schiller hair bike - dmeinnovation.com

49
POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH SCHILLER HAIR BIKE NAMA NO PENDAFTARAN W. M. NAIM BIN W. ABD RASHID 02DKM13F2019 NURZARINI BT JOHARI 02DKM14F1099 M. A. SYAFIQ BIN B. ISHAM 02DKM14F1069 Z. AZRAAI BIN Z. AZNAN 02DKM14F1074 M. SALEH BIN M. JAMIL 02DKM14F1139 Laporan ini di kemukakan kepada Jabatan Kejuruteraan Mekanikal sebagai memenuhi sebahagian syarat penganugerahan Diploma Kejuruteraan Mekanikal JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL JUN 2016

Upload: others

Post on 13-Jun-2022

5 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SCHILLER HAIR BIKE - dmeinnovation.com

POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH

SCHILLER HAIR BIKE

NAMA NO PENDAFTARAN

W. M. NAIM BIN W. ABD RASHID 02DKM13F2019

NURZARINI BT JOHARI 02DKM14F1099

M. A. SYAFIQ BIN B. ISHAM 02DKM14F1069

Z. AZRAAI BIN Z. AZNAN 02DKM14F1074

M. SALEH BIN M. JAMIL 02DKM14F1139

Laporan ini di kemukakan kepada Jabatan Kejuruteraan Mekanikal sebagai

memenuhi sebahagian syarat penganugerahan Diploma Kejuruteraan

Mekanikal

JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL

JUN 2016

Page 2: SCHILLER HAIR BIKE - dmeinnovation.com

AKUAN KEASLIAN DAN HAK MILIK

TAJUK : SCHILLER HAIR BIKE

SESI : JUN 2016

1. Kami, 1. WAN MUHAMMAD NA’IM BIN WAN ABDUL RASHID (02DKM13F2019)

2. NURZARINI BINTI JOHARI (02DKM14F1099)

3.MUHAMAD AMIN SYAFIQ BIN BADRUL ISHAM (02DKM14F1069)

4.MUHAMMAD SALEH BIN MOHD JAMIL (02DKM14F1139)

5.ZAINAL AZRAAI BIN ZAINAL AZNAN (02DKM14F1074)

adalah pelajar tahun akhir Diploma Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Sultan Haji

Ahmad Shah, yang beralamat di Jalan Semambu, 25350 Kuantan, Pahang.(Selepas ini

dirujuk sebagai „Politeknik tersebut‟).

2. Kami mengakui bahawa „Projek tersebut di atas‟ dan harta intelek yang ada di dalamnya adalah hasil

karya/ reka cipta asli kami tanpa mengambil atau meniru mana-mana harta intelek daripada pihak-

pihak lain.

3. Kami bersetuju melepaskan pemilikan harta intelek „Projek tersebut‟ kepada „Politeknik tersebut‟ bagi

memenuhi keperluan untuk penanugerahan Diploma Kejuruteraan Mekanikal kepada kami.

Diperbuat dan dengan sebenar-benarnya diakui )

oleh yang tersebut; )

a) WAN MUHAMMAD NA‟IM ) .....………………………….

BIN WAN ABDUL RASHID

(No. Kad Pengenalan:- 940825-06-5133), ) WAN MUHAMMAD NA‟IM BIN

WAN ABDUL RASHID

b) NURZARINI BINTI JOHARI ) .....………………………….

(No Kad Pengenalan:- 960127-14-5206) )NURZARINI BINTI JOHARI

c)MUHAMAD AMIN SYAFIQ BIN BADRUL ISHAM ) .....………………………….

(No Kad Pengenalan:-961023-10-6071) ) MUHAMAD AMIN SYAFIQ BIN

BADRUL ISHAM

d)MUHAMMAD SALEH BIN MOHD JAMIL ) .....………………………….

(No Kad Pengenalan:-951024-01-7039) ) MUHAMMAD SALEH BIN MOHD

JAMIL

e) ZAINAL AZRAAI BIN ZAINAL AZNAN ) .....………………………….

(No Kad Pengenalan:- 9610827-14-5063) ) ZAINAL AZRAAI BIN

di ……………………, pada …….……… ) ZAINAL AZNAN

Di hadapan saya, MOHD SAFIAN BIN MUDA

(691228-06-5069) ) .....……………………………………….

sebagai penyelia projek pada tarikh: …………….. ) MOHD SAFIAN BIN MUDA

Page 3: SCHILLER HAIR BIKE - dmeinnovation.com

SENARAI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PERAKUAN KEASLIAN DAN HAK MILIK ii

PENGHARGAAN iii

ABSTRAK iv

ABSTRACT v

KANDUNGAN vi

SENARAI JADUAL viii

SENARAI RAJAH ix

SENARAI SIMBOL xii

SENARAI SINGKATAN xiii

1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Penyataan Masalah 3

1.3 Objektif 4

1.4 Skop Kajian 4

2 KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 6

2.2 Kajian Yang pernah Dijalankan Oleh Penyelidik 6

Terdahulu

2.3 Teori Dan Formula 12

2.4 Model Di Pasaran 16

2.5 Kajian Komponen Yang Digunakan 27

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 32

3.2 Carta Aliran Projek 33

3.3 Konsep Kerja PRIME 34

3.4 Ujikaji 51

4 ANALISIS DAN PERBINCANGAN

4.1 Pengenalan 54

4.2 Analisis Kejuruteraan 54

4.3 Hasil Dapatan Kajian 60

4.4 Perbincangan Berdasarkan Graf Yang Diplotkan 62

Page 4: SCHILLER HAIR BIKE - dmeinnovation.com

5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 64

5.2 Kesimpulan 65

5.3 Cadangan 66

RUJUKAN 67

LAMPIRAN 68

Page 5: SCHILLER HAIR BIKE - dmeinnovation.com

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1 Jadual Spesifikasi HDL WATER BIKE 16

