sbfs1103 kemahiran berfikir

17

Upload: soffyiea-franklin

Post on 05-Feb-2016

331 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: SBFS1103 Kemahiran Berfikir
Page 2: SBFS1103 Kemahiran Berfikir

SBFS1103 ISI KANDUNGAN

1. PENGENALAN

1.1 DEFINISI MASALAH

1.2 KONSEP KEMAHIRAN BERFIKIR

1.3 APAKAH PENYELESAIAN MASALAH?

1.4 APAKAH ALAT-ALAT PENYELESAIAN MASALAH?

2. FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN PENEBANGAN HUTAN

BERLAKU

2.1 PENGENALAN

2.2 GAMBAR RAJAH SEBAB DAN KESAN

2.3 LIMA FAKTOR BERLAKUNYA PENEBANGAN HUTAN

2.3.1 FAKTOR 1 : AKTIVITI PEMBANGUNAN

2.3.2 FAKTOR 2 : AKTIVITI PERTANIAN

2.3.3 FAKTOR 3 : AKTIVITI PEMBALAKKAN HARAM

2.3.4 FAKTOR 4 : KELEMAHAN PENGUATKUASAAN

2.3.5 FAKTOR 5 : KURANG KESEDARAN TERHADAP

PEMELIHARAAN HUTAN

3. STRATEGI-STRATEGI YANG DILAKSANAKAN OLEH NEGARA-

NEGARA UNTUK MENGURANGKAN MASALAH PENEBANGAN

HUTAN

3.1 STRATEGI 1 : PENGUATKUASAAN SISTEM PERUNDANGAN

3.2 STRATEGI 2 : PENGURUSAN HUTAN STRATEGIK

3.3 STRATEGI 3 : KEMPEN KESEDARAN DAN PENDIDIKAN MENGENAI

ALAM SEKITAR

4. KESIMPULAN

1

Page 3: SBFS1103 Kemahiran Berfikir

SBFS1103

FAKTOR-FAKTOR YANG MENGGALAKKAN AKTIVITI PENEBANGAN

HUTAN DAN STRATEGI-STRATEGI UNTUK MEMBENDUNG MASALAH INI

DARIPADA BERLARUTAN.

1. PENGENALAN

Penyelesaian masalah merupakan matlamat utama dalam satu-satu proses

pembuatan keputusan. Namun, matlamat ke arah penyelesaian masalah bukanlah

suatu yang mudah untuk dicapai kerana ia melibatkan tahap-tahap dan penggunaan

kemahiran-kemahiran tertentu. Justeru, dalam tugasan ini akan menggariskan

maksud masalah, penyelesaian masalah serta membincangkan alat-alat penyelesaian

masalah dalam proses membuat keputusan dan menyelesaikan sesuatu perkara seperti

masalah penebangan hutan yang semakin meruncing bagi banyak negara di dunia.

Penebangan hutan adalah aktiviti pembersihan hutan bumi secara besar-besaran

yang sering mengakibatkan kerosakan kepada kualiti tanah. Hutan masih meliputi

kira-kira 30 peratus daripada keluasan tanah di dunia namun peratusan ini semakin

berkurangan saban tahun dek aktiviti penebangan hutan secara berleluasa. Hal ini

akan menyebabkan hutan hujan di dunia boleh lenyap sepenuhnya dalam seratus

tahun pada kadar semasa penebangan hutan.

Hutan ditebang kerana banyak sebab, tetapi kebanyakan mereka adalah berkaitan

dengan wang ringgit atau rakyat perlu menambah pendapatan untuk menyara

keluarga mereka. Penebangan hutan memberikan banyak kesan-kesan negatif

terhadap alam sekitar. Kesan yang paling dramatik adalah kehilangan habitat bagi

berjuta-juta jenis spesies biosistem. Tujuh puluh peratus daripada haiwan darat dan

tumbuh-tumbuhan Bumi tinggal di hutan dan banyak yang tidak boleh hidup

diakibatkab oleh penebangan hutan yang memusnahkan habitat mereka.

1.1 DEFINISI MASALAH

Masalah ialah satu persoalan yang dipertimbangkan, diselesaikan atau

dijawab ( The American Heritage Dictionary of the English Language, Fourth

edition, Updated 2009 ).

