sce.doc

5
 Pengenalan Penilaian,Pengukuran,P engujian dan Pentaksiran ..  Pengenalan  Penilaian memainkan peranan penting dalam kurikulum pend idikan dan sebahagian dari ku rikulum itu sendiri. Penilaian dilakukan untuk menilai samada sesuatu objektif yang ditetapkan itu terca pai atau ti dak. Dalam pengaj ara n dan pembel aja ran , peni laian di lakukan bagi mengetahui sama ada guru ‘mengajar’ dan pelajar ‘belajar’. Oleh itu pemahaman terhadap konsep pengujian,penilaian, pengukuran dan pentaksiran sangat penting bagi seseorang guru untuk memastikan pengajaran dan penilaiannya bermutu dan adil  Jika sesuatu perkara itu wujud, ia wujud pada jumlah tertentu. Jika ia wujud pada jumlah tertentu, maka kita boleh mengukurnya Penilaian Peni laian ialah sat u pr oses yang sis temati k untuk me ngumpul dan me nganal isi s data ba gi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai !ay "#$%&. 'enurut (tu fflebeam "# )"& *Pe nil aian ada lah pro ses men gen alpasti, mempero leh dan menyediakan maklumat berguna bagi keputusan mempertimbangkan pilihan+pilihan yang ada  pada kita. Pengertian onsep * (atu proses sistematik untuk menentukan sejauh mana objektif pengajaran telah dicapai oleh para  pelajar. (uatu proses mentaksir s ama ada kuantiti sesuatu yang diukur itu boleh diterima atau tidak . 'eliba tkan peng enalpa stian, pemeroleha n dan penta fsiran maklu mat yan g berg una  bagi pertimbangan pilihan+pilihan keputusan berasaskan kepada sesuatu ob jektif pendidikan. 'elibatkan tiga proses utama iaitu* ". 'enentukan ukuran -. 'enganalisis ukuran . 'enyatakan nilai/ menginterpretasi ukuran. 'aklumat/data untuk penilaian adalah berbentuk i. ualitatif sahaja * + gred 0,1,2.D& + dinyatakan dalam nilai cemerlang, kepujian, lulus atau gagal ii. uantitatif sahaja * + 3afi4ah dapat melukis gambar sebuah kereta dengan cepat,tepat dan bersih Kategori Penilaian*

Upload: dollar-g

Post on 03-Nov-2015

216 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Pengenalan Penilaian,Pengukuran,Pengujian dan Pentaksiran ..

Pengenalan Penilaian memainkan peranan penting dalam kurikulum pendidikan dan sebahagian dari kurikulum itu sendiri. Penilaian dilakukan untuk menilai samada sesuatu objektif yang ditetapkan itu tercapai atau tidak. Dalam pengajaran dan pembelajaran, penilaian dilakukan bagi mengetahui sama ada guru mengajar dan pelajar belajar. Oleh itu pemahaman terhadap konsep pengujian,penilaian, pengukuran dan pentaksiran sangat penting bagi seseorang guru untuk memastikan pengajaran dan penilaiannya bermutu dan adil Jika sesuatu perkara itu wujud, ia wujud pada jumlah tertentu. Jika ia wujud pada jumlah tertentu, maka kita boleh mengukurnyaPenilaianPenilaian ialah satu proses yang sistematik untuk mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai (Gay 1985). Menurut Stufflebeam (1971):Penilaian adalah proses mengenalpasti, memperoleh dan menyediakan maklumat berguna bagi keputusan mempertimbangkan pilihan-pilihan yang ada pada kita.Pengertian Konsep :

Satu proses sistematik untuk menentukan sejauh mana objektif pengajaran telah dicapai oleh para pelajar. Suatu proses mentaksir sama ada kuantiti sesuatu yang diukur itu boleh diterima atau tidak. Melibatkan pengenalpastian, pemerolehan dan pentafsiran maklumat yang berguna bagi pertimbangan pilihan-pilihan keputusan berasaskan kepada sesuatu objektif pendidikan. Melibatkan tiga proses utama iaitu:

1. Menentukan ukuran

2. Menganalisis ukuran

3. Menyatakan nilai/ menginterpretasi ukuran.

Maklumat/data untuk penilaian adalah berbentuk

i. Kualitatif sahaja :

- gred (A,B,C.D)

- dinyatakan dalam nilai cemerlang, kepujian, lulus atau gagal

ii. Kuantitatif sahaja :

- Hafizah dapat melukis gambar sebuah kereta dengan cepat,tepat dan bersih

Kategori Penilaian:

-Penilaian Kendiri:

bertujuan menentukan sama ada diri inidvidu yang menilai itu sendiri sama ada memahami apa yang dipelajari atau sudah bersedia untuk menduduki ujian atau peperiksaan.