2.2 Jadual Spesifikasi BJBIKE11 18

2.3 Jadual Spesifikasi HYDROBIKES WATER BIKES 21

2.4 Jadual Spesifikasi SEACYCLE 23

2.5 Jadual Spesifikasi WATERBIKE PEDAL BOAT 26

3.1 Jadual Penilaian Bermatrik 40

3.2 Jadual Pemilihan Bahan 43

3.3 Data di atas darat 52

3.4 Data di atas permukaan air 52

3.5 Data daya keapungan 53

4.1 Data lengkap di atas darat 60

4.2 Data lengkap di atas permukaan air 61

4.3 Data lengkap daya keapungan 62

Page 6: SCHILLER HAIR BIKE - dmeinnovation.com

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1.1 Peta Pahang 1

1.2 Tapak perniagaan di Taman Gelora 2

1.3 Taman Gelora 2

1.4 Tasik Taman Gelora 2

2.1 Contoh basikal 6

2.2 Contoh Basikal Atas Air 7

2.3 Contoh Basikal Atas Air oleh David Urch 9

2.4 Pereka prototaip Ray Buresch 9

2.5 Prototaip pertama bagi basikal hidro 10

2.6 Mohammed Saidullah bersama basikal atas air 10

2.7 Li Weiguo bersama basikal atas air 11

2.8 Fenomena Archimedes 13

2.9 Contoh gear 14

2.10 Contoh Gear Tetap 15

2.11 HDL WATER BIKE 16

2.12 BJBIKE11 18

2.13 HYDROBIKES WATER BIKES 20

2.14 SEACYCLE 23

Page 7: SCHILLER HAIR BIKE - dmeinnovation.com

2.15 WATERBIKE PEDAL BOAT 35

2.16 Pengeras 28

2.17 Resin 29

2.18 Aluminium 30

3.1 Carta Alir perlaksanaan projek 33

3.2 Konsep PRIME 34

3.3 Rekabentuk A 36

3.4 Rekabentuk B 37

3.5 Rekabentuk C 38

3.6 Rekabentuk D 39

3.7 Pandangan pelan 41

3.8 Pandangan depan 42

3.9 Pandangan sudut depan 42

3.10 Pandangan belakang 42

3.11 Contoh proses mengimpal 44

3.12 Proses pemotongan aluminium 45

3.13 Contoh proses mencanai 46

3.14 Contoh proses mengimpal TIG 47

3.15 Proses menggerudi 48

3.16 Proses kekemasan dan mengecat 48

3.17 Proses pemasangan 49

Page 8: SCHILLER HAIR BIKE - dmeinnovation.com

4.1 Graf kelajuan basikal 61

Page 9: SCHILLER HAIR BIKE - dmeinnovation.com

SENARAI SIMBOL

Simbol

B Daya Keapungan

Pf Ketumpatan Bendalir

Vdisp Jumlah isipadu cecair pelarian

g Graviti

t Masa

s Kelajuan

d Jarak

F Daya

a Pecutan

V Halaju

m Jisim

Page 10: SCHILLER HAIR BIKE - dmeinnovation.com

SENARAI SINGKATAN

SHB Schiller Hair Bike

MEKP Metil Etil Keton Peroksida

MIG Metal Inert Gas

TIG Tungsten Inert Gas

Page 11: SCHILLER HAIR BIKE - dmeinnovation.com

ABSTRAK

Rekreasi merupakan aktiviti riadah yang bertujuan untuk menyihatkan tubuh

badan. Berbagai aktiviti rekreasi boleh di adakan. Kegiatan riadah diatas air dan juga di

atas darat ini boleh di gabungkan menjadi satu aktiviti fizikal yang sihat. Selalunya,

aktiviti yang berkaitan dengan objek seperti basikal sering di gunakan oleh masyarakat

untuk beriadah dan juga bersantai. Amphibious Bike ataupun basikal amfibia yang di

kenali sebagai basikal dua alam ini, asasnya diperbuat daripada rambut dan juga sejenis

resin. Basikal amfibia juga merupakan salah satu aktiviti berbasikal yang berfaedah dan

sesuai untuk di jadikan aktiviti rekreasi di Tasik Taman Gelora, Kuantan. Namun,

penggunaan basikal amfibia ini kurang menarik minat dan juga perhatian masyarakat di

Malaysia.

Page 12: SCHILLER HAIR BIKE - dmeinnovation.com

ABSTRACT

Recreation is an outdoor activity to promote a healthy lifestyle. There are so many

kind of activities that we can do. Recreation activity such as on land and on water can be

combined inti a much more physically and healthy one. Usually activity that are related to

cycling oftenly known as an activity to strolling around and relaxed. So here come the

Amphibious Bike which also known as a two world bike that can be ride on streets as

usual and interstingly even on the water. And that would make a much more interesting

activity to be done. Sadly, somehow this amphibious bike was not well received by

Malaysian community.

Page 13: SCHILLER HAIR BIKE - dmeinnovation.com

PENGHARGAAN

Alhamdulillah hirrabbil‟alamin, Kami merafakkan sepenuh kesyukuran kehadratilahi

dengan limpah dan kurnianya, dapat kami menyelesaikan projek akhir kami ini dengan

penuh jayanya. Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada Encik Mohd Safian bin

Muda selaku penyelia projek kami di atas kesudian beliau yang banyak memimbing dan

memberi tunjuk ajar serta penerangan yang sempurna kepada kami dari pemilihan idea ini

di keluarkan sehingga dalam proses menyiapkan projek ini.

Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan teima

kasih kepada ahli keluarga kami yang banyak memberi sokongan dan dorongan serta dari

segi sumber kewangan sehingga terlaksanannya projek ini. Terima kasih juga kami

ucapkan kepada semua pensyarah-pensyarah di POLISAS yang banyak memberi tunjuk

ajar dan pendapat kepada kami dalam menghasilkan projek ini. Tidak lupa juga kepada

rakan-rakan sepejuangan yang sama-sama turut bertungkus-lumus dan juga bertukar-

tukar idea untuk menyiapkan projek akhir ini.

Akhir sekali, terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu kami secara

langsung atau tidak langsung sepanjang projek kami dijalankan dan dibentangkan.

Page 14: SCHILLER HAIR BIKE - dmeinnovation.com

BAB 1

PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN

Kuantan merupakan ibu negeri Pahang dan merupakan sebuah negeri terbesar di

Semenanjung Malaysia dan ketiga besar Malaysia dengan keluasan lebih kurang

36,000km². Terdapat pelbagai tempat yang menarik yang ada di daerah Kuantan ini

antara tempat-tempat yang menjadi sebutan dan sekaligus menjadi kunjungan masyarakat

adalah Pantai Teluk Cempedak, Pantai Cherating, Air Terjun Pandan dan Pantai Balok.

Rajah 1.1. : Peta Pahang

Page 15: SCHILLER HAIR BIKE - dmeinnovation.com

Selain itu, taman yang terdapat dalam daerah Kuantan juga termasuklah dengan

taman rekreasi seperti, Taman Esplanade, Taman Bandar, Taman Pertanian Sultan Haji

Ahmad Shah. Tidak terkecuali juga Taman Gelora yang terletak tidak jauh dari Pusat

Bandar yang turut mempunyai pengunjungnya yang tersendiri.

Menariknya di Taman Gelora ini, mereka menjadikan taman rekreasi tersebut sebagai

lokasi untuk menjalankan aktiviti riadah bersama keluarga. Taman Gelora yang menarik

dan sesuai untuk rekreasi, telah menjadi pilihan buat masyarakat di sini untuk beriadah

terutama pada waktu pagi dan petang.

Rajah 1.2 : Tapak perniagaan di Taman Gelora Rajah 1.3 : Taman Gelora

Rajah 1.4 : Tasik Taman Gelora

Page 16: SCHILLER HAIR BIKE - dmeinnovation.com

Masyarakat di sini bukan saja menggunakan taman Gelora ini hanya untuk bersenam

dan berjogging malah turut melakukan aktiviti lain contohnya aktiviti senam robik, tarian

poco-poco, taici dan sebagainya. Di taman ini juga mempunyai gerai-gerai makan yang

dibuka bermula pada waktu tengah hari sehingga petang. Salah satu keistimewaan taman

gelora ini adalah wujudnya sebuah tasik yang dinamakan sebagai Tasik Gelora. Tasik ini

amat sesuai untuk di jadikan sebagai tasik rekreasi kerana tempatnya yang stratergik dan

luas.

Oleh itu, basikal air telah dicipta dan di namakan sebagai Schiller Hair Bike ataupun

nama singkatannya adalah SHB yang boleh digunakan sebagai alat rekreasi untuk tasik

ini.

1.2 PENYATAAN MASALAH

Taman Gelora mempunyai tasik yang popular di kalangan masyarakat disini,

keluasannya kira-kira hampir separuh daripada taman tersebut, dapat mendatangkan

pelbagai aktiviti yang berfaedah kepada masyarakat. Namun begitu, tasik yang terdapat di

taman gelora ini mempunyai beberapa masalah yang dapat dikenal pasti antaranya :

i. Tiada sebarang aktiviti yang berkaitan dengan air dijalankan di tasik ini. Ini

kerana tasik tersebut tiada aktiviti yang dapat memeriahkan tasik gelora ini seperti

berkayak, memancing dan lain-lain. Secara tidak langsung tasik ini menjadi tasik

yang kurang menarik minat masyarakat.

ii. Tasik ini menjadi sebuah tasik yang terbiar dan tidak terpelihara. Hal ini demikian

kerana tiada proses penyelengaraan dan pemeliharaan yang dilakukan secara

serius oleh pihak Majlis Perbandaran Kuantan terhadap tasik ini untuk di jadikan

Page 17: SCHILLER HAIR BIKE - dmeinnovation.com

tempat reakrasi bagi masyarakat. Akibatnya, tasik ini yang asalnya indah menjadi

suram dan tidak terpelihara.

iii. Secara tidak langsungnya, tasik ini telah mendatangkan kerugian kepada

sesetengah pihak kerana tidak mendatangkan pendapatan ataupun keuntunggan.