2

Page 4: SBFS1103 Kemahiran Berfikir

SBFS1103 Kunci kepada definisi masalah yang baik adalah memastikan bahawa anda

berurusan dengan masalah yang sebenar bukannya punca masalah. Contohnya,

jika prestasi dalam jabatan anda adalah sub-standard, anda mungkin berfikir

masalah ini berkaitan dengan individu yang melaksanakan kerja tersebut. Walau

bagaimanapun, jika anda teliti dengan lebih mendalam, isu sebenar yang timbul

mungkin kerana kekurangan latihan, atau beban kerja yang tidak munasabah.

Pada peringkat ini, ia juga penting untuk memastikan bahawa anda melihat isu ini

dari pelbagai perspektif.

1.2 KONSEP KEMAHIRAN BERFIKIR

1.2.1 Kelebihan manusia adalah kerana manusia dikurniakan akal. Manusia

mempunyai pertimbangan untuk menggunakan akal dan gerak hati (intuitif).

1.2.2 Dengan penggunaan akal yang bijak manusia dapat membuat :

Proses Penaakulan

- Memberikan sebab(reasoning) kenapa sesuatu itu berlaku.

Cth : mengapa berlaku pasang surut air laut.

Membentuk konsep

- Berdasarkan cerapan dan kajian, pengetahuan baru akan dirumuskan

sebagai konsep dan teori.

Memahami fenomena yang diperhatikan.

- Hasil daripada pemerhatian keadaan yang berlaku di sekeliling kita.

Cth : bagaimana kejadian siang dan malam berlaku.

1.2.3 Kebijaksanaan seseorang juga dikaitkan dengan hati.

1.2.4 Seseorang yang bijak akan menggunakan akal dan hati untuk menghasilkan

idea yang bernas.

1.2.5 Keputusan hasil penggunaan kemahiran berfikir harus memberi natijah yg

positif kepada diri sendiri serta orang lain.

1.2.6 Banyak ayat Al-Quran dan hadis yang mengajak manusia untuk berfikir.

1.2.7 Ahli bijak pandai juga amat menekankan konsep berfikir.

3

Page 5: SBFS1103 Kemahiran Berfikir

SBFS1103 1.3 APAKAH PENYELESAIAN MASALAH?

Antara ahli teoris yang telah memperkenalkan pendekatan penyelesaian

masalah adalah John Dewey (1910) dan Helen Harris Perlman (1957, 1970, 1986)

(Skidmore, 2000). Kedua-dua teoris terkenal ini melihat penyelesaian masalah

sebagai satu bentuk kaedah pertolongan yang melibatkan proses-proses tertentu

(Hepworth & Larsen, 2002). Proses penyelesaian masalah (problem solving

process) ini melibatkan proses langkah demi langkah (stepwise) atau tahap-tahap

tertentu yang dikelompokkan sebagai tahap permulaan, tahap pertengahan dan tahap

penamatan. Walau bagaimanapun, setiap tahap ini mengutamakan elemen-elemen

tertentu ke arah pencapaian proses penyelesaian masalah yang berkesan.

1.4 APAKAH ALAT-ALAT PENYELESAIAN MASALAH?

1.4.1 Percambahan minda

Ia adalah satu teknik yang membantu satu kumpulan menjana sebanyak

mungkin idea dalam masa yang singkat.

1.4.2 Penanda aras

Penanda aras adalah proses mengukur dan membandingkan proses-proses

dalaman organisasi dengan proses-proses dalam organisasi lain yang

mempunyai amalan terbaik untuk mengkaji cara memperbaiki proses-proses

tersebut.

1.4.3 Gambar Rajah Sebab dan Kesan

Merupakan teknik yang menggabungkan percambahan minda dengan

kegunaan satu peta konsep.

1.4.4 Carta alir

Satu bentuk gambar rajah sistem yang dipermudahkan untuk mempamerkan

bagaimana langkah-langkah dalam satu proses berkaitan antara satu sama lain.

1.4.5 Analisis SWOT

Satu teknik yang selalu digunakan dalam konteks perniagaan bagi

membolehkan organisasi mengenalpasti bidangnya dalam sesuatu perniagaan.

4

Page 6: SBFS1103 Kemahiran Berfikir

SBFS1103 1.4.6 Matriks Keutamaan

Satu alat yang berguna untuk mencapai persetujuan dalam satu kumpulan bagi

penyelesaian masalah atau pembuatan keputusan.