-Penilaian Guru

bertujuan menentukan sama ada setiap pelajar memahami apa yang diajarnya dan juga menilai keberkesanan pengajarannya

-Penilaian Piawai

bertujuan menentukan percapaian seseorang pelajar berbanding dengan pencapaian pelajar-pelajar, dan seterusnya menentukan sama ada pelajar tersebut dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang-bidang tertentu.

Hasil penilaian piawai juga diguna untuk menentukan sijil/ pangkat sijil yang bakal diberikan kepada seseorang pelajar

Contoh Penilaian 1.Menilai pencapaian objektif P & P

2.Menilai pencapaian matlamat menguasai kemahiran 3M di kalangan murid sekolah rendah.

3.Menilai kejayaan program SenamTari anjuran Kementerian Kebudayaan

PENGUJIANPengujian dalam bilik darjah- proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu dijawab, atau satu set instrumen bersama satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar. Dalam erti kata lain, pengujian ini merupakan alat pengukuran yang digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang pencapaian pelajar-pelajar daripada pelbagai bidang kognitif, psikomotor ataupun efektif Dalam konteks pembelajaran dalam bilik darjah - pengujian digunakan untuk mengukur perubahan tingkah laku yang mempunyai kaitan dengan aktiviti pembelajaran para pelajar.

Croanbach (1970)

Ujian adalah satu prosedur yang sistematik

untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menjelaskannya dengan bantuan skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori

Contoh

skala bernombor :

I. 30/100 untuk ujian penglihatan,

II. 100/200 untuk ujian kecerdasan ( IQ test)

III. 80/100 bagi ujian pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran seperti Sains.

sistem berkategori:

I. ekstrovert atau introvert bagi ujian personaliti

II. rabun warna bagi ujian penglihatan.

Muilagros(1981) Ujian adalah satu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang diperlihatkan oleh murid dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan.

Maklumat yang diperoleh daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan

Pelaksanaan pengujian terbahagi kepada dua kumpulan:

1. Ujian berbahasa:

Contoh :-

ujian pensel - kertas set ujian lisan

2. Ujian bukan berbahasa

contoh :-

ujian prestasi - ujian kemahiran psikomotor

- ujian membaiki radas elektronik.

Peringkat proses pengujian -Persediaan

-Pelaksanaan pentadbiran ujian

-Pemeriksaan skrip jawapan

Pengukuran:Suatu proses untuk mendapatkan penjelasan secara numerik. Tentang sebanyak mana individu atau pelajar mempunyai suatu ciri yang diukur dengan menggunakan alat tertentu . Untuk menentukan sejauh mana seseorang individu memiliki prestasi/ciri-ciri tertentu

Contoh:

Ramli mendapat 60 peratus dalam ujian Matematik. Prestasi Ramli tidak dinyatakan sama ada baik atau sebaliknya. Dalam hal ini, pencapaian matematik hanya diukur tanpa memberikan nilai kepada ukuran yang diperoleh. Justeru, pengukuran hanya menentukan tahap prestasi/ ciri tertentu sesorang individu atau pelajar mengikut alat yang digunakan.

Kemahiran melukis seseorang pelajar boleh diukur melalui pemerhatian/ pencerapan, sementara pengetahuan dan sikapnya boleh diukur melalui temubual.

Ciri pengukuran:

i. Tidak bersifat mutlak, kecuali pada pengukuran yang menggunakan skala nisbah.

Contoh,

Pengukuran keupayaan mental seseorang sudah tentu lebih sukar diukur secara tepat berbanding ketinggian fizikalnya. Ketinggian fizikal seseorang boleh diukur secara tepat dengan menggunakan alat ukur yang tepat sepeti penggunaan pembaris. Seseorang pelajar yang mendapat skor 90 tidak boleh dianggap mengetahui dua kali ganda daripada pelajar yang mendapat skor 45, walaupun 90 itu adalah dua kali ganda 45

Ciri pengukuran:Seseorang yang mendapat skor sifar juga tidak boleh dianggap sebagai tidak mempelajari atau mengetahui tentang sesuatu pelajaran yang diajar guru. Ukuran aspek-aspek berkenaan bukanlah petunjuk yang tepat sebagaimana ukuran ketinggian fizikal pelajar menggunakan pembaris. Maka ia tidak bersifat mutlak.