Apabila tiada sebarang aktivi di lakukan yang berkaitan dengan tasik ini, Maka

pendapatan yang sepatutnya boleh di perolehi ini menjadi satu kerugian yang amat

besar.Bagi mengatasi masalah ini kita perlu menambah aktiviti yang boleh

diadakan di Tasik Gelora. Oleh itu, pembuatan basikal air adalah kaedah yang

berguna untuk menyelesaikan masalah-masalah ini.

1.3 OBJEKTIF

Objektif utama kami ialah:

i. Mereka bentuk sebuah basikal yang mampu bergerak di atas permukaan air dan

di atas jalan raya untuk di jadikan sebagai alat rekreasi di tasik Taman Gelora.

ii. Membina struktur “H” yang diperbuat daripada rambut dan resin untuk digunakan

sebagai badan basikal.

iii. Menguji dan menganalisa daya keapungan SHB, pemilihan gear dan kelajuan

SHB.

Page 18: SCHILLER HAIR BIKE - dmeinnovation.com

1.4 SKOP

Skop bagi SHB telah di had kan iaitu :

i. Bahan rangka “H” yang digunakan daripada rambut manusia sebanyak 2kg yang

bercampur dengan resin sejenis “REVERSOL P9509” serta pengeras sejenis

“METIL ETIL KETON PEROKSIDA” .

ii. Mempunyai 3 biji roda, 2 roda bersaiz 570mm di bahagian belakang,satu roda

bersaiz 660 mm di bahagian hadapan.

iii. Menggunakan aluminium petak berongga 3mmx3mm sebagai penyokong rangka

utama.

iv. Menggunakan batang aci di bahagian belakang, panjang 620 mm.

v. Mempunyai sebuah tempat duduk yang boleh bersandar.

vi. Menggunakan rantai basikal sejens “rockbike”, model Z30.

vii. Brek menggunakan brek basikal.

viii. Berat manusia di hadkan sehingga 80kg.

Page 19: SCHILLER HAIR BIKE - dmeinnovation.com

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 PENGENALAN

Bab ini menerangkan tentang penyelidikan yang telah dibuat oleh ahli-ahli

saintifik dan produk yang telah berada di pasaran. Bab ini juga akan menerangkan tentang

komponen-komponen yang akan digunakan ketika proses pembuat sesebuah projek.

Selain itu, di dalam bab ini, teori dan formula yang telah dikaji akan digunakan kelak.

2.2 KAJIAN YANG PERNAH DIJALANKAN OLEH PENYELIDIK

TERDAHULU

(a) (b) Rajah 2.1 : (a) (b) Contoh basikal

Page 20: SCHILLER HAIR BIKE - dmeinnovation.com

Basikal ialah sejenis kenderaan berkuasa manusia yang mempunyai dua roda yang

dipasang ke rangka. Basikal diperkenalkan buat pertama kali nya di Eropah pada abad ke-

19, dan telah berkembang dengan begitu pantas sehingga bertukar menjadi pelbagai

bentuk pada hari ini.

Basikal ialah salah satu daripada rekaan manusia yang ketara. Ciri-ciri sebuah

basikal kebiasaannya kedudukan roda mestilah satu di hadapan rangka dan satu lagi di

tempatkan di belakang rangka. Komponen yang terdapat pada basikal lazimnya ialah

pengayuh, tempat duduk, handle, brek, tuib, rim, pedal, rantai dan engkol. Basikal

merupakan sebuah kenderaan yang sangat terkenal di seluruh negara dan telah

memberikan kesan yang penting terhadap sejarah dalam alam budaya dan perindustrian.

Aspek basikal yang luar biasa ialah penerimagunaan yang meluas dalam banyak

bidang kegiatan manusia yang berlainan, umpamanya sebagai mainan kanak-kanak,

rekreasi dan beriadah, pengangkutan harian, sukan lumba basikal, pelancongan basikal,

bahan asas untuk gymnasium statik dan versi pekakas kesihatan rumah.

Pada abad ke-19, idea yang baru telah di perkenalkan berdasarkan konsep basikal

iaitu sebuah basikal yang mampu digunakan ketika berada di atas permukaan air dengan

menggunakan konsep keapungan. Ideanya itu telah mendapat perhatian yang ramai oleh

masyarakat sekeliling pada zaman itu sehingga ke hari ini.

Page 21: SCHILLER HAIR BIKE - dmeinnovation.com

Rajah 2.2 : Contoh Basikal Atas Air

i) SEJARAH KENDERAAN AIR

Kajian produk yang telah dikeluarkan adalah untuk tujuan rekreasi dan juga

bersukan. Produk ini selalunya terdapat di kawasan yang terbuka yang mempunyai tasik

ataupun sebuah kolam. WATERBIKE telah mendapat perhatian ramai masyarakat di

Perancis pada tahun 1909 dan adalah merupakan satu produk yang berjaya di keluarkan

oleh David Urch.

Apabila basikal menakluki dunia, ia adalah seperti revolusi komputer hari ini.

Para cendiakawan mempunyai banyak versi yang berbeza daripada kitaran, termasuk

versi akuatik, dan basikal roda tiga . Unit ini kelihatan seperti ia mungkin bekerja , selagi

roda tidak mengisi dengan air. Seterusnya, basikal roda tiga yang akan diperkenalkan

sebenarnya dibina, oleh Ferris England.

Jurnal Sains mempunyai satu artikel mengenai beliau pada 28 Julai 1983 iaitu

perjalanan dari Dover merentasi Selat Inggeris ke Calais. Perjalanannya mengambil masa

Page 22: SCHILLER HAIR BIKE - dmeinnovation.com

selama 8 jam. Jarak perjalanannya adalah dua puluh batu , tetapi ia adalah jauh lebih

besar kerana melawan arus. Sesetengah basikal akuatik adalah hanya basikal

konvensional dipasang pada bot, seperti yang dibuat Myron Coloney. Beliau

mempatenkannya pada tahun 1880. Ia adalah basikal roda depan yang besar dipasang

pada bot , dengan mekanisma untuk memacu kipas .

(a) (b)

Rajah 2.3 : (a) (b) Contoh Basikal Atas Air oleh David Urch

ii) Rekabentuk basikal atas air ini oleh Ray Buresch (1989)

Page 23: SCHILLER HAIR BIKE - dmeinnovation.com

Rajah 2.4 : Pereka prototaip Ray Buresch

Ray Buresch merupakan seorang profesor dalam Kejuruteraan Penerbangan di

Universiti Minnesota dan mempunyai ijazah dalam bidang Kejuruteraan Aeronautical

pada awal tahun 1989. Beliau telah bekerja dengan sistem kenderaan air pendorongan

manusia berkuasa, dan telah datang bersama kipas yang sangat berkesan.

Beliau juga telah mencipta sebuah prototaip Hydrobike pertama mengunakan

putaran kipas. Beliau telah membuat 11 reka bentuk dan paten mekanikal yang

merangkumi semua ciri-ciri unik kenderaan air. Antara ciptaan beliau iaitu mereka bentuk

badan kapal dan berkesan untuk catamaran, sebagai kraf badan berkembar dan telah

menguji unit pemacu untuk 1000 jam berjalan secara berterusan di dalam tangki air

dengan 5 kali beban maksimum yang direka.