2. FAKTOR - FAKTOR YANG MENYEBABKAN PENEBANGAN HUTAN

BERLAKU

2.1 PENGENALAN

Gambar Rajah Sebab dan Kesan telah dicipta oleh Profesor Kaoru Ishikawa,

perintis pengurusan kualiti, pada 1960-an. Teknik ini kemudiannya diterbitkan dalam

buku beliau pada tahun 1990 yang bertajuk,"Pengenalan kepada Kawalan Kualiti".

Gambar rajah ini dikenali sebagai Ishikawa Diagram atau Fishbone Diagram kerana

gambar rajah ini kelihatan seperti rangka ikan. Walaupun pada asalnya dibangunkan

sebagai alat kawalan kualiti, kini ia juga boleh digunakan untuk menyelesaikan

sesuatu persoalan lain dengan teknik-teknik yang sama. Sebagai contoh, ia boleh

digunakan untuk mencari punca masalah atau mengenal pasti di mana dan mengapa

proses sesuatu keputusan tidak berjaya.

Terdapat empat langkah untuk menggunakan alat ini.

i. Mengenal pasti masalah.

ii. Bersenam faktor utama yang terlibat.

iii. Kenal pasti sebab yang mungkin .

iv. Analisa rajah anda.

Sekiranya langkah-langkah di atas dapat diikuti dengan baik,anda akan mendapati

kaedah ini amat berguna apabila anda cuba untuk menyelesaikan masalah yang rumit.

5

Page 7: SBFS1103 Kemahiran Berfikir

SBFS1103

2.2 GAMBAR RAJAH SEBAB DAN KESAN

Contoh Gambar rajah Sebab dan Kesan

Gambar rajah 1 : Lima faktor yang menyebabkan wujudnya masalah penebangan

hutan.

Aktiviti PembangunanAktiviti Pembangunan

Masalah Penebangan

Hutan

Masalah Penebangan

Hutan

Aktiviti PertanianAktiviti Pertanian

Aktiviti PembalakkanAktiviti Pembalakkan

Kurang Kesedaran RakyatKurang Kesedaran Rakyat

Kelemahan PenguatkuasaanKelemahan Penguatkuasaan

6

Page 8: SBFS1103 Kemahiran Berfikir

SBFS1103 2.3 LIMA FAKTOR BERLAKUNYA PENEBANGAN HUTAN

2.3.1 Faktor 1 : Aktiviti Pembangunan

Aktiviti pembangunan merupakan faktor dan punca utama kepada

kemusnahan hutan dan penebangan pokok. Hal ini demikian kerana, ketika

negara kita berada di dalam situasi yang sedang pesat membangun, maka

aktiviti pembangunan akan pesat dan aktif dijalankan untuk memastikan

impian tersebut tercapai. Fenomena pengembangan kawasan bandar atau

"urban sprawl" semakin jelas mengancam hutan semula jadi di negara-

negara maju contonya, sementara keperluan untuk menyediakan prasarana

yang lebih sempurna di negara-negara membangun turut menjadi satu

faktor. Pembukaan tanah untuk projek-projek yang besar sangat giat

dilakukan. Hutan terpaksa dibuka untuk membina bangunan dan jalan raya;

setiap tahun kawasan baru akan dibuka dan semakin banyak kawasan hutan

hilang dari pandangan. Kepesatan pembangunan juga menyebabkan

kemusnahan flora dan fauna. Projek-projek ini adalah seperti pembinaan

kawasan perumahan, pembinaan bangunan yang tinggi, dan juga

perindustrian. Di pihak lain pula, terdapat mereka yang ingin membuka

kawasan baru, menebang hutan untuk dibina rumah dan kilang, atau

dijadikan tapak bercucuk tanam bagi aktiviti pertanian. Kadang-kala

mereka tidak hiraukan keperluan ekosistem setempat terhadap hutan semula

jadi. Ratusan bahkan ribuan hektar hutan akhirnya lenyap dalam tempoh

seminggu dua sahaja.

