaitu seolah –olah ingin menerokai alam lautan. Hasil karya pelajar ini boleh

dikelaskan sebagai salah satu daripada imaginasi pelajar yang ‘berfikir di luar kotak’. Antara

ciri – ciri yang diperlihatkan adalah termasuklah representasi objek seperti ikan jerung, obor

– obor, udang, ketam, ikan – ikan, lumut – lumut dan pelbagai jenis hidupan laut lagi. Pelajar

mempunyai pengamatan yang agak tinggi dengan alam semula jadi. Dari segi penggunaan

garisan, objek yang dilukis berfokus kepada yang dilukis untuk mewujudkan ‘outline’. Rupa

objek yang dilukis seperti ikan – ikan, lumut – lumut dan hidupan laut yang lain dengan

menggunakan garisan halus dan tebal telah mewujudkan kesan pergerakan. Hasil lukisan

pelajar boleh dikatakan memenuhi ¾ ruang lukisan. Pelajar menggunakan warna krayon atau

lilin. Penggunaan warna kontra pada kaki atau sirip – sirip udang dan ikan mewujudkan

kesan pergerakan ke atas imej – imej yang dilukis. Pelajar hanya menggunakan warna asas

SYMBOL MAKING STAGE‘Hidupan Laut’, Syazwani, 10 tahun, Perempuan

15

Page 23: Scribbling Stage

CONTOH

06

tetapi ia mewujudkan warna sejuk pada sekeliling lautan yang menimbulkan kedamaian

hidupan laut. Secara keseluruhannya lukisan ini adalah menyeluruh dari segi aspek kesatuan.

ANALISAVisual /expressive concept, Graphic idea and Material Treatment.

SYMBOL MAKING STAGE‘My family’, Muhammad Danial Mohamad Rizal, 6 tahun, Lelaki

16

Page 24: Scribbling Stage

CONTOH

07

ANALISAVisual /expressive concept, Graphic idea and Material Treatment.

SYMBOL MAKING STAGE‘My family’, Muhammad Danial Mohamad Rizal, 6 tahun, Lelaki

17

Page 25: Scribbling Stage

CONTOH

08

ANALISAVisual /expressive concept, Graphic idea and Material Treatment.

SYMBOL MAKING STAGE‘My family’, Muhammad Danial Mohamad Rizal, 6 tahun, Lelaki

18

Page 26: Scribbling Stage

CONTOH

09

ANALISAVisual /expressive concept, Graphic idea and Material Treatment.

Lukisan di atas adalah hasil nukilan kanak – kanak berusia 12 tahun yang bersekolah

dalam tahun 6. Hasil nukilan pelajar menggambarkan pelajar adalah seorang pencinta alam

flora. Dari segi karya didapati pelajar adalah seorang yang akan berfikir panjang sebelum

membuat sesuatu keputusan. Ini adalah kerana hasil karya pelajar tidak terputus sebaliknya

mempunyai sambungan di antara setiap garis lukisan pelajar. Dari segi penggunaan garis,

pelajar banyak menggunakan garis halus sebagai outline antara satu objek dengan objek yang

lain. Dari segi warna, pelajar mewarnai bunga – bunga dengan warna merah jambu.Ini

menimbulkan kekontraan pada lukisan pelajar. Objek bunga tampak jelas berbanding dengan

objek – objek lain. Pada objek bunga, rupa organik tergambar di lukisan pelajar. Bagi objek

daun, pelajar menggunakan hijau muda pada 1/3 ruang dan hijau tua adalah 2/3 ruang. Jalinan

sentuh juga wujud di antara bunga – bunga, daun – daun dan lingkaran batang – batang. Rupa

bentuk bulat dilukis bertindan 3 bentuk memberi kelainan kepada lukisan pelajar. Pada

sekitar latar belakang, pelajar menggunakan kombinasi warna. Warna penggenap tergambar

pada lukisan pelajar. Corak pewarnaan pelajar pada objek iaitu ¾ daripada keseluruhan objek

SYMBOL MAKING STAGE‘Rantaian Bunga, Ain Zubaidah,12 tahun, Perempuan.

19

Page 27: Scribbling Stage

CONTOH

10

memberi impak yang menarik. Secara amnya didapati, imej yang dilukis oleh pelajar adalah

secara realistik dan teliti. Pelajar juga berhati – hati dan sedikit individualistik dengan hasil

karya. Malah pelajar juga menitikberatkan kualiti karya yang dihasilkan. Pelajar hanya

menggunakan pensel 2B dan warna pensel untuk karya ini.

ANALISAVisual /expressive concept, Graphic idea and Material Treatment.

SYMBOL MAKING STAGE‘My family’, Muhammad Danial Mohamad Rizal, 6 tahun, Lelaki

20

Page 28: Scribbling Stage

KESIMPULAN

Setelah menganalisis contoh – contoh lukisan para pelajar dalam lingkungan umur

dari 5 tahun hingga 12 tahun didapati kanak – kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat

dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil

nukilan karya mereka adalah berbeza mengikut tahap umur masing – masing.

Perkembangan lukisan kanak – kanak banyak dipengaruhi dengan persekitaran dan

juga banyak dipengaruhi dengan suasana kanak – kanak dibesarkan. Dalam persekitaran yang

sihat akan dapat membantu perkembangan kognitif kanak – kanak dengan cara positif.

Menurut Koster (2001), hasil kerja seni berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan

refleksi pemikiran kanak – kanak yang akan terus berkembang bersama – sama kanak –

kanak sehingga dia membesar.

Seni dapat memupuk kreativiti kanak – kanak. Sifat semula jadi seseorang kanak –

kanak adalah melalui pemerhatian, belaian, sentuhan dan sebagainya. Tanpa disedari,

perkembangan seni tampak minda kanak – kanak berlaku begitu pesat sekali. Berdasarkan

dengan kajian oleh ahli – ahli psikologi barat, perkembangan seni ini berlaku kepada setiap

kanak – kanak. Perbezaan antara satu sama lain antara kanak – kanak adalah dengan faktor

persekitaran, bimbingan berterusan daripada keluarga atau latar belakang pendidikan kanak –

kanak itu sendiri.

Seni banyak mempersiapkan seseorang itu ke dunia kerjaya. Seni dapat membantu

dalam pelbagai bidang. Menurut Hanna (1994), seni membantu dalam; kerjasama dan kasih

sayang, merancang dan melaksanakan, kemahiran berfikir, adaptasi dengan orang lain,

mengembangkan bakat, mengambil risiko dan membuat keputusan, harga diri / keyakinan

diri, kerjasama, kemahiran menyelesaikan masalah, perkembangan emosi, membina

kreativiti, disiplin diri, menjadi rakyat yang baik, menjadi orang dewasa yang berdikari dan

meluahkan perasaan.

21

Page 29: Scribbling Stage

Aktiviti seni seperti melukis membolehkan kanak – kanak untuk belajar tentang diri

dan persekitaran. Dengan kata lain, kreativiti kanak – kanak boleh dilihat melalui lukisan dan

kanak – kanak menggunakan lukisan sebagai tempat untuk menyerlahkan kreativiti mereka

atau juga sebagai tempat untuk melepaskan tekanan perasaan mereka.

BIBLIOGRAFI22