Banyak ujian yang telah dilakukan antaranya di tasik sekitar kawasan

Minneapolis dan pada hari ini rekaan beliau telah mendapat sambutan yang

menggalakkan. Ray Buresch juga telah membuka sebuah kedai khas untuk menyewa

kenderaan air ini di Teluk Mexico dan juga di St Cloud Minnesota.

Page 24: SCHILLER HAIR BIKE - dmeinnovation.com

Rajah 2.5: Prototaip pertama bagi basikal hidro – Jun, 1990

iii) Rekabentuk basikal atas air ini oleh Mohammad Saidullah of Motihari (2006)

(a) (b)

Rajah 2.6 : (a) (b) Mohammed Saidullah bersama basikal atas air

Seterusnya, Mohammed Saidullah yang berasal dari Jawa-Jeneva daerah Motihari,

Bihar dan kini terlibat dalam menjual madu di pasaran. Ahli falsafah, fikirannya sentiasa

bijak dalam penyelesaian masalah, yang akan memberi manfaat kepada keluarga dan

masyarakat. Beliau telah membuat pelbagai kemudahan mesra alam dan harga yang

berpatutan inovasi berfungsi seperti traktor mini, kunci dikendalikan Jadual Kipas,

Fodder pemotong dikendalikan pam air Mini, dipelihara Tenaga dikendalikan basikal dan

turbin Mini untuk penjanaan elektrik.

Mohammad Saidullah membangunkan basikal atas air yang merupakan basikal

konvensional yang mempunyai empat pelampung udara segi empat tepat yang melekat,

yang menyokong basikal apabila bergerak dalam air, dan bilah kipas yang dilampirkan

dalam cara yang radial pada jejari roda belakang yang membolehkan ia berjalan di atas

permukaan air.

Page 25: SCHILLER HAIR BIKE - dmeinnovation.com

Bilah-bilah disusun dalam fesyen seperti yang ia boleh dipandu arah terbalik juga.

Kelebihannya adalah jelas kerana rakyat di kawasan luar bandar tidak perlu lagi

bergantung kepada bot semata-mata dan beberapa kecenderunggan untuk menjadi penuh

sesak untuk menyeberangi sungai dan ia boleh dilakukan mengikut keselesaan sendiri.

Saidullah telah dianugerahkan hadiah pertama untuk persembahan beliau dalam

mempamerkan inovasi semasa Republik Day Parade di Patna pada tahun 2006.

iv) Rekabentuk basikal atas air ini oleh Li Weiguo (2008)

Rajah 2.7 : Li Weiguo bersama basikal atas air

Pada 21 November, basikal yang dibuat oleh Li Weiguo, seorang jurutera bersara

di Wuhan, berjaya menyeberangi Sungai Yangtze dalam hanya 58 minit. Basikal ini di

lengkapi dengan lapan baldi plastik pada pendakap roda.

Pada 21 November, pelajar yang bernama Li Lei Zhiqian telah menguji dengan

menunggang basikal ini dari hujung Wuchang di Jambatan Wuhan Sungai Yangtze.

Basikal atas air ini telah ditukar dengan membengkokkan rasuknya yang menelan belanja

lebih daripada 100 yuan agar keupayaan basikal ini untuk bergerak atas air dengan lapan

Page 26: SCHILLER HAIR BIKE - dmeinnovation.com

pelampung plastik biru, yang boleh menjana kira-kira dua tan keapungan, dan roda

dayung kuning, yang boleh menggerakkan basikal di dalam air.

Pada tahun 2008, beliau mula membuat basikal amfibia dan membelanjakan lebih

30,000 yuan semua sekali di atasnya. Pada 16 Jun 2010, muridnya Lei membuat lawatan

pusingan merentasi Sungai Hanjiang pada basikal amfibia dalam masa kurang daripada

30 minit. Pada 2 Oktober, Li di jemput ke Pantai Xiaomeisha di Shenzhen oleh stesen

TV Jepun untuk menguji basikalnya itu.

2.3 TEORI DAN FORMULA

Terdapat pelbagai teori dan formula yang boleh digunakan. Antaranya, prinsip

Archimedes, kekuatan bahan dan sistem gear.

i) Prinsip Archimedes

Prinsip Archimedes berkaitan rapat dengan daya keapungan dan anjakan (Yunus

A. Cengel, 2010). Nama prinsip ini datang dari nama penemunya iaitu Archimedes dari

Syracuse. Prinsip Archimedes menunjukkan bahawa mana-mana objek yang terapung

disesarkan sendiri berat cecair itu. Ini bermakna mana-mana objek sama ada ia secara

keseluruhannya atau sebahagiannya tenggelam dalam cecair disokong oleh kuasa yang

sama dengan berat bendalir yang disesarkan oleh objek (Yunus A. Cengel, 2010). Jadi,

daya keapungan adalah sama dengan berat bendalir yang tersesar.

Berdasarkan prinsip Archimedes, berat cecair yang disesarkan secara langsung

berkadar terus dengan jumlah cecair yang disesarkan. Ini bermaksud, daya tujah pada

objek yang akan menjadi sama dengan berat cecair yang disesarkan oleh objek (Yunus A.

Cengel, 2010). Jadi, membandingkan objek dengan jisim yang sama, jumlah objek yang

lebih besar mempunyai daya keapungan yang lebih besar.

Page 27: SCHILLER HAIR BIKE - dmeinnovation.com

Keapungan adalah satu daya yang dikenakan oleh bendalir yang menentang

sesuatu berat objek. Daya keapungan membolehkan objek terapung di permukaan cecair

jika objek itu kurang tumpat daripada cecair atau objek yang dibentuk dengan sewajarnya

seperti bot (Yunus A. Cengel, 2010).

Bayangkan mana-mana bentuk objek dan jumlah isipadu yang dikelilingi oleh

cecair, kuasa cecair yang dikenakan pada objek adalah sama dengan berat cecair yang

disesarkan oleh jumlah yang sama. Walau bagaimanapun, daya yang bertindak ke atas

objek oleh daya keapungan adalah bertentangan arah dengan daya graviti.

B = PfVdispg

Formula di atas digunakan untuk mengira magnitud daya keapungan di mana B

ialah magnitud tindakan daya keapungan pada tubuh, Vdisp adalah jumlah isipadu cecair

pelarian oleh tubuh objek. Pf adalah ketumpatan bendalir dan g adalah graviti pecutan di

lokasi. Untuk membolehkan sebuah apungan objek di permukaan cecair, jumlah objek itu

mesti lebih besar daripada jumlah cecair yang disesarkan.

Rajah 2.8 : Fenomena Archimedes

ii) Sistem Gear

Page 28: SCHILLER HAIR BIKE - dmeinnovation.com

Rajah 2.9: Contoh gear

Gear adalah sebahagian daripada mesin berputar yang telah memotong gigi yang

sepadan dengan yang lain bahagian bergigi untuk menghantar tork (R.C. Hibbeler, 2010).

Tork akan dijelaskan oleh sub-topik seterusnya. Penghantarannya adalah di mana dua

atau lebih gear bekerja bersama-sama. Ini boleh menghasilkan kelebihan mekanikal

melalui nisbah gear (R.C. Hibbeler, 2010). Jadi sistem gear sedang dipertimbangkan

menjadi mesin yang mudah. Dengan menggunakan sistem gear, kita boleh mengubah

kelajuan, tork, dan arah sumber kuasa.

Biasanya gear akan sepadan dengan gear lain. Walau bagaimanapun, gear juga

boleh menjadi hancur dengan sebahagian gear bergigi yang tidak berputar, yang dikenali

sebagai rak. Dengan ini, ia boleh menghasilkan terjemahan dan bukannya putaran.

Kelebihan menggunakan gear adalah kita boleh mencegah objek tergelincir berlaku (R.C.