2.3.2 Faktor 2 : Aktiviti Pertanian

Faktor kedua yang menjadi penyumbang kepada penebangan hutan ialah

aktiviti pertanian kekal dan pertanian pindah. Hal ini akan menyebabkan

banyak kawasan hutan yang akan diteroka dan pokok-pokok kayu akan

ditebang untuk menggondolkan tempat-tempat tersebut sebelum aktiviti

pertanian dapat dilaksanakan. Ia bukan sahaja membuatkan satu kawasan

hutan lenyap sekelip mata, bahkan pembakaran yang tidak terkawal ada

kalanya mengakibatkan api merebak dan menjadi kebakaran hutan yang

7

Page 9: SBFS1103 Kemahiran Berfikir

SBFS1103 serius dan secara tidak langsung menyumbang kepada faktor kepupusan

flora dan fauna.

Petani membersihkan hutan untuk menyediakan lebih banyak ruang

untuk menanam tanaman baharu. Kebiasaannya, ramai petani kecil masing-

masing akan membersihkan beberapa ekar tanah dengan menebang pokok

dan membakarnya dalam proses yang dikenali sebagai ‘tebas dan bakar’

(slash and burn). Pembakaran hutan yang dilakukan secara terbuka akan

menyebabkan spesis-spesis hidupan terancam yang terdapat di kawasan

tersebut akan musnah. Contohnya pembakaran hutan yang berlaku di

Kalimantan dan Sumatera. Secara tidak langsung hidupan dan tumbuhan

yang berada disekeliling hutan tersebut juga akan pupus dan mati kerana

kehilangan tempat tinggal disebabkan oleh kemusnahan habitat mereka.

Satu lagi contoh kejadian pembakaran terbuka ialah yang pernah berlaku

di Australia. Pastinya, hidupan flora dan fauna yang berada di sekeliling

kawasan tersebut juga akan mati.

2.3.3 Faktor 3 : Aktiviti Pembalakkan Haram

Faktor seterusnya yang telah menyumbang kepada penggondolan hutan

ialah aktiviti pembalakka haram. Menurut laporan Trade Record Analysis of

Fauna and Flora menyatakan di antara tahun 1986 hingga Jun 1990,

sebanyak 500,000 hektar hutan di Malaysia telah di tebang berbanding

kawasan yang dibenarkan iaitu hanya meliputi 320,000 hektar sahaja.

Operasi pembalakkan merupakan pengeluar pertama kepada produk

kayu dan kertas di dunia dan juga merupakan aktiviti yang paling banyak

memotong pokok setiap tahun. Oleh kerana permintaan kepada produk

kayu dan bahan bakar kayu semakin tinggi, maka aktiviti pembalakkan ini

semakin giat dilakukan. Malah, wujud banyak aktiviti pembalakkan haram

dan pembalak tidak mempunyai lesen yang sah untuk melakukan aktiviti ini.

Pembalakan haram juga menebang spesis pokok yang dilindungi seperti

Meranti dan Cengal. Ia didorong oleh sifat tamak dan juga ingin cepat

untuk mengaut keuntungan yang berlipat ganda.

8

Page 10: SBFS1103 Kemahiran Berfikir

SBFS1103 Apabila kegiatan pembalakan dijalankan ia juga memusnahkan spesis

tumbuhan yang lain contohnya apabila pokok balak tumbang ia juga akan

memusnahkan tumbuhan kecil yang berada disekitar itu. Ia juga akan

menyebabkan binatnag-binatang yang hidup dikawasan itu kehilangan

habitat dan lari dan mati.

2.3.4 Faktor 4 : Kelemahan Penguatkuasaan

Kelemahan penguatkuasaan dilihat antara punca berlakunya masalah

pencerobohan tanah dan hutan yang berleluasa di kawasan tanah tinggi.

Pihak kerajaan seharusnya membuka mata dan lebih peka terhadap

pembangunan yang dijalankan oleh semua pihak dengan mengambil kira

masalah pencemaran yang bakal terjadi dari setiap projek pembangunan

tersebut dan bukan hanya melihat kepada peningkatan taraf hidup

masyarakat sahaja. Perkara ini sangat penting untuk membantu

mengurangkan pencemaran udara, air, tanah dan bunyi, hasil daripada

pembangunan pesat yang giat dijalankan dan tingkah laku sesetengah

organisasi dan masyarakat yang kurang kesedaran sivik. Oleh disebabkan

kerajaan kurang memainkan peranan dalam menilai aspek-aspek inilah yang

menyebabkan masalah pencemaran berada ditahap yang semakin

membimbangkan pada masa kini.

