scan_julai-6-2015-10-53-50-021-am

Download Scan_Julai-6-2015-10-53-50-021-AM

If you can't read please download the document

Upload: wira484

Post on 05-Dec-2015

231 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

contoh

TRANSCRIPT

TuJiskan beberapa nilai/ pengajaran yang boleh kamu peroleh daripada petikan di bawah. Esok Hari Raya Aidil Fitri akan menjelang. Aku sekeluarga sibuk melakukan persiapan akhir untuk menyambut kedatangannya. Sejak pagi lagi, ibu tidak menang tangan menyediakan pelbagai juadah. Aku dan kakak turut membantu ibu di dapur. Kali ini ib memasak ketupat, rendang daging, gulai ayam dan kuah kacang. Ibu turut menyediakan makanan kegemaranku iaitu lontong. Di belakang rumah ayah dan abang sedang sibuk mengacau dodo!. Tahun ini merupakan tahun kedua karni menyediakan dodol sebagai juadah hari raya. Adikadikku pula bersorak riang sambil bermain bunga api di halaman rumah. "Baik-baik bermain bunga api itu!" jerit ibu yang turut menjenguk keluar tingkap. Dalam kesibukan di dapur, ibu tetap bimbang akan keselamatan ketiga-tiga orang adikku itu. Selepas membantu ibu akau beralih ke ruang tamu pula. Aku menyusun kad-kad ucapan hari raya yang telah diterima daripada sanak-saudara dan rakantaulan yang kusayangi Kad-kad itu aku gantungkan pada ranting pokok yang diletakkan di dalam pasu bunga. Aku tidak sabar menanti hari esok kerana selepas menunaikan solat hari raya karni sekeluarga akan bertolak pulang ke kampung ayah. Aku mula merasakan keseronokan berhari raya bersarna dengan sanak saudara di kampung.