Hibbeler, 2010). Gear dalam penghantaran yang seakan ke roda dalam takal.

Untuk melaksanakan kelebihan mekanikal dengan menggunakan gear, kita perlu

menggabungkan dua gear yang mempunyai nombor yang tidak sama rata gigi. Dengan

cara ini, kedua-dua gear putaran kelajuan dan tork akan berbeza.

Gear yang mudah adalah sepasang gear bersirat. Gear input akan memacu gear

output. Halaju antara dua gear akan sama. Dengan ini, kenyataan kita boleh membentuk

persamaan. Dari persamaan v mewakili halaju, r mewakili radius gear bulatan padang dan

w mewakili halaju sudut.

Page 29: SCHILLER HAIR BIKE - dmeinnovation.com

v = rw

Selain itu, bilangan gigi pada gear adalah berkadar dengan jejari pitch bulatan. Ini

bermakna nisbah jejari adalah sama dengan nisbah bilangan gigi.

i) Gear Tetap

Rajah 2.10 : Contoh Gear Tetap

Basikal lumba bergegancu hanya mempunyai satu nisbah gear sahaja, iaitu pacuan

lebih (kurang gerakan kaki diperlukan untuk kelajuan yang lebih tinggi). Dengan itu,

penunggang dapat menunggang dengan pantas di atas jalan raya yang rata serta menuruni

bukit dengan hanya memerlukan daya kilasan yang sama seperti daya yang diperlukan

oleh pejalan kaki biasa. Selain itu, penunggang akan menghadapi kesukaran untuk

mendaki bukit memandangkan daya kilasan yang diperlukan adalah lebih tinggi daripada

daya yang diperlukan oleh seorang pejalan kaki biasa. Oleh itu, gear basikal boleh ubah

direka bagi semua keadaan jalan.

ii) Gear Penggelungsur

Kebanyakkan basikal lumba serta basikal mendaki bukit menggunakan gear

penggelungsur untuk membolehkan basikal digunakan di semua keadaan jalan sama ada

rata, mendaki bukit atau menuruni bukit. Terdapat dua set gegancu berlainan saiz bagi

menyediakan nisbah gear yang berbeza dan dikendalikan oleh dua set tuas tangan.

Page 30: SCHILLER HAIR BIKE - dmeinnovation.com

Penggelungsur akan menggerakkan rantai sehingga tergelincir ke gegancu pilihan.

Penegang rantai turut digunakan dalam 21erjay ini bagi membolehkan penukaran gear

tetapi dalam masa yang sama memastikan tegangan rantai yang betul.

2.4 MODEL DI PASARAN

Rajah 2.11 : HDL WATER BIKE

NAMA SYARIKAT : HEITRO

NAMA PRODUK : HDL WATER BIKE

SPESIFIKASI :

Jadual 2.1: Jadual spesifikasi HDL WATER BIKE

i. JENIS BAHAN Polietilena

ii. KAPASITI BERAT 160kg

iii. SAIZ PRODUK (P x L x T) 3.16 x 1.43 x 1.28m

Page 31: SCHILLER HAIR BIKE - dmeinnovation.com

iv. KELAJUAN MAXIMUM 10-13 km/j sehingga 18 km/j

v. KAPASITI PENGGUNA 1

vi. BERAT BERSIH 58kg

vii. CIRI-CIRI LAIN Mempunyai bakul

Model 1 menunjukkan sebuah produk yang dikaji mempunyai rekabentuk dan

spesifikasi yang berbeza mengikut pengeluaran setiap syarikat. Kajian pertama adalah

HDL Water Bike yang di keluarkan oleh syarikat Heitro yang terletak di Shandong,

China. Produk ini telah dicipta sebagai mesra alam iaitu tidak menggunakan moto

ataupun bahan yang boleh mencemarkan alam sekitar. Produk ini dicipta dengan

mempunyai struktur badan yang luas dan menggunakan konsep keapungan. Ianya juga

dicipta sebagai Anti- gelombang yang boleh beroperasi dalam gelombang setinggi 2

meter. Produk ini akan lebih stabil didalam sungai, tasik ataupun kolam.

Berdasarkan kajian ini setiap produk yang dikeluarkan ini mempunyai

spesifikasinya yang tersendiri seperti yang dinyatakan dalam model 1. Bahan yang

digunakan untuk badan produk ini adalah Polietilena dan bahan Aluminium pula

digunakan sebagai rangka produk . Selain itu, kapasiti berat untuk produk ini adalah

160kg dan berat bersihnya ialah 58kg, Oleh itu, berat pengguna di hadkan kepada 102kg

sahaja untuk keselamatan pengguna.

Saiz bagi produk yang dikeluarkan oleh setiap syarikat juga berbeza saiznya. Bagi

produk HDL WATER BIKE ini panjangnya ialah 3.16 meter, lebar produk ini ialah 1.43

meter manakala tingginya 1.28 meter. Manakala kapasiti untuk menggunakan HDL

WATER BIKE ini di hadkan kepada seorang sahaja. Setiap produk yang dikeluarkan

mempunyai pelbagai kelajuan. Namun, kelajuan maximum bagi produk ini adalah 10

sehingga 13 km/j dan di hadkan sehingga 18km/j sahaja.

Page 32: SCHILLER HAIR BIKE - dmeinnovation.com

Ciri-ciri lain yang terdapat pada setiap produk mempunyai ciri-ciri yang berbeza,

sama ada untuk hiasan ataupun untuk membantu dalam menggerakkan produk ini supaya

ianya lebih lancar. Bagi produk ini, ciri-cirinya ialah, mempunyai sebuah bakul di

hadapan. Tujuan bakul ini adalah untuk meletakkan barang keperluan seperti kasut,

pakaian, makanan dan minumam serta barang-barang yang lain. Ianya mudah dan

praktikal.

Rajah 2.12 : BJBIKE11

NAMA SYARIKAT : BIGJOY

NAMA PRODUK : BJBIKE11

SPESIFIKASI :

Jadual 2.2: Jadual spesifikasi BJBIKE11

i. JENIS BAHAN Polietilena Ketumpatan Tinggi

(HDPE)

ii. KAPASITI BERAT 350kg

iii. SAIZ PRODUK (P x L x T) 3.16m x 1.43m x 1.28m

Page 33: SCHILLER HAIR BIKE - dmeinnovation.com

iv. KELAJUAN MAXIMUM 6-10km/j

v. KAPASITI PENGGUNA 2

vi. BERAT BERSIH 95kg

vii. CIRI-CIRI LAIN Mempunyai kusyen boleh laras dan

pemegang yang terletak di bawah

kapal

Model 2 menunjukkan kajian kami yang seterusnya. Apa yang kami dapati antara

model 1 iaitu adalah HDL Water Bike dan model 2 iaitu BJbike11 mempunyai

rekabentuk, spesifikasi dan ciri-ciri yang berbeza. Kajian kedua adalah BJbike11 yang di

keluarkan oleh syarikat Bigjoy yang terletak di Henan, China.

Antara persamaan model 1 dan model 2 ialah tidak menggunakan moto ataupun

bahan yang boleh mencemarkan alam sekitar. Kedua- dua produk ini mempunyai struktur

badan yang luas dan menggunakan konsep keapungan. Selain itu, kedua-dua produk ini

dicipta sebagai anti- gelombang yang boleh beroperasi dalam gelombang setinggi 2 meter

dan akan lebih stabil didalam sungai, tasik ataupun kolam.

Namun begitu, terdapat beberapa perbezaan di antara kedua-dua produk ini.