Contohnya di Cameron Highlands. Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang

Datuk Seri Muhammad Safian Ismail berkata masalah pencerobohan hutan

dan tanah turut menyebabkan kawasan itu semakin berisiko berlakunya

tanah runtuh dan banjir kilat. "Apa yang kita boleh buat ketika ini ialah bila

berlaku penebangan hutan (pencerobohan tanah dan hutan), kita boleh

hentikan tindakan itu tetapi untuk menghalang perbuatan itu dari peringkat

awal yang menjadi masalahnya. Biasanya kalau dah tebang (pokok) baru

kita (boleh halang). Kita tak sempat pun nak pergi masa orang menebang," -

Datuk Seri Muhammad Safian Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang.

Beliau berkata apa yang berlaku sebelum ini ialah pihak penguatkuasa sukar

atau lambat mengesan kawasan yang diceroboh.

9

Page 11: SBFS1103 Kemahiran Berfikir

SBFS1103 2.3.5 Faktor 5 : Kurang kesedaran terhadap pemeliharaan hutan

Walaupun masyarakat kita sudah tahu bahawa pentingnya ekosistem

hutan kepada kehidupan seharian namun, masih ramai pula yang seperti

kurang kesedaran untuk memelihara habitat tersebut. Buktinya, hampir

saban hari pelbagai isu berkaitan alam sekitar dilaporkan diakhbar-akhbar

tempatan yang secara jelas mencerminkan bahawa tahap kesedaran

masyarakat terhadap aspek pelestarian alam sekitar masih lagi rendah.

Malah, aktiviti pembalakan haram yang berlaku secara berleluasa pada

hari ini perlu dibendung sehingga ke akar umbi bagi mengelakkan

berlakunya kepupusan terhadap khazanah biodiversiti, selain menyebabkan

berlakunya kemusnahan terhadap ekologi hutan yang boleh membawa

kepada perubahan suhu setempat dan juga mengundang berlakunya pelbagai

kejadian bencana alam yang tidak diingini. Selain itu, ia perlu dikawal bagi

mengelakkan berlakunya kemusnahan terhadap ekosistem hutan yang mana

memerlukan masa kira-kira selama 40 tahun untuk pulih semula. 

3. STRATEGI-STRATEGI YANG DILAKSANAKAN OLEH NEGARA-

NEGARA UNTUK MENGURANGKAN MASALAH PENENBANGAN

HUTAN DARIPADA TERUS BERLAKU.

3.1 Strategi 1 : Penguatkuasaan Sistem Perundangan

Pihak kerajaan dan bukan kerajaan seharusnya bersatu dalam menangani

isu ini. Pelbagai akta telah diwartakan oleh pihak berkuasa untuk menjaga alam

sekitar. Antara contoh akta yang telah sedia ada ialah Mendokumentasikan

kekayaan dan kepelbagaian spesis yang ada di dalam hutan sebelum sesuatu

tindakan mengubah status kawasan dilakukan. Selain itu, mewujudkan sistem

pengurusan hutan berkekalan yang dapat melindungi unsur-unsur hutan terutama

kepelbagaian hayat spesis yang menghadapi bahaya kepupusan (penanaman

hutan semula, menghadkan atau menentukan kapasiti hasilan hutan) dan

mengiktiraf lebih banyak kawasan hutan asli sebagai taman rekreasi, taman laut

atau taman negara dengan keluasan yang mencukupi.

10

Page 12: SBFS1103 Kemahiran Berfikir

SBFS1103 Pihak berkuasa perlu memperketatkan akta yang sudah sedia ada dan

mengenakan tindakan undang-undang dalam isu pembalakan khasnya, untuk

mencegah pembalakan haram (membalak di kawasan perlindungan hutan–

TAMAN NEGARA) pemburuan haram atau pemusnahan spesis tumbuhan yang

tidak terkawal seperti tumbuhan jenis orkid.

Contoh seterusnya ialah, usaha penyelidikan yang dilaksanakan oleh

Forest Research Institute Malaysia (FRIM), Jabatan Perhilitan dan Jabatan Alam

Sekitar. Antaranya ialah usaha-usaha yang dilaksanakan oleh pihak perhilitan

hutan untuk mengkaji kepupusan Harimau Malaya (hanya 600 ekor sahaja di

seluruh Malaysia). Penguatkuasaan Undang-undang oleh kerajaan seperti Akta

127 : Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974, Seksyen 29A para 2, sebarang aktiviti

pembakaran terbuka yang disabit kesalahan akan didenda sebanyak lima ratus

ribu ringgit (RM 500,000) atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi lima (5)

tahun atau kedua-duanya..