Dua jenis pemboleh ubah asas pengukuran:

I. jenis kuantitatif : 20 %, 50% dan 80%

II. jenis kategori. : motivasi rendah, motivasi sederhana dan motivasi tinggi.

Kedua-dua jenis pembolehubah ini boleh ditentukan aras ukurannya dengan menggunakan menggunakan empat jenis skala iaitu:

i. Skala Nominal

ii. Skala Ordinal

iii. Skala Interval

iv. Skala Nisbah

Skala NominalObjek dikategorikan mengikut tanda/kumpulan yang mutual eksklusif, di mana tidak perlu ada perkaitan diantara kategori. Tidak perlu aturan atau ruangan

Contoh 1 = lelaki, 2 = perempuan (tidak ada 1.5 atau pengukuran lain di antaranya).

Contoh lain: umur, pekerjaan tetap dan bangsa

Skala OrdinalSkala yang memberikan nilai pemeringkatan atau penurunan

contoh:

angka 1- sangat tidak setuju

2- kurang setuju

3- sederhana setuju

4- setuju

5- sangat setuju

Skala IntervalData yang mempunyai ciri pemeringkatan dengan perbezaan bagi setiap unit sela yang sama nilai.

Contoh:

perbezaan suhu antara 35 darjah selsius dengan 25 darjah selsius adalah sama dengan perbezaan suhu 15 darjah selsius dan 5 darjah selsius iaitu sebanyak 10 darjah selsius. Skala ini tidak mempunyai nilai yang mutlak kerana ia disandarkan kepada jarak antara suatu nilai dengan nilai yang lain.

Skala Nisbah Skala paling mudah dan berkuasa kerana ia mempunyai titik sifar asal yang unik (bukan titik rambang yang asal). Ia mengumpulkan semua sifat diantara semua skala.

Contoh :

Orang yang mempunyai berat 80 kg adalah 2 kali lebih berat dari orang yang mempunyai berat 40 kg. Mengganda atau membahagikan kedua-dua nombor ini dengan sebarang nombor diberi akan memberikan nisbah 2:1

PengukuranPengukuran di bilik darjah dibuat melalui tiga bentuk iaitu:

i. Pemerhatian

ii. Lisan

iii. Penulisan

PentaksiranPentaksiran satu proses mendapatkan malumat dan seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan.

Konteks pendidikan : pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan. Untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran dijalankan secara berterusan

Pentaksiran dalam bilik darjah terbhagi kepada tiga iaitu:i. pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) ii. pentaksiran sebagai pembelajaran (assessment as learning) iii. pentaksiran kepada pembelajaran (assessment of learning) . pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) proses pembelajaran berterusan dijalankan untuk memastikan setiap pelajar atau murid memahami dan dapat menterjemahkan kehendak tugasan supaya guru boleh menentukan apa yang boleh dibantu dalam meningkatkan prestasi pelajar dan murid. Pelajar dan murid akan belajar secara bersendirian dengan cara dan kehendak mereka sendiri. pentaksiran sebagai pembelajaran (assessment as learning) proses membentuk dan menyokong metakognisi (iaitu memikir atau mencari jawapan kepada pemikiran sendiri) pelajar dan murid memberi tumpuan atau memberi fokus terhadap peranan pelajar atau murid sebagai penguhubung yang kritikal diantara pentaksiran dan pembelajaran Pelajar dan murid akan belajar secara bersendirian dengan cara dan kehendak mereka sendiri. pelajar berupaya mengesan informasi dan maklumat, menghubungkaitkan informasi dan maklumat kepada pengetahuan berkaitan dan mengunakannya untuk tujuan pembelajaran. Ini adalah sesuatu proses pengawalan dalam meta-kognisi (meta-cognition). Ianya berlaku apabila pelajar atau murid memantau pembelajaran kendiri dan mengunakan maklumbalas yang diperolehi untuk membuat pembetulan, penyesuaian, dan mungkin juga pertukaran dan perubahan dalam apa yang mereka fahami. pentaksiran kepada pembelajaran (assessment of learning) . berbentuk sumatif (summative) secara semulajadi dan digunakan untuk memastikan apa yang diketahui dan apa yang pelajar dan murid boleh lakukan, mendemonstrasikan samada mereka berjaya mendapatkan atau memahami kehendak hasilan kurikulum serta kebiasaannya, menunjukkan bagaimana mereka ditempatkan atau diletakkan dan dihubungkaitkan dengan yang lain