Pertama, pada model 1, bahan yang digunakan untuk badan produk ini adalah Polietilena

dan bahan Aluminium pula digunakan sebagai rangka produk, manakala, pada model 2,

bahan yang digunakan untuk produk ini adalah Polietilena Ketumpatan Tinggi (HDPE),

bahan yang digunakan sebagai rangka produk adalah Aluminium yang digunakan khas

untuk pesawat dan Keluli Anti-Karat digunakan sebagai bahan rantaian. Selain itu,

kapasiti berat untuk produk pertama adalah 160kg manakala kapasiti berat untuk produk

kedua adalah 350kg untuk 2 orang. Oleh itu, berat pengguna di hadkan kepada 102kg

sahaja untuk keselamatan pengguna bagi produk pertama, manakala, bagi produk kedua

ialah 225kg sahaja dihadkan untuk berat pengguna.

Page 34: SCHILLER HAIR BIKE - dmeinnovation.com

Bagi saiz produk HDL WATER BIKE, panjangnya ialah 3.16 meter, lebar produk

ini ialah 1.43 meter dan tingginya 1.28 meter, manakala, saiz produk BJbike11,

panjangnya ialah 3.16 meter, lebar produk ini ialah 1.43 meter dan tingginya 1.28 meter.

Kapasiti pengguna pula, di hadkan kepada seorang sahaja bagi HDL WATER BIKE,

manakala kapasiti pengguna bagi BJbike11 dihadkan kepada dua orang sahaja. Setiap

produk yang dikeluarkan mempunyai pelbagai kelajuan. Namun, kelajuan maksimum

bagi produk pertama adalah 10 sehingga 13 km/j dan di hadkan sehingga 18km/j sahaja.

Manakala, kelajuan maksimum bagi produk kedua adalah 6 hingga 10 km/j.

Ciri-ciri lain yang terdapat pada setiap produk mempunyai ciri-ciri yang berbeza,

sama ada untuk hiasan ataupun untuk membantu dalam menggerakkan produk ini supaya

ianya lebih lancar. Bagi produk pertama ciri-cirinya ialah, mempunyai sebuah bakul di

hadapan. Tujuan bakul ini adalah untuk meletakkan barang keperluan seperti kasut,

pakaian, makanan dan minumam serta barang-barang yang lain. Manakala, bagi produk

kedua pula ialah mempunyai kusyen boleh laras dan pemegang yang terletak di bawah

kapal untuk melancarkan perjalanan basikal atas air tersebut.

Rajah 2.13 : HYDROBIKES WATER BIKES

Page 35: SCHILLER HAIR BIKE - dmeinnovation.com

NAMA SYARIKAT : BC WATER BIKES

NAMA PRODUK : HYDROBIKES WATER BIKES

SPESIFIKASI :

Jadual 2.3: Jadual spesifikasi HYDROBIKES WATER BIKES

i. JENIS BAHAN Polietilena

ii. KAPASITI BERAT 181.437kg

iii. SAIZ PRODUK (P x L x T) 3.048m x 1.397m x 1.3462m

iv. KELAJUAN MAXIMUM 6-10 km/j

v. KAPASITI PENGGUNA 1

vi. BERAT BERSIH 57kg

vii. CIRI-CIRI LAIN Mempunyai kerusi boleh laras, mempunyai

dek di kiri dan kanan.

Merujuk kepada model 3 menunjukkan sebuah produk yang mana telah dikaji dan

mempunyai rekabentuk dan spesifikasi yang sedikit berbeza berbanding di model 1 dan

model 2. Kajian ketiga ini telah dikaji dan telah diprodukkan daripada pengeluar BC

WATER BIKES dari Vancouver, British Columbia.

Berdasarkan di model 1 dan 2, kedua-dua produk ini tidak menggunakan motor

yang mana terdapat persamaan di produk yang telah dikaji ini iaitu Hydrobikes Water

Page 36: SCHILLER HAIR BIKE - dmeinnovation.com

Bikes. Didapati antara ketiga-tiga produk ini menggunakan sistem kayuhan dari tenaga

manusia yang mana dari segi ini masyarakat boleh mengambil kesempatan dengan

Hydrobikes Water Bikes ini untuk bereakrasi di sekitar tasik tasik yang berdekatan

ataupun di mana mana sahaja. Ketiga tiga produk ini dihasilkan sebagai anti-gelombang

yang mana berfungsi dalam gelombang setinggi 2 meter dan kestabilan nya lebih baik

apabila berada di atas air seperti tasik, sungai dan laut ataupun kolam.

Seterusnya, ada sedikit persamaan diantara ketiga tiga produk ini. Berdasarakan

kajian pada model 1, produk ini menggunakan Polietilena dan sama juga dengan produk

di model 3 manakala model 2 lebih kedepan kerana ia menggunakan Polietilena

Ketumpatan Tinggi sebagai rangka produk. Selain itu, beralih kepada kapasiti berat yang

mana model 1 beratnya sebanyak 160kg, model 2 pula sebanyak 350kg untuk

menampung seramai dua orang manakala model 3 pula menampung berat sebanyak

181.437kg. Oleh itu, untuk keselamatan pengguna waterbike telah mengehadkan berat

pengguna di dalam model 1 yang mana hadnya sebanyak 102kg, di model 2 pula

sebanyak 225kg dan di model 3 sebanyak 110kg.

Walaubagaimanpun, untuk saiz produk pula terdapat perbezaan dari model 1

sehingga model 3. Pertama, saiz HDL WATER BIKE, panjangnya ialah 3.16 meter,

lebarnya sebanyak 1.43 meter dan tingginya sebanyak 1.28 meter. Kedua, saiz produk

BJbike11 mempunyai panjang 3.16 meter, lebarnya 1.43 meter dan tingginya 1.28 meter.

Ketiga, untuk produk Hydrobike Water Bikes ini mempunyai panjang sebanyak 3.048

meter, lebarnya sebanyak 1.397 meter dan akhir sekali tingginya 1.3462 meter. Kapasiti

pengguna pula dihadkan seorang sahaja untuk HDL WATER BIKE, manakala kapasiti

pengguna untuk model 2 iaitu BJbike11 telah dihadkan untuk dua orang sahaja.

Maksimum kelajuan untuk produk pertama ialah 10 sehingga 13 km/ dan dihadkan

sehingga 18km/j. Manakala kelajuan produk kedua dan ketiga mempunyai perasamaan

iaiatu dari 6 hingga 10 km/j sahaja.

Page 37: SCHILLER HAIR BIKE - dmeinnovation.com

Ciri-ciri lain yang terdapat bagi produk pertama di model 1 adalah, ia mempunyai

sebuah bakul di hadapan yang mana boleh melatakkan barang barang penting seperti

kasut,beg,pakaian, makanan dan minuman ataupun lain-lain. Produk kedua pula,

mempunyai kusyen boleh laras dan pemegang yang terletak di bawah kapal untuk

melancarkan perjalanan waterbike. Akhir sekali untuk produk 3, terdapat kerusi yang

boleh laras dan selesa apabila duduk diatasnya dan mempunyai dek di sebelah kiri dan

kanan untuk pengguna berdiri diatasnya untuk melakukan aktiviti memancing ataupun

aktiviti yang sama dengannya.

Rajah 2.14: SEACYCLE

NAMA SYARIKAT : HYDRO ACTION

NAMA PRODUK : SEACYCLE

SPESIFIKASI :

Jadual 2.4: Jadual spesifikasi SEACYCLE

Page 38: SCHILLER HAIR BIKE - dmeinnovation.com

i. JENIS BAHAN Polietilena Ketumpatan Tinggi

ii. KAPASITI BERAT 249.476 kg

iii. SAIZ PRODUK (P x L x T) 14‟10‟x 70 x 1.20m

iv. KELAJUAN MAXIMUM 20km/j

v. KAPASITI PENGGUNA 4

vi. BERAT BERSIH 80kg

vii. CIRI-CIRI LAIN Terdapat bakul di belakang kerusi

Model 4 menunjukkan satu produk yang dikeluarkan oleh syarikat Hydro Action

yang mana mempunyai spesifikasi dan perbezaan atau kelebihan yang sangat berbeza

berbanding model 1 sehingga model 3. Kajian 4 ini telah dikeluarkan di Michigan, USA

pada tahun 1990 yang mana diperbuat daripada kaca fiber dan mempunyai kod

terendirinya iaitu MEYSC 111F212.