3.2 Strategi 2 : Pengurusan Hutan Strategik

Pemuliharaan dan penggunaan secara mampan produk hutan dan kawasan

tadahan air akan diberi penekanan untuk menggalakkan pengurusan hutan secara

mampan. Pembangunan sumber kekayaan yang mampan daripada produk hutan

seperti produk herba dan ubat-ubatan, aktiviti eko-pelancongan dan bio-

penerokaan akan digalakkan. Pusat Produk Hutan dan Bukan Hutan akan

ditubuh untuk meningkatkan keupayaan pengurusan alam sekitar dan sumber

asli. Sistem MC&I akan diperkukuh untuk memantapkan usaha pengurusan

hutan secara mampan.

Usaha-usaha memelihara habitat kritikal akan dipergiat. Sehubungan itu,

pelan pengurusan sedia ada akan dikaji semula bagi memperkukuhkan lagi

perlindungan flora dan fauna yang terancam. Proses EIA akan dikaji semula

untuk merangkumi penilaian impak terhadap ekosistem. Kajian Strategi

Pemuliharaan dan Pengurusan Tanah Tinggi di Sabah dan Sarawak akan

dilaksanakan dan Dasar Tanah Tinggi Negara akan digubal semula. Garis

Panduan Akses dan Perkongsian Manfaat Sumber Biologi akan disediakan bagi

11

Page 13: SBFS1103 Kemahiran Berfikir

SBFS1103 memastikan perkongsian sama rata manfaat daripada penggunaan sumber

biodiversiti dan menangani isu biorompak. Institusi-institusi penyelidikan dan

universiti-universiti akan membangunkan inventori biodiversiti yang

komprehensif untuk membantu bio-penerokaan.

Malaysia terus bergerak aktif dalam usaha melaksanakan berbagai-bagai

inisiatif menjaga alam sekitar di peringkat antarabangsanya khususnya

menganjurkan Persidangan Ketujuh Parti-Parti Konvensyen. Kepelbagaian

Biologi dan Mesyuarat Pertama Parti-Parti Protokol Cartagena pada Februari

2004. Beberapa perjanjian pelbagai hala mengenai alam sekitar dan pindaan

berkaitan telah ditandatangani termasuk Konvensyen Stockholm mengenai

pencemar organik yang berkekalan. Di samping itu, Protokol Montreal

mengenai bahan-bahan yang memusnahkan lapisan ozon; Konvensyen Basel

mengenai kawalan pergerakan buangan berbahaya merentasi sempadan dan

pelupusannya; Konvensyen Rotterdam mengenai peraturan persetujuan

pemberitahuan terlebih dahulu bagi bahan kimia berbahaya dan racun perosak

tertentu dalam perdagangan antarabangsa; Protokol Kyoto kepada Konvensyen

Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai perubahan iklim dan

Protokol Cartagena berkenaan bio-keselamatan.

Pengurusan Hutan Strategik adalah salah satu langkah yang sangat efektif

untuk mengawal aktiviti penebangan hutan. Ada dua sistem yang diperkenalkan

iaitu Sistem Sebaya Malaya dan Sistem Tebangan Memilih. Sistem-sistem ini

amat menitikberatkan kaedah penebangan hutan secara sistematik dan berjadual.

Dalam Sistem Sebaya Malaya, hanya pokok yang mempunyai nilai dagangan

dalam sesuatu operasi dan tempoh pusingannya adalah di antara 60-80 tahun

sahaja yang akan ditebang. Manakala, dalam Sistem Tebangan Memilih pula,

satu inventori hendaklah dibuat di kawasan yang hendak ditebang.

3.3 Strategi 3 : Kempen Kesedaran dan Pendidikan Mengenai Alam Sekitar

Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9), usaha untuk

meningkatkan kesedaran terhadap alam sekitar dipergiat di peringkat sekolah,

komuniti dan kebangsaan. Pada tahun 2002, Pertubuhan NGO Alam Sekitar

12

Page 14: SBFS1103 Kemahiran Berfikir

SBFS1103 Malaysia (MENGOs) diwujudkan untuk menggabungkan 18 buah badan bukan

kerajaan (NGO) yang berkaitan dengan alam sekitar bertujuan untuk

mengukuhkan kerjasama dan integrasi dalam usaha mereka bagi meningkatkan

kesedaran terhadap isu alam sekitar dan sumber asli serta memberi input, komen

dan maklum balas kepada kerajaan. Bagi menggalakkan pihak berkuasa

tempatan mengamalkan amalan mesra alam, program Bandar Lestari-Anugerah

Alam Sekitar telah dilancarkan pada tahun 2005, dan bandar Kuantan, Pahang

telah muncul sebagai pemenang pertama anugerah tersebut.