Antara persamaan yang boleh diperolehi dari model 1 sehingga 3 berdasarkan

model ini, keempat-empat produk ini mempunyai persamaan dari sudut jenis bahan yang

mana majoritinya menggunakan polietilena. Tetapi produk 4 ini menggunakan jenis

bahan Polietilena Ketumpatan Tinggi. Apa yang boleh dilihat dari keempat empat produk

ini ia menggunakan sistem kayuhan seperti kayuhan basikal yang mana menggunakan

tenaga manusia, bukan menggunakan sistem motor ataupun eletrik. Ia datang dari sumber

tenaga manusia semulajadi.

Page 39: SCHILLER HAIR BIKE - dmeinnovation.com

Produk ini juga diaplikasikan satu produk reakrasi yang mana masyarakat kita

boleh beriadah di tasik tasik yang berdekatan di persekitaran rumah mereka dan boleh

menggunakan sebagai pengganti bot bot untuk mereka memancing di tasik tasik ataupun

laut dan sungai. Kelebihan produk ini berbanding model 1 sehingga model 3 pula ia boleh

dinaiki seramai 4 orang. Untuk keselamatan pengguna, kapasiti berat yang boleh

menampung berat sehingga 249.476 kg.

Selain itu, untuk saiz produk pula terdapat perbezaan dr sudut panjang tinggi dan

lebarnya. Pertama, saiz HDL WATER BIKE, panjangnya ialah 3.16 meter, lebarnya

sebanyak 1.43 meter dan tingginya sebanyak 1.28 meter. Kedua, saiz produk BJbike11

mempunyai panjang 3.16 meter, lebarnya 1.43 meter dan tingginya 1.28 meter. Ketiga,

untuk produk HYDROBIKES WATER BIKES ini mempunyai panjang sebanyak 3.048

meter, lebarnya sebanyak 1.397 meter dan akhir sekali tingginya 1.3462 meter. Kapasiti

pengguna pula dihadkan seorang sahaja untuk HDL WATER BIKE, manakala kapasiti

pengguna untuk model 2 iaitu BJbike11 telah dihadkan untuk dua orang sahaja. .SEA

CYCLES pula mempunyai panjang 14”10, lebarnya 70” dan ketinggiannya 1.20 meter.

Maksimum kelajuan untuk produk pertama ialah 10 sehingga 13 km/j dan

dihadkan sehingga 18km/j. Manakala kelajuan produk kedua dan ketiga mempunyai

perasamaan iaiatu dari 6 hingga 10 km/j sahaja dan produk keempat mempunyai kelajuan

yang berbeza berbanding ketiga tiga produk iaitu sebanyak 20km/j.

Walaubagaimana pun terdapat banyak ciri ciri perbezaan di produk 4 ini

berbanding produk 1 hingga produk 3 kerana dikeluarkan daripada pengeluar yang

berbeza sama ada untuk hiasan ataupun untuk membantu menggerakkan produk ini

berjalan dengan lancar dan tenang dalam apa jua keadaan. Perbezaan nya ialah terdapat

kerusi kanak kanak di bahagian belakang, bakul hitam yang besar di bahagian

Page 40: SCHILLER HAIR BIKE - dmeinnovation.com

belakang,Pemegang aksesori, Kerusi kusyen, Payung, Gear 1 hingga 5, dan kipas propeler

bersaiz 13‟16‟.

Rajah 2.15: WATERBIKE PEDAL BOAT

NAMA SYARIKAT : EXLION

NAMA PRODUK : WATERBIKE PEDAL BOAT

SPESIFIKASI :

Jadual 2.5: Jadual spesifikasi WATERBIKE PEDAL BOAT

i. JENIS BAHAN Paip keluli Karbon FRP

ii. KAPASITI BERAT <180kg

iii. SAIZ PRODUK (P x L x T) 3.2 x 2 x 2mH

Page 41: SCHILLER HAIR BIKE - dmeinnovation.com

iv. KELAJUAN MAXIMUM ≤5km/j

v. KAPASITI PENGGUNA 2 Dewasa, 1 kanak-kanak

vi. BERAT BERSIH 230kg

vii. CIRI-CIRI LAIN Mempunyai payung

Model yang seterusnya iaitu model yang ke 5 ialah sebuah produk yang

dinamakan sebagai WATERBIKE PEDAL BOAT yang di keluarkan oleh syarikat

EXLION di China. Ciri-ciri yang terdapat pada kenderaan air ini sangat ketara

perbezaannya yang boleh dilihat dengan mata kasar.

Pertama, produk ini mempunyai 3 buah roda besar yang mampu untuk

menerapungkan basikal ini. Berbeza dengan model yang lain yang hanya menggunakan

pelampung yang berbentuk seperti sebuah kayak yang terdapat pada kiri dan kanan

basikal. Selain itu berdasarkan bahan pula ianya sangat berbeza daripada model 1 hingga

ke model 4 iaitu mengunakan bahan politelina. Bagi produk ini pula ia menggunakan paip

keluli karbon.

Kelajuan pada produk ini juga merupakan yang paling terendah berbanding

dengan produk 1 hingga produk 4. Kelajuan maksimanya hanya mampu sehingga ke

5km/j sahaja. Manakala bagi produk 1 pula, kelajuan maksima nya ialah 18 km/j. Produk

2 dan 3 kelajuannya mampu mencapai sehingga ke 10 km/j dan produk yang ke 4

kelajuan maksimanya mampu sehingga ke 20 km/j.

2.5 KAJIAN KOMPONEN YANG DIGUNAKAN

Page 42: SCHILLER HAIR BIKE - dmeinnovation.com

Pelbagai komponen yang akan digunakan pakai untuk menghasilkan sesuatu projek.

Antara komponen yang digunakan ialah :

i) Rambut

Rambut adalah salah satu aset berharga untuk manusia, terutama para wanita,

sehingga tercipta sebuah slogan menyatakan “Rambut Adalah Mahkota Wanita”.

Rambut adalah sesuatu yang tumbuh dari akar rambut yang ada dalam lapisan

dermis dan melalui saluran folikel rambut ke luar dari kulit. Bagian rambut yang ke luar

dari kulit dinamakan batang rambut. Batang-batang rambut merupakan penempatan sel-

sel tanduk yang berbeda dalam panjang, tebal, dan warnanya. Rambut tidak mempunyai

saraf perasa sehingga tidak terasa sakit bila dipangkas. Fungsi rambut selain untuk

kecantikkan juga adalah sebagai pelindung kulit. Pertama sebagai pelindung terhadap

rangsang fisik seperti panas, dingin, kelembaban, dan sinar. Kedua sebagai pelindung

terhadap rangsang mekanik seperti pukulan, gosokan, dan tekanan serta ketiga sebagai

pelindung terhadap rangsang kimia seperti berbagai zat kimia dan keringat

Jangka hayat rambut kita adalah antara 3 hingga 7 tahun secara puratanya. Secara

semula jadinya, rambut kita sepatutnya memerlukan potongan rambut dan stail berbeza

malahan berdekat lamanya untuk ia gugur sendiri. Sekurang kurangnya 50% daripada

rambut perlu hilang daripada kepala, kemudian barulah kebotakan kita itu disedari oleh

orang lain. Kita hilang 800 helai rambut sehari, tapi perlu kehilangan lebih banyak lagi

untuk seseorang menyedarinya.