4. KESIMPULAN

Hutan merupakan aspek penting dalam kehidupan kita. Setiap orang mempunyai

tanggungjawab untuk menjaga dan memelihara hutan dengan baik. Bagaimanapun,

kemusnahan hutan telah berlaku dan mendatangkan kesan buruk terhadap alam

sekitar dan manusia. Hutan mendatangkan pelbagai impak yang positif kepada

masyarakat dan negara. Tanpa hutan kita tidak akan dapat menikmati keindahan

panorama yang dapat kita nikmati pada waktu ini. Macapada, hutan semakin

terancam sebagai akibat ketamakan dan kerakusan masyarakat pada zaman ini.

Mereka hanya melakukan sesuatu tindakan berlandaskan hawa nafsu bukannya

berlandaskan fikiran rasional sedangkan mereka mengetahui kesan daripada tindakan

mereka terhadap generasi pada masa hadapan. Oleh sebab itu,semua pihak haruslah

berganding bahu bagi memastikan hutan terpelihara kerana hutan memberikan

manfaat kepada masyarakat dan negara kita.

Kesimpulannya, penebangan hutan yang semakin berleluasa di Malaysia pada hari

ini haruslah ditangani dengan segera. Kerajaan dan orang ramai haruslah berganding

bahu dan bersama-sama memikirkan idea-idea yang lebih kritis untuk mengawal

masalah ini. Hutan-hutan di negara ini perlu diselamatkan supaya alam sekitar ini

tidak terjejas dan generasi yang akan datang dapat mewarisi alam sekitar yang bersih,

sihat dan selamat. Bagi mengatasi masalah ini,faktor penyumbang haruslah dikaji

dengan lebih mendalam terlbih dahulu. Kesedaran orang ramai terhadap kepentingan

hutan juga haruslah ditingkatkan. Slogan "Cintailah Hutan Kita" haruslah

dipraktikkan, bukannya sekadar omong kosong sahaja.

13

Page 15: SBFS1103 Kemahiran Berfikir

SBFS1103 APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI

Chin Lee Mei & Lee Phooi San. (2012). Pendidikan Alam Sekitar : Isu-isu Alam

Sekitar. Dicapai pada 20 Jun 2015 dari :

http://pasipgktb.blogspot.com/2012/09/isu-isu-alam-sekitar_1553.html

Dr. Haresh KumarKantilal & Dr. Anton Espira (2013). Thinking Skills and Problem

Solving. University Malaysia.

Hepworth, D.H., Rooney, R.H., & Larsen, J.A. (2002). Direct Social Work Practice:

Theory and Skills (6th Edition). California : Brooks/Cole Publishing.

National Geographic (1996-2015). Deforestation Facts, Deforestation Information,

Effects of Deforestation - National Geographic. Dicapai pada 18 Jun 2015 dari :

http://environment.nationalgeographic.com/environment/global-warming/

deforestation-overview/

The Malaysian Insider. Kelemahan penguatkuasaan punca masalah pencerobohan tanah

di Cameron Highlands. Dicapai pada 18 Jun 2015 dari :

www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kelemahan-penguatkuasaan-punca-

masalah-pencerobohan-tanah-di-cameron-highla#sthash.CLJiHdNp.dpuf

Undang-undang Malaysia : Akta 127 : Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974. Dicapai

pada, 20 Jun 2015 dari :

file:///C:/Users/user/Downloads/Akta_Kualiti_Alam_Sekeliling_1974__ACT_12.

pdf

Yana (2010). Penebangan Hutan. Dicapai pada 24 Jun 2015 dari :

http://yana-alamsekitar.blogspot.com/

Yap Soon Li & Chin Ngiong Lee, (2010). Pelupusan Flora & Fauna. Dicapai pada 20

Jun 2015 dari : http://mesra-alam-yapchin.blogspot.com/p/flora-fauna.html.

14