Secara kasarnya, rambut susah dimusnahkan kecuali dibakar. Rambut akan

mereput dalam kadar yang sangat lambat. Rambut tak rosak dek cuaca sejuk, perubahan

Page 43: SCHILLER HAIR BIKE - dmeinnovation.com

iklim, air, dan tahan terhadap kebanyakan asid dan bahan kimia. Dengan kata lain, „ tak

lapuk dihujan tak lekang dek panas‟ .

ii) Metil Etil Keton Peroksida (MEKP)

Rajah 2.16 : Pengeras

Metil Etil Keton Peroksida (MEKP) adalah pemangkin yang digunakan dalam

industri komposit untuk poliester dan vinil ester resin. Ia bertindak balas dengan resin

untuk menghidupkannya dari cecair kepada pepejal. MEKP merupakan peroksida

organik. Dahulunya, sebatian ini tidak stabil dalam bentuk tulen mereka, mereka

bercampur dengan bahan lengai untuk membentuk pemangkin yang digunakan dalam

industri. Oleh kerana percampuran ini, MEKP boleh dibeli dalam pelbagai gred, yang

boleh memberi pelbagai kali gel. Walaupun pelbagai jenis pemangkin disediakan untuk

Page 44: SCHILLER HAIR BIKE - dmeinnovation.com

mempercepatkan poliester dan vinil ester resin, MEKP adalah yang paling banyak

digunakan dalam membentuk hubungan untuk suhu bilik mengubati.

MEKP membolehkan poliester dan vinil ester resin untuk mempercepatkan

tindak balas dengan sebatian dalam resin, atau dengan haba. Ini bermula tindak balas

kimia resin dengan monomer stirena (hadir dalam resin) membenarkan silang ini untuk

membentuk antara mereka. Ini silang ini bertindak sebagai penyokong gigi, menyertai

komponen dalam resin cecair bersama-sama. Apabila sebahagian daripada silang ini telah

dibentuk, resin membentuk gel dan dikatakan "gel". Apabila kebanyakan silang ini telah

dibentuk, resin membentuk pepejal dan dikatakan "sembuh".

Sejak MEKP memulakan tindak balas kimia dalam resin, ia adalah sebatian

reaktif. Ini menjadikan ia salah satu bahan yang paling berbahaya dalam industri

komposit, kerana ia boleh bertindak balas dengan bahan-bahan lain yang menyebabkan

api atau dengan tubuh manusia menyebabkan kebakaran kimia.

iii) Resin

Rajah 2.17 : Resin

Page 45: SCHILLER HAIR BIKE - dmeinnovation.com

Reversol P-9509 NW adalah variasi daripada Reversol P-9509. Ia adalah bukan

lilin, kereaktifan rendah dan resin kegunaan am. Ia adalah untuk gel suhu ambien dan

menyembuhkan dengan penambahan Methyl Ethyl Ketone Peroxide (MEKP) sebagai

pemangkin. Secara umumnya, menggunakan lebih pemangkin pada persekitaran yang

sejuk / hujan dan pemangkin yang kurang pada hari yang panas.

Dari segi penyimpanan, untuk memastikan kestabilan maksimum dan

mengekalkan sifat-sifat resin optimum, Reversol P-9509 NW perlu disimpan di dalam

bekas bertutupdi bawah 32 ° C dan jauh dari sumber haba dan cahaya matahari. Semua

simpanan hendaklah mematuhi api dan bangunan kod tempatan. Tong simpanan harus

disimpan jauh daripada semua sumber nyalaan atau pembakaran. Inventori perlu

dikekalkan pada saham minimum yang munasabah dan digunakan padapertama dalam

pertama keluar dahulu. Apabila disimpan, Reversol P-9509 NW akan kekal stabil selama

3 bulan dari tarikh penghantaran.

iv) Aluminium

(a) (b)

Rajah 2.18 : (a) (b) Aluminium

Page 46: SCHILLER HAIR BIKE - dmeinnovation.com

Aluminium adalah unsur kimia dalam kumpulan boron dengan simbol Al dan

nombor atom 13. Ia adalah bukan magnet, logam mulur perak-putih dan lembut.

Aluminium adalah unsur ketiga paling banyak dalam kerak bumi (selepas oksigen dan

silikon) dan logam yang paling yang banyak. Aluminium membentuk kira-kira 8%

daripada kerak bumi. Secara kimia, logam aluminium begitu reaktif, yang spesimennya

jarang berlaku dan terhad kepada persekitaran. Sebaliknya, ia telah memperolehi

digabungkan dalam lebih daripada 270 mineral yang berbeza. Ketua bijih aluminium

adalah bauksit.

Aluminium mempunyai gabungan ciri-ciri unik yang boleh digunakan melalui

aloi. Sebagai contohnya, menggantikan komponen keluli di dalam kenderaan motor

dengan komponen aluminium boleh menyumbang kepada kenderaan cekap, bahan api

yang lebih ringan, bagaimanapun aluminium tulen adalah sangat mudah dibentuk.

Dikatakan bahawa Napoleon III, Maharaja Perancis mengadakan perjamuan di mana

tetamu yang paling mulia diberi kutleri aluminium, sementara orang lain mempunyai

emas. Dalam gaya hidup kita dan persekitaran dibina, produk aluminium adalah sama

banyak.

Apabila dicampurkan dengan sedikit logam lain (terutamanya magnesium) untuk

membuat aloi, aluminium adalah lebih kuat dari baja. Aluminium membentuk filem

semulajadi pada permukaannya apabila terdedah kepada oksigen. Filem ini dipanggil

aluminium oksida dan ia melindungi permukaan aluminium. Jika filem ini tercalar atau

rosak, ia akan serta-merta pembaharuan. Ia hanya di bawah syarat-syarat dan pendedahan

kepada unsur-unsur tertentu bahawa aluminium akan mengakis tertentu. Kombinasi unik

dalam aluminium ini kekuatan dan rintangan kakisan menjadikannya bahan yang amat

tahan lama.

Page 47: SCHILLER HAIR BIKE - dmeinnovation.com

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 PENGENALAN

Penyelidikkan atau kajian adalah suatu kegiatan pengumpulan, pengolahan dan

analisis data yang dilakukan secara sistematik untuk memecahkan sesuatu persoalan.

Dengan itu tujuan menjalankan metadologi kajian adalah untuk memperoleh jawapan

melalui penggunaan suatu langkah ilmiah yang sistematik dan saintifik.

Bagi melaksanakan sebuah projek, proses reka bentuk kejuruteraan adalah satu

siri langkah-langkah yang di gunakan untuk membimbing dalam menyelesaikan sebuah

masalah. Proses reka bentuk ialah proses kitaran yang kebiasaannya di guna oleh

seserorang juruteradalam mengulangi langkah-langkah yang terdapat dalam proses reka

bentuk untuk penambahbaikkan sesebuah projek.

Metodologi dalam bab ini merujuk kepada tatacara melaksanakan kajian ataupun

tatacara mendapatkan maklumat untuk mencapai matlamat kajian. Selain itu, bab ini juga

menerangkan tentang reka bentuk konsep yang telah dibuat untuk menyelesaikan

pernyataan masalah. Dalam bab ini juga akan menerangkan tentang bagaimana kesemua

reka bentuk di nilai untuk mendapatkan konsep yang muktamad.

Page 48: SCHILLER HAIR BIKE - dmeinnovation.com

3.2 CARTA ALIRAN PROJEK

TIDAK

YA

MULA

PENYATAAN MASALAH, OBJEKTIF

DAN SKOP

KAJIAN LITERATUR

PEMILIHAN IDEA

LAKARAN PROJEK

PENCARIAN BAHAN

MEMBANGUNKAN PROJEK

PENGUJIAN

PROJEK

TAMAT

Page 49: SCHILLER HAIR BIKE - dmeinnovation.com

TIDAK